KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014
February 19, 2017 | Author: Qistina Afi | Category: N/A
Short Description
Download KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014...
Description
AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA YANG BERLAKU DI TAMAN DATO’ WAN. ABSTRAK Dalam menjalankan kajian Pengajian Am ini, saya telah memilih tema 1 iaitu Ekologi:Persekitaran.Tajuk kajian saya ialah Aktiviti Pembakaran Terbuka yang Berlaku di Taman Dato’ Wan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktoraktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan oleh sesetengah penduduk Taman Dato’ Wan dan kesan aktiviti pembakaran terhadap penduduk Taman Dato’ Wan serta alam sekitar. Taman Dato’ Wan terletak di mukim Ampangan, Seremban yang terletak kira-kira 5 km dari Bandar Seremban. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah pemerhatian, soal selidik dan rujukan.Dapatan utama kajian ini ialah melalui soal selidik iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik secara rawak kepada 30 orang responden. Hasil kajian mendapati pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan hanya dilakukan secara kecil-kecilan. Walaubagaimanapun, jika dibiarkan aktiviti ini berlanjutan ini akan menyebabkan perkara ini menjadi lebih serius. Jesteru, kajian ini dilaksanakan bagi membuka mata masyarakat dan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mencegah aktiviti pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan.
ISI KANDUNGAN Butir SINOPSIS ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN 1.0 PENGENALAN 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.0 LOKASI KAJIAN 3.1 Negeri Sembilan 3.2 Daerah Seremban 3.3 Taman Dato’ Wan
Halaman I Ii Iii 1 2 3 3 4
4.0 KAEDAH KAJIAN 4.1 Persampelan 4.2 Pengumpualn Data 4.3 Teknik Penganalisaan Data
5 6 6 7-8 8
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 5.1 Demografi Resonden
9 9-12
5.2 Pengetahuan Am Resonden
13
5.3 Faktor
14-19
5.4 Kesan 6.0 RUMUSAN RUJUKAN LAMPIRAN
20-25 26 27 28-35
PENGHARGAAN
Syukur kepada tuhan kerana saya telah dapat melaksanakan kerja kursus Pengajian Am yang bertajuk ‘Aktiviti Pembakaran Terbuka yang Berlaku di Taman Dato’ Wan, Ampangan’ dengan sempurna.Semasa menjalankan kajian ini, saya telah mendapat bantuan dan kerjasama yang tidak ternilai harganya daripada pelbagai pihak. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang berkenaan.
Ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan, Datin Sri Hjh Rohayah Binti Harun yang telah memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung terima kasih kepada guru Pengajian Am saya iaitu,Puan Maliga a/p Mayyar yang banyak memberi bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar dari awal hingga ke akhir kajian ini disempurnakan.
Tidak lupa juga kepada permata hati dan pengarang jantung, iaitu ayah dan ibu saya.Meraka banyak memberi sokongan moral dan semangat yang kukuh kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini.Seterusnya, bagi rakan-rakan seperjuangan yang banyak mencurahkan idea serta memberikan komen yang membina bagi membantu saya menyiapkan tugasan kajian ini, terima kasih diucapkan.
Akhir sekali, saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua responden yang telah memberikan kerjasama yang amat baik dalam mlengkapkan borang soal selidik yang diberikan.Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak di atas segala budi dan jasa yang telah dihulurkan.Jasa anda semua amat dihargai.
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Pembakaran didefinisikan sebagai perihal (perbuatan dan sebagainya) membakar manakala terbuka bermaksud tidak tertutup (bertutup), terdedah. Pembakaran terbuka juga boleh ditakrifkan sebagai pembakaran sebarang bahan dalam
cara
dibebaskan
yang secara
hasil
pembakaran
langsung
ke
dari
udara
pembakaran sekitar
tanpa
tersebut melalui
serombong, pendiang, atau lohong. Pembakaran terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada berlakunya pencemaran udara.Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang harus dilaksanakan bagi melarang masyarakat melakukan aktiviti yang mengancam alam sekitar seperti pembakaran terbuka. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1998) yang memberikan hukuman lebih ketat untuk kesalahan pembakaran terbuka iaitu denda maksimum RM 500, 000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Namun, di Taman Dato’ Wan masih ada segelintir penduduk yang tidak menghiraukan tentang akta
yang
telah
dikuatkuasakan
dan
akibat
daripada
aktiviti
pembakaran terbuka. Oleh itu, kajian ini dibuat bertujuan mengenal pasti faktor dan kesan aktiviti pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN Dalam kajian ini,beberapa objektif telah menjadi landasan dan panduan pengkaji. Objektif kajian tersebut adalah: 1) Mengenal pasti faktor-faktor aktiviti
pembakaran terbuka
dilakukan oleh penduduk Taman Dato’ Wan 2) Mengenal pasti kesan aktiviti pembakaran terbuka terhadap penduduk Taman Dato’ Wan dan alam sekitar.
3.0 LOKASI KAJIAN Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting.Kawasan kajian ini adalah berfokus di kawasan Taman Dato’ Wan yang terletak bersebelahan dengan Kompleks Belia dan Sukan Paroi serta berdekatan dengan beberapa buah sekolah seperti Kolej Vokasional Ampangan, Sekolah Teknik Tuanku Jaafar , Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan dan Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor.
3.1 Negeri Sembilan
Peta 1 : Peta Negeri Sembilan Sumber: Google Image Negeri Sembilan ialah sebuah negeri yang terkenal dengan Adat Perpatihnya. Negeri yang terletak lebih kurang 50 kilometer ke selatan Kuala Lumpur ini terdiri daripada 7 daerah
dan 1 daerah kecil iaitu
Seremban, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah, Jempol, Rembau , Tampin dan
daerah kecil
Gemas. Seremban adalah ibu negeri tetapi Seri
Menanti yang terletak di daerah Kuala Pilah adalah Bandar Diraja bagi Negeri Sembilan.
3.2 Daerah Seremban
Peta 2 : Daerah Seremban Sumber: Google Maps Peta 2 menunjukkan peta Seremban yang terletak di Bahagian Utara Negeri Sembilan dan merupakan daerah keempat terbesar dengan keluasan
93.501.88
mempunyai
89
buah
hektar.
Terdapat 8
Jawatankuasa
buah
Kemajuan
mukim Kampung
dengan (JKKK)
termasuk 12 JKKK Kampung Baru Bandar Seremban ini terletak di hulu Sungai Linggi yang merupakan sungai yang terbesar di negeri ini. Sungai ini mengalir di bahagian selatan Bandar Seremban tersebut. Di dalam sebuah buku yang bertajuk Negeri Sembilan Dan Sejarahnya, terdapat beberapa cerita bagaimana bandar Seremban mendapat nama. Buku tersebut telah dikarang oleh Abdul Samad Idris.Antara cerita-cerita yang terdapat dalam buku tersebut ialah Nama yang
diambil dari pokok-pokok yang tumbuh dengan banyaknya di sekitar Hospital
Besar
Seremban.Pokok-pokok
tersebut
dipanggil
pokok
'Bemban'. Selain itu, ada yang menyatakan bahawa Bandar Seremban pada masa dahulu selalu ditenggelami air apabila hujan lebat.keadaan tersebut lalu dipanggil 'Beremban' sehingga bertukar kepada nama Seremban. (sumber Laman web seremban.ns.gov.my)
3.3 Taman Dato’ Wan
Gambar 1: Taman Dato’ Wan Sumber : Kajian Lapangan (8 Febuari 2014)
Gambar 1 di atas menunjukkan lokasi kajian iaitu Taman Dato’ Wan yang terletak di mukim Ampangan iaitu salah satu mukim yang terdapat dalam daerah Seremban dan berada dalam Negeri Sembilan. Lokasi
kawasan
kajian
ini
terletak
kira-kira
5
kilometer
dari
Bandar Seremban
dan
berada
di
bawah
pentadbiran
Majlis
Pembandaran Seremban. Keluasan Taman Dato’ Wan ialah kira-kira 16 kilometer persegi (sumber pemaju perumahan). Kawasan ini telah dimajukan oleh Syarikat Koperasi Kakitangan Kerajaan Sdn. Bhd pada sekitar tahun 1971 hingga 1980.Kawasan perumahan ini terletak di sebelah barat Bandar Seremban.
4.0 KAEDAH KAJIAN Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian.Dalam kajian ini pengkaji menggunakan random).
Kaedah
persampelan rawak mudah (simple
persampelan
digunakan
kerana
proses
untuk
mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan dengan objektif yang telah ditetapkan. Kaedah ini berbentuk diskritif iaitu menggunakan instrumen borang kaji selidik dimana ianya mudah untuk mendapatkan maklumat daripada responden (MARSON e.t.a.l 1998) Dapatan kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden manakala maklumat yang diterima akan dianalisis secara kuantitatif. Data jenis kuantitatif adalah berdasarkan kategori kuantiti yang menggunakan kekerapan angka dan skor. Ini adalah kerana
data
jenis
kuantitatif
sesuai
bagi
penyelidikan
yang
menggunakan instrumen soal selidik dan kajian untuk mendapatkan maklumat kajian (Mohd Najib , 1999). Kaedah soal selidik dan temu
bual dikakukan dengan
penduduk tempatan di Taman Dato’ Wan.
Selain itu, reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian tinjauan atau kaedah
pemerhatian
turut
digunakan
untuk
meninjau
keadaan
kawasan kajian iaitu Taman Dato’ Wan, Ampangan. Kaedah kajian ini dipilih kerana darjah melaksanakannya adalah singkat (DAUS,1986). 4.1 Persampelan Kaedah ini menggunakan persampelan bukan probiliti iaitu teknik persampelan bertujuan iaitu untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji seramai 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini. Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut (BALEY 1994) di mana lebih kurang 20 kes merupakan saiz minimum bagi kajian yang memerlukan analisis data perangkaan pemilihan responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk mereka menjawab soal selidik. Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah mereka seharusnya warganegera Malaysia.
4.2 Pengumpulan Data Data yang dikumpulkan dalam kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik dan pemerhatian. Borang soal selidik telah ditetapkan soalannya berdasarkan objektif kajian bagi mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor yang menyebabkan aktiviti pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan dan kesan aktiviti pembakaran terbuka. Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua iaitu data primer dan data sekunder. 4.2.1 Data Primer Dataprimer ialah kaedahsoal selidik dan temubual bersemuka dilakukan dengan penduduk tempatan. Selain itu kaedah pemerhatian
turut digunakan untuk meninjau keadaan di Taman Dato’ Wan borang soal selidik adalah kaedah utama dalam mengumpulkan data kerana ianya berhubung terus dengan kumpulan sasaran.Penggunaan borang soal selidik perlu melalui strategi bagi mereka membentuk soalan soal selidik yang bersesuaian supaya tidak terlalu berat sebelah (Abdul Rahim etal 1999). a) Borang soal Selidik Dalam melaksanakan kajian , pengkaji menggunakan borang soal selidik bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan pendapat daripada penduduk Taman Dato’ Wan mengenai aktiviti pembakaran terbuka. Terdapat beberapa sebab mengapa borang soal selidik menjadi pilihan kebanyakan pengkaji kerana soal selidik memerlukan kos
membina
borang
selidik
yang
murah
dan
masa
yang
diperuntukkan singkat.Pengkaji juga boleh memperolehi data atau maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan cepat. Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan data primer.Soalan dalam borang soal selidik ini telahpun ditetapkan oleh pengkaji bersesuaian dengan objektif kajian. Kaedah ini adalah kaedah yang paling popular yang diguna para pengkaji untuk mendapatkan data primer, borang soal selidik ini perlulah bersesuaian dan mengikut objektif dan kerangka konseptual yang telah ditetapkan. Hal ini agar soalan tersebut tidak menyimpang jauh daripada sasaran dan bahasa yang digunakan haruslah mudah dan senang difahami oleh semua golongan responden . Hal in membolehkan semua responden faham semasa menjawab soalan dan tidak memberikan jawapan yang tidak benar, di mana ia akan memberi kesannya terhadap penganalisaan kajian ini nanti. Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka . Rasional menggunakan soalan tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah dibandingkan serta jawapan
mudah diproses menerusi sistem pengkodan yang bersifat piawai dan mudah dianalisis oleh penyelidik. Bagi soal selidik berbentuk terbuka pula,
rasionalnya
adalah
untuk
memudahkan
responden
bebas
memberikan berbagai bentuk jawapan , responden juga bebas memberikan pendapat yang dirasakan sesuai. b) Pemerhatian Kaedah pemerhatian adalah kaedah alternatif yang ada dalam pengumpulan maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual pemerhatian memerlukan penyelidikan memerhati sendiri keadaan
di
kawasan
kajian
.Kaedah
pemerhatian
memerlukan
penyelidik untuk ke lokasi kajian bagi mendapatkan maklumat mentah serta lebih memahami situasi sebenar yang digambarkan oleh respoden.Pengkaji juga berpeluang untuk meneliti perkembangan yang yang terbaru yang berlaku iaitu aktiviti pembakaran terbuka.Juga daripada hasil kajian ini pengkaji mampu mengetahui faktor-faktor dan kesan aktiviti pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan. 4.2.2 Data Sekunder Data
sekunder
diperoleh
dari
perpustakaan,buku-buku
ilmiah,jurnal,majalah dan akhbar. Data-data penting termasuklah bukubuku , majalah , keratan akhbar , jurnal-jurnal dan bahan-bahan ilmiah yang lain.Selain itu, rujukan laman sesawang seperti google maps dan image bagi memperoleh data iaitu peta serta gambar rajah. 4.3 Teknik Penganalisaan Data Data
dianalisis
mengikut
kaedah
diskriptif
iaitu
dalam
bentuk
peratusandan kekerapan analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik yang diedarkan kepada responden (Malim dan George 1997).Tahap analisis dicapai apabila data yang diperoleh dipastikan disunting dan ditukar kepada angka.Seterusnya, data tersebut yang telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf, dan carta. Dalam borang kaji selidik ini skala likert tiga peringkat
digunakan dalam menilai punca dan kesan pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan setiap peringkat penilian diberi nilai dalam bentuk angka menggunakan skala likert. Dimana angka 3 mewakili setuju angka 2 mewakili tidak setuju dan angka 1 mewakili tidak pasti. 5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Bahagian ini membincangkan analisis mengenai penemuan kajian yang telah dilakukan daripada borang soal selidik yang diisi oleh responden.Data yang telah dimasukkan diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan dan taburan kekerapan. 5.1 Pengetahuan Am responden BIL 1 2
SOALAN Adakah anda mengetahui tentang aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di taman ini? Adakah anda pernah melakukan pembakaran terbuka Jadual 1 : Pengetahuan Am Responden
Ya
Tidak
30
100%
0
0%
13
43%
17
57%
Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)
Pada bahagian ini iaitu bahagian B telah diutarakan 5 soalan yang terdiri daripada 2 yang memerlukan responden membulatkan satu jawapan antara Ya atau Tidak dan 3 soalan stuktur. Bagi soalan pertama kesemua responden 30 orang (100%) mengetahui tentang aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di Taman Dato’ Wan. Soalan kedua pula seramai 12 orang (40%) menyatakan bahawa mereka pernah melakukan pembakaran terbuka manakala selebihnya 18 orang (60%) tidak pernah melakukan pembakaran terbuka. Soalan ini berkait rapat dengan jantina responden.Jantina bagi responden yang menyatakan ‘Ya’ ialah 10 orang responden lelaki (33%) dan 2 orang responden perempuan (7%). Manakala jantina bagi responden yang menyatakan’Tidak’ ialah 7 orang responden lelaki (23%) dan 11
orang responden perempuan (37%).Jelaslah bahawa majoriti responden yang pernah membuat pembakaran terbuka adalah responden lelaki.
5.2 Faktor pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan.
Bil 1 2 3
4 5 6 7 8
9
10
Setuju
Tidak setuju
Tidak Pasti
f
f
f
%
3
10
3
10
2
7
5
17
3
10
17
56
1
3
3
10
2
7
3
10
Perkara %
%
Tidak ada aduan dibuat kepada 23 77 4 13 pihak berkuasa. Masyarakat tidak menegur pelaku 18 60 9 30 aktiviti pembakaran terbuka. Jalan mudah untuk menghapuskan sisa-sisa komersial seperti daun, 28 93 0 0 pokok, dan tayar. Tiada kutipan secara berkala oleh Majlis Pembandaran Seremban 9 30 16 53 terhadap sisa komersial. Sikap pelaku pembakaran terbuka 23 77 4 13 yang tidak bertanggungjawab. Tidak ada tindakan daripada 5 17 8 27 Jabatan Alam Sekitar. Salah satu cara menghalau 27 90 2 7 nyamuk. Tiada kesedaran tentang kesan 24 80 3 10 pembakaran terbuka. Menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab membanteras 18 60 10 33 pembakaran terbuka kepada pihak berkuasa. Kurangnya pengetahuan dan pendidikan tentang pembakaran 22 73 5 17 terbuka. Jadual 2 : Faktor pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)
5.2.1 Faktor 1
Tidak ada aduan dibuat kepada pihak berkuasa
10% SETUJU
13% TIDAK SETUJU
TIDAK PASTI
77%
Rajah 1 : Tidak ada aduan dibuat kepada pihak berkuasa Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik) Berdasarkan rajah 1, majoriti responden iaitu seramai 23 orang responden (77%) telah memilih setuju bagi faktor tidak ada aduan dibuat
kepada
pihak
berkuasa
pembakaran terbuka di taman ini.
menyebabkan
berlakunya
Manakala selebihnya 4 orang
responden (13%) telah memilih tidak setuju dan
3 orang (10%)
telah memilih tidak pasti mengenai faktor tersebut menyebabkan berlakunya aktiviti pembakaran terbuka. Faktor ini mempengaruhi tahap pendidikan responden.Seramai 12 orang responden (40%) bagi tahap pendidikan SPM bersetuju dengan penyataan tersebut, seterusnya 9 orang responden (30%) pada peringat STPM/Setaraf menyatakan mereka setuju dan peringkat Ijazah/PHD 2 orang bersetuju (7%) bahawa tiada aduan dibuat kepada pihak berkuasa menyebabkan aktiviti pembakaran terbuka berlaku. Hal ini jelas menunjukkan majoriti responden berada pada tahap pendidikan yang rendah.
5.2.2 Faktor 3
Jalan mudah untuk menghapuskan sisa-sisa komersial 100 90 80 70 60 PERATUS
FAKTOR 3
50 40 30 20 7
10
0
0
93 SETUJU
TIDAK SETUJU TIDAK PASTI
Ra jah 2 : Jalan mudah untuk menghapuskan sisa-sisa komersial Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik) Berdasarkan rajah 2, bagi faktor ketiga iaitu jalan mudah untuk menghapuskan sisa komersial, majoriti responden seramai 28 orang(93%)
bersetuju
bahawa
faktor
tersebut
menyebabkan
pembakaran terbuka berlaku di Taman Dato’ Wan. Manakala selebihnya 2 orang (7%) tidak pasti dan tidak ada responden (0%)yang
tidak
setuju
bagi
faktor
jalan
mudah
untuk
menghapuskan sisa-sisa komersial. Pendapatan responden bagi mereka yang memilih skala likert setuju ialah 2 orang responden (7%) tiada pendapatan, 3 orang responden (10%) mempunyai pendapatan bawah dari RM1000 sebulan, 20 orang responden (66%) mempunyai pendapatan sebanyak RM1000-RM3000 sebulan dan bagi pendapatan mereka RM4000-RM5000 sebulan mewakili 3 orang responden (10%). Selebihnya 2 orang responden (7%) tidak pasti
mempunyai
pendapatan
sebanyak
sebulan.Dapatan kajian menunjukkan
RM4000-RM5000
faktor ini berkait rapat
dengan
pendapatan
responden
kerana
majoriti
responden
bependapatan antara RM1000-RM3000.
5.2.3 Faktor 4
Tiada kutipan secara berkala oleh MPS
17% 30% SETUJU
TIDAK SETUJU
TIDAK PASTI
53%
R ajah 3 : Tiada kutipan secara berkala oleh MPS Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik) Seterusnya, faktor keempat ialah tiada kutipan secara berkala oleh Majlis Pembandaran Seremban (MPS) terhadap sisa komersial.Seramai 9 orang (30%) telah memilih setuju dan 16 orang responden (53%) memilih tidak setuju bagi faktor tersebut. Namun begitu , seramai 5 orang responden (17%) telah memilih tidak pasti bahawa tiada kutipan secara berkala oleh MPS. Berdasarkan data yang diperoleh ini, majoriti responden tidak bersetuju bahawa tiada kutipan secara berkala oleh MPS faktor yang menyebabkan aktiviti
pembakaran terbuka berlaku di taman ini.
5.2.4 Faktor 7
Salah satu cara menghalau nyamuk SETUJU
TIDAK SETUJU
TIDAK PASTI
7% 3%
90%
Ra jah 4 :Salah satu cara menghalau nyamuk Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik) Seramai 27 orang responden (80%) telah memilih setuju manakala 2 orang responden (7%) telah memilih tidak setuju bagi faktor salah satu cara menghalau nyamuk. Selebihnya,1 orang responden (3%) telah memilih tidak pasti terhadap faktor tersebut yang menyebabkan penduduk di Taman Dato’ Wan melakukan aktiviti pembakaran terbuka.Oleh itu, dapat dilihat berdasarkan
rajah 4, majoriti responden bersetuju dengan faktor ini.Bagi faktor ini tahap pendidikan resonden yang menyatakan mereka bersetuju ialah 15 orang responden (51%) pada peringkat SPM, 10 orang responden (33%) pada peringkat STPM/Setaraf dan 2 orang responden (7%) pada peringkat Ijazah/ PHD. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden yang bersetuju berada pada tahap SPM. Oleh itu, jelaslah bahawa tahap pendidikan responden mempengaruhi faktor ini
5.2.5 Faktor 8
Tiada kesedaran tentang kesan pembakaran terbuka 100 90 80 70 60 PERATUS
Series 1
50 40
80
30 20 10
10
0 SETUJU
10
TIDAK SETUJU TIDAK PASTI
R ajah 5:Tiada kesedaran tentang kesan pembakaran terbuka Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)
Selain itu,majoriti responden iaitu seramai 24 orang (80%) memilih setuju bagi faktor tiada
kesedaran tentang kesan
pembakaran terbuka.Manakala bagi skala tidak setuju dan tidak pasti, masing-masing mempunyai bilangan responden yang sama iaitu seramai 3 orang (10%) bagi faktor ini.Faktor ini berkaitan dengan tahap pendidikan responden.Responden yang memilih skala setuju tahap pendidikan mereka ialah 11 orang responden (37%) bagi SPM, STPM/Setaraf pula seramai 10 orang responden (33%) dan 3 orang responden (10%) mempunyai pendidikan ditahap Ijazah/PHD.Seterusnya, 3 orang responden (10%) pada tahap SPM menyatakan mereka tidak bersetuju dengan faktor ini.Bagi tidak pasti pula, 2 orang (7%) pada tahap SPM dan 1 orang responden (3%) peringkat STPM/Setaraf.Oleh itu, dapat dibuktikan bahawa majoriti responden berada pada tahap SPM.
5.3 Kesanpembakaran terbuka terhadap penduduk di Taman Dato’ Wan dan alam sekitar Bi l 1 2 3 4 5 6 7
Setuju
Tidak setuju
Tidak Pasti
f
%
f
%
f
%
28
94
1
3
1
3
21
70
4
13
5
17
25
83
3
10
2
7
18
60
6
20
6
20
22
73
8
27
0
0
28 26
93 87
2 0
7 0
0 4
0 23
Perkara Gangguan kesihatan seperti batuk, sesak nafas, dan perit tekak. Rumah diselubungi asap. Bau asap melekat pada pakaian yang dijemur. Rumah menjadi berdebu. Tidak dapat bersantai di luar rumah dengan selesa. Penglihatan menjadi terhad. Mengancam keselamatan
kerana boleh mengundang kebakaran. Keadaan persekitaran 8 berjerebu. 9 Berlakunya hujan asid. Indeks Pencemaran Udara akan 10 meningkat.
24
80
4
13
2
7
26
87
0
0
4
13
24
80
4
13
2
7
Jadual 3 :Kesanpembakaran terbuka terhadap penduduk di Taman Dato’ Wan dan alam sekitar Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)
5.3.1 Kesan 1
Gangguan kesihatan SETUJU
TIDAK SETUJU
TIDAK PASTI
3%3%
94%
Rajah 6 : Gangguan Kesihatan Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik) Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden iaitu 28 orang
responden
(94%)
telah
memilih
setuju
bagi
kesan
gangguan kesihatan seperti batuk, sesak nafas, dan perit tekak.Selebihnya, skala likert tidak setuju dan tidak pasti masingmasing mewakili 1 orang responden (3%) bagi kesan tersebut akibat
daripada
aktiviti
pembakaran
terbuka.Kesan
ini
mempengarui umur rsponden. Lingkungan umur responden bagi mereka yang memilih skala setuju ialah 7 orang responden (23%) berumur antara 21-35, 5 orang responden (17%) umurnya 36-50, 4 orang responden (13%) berada diantara 51-65 tahun dan majoriti responden bersetuju dengan faktor ini berumur 66 keatas iaitu seramai12 orang (41%). Bagi skala likert tidak setuju 1 orang responden (3%) berada di dalam lingkungan umur 51-65 tahundan tidak pasti 1 orang responden(3%) berumur 36-50
tahun.Dapatan ini jelas menunjukkan responden berumur 66 tahun keatas mendapat kesan terhadap gangguan kesihatan ini.
5.3.2 Kesan 3
Bau asap melekat pada pakaian yang dijemur. 100 90 80 SETUJU
70
TIDAK SETUJU
60 PERATUS
TIDAK PASTI
50 40
83
30 20 10
10
0
7
Rajah 7 : Bau asap melekat pada pakaian yang dijemur Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik) Seterusnya, majoriti responden seramai 25 orang responden (83%) telah memilih setuju bagi kesan ketiga ini iaitubau asap melekat pada pakaian yang dijemurmanakala seramai 3 orang responden (10%) memilih tidak setuju bagi kesan tersebut. Minoriti responden iaitu2 orang responden (7%) memilih tidak pasti terhadap
kesan
ini.Kesan
ini
berkait
rapat
dengan
jantina
responden.Jantina responden lelaki yang menyatakan mereka setuju dengan kesan ini ialah 12 orang responden (40%) manakala responden perempuan pula seramai 13 orang (43%).Jelaslah bahawa responden perempuan mendapat kesan ini.
5.3.3 Kesan 4
Rumah menjadi berdebu SETUJU
TIDAK SETUJU
TIDAK PASTI
20%
20%
60%
Ra jah 8 : Rumah menjadi berdebu Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik) Berdasarkan rajah 8, seramai 18 orang responden (60%) telah memilih setuju bagi kesan rumah menjadi berdebu. Meskipun begitu, terdapat 6 orang responden (20%) memilih tidak setuju dan 6 orang responden bersamaan (20%) memilih tidak pasti bagi kesan rumah menjadi berdebu.Ini bermakna majoriti daripada penduduk Taman Dato’ Wan mendapat kesan rumah mereka berdebu akibat daripada aktiviti pembakaran terbuka ini.
5.3.4 Kesan 6
Penglihatan menjadi terhad. 100 90 80 70 60 PERATUS
FAKTOR 6
50 40 30 20 10 0
0 SETUJU 93
TIDAK 7 SETUJU
TIDAK PASTI
Rajah 9 : Penglihatan menjadi terhad Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik) Selain itu, bagi kesan yang keenam iaitu penglihatan menjadi terhadmajoriti responden iaitu seramai 28 orang responden (93%) bersetuju dengan kesan tersebut berlaku akibat daripada aktiviti pembakaran terbuka.Namun begitu, tedapat juga 2 orang responden (7%) telah memilih tidak setuju dan tiada responden (0%) bagi skala likert tidak pasti akan kesan penglihatan menjadi terhad.Kesan ini
mempengaruhi umur responden.Bagi responden yang memilih skala likert setuju lingkungan umur mereka ialah 7 orang (23%) berumur 2135 tahun, 6 orang (20%) umur mereka 36-50 tahun, lingkungan umur 51-65 tahun pula ialah 3 orang responden (10%) dan 12 orang responden (40%) berumur 66 tahun dan keatas. Selebihnya 2 orang responden (7%) yang menyatakam mereka tidak setuju berumur antara 51-65 tahun.Jelaslah bahawa umur responden mempengaruhi kesan ini.
5.3.5 Kesan 8
Keadaan persekitaran berjerebu
7% SETUJU
13% TIDAK SETUJU
TIDAK PASTI
80%
Rajah 10 : Keadaan persekitaran berjerebu Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik) Berdasarkan rajah 10, searamai 24 orang responden (80%) telah memilih setuju bagi kesan keadaan persekitaran berjerebu. Namun begitu, terdapat 4 orang responden (13%) telah memilih tidak
setuju manakala 2 orang (7%) tidak pasti dengan kesan tersebut. Oleh itu, dapat dilihat bahawa majoriti responden bersetuju dengan kesan keadaan persekitaran berjerebu.Kesan ini berkaitan dengan tahap
pendidikan
responden.Bagi
skala
likert
setuju
tahap
pendidikan responden ialah 11 orang (37%) pada peringkat SPM, 10 orang (33%) pada peringkat STPM/Setaraf dan peringkat Ijazah/PHD pula ialah 3 orang responden (10%). 3 orang responden (10%) yang mempunyai tahap pendidikan diperingkat SPM dan 1 orang responden (3%) pada tahap STPM/Setaraf menyatakan mereka tidak setuju dengan kesan tersebut. Selebihnya, 2 orang responden (7%) tidak pasti akan kesan ini.
6.0 RUMUSAN Secara keseluruhannya, aktiviti pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan didapati hanya dilakukan secara kecil-kecilan. Hal ini kerana hanya
segelintir
responden
sahaja
yang
pernah
melakukan
pembakaran terbuka tetapi kesemua responden mengetahui tentang aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di taman ini. Hasil daripada kajian
pengetahuan
am
responden,
kebanyakan
responden
menyatakan jenis sampah yang dibakar oleh penduduk ialah daun kering seterusanya majoriti responden bersetuju bahawa penduduk biasanya membakar sampah pada waktu petang. Dari kajian ini juga, majoriti responden bersetuju bahawa faktor aktiviti pembakaran terbuka berlaku di taman ini kerana jalan mudah untuk menghapuskan sisa komersial dan salah satu cara menghalau nyamuk. Hal ini demikian kerana, melalui pemerhatian pengkaji, penduduk akan mengumpulkan sisa komersial untuk di bakar selepas melakukan aktiviti pembersihan kawasan persekitaran rumah mereka dan taman ini merupakan kawasan wabak denggi. Namun begitu, faktor 3 dan faktor 7 masing-masing berkait rapat dengan pendapatan dan tahap pendidikan responden.Faktor
jalan
mudah
menghapuskan
pendapatan
responden
pendapatan
antara
sisa
kerana
komersial
majoriti
RM1000-RM3000.
berkaitan
responden
Faktor
salah
dengan
mempunyai satu
cara
menghalau nyamuk pula dipengaruhi oleh tahap pendidikan responden kerana pendidikan kebanyakan responden pada tahap SPM. Selain itu, gangguan kesihatan dan penglihatan menjadi terhad merupakan kesan yang dipersetujui oleh majoriti responden akibat daripada aktiviti pembakaran terbuka ini.Kedua-dua kesan tersebut berkait rapat dengan umur responden dimana majoriti responden yang bersetuju dengan kesan ini berumur 66 tahun keatas.Oleh itu, pengkaji berharap kajian ini dapat membuka mata masyarakat dan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mencegah aktiviti pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan kerana jika dibiarkan perkara ini berlanjutan perkara ini akan menjadi serius.
7.0 RUJUKAN 1. Berita Harian (2014). Pembakaran terbuka, habuk halus, kerja tanah punca jerebu. Dicapai pada Mac, 13, 2014 dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pembakaranterbuka_ habukhalus_kerjatanahpuncajerebu/Article/index_html 2. Google Image (2014). Peta Negeri Sembilan. Dicapai pada Febuari 7, 2014, dari https://www.google.com/image/ 3. Halina Mohd Noor. “Pembakaran terbuka tidak kira masa” dlm. Berita Harian,18 Febuari 2010 4. Hamid Karim. “Usaha atasi pembakaran terbuka” dlm. Harian Metro, 17 April 2001
5. Jabatan Alam Sekitar (2013). “Langkah proaktif tangani jerebu”(Pulihara Alam Sekitar, Selamatkan Bumi). Dicapai pada Febuari 8, 2014, dari http://www.doe.gov.my/webportal/infoumum/langkah-proaktif-tangani-jerebu/ 6. Kamus Dewan edisi keempat,2005.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 7. Malaysia. Jabatan Alam Sekitar, 2007. Larangan Pembakaran Terbuka. Putrajaya : Bahagian Komuniksai Strategik & Bahagian Udara Jabatan Alam Sekitar. 8. Map Data (2014) Google Maps. Peta Seremban. Dicapai pada Febuari 7, 2014, dari https://www.google.com/maps/place/Seremban, +Negeri+Sembilan/ 9. Nawwar Abdul Rahim. “2,402 pembakarn terbuka” dlm. Mingguan Malaysia, 23 Mac 2014 10. Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Sembilan (2014). Latar belakang Seremban. Dicapai pada Febuari 8, 2014 dari http://seremban.ns.gov.my/index.php/maklumatorganisasi/profail/latar-belakang 11. Siti Fatimah. “Denda pembakaan terbuka disyor RM500,000” dlm. Utusan Malaysia, 20 April 1998 12. tongkatwaran75 (2014). Bomba Dah Penat Kata Ketua Pengarah. Dicapai pada Mac, 14, 2014 dari http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=9848 13. Utusan Malaysia (1998). Pembakaran terbuka dan kesannya. Dicapai pada Mac, 13, 2014 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=1998&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot _04.htm
LAMPIR AN Borang Soal Selidik
BAHAGIAN A
Tandakan [ / ] pada yang berkenaan
Jantina Lelaki Perempuan Umur 21 - 35 36 - 50 51 - 65 66 dan ke atas
Taraf Pendidikan PMR SPM STPM/SETARAF IJAZAH/PHD
Status Perkahwinan Bujang Berkahwin Duda /Janda Pekerjaan Kerajaan Swasta Sendiri Pencen Tidak Bekerja
Pendapatan Bulanan Bawah dari RM 1000 RM 1000 – RM 3000 RM 4000 – RM 5000 Lebih dari RM 5000
BAHAGIAN B Bulatkan satu jawapan bagi soalan 1 dan 2 serta nyatakan jawapan bagi soalan 3 hingga 5. 1
Adakah anda mengetahui tentang aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di taman ini? Ya / Tidak
2
Adakah anda pernah melakukan aktiviti pembakaran terbuka? Ya / Tidak
3
Apakah jenis-jenis sampah yang dibakar ? _____________________________________________
4
Bilakah waktu kebiasaan aktiviti pembakaran terbuka dilakukan oleh penduduk? ______________________________________________
5
Mengapakah penduduk di taman ini membakar sampah? _____________________________________________
33
BAHAGIAN C
Berikan penilaian anda berdasarkan skala berikut dengan menandakan [ / ] : Faktor pembakaran terbuka berlaku di Taman Dato’ Wan
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Perkara Tidak ada aduan dibuat kepada pihak berkuasa. Masyarakat tidak menegur pelaku aktiviti pembakaran terbuka. Jalan mudah untuk menghapuskan sisa-sisa komersial seperti daun, pokok, dan tayar. Tiada kutipan secara berkala oleh Majlis Pembandaran Seremban terhadap sisa komersial. Sikap pelaku pembakaran terbuka yang tidak bertanggungjawab. Tidak ada tindakan daripada Jabatan Alam Sekitar. Salah satu cara menghalau nyamuk. Tiada kesedaran tentang kesan pembakaran terbuka. Menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab membanteras pembakaran terbuka kepada pihak berkuasa. Kurangnya pengetahuan dan pendidikan tentang pembakaran terbuka.
Setuju
Tidak Tidak setuju pasti
Kesan pembakaran terbuka terhadap penduduk di Taman Dato’ Wan dan alam sekitar
Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Perkara
Setuju
Gangguan kesihatan seperti batuk, sesak nafas, dan perit tekak. Rumah diselubungi asap. Bau asap melekat pada pakaian yang dijemur. Rumah menjadi berdebu. Tidak dapat bersantai di luar rumah dengan selesa. Penglihatan menjadi terhad. Mengancam keselamatan kerana boleh mengundang kebakaran. Keadaan persekitaran berjerebu. Berlakunya hujan asid. Indeks Pencemaran Udara akan meningkat.
35
Tidak Tidak setuju pasti
KERATAN AKHBAR Berita Harian (18 Febuari 2010)
Utusan Malaysia (20 April 1998)
Harian Metro (17 April 2001)
37
Mingguan Malaysia (23 Mac 2014)
Berita Harian 3 September 2003
39
RISALAH
41
View more...
Comments