Kepentingan Falsafah Pendidikan Kepada Guru

February 12, 2017 | Author: Teh Min | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Kepentingan Falsafah Pendidikan Kepada Guru Edu...

Description

Kepentingan falsafah pendidikan kepada guru

1. Mengamalkan kemahiran professional • Guru adalah tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan. • Guru memainkan peranan yang besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak. • Para pelajar mestilah dididik menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi

2. Berusaha meningkatkan penguasaan bidang ilmu dan kemahiran • Guru perlu menguasai kandungan ilmu dalam mata pelajaran yang diajar, mahir mengaplikasikan teori pertumbuhan dan perkembangan manusia dan berupaya menjadi fasilitator yang baik.

• Hal ini akan menjadikan mereka berusaha sebaik mungkin untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan, ilmu pedagogi dan sebagainya. • Ini dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran yang ada pada diri demi meningkatkan prestasi masing-masing.

3. Guru berperanan sebagai pembimbing • manusia-manusia yang berilmu,yang boleh berfikir. • Guru juga bertindak sebagai pembimbing anak murid secara seimbang dari segi intelek,rohani, jasmani dan emosi. • Pada awal persekolahan, murid tidak faham apa yang perlu dipelajari mereka hanya akan tahu setelah mereka diajar, selepas itu mereka akan belajar apa yang diajarkan kepada mereka.

• Guru sebagai seorang pembimbing perlu menguasai kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling untuk membimbing murid-murid dalam proses pembinaan modal insan. • Guru juga perlu membimbing anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

4. Cenderung mengamalkan pengajaran yang efektif • Guru yang efektif sentiasa mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan juga dari segi penilaian pengajaran. • Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990) menyatakan bahawa keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan dan penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran.

5. Melahirkan guru yang berkualiti dari aspek sosial • Guru bukan sahaja perlu bergaul dengan masyarakat sekolah malah dengan masyarakat setempat. • Hal ini kerana guru ke mana-mana sahaja guru pergi, mereka membawa imej seorang guru.

6. Berpegang teguh kepada agama • Guru yang berpegang teguh dengan ajaran agama sentiasa mengajar hanya untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan semasa hidup di dunia dan juga akhirat. • Guru yang mengajar ala kadar atau sekadar mengajar cukup-cukup makan menunjukkan dia seorang yang tidak mengambil peduli tuntutan yang disarankan dalam agama.

• Setiap guru berpegang teguh kepada agama kerana ia secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang guru sedar akan tanggungjawab yang telah diamanahkan sehingga boleh menerapkan nilai-nilai rohani pada setiap murid supaya mempraktikkan ajaran agama dengan baik.

7. Pihak yang bertanggungjawab memupuk potensi murid • Guru ialah pihak yang bertanggungjawab memupuk potensi murid dengan didikan dan bimbingan. • Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memastikan kurikulum di sekolah mampu memanfaatkan potensi sedia ada yang ada di dalam diri murid dengan menekankan pendidikan yang berasaskan nilai murni.

8. Meningkatkan penguasaan dalam bidang ICT • Penggunaan ICT oleh guru dan pelajar dalam proses p&p boleh meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam pembelajaran. • Ia juga membolehkan pelajar mengakses maklumat dan bagi mencari maklumat dengan pantas dan terkini.

• Hal ini pasti akan membuatkan pelajar berasa seronok untuk belajar, tidak jemu, tidak malas dan tidak mengantuk. • Seseorang guru untuk belajar supaya dapat menguasai teknologi maklumat dan komunikasi agar sistem pembelajaran pelajar tidak berpusatkan kepada buku teks semata-mata.

Bibliografi Noriati A. Rashid. Lee Keok Cheong. Zullkufi Mahayudin. Zakiah Noordin. (2006). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Impression One Sdn. Bhd

• Yuvarani Subramaniam. (2013). Cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksanakan KSSR untuk membangunkan modal insan. Dimuat turun pada 10 July 2015 daripada, http://www.slideshare.net/yuvaranisubramania m/penulisan-akademik

• Nazari Raduan. (2014). Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap Peranan Guru menurut Falsafah Pendidikan Guru. Dimuat turun pada 10 July 2015 daripada, http://tujuhpen.blogspot.com/2014/04/i mplikasi-falsafah-pendidikan.html

Sekian Terima Kasih

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF