TEMPAT : PADANG UTAMA IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
ANJURAN : PISMP SEMESTER 2
UNIT SEJARAH DAN TESL 2
1.0
PENGENALAN
Hoki merupakan sejenis sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan teras negara. Pertandingan hoki ini adalah salah satu usaha yang diharapkan dapat menyumbang ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berdasarkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Usaha ini adalah bagi melahirkan guru pelatih yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkemahiran dan berkeupayaan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan serta lapangan kehidupan sekaligus melahirkan generasi guru yang berkualiti tinggi pada masa akan datang.
2.0
RASIONAL
Pertandingan hoki ini merupakan salah satu aktiviti untuk amali lapangan yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Program ini bakal memberikan pendedahan kepada semua guru pelatih yang terlibat tentang pengurusan pelaksanaan pertandingan bagi aktiviti kokurikulum. Melalui pelaksanaan pertandingan ini, secara tidak langsung akan dapat mengasah bakat guru pelatih dalam sukan pada peringkat awal sebelum melangkah ke alam pengajaran di sekolah serta menonjolkan kecenderungan dalam bidang pengurusan.
3.0
TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon kelulusan, daripada pihak Tuan Pensyarah bagi menjayakan Pertandingan Hoki yang dirancang untuk diadakan pada 14 September 2013. Program ini dirancang bagi memenuhi sukatan pelajaran Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum di samping memupuk kerjasama dan kemahiran awal dalam kalangan mahasiswi guru untuk menguruskan pertandingan-pertandingan kokurikulum di peringkat sekolah apabila keluar sebagai guru nanti.
4.0
OBJEKTIF
Objektif perlawanan ini diadakan adalah untuk mencapai objektif seperti berikut : 1. Memupuk semangat kerjasama dalam pasukan. 2. Mendidik serta mendedahkan guru pelatih supaya bijak mengatur strategi bersama rakan-rakan sepasukan yang lain. 3. Untuk melahirkan guru pelatih yang sihat dan cergas dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara. 4. Memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru pelatih untuk menganjurkan sesuatu program. 5.0
TARIKH DAN MASA
Pertandingan ini akan dilaksanakan pada tarikh dan masa sebagaimana yang berikut: TARIKH
: 14 SEPTEMBER 2013
MASA
: 8.00 PAGI – 1.00 PETANG
6.0
TEMPAT
Pertandingan ini akan dijalankan di Padang Utama IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
7.0
PENYERTAAN
Program ini disertai oleh mahasiswi guru PISMP AMBILAN JAN 2013 dari unit SEJARAH dan TESL 2 yang mengambil pengkhususan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Permainan Hoki seramai 14 orang. (Sila rujuk Lampiran 1)
: NUR AZLINDA BINTI AZMAN SELLY AINA BINTI ZAKARIA
AJK PERALATAN
: NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD NAZIR
AJK PENGADILAN
: NOOR HIDAYAH BT GHAZALI
9.0
KEWANGAN SUMBER KEWANGAN
PERBELANJAAN
BIL
PERKARA
CATATAN
JUMLAH (RM)
BIL
PERKARA
1
Kutipan daripada ahli
RM 8 X 14
112.00
1.
Makanan minuman
2.
JUMLAH
RM 112.00
JUMLAH (RM) dan 45.00
Hadiah dan 67.00 cenderahati
JUMLAH
RM 112.00
10.0
SISTEM PERTANDINGAN
(SISTEM LIGA KECIL) PUSINGAN PERTAMA
KUMPULAN A KUMPULAN B
KUMPULAN A/B
KUMPULAN C KUMPULAN C/D KUMPULAN D
PUSINGAN KEDUA
PEMENANG ANTARA KUMPULAN A/B PEMENANG ANTARA KUMPULAN C/D TEMPAT KE-2 ANTARA KUMPULAN A &B TEMPAT KE-2 ANTARA KUMPULAN C & D
PEMENANG TEMPAT PERTAMA
PEMENANG SAGUHATI
11.0
TENTATIF PROGRAM
Berikut adalah tentatif program untuk Pertandingan Hoki pada hari Sabtu, 14 September 2013 :
Masa
Perkara
8.00 pagi – 8.15 pagi
: Pendaftaran peserta -Taklimat pertandingan
8.15 pagi – 9.15 pagi
: Perlawanan pertama (Separuh akhir)
10.15 pagi – 11.15 pagi
: Perlawanan kedua (Peringkat akhir 1- penentuan)
11.15 pagi – 12.15 tengah hari : Perlawanan kedua (Peringkat akhir 2- penentuan) 12.15 pagi – 1.00 tengah hari
: Majlis penutup - Penyampaian hadiah - Bersurai
12.0
PENUTUP
Adalah diharapkan pertandingan ini akan dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif dan matlamat yang diharapkan. Sokongan dalam bentuk idea dan sebagainya amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Disediakan oleh,
................................................ (NURMASNI BINTI MOHD FAKRI) Setiausaha,
Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Hoki, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu.
DISAHKAN OLEH,
……………………………………. (ENCIK HAMDAN BIN ABD MANAF) Pensyarah, Jabatan GERKO, Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato’ Razali Ismail.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.