KERTAS KERJA SUDUT LINUS DENGAN KERJASAMA PANITIA BAHASA INGGERIS SEKOLAH KEBANGSAAN LASAH
ANJURAN: GURU PELATIH PISMP TESL & PK SEMESTER 8 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
1.0PENDAHULUAN Internship ialah peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk mengaitkan pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah.
Oleh hal yang demikian, bagi menyahut seruan yang disarankan oleh Institut Pendidikan Guru, kami guru pelatih PISMP Pendidikan Kesihatan dan Bahasa Melayu dari IPG Kampus IPOH (IPGKI) telah mengambil tindakan yang progresif dengan mencadangkan satu program keceriaan pondok bacaan di Sekolah Kebangsaan Lasah dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggerisayu sekolah yang turut bersama memberikan sokongan. Persekitaran kawasan di sekolah adalah penting
sebagai wahana untuk
merealisasikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) cemerlang yang bermula daripada persekitaran sekolah yang kondusif.
Dalam masa yang sama, semangat
kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi persekitaran sekolah.
2.0
RASIONAL Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman dan perhatian semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan, para pelajar sering kali terlupa bahawa aspek asas dalam kemahiran membaca dan menulis tidak diberi perhatian baik para pendidik mahu pun ibu bapa. Justeru, wujud sedikit kepincangan dalam menjayakan setiap program yang berpaksikan pelajar, guru dan ibu bapa. Oleh yang demikian, Projek Sudut LINUS ini dirancang dan dilaksanakan untuk membantu murid-murid yang masih tidak menguasai kemahiran membaca , menulis dan mengira dalam Bahasa Inggeris.
3.0
OBJEKTIF Program ini diharapkan dapat : a) b) c) d)
Membantu murid menguasai kemahiran bacaan. Membantu murid-murid menguasai asas matematik. Mensifarkan murid-murid tegar bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Mensasarkan pencapaian yang lebih baik dalam ujian saringan LINUS.
2.0BUTIR-BUTIR PROGRAM 4.1
Tempat
: Pondok Bacaan Sekolah Kebangsaan Lasah
4.2
Tarikh
: 13 Julai – 5 Ogos 2016
4.3
Masa
: 8.00 Pagi – 5.00 Petang
3.0CADANGAN PROGRAM 3.1 3.2
Menceriakan pondok bacaan Menyediakan ruangan membaca
4.0KEWANGAN 4.1 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil 1. 2.
Perkara
Harga Kuantiti Seunit (RM) Plastik Laminate RM 21.00 1 rim Kertas A4 Berwarna RM 5.00 1 set JUMLAH KESELURUHAN
Jumlah (RM) RM 21.00 RM 5.00 RM 26.00
5.0PENUTUP Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu dalam kalangan semua jawatankuasa yang terlibat ini dapat mencapai objektif yang dicitakan.
Diharapkan
bilangan murid-murid yang tegar dapat dikurangkan dan jumlah memasuki kumpulan Arus Perdana semakin bertambah. Perancangan pelaksanaan program dalam kertas kerja ini adalah bertujuan memudahkan pengurusan projek. Program ini merupakan salah satu platform guru pelatih untuk mencari pengalaman secara terus daripada sekolah.Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatanNya. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan
yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan
pertolongan Tuhan.
Disediakan Oleh,
………………………………………… (Saranya a/p Balachandran) Guru Pelatih PISMP TESL & PK Semester 8 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Disemak oleh,
………………………………………… (Puan Yasmin bt. Basyir Ahmad) Ketua Panitia Bahasa Inggeris, SK Lasah, Perak.
Disahkan oleh,
………………………………………… (Puan Latifah bt. Md. Hariri) Guru Besar, SK Lasah, Perak
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.