Kelemahan Dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke Arah Perpaduan

October 5, 2017 | Author: Anonymous vTPvuLB | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

K...

Description

Kelemahan dan Kelebihan Dasar Pendidikan Serta Cadangan Ke arah Perpaduan PENGENALAN Elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik dan sosial ialah sistem pendidikan iaitu melalui sistem persekolahan. Sistem persekolahan merupakan saluran yang penting bagi menyampaikan wadah perjuangan negara dan menyerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan antara kaum. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada 3 kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Walaupun hidup berdekatan, mereka masih berpegang teguh kepada kebudayaan, agama, bangsa, idea dan kaedah sendiri serta terpisah dalam sistem politik yang sama. Sebenarnaya masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja iaitu sejak sebelum merdeka. Dasar liberal Inggeris pada pertengahan abad ke-19, telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu ekoran penghijrahan masuk secara beramai-ramai kaum cina dan india ke Tanah Melayu. Sejak dari itu, Tanah Melayu telah terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Lantaran kepelbagaian kaum ini, dasar pendidikan negara mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang terasing di antara satu sama lain. Bagi menyatukan masyarakat berbilang kaum ini, satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan telah diwujudkan oleh British iaitu Rancangan Cheesmen yang mencadangkan sekolah Inggeris sebagai asas penyatuan sistem persekolahan. Usaha mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan diteruskan selepas merdeka antaranya Penyata Razak (1956 ), Laporan Rahman Talib (1960 ), Akta Pelajaran ( 1961 ) dan lain-lain lagi. Walaupun dasar pendidikan ini berubahubah namum tujuannya adalah sama iaitu untuk mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan kaum di Malaysia. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, bekerjasama dan aspek-aspek moral diterapkan kepada masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat. SEJARAH PENDIDIKAN NEGARA Pada zaman sebelum kemerdekaan Malaysia, penjajah British telah mendominasi pendidikan di negara kita dengan mengatur segala sistem pendidikan mengikut kehendak mereka. Dalam sistem pendidikan itu, rakyat terpaksa mengekalkan taat setia kepada pendatang negara asal mereka dan rakyat tidak dibenarkan untuk membangkitkan semangat pembangunan rakyat tempatan. Selain itu, mereka juga telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Hal demikian memberi cabaran dan halangan terhadap kaum Melayu ketika itu kerana majoriti masyarakat Melayu tidak mahir untuk menggunakan bahasa Inggeris dengan baik. Hal ini kerana, penjajah tidak menggalakkan rakyat tempatan terutamanya kaum Melayu untuk mendapat pendidikan yang tinggi. Pihak British bimbang jika pelajar-pelajar kaum Melayu mendapat pendidikan yang tinggi, kemungkinan besar kedudukan mereka di Tanah Melayu akan tergugat. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pihak British telah membuat penyekatan bagi kemasukan pelajar-pelajar melayu ke sekolah-sekolah Inggeris. Akibatnya, kaum Melayu telah ketinggalan dalam bidang pendidikan berbanding dengan kaum yang lain. Pihak British juga telah membuat perubahan yang besar dalam menghalang penyatuan kaum iaitu dengan menubuhkan sekolah vernakular. Sekolah vernakular itu terdiri daripada sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, dan sekolah vernakular Tamil yang mempunyai kelebihan tersendiri. Atas perubahan itu, pada Ogos 1950, Penyata Barnes telah dibuat yang diketuai oleh L.J.Barnes dan diikuti dengan Laporan Fenn-Wu (1951), Ordinan Pelajaran (1952), Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), dan Akta Pelajaran (1961). KELEMAHAN DASAR DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA 1. Sistem Persekolahan Vernakular Telah di jelas dalam penyataan di atas, sistem persekolahan di Malaysia dari sebelum merdeka hingga sekarang telah

mempunyai sistem persekolahan yang pelbagai aliran atau lebih dikenali sebagai persekolahan vernukular. Sistem pendidikan di Malaysia kini bergerak seiring dengan perubahan arus permodenan dan globalisasi serta seiring dengan keperluan semasa masyarakat. Namun perubahan itu tidak tertakluk dalam perubahan sistem persekolahan yang masih mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Banyak isu-isu yang dibangkitkan berkenaan dengan sistem persekolahan ini. Namun selepas segala perbincangan dan perdebatan yang dibuat keputusan hanya berakhir dengan tiada jalan penyelesaian bagi mengubah sistem itu kepada sistem yang lebih baik. Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza. Pengaruh politik tanah air telah menyekat sebarang keputusan yang telah dibuat sehinggakan keputusan yang dipersetujui tidak dapat dilaksanakan. Seperti yang kita tahu, bahawa pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Dari aspek perpaduan kaum, sepatutnya kita harus membuat didikan awal dalam menerapkan aspek perpaduan kaum iaitu melalui pelajar-pelajar dari peringkat rendah lagi. Melalui persekolahan, mereka dapat menjadikan tempat itu sebagai asas permulaan dalam memupuk hubungan yang baik antara kaum yang lain. Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal. Mereka juga dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling mengenal dan mengeratkan hubungan silaturahim. Sebaliknya, nilai-nilai itu tidak dapat diwujudkan dengan adanya sekolah pelbagai aliran seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan sehingga boleh menjejaskan perpaduan kaum dan seterusnya memudarkan sikap itu daripada terjalin. Jika kita ingin mengekalkan hubungan antara masyarakat di Malaysia, kerajaan perlu membuat sedikit perubahan terutama dalam sukatan pelajaran sistem persekolahan vernakular ini. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mewujudkan satu dasar baru iaitu Sistem Persekolahan Satu Aliran. Idea menubuhkan sistem persekolahan satu aliran perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan dasar baru tersebut dengan mengambil kira kehendak rakyat bagi mengelakkan masalah perbalahan yang mungkin akan timbul sehingga memberi kesan buruk terutama dalam perpaduan kaum. Melalui penubuhan sekolah satu aliran tidak mungkin menjejaskan hak-hak antara kaum, malahan dengan adanya dasar tersebut, masyarakat dapat menyemai semangat perpaduan antara kaum yang kukuh. Namun sehingga sekarang, dasar tersebut masih belum mendapat persetujuan antara masyarakat Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka. Bagi mereka, penggunaan bahasa ibunda mereka perlu dijaga dan hak-hak mereka perlu dijamin terutamanya bagi masyarakat Cina dan India. Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina, dan India. Faktor utama masalah dan wujud jurang pendidikan antara masyarakat ini disebabkan oleh penggunaan bahasa ibunda, iaitu bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Contohnya di sekolah kebangsaan, pengunaan bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan, manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua keadaan yang berbeza dan masalah ini masih berlanjutan sehingga kini. Ini menujukkan sistem persekolahan vernakular yang dilaksanakan sekarang mempunyai kekurangan seterusnya menunjukkan kelemahan yang ketara dalam dasar dan falsafah pendidikan negara. 2. Berorentasikan Peperiksaan Dan Pencapaian Akademik Dari segi budaya, kelemahan dalam sistem pendidikan sekarang ialah amat mementingkan peperiksaan sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Bagi ibu bapa, perkara ini amat diambil berat dan mengharapkan anakanak mereka mendapat keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan. Pendidikan yang menumpuan semata-mata dalam pencapaian akademik telah menjadi budaya sehingga sanggup membelakangkan elaman-elaman adab dan sopan. Aspek budi bahasa, sopan santun, adab dan akhlak serta aspek nilai-nilai murni seperti ikhlas, jujur dan amanah semakin hari semakin kurang diberi perhatian. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran berhasrat untuk mengurangkan peperiksaan dan ujian dalam sistem pendidikan sekarang. Melalui pemantauan, didapati sistem yang terlalu mementingkan peperiksaan dianggap tidak praktikal dan tidak sesuai lagi untuk menguji kemampuan sebenar pelajar, sekali gus membebankan guru dan pelajar sendiri.

Falsafah Pendidikan Negara dengan jelas menyatakan pendidikan di Malaysia ingin mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis. Sejauh manakah kefahaman pelajar kita tentang falsafah ini? Sesungguhnya, fenomena pengangguran di kalangan siswazah sekarang menunjukan bukti kelemahan sistem yang mengutamakan pencapaian akademik sehingga wujud insan yang tidak seimbang. Bagi mereka ilmu yang pelajari adalah semata-mata untuk sekadar lulus dalam peperiksaan sahaja tetapi tidak tahu memanfaatkan ilmu yang mereka perolehi. Jelaslah sistem pendidikan yang ada sekarang, melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh melahirkan modal insan berfikir. Terlalu ghairah mahu keputusan yang baik, ibu bapa sanggup mengorbankan wang ringgit menghantar anak-anak pergi ke kelas tuisyen sehingga mengabaikan aktiviti-aktiviti riadah dan aktiviti kemasyarakatan untuk anak-anak mereka. Masyarakat pula berpandangan bahawa hanya mereka yang memperoleh pangkat “A” sahaja pelajar yang cemerlang, tetapi pelajar yang gagal dalam peperiksaan dianggap gagal dalam segala-galanya. Hal ini menyebabkan para pelajar tertekan untuk memperoleh keputusan yang baik sehingga hilang keseronokan untuk belajar. KELEBIHAN DASAR DAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA 1. Memupuk Perpaduan Pendidikan adalah satu proses utama dalam membentuk kendiri untuk mencapai kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna. Pendidikan di Malaysia juga adalah satu alat sistem sosial untuk mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional. Dasar Pendidikan Negara yang diwujudkan oleh pihak British mahupun kerajaan sebelum merdeka dan selepas merdeka pada asasnya adalah untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum. Ini merupakan satu kelebihan sistem pendidikan negara dalam memupuk kesepaduan kaum dan etnik. Penyata Razak (1956) dan Laporan Abdul Rahman Talib telah menggariskan dengan jelas dasar pendidikan yang berkaitkan dengan perpaduan antara kaum. Mari kita lihat kepada Penyata Razak (perenggan 12), secara ringkas kita dapat simpulkan tujuan dasar pelajaran adalah menyatukan kanak-kanak daripada semua bangsa dengan menggunakan satu peraturan pelajaran meliputi semua bangsa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta. Di sini menjelaskan bahawa perpaduan negara dan nilai perpaduan menjadi teras menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum. Aspirasi ini telah digariskan dalam penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dalam sistem pendidikan ini telah memberi kelebihan dan penekanan kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Manakala subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan subjek wajib bagi semua sekolah. Selain itu juga sistem ini turut mengekalkan penggunaan bahasa-bahasa etnik Cina dan Tamil sebagai bahasa ibunda di sekolah jenis kebangsaan (SJK). 2. Integrasi Nasional Dalam KBSR Dan KBSM Integrasi Nasional antara kaum merupakan salah satu aspek penting yang perlu diambil perhatian dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini. Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ) merupakan susulan perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet yang bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Maka segala perubahan dalam kurikulum, cita-cita Falsafah Pendidikan Negara dan pendekatan yang ditekankan kesepaduan dalam kurikulum perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat. Pelaksanaan kurikulum baru ini adalah satu usaha untuk menangani cabaran perkambangan semasa di mana nilai murni dan kerohanian telah mula diabaikan dalam kehidupan masyarakat pada waktu itu. Kelebihan dasar pendidikan melalui pelaksanaan KBSR dan KBSM dapat kita lihat kepada objektif yang ingin dicapai. Selain penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan membina sikap nilai-nilai kemanusiaan berlandaskan RUKUN NEGARA, murid juga dapat bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain serta mempunyai semangat kerjasama dan toleransi. Semangat kerjasama dan toleransi ini diterapkan dalam aktiviti gerak kerja kokurikulum. Melalui aktiviti kokurikulum KBSR dan KBSM seperti kelab, persatuan serta sukan dan permainan, pelajar berpeluang berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya lain, berdikari dan mendisiplinkan diri, serta mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dalam kumpulan. Penerapan nilai-nilai murni ini amat penting untuk memupuk individu ke arah integrasi nasional. Integrasi nasional dalam KBSR dan KBSM juga dicapai melalui aktiviti ‘Budaya Sekolah’. Aktiviti budaya sekolah telah menjadi perkara rutin setiap sekolah hingga masa kini. Ini merangkumi aktiviti seperti

menyanyikan lagu kebangsaan, lagu negeri, lagu sekolah dan lagu patriotik secara bersama-sama dalam perhimpunan sekolah, bacaan ikrar dalam acara rasmi sekolah seperti sukan dan mengibarkan bendera kebangsaan setiap persekolahan. Jelaslah dan tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti budaya sekolah untuk memupuk semangat patriotisme dan kenegaraan yang dilaksanakan melalui KBSR dan KBSM dapat menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional secara menyeluruh dan bersepadu di kalangan pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah. CADANGAN MEPERTINGKATKAN KESEFAHAMAN, TOLERANSI DAN PERPADUAN ANTARA KAUM Mengikut kepada Penyata Razak (1956) dan Laporan Abdul Rahman Talib (1960) telah menjelaskan bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan kaum. Dalam situasi sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum amat penting. Ini dapat membantu menimbulkan perpaduan serta membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Selain menitikberatkan aspek-aspek pendidikan harmonis, nilainilai budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek yang diajar. Maka dengan itu, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum yang sedia ada untuk membentuk keperibadian dan moral para pelajar. Berikut adalah cadangan yang boleh kita teruskan dalam pendidikan sekarang demi mencapai perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat kita. Pertama, pengunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar. Seperti yang kita tahu, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di negara kita. Sesuai dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara telah termaktub dalam Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Dalam dasar pendidikan kebangsaan, Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama di peringkat sekolah mahupun di peringkat pengajian. Oleh sebab itu, pengajian Bahasa Melayu telah menjadi subjek pengajian yang wajib diambil setiap pelajar. Ini amat bersesuaian dengan kehidupan kita dalam masyarakat yang berbilang kaum. Penggunaan Bahasa Melayu yang meluas juga merupakan cara untuk menyatupadukan hubungan dan mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Pelajar-pelajar merupakan medium yang penting dalam melaksanakan perubahan ini kerana mereka mudah memahami sistem Bahasa Melayu dan bukan sahaja dapat menguasai bahasa tersebut, malah mampu mengungkapkan segala fungsinya dalam bahasa perpaduan rakyat. Maka, secara tidak langsung, dapat memupuk pelajar terhadap kepekaan variasi Bahasa Melayu di dalam pelbagai keadaan yang penting. Pendidikan Bahasa Melayu juga menekankan pelajar-pelajar tentang pentingnya semangat cinta akan tanah air dan juga semangat perpaduan antara rakyat. Jika pendidikan ini diambil berat, masalah perpaduan di negara kita akan berkurangan dengan adanya toleransi dan kesefahaman antara kaum. Sebagai contoh, hal ini dapat dibuktikan dengan perpaduan antara masyarakat di negara Jepun. Jepun merupakan sebuah negara yang memartabatkan dan menggunakan hanya satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Jepun. Ini membuatkan perpaduan di negara matahari terbit itu tidak menjadi penghalang kemajuan dan kemakmuran negara mereka. Nyatalah pengunaan satu bahasa akan menyumbang negara kita ke arah negara yang maju mengikut acuan sendiri. Semua itu tidak akan wujud sekiranya para pelajar tidak berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa dan kaum. Dalam usaha meningkatkan kesefahaman, toleransi dan perpaduan kaum, aktiviti seperti menubuhkan kelab atau persatuan Bahasa Melayu dan mengadakan minggu Bahasa Melayu telah dilaksanakan sebagai salah satu aktiviti tahunan sekolah. Semua aktiviti ini tidak akan terlaksana jika tiada penglibatan pelajar daripada bangsa dan kaum yang berbeza. Dalam konteks sistem persekolahan vernakular, penghapusan sistem ini bukanlah satu cadangan yang baik kerana penghapusan sistem ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum terutama masyarakat Cina dan India. Cukuplah sekali tercetusnya ‘Peristiwa 13 Mei’. Biarlah ia menjadi sejarah negara kita sahaja. Oleh itu, untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendekatan memperkasakan Bahasa Melayu di sekolahsekolah jenis kebangsaan Cina dan India perlu diwujudkan. Manakala untuk menarik bangsa lain bersekolah di sekolah kebangsaan pula ialah dengan menjadikan subjek bahasa ibunda seperti Bahasa Cina, Bahasa India, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Iban sebagai subjek yang juga diajar di sekolah kebangsaan oleh guru yang bertauliah tentang bahasa tersebut. Oleh yang demikian, jika perubahan ini wujud dan dilaksanakan dalam sistem persekolahan vernakular, semua ibu bapa tidak akan bersusah payah untuk menghantar anak mereka jauh ke bandar semata-mata

mencari sekolah mengikut bangsa mereka sahaja. Ini kerana mereka tahu semua sekolah akan mengajar bahasa ibunda mereka tidak kira sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan. Maka, wujudlah perpaduan di kalangan semua pelajar sekolah-sekolah vernakular. Kedua, kurikulum bersepadu seperti KBSR dan KBSM masih boleh diteruskan dan diperbaiki lagi kerana terdapat pelaksanaannya yang memupuk perpaduan kaum terutama dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan di sekolah adalah seperti sukan, permainan, kelab dan persatuan. Kini, Kementerian Pelajaran telah merancang program Satu Murid Satu Sukan (1M1S) dan telah mula dilaksanakan pada tahun 2011 antara yang dimasukkan dalam aktiviti kokurikulum. Program ini meminta setiap pelajar memilih satu bidang sukan yang mereka minati seterusnya mempelajari kemahiran bidang itu sehingga mereka berjaya seterusnya terpilih menjadi wakil dari sekolah mereka sehingga di peringkat yang tinggi. Selain itu juga, pelajar boleh diberi peluang melibatkan diri dalam aktiviti di luar akademik terutama dalam aktiviti melibatkan pelbagai kaum seperti program anak angkat, badan beruniform atau Persatuan Belia & Beliawanis. Salah satu contoh aktiviti di luar akademik yang telah dilaksanakan ialah Program perkhemahan Integrasi yang dianjurkan oleh Pusat KoKurikulum tidak kira peringkat negeri ataupun kebangsaan. Program ini telah terbukti dapat memupuk perpaduan kaum bukan saja di kalangan pelajar malah di kalangan guru-guru dan jurulatih program. Program ini memberi kesan yang mendalam kepada pelajar sehingga mengenali apakah ertinya persahabatan dan perpaduan. Situasi inilah yang perlu kita semaikan dalam jiwa pelajar kita demi kesejahteraan, kesetiaan dan keamanan bangsa dan negara. Di samping itu juga, program seperti dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi kurikulum dan kokurikulum. Perlu diingatkan “Kokurikulum adalah pelengkap kepada kurikulum”. Ini bermakna, tidak lengkap seseorang itu jika dia hanya mengutamakan pencapaian akademik sahaja. Ketiga, menambah dan memperbanyakkan lagi sekolah di bawah program Sekolah Wawasan. Pelaksanaan program Sekolah Wawasan yang dirancang oleh kementerian Pendidikan bukan bermaksud hendak menghapuskan ciri-ciri sekolah vernakular tetapi sebaliknya ingin mengelakkan prejudis kaum di kalangan golongan muda yang bakal memimpin negara pada masa depan. Walaupun pelaksanaan program ini telah mendapat reaksi negatif daripada pelbagai pihak, namum kerajaan masih meneruskan usaha bagi mencapai matlamat program ini terutama untuk mewujudkan perpaduan dan memupuk semangat integrasi antara pelajar yang berbilang kaum, aliran dan fahaman agama. Antara lain, matlamat program ini juga ingin melahirkan generasi yang bertoleransi dan saling memahami. Di samping itu juga semua warga sekolah digalakkan berinteraksi secara maksimum dalam melaksanakan aktivitiaktiviti dan perkongsian kemudahan yang terdapat di sekolah. Demi mencapai matlamat ini, pelaksanaan sekolah integrasi ini berpegang kepada konsep belajar bersama-sama tanpa mengira kaum dan agama di satu kawasan atau di bawah satu bumbung yang sama. Maksud konsep belajar bersama ini ialah sebanyak dua atau tiga buah sekolah (SK/SJK/SJKT) yang berlainan aliran dan juga pentadbiran dibina di dalam satu kawasan yang sama. Sekolah-sekolah ini akan berkongsi bersama semua kemudahankemudahan asas seperti padang permainan, dewan, pusat sumber, bilik komputer, kantin dan sebagainya. Dengan perkongsian ini, berkemungkinan dapat memupuk semangat persefahaman dan toleransi antara kaum serta nilai-nilai masyarakat majmuk dapat diserapkan di kalangan murid-murid sekolah sejak di peringkat rendah lagi. Dalam ucapan umum bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, khasnya dalam menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia. Beliau membuat kenyataan seperti berikut: […] membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, maka bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, serta menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan. Membentuk sebuah bangsa Malaysia mestilah dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut (Mahathir Mohamad, 1991). Ucapan ini sekali lagi diluahkan beliau dalam ucapan perasmian ‘Wawasan 2020’. Jelaslah bahawa perkongsian bersama-sama dapat menyatupadukan kaum di Malaysia. Maka, program Sekolah Wawasan adalah satu cadangan yang baik untuk ke arah memupuk perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Keempat, sistem penyampaian. Kerajaan memainkan peranan utama dalam membentuk lanskap masyarakat Malaysia, terutama dalam membentuk kesefahaman, toleransi dan perpaduan rakyat. Oleh sebab itu, kerajaan perlu menggunakan segala keperluan dan kebebasan dalam menjadi medium penyampaian yang berguna terhadap rakyat terutama dalam menyampaikan maklumat yang penting serta bertepatan dengan keperluan rakyat dalam memupuk perpaduan. Maklumat yang disampaikan mestilah tepat dan berinformasi terhadap rakyat dan tidak mementingkan kepada satu pihak saja. Seperti yang kita tahu, sistem penyampaian yang biasa digunakan ialah melalui media-media dan juga agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Penerangan dan Komunikasi. Mereka bertanggungjawab dalam menyampaikan dasardasar yang penting bagi rakyat mengetahuinya terutama dalam dasar-dasar yang dapat menyatupadukan masyarakat kita. Penggunaan sepenuhnya peranan media, sama ada media cetak mahupun elektronik, sebagai medium utama dengan menayangkan iklan-iklan bertemakan perpaduan dengan lebih kerap lagi dan ruang papan kenyataan yang mempromosikan keunikan masyarakat Malaysia. Selain daripada itu, melalui sistem penyampaian juga, masyarakat dapat mengetahui dasar-dasar kerajaan terutamanya masyarakat dari luar bandar. Dalam menjayakan usaha tersebut, kerajaan telah membuat pelbagai rancangan TV yang mengandungi rancanganrancangan yang berbeza bahasa mengikut kaum di negara kita. Malah, agensi-agensi bukan kerajaan juga turut menyumbangkan idea-idea mereka dalam memupuk perpaduan antara kaum. Contohnya, mereka telah membuat lagu-lagu yang bertemakan perpaduan kaum serta menganjurkan pelbagai realiti TV yang dapat disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat dan juga kaum. KESIMPULAN Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Melalui proses penyatupadukan masyarakat Malaysia, dasar pendidikan yang diwujudkan oleh kerajaan telah menampakkan hasilnya walaupun masih mempunyai kelemahan dalam membentuk satu dasar yang boleh diterima oleh semua kaum. Dasar pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kestabilan dan kemajuan negara kita. Pendidikan merupakan alat membentuk perpaduan kaum yang wajib diambil berat dalam dunia yang kian pesat membangun. Aspek nilai murni amat ditekankan dalam pendidikan dan nilai-nilai ini perlu ada dalam diri setiap rakyat sebagai sebuah masyarakat majmuk. Kerajaan sentiasa berusaha mencari pendekatan untuk masyarakat dalam memupuk semangat kesefahaman, toleransi dan perpaduan dalam kemakmurkan negara kita. Dari sebelum merdeka sehingga hari kini, kerajaan sentiasa mencari kaedah yang terbaik untuk perpaduan masyarakat tanpa memilih kaum, walaupun usaha itu selalu dimanipulasi oleh pihak pembangkang. Sebagai rakyat Malaysia, “Dasar Pandang Ke Timur” yang disarankan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad patut kita renungkan semula. Perpaduan masyarakat Jepun merupakan contoh terbaik untuk kita ikuti. Kemajuan dan kemakmuran negara Jepun lebih dahulu ke hadapan berbanding kita. Kemajuan nagara kita yang dikecapi sekarang ini tidak akan tercapai dan tidak mungkin akan menjadi kenyataan sekiranya tiada kerjasama antara kaum. Peristiwa 13 Mei 1969, sepatutnya menjadi ikhtibar bagi kita dan menghalang peristiwa tersebut berulang kembali. Pihak kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu dan kelemahan pendidikan dikawal dengan sebaiknya supaya hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa ini sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni. Sekiranya sistem pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan telus, maka semua usaha untuk mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional tidak akan berjaya. Tugas ini bukan saja disandarkan kepada individu tertentu, malahan usaha ini haruslah dilakukan oleh seluruh masyarakat negara kita demi kejayaan dan kemakmuran negara yang tercinta dan merealisasikan Wawasan 2020.

CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1.

Keberkesanan kurikululum di sekolah Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran

maklumat, akses yang mudah, keadaan dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan lucah atau porno melalui Internet, melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat dan juga program tv banyak menyiarkan filem-filem, drama yang berunsur ganas dan lucah baik di tv percuma mahupun swasta serta yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini iaitu facebook menyebabkan berlakunya gejala negatif di masyarakat kini. Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang kurikulum Malaysia terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan di Malaysia perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar.

2.

Pengurusan Pendidikan Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam

perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Contohnya adanya aplikasi e-spel, emis dan sebagainya. Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti: 1. Membantu dan mempermudahkan pentadbir sekolah membuat keputusan.

2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran. 3. Mengurangkan beban pentadbiran dalam melaksanakan tugas yang pelbagai. 4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail. 5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar dan sebagainya. 6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar. 7. Penempatan pelajar dalam kelas. 8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru. 9. Pembinaan jadual waktu guru. 10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya. 11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.

3.

Kesediaan Guru Dalam Menghadapi Globalisasi Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu: 1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.

2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastik kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu. 3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti kerja-kerja pengkeranian, menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari". 4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan iaitu dari segi: a) kewangan b) motivasi dan dorongan c) pengiktirafan d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah. 5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.

4. Cabaran dalam Menghadapi Arus Perubahan Dasar

Pembagunan pendidikan sesebuah Negara merupakan aspek yang sangat penting dalam pembentukan Negara bangsa. Untuk menuju kearah status pendidikan Negara maju. Pemerintah berperanan bagi mencorak masa depan dunia pendidikan Negara. Ini kerana melalui pendidikanlah sesebuah Negara dapat berkembang maju terutamanya dari segi pembangunan insan yang telah diwarwarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Melalui pendidikanlah akan lahir warga yang berilmu dan ientelektual bagi memacu Negara kearah hasrat murni Negara maju menjelanag 2020. Suasana politik Negara berperanan dalam pembangunan pendidikan Negara. Pemerintah yang memandang bahawa pendidikan merupakan asas kepada pembangunan Negara perlu di kekalkan. Pemerintah yang sentiasa berusaha memikirkan cara membangunkan sektor pendidikan dengan meperkenalkan pelbagai dasar dasar demi pembangunan pendidikan Negara. Hari ini keperluan mengekalkan pemerintah yang pentingkan soal pendidikan amatlah perlu, adalah menjadi satu cabaran untuk mengekalkan suasana politik seperti hari ini. Sekarang sedikit sebanyak soal pendidikan cuba diganggu gugat oleh pihak pihak yang sengaja menangguk di air yang keruh. Mengambil kesempatan kepada warga pendidik, pelajar pelajar demi kepentingan peribadi.seperti contoh warga kampus sendiri dipengaruhi oleh pihak tertentu demi kepentingan

individu. Mereka tidak segan sanggup

memberontak seperti berdemontrasi tanpa memikirkan baik dan buruk. Namun apa yang jelas suasana pendidikan Negara terjejas. Andai terganggu gugat sistem politik sedia ada hasrat pencaturan dasar dasar kerajaan yang telah ditentukan dari saban tahun yang dikaji dan digubal demi memantantapkan suasana pendidikan Negara akan terjejas, kerana kita masih kabur tentang bawaan suasana baru sistem politik yang akan mengantikannya.demi untuk itu isu ini menjadi cabaran yang besar untuk kita berfikir sebelum membuat sebarang tindakkan yang kita sendiri tidak tahu kesannya.

5.

Cabaran Dalam Mengekalkan Kestabilan Politik

Mengekalkan kestabilan politik juga merupakan cabaran besar kepada dunia pendidikan. Kestabilan politik memainkan peranan yang besar untk memacu arus kemajuan dunia

pendidikan. Suasana Negara yang aman, dengan penuh hrmoni dan muhibbah, menjadikan segala perancangan-perancangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan. Sebagai pedoman, kita lihat suasana politik dunia sekarang. Contohnya Negara – negara yang bergolak pada hari ini. Suasana pendidikan tidak dapat berjalan lancar. Apabila suasana politik tidak stabil, Negara akan menjadi huru-hara, banyak berlakunya kekacauan, pembunuhan seperti masyarakat dibunuh, guru dibunuh, sekolah dibakar, dari hal ini apa yang Negara akan dapat. Apa yang pasti kerugian yang terpaksa ditangung.kita lihat Negara kita hari ini. Sudah ada tanda-tanda negatif kearah itu. Hal ini perlu dibendung dengan segara demi msasa depan pendidikan Negara.

6.

Cabaran Dalam Mengekalkan Kestabilan Ekonomi

Cabaran seterusnya dunia pendidikan hari ini ialah mengekalkan status quo ekonomi Negara pada tahap terbaik. Melalui peningkatan kemajuan ekonomi Negara yang pesat dpat membantu untuk pembangunan sektor pendidikan Negara. Banyak kemudahan-kemudahan pendidikan dapat dibangunkan seperti insfrastsruktur seperti banguan –banguan yang selesa, dan sebagainya. Dengan tahap ekonomi yang baik program-program boleh dirancang untuk kepentingn pendidikan. Berdasarkan pengalaman tahun 2007, apabila berlaku krisis ekonomi, banyak program terutama pembanguanan sektor pendidikan terbantut, banyak peruntukan perbelanjaan yang selama ini digunakan untuk sektor pendidikan ditarik balik. Ini akan menganggu kemajuan sektor pendidikan.

7.

Cabaran Menangani Isu Sosial

Dewasa ini, isu sosial menjadi buah mulut warga Negara Malaysia. Kita sering disajikan dengan pelbagai isu sosial remaja yang rata-rata terdiri dari mereka yang menghuni institusi pendidikan terutama sekolah. Terlalu banyak isu sosial yang kita dengar hari, antara kes masalah sosial seperti buang bayi, yang terlibat merupakan pelajar sekolah, isu ponteng sekolah,

merokok, dadah, minuman keras dan sebagainya. Perkara ini menjadi duri dalam daging kepada sektor pendidikan , yang seterusnya boleh menghalang perkembangan pendidikan secara positif. Banyak masa, wang dan tenaga digembleng untuk menaganinya. Dari hari kesehari ia membiak bak kudis buta yang tiada berkesudahan pada dunia pendidikan. Andai ia tidak ditangani oleh semua pihak dengan bijak , isu ini boleh menyebabkan keruntuhan sistem pendidikan kita pada hari ini.Selain itu juga, gejala sosial lain peperti ponteng sekolah, pergaduhan buli , juga manjadi isu hangat disekolah seperti juga diatas, ia perlu ditangani dengan sebijak mungkin.

8.

Cabaran Untuk Merapatkan Jurang Pendidikan Antara Bandar Dan Desa

.

Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat

melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan.Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan.Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. Sabah dan serawak.masih ada diantara murid – murid disana masih ketinggalan dari segi kemudahan insfrastruktur dan sebagainya. Sehingga kini jurang pendidikan antara desa dan Bandar masih ketara.

9.

Cabaran Untuk Mengekalkan Perpaduan Kaum

.

Dasar Pendidikan Kebangsaan Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Hari ini isu perpaduan masih rapuh, kita sering dengar walau ia kes-kes terpencil namun masih berlakunya

kerengangan hubungan antara kaum disekolah-sekolah. Sesuatu perlu dilaksanakan terutama mengekalkan perpaduan Negara.

Selain itu untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu.sesuatu telah dilaksanakan untuk menjamin perpaduan antaranya penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktivitiaktiviti

kokurikulum

yang

dirancang

dan

dilaksanakan

sepanjang

persekolahan

pelajar.Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia jugadapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Hasrat membina Negara Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu,meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Penubuhan Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yangsama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh

disambung

antara

satu

sama

lain

dengan

menggunakan

jambatan

penghubung.Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaranyang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti.Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.

10.

Cabaran Dari Segi Pemantapan Agama

Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan pelbagai usaha dilaksanakan untuk memantapkan potensi diri dari segi keagamaan. Antaranya perlaksanaan Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Dengan menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

11.

Cabaran Alaf Baru Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik

itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi baru yang serba canggih. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi. Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat.

a. Pembinaan Budaya Ilmu Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkin, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini. b. Pembudayaan Masyarakat Malaysia Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan yang terpelihara. Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana. Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang (opptunity) secara

komited menggunakan wadah pendekatan nilai merentasi kurikulum persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan masyarakat.

Peranan Pendidik Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu: kaya

maklumat (termasuk sains dan teknologi)

kekuatan

minda (krestif dan proaktif)

nilai-nilai

luhur dan murni (termasuk penyayang)

semangat jati

diri, jaya diri dan keusahawanan, dan

ketrampilan

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula: menguasai subjek mahir

(kandungan kurikulum)

dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)

memahami perkembangan

murid-murid dan menyayangi mereka

memahami psikologi pembelajaran memiliki

kemahiran kaunseling

menggunakan

teknologi terkini

(cognitive psychology)

dapat menyaring boleh

dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir

bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan

memiliki

keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.

Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah Sekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru bestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. " Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita." (1997) Merujuk kepada cabaran besar di atas, para pendidk mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara komited dan ikhlas:

1. Membina Budaya Ilmu Kemampuan para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu dengan perkembangan semasa, seperti: a Teknologi

dan perkomputeran

Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia

menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian. b Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa. c. Kebolehan

menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes

Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of Learning iaitu: @ Learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu) @ Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran) @ Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna) @ Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama) d Menerapkan

nilai-nilai murni/moral/akhlak

nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. e. Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri

melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsive kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik, teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.

f.

Membentuk Masyarakat Madani Pendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nalai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hitech, dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara mesti diberi perhatian:

o Prinsip

berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kekebasan

perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat o Mendorong

perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam sekitar

dan teknologi o Sistem sosial yang

cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang

dan bukan nafsu atau kepentingan individu o Mengamalkan

akhlak terpuji dan boleh diteladani Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap

dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik,

berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.

ISU-ISU DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN A. Sistem persekolahan Pelbagai Aliran Memasuki tahun 2010 telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring dengan keperluan semasa kerana masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolahan lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu berkenaan dengan system persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya tiada jalan

penyelesaian

yang

dilakukan

bagi

mengubah

kepada

sistem

persekolahan yang baru. Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang berbeza. Seringkali setiap keputusan, sama ada yang hendak mahupun yang telah dibuat, dipengaruhi oleh politik tanah air yang bermula sejak zaman penjajah

lagi.

Umum

mengetahui

bahawa

pihak

kerajaan

sentiasa

memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak berubah dari

aspek

perpaduan

kaum.

Murid-murid

dan

pelajar-pelajar

dapat

menjadikan sekolah sebagai asas permulaan membina hubungan baik sesama mereka di mana di sekolah, mereka dapat beramah mesra, bergaul, bersukan,

makan

bersama,

saling

kenalmengenal,

dan

merapatkan

hubungan silaturahim. Namun begitu, kewujudan sekolah yang pelbagai aliran – seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil – telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini, ianya sudah tidak relevan untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin pudar. Hal masyarakat mengenal.

demikian Malaysia Perdana

kerana

sekolah

yang

berbilang

Menteri

Malaysia,

merupakan bangsa Datuk

tempat

bertemu Seri

Najib

mula-mula

untuk

saling

Tun

Razak,

mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu system sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikuti satu sistem persekolahan. Dalam melaksanakan dasar baru itu, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana tidak mahu timbul perbalahan dan kesan buruk kepada rakyat. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju untuk menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan system sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka. Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat Cina, India, dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun belajar di sekolah yang sama aliran. Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina, dan India. Masalah ini disebabkan oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina, dan Tamil yang menjadi faktor utama wujud jurang pendidikan antara masyarakat.

Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan; manakala di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua keadaan yang berbeza dan masalah ini sering berlanjutan sehingga kini. B. Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Pada tahun 2003, semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, suatu dasar baru pendidikan diperkenalkan, iaitu Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tujuan ianya dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Malaysia. Namun begitu pada tahun 2009, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan bahawa PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012, disebabkan timbulnya masalah-masalah. Walau bagaimanapun,

atas

sebab-sebab

tertentu,

pelajar

yang

telah

memulakannya boleh meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Isu PPSMI merupakan isu besar dalam pendidikan Malaysia kerana mendapat tentangan daripada masyarakat Melayu terutamanya. Antara sebab-sebab ia mendapat bantahan dari banyak pihak ialah kerana: (1) ianya bertentangan dengan Perlembagaan Perkara 152, iaitu memartabatkan bahasa Melayu; (2) prestasi pelajar-pelajar Melayu terutamanya merosot dalam subjek Sains dan Matematik; (3) kurangnya guru yang terlatih; dan (4) tentangan daripada pejuang-pejuang bahasa Melayu, para cendiakawan, tokoh akademik, ahli politik, dan NGO atau Non Governmental Organization yang

memperjuangkan

bahasa

Melayu

sebagai

bahasa

rasmi.

Ada

sesetangah pihak mempersoalkan mengapa setelah 7 tahun ia dilaksanakan, kini mendapat tentangan? Mungkin kah ianya sejajar dengan kehendak masyarakat yang telah merasai kesan daripada pelaksanaan dasar tersebut kepada pelajaran anak-anak mereka? Sememangnya, murid-murid dan pelajar-pelajar di luar bandar menunjukkan keputusan yang merosot kerana

ternyata sehingga kini mereka masih lagi ketinggalan, terutama dalam penguasaan bahasa Inggeris. Masyarakat luar bandar terutamanya masih belum bersedia sepenuhnya menerima PPSMI dilaksanakan kerana bimbang dengan masa depan. C. Pengisian Kurikulum Dan Ko-Kurikulum Masalah lain yang turut timbul ialah berkenaan dengan pengisian dalam kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum yang menjadi penentu kepada perkembangan murid-murid dan pelajar-pelajar (Awang Had Salleh, 1980). Hal ini penting kerana ia memberi kesan, sama ada positif atau negatif kepada masyarakat dalam membentuk jati diri dan disiplin. Sekiranya pengisian dalam kurikulum dan ko-kurikulum mengikut keperluan rakyat, maka tentu sebarang masalah tidak timbul. Tetapi oleh kerana wujud kelemahan-kelemahan dalam pengisian kukirulum dan ko-kurikulum, reaksi yang negatif kelihatan dalam hubungan masyarakat. Contohnya, sekolah kebangsaan tidak menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan Tamil sebagai subjek wajib telah menyebabkan ibu bapa daripada Cina dan India tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan. Bagi mereka, bahasa ibunda ialah identiti yang harus dipelihara. Mukriz

Mahathir

(2008)

memberi

pandangan

supaya

satu

sistem

persekolahan sahaja diwujudkan dengan menerapkan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai subjek yang wajib diambil oleh murid-murid Cina dan India (kenyataan dalam Utusan Online di http://www.utusan.com.my, 2/12/2008). Murid-murid Melayu boleh mengambil bahasa Mandarin dan Tamil sebagai salah satu subjek pilihan. Secara tidak langsung, orang Melayu akan dapat menguasai bahasa Mandarin dan Tamil yang akhirnya dapat merapatkan jurang pendidikan antara kaum.

Masyarakat perlu memahami bahawa objektif penggubalan dasar dan sistem pendidikan adalah berlandaskan keperluan pembentukan Negara Malaysia sebagai negara demokrasi yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa,

agama,

dan

menjadikan

Malaysia

maju

ke

hadapan.

KBSR

(Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) merupakan kurikulum yang diperkenalkan bagi meningkatkan lagi pendidikan dan perpaduan masyarakat, tetapi keberkesanannya untuk menyatupadukan

rakyat

yang

berbilang

kaum

masih

memerlukan

penambahbaikan (Shahril @ Charil Marzuki et al., 1995:110-126). D. Merealisasikan Wawasan 2020 Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 28 Febuari 1991 yang akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan negara maju menjelang tahun 2020. Reformasi yang telah dilakukan dalam sektor pendidikan adalah langkah konkrit untuk menuju ke arah Wawasan 2020. Bagi merealisasikan Wawasan 2020, antara sasaran yang mahu dicapai adalah mengenai perpaduan Negara di mana sektor pendidikan menjadi peneraju utama. Dalam sektor pendidikan, sistem persekolahan yang sempurna menjadi pendekatan yang digunakan untuk memastikan perpaduan di kalangan masyarakat. Tema perpaduan dalam sistem persekolahan amat dititiberatkan kerana hanya melalui perpaduan matlamat mencapai Wawasan 2020 dapat direalisasikan. Bermula dari sekarang (2010), hanya 10 tahun sahaja masa yang ada untuk negara Malaysia menjadi negara maju. Namun begitu, dengan situasi masyarakat dan negara sekarang timbul persoalan tentang persediaan untuk menghadapinya. Contohnya, hubungan masyarakat Malaysia kini masih lagi perlu diperkukuhkan kerana masih wujud

tanda-tanda

kelemahan

dalam

hubungan

masyarakat.

Sistem

persekolahan sepatutnya menjadi medium penggerak kepada masyarakat supaya mereka dapat disatupadukan melalui peluang pendidikan. Tetapi, masih wujud permasalahan dalam menentukan sistem persekolahan kerana ada sesetengah pihak mahu mengekalkan sistem persekolahan yang sedia ada, manakala sesetengah pihak lain mahu perubahan. Masalah-masalah dalam sistem pendidikan yang bermatlamatkan perpaduan negara diringkaskan melalui: (1) Masalah isu berbangkit hak bumiputra dan bukan bumiputra; (2) Jurang pencapaian pendidikan orang Melayu dan bukan Melayu melalui peluang pekerjaan dan pendapatan; (3) Masalah keciciran pelajar-pelajar Melayu dan bukan Melayu; (4) Hubungan yang renggang antara pelajar Melayu dan bukan Melayu; (5) Kurangnya pergaulan antara pelajar Melayu dan pelajar bukan Melayu, terutama selepas waktu sekolah; dan (6) Kurangnya pengetahuan dan tidak memahami dengan mendalam mengenai budaya, amalan, dan adat resam sesuatu kaum.

PENUTUP Kesimpulannya, pada era globalisasi ini atau dunia tanpa sempadan telah memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan

komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF