kertas 3 terbaru

August 9, 2017 | Author: Md Firdaus Miena | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

SEJARAH...

Description

Aspek Pengenalan

Isi dan Huraian

Kesimpulan

Perincian 1. a. Maksud sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen b. Sistem pemerintahan demokrasi di Malaysia

Markah 5 markah

2. Jelaskan konsep perlembagaan dan keluhuran perlembagaan dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

10 markah

3. Kepentingan perlembagaan dalam menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia di bawah sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

15 markah

4. Sebab-sebab dan kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen Malaysia dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

30 markah

5. Kejayaan Malaysia kesan daripada pengamalan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

10 markah

6. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah membawa kesejahteraan dan keamanan di Malaysia. Buktikan kebenaran pernyataan tersebut?

10 markah

7. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam perlaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut?

10 markah

8. Nilai-nilai murni dan ikhtibar daripada perlaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

5 markah

9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan

5 markah

a. Pengetahuan yang diperoleh b. Ikhtibar kepada diri, bangsa dan negara c. Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia harmoni dan stabil

1. a. Maksud sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undangundang digubal sama ada oleh rakyat atau melalui perwakilan iaitu wakil yang dipilih oleh rakyat untuk bersuara di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik. b. Sistem pemerintahan demokrasi di Malaysia Sistem Demokrasi Berparlimen merupakan unsur yang terpenting dalam sistem pemerintahan di negara kita. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengamalan sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan sistem Republik. Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. 2. Jelaskan konsep perlembagaan dan keluhuran perlembagaan dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Partf poliHk yang meimerintah akan mengetahui hala fuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjjawab kepadc rakyat melalui peruntukan yang terk
View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF