Kertas Penerangan Keja Melepa II-shanghai

July 17, 2017 | Author: WawaChumel | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

melepa shanghai...

Description

UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM KOLEJ VOKASIONAL KENINGAU BEG BERKUNCI NO. 4 89009 KENINGAU SABAH

KERTAS PENERANGAN ( INFORMATION SHEET ) KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME

WTP (TEKNOLOGI PEMBINAAN)

TAHAP / LEVEL

TAHAP 2

NO. DAN TAJUK MODUL / MODULE’S NO. AND TITLE

M01 – KERJA MELEPA II

NO. DAN PERNYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO. AND STATEMENT

M1K3 MELAKUKAN KERJA KEMASAN SHANGHAI DI ATAS PERMUKAAN LEPA.

OBJEKTIF MODUL / MODULE’S OBJECTIVE

PELAJAR DAPAT MELAKSANAKAN KEMASAN SHANGHAI PADA KERJA LEPA DENGAN KAEDAH DAN TEKNIK YANG BETUL ,MENGGUNAKAN ALAT, PERALATAN DAN BAHAN YANG SESUAI SUPAYA KEMASAN KERJA MELEPA YANG BERKUALITI DAPAT DICAPAI.

NO. KOD / CODE NO. NAMA PELATIH

WTP 401/M01/P(2/2)

Muka Surat : 1 Drp 5 TARIKH :

TAJUK : KEMASAN SHANGHAI TUJUAN : Kertas Penerangan ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih supaya boleh melakukan kerja-kerja kemasan Shanghai, penggunaan peralatan kerja melepa serta bahan, kelengkapan dalam kerja melepa Shanghai dan boleh membuat kemasan pada bahagian lepaan. Selain itu, para pelajar dapat mengetahui nisbah bancuhan batu Shanghai dan bagaimana menyediakan permukaan untuk kerja melepa.

NO KOD / CODE’S NO

WTP401/M01/P(2/2)

Muka Surat : 2 Drp: 5

Penerangan Lepaan kemasan Shanghai merupakan kemasan yang dihasilkan dengan campuran batu shanghai dengan simen Portland. Terdapat pelbagai saiz dan warna dan boleh juga dikombinasikan dengan tile. Biasanya kemasan shanghai terdapat di tembok pagar, tiang dan parking kereta. Oleh kerana lepaan kemasan shanghai merupakan lapisan penamat yang beraneka corak lakaran kasar biasanya dibuat dahulu. Ketebalan plaster shanghai bergantung kepada saiz batu shanghai. Biasanya terdapat berbagai saiz seperti 2mm, 3mm, 5mm, 6mm dan 8mm. KELEBIHAN 'PEBBLE WASH'  Bahan semulajadi dan lebih selesa di pandang.  Tidak akan pudar.  Tidak perlu dicat sampai bila bila.  Cantik.  Berguna untuk tepian dan corak didalam didalam rekabentuk lantai.

PERALATAN           

Pita ukur Alat aras spirit Sudip Baldi jurubina Penyodok (skop) Pemaras kayu panjang Pemaras kayu Pemaras keluli Pemegang mortar (hawk) Span Berus

1. Alat Aras Spirit – digunakan untuk menguji ketegakan dan kerataan

NO KOD / CODE’S NO

WTP401/M01/P(2/2)

Muka Surat : 3 Drp: 5

2. Pemaras Keluli – digunakan untuk menyebarkan mortar ke permukaan dinding. Ia juga untuk membuat kemasan yang mampat dan licin

3. Pemaras kayu – digunakan untuk meratakan permukaan pada permulaan kerja plaster.

4. Pemegang mortar (Hawk) – digunakan untuk meletakkan mortar semasa kerja-kerja plaster

5. Berus – digunakan untuk menyerlahkan permukaan kemasan shanghai

NO KOD / CODE’S NO

WTP401/M01/P(2/2)

BAHAN      

Batu shanghai / pebbles stone Simen portland Pasir Tile adhesive Styrene-Acrylic Polymer Latex Slate – Seal (Clear protecting acrylic coating) atau pengilat batu

NISBAH BANCUHAN

Muka Surat : 4 Drp: 5

NO KOD / CODE’S NO

WTP401/M01/P(2/2)

Muka Surat : 5 Drp: 5

 Bahan yang digunakan untuk melepa kemasan shanghai biasanya simen portland dicampur dengan batu shanghai dengan nisbah 1:1. Nisbah ini bergantung kepada kehendak spesifikasi PERSEDIAAN PERMUKAAN 1. Sebelum melepa lantai, persediaan permukaan perlu dilakukan supaya kerja-kerja yang dilakukan dengan baik dan hasil kerja yang bermutu 2. Buang sebarang objek di permukaan lantai yang boleh menyebabkan shanghai mortar menjadi lemah dari segi kekuatan kekerasan 3. Basahkan permukaan lantai untuk mengenal pasti peresapan air 4. Jika permukaan lantai licin hendaklah dikasarkan supaya mortar simen boleh melekat dengan sempurna 5. Jika permukaan lantai tidak rata, lepa permukaan asas perlu dilakukan supaya lepaan seterusnya ketebalan mortar dalam keadaan seragam dan tidak terlalu tebal 6. Shanghai perlu dilepa di atas lapisan asas supaya ia lebih rata dan ikatan yang baik

KAEDAH MELEPA KEMASAN SHANGHAI 1. Kemasan shanghai dibuat dengan menggunakan campuran batu kelikir (shanghai pebbles stone) dengan simen portland biasa atau simen warna. 2. Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 bahagian simen,1 bahagian batu shanghai). 3. Campuran bahan dilepa pada permukaan dinding/tembok bermula dari bahagian bawah ke atas. 4. Permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu perata untuk mendapatkan permukaan yang sama rata. Biarkan ia beberapa jam supaya mortar shanghai mengering. 5. Permukaan yang rata dan hampir kering disembur dengan air menggunakan penyembur air (iron spray) untuk menampakkan permukaan batu shanghai / pebbles. 6. Berus permukaan dengan menggunakan berus kecil (cthnya. berus kasut @berus cat) untuk menyerlahkan lagi permukaan batu tersebut. 7. Permukaan tersebut dilap menggunakan span yang bersih,sehingga bersih. 8. Permukaan yang bersih dan kering tersebut disapu dengan bahan pengilat batu supaya berkilat dan tahan daripada ejen cuaca.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF