KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN PROJEK INTEGRASI TANAMAN UBI KAYU LKTN KAWASAN PASIR PUTEH BAGI TAHUN 2014 1. PENDAHULUAN Kertas ini bertujuan untuk memohon sejumlah peruntukkan secara Bantuan Modal bagi membiayai kos Input pelaksanaan Projek Integrasi Tanaman Ubi Kayu Varieti Sri Medan bagi kumpulan sasar di Kawasan Pasir Puteh, Kelantan. 2. TUJUAN 2.1
2.2 2.3
Untuk meningkatkan pendapatan kumpulan sasar LKTN yang terdiri dari Penanam Pengawet Individu ( PPI ), bekas PPI serta bekas penanam dengan memaksimumkan penggunaan tanah dengan mempelbagaikan aktiviti pertanian. Untuk memaksimumkan penggunaan infrastruktur dan peralatan yang sedia ada. Bertindak sebagai pembekal ubi kayu kepada kilang kerepek KSK LKTN dan Koperasi LKTN.
3. LATAR BELAKANG PROJEK 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8
Bilangan Peserta Keluasan Projek Status Peserta Lokasi projek Jenis Tanah Punca Air Saliran Varieti
: 20 orang : 18 hektar : Bekas PPI dan bekas penanam : 10 buah kampung(sebagaimana di lampiran1) : Liat berpasir : Tradisional : Baik : Sri Medan
4. KAEDAH PELAKSANAAN 4.1 4.2
LKTN Kawasan akan bertanggungjawab dalam pemilihan kawasan, peserta serta menyediakan perancangan jadual gerakerja, pelaksanaan dan pemantauan projek secara berkala. Pelaksanaan projek akan bermula pada April – Disember dengan setiap bulan sebanyak 2.0 hektar/bulan.
4.3
Jadual Pelaksanaan Projek - Sebagaimana Jadual Gerakerja Projek di Lampiran 11
5. KOS PELAKSANAAN Peserta memohon kos pelaksanaan projek melalui kemudahan Bantuan Modal (Geran) LKTN.Anggaran kos pelaksanaan projek adalah sepertimana berikut:-
Bil a) b) c)
d)
e)
Perkara Penyediaan/Tenggala Tanah Benih Ubi ( 7,500 keratan/hek ) Pembajaan Baja Asas NPK 12:12:17:2 ( 10 beg / hek ) Racun Rumpai (Paraquat 20 liter / hek) Pagar i.Dawai Berduri (16 gulung/hek) ii.Black Netting (14 gulung/hek)
JUMLAH :
Kos / Hek ( RM )
Kos / 18 hek Catatan ( RM )
800.00
14,400.00
750.00
13,500.00
RM0.10/keratan
1,000.00
18,000.00
RM 100 / beg
200.00
3,600.00
RM 10.00 / liter
720.00
12,960.00
9 kg/gulung RM45.00/gulung
630.00
11,340.00
4,100.00
73,800.00
1meter x 30 meter(dua lapis) RM 45/gulung
6. PEMASARAN HASIL PROJEK DAN ANGGARAN PENDAPATAN PROJEK Peserta projek akan memasarkan hasil ubi kayu kepada Kilang Kerepek KSK LKTN dan Koperasi LKTN dengan anggaran pendapatan projek adalah sepertimana berikut :Bil
Perkara
1 hektar
18 hektar
a)
Anggaran Hasil
15, 000 kg
270,000 kg
b)
Harga Jualan ( RM / kg )
RM 0.50 / kg
RM 0.50 / kg
c)
Anggaran Kasar
RM 7,500.00
RM 135,000.00
d)
Anggaran Kos Projek
RM 4,100.00
RM 73,800.00
e)
Anggaran Bersih
RM 3,400.00
RM 61,200.00
Pengeluaran
Pendapatan
Pendapatan
7. IMPAK PROJEK 7.1 7.2
7.3 7.4
Sumber pendapatan kumpulan sasar dapat dipelbagaikan. Bertindak sebagai model dan contoh kepada kumpulan sasar LKTN yang lain dalam memperluaskan aktiviti integrasi pada masa akan datang. Dapat mewujudkan kemahiran kumpulan sasar dan kakitangan LKTN dalam tanaman ubi kayu. Mewujudkan jalinan pemasaran di antara pengeluar dan pengusaha kerepek dalam usaha merealisasikan program aktiviti integrasi LKTN.
8. PENUTUP Projek ini boleh dijadikan model kepada kumpulan sasar LKTN yang lain dalam mempelbagaikan pendapatan melalui kemudahan yang sedia ada. Dengan pelaksanaan projek ini juga diharapkan dapat mengurangkan masalah bekas-bekas penanam tembakau setempat berkaitan penggunaan tanah serta masalah pasaran bagi tanaman alternatif dalam usaha menambah pendapatan mereka. Dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan bagi melaksanakan Projek Integrasi Tanaman Ubi Kayu Varieti Sri Medan di Kawasan Pasir Puteh dengan kemudahan pembiayaan secara geran sebanyak RM 73,800.
LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA KAWASAN PASIR PUTEH FEBRUARI 2014
DISEDIAKAN OLEH :
TANDATANGAN
Nama : Hj. Azhar b Ahmad Jawatan : Pegawai Kawasan LKTN Pasir Puteh Tarikh : 02 Mac 2014
DISEMAK OLEH:
TANDATANGAN
Nama : Mohd Azizi b Awang Jawatan : Pegawai Negeri LKTN Negeri Kelantan Tarikh : DISAHKAN OLEH:
TANDATANGAN
Nama : Mohd Fakri b Mohamad Noor Jawatan : Pengarah Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Tarikh :
DIPERAKUKAN OLEH :
TANDATANGAN
Nama : Hj Wan Baharuddin b Wan Ismail Jawatan : Timbalan Ketua Pengarah (P) Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara Tarikh :
DILULUSKAN OLEH :
Nama : Samsudin b Noor Jawatan : Ketua Pengarah Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara Tarikh
:
TANDATANGAN
Lampiran 11 JADUAL GERAK KERJA PROJEK INTEGRASI TANAMAN UBI KAYU VARIETI SRI MEDAN TAHUN 2014 KAWASAN KELUASAN
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.