5 JENIS KECEDERAAN DALAM SUKAN Dislokasi : Berlaku apabila tulang sendi terkeluar dari kedudukan asalnya. Dislokasi disebabkan pergerakan anggota badan luar daripada julat pergerakan yang biasa. Hal ini mengakibatkan ligamen dan tisu bahagian sendi terengang dan koyak. Otot kejang : Berlaku kekejangan pada otot, apabila otot kehilangan sifat kontraksi otot buat sementara. Kekejangan berlaku disebabkan ketidakseimbangan atau kekurangan air dan elektrolit( natrium dan klorida ) dalam otot kesan akibat perpeluhan dan kurang daya tahan. Terseliuh : berlaku apabila ligamen atau tisu-tisu terkoyak,teregang atau terpulas disebabkan bebanan yangkuat atau secara tiba-tiba. Fruktur : Berlaku apabila tulang patah atau retak disebabkan daya hentakan tepat , sipi atau daya putaran. Terdapat dua jenis fraktur ia itu fraktur tertutup dan fraktur terbuka. Otot terkoyak : Berlaku koyakan dibahagian otot atau tendondisebabkan pengecutan otot-otot secara drastik, ketidakupayaan otot atau tendon menengang beban yang dikenakan atau dihentakkan terus ke otot
BANTU MULA Definisi - Rawatan atau bantuan awalan yg diberikan kepada mangsa di tempat kejadian sebelumambulans tiba 3 prinsip dan prosedur bantu mula i) DRABC ii) TOTAPS iii) RICE i)
DRABC D = Danger (Bahaya) = Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya R = Respond (Tindak balas/Reaksi) = Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. Dapatkan tindak balas atau reaksi dari mangsa. Jika sedar, tanya mangsa keadaannya. Pastikan kecederaan atau kesan lain. Berikan rawatan yang sewajarnya. Dapatkan bantuan jika perlu. Jika tidak sedar, pastikan saluran pernafasan terbuka dan tiada halangan. Periksa samada mangsa bernafas atau tidak. Periksa pengaliran darah dengan merasa denyutan nadi di leher (karotid). A = Airway (Saluran pernafasan) = Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa B = Breathing (Pernafasan) = Pastikan mangsa bernafas C = Circulation (Peredaran/Pengaliran Darah) = Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadikarotid atau di leher
ii)
TOTAPS T - Talking (bercakap ) -
Bercakap dengan atlet/mangsa yang cedera Apa yang berlaku? Bagaimana kemalangan/kecederaan berlaku? Apa yang kamu rasa? Bahagian mana yang cedera? Adakah bahagian lain yang cedera? Pernahkah bahagian ini tercedera sebelum ini ?
O - Observe (memerhati) -
Memerhati ketika bercakap dengan atlet Adakah atlet/mangsa tertekan ? Adakah mangsa terbaring dengan posisi/posture yang bukan scara biasa? Adakah terdapat bengkak/kecacatan/lebam? Adakah terdapat perbezaan dengan anggota yang lain
T - Touch ( sentuhan ) -
Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak cedera dan secara perlahan begerak ke kawasan yang cedera. Adakah terdapat kelembutan? Adakah terdapat kecacatan? Adakah kawasan cedera panas?
A - Active (aktif) -
Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa sakit berhenti. Tunjukkan pergerakan yang sepatutnya pada bahagian yang tidak cedera terlebih dahulu. Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang penuh atau terhad? Adakah sakit ketika menggerakkan bahagian tersebut? Bilakah kesakitan tersebut dirasai?
P - Pasif (pasif) -
Berhati-hati gerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakkan yang normal. Berhenti jika kesakitanberlaku. Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang penuh? Bilakah kesakitan berlaku?
Bandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera dengan yang tercedera.
S – Skill iii)
Jika kecederaan tidak teruk minta mangsa melakukan pergerakan
RICE R – Rest - Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi kecederaan. I – Ice - Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat. C – Compression - Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan. E – Elevation - Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi
KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KECEDERAAN PAKAIAN Pakaian dalam sukan haruslah sesuai dengan saiz tubuh badan dan membenarkan penyejatan peluh berlaku. Pakaian yang diperbuat daripada kapas adalah sesuai dengan iklim negara kita kerana ia menyerap peluh. Ini akan mengelakkan peningkatan suhu yang mendadak. Pakaian yang terlalu ketat akan menjerut peredaran saluran darah dan ia akan menjejaskan kesihatan dan prestasi atlit.
PERALATAN BERSUKAN Peralatan mestilah bersesuaian dengan umur, ketinggian dan keupayaan fizikal individu itu untuk keselesaan bersukan malahan akan dapat meningkatkan motivasi individu tersebut untuk terus terlibat dalam sukan. Sebagai contoh, pelajar sekolah rendah yang ingin bermain tenis perlulah menggunakan riket yang bersesuaian dengan saiz dan berat mereka supaya ia tidak menjejaskan tahap peningkatan prestasinya dalam sukan tenis. Jadi tidak dapat dinafikan lagi kesesuaian peralatan bersukan amat penting agar ia dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk meningkatkan prestasi seseorang atlit. PERALATAN KESELAMATAN Semua atlit atau pemain mestilah menggunakan peralatan keselamatan untuk mengelak dari berlakunya kecederaan. Kebanyakan alatan keselamatan adalah mengikut kesesuaian pemakainya. Sukan-sukan yang berisiko tinggi untuk mendapatkan kecederaan seperti hoki, ragbi, taekwondo dan bola sepak mempunyai alatan sinpad, abdominal guard, head gear dan sarung tangan untuk melindungi bahagian-bahagian tertentu. PERALATAN PERTANDINGAN Penganjur pertanding umur haruslah mengutamakan keselamatan terutamanya dalam menyediakan peraturan sesuatu pertandingan. Peraturan-peraturan permainan yang telah ditetapkan oleh badanbadan sukan wajib dipatuhi agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Seharusnya penganjur sesuatu kejohanan atau pertandingan merujuk peraturan yang telah disediakan dan diedarkan kepada semua yang terlibat sebagai panduan. PADANG DAN GELANGGANG Kawasan permainan atau latihan seperti padang dan gelanggang haruslah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik dan tidak membahayakan penggunanya. Sebagai contoh padang ragbi yang tidak rata dan berlubang-lubang boleh mencederakan pemain seperti terseliuh dan tersadung. Ini akan menjejaskan prestasi pemain dan boleh mendatangkan bahaya kepada mereka. Jadi padang dan gelanggang mestilah sentiasa berada dalam keadaan yang baik serta alatan yang berada di sana juga turut dalam keadaan yang baik agar ia dapat digunakan sepenuhnya.
PEMULIHAN KECEDERAAN SUKAN REHABILITASI - mengembalikan bahagian yang cedera kepada keadaan asal. PRINSIP REHABILITASI -
Kesegeraan – ambil tindakan segera ke atas sesuatu insiden atau kes. Pemulihan awal - lakukan pemulihan awal untuk mengurangkan kesan kecederaan .Jangan tunggu bahagian tercedera sembuh baru melakukan pemulihan. Progresif – lakukan rehabilitasi secara beransur maju.
FAKTOR-FAKTOR YG MEMPENGARUHI REHABILITASI - Keterukan atau keseriusan kecederaan - Tahap penyembuhan tisu-Jenis rawatan - Kekuatan otot-otot pada tangan dan kaki - Kesakitan pada pergerakan sendi - Julat pergerakan sendi - Bengkak pada sendi - Keadaan-keadaan lain pada sendi - Keperluan atlet untuk bermain semula PROSES PEMULIHAN 1. Menguatkan otot, ligamen dan tendon yang telah pulih dari kecederaan. 2. Memulihkan tahap kecergasan atlet kepada keadaan asal. 3. Meningkatkan julat pergerakan dan kestabilan sendi atau otot. 4. Mengembalikan keyakinan atlet terhadap keupayaannya.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.