Kertas 3 Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua

September 27, 2017 | Author: Kumar Ayavoo | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Sejarah Kertas 3 SPM...

Description

Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua Pengenalan. Nasionalisme ialah semangat untuk membela tanahair daripada sebarang ancaman contohnya ancaman penjajah atau cengkaman ekonomi ke atas rakyat tempatan.Sehingga Perang Dunia kedua, nasionalisme di Malaysia bersifat anti penjajah British. Nasionalisme di Malaysia berlaku sejak kedatangan kuasa British bertujuan memelihara hak dan maruah negara daripada pencerobihan kuasa Barat. Kebangkitan peringkat awal dipimpin oleh oleh pembesar tempatan seperti Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong & lain-lain. Malah,penentangan pada tahap awal bersifat setempat kemudian berkembang menyeluruh pada awal kurun ke -20

2. Sebab-sebab Kebangkitan Nasionalisme di Negara kita. Kedatangan kuasa Barat seperti British yang pada awalnya ingin menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan penduduk setempat akhirnya berlanjutan sehingga seluruh negara dijajah oleh British. Tipu muslihat dan pelbagain taktik kotor British telah digunakan untuk mengambil kesempatan situasi di negara kita pada masa itu lalu menjajah negara. Apapun matlamat utama penjajahan British ialah untuk mengeksploitasi kekayaan negara kita untuk kepentingan British. Campurtangan dalam politik tempatan telah mengakibatkan kehilangan kuasa pemimpin tempatan . Malah segala urusan politik dan ekonomi telah diambilalih oleg British . Sultan dan pembesar telah dijadikan boneka politik British. Puungutan cukai hasil ekonomi diambilalih oleh British dan pemimpin tempatan mula hilang punca pendapatan dan kuasa mentadbir wilayah.

Selain itu, Undang –undang Barat telah diperkenalkan , disamping birokrasi Barat dengan penubuhan pelbagai jabatan-jabatan untuk melicinkan pentadbiran British. Semua jabatan-jabatan ini diketuai oleh pegawai British dan langsung megenepikan pemimpin tempatan. Adat resam tempatan dicampuri oleh pegawai-pegawai British sehingga menimbulkan kemarahan penduduk tempatan. Penduduk temnpatan tidak mendapat peluang ekonomi kerana semua potensi ekonomi dieksploitasi oleh British Saranan mereka untuk mentamadunkan rakyat kita melalui slogan “ White Men’s Burden” , iaitu tanggungjawab British untuk mentamadunkan rakyat negara kita hanya untuk mengabui mata kita . Dalam konteks sebenar, British hanya menjajah negara kita untuk mengeksploitasi ekonomi negara kita untuk menjadi kaya.

Penduduk tempatan juga menghadapi kesulitan dengan birokrasi Barat seperti tempat yang jauh untuk membayar cukai dan proses pentadbiran yang tidak difahami oleh penduduk tempatan. Apabila penduduk ingkar , mereka akan didakwa di mahkamah Barat. Hal ini telah membangkitkan keresahan dalam kalangan penduduk dan pemimpin tempatan. Pelaksanaan sistem cukai baru ini memang menyulitkan penduduk tempatan.

3. Gerakan Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua

a) Peringkat awal oleh Tokoh-tokoh tempatan i)

Perjuangan Golongan Tani di Terengganu

Pada peringkat awal, nasionalisme lebih bersifat setempat dan penentangan terhadap pencabulan hak keatas politik dan ekonomi setempat. Antara penentangan terhadap British yang hebat berlaku di Terengganu oleh golongan tani yang dipimpin oleh Haji Rahman Limbong. Pelbagai cukai yang tidak rasional dikenakan keatas para petani di Terengganu. Antaranya , cukai tanah, pas untuk memburu binatang buas, pas untuk membuka tanah baru dan sebagainya. Bukan itu sahaja, pusat membayar cukai pula terletak di Bandar dan para petani menghadapi kesukaran untuk membayar cukai. Apabila para petani membuka tanah tanpa mendapatkan pas dari British pada tahun 1922 di Kuala Telemong , seramai 40 orang petani telah didakwa di mahkamah. Haji Rahman Limbong telah membela petani-petani tersebut dengan hujah “Tanah Adalah Hak Allah” dan tidak perlu membayar cukai kepada penjajah. Berikutan peristiwa tersebut, penentangan bertambah hebat sehingga penduduk tempatan melakukan penentangan bersenjata ke atas British.

ii)

Perjuangan Jihad di Kelantan

Tokoh yang menentang campurtangan british di kelantan ialah Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas (Tok Janggut).Beliau dilahirkan di Kampung Saring di daerah Jeram pada tahun 1850. Tok Janggut mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Mekah serta mahir bersilat. Beliau tinggal di Kampung Nering dan bekerja sebagai petani dan peniaga.Antara faktor yang menonjolkan Tok Janggut bangkit menentang adalah kerana beliau adalah anak seorang

Panglima ,pada tahun 1902 patani masih lagi dikuasai oleh Siam dan beliau diamanahkan oleh gurunya iaitu Syeikh Ahmad supaya berikhtiar membebaskan petani daripada penjajahan Siam,dan mempertahankan Kelantan daripada jatuh ke tangan kuasa asing,khususnya eropah yang bersifat anti-islam. Dakwaan kolonial British yang melebelkan Tok Janggut sebagai seorang penderhaka kerana beliau dikatakan telah merancang untuk menjatuhkan kesultanan kelantan, hal ini menyebabkan beliau diburu oleh tentera Inggeris dan ditawarkan hadiah yang lumayan bagi sesiapa yang dapat menangkap beliau.Tok Janggut telah dituduh dan difitnah sebagai seorang yang derhaka kepada sultan dan British telah memainkan peranan yang hebat dalam tohmahan ini,bagi pandangan sarjana tempatan telah menafikan dakwaan sarjana barat kerana ada bukti-bukti yang mengatakan bahawa Tok janggut bukan berjuang untuk menentang institusi kesultanan , tetapi lebih dilihat menentang penjajahan kerana pelbagai faktor yang tidak dipersetujui oleh tok Janggut semasa pentadbiran British di Kelantan, Akhirnya meletuslah penentangan secara besar besaran Tok Janggut dan pengikutnya pada 1915 yang meyaksikan petumpahan darah pejuang tanah air menentang penjajah, Antara faktor yang menyebabkan Tok Janggut dan juga pengikutnya serta direstui perjuangannya disebabkan oleh faktor-faktor seperti berikut.

b) Gerakan Islah Semangat kebangsaan di Tanah Melayu ditiup oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah di Universiti Al-Azhar di Mesir pada awal kurun ke-20.Pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani

dan Syeikh Muhammad Abduh.Apabila kembali ke tanah air, mereka memulakan gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda. Antara tokoh-tokoh penting dalam gerakan ini ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Syed Syeikh alHadi.Kaum Muda menyebarkan idea pembaharuan melalui majalah AlImam.Antara saranan Al-Imam ialah menyeru orang Melayu berpegang kepada Al-Quran dan hadis.Menekankan pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kemajuan.Menitik berat akan pengetahuan sejarah kerana banyak iktibar yang boleh dipelajari daripada sejarah. Menasihati ibu bapa supaya memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.Menggesa kaum wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan.Mengetepikan adat resam dan kepercayaan karut yang boleh menghalang kemajuan.Majalah AlImam dihentikan terbitannya pada tahun 1908. Perjuangan Kaum Muda diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Al-Ikhwan, Pengasuh dan Saudara..Kaum Muda menubuhkan madrasah bagi menyebarkan idea mereka dengan lebih berkesan seperti Madrasah al-Masyur al-Islamiah di Pulau Pinang,Madrasah al-Diniah Kampung Lalang di Padang Rengas.,Madrasah alIhya Assyariff di Gunung Semanggol, Perak.Majalah Al-Imam diterbitkan di Singapura pada tahun 1906 yang bermaksud pemimpin.Tujuan Al-Imam adalah untuk mengingatkan mereka yang lalai dan menjagakan mereka yang tidur dan menunjukkan mereka yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebaikan.

4. Kesan gerakan Nasionalisme kepada penduduk negara kita.

Gerakan nasionalisme telah memberi tamparan hebat kepada British.British sedar rakyat tempatan tidak boleh diambil ringan dan harus diberi perhatian oleh British. Kebangkitan nasionalisme telah membuka mata British agar tidak mengambil kesempatan daripada kelemahan rakyat tempatan yang majoritinya tidak berpendidikan. Rakyat tempatan mula berani menyoal dasar-dasar British yang tidak mencurigakan dan tidak memanfaatkan rakyat tempatan. Rakyat sudah sedar akan tindak tanduk British yang hendak menipu rakyat tempatan. Pemimpin setempat yang bangkit menentang telah member satu nafas baru kepada penduduk tempatan untuk berjuang menentang sebarang bentuk penjajahan yang merampas hak rakyat tempatan.

Gerakan Islah pula telah membuka minda masyarakat tempatan untuk memajukan diri dari segi sosio ekonomi. Penduduk tempatan mula sedar akan pentingnya pendidikan untuk semua golongan masyarakat agar mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pihak British yang mendakwa diri mereka lebih berpendidikan dan bertamadun. Kepentingan memajukan diri dan bangsa adalah penting untuk mengelakkan negara kita dari dijajah oleh kuasa Luar. Idea-idea lama yang kolot harus ditinggalkan demi menuju ke hadapan dan kemajuan. Rakyat mula disedarkan akan pentingnya pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan diri. Jika tidak pihak luar yang mempunyai matlamat jahat pasti akan menguasai negara kita yang kaya ini.

5. Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas . Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum telah mencapai konsep perpaduan yang unik di bawah politik demokrasi. Semua kaum bertolak ansur dan mematuhi perlembagaan serta di hidup di bawah payung demokrasi negara. Konsep perpaduan negara kita bukan senang dicapai memandangakan banyak negara lain di dunia menghadapi pelbagai masalah etnik dan pergolakan yang membawa kepada pertumpahan darah. Namun di negara kita , rakyat hidup bersatu padu dan dalam keadaan yang aman dan damai. Hal ini demikian kerana sistem demokrasi menjanjikan kestabilan yang mantap. Kestabilan politik juga telah meningkatkan ekonomi negara kita. Daripada negara yang bergantung kepada bijih timah dan getah pada era pasca merdeka, kini negara kita menjadi pemacu ekonomi dalam bidang perndustrian , perlombongan dan pelancongan. Perindustrian negara kita telah berkembang pesat dengan terbinanya kawasan Zon Perdagangan Bebas di Bayan Lepas, Prai, Shah Alam, Senawang dan Johor Baharu. Ramai pelabur asing sperti Jepun, China dan Korea Selatan telah melabur dalam bidang perindustrian di negara kita kerana negara kita stabil dari segi ekonomi.

Kestabilan politik juga telah mendorong negara kita untuk mencapai peningkatan dalam bidang sosial. Pelbagai prasarana telah dibina di negara kita untuk kebajikan dan keselesaan penduduknya. Antaranya ialah pembinaan Bandar pentadbiran di Putrajaya di mana bangunan –bangunan kerajaan ditempatkan di satu lokasi. Hal ini memudahkan pentadbiran negara dan juga memudahlan rakyat berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan. Seterusnya pembinaan pelbagai prasarna pengangkutan seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) , Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang,

perkhidmatan keretapi dibandar seperti Monorel, LRT dan PUTRA serta pembinaa Terowong SMART yang boleh digunakan untuk menampung bilangan kenderaan yang banyak dan juga untuk mengalirkan air banjir semasa hujan lebat di bandaraya Kuala Lumpur. Terowong ini merupakan lencongan air terpanjang di Asia Tenggara sepanjang 9.7 km. Terowong ini telah menyelesaikan masalah banjir di Kuala Lumpur.

Tidak dapat dinafikan perusahaan automobil merupakan mercu kecemerlangan dalam mencapai kejayaan Malaysia. Di Malaysia terdapat dua buah syarikat yang menghasilkan kereta nasional iaitu PROTON dan PERODUA. Syarikat PROTON berjaya mengeluarkan kereta Proton Saga pertama di Malaysia pada tahun 1985. Kejayaan ini telah menandakan bahawa Malaysia berupaya mengeluarkan kereta sendiri standing dengan kereta asing. Melalui PERODUA pula, kereta yang dihasilkan termasuklah Kancil, Kenari, Kelisa, Myvi, Viva dan lain-lain.

Malaysia juga melangkah ke era teknologi angkasa lepas apabila kita berjaya mnelancarkan dua satelit iaiatu MEASAT I DAN MEASAT II . Malaysia juga melancarkan mikrosatelit yang pertama, TIUNG SAT ke angkasa lepas. Kemudian program menghantar angkasawan negara , Dr Sheikh Musazapharke angkasa lepas bersama angkasawan Amerika dan Russia melalui program usaha sama.

Seterusnya, dalam bidang sukan pula jaguh badminton dunia Datuk Lee Chong Wei dan pemain nombor satu skuasy negara , Nicol David telah mengharumkan negara di persada antarabangsa. Pelaburan dalam sukan oleh kerajaan telah berjaya menghasilkan bakat-bakat sukan antarbangsa dunia yang meningkat kan imej negara. Pemain-pemain negara telah berjuang dengan penuh patriotism , misalnya Datuk Lee Chong Wei telah memenangi pingat perak sebanyak dua kali di Sukan Olimpik.

6. Cabaran –cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dan Langkah-kangkah Mengatasi

a) Gejala sosial Keruntuhan akhlak anak muda di negara kita juga semakin runcing. Ledakan informasi melalui internet juga mempengaruhi anak-anak supaya cenderung ke budaya hedonisme dan alpa dengan budaya ketimuran kita dan agama Islam. Masalah pergaulan bebas,penagihan dadah, pembuangan bayi, jenayah ragut adalah antara bukti keruntuhan nilai moral dalam kalangan anak muda. Barubaru ini, negara digemparkan dengan berita anak-anak muda meninggal dunia akibat menagih dadah semasa menyaksikan konsert muzik Barat. Hal ini menunjukkan segelintir remaja masih kini sudah mula rosak akhlak dan moral mereka kerana pegangan agama yang lemah. b) Golongan anti-kerajaan Ada golongan tertentu yang sengaja ingin menjatuhkan kerajaan untuk mencapai motif mereka yang tersendiri. Melalui media elektronik , golongan

ini mempengaruhi rakyat untuk menjatukan kerajaan. Demonstrasi jalanan dianjurkan bagi mengugat keamanan negara. c) Perlambakan buruh asing Kemasukan buruh asing tanpa kawalan telah menjejaskan peluang pekerjaan. Di samping itu, mereka tidak mahir dan tidak mampu untuk melahirkan idea baru dalam sektor perindustrian. Kemasukan imigran tanpa kawalan juga telah mengakibat pelbagai isu sosial seperti jenayah. Malah lambakan warga asing telah mencemari telah memberi imej negatif kepada negara kita.

d) Anak muda kini kurang semangat patriotic terhadap negara. Mereka tidak pernah rasa pahit maung usaha nasionalisme menentang British, maka mereka mengambil mudah kemerdekaan negara. Anak muda lebih mudah terpengaruh dengan pelbaga propaganda dan idea-idea yang bertentangan dengan norma hidup masyarakat tempatan. e) Pencerobohan askar luar negara Baru- baru ini, Sabah telah dicerobohi oleh pemberontak dari Kepulauan Sulu. Mereka telah membunuh askar kita dan telah mengancam keselamata negara.

e) Institusi Keluarga Longgar Kurangnya pendidikan agama mengakibatkan institusi keluarga semakin longgar di negara kita. Banyak pasangan berkahwin dan bercerai dalam masa yang singkat. Lebih-lebih lagi selebriti –selebriti negara juga ramai yang bercerai dan cerita mreka sentiasa dipaparkan di media massa. Hal ini

sememangnya merosakkan instutusi keluarga kerana anak-anak meraka hilang punca dan ramai yang tidak mendapat didikan yang sempurna. Emosi mereka terganggu dan mereka cenderung terlibat dalam gejala-gejala sosial.

f) Malaysia menghadapi masalah kekurangan modal untuk menjadi sebuah gergasi ekonomi dunia. Kerap kali kita menghadapi masalah nilai mata wang yang turun naik yang menyukarkan penjanaan modal. Lebih-lebih lagi apabila kita berurusan dengan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah.

g) Selain itu, kita juga menghadapi masalah menarik pelabur asing kerana mereka lebih berminat untuk melabur di negara-negara seperti Thailand dan Vietnam yang menawarkan buruh yang lebih murah. Dengan ini kos pengeluaran mereka lebih rendah dan mampu mencari untung yang lebih besar.

h) Malaysia juga menghadapi masalah tingkat teknologi yang masih rendah. Kita terpaksa bergantung kepada teknologi luar. Maka kita sukar untuk bersaing dengan negara –negara maju yang jauh lebih maju teknologinya. i)Malaysia juga menhadapi masalah pengiktirafan negara-negara maju dalam bidang ekonomi. Dengan ini, sukar untuk menembusi pasaran antarbangsa tanpa gangguan dari negara-negara maju. Tekanan negara maju telah mengehadkan pasaran produk kita. j)Malaysia juga menghadapi masalah tenaga buruh mahir. Jadi kita terpaksa bergantung kepada tenaga buruh luar negara. Hal ini telah mengakibatkan kebanjiran pendatang asing di negara kita.

k)Mentaliti masyarakat kita dalam ekonomi masih dalam minda kelas ketiga. Jadi kita kurang daya saing dan terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan. Keyakinan diri yang kurang juga menjadi masalah mengapa kita tidak dapat menjadi gergasi ekonomi dunia.

Langkah Mengatasi Asas pendidikan agama yang kukuh harus diberi keutamaan dari kanakkanak lagi. Lebih banyak kelas-kelas agama dan sekolah-sekolah agama harus didirikan . Kementerian Pendidikan harus mengambil langkah untuk memantau lebih teliti akan pendidikan agama supaya tidak ada yang ketinggalan. Selain itu mata pelajaran sejarah harus dihayati oleh pelajar agar memahami tema yang dipelajari. Pengetahuan cetek akan sejarah negara kita pasti tidak dapat membina semangat patriotik terhadap negara . Selain itu, penguatkuasaan undang-undang perlu untuk mengawal tumbuhnya kumpulan –kumpulan yang mengancam keselamatan negara. Hukuman yang setimpal harus diberikan kepada sesiapa sahaja yang sengaja menyebarkan propaganda untuk menjatuhkan kerajaan. Jabatan Agama Islam negeri pula harus memantau dengan lebih seruis semua perlakuan sumbang dalam kalangan masyarakat . Warga asing pula harus dikawal kemasukan mereka ke negara kita. Pemantauan berkala harus dilakukan untuk memastikan tiada imigran asing tinggal disini tanpa dokumen yang sah. Aktiviti mereka juga harus diperhatikan agar mereka tidak melakukan sesuatu yang boleh mengancam keselamatan negara. 7. Nilai Murni yang dipelajari Usaha tokoh –tokoh tempatan menentang penjajah telah memberi beberapa nilai murni yang boleh kita jadikan ikutan. Walaupun menghadap pelbagai rintangan dan tentangan, kita harus berani menghadapi cabaran dan mencari penyelesaian yang konkrit untuk mengatasi segala

cabaran ini. Kita harus sentiasa memikirkan idea untuk mengatasi cabaran dalam hidup. Kita tidak harus membenarkan kuasa luar daripada menguasai negara kita. Kita harus memanfaatkan kurniaan tuhan untuk kebaikan kita. Kita harus sensitif terhadap persekitaran kita agar kita dapat mencapai kejayaan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Kita harus faham perkara-perkara jahat yang bakal menguasai minda atau ekonomi kita. Kita juga harus mempunyai wawasan dalam hidup kita. Tanpa wawasan kita tidak akan berjaya dalam jangka masa panjang. Jika kita mempunyai wawasan , kita dapat fokus tenaga dan minda kita untuk mencapai kejayaan. Kita juga harus mempunyai nilai-nilai yang positif dalam diri kita. Nila moral yang tinggi dan akhlak mulia sangat penting sebagai jati diri dan menjadi warganegara yang berguna. Kita harus menanamkan semangat patriotik di dalam sanubari kita. Rakyat yang mempunya semangat patriotik yang tinggi pasti akan membawa kejayaan kepada negara kerana kesanggupan rakyat untuk berkorban tenaga untuk negara.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF