Kemahiran Lisan Dan Bacaan
August 31, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Short Description
Download Kemahiran Lisan Dan Bacaan...
Description
UNIT 4
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BAHASA
Sinopsis
Unit ini direka bentuk khusus untuk membantu pelajar menguasai ilmu dan kemahiran pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, dari aspek kemahiran lisan dan bacaan. Semasa meneroka unit ini, pelajar akan dapat mengetahui konsep, jenis dan peringkat kemahiran lisan dan bacaan tersebut. Untuk membolehkan kemahiran lisan dan bacaan ini dikuasai dengan berkesan,
pelajar
akan
pembelajaran pembelajara n yang sesuai.
mengetahui
strategi
terutamanya
aktiviti-aktiviti
pengajaran
dan
Seterusnya, pelajar juga akan mengenal pasti cara memilih dan
menghasilkan bahan untuk mengajar kemahiran tersebut. Akhirnya, pelajar akan dapat membina jenis dan bentuk penilaian bagi aktiviti kemahiran lisan dan bacaan.
Hasil pembelajaran pembelajaran
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1.
menjelaskan konsep kemahiran lisan dan bacaan ;
2.
mengenal pasti jenis-jenis jenis-j enis kemahiran lisan dan bacaan;
3.
menyatakan peringkat-peringkat peringkat-peri ngkat penguasaan kemahiran lisandan bacaan;
4.
menerang dan mengaplikasikan mengaplikasik an beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan dan bacaan;
5.
membina dan menggunakan
bahan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran pembelaj aran
kemahiran lisan dan bacaan ; dan 6.
mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran lisan dan bacaan.
1
Tajuk 4.1
KEMAHIRAN LISAN
Pengenalan Pengenalan Apabila kita menyebut lisan kita akan tergambar dua orang atau lebih sedang bertutur, berinteraksi mahupun berkomunikasi. Walau apapun perkataan atau istilah yang digunakan namun perlakuan yang terlibat ialah mereka menerima mesej dan menghasilkan maklumat berdasarkan mesej yang diterima itu tadi. Dengan itu, kemahiran lisan melibatkan dua komponen
lain
yang
sama
penting
iaitu
kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan
aktiviti penerimaan mesej atau
maklumat dan kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti penghasilan maklumat. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya itu dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang seor ang penutur yang baik itu pula dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut. Kesimpulannya, jika seseorang itu boleh memahami dan memproses maklumat yang didengari serta boleh pula bertutur dengan lancar, pastinya dia dapat mengembangkan daya pemikiran dan pengertiannya terhadap sesuatu perkara atau situasi komunikasi yang dialaminya ketika itu.
2
4.1.1
i.
Kemahiran Mendengar
Pengenalan Dalam proses pemerolehan bahasa kita terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai
bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa. Dengan itu kita menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialami daripada orang-orang yang berada di sekeliling kita, dan kemudian kita cuba meniru serta menuturkannya berulang kali. kepada kita.
Persekitaran Persekitar an
inilah yang menjadi model
Jika model itu merupakan model yang baik iaitu mereka yang menggunakan
bahasa yang baik (yang standard), maka keadaan ini akan menguntungkan kita.
Jika
sebaliknya, kita akan rugi kerana memperoleh contoh dan meniru model yang salah.
Pegang kucing itu baik-baik, ya
Situasi 1
Pegang atau pelukkah, mak?
situasi 2
Situasi 1 dan situasi 2 di atas menunjukkan proses mendengar berdasarkan dua model. Dalam situasi 1
si ibu telah menggunakan perkataan pegang untuk memberi maksud perlakuan
anaknya. Manakala dalam situasi 2 anak bertanya semula kepastian perlakuannya perlaku annya sama ada bermaksud pegang atau peluk . Jika mengikut kedua-dua gambar di atas, perkataan peluk adalah lebih tepat. Inilah yang dimaksudkan model baik dan model kurang baik. pastinyalah model baik adalah penting dalam proses mendengar dan meniru ini.
ii. ii. Jenis Kemahiran Mendengar
3
Sudah
Penyataan di atas menyatakan bahawa kemahiran bertutur itu terhasil daripada proses mendengar. Apakah yang terjadi dalam proses mendengar itu? Ketika mendengar seseorang itu akan akan menangkap
gabungan bu bunyi-bunyi nyi-bunyi bahasa, dan berasaskan pengetahuan serta
pengalamannya, dia akan menghubungkaitkan bunyi itu dengan makna. Bunyi yang bermakna itu kemudiannya akan menjadi asas bagi seseorang itu membuat tindakan. Dengan itu dapat kita simpulkan bahawa proses mendengar itu melibatkan proses memaham, menghurai dan menilai apa yang didengar sebelum sesuatu tindakbalas yang sewajarnya perlu dibuat.
Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu kemahiran mendengar pasif dan kemahiran mendengar aktif.
Pokok ini bernama „Vanda Diana‟. Eh, kenapa senyap saja ni!
!!!! ???? .
Ha? ! Situasi 1
a.
Mendengar Pasif Situasi 1 menunjukkan guru menerangkan nama sejenis pokok dengan menggunakan
istilah saintifiknya. Pelajar-pelajarnya Pelajar- pelajarnya berdiam diri menunjukkan bahawa mereka tidak faham apa yang dikatakan oleh gurunya. Jadi, apakah yang berlaku dalam proses mendengar ini? Inilah yang dinamakan mendengar pasif. Mendengar pasif ialah sejenis komunikasi sehala. Murid mendengar sesuatu maklumat
yang disampaikan tanpa memberi tindak balas secara
lisan disebabkan tidak memahami makna keseluruhan ujaran yang diterima.
4
Ini pokok orkid atau anggerik.
Pokok orkid? Ibu saya suka tanam pokok orkid.
Saya ada tahu.warna Bunga orkid biru, hijau, jingga , putih dan lain-lain.
Situasi 2 b.
Mendengar Aktif Mengapa pelajar-pelajar di dalam situasi 2 di atas menjawab penyataan gurunya? Sebab
pelajar-pelajar pelajar-p elajar itu faham apa yang dikatakan oleh gurunya itu. mendengar aktif.
Inilah yang dikatakan
Oleh itu, mendengar aktif melibatkan komunikasi dua dua hala.
Maksudnya,
pelajar memberi tindak balas secara lisan terhadap sesuatu maklumat yang diterima atau didengar.
iii. Peringkat Kemahiran Mendengar dan Memahami Apabila kita berkata tentang proses, kita tidak dapat lari daripada sesuatu keadaan yang berlaku secara berperingkat berperingkat dan mengikut aras-aras tertentu. Begitulah juga dengan proses kemahiran mendengar ini. Terdapat dua peringkat kemahiran mendengar yang mempunyai aras rendah dan aras tinggi.
5
Aras Rendah
Aras Tinggi
Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci Mengenal maklumat khusus Mengesan urutan Mengenal sebab dan akibat Mengenal perhubungan orang-orang yang berinteraksi Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap
Mengenal isi-isi penting Mengenal peranan dan perhubungan yang bercakap Mentafsirkan maksud orang yang bercakap Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan pelbagai bentuk struktur nahu
Latihan 1 Sila baca dan fahami kemahiran mendengar mengikut peringkat aras rendah dan aras tinggi. Kemudian cuba huraikan perbezaan kemahiran mendengar mengikut aras-aras tersebut.
6
iv. Aktiviti Kemahiran Mendengar Anda telah
mengetahui jenis
dan peringkat
kemahiran
mendengar.
Sekarang
bagaimanakah pula anda dapat menguasai kemahiran mendengar itu? Ataupun, bagaimanakah anda dapat mengajar pelajar-pelajar anda menguasai kemahiran mendengar secara berkesan? Sudah tentulah dengan menggunakan sesuatu cara.
Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran, cara itu dimaksudkan sebagai aktiviti. Apakah aktiviti yang dapat membantu pelajar menguasai kemahiran mendengar itu?
Antara aktiviti-aktivitinya adalah seperti yang terkandung di dalam jadual di bawah:
Kemahiran
Mengenal dan mengecam
Cadangan Aktiviti
Mengenal dan mengecam jenis-jenis bunyi.
Mengecam sebutan baku dan tidak baku dan bunyi kata.
Mengecam pelbagai jenis nada, intonasi, gaya pengucapan serta sikap penutur daripada perbualan,
lakonan
atau
drama
yang
diperdengarkan.
Mendengar
rakaman
perbualan,
wawancara,
cerita dan berita.
Membuat inferens
Perbualan melalui telefon.
Mengenal pasti erti kata-kata.
Menerangkan perkara.
sebab-sebab Misalnya,
kejadian
jelaskan
sesuatu
sebab-sebab
terjadinya tanah runtuh? Menganalisis maklumat
Mencari makna perkataan berdasarkan konteks dengan merujuk kamus.
Membuat rumusan
Membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara berdasarkan maklumat yang telah dianalisis.
Membuat penilaian
Memberi sesuatu
pandangan perkara
dibincangkan.
7
atau yang
pendapat didengar
tentang atau
. Rujukan & Latihan 2 Sila buat rujukan lanjut tentang aktiviti-aktiviti kemahiran mendengar yang sesuai berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Kemudian, pilihlah 3 daripada aktiviti itu dan catatkan langkah-langkah menjalankan aktiviti itu bagi mengajar kemahiran mendengar tersebut.
v.
Pembinaan dan Penggunaan Bahan untuk Kemahiran Mendengar Kita sedia maklum bahawa untuk menarik penumpuan dan minat pelajar-pelajar untuk
mendengar, situasi pembelajaran itu mestilah menarik juga. Di samping pengajaran guru, bahan-bahan bantu mengajar juga memainkan peranan penting. Ini bermaksud, seseorang guru yang masuk ke bilik darjah dengan hanya menggunakan kata-kata, suara, isyarat (gestures), papan tulis dan papan kapur sahaja, tidak akan dapat mengembangkan keintelektualan keintelektual an pelajar dengan berkesan. Kenapa tidaknya? Sebab, pelajar hanya mendengar dan mempelajari sesuatu itu secara abstrak, jauh dan kabur. Ini tidak memungkinkan berlakunya perkongsian maklumat, idea, pandangan, sikap dan nilai antara pelajar dengan guru, pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan bahan. Mana mungkin pelajar hanya mendengar sahaja sedangkan kemahiran bahasa perlu dikuasai dengan yakin melalui visual dan pengalaman. Dengan itu, sebaiknya, guru bahasa perlu menggunakan alat dan bahan yang sesuai, menarik dan mencabar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu agar semua deria pelajar dilatih untuk menerima pembelajaran yang berkesan, khususnya dalam kemahiran mendengar ini. Untuk
menyediakan bahan-bahan yang sesuai, guru hendaklah memproses bahan-bahan
tersebut sebelum ia digunakan.
Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses
memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai.
8 Memilih
Menilai
Mengolah
Objektif Pengajaran Dan pembelajaran
Mengguna
Membina
Rajah 1: Proses pembinaan bahan
Rujukan Anda telah melihat rajah 1 iaitu proses pembinaan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Oleh itu, sila buat catatan tentang prinsip pemilihan, pengolahan, pembinaan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dengan terperinci lagi.
a)
Klasifikasi Alat dan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu 9
Bahan 1. Audio
Jenis alat Radio, pita rakaman (audio), piring hitam
2. Bahan bercetak
Kad, carta, peta, graf, kit
3. Visual
Slaid, lut sinar dan OHP, filem, filem lajur, gambar Benda sebenar, model T.V dan rakaman video, filem
4. Objek Fizikal 5. Audia dan Visual ( Pandang dan Dengar) 6. Manusia dan Alam Sekeliling 7. Komputer 8. Audio dan Bahan Bercetak
Kumpulan rakan sebaya, situasi sesuatu tempat Disket dan hasil cetakan komputer Kedua-dua bahan dan alat
Bentuk bahan Petikan bunyi haiwan, suasana, senikata nyanyian, petikan cerita, berita, dll. Sedutan sajak, pantun, dan nyanyian;, sedutan teks, novel,cerpen; dan sedutan rencana. Ilustrasi, penjelasan konsep, kata kunci/ penunjuk, ayat kunci. Kosa kata, ayat. Seperti (i) dan (iii)
Perbincangan dialog, perbincangan teks. Seperti (ii) dan (iii) Seperti (i) dan (ii)
(i) dan (ii) Jadual 1 : Klasifikasi alat dan bahan pengajaran
b.
Bahan Bantu Mengajar Kemahiran Mendengar Setelah anda faham tentang prinsip pemilihan, pengolahan, pembinaan, penggunaan
dan penilaian bahan pengajaran bahasa Melayu, sekarang mari kita tumpukan khas kepada bahan bantu mengajar untuk kemahiran mendengar sahaja.
Di atas tadi telah ditunjukkan klasifikasi alat dan bahan mengajar bahasa Melayu. Daripada senarai bahan-bahan tersebut kita boleh ambil beberapa bahan dan alat yang sesuai untuk pengajaran kemahiran mendengar. Bahan bantu mengajar yang paling kerap digunakan bagi melatih kemahiran mendengar ialah pita rakaman. rakaman. Pita rakaman amat berkesan berkesan dalam latihan kemahiran mendengar kerana guru dapat memainkan semula bahagian-bahagian tertentu pada sesuatu rakaman sekiranya didapati perlu. Rakaman yang dimainkan semula kepada pelajar-pelajar itu dapat didengar tanpa apa-apa perubahan terhadap sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan.
Namun, pita rakaman video adalah lebih berkesan.
10
Melalui pita rakaman video ini, pelajar bukan sahaja dapat mendengar sebutan, nada intonasi dan gaya pengucapan tetapi mereka juga dapat melihat gerak-geri mimik muka orang yang bertutur. Unsur-unsur bahasa dan unsur-unsur paralinguistik paralinguis tik yang didengar dan unsur-unsur bukan linguistik yang dapat dilihat melalui pita rakaman video akan memudahkan pendengaran dan pemahaman pelajar. pelajar.
…….pemandu itu menjadi panik. Tangannya menggeletar. Dia tidak dapat mengawal kereta………..
Di samping itu, bahan bantu mengajar seperti gambar, ilustrasi, poster, rajah, carta dan kad-kad imbasan dapat digunakan juga untuk membantu pelajar-pelajar pelajar-p elajar memahami bahan yang diperdengar. Begitu juga, bahan ini boleh menjadi alat yang dapat menggerakkan pelajar untuk sedia mendengar bahan rakaman.
Latihan 3 Anda telah mengetahui beberapa jenis bahan bantu mengajar kemahiran mendengar. Oleh itu, terangkan dan huraikan cara penggunaan bahan itu dalam aktiviti pengajaran kemahiran mendengar.
11
vi. Penilaian Kemahiran Mendengar Mendengar a)
Kenapakah kita perlu menilai kemahiran mendengar?
Sebabnya adalah untuk mengetahui adakah pelajar-pelajar kita sudah menguasai atau belum kemahiran mendengar yang kita ajarkan.
b)
Bilakah penilaian kemahiran mendengar perlu dilakukan? dilakukan? Penilaian kemahiran mendengar seringkali dilakukan secara tidak formal ketika pelajar-
pelajar melakukan aktiviti-aktiviti lisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Walaupun aktiviti lisan itu dilakukan serentak dengan kemahiran bertutur tetapi
fokusnya adalah penilaian terhadap kemahiran mendengarnya.
Penilaian terhadap kemahiran mendengar dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, ialah penilaian terhadap keupayaan mendengar dan mendiskriminasikan komponen-komponen linguistik. Pengujian terhadap kemahiran mendengar ini memerlukan pelajar mengenal pasti makna-makna perkataan mengikut konteks, mengenal pasti jenis-jenis ayat berdasarkan intonasi yang berlainan, mengasingkan perkataan mengikut golongan, dan mengenal pasti morfofonem tertentu yang hadir hasil daripada berlakunya proses pengimbuhan.
Teratak buruk????
Jemputlah datang ke teratak buruk buruk saya…..
Kedua, ialah penilaian terhadap kemahiran mendengar bagi tujuan-tujuan tujuan-t ujuan komunikasi.
Ini
bermaksud guru menguji kemampuan pelajar menguasai kemahiran mendengar dan memahami serta menginterpretasi sesuatu wacana yang diperdengarkan kepada mereka.
12
Tuan suruh awak teruskan projek ini…tapi…. sebenarnya
Iyakah? Terima kasih awak bagi kepercayaan kepada saya….
Apalah dia ni….tak fahamkah aku tak nak nak bagi dia projek ni…
Kita dapat rumuskan penyataan dia atas ke dalam empat teknik menguji kemahiran mendengar iaitu;
ujian mendengar petikan
ujian mendengar perenggan
ujian imlak
Ujian mendengar menggunakan gambar
c)
Apakah instrumen yang kita gunakan untuk menilai kemahiran mendengar?
Sebenarnya ada pelbagai instrumen yang boleh kita gunakan untuk menguji atau menilai kemahiran mendengar pelajar kita, antaranya ialah pemerhatian dan latihan amali.
13
Latihan 4 Sila huraikan cara-cara melaksanakan empat teknik menguji kemahiran mendengar dan aplikasikannya dalam pengajaran anda di dalam bilik darjah.
Rumusan. Sudahkah anda faham tentang kemahiran mendengar? Mari kita ingat semula penyataan penting tentang kemahiran mendengar ini. Kemahiran mendengar adalah:
1.
satu daripada komponen kemahiran lisan,
2. 3.
diajar secara serentak dengan kemahiran bertutur, merupakan kemahiran asas untuk menguasai kemahiran selanjutnya iaitu kemahiran bertutur, membaca dan menulis,
4.
mempunyai proses yang melibatkan dua aras penting,
5.
pengajaran yang melalui dua peringkat yang berdasarkan kesukaran tugasan atau fungsi mendengar itu, dan
6.
menguji kemampuan dan kecekapan mendengar.
Seperti kata Juriah Long ( Perkedahan Pengajaran Bahasa Malaysia: 1990), kemahiran mendengar itu merupakan komponen kemahiran lisan yang tidak boleh diabaikan oleh guruguru bahasa. Mendengar merupakan proses yang kompleks kerana dalam proses mendengar, seseorang individu itu bukan sahaja menggunakan alat pendengarannya, tetapi individu
14
tersebut juga perlu menggunakan otaknya untuk mentafsirkan perkataan-perkataan atau ayatayat bahasa yang didengarinya dan kemudian memberi gerak balas terhadap sebutan bahasa tersebut.
Oleh itu, katanya lagi, pelajar-pelajar pelajar- pelajar perlu perlu dilatih melalui beberapa aktiviti
pembelajaran yang berkesan supaya mereka dapat mendengar dengan baik.
Penggunaan
bahan bantu mengajar yang berkesan juga dapat membantu guru dalam latihan-latihan mendengar tersebut
Rujukan Penerangan di atas boleh dikembang dan diperincikan diperincik an lagi. Oleh itu, sila layari laman web untuk mendapat maklumat tambahan.
4.1.2 4.1.2
i.
Kemahiran Bertutur
Pengenalan
15
Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar berbicara untuk menjalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara spontan.
Penekanan diberikan kepada
penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul, dan juga berdasarkan konteks yang sesuai.
Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur membolehkan pelajar menguasai kemahiran bercakap dengan tenang, dalam gaya (nada, intonasi dan tekanan) yang betul, lancar dan fasih mengikut situasi dan keperluan.
ii.
Jenis Pertuturan
a. Pertuturan Pertutur an Sehala Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pertuturan sehala? Pertuturan sehala bolehlah ditakrifkan sebagai penyampaian mesej yang tidak menerima sebarang maklum balas secara spontan.
Selamat pagi, tuan-tuan dan puanpuan. Hari ini saya akan memberi ceramah tentang cara penjagaan bayi yang betul.
Gambar ini menerangkan seorang doktor sedang memberi ceramah kepada golongan ibu dan bapa tentang penjagaan bayi yang betul. Doktor tersebut memberi ceramah tanpa menerima respons yang spontan daripada pihak pendengar. Maksudnya, situasi ceramah itu memerlukan hadirin mendengar sahaja apa yang disyarahkan oleh doktor tersebut. Inilah yang dinamakan pertuturan sehala. Sekarang cuba anda lihat pula rajah 2 di bawah. Rajah 2 ini menerangkan dengan lebih terperinci tentang definisi, ciri-ciri dan jenis-jenis aktiviti pertuturan sehala.
16
Definisi: Definisi:
Ciri-ciri: Ciri-ciri:
Pengirim menyampaikan
-Penyampai aktif
mesej manakala
-Penerima pasif
penerima tidak memberi sebarang
-Tiada maklum balas spontan
Sehala
maklum balas
-Bahasa jelas dan sesuai
secara spontan
-Keberkesanan komunikasi bergantung kepada penyampai
Jenis-jenis Aktiviti Jenis-jenis
-Khalayak besar
Taklimat Pengumuman Pengucapan Awam Memberi arahan/panduan Pengacaraan Majlis
Rajah 2: Pertuturan Sehala
b.
Pertuturan Dua Hala Pertuturan dua hala pula boleh berlaku dalam pelbagai situasi. Apa yang terjadi ialah satu
pihak menyampaikan maklumat dan satu pihak lagi menerima dan memberi respons kepada pihak penyampai tadi. Komunikasi ini berlaku secara spontan dalam satu masa dan di tempat yang serupa.
17
Ini huruf apa? Huruf „t‟
Apakah yang anda faham dengan gambar di atas? Gambar di atas menerangkan bahawa dua orang sedang berdialog tentang tajuk yang sama, di tempat yang serupa dan dalam suasana yang sama. Inilah yang di namakan komunikasi dua hala. Perhatikan pula rajah 3 bawah ini. Rajah 3 ini menjelaskan lagi definisi definisi pertuturan dua hala dengan ciri-cirinya. Ciri-cir Ciri-cirii itu itu akan dapat dilihat dalam contoh-contoh aktiviti yang diberikan.
Definisi: Definisi:
Ciri-ciri:
18
Pengirim dan penerima
Penyampai dan penerima saling
berinteraksi.. berinteraksi
biasanya bersemuka. Ada maklum balas spontan.
Dua Hala
Jenis-jenis Aktiviti Aktiviti Dialog Forum Wawancara/temu bual Perbincangan Perbahasan Mesyuarat
Rajah 3: Pertuturan Dua Hala
Latihan 5 Laksanakan satu daripada contoh aktiviti bertutur dua hala ini dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur kepada pelajar anda. Catatkan kelebihan dan kelemahan bertutur yang dilakukan oleh pelajar anda dan berikan sebab-sebab berlaku demikian.
iii.
Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur
Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dalam pelbagai situasi perhubungan di sekolah dan dalam masyarakat, maka sudah tentulah
19
kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat. Dengan itu, mari kita lihat peringkat-peringkat kemahiran bertutur iaitu peringkat pertuturan rendah dan peringkat pertuturan tinggi.
Peringkat Rendah
Pertuturan untuk membuat analisis atau inferens, ramalan, pandangan, dan justifikasi seperti; Mengemukakan pendapat/cadangan yang bernas dalam perbincangan. Berunding secara santun untuk mendapatkan persetujuan dan kata sepakat. Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan. Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu Memberi respons peribadi tentang karya sastera
Peringkat Tinggi Tinggi
Latihan 6 Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara berperingkat - peringkat. Dengan itu, sila fikir dan senaraikan faktorfaktor yang boleh mempengaruhi penguasaan kemahiran bertutur itu.
iv.
Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Teknik pengajaran boleh direalisasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti
pembelajaran.
Sepertimana teknik, terdapat juga pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan
20
semasa mengajar kemahiran bertutur ini.
Modul ini hanya menerangkan beberapa contoh
aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah.
a.
Perbualan Perbualan Aktiviti
perbualan
dijalankan
untuk
melatih
pelajar
berbicara
dengan
menggunakan kata, intonasi dan nada, ayat dan ungkapan yang sesuai dan betul semasa berhubung dengan orang lain dalam kehidupan hariannya. Selain daripada itu pertuturan itu juga boleh menyampaikan maksud yang tersurat atau tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan kepadanya.
Azam:
Adik, tolong ambilkan abang buku cerita itu!
Azmi :
Baik abang. Nanti adik ambil.
Azam:
Emak, boleh saya pergi bermain bola di padang?
Emak :
Boleh. Tapi, Azam sudah habiskan kerja rumahkah?
Dua situasi perbualan di atas menunjukkan tatacara berbual y yang ang baik dan dan santun. Perbualan ini menunjukkan dua cara yang berlainan mengikut intonasi dan kata sapaan kata ganti nama diri yang digunakan oleh orang yang berbual. Dengan itu, untuk memastikan perbualan itu menggunakan pertuturan yang baik, orang yang bertutur mestilah tahu menggunakan kata-kata, ayat dan intonasi yang sesuai dengan konteks dan latar orang yang dilawan bertutur itu.
b.
Memberi Pendapat Aktiviti memberi pendapat membolehkan pelajar mencetuskan, menghuraikan
dan mengemukakan
idea
yang bernas dalam perbincangan. Pelajar boleh mengaitkan
pengalaman dan pemerhatian sendiri untuk menyokong pandangan. Misalnya, apabila memperkatakan tentang kesan perisa yang digunakan dalam makanan terhadap kesihatan, pelajar boleh melanjutkan pandangannya seperti memberikan akibat, tujuan atau sebabmusabab. Contoh:
Kek yang emak buat ini sungguh sedap. Sudah tentu emak masukkan air perahan buah limau Sunkist.
21
Betul. Jadi kita jangan guna perisa tiruan air
limau. Rasanya tidak sedap dan
c.
Simulasi Teknik simulasi ialah teknik yang memerlukan keadaan atau situasi sosial yang
sebenar.
Para pelajar perlu membayangkan keadaan tersebut terlebih dahulu sebelum
melakonkannya dalam situasi tiruan berdasarkan bahan rangsangan yang disediakan.
Langkah-langkah
Pelajar diberikan kad peranan berdasarkan situasi tertentu
Pelajar melakonkan peranan secara individu ataupun secara kumpulan berdasarkan arahan dalam kad peranan
Guru dan pelajar membuat rumusan tentang peranan yang telah dimainkan
Guru memberi aktiviti susulan
Contoh Di Kaunter Pejabat Pos
KAD A Anda sebagai kerani pos sedang melayan pelanggan di kaunter dengan mesra.
22
KAD B Anda sebagai pelajar ingin membeli setem kenang-kenangan sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke -42. Anda ingin mendapat kepastian sama ada setem itu masih ada lagi atau sudah kehabisan stok, di samping itu anda diminta membantu seorang tua untuk mengisi borang kiriman wang.
KAD C Sebagai seorang tua yang menghadapi masalah untuk mengisi borang kiriman wang, anda meminta bantuan daripada seorang pelajar untuk melengkapkan borang tersebut. Anda dikehendaki menyatakan butiran yang diperlukan kepada pelajar itu.
d.
Main Peranan Main Peranan ialah teknik pengajaran bahasa yang melibatkan gambaran pelajar
terhadap situasi dan melakonkan peranan yang diberi berdasarkan situasi tertentu tanpa bantuan skrip. Teknik ini mementingkan interaksi pelajar s secara ecara individu atau kumpulan.
Langkah-langkah
Sediakan satu situasi sebenar untuk aktiviti main peranan yang dicadangkan.
Tentukan watak-watak yang terlibat di kalangan pelajar.
Pelajar diminta melakonkan peranan yang diberi.
Guru dan pelajar membuat rumusan. Contoh: Dua orang rakan anda telah ditahan oleh guru disiplin di pintu masuk ke sekolah anda. Dengan menggunakan teknik main peranan, lakonkan situasi tersebut.
e.
Perbincangan
Perbincangan ialah satu aktiviti lisan yang berbentuk perbualan.
Sewaktu perbincangan
dijalankan, pelajar-pelajar dikehendaki mengambil bahagian aktif untuk menyatakan pandangan dan pendapat mereka mengenai sesuatu topik.
Langkah-langkah
23
Guru memilih tajuk yang sesuai untuk dibincangkan
Bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk perlu disediakan
Guru menerangkan prosedur perbincangan
Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan memilih ketua serta pencatat bagi setiap kumpulan
Pelajar menjalankan perbincangan dan membentangkan hasil perbincangan kumpulan
Guru memberi aktiviti dan membuat rumusan
Latihan 7 1. Sila buat rujukan tentang aktiviti-aktiviti aktiviti -aktiviti kemahiran bertutur yang lain. 2. Pilih satu aktiviti pengajaran pembelajaran kemahiran bertutur. Kemudian, laksanakanlah aktiviti berkenaan dalam pengajaran pembelajaran bahasa Melayu dalam bilik darjah dengan menggunakan bahan pengajaran yang sesuai. 3. Anda diminta menulis laporan tentang pelaksanaan, keberkesanan dan kelemahan atau kekangan menggunakan aktiviti tersebut dalam pengajaran pembelajaran kemahiran bertutur yang telah anda laksanakan.
v.
Pembinaan dan Penggunaan Bahan Sumber Anda telahpun membaca tentang pemilihan dan penghasilan bahan untuk kemahiran
mendengar. Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama sahaja. Oleh itu, tidak perlulah lagi kita mengulang memperkatakan proses pemilihan bahan ini. Baik kita teruskan perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran bertutur itu mengikut aktiviti kemahiran itu sendiri.
24
a. Aktiviti Perbualan Untuk
melatih
murid-murid murid-mur id
supaya
dapat
berbual
dan
berbicara
dengan
menggunakan kata, intonasi,nada,struktur ayat dan ungkapan yang betul, alat-alat yang boleh digunakan ialah pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-kad imbasan tanpa gambar dan bergambar, filem dan slaid.
b. Aktiviti Memberi Pendapat Bahan-bahan untuk aktiviti memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan ini selalunya disediakan oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnya adalah seperti dialog, seni kata lagu, sajak, pantun, petikan rencana/isu semasa daripada akhbar/majalah dan petikan peristiwa dalam cerpen/novel.
c.
Aktiviti Bercerita
Bercerita
merupakan satu aktiviti yang menarik
yang
membolehkan
murid-murid murid-m urid menggunakan daya imaginasi yang tinggi serta kreatif semasa
menyampaikan
cerita melalui kemahiran pertuturan. Oleh itu guru perlulah menyediakan bahan –bahan yang boleh menimbulkan rangsangan kepada murid. Contohnya, gambar sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri, potret ataupun grafik kartun.
25
Ini ialah gambar tunggal pemandangan sebuah rumah yang terletak di tebing sebuah sungai.
Berdasarkan gambar ini guru boleh meminta murid mereka bercerita bercerita dengan
menggunakan imaginasi sendiri
hingga menjadi sebuah cerpen yang menarik.
Seperkara lagi, perlu diingat bahawa bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur sebaik-baiknya terdiri daripada bahan –bahan yang autentik ataupun bahan-bahan yang yang diambil daripada sumber asal.
Contohnya, rencana kesihatan, berita
bencana alam (banjir, kebakaran, tanah runtuh, angin puting beliung dan sebagainya), petikan cerpen,forum, bacaan sajak, syair, pantun dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-murid.
Kesimpulannya, Contoh penggunaan alat bantu mengajar yang telah dibincangkan tadi merupakan panduan sahaja. Oleh itu, anda bolehlah mengubahsuaikannya mengikut keperluan dan keadaan yang sesuai dengan peringkat peringkat pembelajaran pelajar. Apa yang penting ialah bagaimana anda dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang menyediakan peluang untuk mereka menggunakan bahasa secara berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur serta memberikan pendapat dengan kreatif dan kritis.
Sesungguhnya,
keberkesanan alat bantu mengajar bergantung pada sejauh mana deria
seseorang itu dilibatkan. Oleh itu, pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.
Latihan 8 Anda telah membaca beberapa jenis aktiviti dan alat bantu mengajar kemahiran bertutur. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian yang menggunakan teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar yang
26
sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.
vi.
Penilaian Kemahiran Bertutur a. Aspek Penilaian Kemahiran Bertutur Banyak aspek yang perlu diberi pertimbangan semasa hendak membuat penilaian
kemahiran bertutur. Antaranya ialah aspek fonologi, tatabahasa, leksikal, konteks dan aspekaspek bahasa yang lain.
Apabila hendak membuat penilaian dalam aspek fonologi kita
hendaklah melihat pelajar tersebut boleh menyebut dengan be betul tul dan tepat tentang sesuatu perkataan, frasa atau ayat yang diminta oleh gurunya atau ayat yang dibina sendiri. Sebutan yang dimaksudkan itu ialah dari segi nada dan intonasi serta jeda dan tekanan. Maknanya murid tersebut mestilah boleh menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan intonasi yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai. Nada, kenyaringan dan kelantangan suara harus juga dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. Kepantasan bertutur juga perlu wujud dengan gerak anggota seperti mimik muka, gerak mata, tangan dan sebagainya.
Semua ini akan menghidupkan lagi suasana
pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan.
Pada aspek tatabahasa pula, salah satu penilaian yang boleh dilaksanakan ialah dari segi transformasii ayat. Contohnya, penilaian pada kecekapan pelajar menuturkan ayat cakap ajuk transformas atau ayat cakap pindah semasa menceritakan atau menyatakan sesuatu perkara dalam aktiviti di dalam kelas.
Aspek leksikal juga tidak kurang pentingnya pentingnya untuk dinilai oleh seseorang guru bahasa untuk memastikan sama ada nama-nama objek yang dituturkan itu betul atau tidak.
27
contohnya, guru menunjukkan sekeping gambar kepada pelajar dan meminta pelajar menyebut nama objek yang terdapat di dalam gambar tersebut.
Adakah pelajarnya akan menyebut
„harimau‟ , „halimau‟ , „ghimau‟ atau atau „haghimau‟ ? Di sini guru boleh membuat penilaian
aspek leksikal pelajarnya dan mungkin boleh membuat aktiviti susulan untuk membetulkan kesilapan sebutan pelajarnya.
Seseorang yang dianggap petah berkata-kata pula ialah seseorang yang menguasai perbendaharaan kata, memilih dan menggunakannya bertepatan dengan konteks untuk menyampaikan maklumat yang hendak diberitahunya itu dengan jelas dan tepat. Dengan itu, dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat dari segi makna dan struktur. Dia juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza juga.
Contoh: Sekumpulan pengembara telah membuat satu ekspedisi di Hutan Lipur Bukit Hijau. Setelah berjalan beberapa kilometer mereka berhenti untuk melepaskan penat. Di sini berlaku dialog antara dua orang pengembara;
A:
Eh! Eh! Haus Hauslah. lah.
B:
Kalau haus minumlah.
A:
Maksud aku bukan haus hendak minum air tetapi kasut aku ini, tapaknya
B:
telah haus haus.. Oh ! Aku ingatkan kau dahaga dahaga..
28
Perbualan di atas menunjukkan makna perkataan haus bagi Si A merujuk kepada tapak tapak kasutnya kasut nya yang menipis manakala makna perkataan haus bagi Si B pula ialah dahaga dahaga.. Inilah yang disebut makna perkataan mengikut konteks.
Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang yang sesuai. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai ujaranujaran ujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah, mempersilakan makan, meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi.
Demikian juga, bahasa Melayu
mempunyai sistem
panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi.
Contoh: a. Silalah masuk. b. Jemputlah makan. c. Boleh pinjamkan saya buku itu. d. Abang Long, marilah main dengan Angah.
Contoh ayat-ayat di atas merujuk kepada ujaran-ujaran hormat seseorang kepada orang yang dilawan bercakap. Seseorang itu akan menggunakan leksikon (perbendaharaan kata) tertentu dan berbeza-beza apabila berkomunikasi dengan orang lain berdasarkan situasi tertentu.
Tegasnya, pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu dengan betul iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengan konteks-konteks tertentu. Oleh yang demikian, penilaian dan pengujian terhadap kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu berbahasa ini.
b.
Teknik Menilai Kemahiran Bertutur Teknik menilai kemahiran bertutur ini boleh dibahagikan kepada dua jenis
mengikut aspek yang hendak diuji.
Kemahiran Menyebut
Kemahiran Bertutur
29
Bertutur mengikut arahan
Bertutur berdasarkan gambar
Menyebut perkataan yang terdiri daripada pasangan minimal
Membaca kuat
Membaca kuat
Menceritakan semula cerita/ petikan
Mengajuk atau meniru sebutan yang didengar
Membuat penjelasan tentang sesuatu
Main peranan
Temubual atau temuduga
Rujukan dan Latihan 9 Anda telah diterangkan tentang teknik-teknik untuk menilai kemahiran bertutur. Sila buat rujukan tentang cara mengendalikan teknik –teknik itu. Kemudian berikan cara memberi markah bagi penilaian kemahiran bertutur tersebut.
Rumusannya? Pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan melibatkan proses penyampaian dan penerimaan mesej. Ini memerlukan komunikasi yang jelas antara orang yang mendengar dan bertutur itu.
Sudah tentu dalam proses berkomunikasi itu terdapat banyak halangan dan
pengaruh tertentu mengikut latar penutur, konteks dan judul pertuturan. pembelajaran lisan untuk penutur pertama dan kedua.
Contohnhya,
Kita sedia maklum masalah bagi
penutur kedua. Mereka belajar bahasa yang asing daripada daripada bahasa ibunda mereka. Lantas, mereka mempunyai segala masalah daripada penggunaan alat artikulasi untuk menyebut dan juga pemahaman untuk mentafsir makna ujaran yang dipertuturkan. Namun, penutur bahasa pertama juga menghadapi masalah yang sama disebabkan oleh pengaruh daripada pelbagai dialek daerah. Walau apapun masalah y yang ang timbul, guru memainkan peranan untuk mengetahui dan memahami konsep kemahiran lisan ini dan mengajar kemahiran itu kepada
30
pelajar melalui aktiviti, dan bahan yang sesuai, kreatif serta menarik.
Keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran pula boleh dipastikan dengan mengaplikasikan pelbagai cara dan bentuk penilaian dan pengujian. Adalah diharap dengan menggunakan strategi pengajaran yang kreatif, bahan yang menarik dan penilaian yang berkesan, pelajar akan dapat menguasai kemahiran lisan yang terangkum di dalamnya kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik , fasih dan bermakna mengikut konteks dan wacana.
Tajuk 4.2
4.2.1
Pengenalan Apakah bacaan bacaan? ?
KEMAHIRAN MEMBACA
Kebanyakan pengertian yang telah diberi, menyatakan bacaan
menekankan aspek-aspek yang khusus seperti kognitif atau pengamatan dan peringkatperingkat bacaan iaitu mod yang berupa bacaan secara nyaring atau secara senyap.
Pengertian ini tidak mampu memberi gambaran yang jelas dan menyeluruh tentang apa yang terjadi apabila seseorang itu membaca.
Oleh
itu, mari kita baca dan fahami definisi-definisi ini.
31
i.
Haris dan Sipay (1980:8) menyifatkan proses membaca sebagai satu proses mendapatkan interpretasi yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.
ii.
Kenedy (1981:5) mentafsir proses membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui dan seterusnya, berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mengintegrasikan maksudnya.
iii.
Smith dan Johnson (1980:4) menganggap proses membaca sebagai satu proses komunikasi kerana dalam sesebuah perlakuan membaca, berlaku pertukaran idea-idea di antara penulis dan pembaca. Dengan itu, seseorang itu tidak dikatakan membaca sekiranya dia tidak berjaya mendapatkan mesej atau apa yang hendak disampaikan oleh penulis di dalam penulisannya.
Sekarang mari kita kenal pasti inti pati definisi-definisi definisi- definisi di atas. Kita boleh rumuskan bahawa;
i.
terdapat dua komponen dalam perlakuan mambaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan-perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca;
ii. aspek yang ditekan dalam proses membaca ialah aspek kepentingan berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca; iii.
proses membaca adalah untuk memahami isi, maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan oleh penulis; dan
iv. seseorang pembaca (contohnya, pelajar) akan membawa tujuan, jangkaan dan pengetahuan serta pengalaman lalu kepada apa yang dibacanya.
Dengan itu, membaca memerlukan proses pengalihan maksud dari minda ke minda iaitu pengalihan mesej dari penulis kepada pembaca. Akan tetapi, sudah tentu ini tidak semudah kita fikirkan kerana kita terpaksa meneroka bagaimana kita memperoleh maksud melalui pembacaan dan bagaimana pembaca serta penulis teks akan memberi sumbangan kepada proses membaca itu sendiri.
32
Untuk menjawab soalan itu kita perlu mengenal pasti perkara yang perlu dilakukan semasa kita membaca. Dalam sebuah proses membaca, tugas-tugas berikut perlu dilakukan oleh pembaca.
i.
Mengesan atau mengenal lambang-lambang lambang-lam bang atau perkataan-perkataan perkataan-perk ataan yang dilihat.
ii.
Mengaitkan lambang-lambang lambang-lamba ng atau perkataan-perkataan perkataan-perk ataan itu dengan lambang atau makna.
iii.
Menterjemah makna perkataan itu dengan mengaitkannya kepada apa yang telah sedia ada di dalam minda.
iv.
Cuba menghuraikan atau menjelaskan idea-idea yang didapati kepada diri sendiri, rakan atau guru.
Tegasnya, dalam perlakuan membaca itu, kebolehan untuk mengaitkan dan mengintegrasikan segala aspek tersebut di atas adalah penting bagi menghasilkan sebuah pembacaan dengan kefahaman.
Kita telah menyentuh perkataan kefahaman. Malah perkataan kefahaman ini adalah sinonim dengan perkataan bacaan. Maksudnya, apabila kita memperkatakan tentang bacaan, tidak boleh tidak, kita pasti pasti menyentuh kefahaman.
Demikian juga, guru sendiri selalu bertanya
kepada pelajarnya setelah mereka selesai membaca sesebuah teks.
" Adakah Adakah kamu faham apa yang telah kamu baca tadi?" " Cuba beritahu apa yang kamu faham daripada teks yang kamu kamu baca itu." " Kamu sudah baca teks itu. Sekarang bagi tahu cikgu cerita keseluruhan teks itu." Jadi, apakah kefahaman itu? Kafahaman ialah keupayaan menubuh, mentafsir dan menilai sesuatu dengan dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca.
Ini merupakan satu proses
mendapatkan makna daripada komunikasi sama ada melalui lisan, tulisan atau penggunaan lambang-lambang lambang-lamba ng tertentu.
Proses kefahaman ini juga merangkumi proses mental yang
kompleks seperti mengecam perkataan, memilih makna yang sesuai, menghubungkaitkan ideaidea dengan perkataan dan pengalaman yang sedia ada, penyusunan idea-idea, penubuhan generalisasi dan juga penilaian. Tegasnya, tanpa kefahaman tentang apa yang dibaca, sesebuah perlakuan membaca itu tidak lengkap. Oleh itu, bacaan adalah kefahaman. Sehubungan itu, matlamat guru mengajar kemahiran membaca dan memahami ialah supaya
33
murid dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka akan dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis.
Latihan 10 Anda telah mengetahui konsep bacaan dan kefahaman. Oleh itu, sila jelaskan dengan lebih terperinci lagi tujuan –tujuan khusus bagi seseorang itu membaca.
4.2.2
Jenis Bacaan Sebentar tadi, kita telah memperkatakan tentang konsep dan pengertian bacaan dan
kefahaman atau membaca dan memahami. Sekarang mari kita fahamkan tentang jenis bacaan itu pula. Bacaan terbahagi kepada dua jenis iaitu bacaan mekanis atau bersuara dan bacaan mentalis atau senyap. Cuba and baca dan fahami penyataan di bawah ini.
Jenis Bacaan
Bacaan Mekanis/ kuat /
Keterangan
Bacaan
Cadangan pengajaran dan pembelajaran
bersuara
dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut
nyaring (bersuara) (bersuara)
sistem
bunyi
Beri petikan teks yang
sesuai Buat latih tubi baca
bahasa
perkataan/ rangkai kata
Melayu.
yang sukar.
Membaca dengan gaya
dan intonasi yang betul.
Tunjuk
cara
contoh
bacaan yang betul.
Murid
membaca
dan
guru memantau bacaan murid.
Guru
berbincang
dan
bersoaljawab dengan pelajar tentang isi
34
bacaan
bagi
menguji
pemahaman pelajar.
Bacaan Mentalis/ akaliah
(senyap / kefahaman) kefahaman)
Bacaan
dalam
hati
Dijalankan sebelum atau selepas pelajar menguasai
Membaca
untuk
memahami
secara
maklumat/
maksud. Bersoal jawab tentang isi petikan.
bacaan
bersuara.
petikan
senyap untuk mengesan
tanpa suara.
Baca
Aktiviti
pengukuhan-
menceritakan semua isi petikan yang dibaca.
idea/ buah fikiran.
i.
Bacaan Mekanis/ Bacaan Kuat Kuat Daripada keterangan bacaan mekanis di atas dapat kita simpulkan bahawa membaca
mekanis itu adalah satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Ini bermaksud, orang yang membaca itu harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Oleh yang demikian, dia terlebih dahulu harus menguasai keterampilan
persepsi
yang
menglibatkan
penglihatan
dan
daya
tanggap
yang
membolehkannya mengenal, dan memahami kata-kata dengan cepat dan betul. Begitu juga, dia mesti mampu dan cekap mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan fikiran serta membacanya dengan baik dan lancar. Jadi, berdasarkan penerangan di atas kita sudah faham bahawa sebab-sebab pelajar tidak dapat membaca dengan lancar, tersekat-sekat dan berhenti pada tempat yang salah yang akhirnya menjejaskan wacana sesuatu teks yang dibaca itu adalah kerana mereka tidak cekap menanggap dan memberi makna kepada kata-kata yang dibacanya. Lantas, mereka tidak dapat membunyi dan menggayakan kata-kata atau ungkapan yang dibaca itu dengan nada dan intonasi yang betul mengikut konteks dan wacana teks yang dibacanya itu.
ii.
Bacaan Mentalis/ Bacaan Senyap Membaca mentalis atau membaca senyap adalah gaya membaca dalam hati yang
merupakan kegiatan membaca yang melibatkan pengaktifan mata dan ingatan (visual ( visual memory )).. Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Bacaan senyap ini juga lebih bertepatan dengan membaca secara perseorangan (personalized ( personalized
35
reading ). ). Ini menyatakan bahawa seseorang itu lebih selesa membaca bahan yang sesuai dengan selera dan pilihan masing-masing. Hal ini dipercayai dapat memenuhi keperluan individu tersebut secara berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca pula, iaitu yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar mencari, memilih, dan maju sendiri, program membaca senyap secara perseorangan ini adalah satu strategi yang amat menarik.
Oleh itu, bacaan senyap ini ialah bacaan yang disuarakan di dalam hati. Pembaca menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Begitu juga, bacaan senyap ini boleh dilakukan lebih laju daripada bacaan bersuara atau mekanis. Ini adalah disebabkan bacaan senyap tidak perlu memberi pertimbangan seperti nada, suara, sebutan,dan intonasi yang jelas seperti mana yang diperlukan dalam bacaan bersuara. Bacaan mekanis dan bacaan mentalis ternyata mempunyai ciri-ciri dan cara pengendalian yang berbeza . Dengan itu, pengajaran kedua-kedua jenis bacaan ini juga sudah tentu mempunyai tujuannya masing-masing. Jadi, mengapakah anda mengajar jenis-jenis kemahiran membaca ini kepada pelajar anda?
Latihan 11 Anda telah tahu bagaimana pelajar membaca secara mekanis dan mentalis. Berdasarkan pengertian dan kepentingan bacaanpelajarnya mekanis dan mentalis ini, sila senaraikan tujuan guru mengajar membaca secara mekanis dan mentalis ini.
4.2.3
Teknik Bacaan i.
Bacaan pantas Membaca pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dengan
kadar kelajuan tertentu dan tujuaannya menjimatkan masa. Walaubagaimanapun, kelajuan membaca itu disesuaikan dengan apa yang dibaca dan tujuan membaca ketika itu. Membaca pantas ini melibatkan pergerakan mata. Mata bergerak berperingkat-peringkat mengikut urutan
36
baris-baris baris-bar is yang bercetak. Bagi pembaca yang lemah, mata mereka akan berhenti membaca pada tahap-tahap tertentu untuk menyerap perkataan atau berundur ke belakang kepada perkataan yang sebelumnya. Namun, pembaca yang baik akan melakukan perkara yang sama terutama apabila teks itu sangat sukar difahami.
Oleh itu pergerakan mata penting dalam
hubungan dengan kelajuan membaca. Dalam keadaan membaca pantas, pergerakan mata boleh mempengaruhi kandungan yang dibaca. Oleh yang demikian, kadar kelajuan membaca itu menentukan maklumat visual yang dapat diperoleh para pelajar dan ini memperlihatkan tahap keupayaan membaca para pelajar.
Membaca pantas hanya berlaku melalui bacaan senyap atau membaca dalam hati. Berbanding dengan bacaan kuat atau bersuara, pelajar sebenarnya menurunkan keupayaan membaca pada kadar kelajuan bercakap. Ini adalah kerana sewaktu membaca kuat, pembaca melibatkan pergerakan bibir dan lain-lain alat pengucapan manusia.
Oleh itu, bacaan pantas adalah
bacaan senyap yang melibatkan mental, manakala bacaan kuat pula adalah sebagailatihan bercakap. Membaca pantas ini terbahagi kepda dua jenis iaitu skimming dan scanning.
Jenis
Skimming
Keterangan
Cara pelaksanaan
Membaca secara sekilas
kata pengantar, daftar isi,
Mata bergerak dengan
gambar dan diagram, indeks dan
cepat, melihat bahan bertulis untuk mendapatkan
sebagainya. Pembaca mendapatkan pandangan yang baik tentang
Tujuan untuk mendapatkan
organisasi teks tersebut.
Mencari hal-hal yang melibatkan fakta dan informasi tertentu.
maklumat denagn semerta.
sesebuah teks yang dibaca.
Pembaca meneliti halaman judul,
pandang.
kesan umum daripada
Kebaikannya, seseorang itu akan mendapat banyak
37
maklumat dan fakta dalam satu jangka masa yang singkat.
Scanning
Membaca secara sepintas
lalu.
pembaca meneliti bahagiabahagian buku.
Disebut juga sebagai
Pembaca meneliti indeks,
bacaan tinjauan.
daftar kata, judul, bab, rangka
Tujuan untuk mendapatkan
kasar buku, bibliografi.,
maklumat awal dan
kandunga prakata,
gambaran keselruhan
pendahuluan, sinopsis, abstrak
tentang teks sebelum
dan sebagainya.
menjadi pilihan untuk dibaca.
Penerangan di atas tidak menunjukkan perbezaan secara jelas antara skimming dan scanning. Walau bagaimanapun, kita dapat menyimpulkan bahawa skimming adalah membaca secara pantas sesuatu bahan dengan tujuan memahami ide utama atau tema bahan bacaan berkenaan. Dalam kata lain, membaca bertujuan mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu bahan yang dibaca. Manakala, scanning pula adalah pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus dan bukan untk mendapat gambaran keseluhan sesuatu bahan bacaan itu. Pembacaan ini boleh melangkau bahagian-bahagian yang kurang penting. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini lebih pantas daripada skimming.
38
Latihan 12 Dengan menggunakan pengurusan grafik, sila buat banding beza antara membaca pantas secara skimming dan scanning. Sila bina satu Rancangan Mengajar yang menggunakan skimming dan scanning dalam pengajaran membaca.
ii.
Bacaan Intensif
Definisi Bacaan yang dilakukan secara teliti. Melibatkan telaah isi dan bahasa. Telaah isi melibatkan membaca untuk memahami, membaca kritis dan membaca idea. Telaah bahasa menumpukan kepada aspek yang menyangkut tentang bahasa.
Tujuan Untuk membolehkan pelajar dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda bacaan denagn baik. baik.
Konsep Membaca dengan pimpinan guru. memberi penerangan tentang struktur perkataan yang sukar dan memperkembangan
Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus. kamus. Menilai atau mengulas isiisi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca. Mengesan dan menikmati unsur estetik dalam bahasa. Mengenal pasti pelbagai laras bahasa
BACAAN INTENSIF
perbendaharaan kata. Mengkaji ciri-ciri tatabahasa, seperti susunan kata dalam ayat,dan pengertian menurut kamus. Men gembangkan lagi pengawalan penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan. Gerak laju dan kelinan latihan adalah dianggap penting.
Membuat kesimpulan apa yang dibaca Cara pelaksanaan
Pelajar membincangkan bahan bacaan bersama rakan. rakan. 39 Pelajar boleh juga merujuk kamus atau buku teks tatabahasa. tatabahasa.
Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Contohnya, aktiviti mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, latihan mengkaji makna perkataan mengikut
iii.
Bacaan Ekstensif
Definisi Membaca secara luas. Membaca sebanyak teks dalam wakgtu yang singkat. Untuk memahami isi yang penting secara cepat. Melibatkan membaca tinjauan meneliti indeks, daftar kata, judul, bab, kandungan dsb. Membaca sekilas untuk mendapatkan maklumat umum, menemukan hal-hal tertentu dan menemukan bahan daripada perpustakaan. Membaca dangkal untuk mendapatkan pemahaman luaran dan dilakukan secara santai.
Konsep Dilakukan oleh pelajar secara sendiri di lauar kelas dan tanpa bimbingan guru. Pelajar membaca sebanyak
Tujuan Membolehkan pelajar membaca secara sendiri. Membolehkan pelajar
membaca dengan fasih. Memdapat pengetahuan di samping dapat menghiburkan hati. Untuk memperkayakan bahasa iaitu perbendaharaan kata, ayat dan lain-lain. Memberi peluang kepada pelajar untuk meluaskan bacaan. Membina daya berfikir secara kreatif dan kritis. Mengembangkan daya kreatif dalam penggunaan bahasa berbentuk puisi dan prosa. Menambah minat membaca dan membuat rujukan. Mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca.
BACAAN EKSTENSIF
mana bahan yang termampu dengan perasaan puas, seronok dan terhibur. Bahan bacaan adalah luas sesuai dari segi perbendaharaan kata dan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap serta cita-cita pelajar itu. Bahan bacaan harus daripada bahan yang berbeza.
Cara pelaksanaan Pelajar diberi galakkan membaca seberapa banyak bahan yang diminati. Perlakuan membaca ini di lakukan di luar kelas secara bersendiri tanpa bimbingan guru. 40
Pelajar membuat catatan mengenai bahan bahan yang dibacanya seperti isi-isi penting dan isi keseluruhan Lebih baik jika pelajar merekod bahan yang dibacanya beserta
Anda telah membaca dan memahami persamaan dan perbezaan di antara bacaan intensif dan bacaan ekstensif. Sebagai rumusannya dapatlah kita simpulkan bahawa bacaan intensif ialah untuk membaca untuk memperkembangkan kebolehan pelajar meneliti, memahami dan mentafsir bahan bacaan dengan tepat, termasuklah mengkaji tatabahasa, pembentukan dan penggunaan perkataan, memahami isi serta kesesuaian bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Manakala, bacaan ekstensif pula ialah bacaan yang menekankan pengukuhan asas bacaan, menambahkan kemahiran memahami dan menaakul isi bahan bacaan, menambah kepantasan membaca, kebolehan memetik isi-isi penting dan membina minat membaca. Perlu dingat juga bahawa bacaan intensif memerlukan bimbingan guru, sebaliknya bacaan ekstensif adalah dilakukan bersendirian oleh pelajar.
Latihan 13 Sila bina satu aktiviti pembelajaran membaca yang menggunakan teknik membaca intensif dan ekstensif. Kemudian aplikasikan aktiviti tersebut dalam pengajaran kemahiran membaca di dalam kelas. Buat dan catat refleksi anda mengenai pengajaran kemahiran membaca itu.
4.2.4
Aras Kefahaman
Terdapat banyak model taksonomi kefahaman bacaan yang menganalisis peringkat kefahaman yang terkandung dalam teks atau bahan yang dibaca. Antaranya ialah:
Nama 1. Frank
Peringkat Kefahaman 1. literal 41
Smith (1969) (1969)
2. Barrett (1972) (1972)
2. pentafsiran 3. penilaian kritis 4. penilaian kreativiti kreativit i 1. literal 2. penyimpulan 3. pentafsiran 4. 5.
3. Lamberg & Lamb (1980) (1980)
penilaian penikmatan
1. Literal : Kebolehan memahami maksud yang tersurat. Penyoalan biasanya bermula dengan perkataan seperti apakah, siapakah, bilakah, di manakah, ceritakan, dan lain-lain. 2. Tafsiran : Kebolehan membuat interpretasi. Penyoalan biasanya bermula dengan perkataan seperti mengapakah, bagaimanakah, jelaskan atau terangkan, bandingkan atau bezakan, pada pendapat anda dan lain-lain. 3. Kritis/ Kreatif : Kebolehan menilai sesuatu maklumat, idea, pandangan, dan menghasilkan idea atau pandangan baru tentang sesuatu yang telah dibaca dan difahami. Penyolan bermula dengan perkataan seperti bahaskan, nilaikan, apakah kesimpulan, dan apakah kemungkinan.
Ketiga-tiga contoh model di atas adalah berasaskan teori ahli-ahli tentang bacaan dan kefahaman yang sudah tentunya mempunyai kekuatan masing-masing. Akan tetapi, seseorang guru boleh memilih mana-mana model taksonomi kefahaman bacaan yang difikirkan paling sesuai , tepat dan praktis bagi pengajaran dan pengujian kemahiran membaca dan memaham di bilik darjah.
4.2.5
Kefahaman Peringkat Teks Setelah mengetahui peringkat kefahaman bacaan yang perlu dilalui oleh pembaca, mari
kita baca dan fahami pula kefahaman pada pada peringkat teks. Kefahaman peringkat teks diperoleh melalui pelbagai teknik membaca. Antaranya ialah:
i.
Teknik SQ3R
42
Teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar bagi meningkatkan kemahiran belajar pelajar.
Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi
memperkukuh kemahiran berfikir . Ini semua dapat dilakukan dengan memberi penekanan kepada tinjauan dan mendapat maklumat melalui penyoalan. Pengukuhan maklumat dibuat dengan melafaz dan menyemak semula.
Apakah SQ3R itu?
S SURVEY MENINJAU
Q
SQ3R
READ Membaca
3R RECITE Memberi penerangan
REVIEW Menyemak
43
QUESTION PENYOALAN
Apakah yang berlaku pada setiap peringkat bacaan? 1.
Survey Pada peringkat ini pelajar memeriksa teks secara keseluruhan. a. Membaca pendahuluan, kata pengantar dan sinopsis. Dari sini pelajar dapat dapat mengetahui tujuan pengarang menulis, topik-topik, dan pengetahuan atau pengalaman yang diperlukan untuk meningkatkan kefahaman. b. Meneliti susunan jadual, ilustrasi, gambar rajah dan petunjuk. Aspek ini perlu diteliti kerana ini boleh memberikan gambaran yang lebih jelas yang dapat membantu pelajar untuk memahami teks.
c. Membaca indeks. Pelajar membaca indeks untuk mengenal pasti istilah-istilah istilah -istilah yang sukar. d. Menyemak glosori, apendiks. Bahagian ini menunjukkan arah kepada pelajar untuk merujuk bab-bab yang diperlukan. e. Memilih halaman. Pelajar membaca beberapa halaman pada bab pertama, bahagian tengah, dan bahagian akhir teks untuk melihat struktur ayat sama ada mudah atau terlalu abstrak. 2.
Soalan Pada peringkat ini, pelajar membina soalan daripada tinjauan yang telah dilakukan. Soalan boleh dibina dengan menggunakan prinsip 5W 1H iaitu what (apa?), when (bila?), where (di mana?), why (mengapa?), who (siapa?) dan how (bagaimana?). Dengan pertanyaan ini pelajar akan tertumpu kepada mencari jawapan bagi soalan-soalan yang dibina. 3.
Membaca Pelajar kemudiannya akan membaca dengan teliti. Semasa membaca, pelajar akan menandakan idea utama dan idea sokongan dalam setiap perenggan. Pelajar juga akan mengenal pasti frasa atau ayat yang tidak difahami. Akhir sekali, pelajar akan mengingat kembali soalan-soalan yang dibina dan memastikan semua soalan itu sudah terjawab. 4.
Menyatakan kembali kembali Pelajar menyatakan kembali apa yang telah dibaca dengan menggunakan perkataan sendiri di atas kad nota. Kad nota ini boleh diberi judul dan disusun secara sistematik. Pelajar juga boleh menggunakan pemetaan minda, jaringan semantik dan bentuk ilustrasi lain yang boleh memudahkan lagi proses pemahaman dan ingatan. 5.
Meninjau semula Setelah pelajar berjaya menjalani langkah-langkah sebelum ini, pelajar bolehlah melakukan langkah terakhir iaitu meninjau semula. Pelajar boleh meninjau semula semua isi yang telah ditandakan sama ada isi penting atau isi sokongan berserta komen dan pandangan mengenai setiap nota yang telah ditulis itu.
Apakah tujuan SQ3R ini?
Membolehkan pelajar membaca secara kritis. kritis. 44
Meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar. pelajar. Menarik minat pelajar untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui. diketahui. Mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang belum diketahu lagi. lagi.
Rujukan dan Latihan 14 1. Sila buat rujukan di perpustakaan atau di pusat sumber mengenai teknik SQ3R ini dengan terperinci lagi. 2. Kemudian dapatkan maklumat mengenai SQ4R 3. Dengan menggunakan borang pengurusan grafik, sila buat banding beza antara dua teknik ini. 4. Pada pendapat anda, apakah kelebihan teknik SQ4R berbanding dengan teknik SQ3R.
ii.
KWLH Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari. Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.
Apakah KWLH itu?
K
What I know Apa yang saya tahu tentang perkara yang dibaca.
W
What I want to learn Apa yang saya hendak belajar.
L
What I learned learned Apa yang saya telah pelajari .
H
How much I want to know Apa lagi yang saya hendak tahu.
45
Bagimanakah caranya?
Guru menyediakan tajuk dan memberi borang KWLH kepada pelajar. Guru berbincang dengan pelajar tentang tajuk dan meminta pelajar mengisi ruanagan „K‟ ( apa yang saya tahu) berkaitan dengan tajuk. Guru meminta pelajar mengisi ruangan „W‟ ( apa yang saya ingin tahu) tentang tajuk yang diberi. Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca dan mencatat isi-isi penting dalam ruangan „L‟ ( apa yang saya telah pelajari). Guru berbincang dengan pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari dan meinta pelajar mengisi ruangan „H‟ ( bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tambahan) berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.
Rujukan, Catatn Nota dan Latihan 15 1.
Sila buat rujukan di perpustakaan atau di pusat sumber mengenai teknik KWLH ini dengan terperinci lagi.
2.
Kemudian sila jawab soalan-soalan ini: a. Berikan lima tujuan penting teknik KWLH KWLH kepada pelajar. b. Sediakan satu bahan pengajaran pembelajaran ( teks bacaan). c. Sediakan jadual pengurusan grafik KWLH.
3.
Sila jalankan pengajaran di dalam bilik darjah menggunakan teks bacaan bacaan dan jadual pengurusan grafik KWLH yang telah disediakan.
4.
Anda dikehendaki menulis satu refleksi dan laporan tentang keberkesanan teknik KWLH tersebut.
46
iii.
Kegiatan Membaca Terarah (KMT)/ Aktiviti Membaca- Berfikir Terarah (AM-BT) Directed Reading Thinking Approach Approach (DRTA) Kegiatan membaca terarah (KMT) adalah sebuah teknik pengajaran bacaan yang
digunakan untuk memandu pelajar dalam pembacaan petikan, novel, buku dan makalah. KMT mengandungi lima langkah. Ianya dibentuk khas untuk membantu pelajar membaca bahanbahan pada peringkat yang lebih tinggi daripada tahap bacaan bebas. Maksudnya, teknik ini bertujuan untuk membina kebolehan pelajar menjadi pembaca yang kreatif dan analitis. Ini adalah kerana membaca merupakan satu proses berfikir yang melibatkan pengalaman pembaca sendiri untuk membuat tanggapan terhadap idea pengarang. Tanggapan semula oleh pembaca itu dimulai dengan membuat satu hipotesis yang boleh diuji kebenarannya. Selanjutnya,
pembaca
akan
mencari
maklumat untuk menjawab hipotesis itu dalam roses embacaannya. Akhir sekali embaca mampu untuk membuat resolusi atau keputusan tentang hipotesis tersebut berdasarkan bahan yang dibacanya. KMT sangat sesuai digunakan untuk pengajaran bacaan secara keseluruhan kelas atau kumpulan kecil. Di antara yang berikut adalah langkah-langkah langkah-langk ah yang terkandung dalam rancangan pengajaran KMT.
a.
Membina motivasi dan pengetahuan serta pengalaman sedia ada
b.
Memberi panduan pembacaan petikan atau cerita cerita
c.
Membaca secara senyap dan nyaring (jika perlu) perlu)
d.
Membincangkan petikan petikan
e.
Memberi atau menjalankan kegiatan lanjutan. lanjutan.
47
Contoh:
Tajuk : Sayur-sayuran Sayur-sayuran
Langkah
Langkah 1
Pelaksanaan
a. Guru menanyangkan sebuah klip video yang memperlihatkan memperlihatk an pemandangan di sebuah kebun sayur.
Apakah yang kamu faham atau peroleh daripada melihat klip video tadi? Sebutkan
nama-nama
sayur
yang
terdapat dalam klip video itu. Jelaskan sifat-sifat sayur tersebut.
b.
Kemudian guru mengalihkan pandangan pelajar kepada jenis jenis sayur yang tumbuh menjalar.
Perhatian bentuk dan sifat sayur yang tumbuh menjalar. Adakah sayur ini berbeza dengan sayur yang tumbuh
menggunakan para/ pancang? c. Pelajar dikehendaki menyebutkan sifat-sifat sifat-sif at sayur yang tumbuh menjalar dan yang tumbuh dengan menggunakan pancang atau para.
Guru mencatatnya di papan hitam.
Guru boleh juga
melukiskan gambarajah untuk menyimpul perbezaannya.
Langkah 2
Guru menetapkan tujuan membaca iaitu membaca untuk mengenali jenis-jenis dan sifat sayur –sayuran yang terdapat di Malaysia dan tujuan-tujuan pekebun menanamnya.
48
Langkah 3
Guru menyuruh pelajar membaca petikan secara senyap untuk membolehkan mereka memahami petikan tersebut dan mendapatkan gambaran tentang perkara yang dibincangkan sebelum ini. Bacaan senyap
Langkah 4
a.
Selanjutnya, guru akan menyeneraikan beberapa perkataan sukar atau baru di papan hitam. Pelajar disuruh menerangkan maknanya dengan merujuk kepada petikan.
Kemudian
mereka dikehendaki membuat ayat sendiri menggunakan perkataan tersebut. b.
Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.Tiapkecil.Ti aptiap kumpulan akan meneliti dan membincangkan satu perenggan. Guru akan akan membimbing pelajar melakukan aktiviti perbincangan ini.
d.
Selepas itu, perbincangan keseluruhan kelas dijalankan ke atas kefahaman pelajar tentang perenggan-perenggan yang dibaca.
Langkah 5
Pelajar diminta menjawab soalan-soalan kefahaman yang terdapat pada akhir petikan berdasarkan pengetahuan atau kefahaman mereka. Mereka boleh merujuk kepada petikan. Guru menyuruh pelajar membuat senarai sayur-sayuran tempatan dan sayur yang dibawa dari luar negara untuk perbincangan di kelas esoknya.
Rujukan, Catatan Nota dan Latihan 16 1. Sila buat rujukan lanjut di perpustakaan atau di pusat sumber tentang teknik membaca DRTA . 2. Berdasarkan langkah-langkah pelaksanaan yang telah dinyatakan di atas, buatlah catatan nota secara terperinci dan huraikan
49
langkah-langkah pelaksanaan teknik membaca DRTA itu. 3. Berpandukan contoh pengajaran dan pembelajaran yang telah diberikan, sediakan satu Rancangan Pengajaran kemahiran membaca yang menggunakan teknik membaca DRTA .
iv.
Soalan dan Jawapan Sepertimana yang telah diperkatakan sebelum ini, bacaan adalah kefahaman. Membaca tanpa memahami apa yang dibaca tidak dianggap sebagai sebuah perlakuan membaca.
Untuk memperoleh kefahaman itu pula, seseorang itu perlu berupaya
memikirkan memikirk an apa yang dibaca. Umpamanya dia perlu memikirkan isi-isi penting, idea, persoalan dan juga maksud perkataan, konsep mahupun rangkai kata yang didapati daripada petikan. Bagaimanakah seseorang guru dapat mengajar pelajar memikirkan apa yang dibacanya? Di sinilah letaknya peranan soalan dan penyoalan. Dengan kata lain, apabila mengajar bacaan dan kefahaman, seseorang guru itu tidak dapat lari daripada mengemukakan soalan yang bersabit dengan petikan kepada pelajarpelajarnya.
Tegasnya,
guru
menyoal
dengan
tujuan
untuk
memandu
dan
merangsangkan mutu pemikiran pelajar. Begitu juga, guru menyoal untuk memastikan pelajar dapat mengingat dan memahami apa yang dibaca. Justeru itu, adalah penting bagi guru mengetahui jenis-jenis soalan yang dapat digunakan iaitu yang berkaitan dengan tujuan soalan-soalan itu dikemukakan kepada pelajarnya.
Apakah jenis-jenis soalan itu?
Soalan Bertumpu
Soalan Bercapah Jenis-jenis soalan Soalan Kritis
Soalan Kreatif
50
Bagaimanakah jawapan yang diperlukan?
Soalan Bertumpu. Bertumpu. Soalan yang hanya memerlukan jawapan yang tepat. Sekiranya jawapan yang diterima berbeza daripada apa yang tercatat dalam teks secara langsung, maka jawapan itu adalah salah.
Soalan Kritis Soalan jenis bercapah yang memerlukan seseorang menganalisis, menyusul periksa dan membuat kesimpulan.
Jenis-jenis Soalan
Soalan Bercapah Soalan ini memerlukan seseorang menyatakan pandangan, komen, perasaan, ramalan dan penilaian terhadap sesuatu perkara atau isu. Soalan jenis ini tidak menuju kepada suatu jawapan yang tepat.
Soalan Kreatif Soalan jenis bercapah yang memerlukan seseorang menilai, menyelesaikan masalah dan mencipta.
Sebenarnya, banyak lagi teknik bacaan yang boleh guru gunakan dalam pengajaran membaca kepada pelajarnya.
Antaranya
ialah QAR, Tatacerita, Tatacerita , Bimbingan Menjangka ( Anticipation Anticipatio n
Guide) dan Teater Pembaca.
Kesemuanya mempunyai kelebihan masing-masing untuk
mencapai aspek-aspek kemahiran membaca dalam bacaan kuat mahupun bacaan senyap. Dengan itu, guru bolehlah memilih teknik yang sesuai dengan tujuan dia mengajar, dan begitu juga dengan hasil pembelajaran aspek kemahiran membaca yang ingin dicapai.
51
Rujukan, Catatan Nota dan Latihan 17 1.
Sila buat rujukan lanjut yang di perpustakaan atau di pusat sumber tentang teknik membaca tidak terdapat dalam huraian.
e.
Berdasarkan langkah-langkah pelaksanaan yang telah dinyatakan di atas, buatlah catatan nota secara terperinci dan huraikan langkah-langkah pelaksanaan teknik membaca tersebut.
f.
Berpandukan contoh pengajaran dan pembelajaran yang telah diberikan, sediakan satu Rancangan Pengajaran kemahiran membaca yang menggunakan teknik Teater Pembaca .
4.2.6
Kemahiran Mengesan Penyampaian Maklumat Maklumat
1.
Pentafsiran makna
Dalam proses proses memahami sesuatu bacaan yang dilakukan, penekanan juga perlu diberikan dalam memberikan makna atau maksud yang tersirat – sesuatu idea, isi atau mesej yang tidak dinyatakan secara langsung.
Kemahiran untuk mentafsirkan makna memerlukan murid
memperolehi kebolehan membuat inferen-inferen, ramalan, dedjuksi dan memahami tuuan penulisan bahan yang dibaca. Dalam proses membuat tafsiran makna ini juga memerlukan murid berupaya untuk mengaitkan apa yang dibaca dengan pengetahuan dan pengalamannya yang lalu. Di antara kemahiran pentafsiran adalah seperti yang berikut:
i.
Menubuhkan dan memahami makna perkataan mengikut penggunaan konteks yang berlainan
ii.
Membuat jangkaan ke atas sikap dan tujuan penulis terhadap penulisannya
iii.
Membuat jangkaan ke atas peristiwa yang akan berlaku berdasarkan peristiwaperistiwa peristiwa yang lepas
iv.
Memberikan idea pokok atau tema yang tidak dinyatakan
v.
Membuat inferen-inferen inferen-inf eren terhadap masa, tempat dan nada sesuatu yang dibaca
vi.
Mengenal perhubungan sebab dan akibat 52
vii.
Mengenalpasti jenis petikan atau cerita yang dibaca berdasarkan isi-isi isi- isi dan jalan cerita.
2.
Penilaian makna
Kefahaman bacaan pada peringkat ini, memerlukan seseorang murid itu membuat keputusan tentang apa yang dibaca. Oleh itu, dalam proses kefahaman bacaan pada peringkat penilaian, pemikiran yang kritis adalah penting. Murid perlu dapat membuat perbezaan dan persamaan, analisis dan pertimbangan pertimbang an ke atas pembacaan mereka.
Antara yang yang berikut merupakan
kemahiran-kemahiran yang perlu didedahkan dan diajarkan untuk membolehkan murid membuat penilaian:
i.
berupaya menubuhkan standard dan kriteria-kriteri kriteri a-kriteria a tertentu sebagai asas penilaian
ii.
membezakan di antara fakta dan pendapat
iii.
mengenalpasti sama ada petikan itu mempunyai propaganda atau bentuk-bentuk emosi yang lain seperti prasangka
iv.
membuat pertimbangan ke atas penggunaan bahasa dan persoalan-persoalan persoalan-per soalan yang diberi
v.
menilai petikan berdasarkan isi-isi dan cara penyampaian.
Mencara butiran
Kebolehan untuk mencari maklumat, fakta-fakta atau isi-isi tertentu yang terdapat dalam petikan atau bahan bacaan. Maklumat-maklumat Maklumat-m aklumat seperti nama tempat, orang, peristiwa-peristiwa, peristiwa- peristiwa, pendapat dan tarikh atau masa.
Strategi mencari butiran. Langkah-langkah:
membentuk tujuan pembacaan selaras dengan kehendak soalan atau arahan.
Membaca secara sepintas lalu untuk mencari dan mendapatkan makna perkataan-perkataan susah yang terdapat dalam petikan.
Membaca setiap ayat dengan teliti untuk mendapatkan butiran-butiran yang penting.
53
Memilih butiran-butiran yang dikehendaki bagi menjawab soalan atau mengikut arahan.
Menentukan idea pokok Kebolehan untuk menentukan idea, isi atau mesej utama yang terdapat dalam sesebuah petikan atau perenggan.
Stragtegi menentukan idea pokok. Langkah-langkah:
Membaca petikan secara sepintas lalu bagi mencari dan mendapatkan maksud keseluruhan petikan dan makna perkataan-perkataan yang susah.
Membaca keseluruahan petikan dengan teliti serta memberi perhatian kepada ayat utama dan ayat yang menyimpul untuk mendapatkan gambaran yang ringkas tentang idea pokok petikan.
Membaca perenggan demi perenggan untuk mendapatkan butiran-butiran.
Membentuk idea pokok bagi setiap perenggan yang dibaca.
Membuat pertimbangan ke atas idea pokok yang mempunyai butiran-butiran yang hampir sama.
Berdasarkan idea-idea pokok yang didapati daripada perenggan-perenggan, bentuk sebuah idea pokok yang utama.
Menentukan urutan cerita. Kebolehan untuk mengingat dan menentukan maklumat-maklumat, isi-isi, fakta-fakta atau peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam petikan mengikut urutan atau susunan yang tertentu. Strategi menentukan urutan cerita. Langkah-langkah:
Membaca petikan secara sepintas lalu bagi mendapatkan gambartan ringkas tentang isi petikan.
Membaca perenggan demi perenggan dengan memberi penumpuan kepada perkembangan isi atau jalan certia petikan yang terkandung.
Membentuk gambaran bagi setiap kejadian yang digambarkan oleh ayat-ayat atau perenggan.
54
Menyusun isi-isi atau peristiwa-peristiwa dalam satu urutan yang sesuai dengan idea keseluruhan petikan.
Membuat kesimpulan Kebolehan untuk memberi pendapat atau membuat pentafsiran terhadap apa yang dibaca. Ia mestilah didasarkan kepada maklumat-maklumat yang terdapat dalam petikan dan yang tidak diterangkan dengan jelas.
Strategi membuat kesimpulan. Langkah-langkah:
Membaca sepintas lalu untuk mendapatkan makna perkataan sukar dan gambaran am tentang isi petikan.
Membaca petikan semula, perenggan demi perenggan untuk mencari dan mencatatkan maklumat atau isi penting.
Membuat penilaian ke atas maklumat-maklumat penting yang dicatatkan bagi perenggan-perenggan.
Membuat kesimpulan berdasarkan maklumat-maklumat penting yang didapati daripada perenggan-perenggan.
Membuat inferen Kebolehan untuk menyatakan idea-idea atau membuat telahan atau tekaan yang tidak terdapat di dalam petikan berdasarkan maklumat-maklumat yang diberikan oleh petikan dan pengalaman-pengalaman yang lalu.
Strategi membuat inferen. Langkah-langkah:
Membaca dan memahami petikan untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh tentang isi petikan.
Membaca isi petikan semula untuk menentukan fakta dan pendapat.
Membuat penilaian dan pertimbangan ke atas fakta dan pendapat untuk
membuat perbezaan. Membuat inferen berdasarkan penilaian dan pertimbangan yang dibuat ke atas fakta dan pendapat.
55
Membuat penilaian Kebolehan untuk membuat penilaian dan mengenalpasti fakta-fakta atau isi-isi yang selaras dengan kriteria-kriteria yang ditubuhkan dan seterusnya membuat penilian berdasarkan butibukti dan keputusan yang diambil. Kriteria-kriteri Kriteria -kriteria a yang yang ditubuhkan boleh didapati dalam dua bentuk iaitu kriteria-kriteria objektif dan subjektif.
Strategi membuat penilaian. Langkah-langkah:
Membaca petikan secara sepintas lalu untuk mendapat makna perkataan susah dan gambaran umum tentang isi petikan.
Membaca sekali lagi untuk menentukan isi-isi atau aspek-aspek yang hendak dibuat pilihan.
Menubuhkan kriteria-kriteria objektif atau subjektif untuk digunakan bagi membuat pilihan.
Mendapatkan isi-isi, idea-idea atau bukti-bukti yang berkait supaya dapat membantu dalam membuat penilaian.
Kegiatan ini dapat dilakukan dengan
meneliti isi-isi petikan dan juga menggunakan pengetahuan sedia ada.
Membaca semula petikan untuk menyesuaikan maklumat dengan kriteria-kriteria penilaian yang ditubuhkan.
4.2.7
Berdasarkan daripada langkah di atas, penilaian dapat ditubuhkan.
Perancangan Aktiviti Pengajaran Membaca Kita telah akui bahawa perlakuan membaca melibatkan pemikiran tentang perkara yang
tersurat, tersirat, menghubungkan idea-idea, menyoal, bertindak balas dan menilai idea, dan juga mengaplikasi maklumat baru ke dalam situasi baru. Dengan itu membaca merupakan proses berterusan yang memperlihatkan interaksi antara pembaca dan penulis serta idea-idea
56
penulis. Sudah tentu beberapa fungsi pemikiran (kognitif) terlibat dalam masa seseorang itu membaca.
Walau bagaimanapun dalam membaca sesuatu teks itu sebenarnya kita tidak perlu membaca semua yang tertulis kerana tidak semua yang tertulis itu penting. Oleh itu , terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan sebelum, semasa dan selepas membaca. Teknik-teknik Teknik- teknik ini akan akan membolehkan seseorang membaca dengan cekap.
Apakah tujuan mengadakan perancangan aktiviti pengajaran bacaan ini? Perancangan aktiviti pengajaran membaca ini dapat membantu pelajar untuk;
memilih perkara yang hendak dibaca yang sesuai dengan tujuan membaca,
mengenal pasti isi-isi penting dan isi-isi sampingan ,
menggunakan teknik membaca yang ringkas dan menjimatkan masa membaca,
menambah kelajuan membaca dengan memperbaiki teknik pemahaman membaca dan mengingati apa yang dibaca, dan
membantu pelajar menyoal dan menilai sumber, kewibawaan dan bukti yang disampaikan oleh penulis melalui kenyataannya.
Bagaimanakah perancangan itu dilaksanakan? Perancangan aktiviti pengajaran membaca ini dirancang mengikut beberapa fasa seperti; i.
Sebelum Membaca Sebelum sesuatu tugasan membaca teks, petikan, rencana atau antologi, pelajar perlulah menerima;
penerangan secara keseluruhan tentang tugasan tersebut, tujuan bacaan itu dijalankan,
penjelasan konsep dan idea baru,
57
makna perkataan baru, dan
struktur penyusunan tugasan hasil pembacaan bahan yang diberikan.
Adalah diharap aktiviti sebelum membaca ini akan dapat menolong pelajar memahami sesuatu teks yang dibaca dengan lebih jelas dan berkesan.
ii.
Semasa Membaca Semasa seseorang pelajar itu membaca jika sekiranya dia ingin mengingati apa yang dibacanya, dia perlu;
mengenal pasti isi-isi penting,
menentukan bagaimanakah idea-idea penting dibina,
mengenal pasti pola pemikiran penulis,
menghubungkan idea-idea,
mencatat maklumat baru,
membina soalan daripada teks,
mencatat tindak balas kendiri,
meramal apa yang akan berlaku, dan
menghubungkan idea-idea penulis dengan apa yang telah diketahui.
iii.
Selepas membaca Selepas pelajar selesai membaca, dia memerlukan tindak ikut yang tersusun dan bermakna seperti;
4.2.8
menjawab soalan pemahaman,
memastikan isi-isi penting,
menulis semula teks bacaan,
menyoal soalan-soalan kritis, dan
menilai sifat dan jenis bukti yang digunakan oleh penulis.
Pembinaan Bahan Kemahiran Membaca Membaca Setelah membaca dan memahami konsep kemahiran membaca, kita dapat simpulkan
bahawa pengajaran dan pembelajaran pembelajara n membaca boleh dilakukan dengan dua cara. Pertama, pelajar boleh dilatih membaca bersuara dan keduanya mereka boleh dilatih membaca secara
58
senyap. Bagi latihan membaca secara bersuara perhatian adalah pada unsur-unsur unsur- unsur bunyi yang menekankan kepada sebutan, intonasi, gaya, nada dan irama dan sebagainya yang bersifat mekanis. Untuk latihan secara senyap pula, tumpuan guru adalah kepada kepantasan dan kefahaman membaca itu sendiri. Dengan itu, bahan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran membaca ini juga mestilah yang sesuai dengan jenis latihan yang ingin guru ajarkan iaitu sama ada membaca bersuara atau membaca senyap.
Bacaan Bersuara pita rakaman rakaman video kad perkataan kad ayat kad cantuman gambar bahan bacaan lisan
Bahan Kemahiran Membaca
Bacaan Senyap buku teks akhbar akhbar majalah majalah rencana rencana bahan auntentik yang
lain 4.2.9
Penilaian Kemahiran Membaca Membaca i.
Bacaan Lisan Bacaan lisan (oral reading) adalah satu jenis ucapan. Dalam bacaan secara
lisan atau secara nyaring itu, di samping proses membaca akan berlaku, fungsi dari komunikasi bahasanya pula adalah untuk menghantar atau menyampaikan mesej atau maklumat kepada sekumpulan pendengar atau penonton. Ini sering berlaku dalam situasi yang formal seperti;
seseorang itu berucap dengan mebacakan teks ucapan yang telah disediakan secara bertulis dalam majlis rasmi,
59
pemberita
di radio atau televisyen membacakan berita daripada teks
berita yang telah disediakan secara bertulis,
seseorang
setiausaha
atau
pengerusi
mesyuarat
melaporkan
(membacakan) minit mesyuarat yang telah lalu,
seseorang peserta menyampaikan kertas kerja dalam seminar,
seseorang itu melafazkan puisi seperti sajak atau syair
.
Yang berikut ialah satu senarai semakan yang boleh digunakna oleh guru sebagai garis panduan memberi markah apabila mendengar seseorang murid membaca secara nyaring.
a.. a..
Aspek Suara dan Penyebutan
Pada keseluruhannya adakah bacaan murid didengar dengan jelas?
Adakah sebutan perkataan betul menurut Bahasa Melayu standard?
b.
Adakah murid membaca mengikut nada yang sesuai dan intonasi yang betul?
Adakah kualiti suaranya menarik?
Adakah murid membaca dengan berani tanpa takut atau gentar?
Aspek Kelancaran Kelancaran
Adakah pelajar membaca dengan lancar tanpa tersekat-sekat?
Adakah pelajar membaca mengikut jeda atau frasa yang sesuai dan mengikut unit makna / pemikiran yang betul?
Adakah pelajar membaca mengikut tanda bacaan dengan betul? (Misalnya; ,/ ;/ ?/ !/ “ /”/ dan seumpamanya).
Adakah pelajar membaca dengan kadar kelajuan yang sesuai dan cara yang selesa?
c.
Aspek Kefahaman
Adakah pelajar membaca dengan yakin dan bermakna? (menunjukkan yang dia faham apa yang dibacanya).
Adakah pelajar membaca mengikut maksud teks atau menyampaikan maksud penulis ?
Misalnya menyampaikan maklumat (kenyataan, berita, berita, fakta dan
seumpamanya) dengan jelas; dan/atau menyampaikan perasaan penulis (marah, hairan, sedih, suka, simpati, takut dan seumpamanya) dengan betul.
60
Adakah pelajar membaca dengan antonasi, tekanan, jeda dan unit-unit makna yang betul dan sesuai menurut isi/tema teks yang dibaca?
Adakah pelajar menggunakan tanda bacaan dengan betul dan berkesan?
Senarai semakan yang diutarakan seperti di atas merupakan ciri yang terperinci yang boleh membantu guru dalam usaha mendengar dan memberi markah bacaan pelajar.
Walau
bagaimanapun, selepas seseorang pelajar membaca, guru perlu merumuskan keseluruhan tanggapannya terhadap bacaan pelajar secara keseluruhannya. Pada tahap ini, permarkahan boleh dilakukan dengan menggunakan skala ukuran global 5 – mata seperti yang berikut;
61
5(A)
Cemerlang Bacaan yang tepat, jelas, lancar dan berkesan. Tidak ada kesalahan sebutan dan intonasi.
Penuh keyakinan dan
selesa.
4(B)
Baik Bacaan yang hampir tepat dari segi segala aspek penting.
3(C)
Sederhana Bacaan yang masih jelas, tetapi dengan suara yang mendatar dan agak membosankan. Sedikit kesilapan.
2(D)
Lemah Bacaan yang kurang jelas, terdapat beberapa kesalahan sebutan, intonasi dan jeda. Menunjukkan kurang kefahaman terhadap apa-apa yang dibaca.
1(E) 1(E)
Sangat Lemah Bacaan yang tidak jelas, terhenti-henti atau tergagapgagap.
Banyak
kesalahan
sebutan,
intonasi
dan
jeda.Tidak menunjukkan kefahaman terhadap apa-apa yang dibaca.
Susah hendak difahami oleh penguji.
Sangat mengecewakan kedua-dua pihak (pelajar dan penguji).
ii.
Penilaian Kemahiran Membaca dan Memaham Pada umumnya kemahiran membaca untuk tujuan memaham dapat dibahagikan
kepada beberapa peringkat. Peringkat yang paling rendah ialah peringkat kefahaman “literal”, “literal”, iaitu peringkat mendapatkan maklumat dan mengingat kembali akan isi-isi yang tersurat di dalam bahan yang dibaca. Pada peringkat ini pembaca tidak pe perlu rlu menggunakan keupayaan kognitifnya pada peringkat yang lebih tinggi, misalnya dia tidak perlu menganalisis atau menilai sesuatu maklumat yang diperolehnya daripada pembacaan. Dia hanya perlu mengenal pasti
62
makna-makna perkataan mengikut konteks dan memahami penyataan-penyataan yang terdapat di dalam bahan yang dibacanya itu dan kemudian menyatakan semula maklumat tersebut dengan tepat untuk membuktikan kefahamannya.
Peringkat yang kedua ialah peringkat terjemahan. terjemahan.
Peringkat ini memerlukan seseorang
pembaca itu menjelaskan, menghuraikan, menginterpretasi, memberi takrif atau mengubah maklumat kepada bentuk lain dan sebagainya. Peringkat ini memerlukan daya pemikiran pemikir an dan daya kefahaman yang lebih tinggi, bukan setakat memahami secara “literal” akan apa yang
dibaca atau setakat mengingat semula isi atau kandungan bahan bacaan.
Untuk menilai
kemahiran memaham pada peringkat ini, soalan-soalan yang berkaitan dengan tugas memberi penjelasan, huraian atau interpretasi interpretas i haruslah dikemukakan. Begitu juga, soalan-soalan soalan-s oalan yang yang menghendaki pembaca mengubah suatu bahan yang dibaca atau diteliti kepada satu bentuk yang lain, misalnya daripada bentuk petikan kepada bentuk jadual, carta dan graf boeh diajukan.
Peringkat kemahiran bacaan dan kefahaman yang selanjutnya ialah peringkat aplikasi. aplikasi. Peringkat ini merupakan peringkat kefahaman yang lebih tinggi, yang memerlukan pembaca memahami dengan mendalam akan segala maklumat yang terdapat di dalam bahan yang dibacanya dan seterusnya memerlukan kecekapan menggunakan maklumat yang diperolehnya itu dalam konteks yang lain ataupun mencipta sesuatu yang baru berdasarkan keterangan atau maklumat itu tadi. Sebagai contoh, kalau bahan yang dibacanya itu menerangkan tentang caracara membuat wau, maka si pembaca seharusnya berkemampuan mencipta sebuah wau berdasarkan kaedah-kaedah yang telah dijelaskan oleh penulis dalam petikan tersebut. Begitu juga, kalau seseorang itu, melalui pembacaaannya, dapat memahami akan maksud sesuatu perkataan yang baru diketahuinya, maka ia seharusnya dapat; menggunakan perkataan di dalam konteks ayat yang lain.
Peringkat yang seterusnya ialah peringkat analisis analisis,, iaitu satu peringkat di mana seseorang pembaca itu berkeupayaan menganalisis maklumat-maklumat yang dibacanya, misalnya menganalisis untuk melihat hubungan di antara satu unsur dengan unsur yang lainnya, melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan dan mengkategorikannya mengikut kriteria-kriteria tertentu. Satu contoh teknik penilaian yang boleh digunakan untuk mengesan kemahiran ini di kalangan pelajar, ialah dengan menyuruh mereka menggambarajahkan maklumat-maklumat yang ada di dalam bahan bacaan yang telah mereka baca. Untuk mengubah kandungan atau maklumat dalam petikan prosa kepada bentuk gambar rajah, seseorang itu mestilah benar-benar
63
memahami
maklumat-maklumat
itu
dan
berupaya
menganalisis
bahagian-bahagiannya
sebelum dia mengelompokkan bahagian-bahagian maklumat itu mengikut ciri-ciri tertentunya.
Satu lagi peringkat kefahaman bacaan yang memerlukan keupayaan mental yang lebih tinggi ialah kefahaman “inferensi “inferensi”, ”, iaitu peringkat di mana seseorang pembaca itu boleh membuat rumusan ataupun kesimpulan terhadap idea-idea yang telah dikemukakan oleh pengarang dalam tulisannya. Kefahaman ini memerlukan pembaca membuat taakulan yang lojik dan tepat terhadap maklumat-maklumat maklumat-m aklumat yang dibacanya.
Ini bermakna seseorang itu mestilah
berkeupayaan menginterpretasi dengan tepat dan jelas akan setiap penyataan pengarang, sama ada penyataan-penyataan yang tersurat ataupun yang tersirat. Contoh-contoh soalan atau tugasan yang dapat mengesan kefahaman inferensi di kalangan murid ialah soalan yang berkaitan dengan mengesan sikap atau pendirian penulis terhadap isu yang diperkatakannya, mengesan nada penulisan, mengesan idea pokok dan membuat ringkasan terhadap kandungan petikan yang dibacanya itu.
Satu lagi peringkat kefahaman yang juga memerlukan keupayaan kognitif yang tinggi ialah kefahaman penilaian penilaian,, iaitu memberi penilaian terhadap maklumat-maklumat atau idea-idea yang dikemukakan oleh pengarang. Penilaian yang dibuat itu mestilah berdasarkan kriteriakriteria
tertentu
sebagai
ukuran
dan
penilaian
itu
mestilah
diperkukuhkan
dengan
mengemukakan bukti-bukti dalaman. Sebagai contoh, kalau seseorang pembaca itu memberi penilaian yang cemerlang terhadap penulisan yang dibacanya maka dia mestilah dapat menunjukkan bukti-bukti yang mampu memperkuatkan penilaiannya, itu, daripada bahan tersebut. Begitu juga, kalau dia menilai bahawa maklumat yang diutarakan oleh penulis adalah tidak tepat, maka dia haruslah dapat membutikan ketidaktepatan maklumat tersebut dengan jelas.
Penilaian dan pengujian terhadap kemahiran kefahaman bacaan, pada prinsipnya boleh berdasarkan peringkat-peringkat peringkat-peringk at yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa di antara satu peringkat dengan peringkat yang lainnya, tidak wujud garis pemisah yang jelas malah sebaliknya wujud pertalian yang kait-mengait. Sebagai contoh, kefahaman pada peringkat inferensi memerlukan juga kemahiran-kemahiran kefahaman yang sebelumnya, terutamanya kefahaman pada peringkat literal, peringkat menterjemah dan menganalisis. Kefahaman pada peringkat penilaian pula memerlukan penguasan terhadap semua peringkat kefahaman yang sebelumnya.
64
Latihan 18 Anda telah membaca secara terperinci mengenai penilaian kemahiran membaca dan memaham. Sila buat catatan and anda a mengenai penilaian ini dengan menggunakan borang pengurusan grafik.
iii.
Beberapa Teknik Menilai Kemahiran Membaca dan Memaham
a.
Ujian objektif Kemahiran kefahaman bacaan boleh dinilai melalui ujian objektif, sama ada yang berbentuk Betul/Salah, aneka pilihan ataupun memadankan. Petikan-petik an yang sesuai panjangnya diberikan kepada pelajar dan Petikan-petikan soalan-soalan yang disediakan itu mestilah yang hanya berkaitan dengan kandungan petikan sahaja. Guru hendaklah memastikan bahawa soalansoalan yang dikemukakan
tidak berkaitan dengan pengetahuan yang
sebenarnya, dan tidak termuat di dalam petikan itu.
Ini untuk
menentukan bahawa soalan-soalan yang dikemukakan itu adalah semata-mata soalan kefahaman bacaan, bukan pengetahuan. Di antara aspek-aspek kefahaman yang boleh disoal ialah memberi makna perkataan atau frasa, mengenal pasti isi-isi penting atau idea utama, isiisi sampingan, memilih tajuk yang sesuai, menilai watak (jika sesuai), memberikan simpulan bahasa atau peribahasa yang sesuai dengan maksud yang terkandung di dalam petikan dan mengesan implikasi daripada perenggan-perenggan tertentu.
b.
Melengkap ayat atau penyataan Selain soalan-soalan objektif, soalan yang berbentuk melengkapkan ayat atau penyataan berkaitan dengan kandungan petikan juga boleh dikemukakan.
Untuk melengkapkan
penyataan
atau ayat yang
dikemukakan itu pelajar terpaksa memahami bahan yang dibacanya dan perlu mengisi bahagian yang dikosongkan itu dengan menggunakan ayat-ayat mereka sendiri. Oleh yang demikian, secara tidak langsung,
65
pengujian mengikut teknik ini, mengintergrasikan kemahiran menulis dalam ujian bacaan.
c.
Menjelaskan atau menerangkan semula Di sini, pelajar-pelajar diminta menjelaskan atau menerangkan cerita atau maklumat-maklumat yang diperoleh daripada bahan yang dibacanya dengan menggunakan bahasanya sendiri. Sekiranya pelajar benar-benar faham, dia akan dapat menerangkan semula apa yang dibacanya itu dengan jelas dan tepat. Teknik ini bukan sahaja sesuai untuk menguji kefahaman bacaan terhadap petikan tetapi juga penelitian terhadap jadual, peta, pelan dan gambar-gambar rajah yang lain.
Penjelasan
boleh dibuat dalam bentuk lisan dan tulisan.
d.
Membuat ringkasan karangan / Merumuskan karangan Membat ringkasan merupakan satu lagi teknik untuk menilai kefahaman bacaan pelajar. Untuk menyediakan ringkasan bagi sesebuah petikan, petikan, seseorang pelajar itu perlu membaca dan memahami dengan mendalam akan maklumat-maklumat yang terkandung di dalam petikan untuk memilih isi-isi penting dan mengasingkannya dengan isi-isi sampingan. Petikan yang diberikan itu tidak semestinya panjang; mungkin hanya perlu satu perenggan yang mengandung antara 50-70 patah perkataan dan aras kesukarannnya sesuai dengan tahap penguasaan bahasa dan umur pelajar. Selain menugaskan pelajar membuat ringkasan, penilaian kefahaman bacaan juga boleh dibuat dengan hanya meminta mereka menyenaraikan atau menyatakan semula isi-isi penting.
66
Bagi latihan merumus karangan pula pelajar ditugaskan mengenal pasti isi tersurat dan tersirat yang didapati di dalam petikan. Kemudian pelajar diminta membuat rumusan dan kesimpulan mengenai petikan tersebut.
e.
Menjawab soalan-soalan kefahaman Soalan kefahaman yang dimaksudkan di sini ialah soalan-soalan kefahaman secara gerak balas terbuka, iaitu soalan-soalan yang memerlukan pelajar menuliskan jawapan dengan menggunakan ayatayat mereka sendiri, dengan kadar kepanjangan yang terhad atau bebas. Soalan-soalan yang dikemukakan itu boleh bersifat soalan-soalan terhadap kefahaman yang tersurat, iaitu yang dengan mudah dapat dikesan atau dicari oleh pelajar di dalam petikan (misalnya, soalan tentang nama tempat, nama watak, tarikh dan lain-lain yang memang jelas tertera di dalam petikan).
Soalan juga boleh berbentuk soalan kefahaman yang tersirat, iaitu yang hanya dapat dijawab dengan menggunakan daya kefahaman yang lebih tinggi.
Jawapan bagi soalan-soalan soalan-soala n seperti ini tidak dapat dikesan
dengan mudah daripada petikan.
Sebagai contoh, soalan berkaitan
dengan nada penulisan, sikap penulis, sikap watak-watak dalam cerita, implikasi daripada penyataan pengarang, mengesan tema petikan, membuat rumusan dan yang seumpamanya. Satu lagi jenis soalan kefahaman yang juga boleh dikemukakan ialah soalan kefahaman yang bersifat penilaian, misalnya menilai pendapat penulis, menilai watak atau menilai penulisan itu secara keseluruhan.
f.
Menyusun semula Teknik ini sesuai untuk menguji kefahaman bacaan pelajar terhadap petikan berbentuk cerita. Sebuah petikan cerita yang telah diubah susunan ayat-ayatnya diberikan kepada pelajar-pelajar dan mereka disuruh menyusun semula ayat-ayat tersebut untuk membentuk sebuah
67
petikan cerita yang mengikut urutan peristiwa yang logik.
Untuk
menyusun semula petikan seperti ini, seseorang pelajar itu perlu membaca dan memahami ayat-ayat di dalam petikan, kemudian perlu pula mengunakan logik fikirannya untuk menyusun semula ayat-ayat tersebut supaya terbentuk sebuah cerita yang lengkap.
Contoh: Susun semula ayat-ayat berikut untuk membentuk sebuah petikan cerita yang lengkap.
Kemudian mereka makan bersama.
Puan Hasnah mengangguk lemah.
Lama benar mereka tidak berjumpa Amir.
Sudah
hampir
setengah
hari
mereka menunggu tetapi Amir tidak muncul juga.
Semalam Amir telah berjanji untuk bertemu mereka di tepi tasik ini.
Hj Ali tidak mampu bersabar lagi.
Susunan ayat-ayat dalam cerita sebenarnya ialah:
Lama benar mereka tidak berjumpa Amir.
Semalam Amir telah berjanji untuk bertemu mereka di tepi tasik ini.
68
Sudah hampir setengah hari mereka menunggu tetapi Amir tidak muncul juga.
g.
Hj Ali tidak mampu bersabar lagi.
Puan Hasnah mengangguk lemah.
Kemudian mereka makan bersama.
Ujian Kloz Teknik ujian kloz juga sesuai digunakan untuk menguji kefahaman bacaan. Ujian ini dapat mengasah kemahiran membaca, memaham dan berffikir. Ini demikian, kerana untuk mengisi tempat-tempat kosong yang disediakan di dalam petikan atau peranggan, pelajar-pelajar perlu memahami teks sedalam-dalamnya dan harus pula berfikir untuk memilih perkataanperkataan yang sesuai dengan konteks.
Anda telah membaca dan memahami beberapa teknik menilai kemahiran membaca. Sila aplikasikan salah satu daripada teknik tersebut dalam pengajaran di bilik darjah. Sila rujuk dan berbincang dengan guru pembimbing anda. Setelah mengajar, sila dapatkan pandangan daripada guru pembimbing mengenai pengajaran anda itu. Sila buat ulasan anda sendiri mengenai kelebihan dan kelemahan teknik pengujian yang dipilih itu serta kekangan untuk menggunakannya dalam pengajaran anda.
Kesimpulannya? Anda telahpun membaca penerangan tentang kemahiran membaca ini secara teliti. Sudah tentu penjelasan dan huraian yang cukup terperinci ini memberi kefahaman yang mendalam kepada anda. Justeru, kita dapat menyimpulkan bahawa ketangkasan mental pelajar, keupayaan untuk memaham, mendiskriminasi dengan pendengaran dan penglihatan yang tajam, dan minat terhadap bacaan adalah merupakan ciri-ciri dan keadaan yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kemahiran bacaan tersebut.
Dengan demikian, guru hendaklah hendaklah memahami,
menyedari dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dan membantu mereka
69
mencapai segala objektif program bacaan dengan menggunakan aktiviti, bahan serta beberapa teknik ujian yang sesuai.
Rumusan Modul ini membicarakan dua kemahiran bahasa yang sangat penting iaitu kemahiran lisan yang merangkumi kemahiran mendengar dan bertutur, dan kemahiran membaca. Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas.
Seseorang yang yang telah menguasai
kemahiran ini harus dapat mendengar dengan baik. Apabila dia dapat mendengar dengan baik sudah tentu dia dapat membuat tafsiran terhadap pertuturan yang didengar itu dengan tepat . Justeru, dia dapat pula menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi pertuturannnya dengan orang lain. Dengan kata lain, dia mampu menjawab dan meneruskan pertuturannya dengan orang yang dilawan bertutur itu dengan lancar.
Akan tetapi, kadang kala, seseorang itu perlu berinteraksi dengan bahan bertulis.
Dalam
situasi begini, dia perlu menelah perasaan dan idea pengarang melalui pembacaannya. Dengan itu, perlakuan membaca ini mestilah disertai dengan kefahaman .
Maksudnya, pembaca
seharusnya memahami bahan yang dibacanya itu. Sememangnya, kita tidak boleh menafikan bahawa kefahaman adalah asas pembelajaran, sama ada pembelajaran itu diperoleh melalui pendengaran atau pembacaan.
Demikianlah juga, kemahiran lisan dan mendengar adalah
kemahiran yang penting sebagai asas penguasaan kemahiran berbahasa sebelum seseorang itu menguasai kemahiran menulis.
Bacaan Asas Abdul Aziz Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa , Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik , Kuala Lumpur: Utusan Oublication & Distributors Sdn. Bhd.
Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah hamid, (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
70
Kamaruddin Hj Husin, Siti Hajar Hj Abdul Aziz, Arb‟ie Sujud ( 1997). Pengajian Melayu 1: Ilmu
Bahasa Dan Kecekapan Berbahasa . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997). Pengajian Melayu 2: Ketrampilan Bahasa . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kemarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1998). Penguasaan Kemahiran Membaca - Kaedah dan Teknik Membaca. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Kamaruddin Hj Husin (2001).
Pedagogi Bahasa ( Perkaedahan). Perkaedahan) .
Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Marohaini
Yusoff. (1989).
Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman .Kuala .Kuala Lumpur: Karya
Bistari Raminah Hj Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rujukan
Abdullah Hassan (1987). Isu-isu
pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Pustaka.
Azaman Wan Chik (1986). Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 1 & 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Institut Bahasa (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Juriah Long dan Noor Ein Mohd. Noor (1990). Alat dan Bahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.
71
Kamarudin Hj Husin (1991).
KBSM dan Model-Model Pengajaran Bahasa . Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Koh Boh Boon (1989).
Perspektif-Perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia.
Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
TUTORIAL
Anda telah
mempelajari mempelajar i semua aspek yang berkaitan dengan Kemahiran Mendengar dan
Kemahiran Bertutur serta Kemahiran Bacaan dalam pengajaran dan pembelajaran pembelajara n
Bahasa
Melayu. Setelah memahaminya, bincangkan perkara-perkara yang berikut, iaitu :
i.
Pilih strategi pengajaran dan pembelajaran pembelajar an untuk kemahiran lisan atau membaca . Tunjukkan prosedur menggunakan strategi tersebut dalam satu rancangan persediaan mengajar.
ii.
Aplikasikan Aplikasika n rancangan pengajaran anda di dalam kelas dan buat refleksi mengenai kelebihan dan kelemahan pengajaran anda.
iii.
Cadangkan cara untuk mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan atau bacaan tersebut.
72
“Selamat Berjaya”
AHLI PANEL PENULISAN MODUL PEMBELAJARAN
Bil
1.
Nama
PENASIHAT Munsyi Zainal Abidin b. Hj Kasim Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru. Guru.
2.
Kelayakan
B.A (Hons) UM Guru Bahasa Melayu 10 Tahun Pensyarah Bahasa Melayu 6 Tahun Munsyi Dewan 7 Tahun
PENGERUSI PENGERUSI Pn. Rosaini bt. Khalid, Maktab Perguruan Raja Melewar Jalan Sikamat 70400 Seremban Negeri Sembilan DK.
M.A. (UKM) – Linguistik B.A(Hons) UM Linguistik dan Sastera Guru Bahasa Melayu 7 Tahun Pensyarah Pengajian Melayu 19 Tahun
73
3.
AHLI 1 B.A (Hons) UM Pn. Rokiyah bt. Md. Zain Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Guru Bahasa Melayu 3 tahun Pensyarah B. Melayu 22 tahun 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman.
LAMPIRAN 1 KETERANGAN MAKSUD PENGGUNAAN IKON
Gunakan pita rakaman audio atau radio.
Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk „soft copy‟.
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).
Gunakan bahan-bahan multimedia.
Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.
74
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.
Buatkan ujikaji.
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.
Senarai semak.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.
Senarai penerangan makna ba gi sesuatu istilah.
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Rujukan surat khabar.
Panduan kepada pengguna.
75
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran. Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.
View more...
Comments