Kertas Kerja Sukaneka Pra Sekolah
August 17, 2017 | Author: farahainaa | Category: N/A
Short Description
Contoh Kertas Kerja Sekolah Rendah...
Description
Kertas Kerja Karnival Sukaneka Ria Prasekolah SK Seri Bintang Utara
13 Julai 2012 8.00 pagi – 12.00 tengahari Gimnasium Kompleks Seri Bintang
-1-
Kertas Kerja Karnival Sukaneka Ria Prasekolah SK Seri Bintang Utara
1.0
Pengenalan Acara Karnival Sukaneka Ria Prasekolah ini merupakan satu aktiviti
kolaborasi antara Kelas Prasekolah SK Seri Bintang Utara dengan 3 buah kelas prasekolah di sekitar Zon Pudu. Karnival Sukaneka Prasekolah ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan di samping mencungkil bakat terpendam murid-murid prasekolah serta memupuk semangat berpasukan. Justeru, usaha bagi menyemarakkan kembali kegiatan sukan di sekolah telah pun dimulakan melalui pelaksanaan dan pengukuhan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Ianya bertujuan untuk memastikan penglibatan setiap murid dalam aktiviti sukan di sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan di kalangan seluruh warga sekolah, serta mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan dari peringkat akar umbi.
2.0
Rasional Membina serta memperkembangkan bakat murid-murid prasekolah dalam
bidang sukan permainan di samping mempertingkatkan daya fizikal dan mental murid-murid serta memupuk semangat berpasukan. Kemahiran ini adalah satu aspek pembelajaran yang selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan di samping memenuhi keperluan asas kemahiran sosial bagi muridmurid prasekolah selaras dengan kehendak dan tuntutan konsep Pendidikan Prasekolah untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai dan menarik dengan interaksi terus kepada persekitaran selaras dengan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan iaitu;
-2-
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003)
3.0 i.
Objektif
Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid-murid prasekolah dalam bidang sukan dan permainan.
ii.
Memberi pendedahan dan pengalaman yang baru kepada murid-murid prasekolah dalam penyertaan pertandingan sukan.
iii.
Mempertingkatkan tahap stamina dari segi kekuatan fizikal dan mental selaras dengan perkembangan motor kasar dan motor halus.
iv.
Mengeratkan perhubungan silaturrahim antara murid dan guru dari 4 buah sekolah berlainan.
4.0
Sasaran
Semua murid Prasekolah SK Seri Bintang Utara, SK Seri Bintang Selatan, SK Seri Cheras dan SK Yaacob Latiff (1).
-3-
5.0
Tempat Gimnasium Kompleks Seri Bintang. Tarikh 13 Julai 2012 (Jumaat) Masa 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
6.0
Peserta Seramai 125 peserta akan dibahagikan kepada empat pasukan iaitu: 1. Pasukan A Kelas Prasekolah SK Seri Bintang Utara 2. Pasukan B Kelas Prasekolah SK Seri Bintang Utara 3. Pasukan Prasekolah SK Seri Bintang Selatan 4. Pasukan Prasekolah SK Seri Cheras 5. Pasukan Prasekolah SK Yaacob Latiff (1)
7.0
Acara yang dipertandingkan
Bil
Acara
Bil peserta
1
Precious Bean Bag
5 orang
2
Kasut Gergasi
5 orang
3
Lets Squeeze
5 orang
4
Kaki King Kong
5 orang
5
Gelung Ajaib
5 orang
6
Bola Emas
5 orang
-4-
8.0
Peraturan dan penyertaan peserta a) Terbuka kepada semua murid Prasekolah dari 4 buah sekolah sekitar Zon Pudu iaitu SK Seri Bintang Utara, SK Seri Bintang Selatan, SK Seri Cheras dan Sk Yaacob Latiff (1). b) Setiap permainan diwakili dengan lapan orang peserta. c) Penyertaan hendaklah mengikut pasukan sekolah masing-masing. d) Peserta yang tidak hadir/cedera/sakit boleh digantikan dengan murid prasekolah dari sekolah yang sama. e) Sebarang pindaan dan perubahan pada permainan dan peraturan adalah ditetapkan oleh AJK pertandingan dan akan dimaklumkan pada pengurus peserta. f)
Semua keputusan pengadil adalah muktamad.
-5-
9.0
Jawatankuasa Kerja Karnival Sukaneka Ria Prasekolah
Penasihat
: Pn. Junaidah Bt. Tamby Hashim
(Guru Besar)
Pengerusi
: Pn. Siti Hanim Bt. Ismail (GPK Koko)
Naib Pengerusi
: Pn. Lily Rashimah Bt. Abd Rasool (GPK Tadbir) : Pn. Norelin Aina Bt Ghani (GPK Hem)
Penyelaras Program
: Cik Nur Maisarah Bt Kamarudin
Setiausaha
: Cik Siti Nur Afisah bt Mat Sot
Bendahari
: Cik Norhaizian bt Seman
AJK: Sambutan
Teknik dan Peralatan
Pn. Junaidah Bt. Tamby Hashim(Guru Besar)
Cik Norhaizian Bt Seman
Pn. Lily Rashimah Bt. Abd Rasool(GPK Tadbir)
Pn. Raihanie Ngarega Abdullah
Pn. Siti Hanim Bt. Ismail (GPK Ko-ko)
Cik Nordiana Afzan bt Daud
Pn. Norelin Aina Bt Abd Ghani(GPK Hem)
Pn. Siti Zubaidah bt Abd Rahim
Cik Nur Maisarah Bt Kamarudin
Cik Nor Aziera bt Mohd Junaidi
Laporan / Dokumentasi dan Gambar
Disiplin dan Kebersihan
Cik Siti Nur Afisah bt Mat Sot
Semua guru prasekolah & PPM
En. Ziham Zawawi Mazlan Cik Farah Ainaa Binti Ad’nan
-6-
Hadiah dan Cenderamata
Perasmian & Persembahan
Cik Norhaizian Bt Seman
Cik Norhaizian Bt Seman
Pn. Raihanie Ngarega Abdullah
Pn. Raihanie Ngarega Abdullah
Cik Nordiana Afzan bt Daud Kamarudin
Cik Nur Maisarah Bt
Pn. Siti Zubaidah bt Abd Rahim
Jamuan dan Minuman
Siaraya / PA Sistem
Cik Noraziera bt Junaidi
En. Mohd Shahril B. Ibrahim
Cik Nordiana Afzan bt Daud
Ust. Mohamad Asmunir Ariffin
Pn. Siti Zubaidah bt Abd Rahim
Juruacara
Pengadil
En. Ziham Zawawi Bin Mazlan
Cik Noradibah bt Jusoh
Cik Wan Nadira Wan Asri
Buku Program / Kad Jemputan Cik Siti Nur Afisah Bt Mat Sot
-7-
10.0
Aturcara Karnival Sukaneka Ria Prasekolah
7.45 pagi
– Para tetamu mengambil tempat
8.00 pagi
– Ketibaan tetamu kehormat/perasmi
8.10 pagi
– Nyanyian Lagu Negaraku – Bacaan doa (Ust Mohamad Asmunir b Ariffin) – Ucapan GPK Kokurikulum (Pn Siti Hanim bt Ismail) – Ucapan Perasmian oleh Ketua Unit Pengurusan PAKK dan Prasekolah (Puan Zainab binti Zakaria) – Senamrobik Prasekolah SKSBU
9.00 pagi
– Sukaneka 1 1) Precious Bean Bag 2) Kasut Gergasi 3) Lets Squeeze
10.00 pagi – Rehat 10.15 pagi – Sukaneka 2 1) Kaki King Kong 2) Gelung Ajaib 3) Bola Emas 11.15 pagi – Penyampaian hadiah 11.30 t/hari – Majlis bersurai
-8-
11.0
Anggaran perbelanjaan Karnival Sukaneka Ria Prasekolah
Bil
Perkara
Perbelanjaan
1
Banner
RM 81.20
2
Cenderamata VIP
RM 60.00
3
4
Catatan
Hadiah peserta -
Pingat
Makanan -
Murid prasekolah
RM 3.50
(25 x 6)= RM 525.00
RM 1.80
116= RM 208.80
Jumlah
RM 875.00
12.0 Sumber Kewangan Peruntukan dari wang(LPBT) Prasekolah SK Seri Bintang Utara.
13.0 Penutup Diharapkan melalui Karnival Sukaneka Ria Prasekolah yang julung kali diadakan ini akan
berjaya mencapai objektif yang dihasratkan, khususnya
kepada semua murid prasekolah. Diharap satu perubahan yang positif akan wujud di dalam diri murid prasekolah selepas mengikuti Karnival Sukaneka Ria Prasekolah ini. Di samping ini, melalui Karnival Sukaneka Ria Prasekolah ini juga dapat mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim antara murid-murid dan guruguru . Seterusnya Karnival Sukaneka Ria Prasekolah ini juga diharap berjaya merealisasikan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan generasi yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Generasi ini merupakan pelapis yang memacu kejayaan negara pada masa hadapan khususnya dalam bidang sukan . “ KECEMERLANGAN DIRI MELALUI SUKAN ” “ MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA ”
-9-
Disediakan oleh,
Disokong oleh,
...............................................
.............................................
(NUR MAISARAH BT KAMARUDIN)
(SITI HANIM BT ISMAIL)
Guru Pelatih,
GPK Kokurikulum,
SK Seri Bintang Utara,
SK Seri Bintang Utara,
Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur.
Disahkan oleh,
............................................. (JUNAIDAH BT TAMBY HASHIM) Guru Besar, SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
- 10 -
Lampiran
Pesanan untuk Medal Sukaneka Ria Prasekolah 2012
Bil
Acara
Medal Gangsa Saguhati Saguhati
Emas
Perak
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
5
25
25
25
25
25
Membaling 1
pundi kacang ke dalam bakul Berjalan sambil
2
memakai kasut but Mengisi air ke dalam botol
3
menggunakan span. Berjalan sambil
4
mengikat kaki. Melambung belon air
5
masuk ke dalam bakul. Membawa bola
6
ping-pong dalam sudu. Jumlah
125
Jumlah Keseluruhan
- 11 -
Catatan
2012
SK Seri Bintang Utara
- 12 -
View more...
Comments