kesan penggunaan internet kpd masyarakat.

November 26, 2017 | Author: anggur_violet | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Bidang teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini tidak dapat dinafikan akan kewujudannya. Ia sudah menjadi kompon...

Description

Bidang teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini tidak dapat dinafikan akan kewujudannya. Ia sudah menjadi komponen utama dalam kehidupan seharian dan akan menjadi bertambah penting pada masa akan datang. Menurut Lister, M, Dovey, J,Giddings,S, Grant,I & Kelly (2003) media dapat dibahagikan kepada dua iaitu media baru dan media lama. Media lama seperti surat khabar, radio buku dan majalah. Internet merupakan salah satu media baru. Boleh dikatakan pada hari ini kebanyakan masyarakat menggunakan internet dalam kehidupan seharian mereka. Lebih-lebih lagi bagi golongan remaja dan pelajar yang mahukan pembaharuan dan sentiasa hendak mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah. Jikalau dahulu pelajar harus ke perpustakaan untuk mendapatkan sumber dan bahan bacaan. Tetapi berbeza pada hari ini apabila hampir kesemua bahan atau sumber rujukan boleh diakses melalui internet. Sebuah rangkaian komputer antarabangsa yang terbesar di dunia mengandungi berjutajuta komputer di seluruh dunia. Melalui teknologi ini kita dapat berhubung antara satu sama lain walau di mana sekali pun kita berada dan pada bila-bila masa sahaja. Ia boleh dilaksanakan dengan penggunaan internet. Internet berfungsi untuk menyampaikan maklumat dalam keadaan yang lebih pantas dan singkat jika hendak dibandingkan dengan alat-alat perhubungan yang sedia ada seperti perkhidmatan pos, telefon, telegram dan sebagainya. Percambahan saluran internet ini mendedahkan masyarakat kepada pelbagai bentuk maklumat. Maklumat yang diperolehi ada antaranya yang berbentuk positif dan ada juga yang meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat. Oleh itu, pengguna media baru ini perlu mempunyai satu keupayaan untuk menilai maklumat yang diperolehi melalui Internet ini sama ada ianya baik mahupun buruk. Pengguna Internet

perlu bersikap kritis supaya dapat memastikan diri mereka tidak menerima sebarang maklumat yang diberikan di dalam internet secara bulat-bulat.

KEBAIKAN PENGGUNAAN INTERNET Masyarakat hari ini sering kali menggunakan perkhidmatan seperti pembayaran bil, mengisi borang permohonan pekerjaan, menjalankan urusniaga dan sebagainya secara online contohnya seperti urusan perbankan boleh dilakukan secara online seperti perkhidmatan Maybank2u.com,perkhidmatan kerajaan seperti MyE-Goverment (MyEG) dan sebagainya. Perkhidmatan ini sememangnya memudahkan dan menjimatkan masa pengguna kerana pengguna hanya memerlukan sebuah komputer dan talian internet dan hanya perlu menekan butang pada komputer tersebut. Mereka tidak perlu lagi ke kaunter-kaunter pembayaran bil dan beratur panjang untuk menyelesaikan urusan bil mereka. Selain itu, penggunaan teknologi komputer di dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70-an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan lagi pelaksanaannya di dalam bidang pendidikan. Sebagai contohnya penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat

memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Internet telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada masyarakat, antaranya ialah email, laman web(WWW), Internet Relay Chat (IRC), telnet dan sebagainya. Kesemua kemudahan ini boleh dimanfaatkan oleh masyarakat. Masyarakat haruslah bijak untuk memilih aplikasi yang sesuai untuk digunakan supaya kemudahan yang disediakan tidak sia-sia. Selain itu, Internet juga boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan (E-Dagang). Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan internet dalam dua cara iaitu yang pertama ialah dengan memasar, menjual barangan, perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik. Cara yang kedua ialah dengan mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil “intranet”. Perniagaan secara online ini juga telah terbukti memberikan keuntungan yang cukup lumayan kepada pemiliknya. Selain itu Internet juga telah merevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. Hospital maya sudah pun berkembang dalam internet.Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi meberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pengkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan terkini dengan apa yang dinamai sebagai ‘teleperubatan’. Dengan menggunakan teknologi ini,pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun tidak berada bilik pembedahan.

KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET Penggunaan internet ini juga boleh mendatangkan banyak keburukan terutamanya kepada individu yang terlalu taksub dengan penggunaan internet ini dan pihak yang tidak bertanggungjawab pula akan mengambil peluang yang ada untuk menyalahgunakan teknologi ini dan ianya akan mendatangkan lebih banyak kesan buruk terutamanya kepada para remaja yang terlalu asyik dengan penggunaan internet pada masa kini. Petikan akhbar Kosmo yang bertarikh 5 Februari 2010 baru- baru ini membuktikan bahawa remaja sememangnya amat terpengaruh dengan penggunaan internet”. Seramai dua puluh tiga orang pelajar termasuk tiga pelajar perempuan yang ponteng sekolah dicekup polis ketika mereka sedang leka bermain ‘game’ di sebuah kafe siber”. Masyarakat sedia maklum, remaja merupakan golongan yang paling mudah terpengaruh dengan teknologi ini. Umum mengetahui bahawa penggunaan internet pada masa kini telah menjadi ‘kegilaan’ masyarakat terutama remaja sama ada dalam negara mahupun luar negara. Akibat kegilaan ini, remaja mudah lupa diri. Internet boleh mengubah pemikiran manusia yang waras menjadi kurang waras terutamanya mereka yang terpengaruh dan terlalu taksub dengan kecanggihannya. Ia begitu berpengaruh dan sifatnya yang dapat memasuki mana-mana negara di dunia ini seperti tiada batasan sempadannya. Internet sukar disekat apabila pintunya sudah dibuka. Ianya seolah-olah apa yang diperkatakan mengenai kebebasan bersuara masyarakat hampir mencapai tahap mutlak. Menurut Kamus Dewan, remaja bererti, mula hendak dewasa, telah mencapai aqil baligh dan sudah sampai umur untuk berkahwin. Belia pula ialah golongan muda remaja dan pemuda. Remaja merupakan golongan yang paling ramai menggunakan akses internet dan mereka juga merupakan golongan yang paling mudah terpengaruh dengan bahan –bahan yang

terdapat di dalam internet lebih-lebih lagi bahan-bahan yang berunsur negatif seperti melayari laman web lucah, memuat turun video- video pornografi dan mencari teman “chatting” untuk berbual tentang seks dan sebagainya. Akibat daripada kecanggihan teknologi pada hari ini ianya telah menyebabkan kegiatan jenayah semakin berleluasa. Contohnya urusan jual beli senjata api juga boleh dilakukan secara maya. Amat mengejutkan juga pada hari ini apabila kegiatan merompak juga boleh dilakukan secara maya. Hal ini amat menakutkan dan mengecewakan apabila wang yang banyak dalam akaun bank hilang begitu saja atau lesap sedikit demi sedikit gara-gara kegiatan jenayah siber melalui perbuatan jahat mereka bergelar 'phishing'. Kegiatan phishing ini mampu mengaburi mata orang ramai apatah lagi mereka menggunakan alamat e-mel seolah-olah ia dihantar dari pihak bank secara sah. Ia akan meminta pelanggan yang memiliki akaun memasukkan nombor akaun serta kata laluan atau mengklik alamat URL disediakan bagaikan transaksi biasa dilakukan melalui perbankan 'online'. Perkara negatif yang dapat dilihat akibat penggunaan internet ini ialah masalah sosial kepada golongan remaja. Remaja merupakan pemuda dan pemudi yang diharapkan pada hari ini untuk menerajui negara yang tercinta ini kelak. Remaja digambarkan sebagai golongan yang amat rapuh ketahanan fizikal dan mentalnya itu, begitu mudah di tarik dengan paparan yang ada di dalam internet. ‘ Kegilaan’ ini berlaku kerana kebanyakan ibu bapa seakan lupa mengenai satu peraturan penting berkenaan ‘hubungan akrab’ komputer dan remaja. Ibu bapa seharusnya lebih

prihatin tentang perubahan yang berlaku terhadap anak –anak

mereka.Sebagai ibu bapa mereka sepatutnya mempunyai kuasa untuk mengawal apa jua aktiviti anak- anak mereka “bersama” dengan komputer dengan meletakkan komputer tersebut di suatu ruang yang boleh dilihat oleh semua orang contohnya di ruang tamu.

Selain itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa ‘keakraban’ ini dilihat sebagai suatu ketagihan kepada remaja sehinggakan mereka merasakan bahawa komputer dan internet merupakan sebahagian daripada keperluan asasi yang perlu ada di dalam hidup mereka.Tetapi keasyikan remaja terhadap komputer dan internet ini menyebabkan mereka kadang kala tidak berfungsi dan berperanan dengan masyarakat sekeliling. Kita dapat melihat situasi dimana seorang remaja yang dahulunya memiliki kehidupan sosial yang baik ´ditarik´ menjadi seorang remaja yang paranoid dan obses terhadap internet sehinggakan mereka tidak sabar-sabar untuk menghabiskan jadual persekolahan mereka semata-mata untuk memenuhi ´temu janji di alam maya´ mereka dengan komputer di rumah. Contohnya seperti yang berlaku kepada adik saya. Dahulunya dia seorang pelajar yang agak cemerlang. Tetapi sejak ayah saya membeli komputer riba kepadanya dia mula menjadi pelajar yang malas kerana terlalu asyik dengan permainan ‘game’ online. Akibat terlalu asyik dengan dunianya dia sanggup tidak makan. Hal ini juga akan menyebabkan proses pembelajaran di sekolah menjadi satu perkara yang cukup membosankan bagi dirinya dan akhirnya akan terus ketinggalan dalam proses pembelajaran. Pada mereka yang dapat melayari Internet di rumah, mereka akan jarang keluar bergaul dengan orang lain dan masyarakat kerana terlalu asyik melayari Internet sehingga kegiatan masyarakat pun tidak diambil perhatian. Malah, di pusat-pusat Internet, kegiatan negatif seperti memuat turun gambar, video lucah, menyebarkan fitnah, kegiatan perjudian haram dan sebagainya boleh wujud akibat penggunaan Internet. Hal ini kerana tiada pengawasan yang dilakukan oleh pemilik premis tersebut dan penguatkuasaan yang lemah oleh pihak yang berwajib. Selain itu, hubungan sosial di dalam masyarakat akan menjadi semakin rapuh akibat terlalu memberi tumpuan kepada penggunaan Internet. Penggunaan internet secara berleluasa

dalam kalangan remaja banyak memberi kesan negatif dan menyumbang kepada masalah sosial pada hari ini. Selalunya penggunaan internet ini akan menyebabkan seseorang remaja itu terlalu taksub dan asyik terhadapnya. Sebagai contoh, apabila seseorang remaja itu meluangkan terlalu banyak masa dengan melayari internet mereka tidak mempunyai banyak masa untuk bersama dengan keluarga mereka seperti makan bersama- sama, berbual dengan ibu bapa atau adik beradik yang lain,beriadah dan sebagainya. Masa yang ada semuanya digunakan untuk melayari internet. Kebanyakan remaja ini kurang berkomunikasi dengan orang lain dan hanya berada dalam dunia mereka sahaja. Masalah yang mungkin akan timbul ialah mereka akan menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dalam semua aspek kehidupan mereka. Selain itu, mereka akan menjadi pelajar yang tidak bertanggungjawab terhadap pelajaran. Apa tidaknya kebanyakkan masa dihabiskan dengan menghadap komputer sahaja. Mereka langsung tidak mengambil peduli tentang pelajaran dan tidak melakukan kerja rumah yang diarahkan oleh guru mereka. Mereka memandang hal tersebut sebagai hal yang remeh dan tidak begitu penting bagi mereka. Mereka berpandangan dengan melayani kawan-kawan online mereka adalah lebih penting berbanding dengan pelajaran mereka. Selain itu terdapatnya ancaman yang dihadapi oleh pengguna teknologi maklumat ialah fenomena penggodam komputer atau 'hackers'. Penggodam komputer ditakrifkan sebagai orang yang boleh mendatangkan ancaman kepada komputer dan sistem rangkaian. Mereka cuba menyalahgunakan kemudahan ini untuk kepentingan mereka. Namun terdapat juga golongan penggodam komputer yang hanya menjalankan aktiviti pencerobohan maklumat peribadi atau serangan virus sebagai salah satu keseronokan dan hobi semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang dihadapi kelak. Mereka suka menceroboh sistem rangkaian komputer, mencuri

maklumat atau data penting dan menghantar kod jahat atau virus bagi mengganggu sistem rangkaian komputer lain seterusnya menyebabkan kerosakan teruk. Selain itu penggunaan blog juga semakin popular sekarang ini. Sesiapa sahaja boleh menyamar ketika menjadi pengendali blog walaupun tanpa memaparkan nama dan wajah sebenar. Penggunaan blog pada masa ini juga sering kali disalahgunakan. Antaranya ialah melalui blog penulis boleh menyampaikan maklumat palsu, fakta yang salah, bahan- bahan berunsur fitnah. Selain itu juga blog digunakan untuk memburukkan imej seseorang seperti tokoh politik, orang kenamaan, selebriti dan sebagainya. Antara kes terbaru yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo pada 2 Februari yang melibatkan penyalahgunaan laman blog ialah kes penghinaan terhadap kemangkatan Almarhum Sultan Johor. Penulis blog yang dikenali sebagai Aduka Taruna telah ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Kesimpulan Pada kesimpulannya, kemudahan teknologi pada masa kini terutamanya internet telah membawa banyak perubahan dalam kehidupan masyarakat dan kepada pembangunan negara. Di sini kita dapat melihat internet memberi kebaikan dan juga keburukan kepada masyarakat. Ianya juga bergantung terhadap cara bagaimana masyarakat menggunakannya sama ada menggunakannya ke arah kebaikan ataupun menyalahgunakan teknologi ini.

BIBLIOGRAFI Harian Metro 15 October 2008.

Lister M, Dovey, J, Giddings, S, Grant, I & Kelly (2003) New Media: a critical introduction. London: Routledge. Majalah Dewan Masyarakat Disember 2005 http://permatajelapang.blogspot.com/2009/10/pengaruh-internet-ke-atas-remaja-pada.html Penggunaan internet di kalangan mahasiswa,kajian terhadap pelajar SPI, UTM,2003-2004 Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia. (Th: 1970.hal: 48 dan 95). http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5940.0 http://chinmi.wordpress.com/2008/02/11/mencegah-pengaruh-negatif-internet-terhadapperkembangan-seksualitas-anak/ http://it-smkbk2006.tripod.com/nota.htm http://www.angelfire.com/bug/rangkaian0/kelebihan_internet.htm

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF