Kemerdekaan Tanah Melayu

April 24, 2017 | Author: azrika89 | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Kemerdekaan Tanah Melayu...

Description

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

LATAR BELAKANG KEMERDEKAAN MALAYSIA

Pada tahun 1946, Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya. Namun rakyat menolak penjajahan Inggeris kerana corak penjajahan Jepun yang

zalim

dan

kejam

begitu

menghantui.

Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent, telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur. Rakyat menolak penubuhan Malayan Union malah juga ditentang oleh Raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu dan rakyat tempatan mula menentang upacara itu dan berkabung selama satu minggu dengan melilit kain putih di songkok masing-masing seperti yang dipetik dalam akhbar Majlis di mana akhbar ini menyeru orang Melayu menentang Malayan Union dan berusaha mewujudkan sebuah kerajaan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulatnyang ditadbir oleh anak tempatan Pada tahun 1946, Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu kongres bagi semua kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah dicapai bagi membentuk sebuah parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang Melayu di Semenanjung. Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays Nations Organization (UMNO) telah dibentuk. Bermula dari situ satu usaha ke arah memperjuangkan kemerdekaan

Malaya

telah

tercetus

Mukasurat 1 drp 17

dan

akhirnya

ke

arah

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

pembentukan negara

Malaysia. Dengan beberapa barisan pejuang yang berjiwa kental yang antaranya terdiri dari Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan Tun Hussein Onn, maka pada 31 Ogos 1957 negara tercinta Malaysia telah menyaksikan satu detik bersejarah dengan penurunan bendera Union Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai tanda berakhirnya sebuah penjajahan British di Tanah Melayu.

31 OGOS 1957 PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Tanah Melayu telah menerima pengisytiharan kemerdekaannya tepat pada detik pertama pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bagi menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negaranegara yang berdaulat di dunia. Laungan "MERDEKA" sebanyak tujuh kali telah dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama keesokan harinya tepat 9.30 pagi di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Rajarajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negaranegara asing lainnya, di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

Mukasurat 2 drp 17

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

PERDANA MENTERI PERTAMA Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Shah (1903 - 1990) BAPA KEMERDEKAAN

Perdana Menteri Malaysia pertama dari 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970. Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bergema di seluruh pelusuk Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Negara tidak dijajah lagi. Bermulalah demokrasi berparlimen di mana

Seri

Yang

di-Pertuan

Agong,

Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Agong yang pertama. Gabungan parti politik

yang

mewakili

tiga

bangsa

majoriti negara; Melayu, Cina dan India di

bawah

Parti

Perikatan

berjaya

membawa perubahan dan menjadi asas perpaduan

hingga

ke

hari

ini.

16

September 1963, Malaysia ditubuhkan dan perancangan pembangunan negara bermula demi kesejahteraan rakyat.

Mukasurat 3 drp 17

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj lahir pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Ayahanda beliau, Sultan Abdul Hamid Halim Shah adalah Sultan Kedah yang ke-24 dan bonda beliau, Cik Menyalara, adalah anak kepada Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah dalam kerajaan Thai ketika pemerintahan Raja Rama V.Semasa kecilnya, putera raja ini suka mencuri keluar daripada kawasan istana. Beliau suka bergaul dengan orang kebanyakan dari semua peringkat masyarakat. Beliau telah mulakan persekolahan di Sekolah Rendah Melayu, kemudian ke English Medium School di Alor Star, dan mengaji Quran di sebelah petang, sebelum dihantar bersama tiga orang kakandanya ke Debsirindir School di Bangkok pada 1913. Pada 1916, beliau pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School. Kemudian, Tunku Abdul Rahman menerima biasiswa kerajaan negeri

untuk

menerima

belajar

Ijazah

di

Universiti

Bachelor

of

Arts

Cambridge, pada

1925

England. dan

Tunku

kemudian

meneruskan pendidikan di sekolah undang-undang di Inner Temple. Enam tahun kemudian Tunku pulang tanpa menamatkan pelajarannya.

Mukasurat 4 drp 17

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Tunku

pernah

perkhidmatan

bekerja

awam

Kedah

di

dalam

dan

pernah

dilantik sebagai Pegawai Daerah Kulim dan Sungai Petani. Pada 1947, Tunku berangkat semula

ke

pengajian

England

untuk

undang-undang

menyambung dan

akhirnya

dipanggil ke bar di Inner Temple ketika usianya 45 pada tahun 1948.

Di London pada "zaman sekolah kali kedua" inilah Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein (kemudiannya Datuk dan Tun). Pada masa itu Tunku adalah Presiden Persatuan Melayu Great Britain and Abdul Razak yang berumur 26 pada masa itu, merupakan setiausahanya.

Pada

1949,

beliau

pulang

ke

Tanah

Melayu.

Kepulangan itu ternyata bukan merupakan akhiran sebuah perjalanan tetapi permulaan satu kehidupan yang baru. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya, walaupun menerima gaji yang sama seperti di Alor Star, tetapi mendapat elaun bulanan sebanyak

RM150.

Kemudian,

beliau

dilantik

sebagai

Presiden

Mahkamah Sesi. Pada masa itu, semangat kebangsaan sedang marak di kalangan orang-orang Melayu, dengan Datuk Onn Jaafar mengetuai Umno dalam perjuangan menentang Malayan Union tajaan Britain. Pada Ogos 1951, kemelut mula terserlah dalam kepimpinan Umno. Krisis dalaman ini akhirnya telah menyebabkan Datuk Onn meletak jawatan sebagai

Mukasurat 5 drp 17

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

presiden parti pada Oktober pada tahun itu. Ketika itu, rata-rata orang Melayu mengharapkan kepimpinan Tunku Abdul Rahman untuk menggantikan Datuk Onn. Tunku yang bersetuju mengambil alih tampuk pimpinan Umno akhirnya memegang jawatan itu selama 20 tahun. Pada tahun-tahun pertama Tunku memimpin Umno, salah satu tugas utama beliau adalah untuk menyatukan semua kaum utama di Tanah

Melayu

dan

mencapai

satu

persetujuan

dalam

isu-isu

bersangkutan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan.

Pada awal 1952, satu pilihanraya kecil telah diadakan di majlis perbandaran Kuala Lumpur, di mana Umno dan Persatuan Cina (MCA) yang baru ditubuhkan bersetuju untuk tidak bertanding menentang satu sama lain. Hasil daripada persefahaman ini, lahirlah perikatan UMNO-MCA, dan kedua-dua pihak telah muncul sebagai pemenang. Seterusnya pada 1955, Parti Perikatan ini telah disertai oleh Kongres India SeTanah

Melayu

(MIC)

yang

mewakili

komuniti

India.

Hasilnya,

merupakan satu perkongsian kuasa yang sangat kukuh dan mewakili majoriti besar rakyat Tanah Melayu. Banyak isu yang sebelum ini sukar untuk diselesaikan telah menjadi jelas dan hanya memerlukan perbincangan biasa untuk mencapai kata sepakat.

Mukasurat 6 drp 17

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Pada 1954, Tunku telah mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil. Pada tahun berikutnya, pilihanraya persekutuan umum yang pertama telah diadakan, dan Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52

kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London telah diadakan pada tahun 1955, dan akhirnya England telah bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, dan 31 Ogos 1957 telah diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Sebaik

pulang

dari

England

selepas

berjaya

menuntut

kemerdekaan Tanah Melayu, Tunku telah mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari 1956 di Bandar

Mukasurat 7 drp 17

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Hilir,

Melaka.

Perkhabaran

ini

telah

disambut

dengan

penuh

kesyukuran daripada penduduk Tanah Melayu. Bila England dengan rasminya menurunkan bendera mereka di Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957, Tunku telah mengetuai orang ramai bersorak 'MERDEKA!' Gambar hitam-putih Tunku yang menjulang tangannya, dan suara beliau yang penuh emosi tetapi lantang dan tegas dalam mengetuai sorakan Merdeka itu kini merupakan gambar kenangan Kemerdekaan yang paling bermakna sehingga kini, dan menjadi peringatan paling nostalgik, sinonim kepada saat bersejarah itu. Sumbangan besar Tunku kepada negara tidak berhenti setakat itu sahaja. Selepas kemerdekaan, beliau meneruskan usaha-usaha pembinaan negara yang telah beliau bina; memupuk persefahaman antara kaum dan memajukan ekonomi untuk memperkukuhkan pentadbiran beliau. Rancangan Tanah Melayu yang pertama, yang telah dimulakan sejak 1956, telah teruskan dalam usaha mengisi Kemerdekaan yang baru dimiliki.

Tunku telah membawa Tanah Melayu ke arena antarabangsa; menyertai

Pertubuhan

Bangsa-bangsa

Bersatu

dan

Komanwel,

mengambil dasar anti-apartheid dan menyokong perjuangan rakyat Palestin serta Congo. Pada September 1963, Tunku telah menjadi bapa kepada sebuah lagi negara baru, Malaysia, apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah). Mukasurat 8 drp 17

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Tunku telah memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) pada 1961; menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Gabungan ini kemudian telah dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar iaitu Association of Southeast Asian Nations (Asean) pada 1967.

Era pentadbiran Tunku merupakan zaman penuh pancaroba dan pancawarna, dan tentunya tidak semua berjalan lancar seperti yang diharapkan. Krisis-krisis seperti Konfrontasi Indonesia, perpisahan Singapura, peristiwa 13 Mei dan Darurat 1948-1960 menggegarkan seluruh

negara,

kebijaksanaan,

namun

kesabaran,

Tunku

berjaya

toleransi

yang

melaluinya tinggi

dengan

serta

peri

kemanusiaan. Tunku Abdul Rahman tidak pernah kelihatan sebagai seorang yang warak, namun idea-idea dan penglibatannya dalam aktivitiaktiviti keagamaan telah mencetuskan pemikiran dan penubuhan institusi-institusi besar yang kekal hingga ke hari ini. Selepas menjadikan Islam sebagai agama rasmi setelah Merdeka, pada 1960 Tunku telah menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah

pertubuhan

untuk

membantu

golongan

mualaf

dalam

menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim. Tunku memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum beliau mangkat. Pada 1961, Malaysia

menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama. Acara ini merupakan hasil cambahan ilham Tunku, yang menganjurkan pertandingan peringkat negeri yang pertama di Kedah pada 1951.

Mukasurat 9 drp 17

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Tunku bukan saja berusaha keras untuk meninggikan imej Islam di Malaysia dan di rantau Asia tetapi juga di peringkat antarabangsa. Pada 1969, beliau membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), di mana beliau dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama. Seiringan itu, beliau telah mengusulkan penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) kerangka

OIC.

Tunku

juga

sebagai satu institusi khusus dalam merupakan

presiden

Majlis

Dakwah

Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) dari tahun 1982 hingga 1988. Sebagai seorang pencinta sukan, Tunku telah memperkenalkan kejohanan

Pestabola

Merdeka,

yang

merupakan

pertandingan

bolasepak antarabangsa pada 1957. Pada tahun berikutnya, beliau telah dilantik sebagai president pertama Asian Football Confederation (AFC), jawatan yang disandangnya sehingga 1976. Walaupun Tunku Abdul Rahman dilahirkan di istana, beliau tidak direncanakan menjadi Sultan di negerinya, tetapi menjadi pemimpin kepada seluruh negara. Keperibadian beliau yang selalu merendah diri dan cepat mesra telah menarik ribuan pengikut dan sahabat, dan telah menghadiahkan Kemerdekaan kepada negara tanpa pertumpahan darah. Semangat kebangsaannya yang tidak pernah luntur telah membawa Tanah Melayu daripada sebuah jajahan Britain yang tidak dikenali hingga menjadi anggota baru dunia yang bermaruah. Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno pada 1971, dan tempatnya

diambil oleh timbalannya yang merupakan sahabatnya sejak belajar di London, Datuk Abdul Razak Hussein.

Mukasurat 10 drp 17

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Tunku, Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia yang dicintai mangkat pada 6 Disember, 1990 ketika berusia 87 tahun dan telah disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star. ROMBONGAN KEMERDEKAAN Sebuah

parti

iaitu

Parti

Perikatan

Telah

berusaha

untuk

mendapatkan kemerdekaan pada awal tahun 1956.Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu,Tunku Abdul Rahman,telah membuat perundingan

bersama

raja-raja

Melayu

dan

pihak

British

bagi

mendapatkan kemerdekaan.Perundingan ini membawa persetujuan untuk mengadakan mesyuarat rasmi dengan pihak British yang akhirnya dibuat satu rombongan ke London yang dikenali sebagai Rombongan Merdeka.Rombongan ini diwakili oleh empat orang wakil Parti Perikatan,Tunku Abdul Rahman sendiri disertai dengan Tun Dr.Ismail,Tun H.S Lee,dan Tun Abdul Razak Hussein.selain daripada itu,ia juga turut diwakili dari pihak raja-raja Melayu,yang terdiri daripada Dato Panglima Bukit Gantang (Menteri Besar Perak), Abdul Aziz Abdul Majid (Menteri Besar Selangor), Dato' Wan Idris Wan Ibrahim (Timbalan Menteri Besar Johor) dan Dato' Nik Ahmad Kamil (bekas Menteri Besar Kelantan) telah berlepas ke Karachi dengan kapal Ital 'Asia' dan kemudiannya dengan kapal terbang ke London pada 2 Januari 1956.Pada 18 Januari 1956 rundingan kemerdekaan pun bermula. Pihak kerajaan British diwakili oleh Allen Lennox Boyd yang merupaka Setiausaha Tanah Jajahan British ketika itu. Rundingan tersebut mencakupi pelbagai masalah termasuklah masalah Raja-raja Melayu, kedudukan pegawai-pegawai awam

British yang sedang berkhidmat di Tanah Melayu dan lain-lain langkah peralihan yang perlu diputuskan sebelum kemerdekaan serta tarikh Mukasurat 11 drp 17

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

kemerdekaan yang menurut Tunku perlu disegerakan. Perundingan itu tamat setelah diadakan selama tiga minggu iaitu pada 8 Februari 1956 dengan kejayaan cemerlang di pihak Tunku Abdul Rahman. Pada 6 Februari 1956, beliau telah menurunkan tandatangan atas perjanjian 'Merdeka' bersama Lennox Boyd dalam satu istiadat sederhana di Lancester House.Selain itu,kedua-dua pihak telah bersetuju dan di mana akhirnya membawa kepada satu perjanjian iaitu Perjanjian London yang mempunyai elemen-elemen penting sebelum merdeka iaitu;



Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957.



Perlantikan

sebuah

suruhanjaya

bebas

bagi

menggubal

Perlembagaan Merdeka. •

Satu perjanjian pertahanan dengan British akan ditandatangani bagi menjaga keselamatan dan kepentingan ekonomi British di Persekutuan Tanah Melayu.



Parti Perikatan tidak akan mengambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat di Persekutuan Tanah Melayu.



Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan.



Pembahagian kuasa di antara kerajaan pusat dan negeri diteruskan.

Mukasurat 12 drp 17

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Rombongan Merdeka telah tiba di Tanah Melayu pada 20 Februari 1956,rakyat menyambut kepulangan tokoh-tokoh yang berjasa ini dengan sambutan yang begitu meriah dalam perhimpunan besarbesaran di Padang Merdeka,Bandar Hilir,Melaka.Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di sisni yang disambut dengan laungan `Merdeka’ oleh orang ramai yang bersemangat. PENYEDIAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas seperti yang dinyatakan di dalam Perjanjian London.tujuan penubuhan suruhanjaya iani adalah untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang bakal merdeka bagi menjaga hak setiap kaum.Oleh itu,Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada Mac 1956 yang dipengerusikan oleh Lord William Reid.Suruhanjaya Reid mempunyai tugasnya yang tersendiri iaitu,merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang

akan

merdeka,menjamin

kedudukan

khas

raja-raja

Melayu,membentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri serta

mewujudkan

satu

rupa

bangsa

Persekutuan

Tanah

Melayu.Suruhanjaya ini telah mendapat sebanyak 131 memorandum atau cadangan tentang sesuatu perkara daripada semua pihak tidak terkecuali dari raja-raja Melayu sendiri.Satu draf perlembagaan telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid untuk dibahaskan oleh masyarakat samada penduduk mahupun parti politik pada Februari 1957

iaitu

enam

bulan

sebelum

merdeka.berpandukan

draf

perlembagaan yang dikeluarkan tadi,beberapa cadangan Suruhanjaya Reid dipinda bagi menerima

Mukasurat 13 drp 17

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

cadangan-cadangan

masyarakat

bagi

memuaskan

hati

masing-

masing.Oleh itu,antara perkara yang telah dipersetujui ialah;



Sebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa pusat dan negeri



Jus soli hanya diberikan kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu.



Kedudukan

istimewa

orang

Melayu

dikekalkan

tanpa

mengganggu kaum lain 

Institusi raja-raja Melayu dan konsep Raja Berpelembagaan di kekalkan.



Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar atau bahasa kebangsaan.Namun,Bahasa Cina dan Tamil masih juaga boleh dikembang dan dijadikan bahasa pengantar di sekolah masingmasing



Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan,namun agama lain turut boleh diamalkan.

Cadangan

Suruahanjaya

Reid

ini

diterima

oleh

masyarakat.Pemimpin Melayu turut menyokong cadangan ini.Selain itu,Parlimen British menerima cadangan Suruhanjaya Reid ini pada bulan Jun 1957.

Mukasurat 14 drp 17

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

PERLEMBAGAAN MERDEKA Dalam Perlembagaan Merdeka terdapat beberapa fasal yang penting iaitu;

 Sebuah

kerajaan

Persekutuan

dibentuk

dengan

nama

Persekutuan Tanah Melayu.  Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara  Pembentukan

sebuah

parlimenyang

mempunyai

Dewan

Rakyat dan Dewan Negara  Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran  Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu  Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.  Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di Persekutuan Tanag Melayu.Kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan  Kedudukan

istimewa

orang

Melayu

diteruskan

mengrangkan mhak warganegara yang lain.

Mukasurat 15 drp 17

tanpa

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

PERISTIWA PEMASYHURAN MERDEKA Peristiwa menurunkan bendera Union Jack yang kemudiannya digantikan dengan menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dilakukan di padang Kelab Selangor,Kuala Lumpur,tepat pukul 12 malam,sebelum

pemasyhuran

kemerdekaan

dibuat.Peristiwa

bersejarah ini telah disaksikan ribuan rakyat.Sebaik sahaja bendera Union Jack mencecah bumi,rakyat bersorak gembira menunjukkan Persekutuan Tanah Melayu bebas daripada penjajah lagi. Kesokan harinya,31 0gos 1957, pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu telah dilakukan

dengan

gilang-gemilang

di

Stadium

Merdeka,Kuala

Lumpur.Peristiwa ini disaksikan ribuan rakyat di mana kesemua tempat dipenuhi oleh rakyat.Raja-raja Melayu bersemayam di pentas khas. Wakil dari Ratu Ellizabeth,Duke Of Wallington sedia untuk dokumen penyerahan kuasa.Upacara pemasyhuran kemerdekaan ini dimulai dengan ucapan wakil Baginda Ratu England.Kemudian penyerahan dokumen pengisytiharan kemerdekaan kepada Yang di-Pertua Agong yang dimana menunjukkan negara ini bebas setelah dijajah oleh kuasa asing selama 446 tahun.Tunku Abdul Rahman ketua Parti Perikatan yang juga bakal menjadi Perdana Menteri yang pertama membaca pengisytiharan kemerdekaan itu dengan lantang yang kemudiannya Tunku melaungkan seruan MERDEKA!sebanyak tujuh kali.Laungan ini disambut oleh para hadirin yang bergema memenuhi seluruh stadium.

Mukasurat 16 drp 17

Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957

Saya akan menghargai kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh

Tunku

Abdul

Rahman

dengan

bersemangat

setia

negara

disamping sedia berkorban kepada bangsa dan negara.Saya jugaakan bersikap taat setia kepada raja dan pemimpin negara. Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia ynag menghormati raja danpemimpin

negara

serta

menghargai

jasa-jasa

Tunku

serta

pemimpin-pemimpin negara.Untuk mengekalkan kemerdekaan,saya akan

bersifat

kekitaan

dimana

bersatu-padu

dan

berharmoni

disamping bertolak-ansurdan bertoleransi. Sebagai rakyat berdisiplin dan sentiasa berakhlak mulia dan berbudi pekerti,ia menerapkan sikap amanah,jujur dalam diri.Selain itu,saya jugaperlu berusaha dan produktif di mana saya perlu mempunyai sifat tabah menghadapi cabaran disamping berilmu dan berketrampilan

Mukasurat 17 drp 17

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF