KERTAS CADANGAN MEMOHON MESIN PENCETAK UNTUK KEGUNAAN GURU
PENDAHULUAN Panitia Sains SK Kementah telah ditubuhkan pada 2011. Panitia ini menguruskan segala hal berkaitan pengajaran dan pembelajaran sains. Panitia ini diuruskan oleh Ketua Panitia dan dibantu oleh Setiausaha dan AJK yang lain. Panitia Sains juga menguruskan Bilik Sains SK Kementah. Keme ntah. Terdapat tiga buah Bilik Sains berserta sebuah Bilik Stor dan dua buah Bilik Penyediaan. Panitia Sains juga menguruskan Kelab Sains Dan Rekacipta.
OBJEKTIF Objektif Kertas Kerja ini ialah : Mendapatkan peruntukan daripada PIBG untuk membeli mesin pencetak. Mesin pencetak ini bertujuan untuk: i) mencetak pelbagai mak maklumat lumat untuk menceriakan tiga buah Bilik Sains SK Kementah. ii) mencetak bahan bantu mengajar untuk kegunaan murid. iii) mencetak pelbagai surat menyurat berkaitan dengan Panitia Sains dan Kelab Sains & Rekacipta.
3.0 ORGANISASI PANITIA SAINS SK KEMENTAH ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN Pihak Panitia Sains mencadangkan mesin pencetak jenama HP Deskjet All-in-One Printer. Mesin pencetak ini mempunyai pelbagai fungsi. Mesin pencetak ini juga tahan lasak. Harga dan gambar adalah seperti dibawah.
BIL
BARANG
ANGGARAN KOS
1
Mesin Pencetak HP All-in-One Printer
RM 469.00
2
**Dakwat Mesin Pencetak (4 toner Black Black &Colour)
RM 200.00
JUMLAH
RM 669.00
–
**Dakwat tambahan jika dakwat asal telah habis
5.0 PENUTUP Harapan Panitia Sains untuk mendapatkan mesin pencetak yang berkualiti diharap dapat membantu pengurusan panitia terutamanya dalam projek menceriakan bilik-bilik sains, papan kenyataan bilik sains, kegunaan sebagai bahan bantu mengajar guru dan mencetak nota-nota untuk murid tahun 6. Diharapkan cadangan kami mendapat perhatian daripada pihak PIBG dan pihak pentadbiran sekolah supaya apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.