Kertas Kerja Tarian Yana 2014

September 19, 2017 | Author: zayanna | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

contoh kertas kerja untuk menibuhkan pasukan tarian sekolah...

Description

Sekolah Kebangsaan Seri Nilam 2012

KERTAS KERJA Penubuhan

Kumpulan tarian nilam sari Kelab kebudayaan

Sekolah Kebangsaan Seri Nilam 2014 Pengerusi : Cik Siti Zayanah Mohammad Yazed

0

Sekolah Kebangsaan Seri Nilam 2012

1) Pengenalan Tarian merupakan suatu kesenian warisan daripada sesuatu bangsa. Terdapat pelbagai jenis tarian di serata dunia dimana ia menonjolkan kesenian dan kebudayaan yang diwarisi. Oleh itu, tarian perlulah dijaga keseniannya agar generasi akan datang dapat mengenali dan mempelajari tarian secara mendalam dan tarian tradisional pula tidak akan dilupakan oleh masyarakat akan datang. Tarian juga mencerminkan budaya dan identiti sesebuah masyarakat yang berbilang kaum. Aktiviti kesenian contohnya bidang tarian merupakan satu aktiviti kokurikulum yang mampu meningkatkan lagi potensi murid-murid dalam aspek jasmani, emosi dan sahsiah. Ia mampu membentuk disiplin diri yang tinggi di kalangan murid-murid serta memupuk semangat kerjasama berpasukan. Oleh itu, Kumpulan Tarian Nilam Sari yang dianggotai oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Nilam ditubuhkan di bawah Kelab Kebudayaan, bertujuan untuk memupuk kesedaran terhadap kesenian warisan bangsa dan membentuk sifat disiplin dan keyakinan diri yang tinggi. Namun dalam pembentukan kumpulan tarian ini, pihak sekolah sangat memerlukan peruntukan untuk menyediakan bilik tarian serta beberapa perkara lain yang berkaitan sebagai titik mula pembentukan kumpulan tarian ini. Ianya juga sebagai persediaan terhadap pertandingan tarian yang akan diadakan pada 26 September 2012 iaitu Pertandingan Tarian Sekolah Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri di HGH Convention Centre, Sentul, Kuala Lumpur. 2) Rasional Pakaian dan kelengkapan persembahan tarian yang lengkap dan sempurna serta ruang latihan yang sesuai serta kondusif mampu meningkatkan lagi semangat murid-murid untuk lebih tekun berlatih seterusnya membuat persembahan dengan lebih menarik. Selain itu, ia mampu meningkatkan lagi kecemerlangan kokurikulum dalam kalangan murid-murid S.K Seri Nilam seterusnya membantu mencapai misi dan visi sekolah iaitu menjadi antara sekolah yang terbaik di dalam Zon Sentul. Ianya juga sebagai persediaan bagi murid untuk menyertai apa juga acara pertandingan tarian dan persembahanpersembahan luar kawasan sekolah. 3) Objektif penubuhan kumpulan tarian

1

Sekolah Kebangsaan Seri Nilam 2012

1. Membentuk keyakinan diri dan kemahiran sosial di kalangan murid-murid. 2. Membentuk semangat kerjasama berpasukan. 3. Meningkatkan lagi mutu persembahan dan aktiviti seni muridmurid. 4. Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum S.K Seri Nilam 4) Ahli Jawatankuasa tertinggi Penaung / Guru Besar Tn. Hj. Ahmad Fuad bin Ahmad Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum En. Sengkuttavan a/l Manickam Pengerusi Kelab Kebudayaan Siti Zayanah Mohammad Yazed Ahli AJK Semua guru Kelab Kebudayaan Jurulatih Tari Siti Zayanah Mohammad Yazed Kumutha a/p Khrisnamoorthy 5) Ahli Kumpulan Tarian Nilam Sari 1. Siti Zulaikha (5 C) 2. Najah Hayati (4 B) 3. Norlaily (5 C) 4. Erosha Surendran (4 A) 5. Norfathi Elahi (4 B) 6. Afiq (4 B) 7. Danish Itqan (4 A) 8. Ariff (5 A) 9. Luqman (5 A) 10. Adam (4 C) Simpanan 11. Dahlia Afriena (4 B) 12. Nabila (4 C) 13. Danish Hazriq (4 C) 14. Wan Safee (4 C)

2

Sekolah Kebangsaan Seri Nilam 2012

6) Anggaran peruntukan bilik / studio tarian Item

Kos

Cermin dinding besar

RM 18 x 1 kaki RM 3,024.00 24’ x 7’ = 186 sqf

Tikar getah

RM 10 x 12 m RM 130.00 12 m x 12 m = 144 sqf

Langsir

RM 20 X 10 m Jumlah

Jumlah kos

RM 200.00 RM 3354.00

7) Penutup Diharapkan dengan pembelian kelengkapan bilik tarian ini akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan kokurikulum terutamanya dalam bidang kesenian dalam kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Nilam.

Disediakan Oleh : ……………………………………………………………… Cik Siti Zayanah binti Mohammad Yazed Pengerusi Kelab Kebudayaan SK Seri Nilam Diluluskan / tidak diluluskan ……………………………………………………………… Tn. Hj. Ahmad Fuad bin Hj. Ahmad Guru Besar SK Seri Nilam

3

Sekolah Kebangsaan Seri Nilam 2012

4

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF