Kertas Kerja Program HEM 2016

November 29, 2017 | Author: Muhammad Fadzli | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Kertas Kerja Program HEM SK Kampung Beraya...

Description

SEKOLAH KEBANGSAAN KG. BERAYA, 98000 MIRI, SARAWAK.

KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN HAL EHWAL MURID SK KAMPUNG BERAYA 2016

UNTUK PERHATIAN : PIHAK BAITULMAL SARAWAK, MIRI

1

PENDAHULUAN Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap

prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka. , Atas dasar inilah , matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan, keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa,agama dan negara. Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya.

Atas

dasar

inilah

pihak

sekolah

telah

merancang

dan

melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh Bahagian HEM untuk memastikan matlamat sekolah tercapai.

2

MATLAMAT Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid

berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dab menyuburkan potensi kepimpinan. 3

OBJEKTIF

Memahami konsep dan peranan seta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid. Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah. Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan. 4

KUMPULAN SASARAN 1

5

Semua murid SK.Kg Beraya

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HAL EHWAL MURID 2016 SK KAMPUNG BERAYA

BIL.

PERKARA

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 1.

Murid yang terlibat: 24 orang pengawas SK Kampung Beraya.

JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN

1. Makan murid dan guru= RM 10 x 34 = RM 340 2. Alat tulis murid = RM 3 x 24 = RM 72 3. Cenderahati penceramah = RM 50 JUMLAH : RM 462

PROGRAM ANTI

1. Cenderahati penceramah = RM 50

DADAH

2.

Murid yang terlibat : 68 orang murid SK Kampung Beraya JUMLAH = RM 512

6

PENUTUP Program ini diharapkan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh semua murid dalam melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

Sekian, terima kasih. Disediakan oleh,

___________________________________ (ENGKU NURUL FARAHANA ENGKU AZIZ)

Penolong Kanan HEM, SK. Kg. Beraya Disemak oleh.

_____________________ (OTHMAN BIN HJ YUNUS) Guru Besar, SK.KG. Beraya.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF