Kertas Kerja Larian Merdeka

January 7, 2017 | Author: 4eyesgirl | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

.....

Description

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN 22200, BESUT, TERENGGANU

KERTAS CADANGAN LARIAN MERDEKA 2014 IPG KAMPUS SULTAN MIZAN TAHUN 2014

ANJURAN : 6 PISMP PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JANUARI 2012 IPG KAMPUS SULTAN MIZAN 22200, BESUT, TERENGGANU

UNTUK PERHATIAN : Dr. Haji Mohd Aziz bin Mohd Din

1.0 PENGENALAN Aktiviti kesukanan merupakan satu aktiviti yang sihat untuk menjana otak yang cerdas serta badan yang sihat. Pendidik generasi baru haruslah dilengkapi

dengan segala ilmu pengetahuan dan

kemahiran yang berkaitan dengan mereka khususnya dalam bidang sukan dan permainan. Salah satu cabang di dalam bidang sukan dan permainan ini adalah aktiviti larian yang juga merupakan satu sukan massa. Umum mengetahui penglibatan individu dalam aktiviti fizikal member banyak kelebihan samada dari segi fizikal, mental, emosi, dan rohani. Faedah yang diperolehi ini selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penglibatan guru pelatih dalam aktiviti fizikal dan penganjuran sesuatu acara yang berskala besar dapat memberi pulangan yang setimpal dalam konteks kemenjadian guru. Guru pelatih yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi mampu menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan pada zaman yang serba maju ini. Dunia pendidikan hari ini memerlukan guru pelatih yang berpengetahuan tinggi, kreatif, inovatif, berkemahiran, bersemangat waja, dan komitmen yang tinggi yang mana elemen-elemen tersebut dapat dipupuk melalui penyertaan dan penganjuran

Larian

Merdeka 2014. 2.0 RASIONAL Larian Merdeka 2014 akan dianjurkan oleh guru pelatih 6 PISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2012 yang secara umumnya bertujuan

untuk member peluang kepada guru pelatih

menganjurkan acara yang berskala besar yang melibatkan agensi-agensi luar samada kerajaan, bukan kerajaan, dan swasta. Medan ini akan digunakan oleh guru pelatih untuk mempraktikkan segala ilmu dan kemahiran yang dipelajari selama ini disamping mengutuip seberapa banyak pengalaman dan kemahiran sebagai satu bekal apabila ditugaskan sebagai seorang guru kelak. Selain daripada itu Larian Merdeka 2014 ini juga sebagai satu simbol kepada guru pelatih meraikan kemerdekaan negara dengan menghargai jerit perih pengorbanan pejuang-pejuang Negara dalam menuntut kemerdekaan. Penghargaan guru pelatih kepada tokokh-tokoh kemerdekaan Negara ini diekspresi melalui semangat berpasukan yang tinggi dalam usaha menamatkan larian tanpa henti ini. 3.0 KONSEP LARIAN MERDEKA 2014 Larian Merdeka 2014 ialah larian jarak jauh secara berganti-ganti.tanpa henti dengan jarak larian ialah sejauh 280 kilometer dengan merentasi 6 daerah di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang,. Seorang pelari akan berlari dengan memegang bendera Malaysia dalam jarak 5 km dengan masa maksima ialah 30 setiap orang. Tempat permulaan ialah di sempadan Terengganu Kelantan di Bukit Yong dan berakhir di Kemaman sempadan Terengganu Pahang.

4.0 OBJEKTIF 4.1 Memupuk semangat patriotik dalam kalangan guru pelatih 4.2 Memupuk perpaduan dan silaturahim dalam kalangan guru pelatih khasnya dan warga institut 4.3 Sebagai satu bentuk penghargaan kepada tokoh-tokoh kemerdekaan negara 4.4 Menyedari kepentingan menghargai dan mengisi kermedekaan negara dalam konteks pendidikan 4.5 Memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda khasnya bakal pendidik 4.6 Sebagai satu medan amalan gaya hidup sihat 4.7 Mempraktikan ilmu dan kemahiran penganjuran sesuatu cara. 5.0

PELAKSANAAN 5.1 TARIKH HARI TARIKH WAKTU

: Jumaat hingga Ahad : 29 - 31 Ogos 2014 : 3.00 ptg (29 Ogos 2014) - 12.01pagi (31 Ogos 2014)

5.2 SASARAN Semua guru pelatih jurusan Major Pendidikan Jasmani, para pensyarah serta staff Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Jumlah lelaki : 33 orang guru pelatih; 4 orang pensyarah; 1 orang staff Jumlah perempuan : 40 orang guru pelatih Sila merujuk lampiran 1. 5.3 TEMPAT (PELAN LALUAN) Sila merujuk lampiran 2. 6.0 LARIAN Bermula Berakhir Jarak Keseluruhan Jumlah jarak untuk seorang pelari Daerah yang direntasi

: Bukit Yong : Kemaman : 280km : 4 - 5km (dalam masa 30minit) : Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang,

Dungun,

Kemaman 7.0 TETAMU KEHORMAT 7.1 Dr Haji Mohd Aziz Bin Mohd Din Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan 7.2 Encik Che Aminulddin bin Abd. Hamid Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan 7.3 Ketua-Ketua Jabatan Akademik dan Bukan Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

7.4 Pensyarah-pensyarah Cemerlang Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

8.0 KEWANGAN 

Makanan & Minuman

-

RM 30 x 100 = RM 3000



Promosi (banner)

-

RM 150 x 2 =

RM 300.00



Perubatan (PBSM, JPAM, St John)

-

RM350 X 2 =

RM 700.00



Bendera

-

RM 50 x 2 =

RM 100



Pengangkutan Sebuah bas, sebuah coaster, dan sebuah van IPG KSM



Petrol Marshall

-

RM 100 x 10 = RM 1000



Jamuan ringan permulaan dan penamat

-

RM 500 x 2 = RM 1000



Tshirt Larian Merdeka IPGKSM 2014

-

RM 25 x 100 = RM 2500



Kontigensi



Jumlah Keseluruhan

RM 1000 -

RM 9600 sahaja

9.0 PENGLIBATAN AGENSI KERAJAAN, BUKAN KERAJAAN DAN SETEMPAT Bagi menjamin Larian Merdeka 2014 berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar, penglibatan daripada beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta masyarakat setempat amat diperlukan. Antara agensi yang boleh dilibatkan ialah : 

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu



Pihak Berkuasa Tempatan Terenggnu



Polis Diraja Malaysia



Jabatan Pengangkutan Jalan



Jabatan Pertahanan Awam



Persatuan Bulan Sabit Merah



Hospital



Wakil rakyat setempat

10.0 PROMOSI DAN PEMASARAN ACARA Penganjur akan menggunakan beberapa strategi bagi mempromosi dan memasarkan Larian Merdeka 2014. Antara kaedah yang dikenal pasti ialah : 

Media cetak dan elektronik:



Astro, TV3, RTM



Sidang akhbar- Sinar Harian, Utusan Malaysia, harian Metro, Berita Harian



Sepanduk



Banner

11.0 JAWATANKUASA INDUK LARIAN MERDEKA Penaung Kehormat

: Dr. Haji Mohd Aziz bin Mohd Din

Penasihat

: Tuan Haji Yakcob bin Mamat Encik Che Ishak bin Ismail Encik Khairuddin bin Mat Hasaan Encik Zarizi bin Abdul Rahman

Presiden

: Muhammad Ruzaini bin Rusli

Pengurus Acara

: Goh Pei Shan

Penolong pengurus acara

: Sim Chong Yau

Bendahari

: Mohamad Shah bin Jemain

Penyegaran

: Krishnaveni A/P Sukumaran : Karpagavalli A/P Taganathan

Keselamatan dan Perubatan

: Muhammad Nakhieuddin bin Mohd Fauzi

: Louis Cheng Xian Rui Pengangkutan

: Ling Jai Seng

Perhubungan dan protokol

: Nur Liyana binti Ramli : Nabilah binti Suhaipin

Penajaan

: Siti Wahida binti Abd Wahab : Cindy Wong Siew Chien

Jemputan

: Anizavina binti Mohd Esa

Promosi dan Pemasaran

: Sheron A/P Danievellu : Loh Yu Han

Tapak acara/landasan

: Muhammad Zaheed bin Abdul Razak : Ahmad bin Saidi

Peralatan

: Muhammad Aidilfitri bin Jamaluddin : Nurul Fatihah binti Bakhari Ahmad

Logistik

: Nur Syahiirah binti : Ling Lii Lik

Dokumentasi

: Vernon viv anak Amy

12.0 SUMBER PENDAPATAN Tajaan daripada syarikat-syarikat swasta dan orang perseorangan.

13.0 PENUTUP Semoga Larian Merdeka 2014 ini dapat memenuhi matlamat dan objektif. Hasil Larian Merdeka 2014 ini akan membantu memupuk semangat patriotisme dan ketahanan mental dan fizikal serta

mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang Sukan Olahraga serta memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan kebangsaan yang berteraskan kepada Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan sosial.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

_____________________

____________________

(GOH PEI SHAN)

(EN. ZARIZI BIN ABDUL RAHMAN)

Pengurus acara,

Pensyarah Penasihat,

Larian Merdeka,

IPG Kampus Sultan Mizan,

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN,

Besut, Terengganu

Besut, Terengganu.

Disahkan oleh :

Disahkan Melalui:

_____________________

_________________________

(TN. HAJI YAAKCOB BIN MAMAT)

(tn haji bAHARUDDIN BIN HUSSIN)

Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani,

Ketua Jabatan Hal Ehwal Murid,

IPG Kampus Sultan Mizan,

IPG Kampus Sultan Mizan,

Besut, Terengganu.

Besut, Terengganu.

Diluluskan oleh : ____________________ (Dr. Haji Mohd Aziz bin Mohd Din) Pengarah, IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Dengan ini, saya meluluskan / tidak meluluskan program ini. Ulasan : __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ ______________________________________________

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF