Kepentingan Model Pengajaran ADDIE
March 12, 2018 | Author: Ummu Fatma Ibtisam | Category: N/A
Short Description
Model ADDIE (BM)...
Description
KPT 4033 : TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN 1 Model Pengajaran ADDIE dan Kepentingannya Kepentingan model pengajaran ADDIE Antara sebab-sebab mengapa model pengajaran ADDIE penting di dalam pendidikan masa kini yang pertama ialah Model ADDIE merupakan model reka bentuk pengajaran yang terbaik yang boleh diguna pakai untuk membangunkan sesebuah modul kursus pengajaran ini kerana fasa-fasa pada model ADDIE adalah bersifat menyeluruh. Seterusnya di mana pengkaji atau guru perlu mengenal pasti objektif pengajaran, matlamat pengajaran termasuk persekitaran pembelajaran dari pengalaman sedia ada murid. Pada peringkat ini adalah untuk memastikan reka bentuk pengajaran yang akan dihasilkan menepati dan memenuhi keperluan pelajar yang sebenar. Kepentingan yang ketiga, model pengajaran ADDIE akan memberi tumpuan kepada isi kandungan, perancangan dan pembelajaran, alat pentaksiran yang akan digunakan, pemilihan jenis media yang sesuai dan juga latihan pengukuhan dan pengajaran yang akan diberikan ke atas murid mengikut tahap kemahiran yang telah disampaikan. Ini adalah untuk menentukan dan mereka keedah instruksional yang akan digunakan. Penggunaan alat dan bahan pandang dengar diintegrasikan setelah kurikulum dirancang. Pengubal kurikulum menganggap model pembelajaran berasaskan teknologi tidak penting. Justeru itu tidak hairanlah terdapat guru menggunakan bahan media mengikut sesuka hati tanpa perancangan yang sistematik. Setelah kurikulum ditentukan, perancang kurikulum bekerjasama dengan pereka pengajaran berbincang cara mereka bentuk modul pengajaran dalam kurikulum sekolah. Keputusan pada peringkat perancangan kurikulum mengambil kira kepentingan setiap langkah dan konsep ADDIE.. Seterusnya ialah guru dengan sistem pengajaran dan media. Ia melibatkan guru dengan sistem pengajaran dan media. Keputusan menggunakan media dikongsi bersama oleh guru dan media. Media diintegrasikan dalam kurikulum dan proses pengajaran. Penggunaan media dirancang secara sistematik. Model ADDIE adalah contoh perancangan sistematik penggunaan media dalam bilik darjah. Ia juga adalah satu reka bentuk dapat membantu proses pembelajaran secara individu, kumpulan kecil dan kumpulan besar. Dalam perancangan pertimbangan terhadap teori pembelajaran dan pengajaran diberi penekanan.
KPT 4033 : TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN 2 Model Pengajaran ADDIE dan Kepentingannya Keadaan pembelajaran diambilkira untuk mendapatkan kesan yang bermakna dalam proses pengajaran. Keadaan pembelajaran baik secara individu atau berkumpulan dapat membantu seorang guru melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Youngmin Lee di Emporia State University Korea Selatan ke atas pelajar kejuruteraan mekanikal di sekolah tinggi Korea Selatan dimana sekolah tersebut telah membelanjakan sebanyak $ 350,000 USD bagu melengkapkan kemudahan kelas multimedia dan proses pengajaran dan pembelajaran telah berlangsung menggunakan program “PowerPoint”. Namun pelajar masih tidak menunjukkan minat untuk belajar dengan tidur di dalam kelas,melayari internet atau bersembang semasa sesi pengajaran dam pembelajaran (Youngmin,2006, pp. 12-17). Bagi mengatasi masalah ini pengkaji telah menggunakan Model ADDIE di mana pengkaji akan menganalisis tentang keperluan dan minat pelajar dan perkara-perkara lain seperti bentuk bahan yang dihasilkan juga diberi penekanan bagi menarik dan meransang minat belajar.. Isi kandungan yg ringkas dan bermaklumat, bahan yang menarik dari segi warna,bentuk dan gambar, bahan yang mudah difahami oleh pelajar dan bersesuaian dengan tahap pelajar” Model ADDIE juga setara dengan matlamat dan tujuan dengan pengajaran dan pembelajaran abad 21 iaitu pembelajaran berlandaskan “student centre”. Pembelajaran ini ialah guru hanya sebagai fasilitator dan memberi motivator bagi memastikan pelajar mengimplementasikan aturan pembelajaran yang dirancang. Guru dan pelajar akan bersama-sama membuat penilaian ke atas bahan multimedia yang telah dihasilkan. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati pelajar bermotivasi untuk belajar serta dapat meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.
KPT 4033 : TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN 3 Model Pengajaran ADDIE dan Kepentingannya
Kesimpulan Daripada perbincangan di atas, model ADDIE dengan fasa-fasanya yang terdiri daripada analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian merupakan model reka bentuk modul pengajaran yang terbaik yang boleh diguna pakai untuk membangunkan sesebuah modul kursus pengajaran. Ini terbukti kerana fasa-fasa yang dianjurkannya adalah bersifat menyeluruh dan sistematik. Lima fasa ini dilihat sangat relevan dalam pembangunan modul kerana ianya memudahkan proses reka bentuk, yang mana output setiap tahap menjadi input bagi tahap yang seterusnya. Justeru, dengan kupasan proses model ADDIE ni,disarankan kepada penulis-penulis modul pengajaran yang terdiri daripada segenap peringkat institusi pendidikan agar mendalami model ADDIE ini dan menggunakannya sebagai asas dalam reka bentuk modul agar hasilnya menepati objektif yang ingin dicapai dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih efektif.
KPT 4033 : TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN 4 Model Pengajaran ADDIE dan Kepentingannya
Youngmin Lee. (2006). Applying the ADDIE instructional design model to multimedia rich project-based learning experiences in the korean classroom. Sumber dari http://www.emporia.edu/idt/graduateprojects/spring06/ (Nasohah, Abd Gani, & Mat Shaid, 2015)
Nasohah, U. N., Abd Gani, M. I., & Mat Shaid, N. (2015). MODEL ADDIE DALAM PROSES REKA BENTUK MODUL PENGAJARAN:BAHASA ARAB TUJUAN KHAS DI UNIVERSITI SAINS ISLAM SEBAGAI CONTOH. MODEL ADDIE DALAM PROSES REKA BENTUK MODUL PENGAJARAN:BAHASA ARAB TUJUAN KHAS DI UNIVERSITI SAINS ISLAM SEBAGAI CONTOH.
View more...
Comments