Kepentingan Semangat Kejiranan Kepada Masyarakat
July 23, 2017 | Author: eric swa | Category: N/A
Short Description
karangan...
Description
41
KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN KEPADA MASYARAKAT Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai. Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Namun terdapat lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan bahawa semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu. Banyak kempen dan usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan kembali hubungan dalam kalangan jiran kerana semangat kejiranan begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat. Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat . Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan . Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh. Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan. Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan
dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan. Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara. Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melonjakkan Malaysia di persada antarabangsa. Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang 43 yang amat disukai oleh para pelancong asing tersebut . Selain di kaum di negara kita kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara. Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat. CARA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN CARA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN
Dalam mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju lain. Namun isu memupuk semangat kejiranan masih menjadi polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia. Dari segi konsepnya semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan yang harus dipupuk oleh setiap masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum demi negara yang tercinta. Biasanya semangat kejiranan merangkumi semua lapisan masyarakat tidak kira muda ataupun tua yang perlu kita amalkan. Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan, belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita disaat kita berada dalam kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti, awan yang melindungi bumi daripada cahaya matahari. Oleh itu, langkah yang signifikan harus diambil bagi menerapkan semangat kejiranan kepada semua lapisan masyarakat. Sudah terang lagi bersuluh cara memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana, jika ibu bapa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan. Sekiranya ibu bapa menunjukkan suri teladan yang buruk kepada anak-anak maka mereka akan menjadi anak-anak yang jahat malah lebih teruk lagi. Sebagai contoh ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah tidak sombong dengan jiran agar dapat memiupuk semangat kejiranan. Biasanya ibu bapa yang berfikiran terbuka dan luas akan mendidik dan mengajar anak mereka dengan ilmu agama yang secukupnya supaya mereka menjadi jiran yang baik dan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara jiran. Natijahnya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa sekaligus dapat mewujudkan masyrakat yang harmoni. Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak bertepatan dengan aforisme anak-anak ibarat kain putih , ibu bapa bertanggungjawab mencorakkannya. Hal ini boleh dianologikan seperti, anak burung yang baru belajar terbang daripada ibunya. Menurut Albert Einstein, agama tanpa amal adalah buta manakala amal tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberi ajaran agama yang secukupnya dan menjadi suri teladan kepada anak-anak supaya mereka dapat mencontohi dan menjadi jiran yang baik dan bertanggungjawab. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat dipupuk oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan bekerjasama dalam mentadbir membangunkan negara ke arah kemajuan negara pada masa akan datang. Memetik wasitah nirmala seterusnya minhaj untuk memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat setempat di Malaysia ialah kita perlu bertegur sapa dengan jiran kita yang lain. Hal ini demikian, kita akan dapat mengenali antara satu sama lain dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Biasanya jiran yang berwawasan dan cemerlang mampu memupuk semangat kejiranan. Jiran yang berwawasan bertepatan dengan peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Menurut Tun Dr. Mahathir, jiran yang muafakat akan membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh itu, kita perlu bertegur sapa bagi melahirkan semangat kejiranan yang utuh dan bersatu padu. Dari sudut kodifikasi yang berbeza, prakarsa yang berkesan yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah mengadakan kempen kesedaran untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat pada hari ini terlalu mementingkan diri sendiri dan bodoh sombong Kempen mampu menyedarkan segenap lapisan marhaen di negara kita akan kepentingan semangat kejiranan.Amsalnya, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengadakan jamuan Rumah Terbuka 1 Malaysia setiap kali tibanya Aidilfitri sebagai meraikan kepelbagaian bangsa dan agama di negara ini. Selain mempromosikan negara, rumah terbuka mampu mempererat hubungan pelbagai bangsa supaya lebih memahami dan mengenali budaya masyarakat berbilang . Hal ini kerana, tak kenal maka tak cinta dan jiran sepakat membawa berkat. Selain itu, komuniti Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela merupakan elemen terpenting dalam mempromosikan kempen supaya lebih segar dalam sanubari rakyat Malaysia. Sekiranya, kempen yang digerak kerangka mampu menjadi wadah semangat kejiranan maka rakyat Malaysia mampu menjadi bangsa kelas pertama di persada dunia. Sebagai pengitlakkannya, isu semangat kejiranan masih menjadi polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia. Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai perpaduan yang utuh dan kukuh. Sememangnya negara kita tidak memiliki semangat kejiranan kerana masing-masing mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil tahu tentang hal orang lain. Oleh itu, kita perlu memupuk semangat kejiranan bermula daripada sekarang. Golongan remaja seharusnya menyuburkan semangat kejiranan seperti burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan paruh, patah paruh bertongkatkan dagu, patah dagu bertongkatkan kuku dalam menyuburkan semangat kejiranan. Sekiranya masyarakat berjaya mengamalkan semangat kejiranan maka negara Malaysia akan melahirkan generasi yang berdisiplin dan berhemah. Petang hari memancing ikan, Terlupa janji dengan Pak Musa; Semangat kejiranan perlu diamalkan, Agar negara aman sentosa. Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin luntur. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menghidupkan semangat kejiranan agar menjadi ikutan remaja. Ulaskan pernyataan ini. Analisis soalan: Tema : semangat kejiranan semakin luntur Tugasan/arahan : mengulas peranan ibu bapa dalam memupuk semangat kejiranan dalam diri golongan remaja. Format : tiada Karangan Contoh: Susun papan satu persatu, Agar redup dahan rumbia; Hidup berjiran bantu –membantu, Agar hidup harmoni bahagia. Maksud pantun di atas jelas memaparkan kepentingan hidup berjiran. Amalan
bantu-membantu sesama jiran menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni dan bahagia. Namun, pada era globalisasi kini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin luntur.Kehidupan moden yang mementingkan kebendaan telah menghanyutkan manusia dalam arus kesibukan yang tidak bernoktah sehingga jalinan hubungan antara jiran tetangga disisihkan. Fenomena ini semakin membimbangkan sekiranya menjadi ikutan golongan remaja kerana tingkah laku dan sikap remaja sebenarnya banyak dipengaruhi oleh orang tua mereka. Contohnya, sekiranya ibu bapa tidak pernah bertegur sapa atau tidak mengenali siapa jiran di sebelah rumah, sudah pasti sikap ini akan dicontohi oleh anak-anak remaja mereka persis ungkapan bapa borek anak rintik, bagaimana acuan , begitulah kuihnya. Siapakah insan yang pertama menghulurkan bantuan jika kita dilanda musibah kalau bukan jiran di sebelah rumah. Justeru, peranan ibu bapa sangat penting dalam menghidupkan semangat kejiranan dalam sanubari generasi muda demi merealisasikan hasrat mewujudkan kehidupan masyarakat yang harmoni. Memang tidak dapat dinafikan, ibu bapa merupakan suri teladan atau rolemodel kepada anak-anak . Oleh itu, tindak tanduk dan sikap ibu bapa terhadap jiran akan diperhatikan dan dicontohi oleh anak-anak mereka. Ibu bapalah yang mengasuh dan mendidik anak-anak dari tapak kaki sebesar dua jarisehinggalah meningkat remaja. Umpama sehelai kain putih, anak-anak perlu dicorakkan bukan dengan sahaja nilai-nilai agama malah nilai-nilai sosial yang murni. Justeru dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam jiwa anak-anak-anak, ibu bapa sendiri perlu mengorak langkah dengan menjalinkan hubungan yang baik sesama jiran tetangga. Contohnya, ibu bapa perlu menunjukkan sikap sentiasa mesra dengan jiran, bertegur sapa dan bertanya khabar apabila bersua muka, dan sebagainya. Ibu apa juga perlu menerangkan tentang peranan dan kepentingan jiran kepada anakanak sejak kecil supaya mereka menghargai jiran tetangga sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka. Bak kata perpatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, usaha memupuk amalan dan pergaulan yang baik dengan jiran sejak kecil lagi akan kekal dipraktikkan oleh anak-anak sehingga mereka meningkat remaja. Selain itu, ibu bapa juga perlu melibatkan anak-anak dalam perkara-perkara yang berkaitan hubungan dengan jiran supaya anak-anak dapat mempraktikkan sendiri nilai-nilai kejiranan tersebut. Tak kenal maka tak cinta,justeru, amalan kunjungmengunjung mesti diamalkan supaya dapat mengenali jiran dengan lebih dekat dan seterusnya kemesraan dapat diwujudkan. Janganlah dibiarkan anak-anak remaja kita terlalu leka menonton televisyen, bermain permainan komputer atau melayari internet sehingga tidak endah dengan suasana di sekeliling. Contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak mengunjungi jiran tetangga ketika sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali. Apa yang sering berlaku setiap kali hari kelepasan sempena Hari Raya contohnya, ahli keluarga termasuk ibu bapa leka menonton televisyen kerana banyak program menarik disiarkan. Mereka lebih rela memerap di rumah untuk menonton program kegemaran menyebabkan budaya kunjungmengunjung semakin dipinggirkan. Justeru, ibu bapa mesti mengubah fenomena ini , lebih-lebih amalan ziarah-menziarahi ini menjadi lebih penting jika jiran kita jatuh sakit atau mengalami masalah. Ibu bapa perlu bijak memujuk anak-anak untuk turut sama menziarahi jiran supaya amalan ini dapat dipupuk dalam kalangan remaja.
Tambahan pula, program-program yang dianjurkan oleh masyarakat di sesebuah kawasan kejiranan turut dapat memupuk semangat bantu-membantu, hormat-menghormati dan berkerjasama dalam kalangan masyarakat di kawasan tersebut. Aktiviti seperti gotong-royong membersihkan kawasan taman perumahan, aktiviti Hari Keluarga, Rukun Tetangga, dan sebagainya boleh dianjurkan oleh ahli jawatankuasa yang berkenaan. Di kawasan kampung misalnya, aktiviti marhaban pada Hari Raya, rewang ketika kenduri-kendara atau majlis perkahwinan, kumpulan bacaan Yasin dan sebagainya juga merupakan aktiviti yang sangat penting untuk memupuk semangat kejiranan ini. Di sinilah ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan mereka dan anak-anak remaja melibatkan diri secara aktif. Janganlah ketiadaan masa atau ingin berehat setelah penat bekerja dijadikan alasan sehingga aktiviti yang bermanfaat ini tidak mendapat sambutan yang sewajarnya. Melalui aktiviti ini remaja berpeluang mengenali jiran dengan lebih dekat, beramah mesra terutama dengan jiran yang seusia dengan mereka, menghormati jiran yang lebih tua dan secara tidak langsung akan menyedari bahawa aktiviti seumpama ini adalah yang terbaik bagi mengisi masa lapang remaja. Seperti ungkapan serampang dua mata,aktiviti yang dianjurkan ini diharapkan bukan sahaja dapat memupuk dan menghidupkan semula semangat hidup berjiran malah dapat mengurangkan ketaksuban dan kegemaran remaja terhadap aktiviti yang berkaitan dengan kecanggihan alat teknologi, gajet dan internet. Kesimpulannya, hidup berjiran merupakan amalan yang wajar dipelihara dalam masyarakat pada masa kini. Tanpa hubungan yang baik dengan jiran, kepincangan sebenarnya telah berlaku dalam keperibadian seseorang ahli masyarakat. Justeru, sebagai pemimpin keluarga, perlakuan ibu bapa semasa bergaul dengan jiran akan meninggalkan gambaran yang mendalam kepada remaja. Natijahnya, ibu bapa yang prihatin tentang hubungan sesama jiran pasti akan melahirkan remaja yang dapat hidup berbaik-baik dengan jiran, seterusnya mampu mewujudkan masyarakat Malaysia yang hidup bersatu padu , harmoni dan bahagia. (750 patah perkataan.)
Isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat sering diperkatakan. Kemukakan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa kini sering diperkatakan. Perkara ini amat membimbangkan apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan. Contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Justeru., langkah-langkah yang berkesan perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak menjadi ‘duri dalam daging’ yang akan menjejaskan kemakmuran negara kita. Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antranya ialah memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara. Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam sanubari anak –anak. Ibu bapa harus sentiasa menanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara kedulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecl lagi. Ibu bapa juga mesti menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-anak telah mendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak kecil. Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita. Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding
dengan negara-negara maju yang lain. Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat. karangan: semangat patriotik PENGENALAN KEMERDEKAAN -rakyat Malaysia merayakan Hari Kebangsaan –kali ke-48. -hari kemerdekaan 31 ogos sudah sampai di ambang hidup rakyat malaysia. -pelbagai program diadakan: program perarakan dan pertandingan diadakan. -berundurnya pihak penjajah dan diganti dengan pemerintahan oleh rakyat tempatan. Tempat jam 12.00 tengah malam, 31 ogos 1957 seluruh rakyat Malaysia berbangga kerana usaha membebaskan Negara daripada belenggu penjajah akhirnya mencapai kejayaan. -Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman telah banyak mencurahkan jasa dan keringat serta pengorbanan untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu pada masa itu. Hasil pengorbanan dan jerit payah Perdana Menteri serta beberapa pemimpin yang lain, pada tahun 31 ogos 1957 Tanah Melayu telah diisytiharkan atau diproklamirkan bebas daripada penjajahan -tarikh bersejarah yang penuh keramat ini tidak akan dilupakan oleh masyarakat Malaysia terutama generasi yang masih ada yang mengalamai susah payah hidup pada zaman pemerintahan Jepun dan juga British. -semangat patriotisme dan nasionalisme perlu menusuk jiwa mereka Semangat Patriotisme -perasaan taat setia merupakan senjata mental yang cukup kuat untuk mempertahankan negara daripada sebarang bentuk penjajahan baru atau penjajahan dalam apa-apa bentuk sekalipun. -sifat cinta akan Negara dan tanah air menentukan jatuh bangun sesuatu peradaban atau tamadun manusia. -mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada cengkaman penjajah, kita tidak boleh mengharapkan orang lain sebaliknya sikap patriotik ini perlu lahir daripada kalangan anak watan sendiri. -anak watan perlu berjuang menegakkan keadilan melalui kemerdekaan dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaulat yang mampu berdiri di atas kaki sendiri, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara merdeka yang lain. -rakyat perlu sedar akan bahawa tahun-tahun 1960-an merupakan suatu dekad harapan dan pengisian kemerdekaan….zaman mendung yang diselubungi oleh awan gelap. -Negara kita boleh dikatakan lahir sebanyak dua kali. kelahirannya yang pertama dilambangkan oleh pengisytiharan kemerdakaan pada 31 ogos 1957. Harapan dan keriangan telah mengiringi pencapaian kemerdekaan pada hari yang mulia itu. pada September 1963 pula, negara ini telah dilahirkan semula harapan dan kegembiraan disulami pula dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Mujurnya, kesemua cabaran yang direntasi oleh negara ini akhirnya ditangai dengan kejayaan dan masih dikecapi oleh generasi masa kini. -Hari Kemerdekaan yang diadakan setiap tahun haruslah disambut dengan penuh kesedaran dan keinsafan tentang harga sebuah kemerdekaan. kita tidak ingin semangat cinta akan negara semakin pudar kerana kealpaan kita diulit kemewahan
hidup dan pengaruh budaya dari luar. Oleh itu, rakyat perlu bertanggungjawab dan beriltizam untuk memastikan kemerdekaan negara terus terpelihara dan kekal buat selama-lamanya. USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTIK/PATRIOTISME 1. Penubuhan Sekolah Wawasan merupakan salah satu cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan anak watan -jalan terbaik menyelesai dan menangani isu pemisahan kaum sejak peringkat awal -pelaksanaan sistem berkenaan mampu memberi kefahaman awal tentang integrasi nasional dengan lebih cepat dan berkesan. -memberi penekanan terhadap percampuran pelajar dari tiga aliran yang berbeza -sekolah wawasan berkonsepkan tiga aliran sekolah iaitu sekolah kebangsaan, SJK Cina dan SJK Tamil yang ditempatkan dalam satu kawasan. -setiap sekolah masih menggunakan bahasa pengantar masing-masing -setiap jenis sekolah mengekalkan identiti asal sekolah masing-masing tetapi kelainannya ialah mereka digalakkan berkongsi kemudahan seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang -keharmonian dan sikap menghormati pasti dapat dipupuk kerana pelajar berbilang kaum berkongsi kemudahan sama dalam kawasan yang sama -konsep Sekolah Wawasan telah menyediakan ruang terbaik untuk generasi pelapis dari sekolah tiga aliran selain berinteraksi secara positif serta memperkasakan jalinan perpaduan. 2. Kepentingan Program Khidmat Negara sebagai perintis semangat patriotisme -Program Khidmat Negara disasarkan untuk pelajar lepasan SPM -bertujuan melahirkan warga yang berdisiplin, berdaya saing, berkarisma tinggi serta merupakan satu langkah yang murni dalam memupuk semangat patriotisme -mekanisme penting dalam usaha membina integriti kaum -pelbagai lapisan kaum disatukan dalam program ini -menyemai sikap bertanggungjawab, toleransi, dan tolongan menolong antara satu sama lain dalam pelbagai elemen. -fokus yang paling utama adalah untuk mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja -Program Khidmat negara Ala Malaysia ini berbentuk program kemasyarakatan dan kesukarelaan yang membolehkan semua kaum berinteraksi antara satu sama lain -program ini dapat mengurangkan polarisasi antara mereka dan merapatkan hubungan perpaduan di kalangan belia dan remaja Malaysia yang terlibat -mendalami modul kenegeraan----memupuk semangat cinta kepada negara 3 Hari Perpaduan memupuk semangat patriotik -Hari perpaduan disambut pada 16 september -berdasarkan persetujuan jemaah menteri bertarikh 8 Julai 1992 sempena mengingati tarikh persekutuan Malaysia dibentuk dengan negeri-negerinya termasuk Sabah dan Sarawak yang bersatu di bawah satu bendera -memupuk dan meningkatkan semangat patriotik yang ada dalam diri kita -rakyat perlu sedar akan seseorang perlu saling menghormati antara satu sama lain, hidup aman dan harmoni -melalui Hari Perpaduan ini rakayat perlu sedar akan kepentingan semangat
patriotisme merupakan tunjang keutuhan dan keselamatan negara. -mengelakkan berlakunya tragedi yang meninggalkan titik hitam negara pada 13 Mei 1969 telah membuka mata semua pihak bahawa semangat patriotisme dan keharmonian amat penting untjk negara. -Hari Perpaduan perlu diadakan setiap tahun adalah untuk menyedarkan masyarakat supaya janganlah menganggap bahawa perpaduan di negara ini telah mantap sehingga tidak perlu lagi berusaha untuk mempertingkatkan semangat patriotisme yang sedia ada. -sempena Hari Perpaduan, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti forum, ceramah, dialog, pameran, pertandingan menulis esei dan puisi yang bertemakan perpaduan kaum. 4. Semangat Patriotisme dalam konteks agama dan pendidikan moral memang digalakkan malahan diberi keutamaan -ajaran Islam sendiri mengajar dan menuntut umatnya supaya menghormati hak orang lain, hak sesama Islam, hak jiran dan sebagainya. -semangat patriotisme antara kaum dalam sesebuah masyarakat merupakan wahana yang membolehkan umat beribadat dengan aman dan selamat. -selain pendidikan agama Islam, pendidikan moral yang diajar di sekolah juga memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. -pelajar dididik agar minda mereka disulami dengan nilai-nilai yang boleh bangkit memperjuang dan menjaga kedaulatan negara agar tidak mudah dibaham oleh manamana kuasa asing -pepatah melayu, Bersatu teguh, bercerai roboh; bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. 5. Dalam bidang pendidikan, saranan kerajaa agar mewujudkan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah untuk menyemai semangat cinta dan dan taat kepada negara. -melahirkan masyarakat yang sentiasa bermuafakat bagi menghadapi sebarang ancaman di negara ini. -para pelajar sentiasa diingatkan tentang pentingnya semangat patriotisme antara kaum di Malaysia. -Apabila pelajar tersebut dewasa, mereka akan sentiasa menghayati konsep yang terkandung dalam Rukun negara untuk sama-sama membangunkan negara. -menghasilkan suatu gerakan nasional yang menjadi benteng bagi mempertahankan perpaduan negara. -sekolah dan generasi muda menjadi sasaran kepada usaha untuk menyedarkan kepentingan semangat patriotisme negara. -kelab Rukun Negara yang dicadangkan itu boleh muncul sebagai suatu persatuan penting di sekolah kerana dapat menjadi tempat untuk menyemai semangat patriotisme. 6. …Sambutan Perayaan secara beramai-ramai merupakan salah satu wahana integrasi rakyat pelbagai kaum untuk memupuk semangat patriotisme. -mengeratkan silaturahim melalui penghayatan perayaan, peluang meraikan tetamu dengan lebih tersusun dan “bersungguh-sungguh” -majlis rumah terbuka …berbilang kaum akan menyambut bersama-sama -menikmati juadah bersama-sama -hambatan duniawi dan masing-masing memikul pundak berat…jarang berpeluang bersama-sama…
-oleh itu, majlis rumah terbuka merupakan satu peluang keemasan sanak-saudara dan sahabat handai bertemu… -berasa bangga dengan sikap rakyat Malaysia yang sentiasa bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu perkara. Hal ini dapat dilihat dalam sambutan Rumah Terbuka Malaysia. Semua pihak sama ada kerajaan, swasta atau orang perseorangan berganding bahu untuk menjayakan program yang julung-julung kali diadakan itu. Kesepakatan rakyat Malaysia terserlah apabila mengendalikan majlis yang seumpama ini. Oleh yang demikian, program ini perlu diadakan lebih kerap dan diperluas ke seluruh negara. -intergasi nasional dapat dibentuk melalui kepercayaan semangat patriotisme antara rakyat 7. Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, Semangat Patriotisme boleh dipupuk. -Semua aliran sekoalh menggunakan bahasa yang sama (bahasa Melayu) dan kurikulum yang sama. -sistem pendidikan merupakan mekanisme ampuh yang berupaya melahirkan generasi patriotik -kerajaan juga memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1982 dan 1988. -kedua-dua kurikulum itu bertujuan memupuk semangat patriotik dan perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum seperti yang terkandung dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara. -langkah Kementerian Pelajaran menjadikan mata pelajaran Sejarah dan Kajian Tempatan sebagai mata pelajaran teras dilihat sebagai tindakan efektif bagi menyemai dan menyuburkan semangat perpaduan di kalangan pelajar. -para pelajar diajar mengkaji, menyelidik dan menganalisis peristiwa sejarah dan mengambil ikhtibar daripada peristiwa sejarah. -sebagai contoh, tragedi hitam 13 Mei 1969 telah menjadi pengajaran kepada para pelajar supaya menjaga perpaduan antara kaum. -Kajian Tempatan dijadikan mata pelajaran teras bagi semua murid sekolah rendah -Kajian Tempatan mengandungi eleman-eleman pengetahuan sejarah dan geografi -Sejarah dapat menyemaikan bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotik di kalangan pelajar -Kementerian Pelajaran Malaysia “menghidupkan” kembali pengajaran mata pelajaran kesedaran Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah seperti pada akhir dekad 1970-an. Jawatankauasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu mencadangkan supaya mata pelajaran Kesedaran Sivik diajar di peringkat rendah lagi di semua sekolah untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme dan bersatu padu. -melahirkan rakyat yang berperwatakan positif. Kesimpulan -semangat patriotik dapat membantu pembangunan masyarakat dan pembangunan ekonomi -pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dapat dilakukan dengan mudah kerana masingmasing mempunyai inisiatif untuk membangun negara -industri pelancongan dapat dikembangkan -negara berdaulat dan dihormati oleh orang ramai -negara boleh menggorak langkah yang lebih jauh untuk mencapai negara maju bukan sahaja dari aspek ekonomi tetapi jati diri bangsa negara tersebut.
Kepentingan semangat patriotik dalam kalangan remaja di negara kita Pengenalan Generasi muda adalah aset negara yg penting • Memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan sahsiah yg baik. • Mpy semangat patriotik yg tinggi • Mampu menjana negara ke arah kemajuan yg tinggi Isi-isi Semangat patriotik amat penting disemai dlm kalangan generasi muda • Sayang akan negara walau di mana mereka berada • Berusaha dalam menceriakan negara dalam pelbagai bidang] • Tidak akan belot terhadap kedaulatan negara Mampu memajukan dan memodenkan negara • Menggunakan segala kepakaran & tenaga mereka • Memperoleh kepuasan apabila menyumbangkan jasa kepada negara • Negara terus maju dan bersaing dengan negara yang lain Sanggup berjuang dalam mempertahankan negara • Sanggup mempertahankan nyawa demi negara • Tidak belot kepada musuh walau di mana mereka berada • Memastikan kedaulatan negara megah berdiri di persada dunia Berusaha dalam menambahkan ilmu pengetahuan di dada • Dapat digunakan dalam memajukan negara • Menggunakan segala pengetahuan dan pengalaman yang ada. • Mencorak negara dengan segala kecanggihan yang telah dipelajari oleh mereka. Penutup Semangat patriotik dalam kalangan remaja mestilah dipertingkatkan • Pelbagai program yang membina semangat ini wajar diperbanyak • Diterap dengan lebih kukuh agar tidak mudah terpedaya • Mampu mengharungi segala keperitan demi negara tercinta. Kepenntingan Semangat Patriotik Dan Mewujudkannya pada 19hb Julai 2011 pukul 7.49 pagi “Anak umpama biji benih, Lontar ke laut menjadi pulau, Lontar ke udara menjadi kejora, Lontar ke darat menggunung sasa.” Sebahagian gurindam di atas menunjukkan peri pentingnya watak remaja bagi sesebuah negara. remaja merupakan tulang belakang sesebuah negara yang bakal menjadi umaak pada masa depan persis kata melayu “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Presiden Parti Indonesia pernah mengatakan bahawa “berikan saya seratus remaja nescaya akan menggoncang dunia”. Pada era pascamerdeka ini, negara kita telah mencapai tahap berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara moden yang lain. Namun begitu, remaja kini perlu disemaikan semangat patriotisme yang mendalam untuk mengekalkan pembangunan negara. Janganlah dilupakan pesanan ahli filsuf Tao yang mengatakan bahawa jika kita ingin hidup setahun, tanamlah gandum, jika kita ingin hidup sepuluh tahun, tanamlah pokok, jika kita ingin hidup selam-lamanya, tanamlah jiwa remaja. Kepentingan semangat patriotism disemaikan dalam diri remaja ialah meningkatkan mutu negara. Remaja yang cinta akan tanah air tidak akan melakukan gejala jenayah atau terjerumus dalam kegiatan negatif seperti merokok, menghisap dadah, merogol, merompak dan sebagainya. Sebaliknya, mereka akan mempunyai jati diri yang kukuh dan dapat menunjukkan potensi kecemerlangan diri demi negara tercinta. Mereka akan menguruskan masa mereka dengan melakukan perkara yang berfaedah seperti mengikut aktiviti kokrikulum. Tamsilnya, Nicole Ann David merupakan pemain skuasy antarabangsa yang telah melambungkan nama Malaysia di persada dunia. Di samping itu, semangat patriotism amat penting untuk menjamin perpaduan kaum dan keharmonian negara. Remaja yang mempunyai semangat patriotism akan saling bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain. Sepertimana yang kita tahu, Malaysia merupakan negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. “Jiran sepakat membawa berkat”. Secara eksplisit, dengan semangat patriotism yang mendalam, keharmonian negara akan terjamin. Bak kata pepatah, bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu, pelbagai langkah proaktif dan drastik perlu diimplementasikan. Hadis Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa, “anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Nasrani atau Mujabi”. Ibu bapa boleh mendidik agama kepada anak-anak. Hal ini kerana akhlak yang mulia secara langsungnya menunjukkan semangat patriotisme yang kental. Mereka akan mencintai diri sendiri dengan tidak mewujudkan persengketaan antara kaum. Albert Einstein mengatakan bahawa “agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu
tanpa agama adalah lumpuh”. Aristotle juga pernah mengatakan bahawa “adab dan sopan lebih penting daripada makan dan minum”. Dalam pada itu, ibu bapa harus menyemai semangat patriotism dan akhlak yang mulia dalam kalangan remaja. Bertitik tolak daripada itu, kerancakan penduduk jagat raya telah menunjukkan betapa pentingnya kerajaan merupakan jantung negara. Oleh hal yang demikian, remaja diumpamakan umur setahun jagung, darah setampuk pinang, mereka mudah tergelincir daripada landasan keimanan. Oleh itu, kerajaan harus mengadakan kempen, ceramah dan aktiviti berlandaskan semangat patriotism kepada remaja dan bukan mengganggapnya sebagai hangathangat tahi ayam sahaja. Sebagai contoh, Program Latihan Khidmat Negara atau lebih dikenali dengan PLKN telah membuktikan bahawa program ini berjaya meningkatkan semngat patriotisme dalam jiwa remaja. Melalui program sepanjang tiga bulan tersebut, remaja yang terdiri daripada pelbagai bangsa dapat belajar bertoleransi dan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara satu sama lain. Sehubungan itu, mantan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir pernah mengatakan bahawa sekolah merupakan kilang memproses modal insane yang berkualiti untuk menghadapi cabaran pada abad modenisasi ini. Oleh itu, pihak sekolah harus mengambil pelbagai langkah pragmatic untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Sasterawan pernah mengatakan bahawa mencapai cita-cita yang mulia itu mulia. Justeru, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan melukis poster, menulis karangan, pertandingan berdebat dan pertandingan syarahan sempena Hari Kemerdekaan. Hal ini secara implisitnya menggalakkan remaja mencari maklumat tentang hari bersejarah ini. Ini juga akan meningkatkan semangat patriotism dalam kalangan remaja. Sebagai intiha, untuk mencapai visi kudsi Wawasan 2020, rakyat dan semua pihak berkuasaharus berganding bahu untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Tiada ubatyang tiada penawarnya, langkah-langkah yang dinyatakan di atas pasti akan melahirkan remaja yangmempunyai semangat patriotisme yang mendalam. Ahmad Shauqi Bey pernah mengatakan bahawasesungguhnya bangsa akan kekal kukuh selagi akhlaknya masih utuh, jika
akhlaknya sudah runtuhmaka mereka pun akan lenyap. Jadi, akhlak yang utuh juga dapat mewujudkan semangat patriotismeyang kukuh.
View more...
Comments