Download Kertas Kerja Penubuhan Kelab Taekwondo...
Description
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL BATU RAKIT, 21030 KUALA TERENGGANU TERENGGANU
KERTAS KERJA : PENUBUHAN KELAB TAEKWONDO WTF INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
1.
Pengenalan:
Taekwondo merupakan satu aktiviti riadah yang sihat dan ianya adalah satu aktiviti yang sesuai untuk mengisi masa lapang pelajar terutamanya para pelajar di IPG KDRI. Justeru, untuk mengisi masa lapang pelajar, satu cadangan penubuhan Kelab Taekwondo IPG KDRI telah diusulkan bersama. Dengan adanya kelab ini maka pelajar-pelajar boleh mengenali permainan ini secara lebih dekat dan dapat menganjurkan beberapa perlawanan persahabatan bersama sekolah-sekolah atau pusat pengajian lain bagi mengeratkan silaturahim. Penyertaan kelab ini akan dibuka kepada semua pelajar IPG KDRI yang berminat untuk menyertainya.
2.
Rasional Penubuhan kelab ini adalah di atas dasar untuk mendekatkan sukan taekwondo
kepada para pelajar supaya pelajar-pelajar lebih berani menghadapi situasi yang lebih mencabar. Semua pelajar IPG KDRI yang berminat bolehlah menyertai kelab ini.
Rasional penubuhan kelab ini adalah untuk: I. Mendedahkan dan memperkenalkan sukan taekwondo kepada pelajar IPG Kampus Dato’ Razali Ismail II. Memberi pendedahan kepada para pelajar dalam bidang pengurusan (kelab) III. Melatih para pelajar dalam menguruskan sesebuah organisasi. IV. Mewujudkan satu organisasi yang mantap dan teratur V. Memupuk semangat kesukanan dalam kalangan para pelajar. VI. Mengeratkan hubungan antara pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang berbilang kaum.
2
3.
Matlamat
Matlamat utama penubuhan Kelab Taekwondo WTF IPG KDRI ialah untuk memperkenalkan kepada para pelajar sukan riadah ini. Selain itu, dengan adanya kelab ini, diharapkan hubungan silaturahim sesama pelajar
dari IPG KDRI dan insitusi-institusi
pengajian lain diperkukuhkan melalui perlawanan persahabatan dan pertandingan. Masa yang terluang juga akan dapat dimanfaatkan dan digunakan sepenuhnya oleh pelajar dengan aktiviti yang sihat dan tidak terbuang begitu sahaja. Ia juga akan dapat mengasah bakat para pelajar dalam sukan ini memandangkan sukan ini memerlukan fokus dan kemahiran yang tinggi. Setiap tahun, terdapat beberapa perlawanan taekwondo terbuka Terengganu diadakan, dengan penubuhan kelab ini, ianya lebih memudahkan pelajar mendaftarkan diri dan menyertai pertandingan yang dijalankan dengan membawa nama IPG KDRI dan dapat memperkenalkan lagi kepada masyarakat tentang kemampuan dan kewujudan IPG KDRI. Matlamat terakhir adalah agar guru-guru pelatih dapat menguasai permainan ini untuk diajar pada murid-murid apabila menjadi guru kelak.
Dikemukakan kepada: En. Mohammad Bin Ngah, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Terengganu.
7.
Kumpulan Sasaran: Terbuka kepada semua pelajar IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
8.
Jawatankuasa Sementara Kelab Taekwondo WTF IPG KDRI.
Penaung
:
En. Mohammad Bin Ngah.
Penasihat
:
Tuan Haji Mohamad Yunus B Ibrahim.
Pengerusi
:
Muhammad Ar-Rasyid b. Mohd Saiful Wong.
N. Pengerusi:
Fatin Syazwani Bt Zainal Abidin.
Setiausaha :
Mohd Izzudin b. Abd Rahim.
Bendahari
Rabbiatul Iqmar bt. Omar.
:
Ajk-Ajk
1. Pendaftaran & Keahlian
:
Anis Nazira Bt Omar Saifuddin.
2. Tempat & Peralatan
:
Nor Syuhada bt Suhaime.
3. Sosial & Kebajikan
:
Noraishah Bt Rapani.
4. Tugas-tugas Khas
:
Mohd Aidil Bin Sahipaludin.
5. Aktiviti & Lawatan
:
Azri Bin Mohd Yamin.
6. Penyertaan pertandingan
:
Abdul Barr B Abdul Wahid.
4
9
Senarai Nama Sementara Ahli Lampiran 1
10.
Sumber Kewangan
Sumber kewangan Kelab Taekwondo WTF IPG KDRI ialah dari yuran pendaftaran kelab yang akan dikenakan kepada semua pelajar yang menyertai kelab ini. Yuran pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM25.00 setiap individu.
11.
12.
Pengisian Aktiviti Kelab Taekwondo WTF IPG KDRI i.
Latihan mingguan.
ii.
Mesyuarat bulanan
iii.
Penganjuran/penyertaan pertandingan
iv.
Lawatan sambil belajar dan perlawanan persahabatan
v.
Kursus berkaitan
vi.
Jamuan tahunan
Borang Keahlian Lampiran 2
13.
Penutup
Diharapkan penubuhan kelab ini akan memberikan peluang untuk para pelajar mengenali dengan lebih dekat lagi sukan taekwondo ini. Di samping itu semangat kesukanan akan dapat dipupuk dalam kalangan pelajar amnya dan warga institut khasnya. Semoga cadangan penubuhan kelab ini diluluskan oleh pihak institut dan akan terlaksana dengan jayanya.
Sila sertakan bayaran pendaftaran sebanyak RM25 beserta 2 keping gambar berukuran passport. Sila isikan maklumat diri diruang yang disediakan menggunakan huruf besar.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.