Kertas Kerja Penubuhan Persatuan Pen.khas Sk Tmn Suria
September 19, 2017 | Author: Priya RS | Category: N/A
Short Description
Kertas Kerja Penubuhan Persatuan Pen.khas...
Description
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SURIA, JOHOR BAHRU, JOHOR, MALAYSIA
CADANGAN KERTAS KERJA PENUBUHAN
PERSATUAN PENDIDIKAN KHAS SK TAMAN SURIA
1.0 Nama Persatuan Persatuan Pendidikan Khas Sinar Suria 2.0 Moto persatuan Kelahiranku Untuk Menunaikan Janji 3.0 Pengenalan Persatuan ini ditubuhkan dengan usahasama PIBG SK Taman Suria. Seramai 21 orang murid Pendidikan Khas Sinar Suria merupakan ahli dalam persatuan ini. Persatuan ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengambil bahagian secara aktif dan menjayakan program-program yang telah dirancang dalam persatuan ini. Selain itu, persatuan ini juga mampu menyediakan peluang kepada murid-murid untuk
mempelajari
pelbagai
kemahiran
seperti
membuat
kraftangan,
menghasilkan anyaman tikar dan sebagainya. Tambahan pula, murid-murid juga akan diberi praktikal dalam pelbagai terapi seperti terapi : air, haiwan, alternatif, snozeland dan sebagainya. 4.0 Matlamat Matlamat penubuhan Persatuan Pendidikan Khas Sinar Suria ini adalah untuk memantapkan murid dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan keseimbangan jati diri berlandaskan intipati Falsafah Pendidikan Khas Negara iaitu insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri dan seterusnya menjadikan Persatuan Pendidikan Khas Sinar Suria sebagai medium penting untuk mencungkil dan mengasah bakat sumber modal insan yang berupaya mencapai wawasan sekolah seterusnya wawasan negara. 5.0 Objektif Persatuan Persatuan ini diadakan demi mencapai beberapa objektif iaitu:i) Meningkatkan keyakinan diri murid ke tahap yang maksimum ii) Melatih semangat berkerjasama secara berkumpulan iii) Meningkatkan nama sekolah melalui pertandingan dan persembahan yang disertai iv) Mencungkil dan mengasah bakat pelajar yang terpendam v) Memberi peluang kepada murid untuk mempelajari pelbagai kemahiran dan terapi dalam Pendidikan Khas 6.0 Ahli Jawatankuasa
( Rujuk Lampiran A )
7.0 Misi Persatuan Melahirkan individu yang berdikari, berkeyakinan dan berkebolehan
8.0 Visi Persatuan Sinar Suria Unggul Penjana Transformasi Terbilang
9.0 Sasaran Ahli 21 murid Pendidikan Khas SK Taman Suria
10.0 Peranan Persatuan Persatuan Pendidikan Khas akan melatih ahli-ahlinya untuk : a) Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti persatuan b) Mengamalkan sikap kerjasama dan toleransi c) Mempunyai keyakinan dan ketahanan diri yang kuat dari segi mental dan fizikal
11.0 Cadangan program atau aktiviti Persatuan Pendidikan Khas
No
Cadangan program / aktiviti
Catatan
1
Pertandingan Mencipta Logo Persatuan
Bulan Januari 2017
1
Terapi Air
Bulan Januari 2017
2
Bengkel Kraftangan
Bulan Februari 2017
3
Terapi Haiwan
Bulan April 2017
4
Sukaneka
Bulan Mei 2017
5
Terapi Snozeland
Bulan September 2017
6
Lawatan ke Kuala Lumpur
Bulan Oktober 2017
14.0 Penutup
Kesimpulannya, penubuhan Persatuan Pendidikan Khas Sinar Suria merupakan satu asset yang bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi murid seterusnya menaikkan nama baik sekolah melalui setiap aktiviti yang akan
disertai. Selain itu juga, kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam persatuan ini mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berhemah tinggi. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini tidak akan disiasiakan oleh kita semua. Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN A
Jawatankuasa Persatuan Pendidikan Khas
SK Taman Suria
PENAUNG
:
PUAN KHAMIDAH BINTI BESUT GURU BESAR SK TAMAN SURIA, JOHOR
PENASIHAT
:
PUAN HIDAYAH BINTI KAMIL GURU PENOLONG KANAN (KOKURIKULUM) SK TAMAN SURIA, JOHOR
PENASIHAT
:
PUAN KHALIDAH BINTI HASSAN GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS SK TAMAN SURIA, JOHOR
Pengerusi
: Nur Hidayah binti Gaffar
Naib Pengerusi : Mohd Taufik bin Mhd Salleh Setiausaha
: Puteri Balqis binti Kamaruddin
Penolong SU
: Hafiz binti Mhd Ariffin
Bendahari
: Thilagan a/l Balan
Ahli Jawatankuasa (AJK) :Sanjana a/p Kumarian Mohamad Akhil bin Sukhairi Mohd Aizat bin Alif Satar Manoj a/l Mariapan Adawiyah binti Abu Amran bin Arzat Delisha binti Abdul Kader Darvina a/p Renganathan Parthiban a/l Kanagaprabhu Emran bin Mohd Khaled Mohd Nor Adam bin Ghazali Lee Eng Chew Jessica Enn Nishan a/l Alexander Mohd Iskandar bin Khairan Noor Khairani binti Jharan
View more...
Comments