October 13, 2017 | Author: Nurul Fauzan | Category: N/A
mengenali jenis-jenis keris, bahagian keris dan perkembangan keris yang menjadi lambang budaya Melayu...
NURUL FAUZAN MAT NOH
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Tuhan yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya telah dapat menyiapkan hasil buku digital ini dengan sempurna. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran, namun dengan kekuatan dan kesabaran yang diberikan-Nya, terlaksanalah tanggungjawab untuk menyelesaikan tugasan ini.
Bersama-sama ini ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama dalam usaha menjayakan hasilan buku digital ini. Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggitinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing saya, selaku penyelia tugasan ini. Beliau telah banyak memberi bimbingan, kerjasama, teguran dan komitmen untuk kajian ini serta telah banyak mencurahkan bakti sepanjang pengajian saya di Institut Pendidikan Guru Darul Aman (IPDA), Jitra, Kedah.
Untuk keluarga tercinta, terima kasih atas dorongan dan perhatian selama ini. Segalanya amat saya hargai. Tidak ketinggalan juga buat semua rakan seperjuangan yang sama-sama menuntut di IPDA, terima kasih atas segala bantuan kalian. Sesungguhnya pengorbanan dan budi baik kalian semua akan sentiasa tersemat dalam ingatan. Dan akhir sekali, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan hasilan buku digital ini, saya ucapkan ribuan terima kasih. Segala jasa baik yang telah diberikan itu akan mandapat balasan Tuhan Yang Maha Esa.
PENGHARGAAN SENARAI KANDUNGAN Penghargaan Syukur ke hadrat Tuhan yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, Bahagian 1 saya telah dapat menyiapkan hasil buku digital ini dengan sempurna. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran, namun 1 dengan Pengenalan kekuatan dan kesabaran yang diberikan-Nya, terlaksanalah Definisi 2 tanggungjawab untuk menyelesaikan tugasan ini.
Sejarah 3 Bahagian 2 ini ingin saya merakamkan setinggi-tinggi Bersama-sama penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak 4 yang telah Bahagian-Bahagian Keris banyak membantu dan memberikan kerjasama dalam usaha menjayakan Hulu Keris 4 hasilan buku digital ini. Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggiPendongkok Keriskasih yang tidak terhingga 5 kepada tinggi penghargaan dan ucapan terima pensyarah pembimbing saya, selaku penyelia tugasan ini. Beliau Bilah Keris 6 telah banyak memberi bimbingan, kerjasama, teguran dan komitmen untuk Sarung Keris 7 kajian ini serta telah banyak mencurahkan bakti sepanjang pengajian Bahagian 3 saya di Institut Pendidikan Guru Darul Aman (IPDA), Jitra, Kedah. Proses Penghasilan Keris 8 Alatan Pertukangan Untuk keluarga tercinta, terima kasih Keris atas dorongan dan9perhatian selama ini. Segalanya amat saya hargai. Tidak ketinggalan juga buat Bahagian 4 semua rakan seperjuangan yang sama-sama menuntut di IPDA, terima Jenis-Jenis Keris 10 kasih atas segala bantuan kalian. Sesungguhnya pengorbanan dan budi Bahagian 5 akan sentiasa tersemat dalam ingatan. Dan akhir baik kalian semua sekali, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau Perkembangan, Peranan dan tidak langsung dalam proses menyiapkan hasilan buku digital ini, saya Perubahan 14 ucapkan ribuan terima kasih. Segala jasa baik yang telah diberikan itu Bahagian akan mandapat 6 balasan Tuhan Yang Maha Esa. Kesimpulan 17 Bibliografi
BAHAGIAN 1
PENGENALAN
Masyarakat Melayu terkenal dengan hasil kesenian pertukangannya. Antara hasil keseniannya, ialah keris yang merupakan sejenis senjata pendek pahlawan Melayu pada zaman dahulu. Keris dianggap sebagai senjata yang mempunyai martabat, penuh kekeramatan & nilai estetika yang begitu tinggi. Selain digunakan sebagai senjata untuk menikam musuh, keris juga dianggap sebagai salah satu alat/lambing kebesaran bagi raja-raja yang memerintah.
KERIS SENJATA TRADISIONAL MELAYU
DEFINISI 1. Dipetik dari buku ilmiah, Keris sebagai sejenis senjata bermata dua tajam, iaitu bilahnya lurus & berlok-lok. (Kamus Dewan Edisi Ketiga). Dari aspek terminologi, perkataan keris berasal dari 2 frasa, iaitu ke (imbuhan) & hiris (kata kerja), kemudian membentuk kata nama keris, iaitu sejenis alat untuk memotong/ menikam. (Mawar Shafie, Dewan Budaya, 1996).
2. Pendapat yang dirujuk daripada, Profesor Madya Dr. Zainal Abd. Latif melalui pembentangan kertas kerja, “Mengenal Melayu & Pemikirannya Melalui Seni Pencak Silat”, (Jun 2000), Keris adalah sejenis senjata tikam yang dipercayai telah wujud sebelum abad ke14 & dianggap sebagai sebahagian daripada artifak budaya Nusantara. Tuan Hj. Zaabar Yusof, keris dianggap sebagai sejenis senjata pendek yang berkait rapat dengan warisan budaya bangsa Melayu. (Keris Dalam Perfektif Islam, 1993: 37).
3. Pendapat dari sudut dialek rumpun Melayu Nusantara, Bahasa Krama-Inggil, keris disebut duwung. Bahasa Jawa (Kawi), keris dipanggil cirigo. Bahasa Kemboja, keris disebut kroes.
Walaupun pelbagai makna & istilah yang diberikan, keris tetap dianggap sebagai salah satu senjata orang Melayu yang tinggi hasil pertukangan, kesenian & darjatnya serta diperhalus seni permainannya yang penuh berahsia dalam pergerakan silat Melayu.
KERIS SENJATA TRADISIONAL MELAYU
SEJARAH
Wujud semenjak 650 tahun dahulu.
Sir Stamford Raffles mendakwa bahawa arca di Candi Suku, di Pulau Jawa menunjukkan keris telah dibuat oleh manusia pada sekitar 1361
hingga 1362.
Dr. Van Stein Callenfeis, mengemukakan teori kewujudan keris pada sekitar kurun ke-7 melalui ciptaan keris Majapahit.
Wooley juga berpendapat bahawa keris dicipta pada zaman Majapahit
dan berlaku penyebaran ciptaan senjata ini oleh masyarakat lain yang berada di bawah kekuasaan Majapahit. Kejatuhan Majapahit menyebabkan rakyat merantau dan meneroka ke kawasan-kawasan lain di gugusan kepulauan Nusantara dengan membawa tradisi keris yang
kemudiannya diubah suai mengikut kesesuaiaan setempat.
Walaupun pelbagai teori dikemukakan mengenai asal-usul senjata agung Melayu ini, namum belum dapat menjawab persoalan bila dan di manakah sejarah keris bermula dengan pasti hingga kini.
Senjata terunggul Melayu tidak dapat dipisahkan daripada kisah-kisah magis yang membuktikan keris mempunyai kuasa pahlawanan, ketuanan dan kesaktian yang mengagumkan.
Dahulu keris dijadikan senjata peribadi sebagai penentu kuasa dan kudrat.
Seni ukiran yang terpahat pada senjata ini turut memaparkan isi-isi cerita yang berunsurkan mistik, legenda dan mitos yang tersendiri.
BAHAGIAN 2
BAHAGIAN-BAHAGIAN KERIS HULU KERIS
Bahagian hulu keris biasanya
Pelbagai nama telah diberikan setiap
berukuran sepanjang lebih kurang 15
hulu keris seperti;
cm.
a. Anak Ayam Teleng
Keadaan membengkok di bahagian
b. Anak Ayam Sejuk
tengahnya seperti bentuk kepala
c. Jawa Demam
tongkat yang diukir dengan tangan
d. Kakak Tua
sepenuhnya.
e. Tapak Kuda
Mempunyai nilai estetik Melayu yang
f.
diperbuat daripada perdu/tunjang kayu
Penjelmaan reka bentuk
(kemuning, Tegor, Tempinis, Sena,
menggambarkan kekuatan dan
Celagi, Petai Belalang, Lebang dan
kekuasaan senjata tersebut yang
Kayu Hitam), gading gajah, tanduk
bersifat raksasa dan Garuda.
binatang, gigi ikn paus, emas, perak,
Ragamhias hulu keris, biasanya
besi dan kemor (sejenis batu karang).
bermotifkan bunga timbul, awan larat,
Pekaka
bunga tebuk, ketam guri, bentuk fauna
dan bentuk dewa Hindu dengan imbasan wajah manusia.
Contoh gambar hulu keris.
Bahagian Keris
KERIS SENJATA TRADISIONAL MELAYU
PENDONGKOK KERIS
Contoh gambar pendongkok keris
Dikenali sebagai dokok, dulang-dulang keris atau memendak yang diperbuat dari logam, perak atau emas. Pendongkok dihiasi dengan motif bunga atau tumbuhan dan berukiran bunga dawai pintal yang bertatakkan batu permata atau ukuran biasa sahaja. Dihasilkan melalui teknik-teknik ‘filigree’, ‘repousse’ dan juga tebuk, iaitu mengikut kebiasaan pertukangan emas, perak dan tembaga. Pendongkok melekap pada pangkal hulu keris di bahagian permukaan ganja.
Sungguhpun pendongkok mempunyai stereotaip, namun dapat dibezakan melalui hiasan-hiasan serta teknik-teknik yang digunakan dalam membentuk hiasan tersebut. Hiasan tatahan batu permata yang dicengkam kukuh oleh gandar-gandar pendongkok merupakan salah satu aspek yang menarik yang terdapat pada pendongkok keris-keris Melayu.
KERIS SENJATA TRADISIONAL MELAYU
BILAH KERIS Terdapat dalam pelbagai bentuk dan ukuran. Bilangan lok yang terdapat pada keris selalunya ganjil. Dipadankan dengan ciri-ciri keislaman seperti jumlah rukun Islam (5), bilangan keliling dalam Tawaf (7), rukun Sembahyang (13) dan jumlah solat dalam lima waktu (17). Kebanyakan keris terdiri daripada jenis yang berlok sama ada tiga, lima, tujuh atau Sembilan serta lurus.
Terdapat keris yang panjang berukuran 61 cm dengan matanya berbentuk mata pedang seperti keris Sundang dang ada yang sehingga 29 lok. Tiga perkara penting mengenai mata keris, iaitu a. Rupa awan b. Corak pamor c. Bentuk dan corak bombak (campuran logam dan nikel) Keris diibaratkan sebagai insan oleh sesetengah empunya keris/ pembuat keris dengan memasukkan unsur magis/ penunggu ke dalam senjata tersebut agar senjata lebih memberikan kekuasaan kepada si pemakainya.
Bahagian bilah keris Contoh gambar bilah keris
KERIS SENJATA TRADISIONAL MELAYU
SARUNG KERIS Sampir dan batang sampir adalah sarung di bahagian ganja dan aring keris. Berbentuk seperti sampan melintang pada kedudukan keris. Diperbuat daripada beberapa jenis kayu sama seperti hulu keris dan sesetangah sampir diukir pada kayunya atau disaluti emas/ perak/ tidak diukir langsung atas sebab corak urat kayu tersebut telah nampak keindahannya. Batang merupakan sarung kepada bilah keris yang berbentuk lurus serta agak
meruncing sedikit pada hujungnya. Diperbuat daripada kayu dan diukir dengan ukiran bermotifkan flora tetapi terdapat juga yang tidak diukir. Kebiasannya, pada hujung batang keris akan disarungkan buntut yang diperbuat daripada emas, perak, tanduk binatang/ gading gajah. Pelbagai jenis keris terdapat di Nusantara Melayu seperti keris Sempena, Cerita, Picit, Tanjung, Sulok Belingkong-lok 3, Apit Liang-lok 5, Jenoya-lok 7, Rantai-9 hingga 21 lok dan Andus-23 hingga 29 lok.
Contoh gambar sarung keris
Bahagian sarung keris
BAHAGIAN 3
PROSES PENGHASILAN KERIS
Pandai besi merupakan satu gelaran bagi individu yang terkenal dan mahir di dalam bidang pertukangan besi. Seseorang yang menunjukkan ketokohan dan terbukti kebolehan biasanya diakui sebagai pakar di dalam bidang tersebut. Kemahiran „Pandai Besi‟ tertumpu kepada usaha menempa senjata tradisional seperti keris, kelewang chalung, parang,
pedang dan sebagainya di samping menghasilkan peralatan tradisional. Peralatan menempa, motif dan ragam pertukangan serta cara membentuk senjata memperlihatkan kepakaran „Pandai Besi‟ itu sendiri serta terdapat pelbagai alat yang dihasilkannya. Kebanyakan barang-barang yang dihasilkan merupakan alat-alat senjata yang digunakan untuk melakukan sesuatu pekerjaan antaranya, ialah keris, kelewang chalung, pedang, kerambit, golok, cangkul, lembing dan sebagainya.
Proses penghasilan keris melalui beberapa proses tertentu, iaitu proses penempaan, membentuk belalai gajah, mengikir, menyepuh dan menghasilkan pamor, di
mana besi dibakar dan diketuk secara berturut-turut sebelum dipotong. Setelah dipotong, mata besi itu dipanaskan lagi dan digodam berulang kali sehingga bentuk mata seperti mata keris atau kelewang mula terbentuk. Membentuk belalai gajah yang menyerupai seekor gajah dengan kedudukan belalainya di bahagian atas. Belalai ini diketuk selepas di bakar, kemudian dibiarkan sejuk dan seterusnya diukir. Proses mengikir adalah bertujuan untuk melicinkan dan menajamkan mata senjata. Senjata yang telah siap ditempa akan dibakar sehingga menjadi merah dan dimasukkan secara melintang ke tempat menyepuh yang mengandungi air dan dilakukan secara berulang-kali. Alat senjata yang telah siap diukir direndam ke dalam campuran larutan cuka getah dan air. Kemudian dicuci dengan
air dan diberus menggunakan sabut kelapa.
KERIS SENJATA TRADISIONAL MELAYU
ALATAN PERTUKANGAN KERIS
BAHAGIAN 4
JENIS-JENIS KERIS
Keris ini yang menjadi asas kepada segala
KERIS SEMENANJUNG
bentuk keris yang berasal daripada Tanah Melayu. Rupa bentuk keris yang ringkas dan mudah dikenali. Hulunya menyerupai satu lembaga yang sedang tunduk dan berpeluk tubuh. Selain itu, hulu keris ini seringkali dihiasi dengan ukiran-ukiran mujarad dan adakalanya
bermotifkan
bunga.
Sarungnya
mempunyai sampir bujur sangkar yang agak besar dan berbentuk segi empat. Batang keris ini pula
lebar, tidak begitu tirus dan mempunyai „kasut’ atau „buntut’ jalur bujur sangkar. Jika sarung atau sampir keris disalut perak, maka kasutnya akan berbentuk „bulat tempurung‟.
KERIS PEKAKA
Keris ini pula sejenis keris yang memiliki rupa bentuk hulunya yang menyerupai kepala burung Pekaka. Lazimnya, hulu keris diperbuat daripada kayu dan tanduk, tetapi ada kalanya logam perak juga digunakan. Jika dikaji dan diperhatikan
dengan teliti, hulu keris ini sekali imbas kelihatan seperti salah satu watak dalam cerita wayang kulit. Mata keris ini biasanya lebih panjang daripada keriskeris lain dan bentuknya pula ada yang lurus dan berlok. Selain itu, keris ini dikenali sebagai keris, Ta Jong.
KERIS SENJATA TRADISIONAL MELAYU
KERIS PANJANG Keris ini mempunyai bentuk mata yang panjang dan tirus, ada yang lurus dan ada yang berlok. Hulu keris ini diperbuat daripada kayu atau tanduk dan berbentuk bengkok. Kebanyakan hulu ini dihiasi dengan ukiran kembangan bunga pada bahagian hujungnya. Selain itu, ada juga hulunya yang berasaskan kepada bentuk „tapak kuda’ dan „kepala burung’. Sementara itu, sampirnya pula berbentuk jalur bulat seperti buah jering dengan
kedua-dua hujungnya tinggi dan tajam.
KERIS BALI Keris Bali biasanya mempunyai rupa bentuk
yang besar dan panjang. Hulu keris ini diperbuat daripada kayu atau gading dan dihiasi dengan susunan permata yang berwarna-warni. Keris ini jarang menggunakan pendongkok dan hanya dilengkapkan dengan sebentuk cincin logam tebal yang dihiasi dengan permata. Lazimnya, sarung keris ini diperbuat daripada dua belah kayu yang dicantumkan yang meliputi bahagian sampir
berlainan.
serta
bahagian
batangnya
yang
KERIS SENJATA TRADISIONAL MELAYU
KERIS MADURA
Keris ini pada lazimnya mempunyai rupa bentuk hulu yang dihias dengan ukiran bermotifkan
bunga yang diperbuat daripada gading. Keris ini juga jarang dilengkapkan dengan pendongkok dan hanya menggunakan sebentuk cincin logam yang dihiasi dengan permata. Sarung keris ini juga diperbuat daripada cantuman kayu dan adakalanya bahagian-bahagian
sampir
diperbuat
daripada
gading
Terdapat
juga
pendongkoknya
serta dan
keris Madura bertatahkan
batangnya juga
logam.
yang hulu dan permata
yang
berwarna-warni. Mata keris jenis ini biasanya berkilat dan mempunyai pamur yang bercorak warna putih kelabu dan berlatarbelakangkan tanah yang berwarna kehitaman.
KERIS JAWA
Keris Jawa dapat dikenapasti berdasarkan rubentuk
bahagian
hulu
dan
sarungnya,
terutamanya pada bahagian sampirnya. Hulu keris ini biasanya diperbuat daripada kayu dan berbentuk
bengkok
pada
hujungnya
dan
adakalanya menyerupai bentuk Jawa Demam.
Selain itu, hulu keris ini juga dilengkapkan dengan sebentuk cincin yang diletakkan pada bahagian
bawah
pendongkok
dan
dikenali
sebagai ‘selut’. Pada bahagian sarung keris ini pula, ukuran batangnya tidak begitu lebar tetapi tirus
serta
pangkalnya.
berbentuk
bulat
di
bahagian
KERIS SENJATA TRADISIONAL MELAYU
KERIS BUGIS Keris ini pula biasanya dikenalpasti berpandukan kepada rupa bentuk hulu, sampir dan buntutnya yang diperbuat daripada kayu atau gading. Sampir keris ini mempunyai bentuk yang hampir serupa dengan sampir dari keris Semenanjung tetapi lebih bulat dan lebih tajam. Adakalanya hulu keris ini juga diukir dalam bentuk Jawa Demam, tetapi telah diubahsuai menjadi lebih ringkas. Identiti yang
paling jelas bagi keris ini, ialah keadaan kasut atau buntutnya yang berbentuk mata kapak.
KERIS SUNDANG
Keris Sundang mempunyai rupa bentuk hulu, mata dan sarung yang berukuran lebih besar berbanding dengan jenis-jenis keris yang
lain. Matanya, sama ada lurus atau berlok adalah lebih panjang, lebih tebal dan lebar. Hal ini adalah kerana keris ini digunakan untuk menetak atau mengibas dan bukannya untuk menikam. Hulu keris jenis ini biasanya diperbuat daripada gading atau kayu, berbentuk bulat dan panjang serta dihiasi dengan susunan simpai daripada tali atau logam. Terdapat juga hulu keris jenis ini mempunyai bentuk Kepala Burung
Garuda dan dihias dengan susunan logam perak. Keris ini juga dikenali sebagai Keris Sulok.
BAHAGIAN 5
PERKEMBANGAN, PERANAN & PERUBAHAN
Masyarakat Melayu amat menebal dengan berbagai kepercayaan yang diwarisinya turun-temurun. Salah satu kepercayaan yang masih menjadi pegangan ialah keris yang mempunyai kuasa yang luar biasa. Kuasa dan keajaiban keris
dipercayai berpunca daripada jenis besi yang digunakan dan pembuat keris itu sendiri. Contohnya, keris Mataram (tahun 1600), dipercayai diperbuat dengan menggunakan sembilan jenis besi yang didapati daripada sembilan tempat yang berlainan. Pembuatannya memakan masa sehingga 17 tahun kerana hanya sekali pukulan pada setiap Jumaat bagi kerja penempaannya dijalankan. Setelah siap, keris berkenaan dikatakan memiliki kesaktian yang luar biasa.
Fungsi keris di Alam Melayu bukan sekadar alat mempertahankan diri atau digunakan dalam pertarungan. Keris adalah sebahagian daripada pemakaian penting
seorang sultan atau raja Melayu sebagai lambing legitimasi kerajaan dan kedaulatan baginda (Utusan Malaysia, 7 November 1985). Ia juga digunakan sebagai pelengkap pakaian lelaki, azimat, pelindung diri dan rumah tangga, untuk memperoleh kekayaan, menundukkan manusia, jin dan haiwan, menolak bala serta pelaris dagangan (Utusan Malaysia, 2 Mac 1996).
Keistimewaan keris dari segi fungsi dan peranannya boleh dibahagikan kepada dua, iaitu fungsi pada bentuk fizikal objek keris itu sendiri dan fungsi penggunaannya. Menurut teori Functionalism, penghasilan sesuatu budaya benda (termasuk keris)
adalah berasaskan kepada keperluan fungsi sesuatu budaya benda berkenaan. Pada dasarnya, bentuk sesuatu buadaya benda itu adalah juga dicipta berasaskan keperluan fungsinya (Norazit Selat, 1989). Teori Determinism menyatakan, setiap kewujudan atau penciptaan adalah kerana sesuatu tujuan, sebab atau hikmah tertentu. Kedua-dua teori ini saling berintegrasi dan berkoordinasi serta sangat relevan untuk dijadikan asas untuk membincangkan fungsi keris, sama ada dari segi bentuknya atau penggunaannya (Haji Hashim, 2004). Berdasarkan kepada kedua teori
Ini, keris bukan sahaja dilihat dari aspek pertahanan tradisi, juga mencakupi aspek politik, sosiobudaya dan ekonomi.
Jika hendak dibincangkan tentang perkembangan, peranan dan perubahan dari perspektif kebudayaan dan tamadun Melayu di alam Melayu, sememangnya banyak yang boleh dilihat. Dalam perspektif kebudayaan di alam Melayu, keris berperanan dalam adat perkahwinan, pertabalan raja atau sultan dan digunakan dalam kehidupan seharian sebagai senjata untuk mempertahankan diri. Namum pada hari ini, peranannya semakin meluas dan telah dipelbagaikan. Keris telah dijadikan sebagai
bahan pameran dan tatapan oleh penggemar-penggemar keris dan dijadikan barangan komersial kerana terdapat banyak permintaan daripada pengumpul koleksi keris.
Dahulunya kebanyakan golongan lelaki masyarakat Melayu memiliki kepakaran dalam seni pembuatan keris. Hampir setiap orang menghasilkanya untuk keperluan diri sendiri, maka peranan keris sebagai barangan komersial agak kurang. Namun begitu, perkara yang sebaliknya berlaku pada masa ini di mana penempa keris agak kurang dan sukar dicari kerana hanya segelintir masyarakat yang masih berminat
dalam seni penempaan senjata ini.
Perkembangan peranan keris diantaranya meliputi spiritual atau keagamaan di mana keris merupakan lambing dan memiliki unsur spiritual yang dapat di lihat dari bentuk dapur dan pamornya. Keris dianggap sebagai pertemuan antara besi dan batu meteor sehingga merupakan satu gabungan yang dianggap menjadi dasar bersatunya hamba dan Tuhannya yang hingga saat ini masih dapat dilihat pada upacara-upacara keagamaan di Jawa dan Bali. Dari segi psikologi, keris dipercayai memiliki kekuatan motivasi yang mempengaruhi perilaku. Keris merupakan sebuah aturan yang dapat
dilihat sehingga keris mampu mempengaruhi perilaku pemiliknya. Seseorang menjadi berani apabila memiliki keris.
Selain itu, dari segi politik, keris memiliki peranan dalam percaturan politik kerajaan-kerajaan di Nusantara. Sumber-sumber sejarah banyak menceritakan peranan keris dalam politik kerajaan. Begitu juga dalam status sosial, keris mewakili kedudukan dan status seseorang dalam masyarakat. Keris merupakan salah satu alat
yang menentukan strata sosial dalam masyarakat. Hal ini dapat dilihat dari pemakaian keris tertentu.
Keris juga menjadi media komunikasi kerana keris mampu membawa muatan pesan yang dapat ditangkap isinya dalam sistem budaya masyarakat. Mengenakan keris dengan gaya tertentu dapat dilihat reaksinya. Dari segi magis, kekuatan magis yang terdapat pada keris masih diyakini oleh sebahagian masyarakat. Keris di Nusantara terutama di Jawa diyakini memiliki kekuatan magisnya. Selain itu juga keris menjadi ukuran estetik dan artistik di mana keris menjadi medium ekspresi kesenian.
Keris diciptakan atas dasar kaedah-kaedah keindahan. Begitu juga dari segi ekonomi, keris diproduksi dan diperjualbelikan dari dulu hingga sekarang juga berperanan sebagai pelengkap busana tradisi.
Perkembangan peranan keris si atas diimbangi dengan perkembangan teknikteknik yang mendukung pencapaian nilai dan fungsi yang dituju sehingga memperkayakan khazanah keris.
BAHAGIAN 6
KESIMPULAN
Kesimpulannya, berdasarkan maklumat yang telah diperoleh, dapatlah diketahui apa yang dikatakan tentang senjata warisan yang diberi nama keris. Walaupun secara nyata, tidak menggunakan keris lagi pada masa kini, namun sebagai cara untuk mengekalkan tradisi dan meneruskan warisan yang telah diturnkan secara turun-temurun bagi bergelar masyarakat Melayu, seharusnya memelihara sekurangkurangnya sebilah keris kerana keris adalah sebahagian dariapda warisan sejak berabad lamanya. Peranan keris telah mengalami banyak perubahan yang ketara dari zaman dahulu hingga kini. Walaupun telah banyak mengalami perubahan ini, keris
tetap tidak luput dari budaya masyarakat Melayu. Hal ini membuktikan bahawa keris mempunyai keistimewaan dan pengaruh yang tinggi dalam masyarakat Melayu. Kita mesti memainkan peranan agar keris tidak luput ditelan zaman kerana keris adalah identity serta lambing masyarakat Melayu.
RUJUKAN
Bahagian Pendidikan Guru (2004). Modul Seni Dalam Pendidikan: Pengajian Asas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2014). Siri Pendidikan Guru: Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Institut Pendidikan Guru (2012). Modul Pendidikan Seni Visual: Pedagogi Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Noriati A. Rashid et.al (2012). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Rohaty Mohd Majzub (1990). Orientasi Guru kepada Kurikulum Baru Sekolah Menengah: Menyelami Alam Pemikiran Guru. Jurnal Pendidikan, Vol.12, hal.
DISEDIAKAN OLEH, NURUL FAUZAN BINTI MAT NOH EMAIL,
[email protected]
PENSYARAH PEMBIMBING, PN. ZARINA BT ABU BAKAR