Download KERTAS KERJA MOTIVASI DAN TEKNIK MENJAWAB...
Description
KERTAS KERJA MOTIVASI DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2011 BAGI MURID-MURID TAHUN 6C & 6D SK KOTA DALAM PENGENALAN Sekolah merupakan satu institusi pembelajaran dan pendidikan yang penting dalam usaha membentuk generasi muda-mudi untuk menjadi peneraju negara pada masa akan datang. Proses pembelajaran dan pendidikan ini perlu berlaku dalam keadaan yang seimbang agar murid-murid dapat menerimanya dalam satu suasana yang harmonis dan dapat membentuk warga Malaysia yang berpotensi serta sedia untuk mengharungi arus pendidikan yang semakin mencabar ini. Oleh itu, program yang akan dilaksanakan ini merupakan satu usaha yang diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada murid-murid 6C dan 6D dalam mengharungi alam pendidikan dengan penuh yakin. Melalui program ini, warga SKKD dan PLPP dapat bergabung untuk membentuk calon UPSR bagi SKKD yang tidak ketinggalan dari segi pencapaian akademik. RASIONAL PROGRAM •
Murid-murid kelas hujung kurang diberi perhatian.
•
Purata pencapaian akademik di kalangan murid-murid di kelas 6 C dan 6D adalah rendah.
•
Murid-murid 6C dan 6D jarang diberi motivasi kecemerlangan akademik.
•
Murid-murid 6C dan 6D kurang mendapat pendedahan teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. OBJEKTIF PROGRAM
•
Mempertingkatkan daya keyakinan diri.
•
Melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek.
•
Menyediakan murid untuk mengharungi peperiksaan UPSR.
•
Memberi dorongan dan menguatkan minat untuk meneruskan pelajaran ke peringkat tertinggi.
•
Memberi kesedaran tentang kepentingan akademik.
JUSTIFIKASI PROGRAM Murid-murid 6C dan 6D harus diberi peluang untuk mendalami ilmu pendidikan secara berterusan seperti yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid-murid 6C dan 6D harus didekati dan diberi khidmat akademik secara menyeluruh tanpa mengira batasan sosio-ekonomi mereka Murid-murid 6C dan 6D harus diberi peluang untuk mengikuti seminar-seminar teknik menjawab soalan peperiksaan Murid-murid 6C dan 6D harus diberi peluang untuk meningkatkan daya intelek dan menghayati kemantapan akademik.
IMPAK •
Minat terhadap pencapaian akademik di kalangan murid-murid 6C dan 6D akan meningkat.
•
Murid-murid 6C dan 6D akan menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berkeupayaan mencapai kejayaan dalam peperiksaan UPSR dan dapat memberi sumbangan kepada kemakmuran negara.
•
Murid-murid 6C dan 6D akan menjadi lebih yakin dan mampu merencanakan diri di arus pendidikan
SASARAN Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya SK Kota Dalam, Ayer Hitam. KOMPONEN PROGRAM Tarikh
: 25 – 26 Mac 2011
Hari
: Jumaat – Sabtu
Masa
: 2 hari 1 malam
Tempat
: Pusat Latihan Pembangunan Pengembangan, Jabatan Pertanian
PECAHAN PERBELANJAAN: BIL 1 2 3 4 5
BUTIRAN Duit Makan Cenderahati Runcit - Makanan Penginapan
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.