Kemiskinan Bandar

October 3, 2017 | Author: VAlentino AUrish | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

nn...

Description

Kemiskinan bandar merupakan kemelut alaf baru yang membelenggu pelbagai pihak. Berdasarkan pertimbangan anda secara logik dan kritis, bincangkan cadangan penambahbaikan bagi menangani kemelut tersebut. Kemiskinan bandar merupakan satu kawasan yang mempunyai populasi pendukk melebihi 10 000 orang dan menjadi pusat pentadbiran sesebuah negeri atau daerah. Seperti kebanyakan negara membangun yang lain, Malaysia telah mengalami proses urbanisasi pesat. Namun, kemelut ekonomi yang melanda dunia telah memberi kesan kepada mereka yang berpendapatan rendah. Sementara yang paling teruk terjejas adalah golongan miskin tegar di kawasan bandar. Golongan miskin bandar ini mengharungi kehidupan yang mencabar walaupun dalam senario ekonomi yang memberansangkan kerana kos kehidupan yang lebih tinggi di bandar. Akan tetapi, berbagai langkah yang telah dijalankan bagi mengurangkan populasi kemiskinan di bandar. Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan menyediakan rumah-rumah kos rendah. Rumah kos rendah ini dibuat bagi mengelakkan penduduk miskin membeli rumah yang mahal. Hal ini juga dapat mengurangkan masalah kawasan setinggan di sesuatu bandar. Jika di Malaysia, harga rumah kos rendah boleh dijual dengan harga antara RM21, 500 dan RM 35, 000 setiap unit oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Perumahan Negara (JPN). Selain itu, Projek Perumahan Rakyat juga berperanan sebagai membasmi rumah setinggan di dalam golongan miskin. Bagi golongan yang miskin tegar, mereka boleh memohon untuk mendapatkan rumah hasil daripada Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Dengan itu, langkah untuk mengurangkan rumah setinggan dapat dicapai. Seterusnya adalah dengan menggalakkan penduduk untuk menceburi di dalam bidang perniagaan. Menjalankan sebuah perniagaan dapat membantu penduduk untuk menceburi di dalam bidang perniagaan disamping dapat menghasilkan pendapatan untuk diri sendiri. Galakkan ini juga dibantu dengan penyediaan kursus perniagaan percuma kepada yang berminat untuk menceburi di dalam bidang perniagaan. Salah satu perniagaan tersebut adalah penceburan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Penduduk golongan miskin dapat memperolehi pendapatan dengan berniaga seperti menjual kuih muih, kraftangan atau hasil pertanian. IKS juga turut dibantu oleh MARA dimana jika peniaga yang tidak mempunyai modal dapt meminjam modal tersebut daripada MARA. Disamping itu, kawalan harga juga memainkan peranan yang amat penting kepada seluruh masyarakat di sesebuah bandar. Harga barang yang tinggi merupakan salah satu faktor kepada

peningkatan taraf hidup penduduk. Hal ini dapat dilihat kepada penduduk yang pendapatan rendah di mana mereka semakin susah untuk memenuhi kendak hidup mereka kerana mereka hanya memikirkan untuk membayar sewa, barangan domestik dan minyak. Oleh itu, kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam mengawal harga baragan bagi mengurangkan masalah kemiskinan. Oleh itu, Akta Kawalan Harga 1974 dan Akta Kawalan Bekalan 1969 harus dianalisis semula. Selain itu, kawalan terhadap kemasukan pekerja asing juga harus dilakukan bagi mengurangkan lagi persaingan antara pekerja tempatan dengan pekerja asing untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan. Hal ini dapat dilihat di dalam sektor pertanian di mana pada masa kini ramai dikalangan pekerja di kawasan perladangan (pertanian) terdiri daripada pekerja-pekerja asing. Pengurangan pekerja asing dapat mendorong penduduk yang menganggur bekerja. Kesimpulannya, kemiskinan bandar amat dititikberatkan bagi mengelakkan sesebuah bandar menjadi sebuah bandar miskin. Oleh itu, setiap pihak hendaklah bekerjasama bagi mengelakkan perkara ini berlaku.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF