Kedudukan Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN Pada Tahun 2015 Bukanlah Suatu Yang Mudah Kerana Banyak c

September 4, 2017 | Author: Candy Lee | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

ml...

Description

Kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2015 bukanlah suatu yang mudah kerana banyak cabaran akan dihadapi. Namun begitu, kedudukan ini membawa manfaat ke atas negara. Bincangkan

• Tema : isu antarabangsa • Format : 3+2 / 2+3 • Kehendak soalan : cabaran + manfaat

Cabaran • 1. Menterjemah aspirasi Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) menjelang akhir tahun 2015. • matlamat AEC - menyatukan ASEAN di bawah satu bumbung ekonomi melalui pengurangan tarif, liberalisasi dan penghapusan kekangan dalam melaksanakan aktiviti ekonomi di antara negara ahli. • Walaupun sebahagian besar dasar untuk melaksanakan AEC telah dicapai oleh semua negara, tetapi baki keputusan yang belum dimuktamadkan seperti mobiliti pekerja di antara negara memerlukan pengerusi yang tegas dan cekal. • Isu ini ditakrifkan sebagai salah satu kayu pengukur kejayaan AEC dan yang paling rumit untuk dipersetujui kerana perbezaan ketara status ekonomi negara ahli.

• • • • •

2. Pertindihan sempadan maritim Laut China Selatan yang melibatkan Kepulauan Spratly dan Paracel. -Vietnam, Filipina, Brunei dan Malaysia terlibat secara langsung dalam pertindihan tersebut. -Jika tuntutan tersebut hanya melibatkan ahli ASEAN, seperti di antara Malaysia dan Vietnam yang mensabitkan kepulauan Spratly, isu ini sebenarnya tidaklah begitu kritikal. -Masalah di Laut China Selatan menjadi begitu mendesak. Sebab : Negara China turut menuntut hampir 80 peratus dari keseluruhan perairan itu. -Senario penglibatan China terpaksa dihadapi oleh keempat-empat ahli ASEAN dan Malaysia umpamanya yang melibatkan Beting Serupai yang jaraknya dari Bintulu hanya 80 km sementara jarak terdekat daratan China iaitu Hainan pula 1,800 km dituntut oleh Beijing.

• 3. Kegagalan Perjanjian Am tentang Tarif dan Perdagangan (GATT) • Rundingan Pusingan Uruguay bertujuan utk halangan perdagangan antara ngr maju dan ngr membangun. • ASEAN menghadapi sekatan dan tarif yg berterusan oleh negara maju. • Cabaran mendapatkan pasaran baharu yg lebih kompetitif.

4. Dasar Perlindungan yang diamalkan oleh negara maju • Dasar perlindungan berkenaan menyekat persaingan terbuka barangan dari negara membangun termasuk ASEAN. • Galakan pasaran ke nagara maju yg tidak berlaku akan merendahkan penerimaan oleh ngr lain kerana ukuran standard penerimaan yg diletakkan pd penerimaan ngr maju. • Situasi ini mewujudkan cabaran kpd ngr ASEAN utk mendapatkan pasaran yg lebih luas di ngr maju.

Manfaat 1. Perkembangan ekonomi • BIMP-EAGA menjanjikan perancangan pembukaan Taman Halal di Kluster Industri Minyak Sawit Lahad Datu (POIC Lahad Datu), Sabah bagi meneroka potensi penghasilan produk makanan dan penjagaan diri berasaskan minyak sawit, selain produk berasaskan ikan dan marin. • Taman seluas 40 hektar itu akan membuka peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana, sekali gus menjadikan Lahad Datu sebagai pusat pertumbuhan ekonomi di Sabah. Difahamkan, POIC Lahad Datu sudah memperoleh Sijil Halmas daripada Perbadanan Pembangunan Halal Malaysia, satu-satunya di Sabah.

2. Pembangunan sosioekonomi • pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dapat menambah baik sistem pengangkutan darat menjadi lebih cekap, terutama dalam menghubungkan bandar utama di Sarawak, sekali gus mengintegrasikan kegiatan pelaburan dan mempercepatkan pertumbuhan sosioekonomi di setiap bahagian di negeri ini. • Lebuh raya itu dipercayai mewujudkan rangkaian jalan raya menghubungkan Sarawak, Brunei, Sabah dan Kalimantan, Indonesia bagi meningkatkan kerjasama serantau BIMP-EAGA, khususnya dalam pelaburan, perniagaan dan pelancongan.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF