Surau adalah satu tempat yang terpenting di sesuatu kawasan atau tempat dan pembinaannya bertujuan untuk umat Islam mend...
Description
KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN SURAU SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG GESA, BELAWAI TAHUN 2014M / 1435H
KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN SURAU SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG GESA, BELAWAI
1. PENDAHULUAN Surau adalah satu tempat yang terpenting di sesuatu kawasan atau tempat dan pembinaannya bertujuan untuk umat Islam mendirikan solat ,beribadah dan menjalankan aktiviti kerohanian yang lain. Di SK Abang Gesa Belawai juga terdapat sebuah surau, namun perlu diberi penambahbaikan. Oleh itu, pihak Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab memberi cadangan kepada pihak sekolah menambahbaik seterusnya menaiktaraf surau yang sedia ada kepada keadaan yang lebih baik, selesa dan berinformasi kepada semua murid khususnya melibatkan mata pelajaran dan aktiviti kerohanian Pendidikan Islam di sekolah.
2. OBJEKTIF 1.
Memberikan keselesaan kepada murid, guru serta kakitangan sekolah untuk mengerjakan solat.
2. Memberikan keselesaan kepada murid untuk menjalani amali solat serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa Kelas KAFA dan amali Kem Bestari Solat. 3. Menambah baik prasarana dan kemudahan sekolah iaitu surau sekolah yang telah sedia ada kepada yang lebih baik. 4. Menjadikan surau sekolah lebih bersih, ceria dan selamat serta selesa untuk digunakan.
3. CADANGAN KERJA PENAMBAHBAIKAN 1. Menaiktaraf surau
Lampiran 1 1) Surau sekolah
CADANGAN BAIKPULIH DAN PENGUBAHSUAIAN a) Mengecat dinding b) Memasang langsir dan tirai c) Memasang karpet d) Sebarang kerja penambahbaikan yang dirasakan perlu
TUJUAN PENAMBAHBAIKAN a) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk mengerjakan solat. b) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk menjalani amali solat yang terdapat dalam silibus Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) dan Kem Bestari Solat. c) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di surau.
4. Kelengkapan lain (almari, rak, telekung, tirai)
RM 3000.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 8000.00
5. PENUTUP Semoga perlaksanaan kerja penambahbaikan dan pengubahsuaian surau sekolah ini dapat memberikan keselesaan yang lebih baik kepada semua murid, guru dan kakitangan sekolah ini. Diharapkan juga perlaksanaan projek ini dapat menjadikan kemudahan surau sekolah lebih bersih,ceria dan selamat untuk digunakan. Sokongan dan pandangan daripada semua pihak amat diharapkan dalam melancarkan lagi kerjakerja penambahkan surau. Sekian, terima kasih.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.