Kelahiran Dan Kematian Bintang
October 8, 2017 | Author: Nor Shahirah | Category: N/A
Short Description
Download Kelahiran Dan Kematian Bintang...
Description
KELAHIRAN DAN KEMATIAN BINTANG
Disediakan oleh: Nor Shahirah Binti Mokhtar
Bintang merupakan bebola jisim gas yang terbentuk disebabkan tarikan graviti mereka sendiri. Cahaya bintang terhasil dari tindakbalas pelakuran nuklear di bahagian teras, di mana unsur hidrogen digabungkan untuk menghasilkan unsur helium, gelombang eletromagnetik, dan tenaga. Permulaan kelahiran bintang terhasil daripada kepulan gas hidrogen dan debu angkasa yang membentuk Nebula.
Setelah proses pembentukan nebula terhasil, maka bintang yang baru yang dikenali dengan nama bintang bayi atau bintang muda (English-protostar) akan lahir. Bintang bayi lahir sebaik sahaja tindak balas nuklear bermula dalam teras bebola gas yang terbentuk dan ianya berwarna putih Suhu permukaannya ialah separuh daripada suhu permukaan matahari dan saiznya lebih kecil berbanding matahari. Ketika ini usianya ialah kira-kira 20 juta tahun.
Kira-kira umurnya mencecah 1.05 bilion tahun, bintang bayi akan berkembang kepada dua kemungkinan ciri fizikal, iaitu sama ada menjadi bintang sederhana seperti Matahari atau bintang raksasa.
Bagi bintang sederhana, ia akan menyala dan terus menyala untuk suatu jangka masa. Apabila ajalnya hampir tiba iaitu kira-kira 11.05 bilion tahun, bintang sederhana akan mengembang dan bertukar warna menjadi bintang raksasa yang berwarna merah dan dikenali sebagai ‘Gergasi Merah’. Jika terdapat planet-planet yang mengelilinginya, maka planet-planet ini akan disedut memasuki medan graviti bintang. Mungkin inilah nasib yang bakal dialami Bumi apabila Matahari hampir kepada ajalnya.
Kemudian, bintang raksasa ini akan meletup. Letupan ini dikenali sebagai Letupan Nebula. Dari letupan ini, tersisa teras bintang raksasa tadi yang dikenali sebagai kerdil putih iaitu bintang berwarna putih yang kecil. Dan kerdil putih ini akan terus menyala dan menjadi sisa sejarah bintang tersebut buat selama-lamanya.
Jika bintang bayi berkembang kepada bintang gergasi, maka ia akan terus bernyala untuk berjuta-juta tahun sehingga apabila hampir kepada ajalnya, akan membentuk bintang gergasi lampau besar (bintang ini lebih besar dari Gergasi Merah), dikenali dengan nama Super gergasi Merah. Kemudian ia meletup dan letupan ini dikenali dengan nama Letupan Supernova.
Selepas letupan ini berlaku, terdapat dua kemungkinan yang akan terjadi iaitu, sama ada akan tersisa daripadanya lohong hitam yang mampu menyedut apa sahaja termasuk alur cahaya, atau bintang neutron.
Sila lihat video….
Mengikut kajian sains, matahari ialah sejenis bintang yang sudah berusia 5 bilion tahun. Seperti bintang-bintang lain di alam semesta, matahari akan mati. Dan bagaimana dengan bumi jika matahari mati suatu hari nanti? Dalam jangka masa 5 bilion tahun lagi, matahari akan kehabisan hidrogen. Dan apabila ini berlaku, matahari akan menjadi ‘gergasi merah’.
Apabila ia sudah kehabisan bahan bakar, bahagian dasar matahari akan mengecil, dan menjana haba yang teramat panas, menyebabkan lapisan luarnya mengembang sehingga ke sistem solar. Dalam proses pengembangan ini, ia akan mencecah bumi. Oleh kerana pada masa itu habanya 2000 kali lebih panas dari biasa, sama ada bumi akan terus lenyap dalam apinya, atau keseluruhan permukaan luar bumi akan menjadi cair.
Pada masa ini matahari akan berhenti menyala, apa yang tinggal pada matahari akan mengecil sehingga menjadi bintang kerdil putih dan yang terdekat padanya nanti ialah planet Marikh, tetapi kegelapan akan menyelubunginya dan planet-planet lain dalam sistem solar selamanya.
View more...
Comments