Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)
March 22, 2017 | Author: DennisAlap | Category: N/A
Short Description
Download Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)...
Description
KECEDERAAN DAN ASAS RAWATAN DALAM SUKAN Dalam kehidupan seharian, kecelakaan atau kecederaan kepada tubuh badan
sering berlaku.
Seperti kata pepatah Melayu yang tidak asing lagi,
“Malang Tidak Berbau”. Kecelakaan ini mungkin berlaku di mana-mana sahaja termasuklah ketika bersukan.
Apabila berlakunya kecederaan, beberapa
langkah dapat dilakukan untuk memberi bantuan atau pertolongan mangsa yang tercedera. Kadangkala, pertolongan cemas yang diberikan itu akan mencegah kecederaan daripada menjadi lebih serius.
Sistem otot rangka manusia
merangkumi tulang belakang, sendi, ligamen dan otot. Fungsi utama sistem ini ialah menampung tubuh badan manusia serta membolehkan manusia bergerak. Di samping itu, sistem otot rangka juga melindungi organ-organ penting seperti jantung, paru-paru, otak, ginjal dan hepar. Kecederaan pada sistem otot rangka lazimnya berlaku dalam keadaan berikut: kemalangan jalan raya, kecederaan semasa bersukan, kemalangan sewaktu bekerja (kemalangan perusahaan atau cara kerja) dan kemalangan domestik.
Kecederaaan Sebagai contoh, seorang mangsa kemalangan jalan raya mungkin mengalami kecederaan pelbagai ke atas sistem otot rangkanya.
Sekiranya
kecederaan melibatkan tulang tengkorak atau tulang vertebrata yang melindungi sistem saraf, mangsa kemalangan berkemungkinan menjadi lumpuh
atau
menemui ajal di tempat kemalangan. Biasanya korda spina tercedera dalam
sesuatu perlanggaran kereta-motor di jalan raya; bergantung kepada darjah kecederaan, mangsa mungkin mengalami kehilangan fungsi saraf secara sementara ataupun kekal.
Kecederaan yang melibatkan patah tulang femur
boleh mengakibatkan perdarahan yang banyak sehingga berlakunya renjatan. Sekiranya kecederaan melibatkan luka pada bahagian yang tercedera, ini memberi kesempatan untuk kemasukan serta pembiakan kuman bakteria yang akhirnya membawa kepada masalah sepsis yang teruk. Dan sekiranya bantuan perubatan atau pertolongan cemas tidak diperolehi dengan segera, keadaan mangsa mungkin menjadi lebih parah.
Bagi mereka yang berminat untuk bersukan, pastikan keselamatan diri dengan memakai peralatan sukan yang sesuai dan selamat serta tidak melebihi kemampuan diri sendiri. Sebelum memulakan sesuatu permainan sukan adalah dinasihatkan supaya membuat beberapa latihan regangan (stretching) untuk mengelakkan dari kecederaan sukan yang serius. Latihan penyejukan (cooling down) juga mustahak untuk membekalkan semula oksigen yang telah digunakan dan untuk mengelak anggota badan dari kecederaan apabila selesai menjalani sesuatu latihan fizikal, beriadah atau bersukan.
Jenis kecederaan Terdapat beberapa kecederaan antaranya i.
kecederaan tulang,
ii.
sendi,
iii.
ligamen,
iv.
otot-otot
v.
abdomen.
Beberapa istilah yang lazim digunakan dalam perbincangan membabitkan kecederaan dalam sistem otot rangka tubuh manusia, termasuklah apabila berlaku kecederaan semasa bersukan. Antaranya:1. Fraktur iaitu tulang yang patah atau retak. Fraktur boleh disebabkan oleh dua keadaan iaitu: i.
hentakan langsung (direct force) - apabila tulang patah atau retak di bahagian yang menerima hentakan seperti sepakan atau pukuan kuat
ii.
hentakan
tidak
langsung
(indirect
force)
-
a. apabila tulang patah atau retak beberapa jarak dari bahagian yang menerima hentakan (contohnya: fraktur tulang kolar akibat jatuh tertiarap dengan kedua-dua tangan menopang badan)
b. apabila berlakunya kontraksi otot-otot secara mengejut boleh mengakibatkan fraktur (contohnya, fraktur tulang tempurung lutut (knee cap) akibat kontraksi otot kuadriseps femoris secara mengejut). 2. Kecederaan Otot (strain) - otot telah diregang secara berlebihan. Keadaan ini berlaku pada individu-individu yang menggunakan otot secara mengejut dan berlebihan sehingga berlakunya
kekejangan
otot.
Biasanya
seseorang
yang
bermain/bersukan melakukan aktiviti fizikal tanpa membuat ‘warming up’ terlebih dahulu, boleh menyebabkan terjadinya kekejangan otot. 3. Terseliuh (sprain) - kecederaan berlaku pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut sehingga mengoyakkan ligamen dan tisu yang berhubungkait dengan sendi berkenaan. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya individu berkenaan membuat pergerakan mengejut seperti berpusing sewaktu berlari atau sewaktu mengejar bola. 4. Dislokasi (dislocation) - berlaku apabila hujung tulang sendi terkeluar dari kedudukan normal.
Sekiranya tulang sendi
terkeluar sebahagian sahaja, keadaan ini disebut sebagai dislokasi separa (partial dislocation atau subluxation). Sendi-
sendi yang lazim terlibat ialah bahu, siku, ibu jari, jari tangan dan rahang bawah. 5. Lutut terkunci (locked knee) - keadaan di mana tulang rawan sendi lutut terkoyak atau terkeluar dari kedudukan normalnya. Kecederaan ini berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:sepakan kencang yang tidak mengena sasaran (bola sepak), jatuh tangga dan berpusing secara mengejut ketika berdiri di atas satu kaki.
Simpton-simpton kecederaan tulang, sendi, ligamen dan otot Sekiranya salah satu atau lebih simpton dan tanda seperti mana di bawah berlaku, maka sewajarnyalah kita mengesyaki kecederaan tulang, sendi, ligamen dan otot: 1. Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi, ligamen atau otot. 2. Mangsa mendengar bunyi atau merasa ‘tulang patah’. 3. Ketidakupayaan untuk menggerakkan anggota yang tercedera. 4. Merasa kebas, parestesia atau anestesia, atau hilang denyutan nadi pada anggota yang tercedera. 5. Bunyi atau geselan hujung tulang yang tidak normal 6. Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi, ligamen atau otot.
7. Bentuk, kedudukan atau pergerakan tulang atau sendi yang tidak normal.
Penilaian Terhadap Kecederaan. Apabila berlaku kecederaan, prosedur berikut boleh kita gunakan : TOTAPS. T (Talk)
-
Bercakap dengan atlit yang cedera. Bertanya – bagaimana ia belaku? Di mana sakitnya? Adakah ia bertambah, berkurang atau tidak berubah?
O (Observe)
-
Memerhati keadaan orang yang cedera. Memerhati tempat yang cedera, lebam, bengkak dan lain-lain tanda
T (Touch)
-
Menyentuh tempat ang cedera.
A (Active Move)
-
Pergerakan aktif. Menyuruh atlit bergerak tanpa memberi bantuan kepadanya. Pergerakan terhad dan rasa sakit yang amat sangat menggambarkan keperluan rawatan perubatan.
P (Passive Move)
-
Pergerakan pasif. Jika kecederaan kurang jelas,
Aplikasikan regangan otot secara perlahan. Jika masih rasa sakit, atlit perlu direhatkan dan dapatkan rawatan. S (Stand)
-
Berdiri. Atlit yang cedera disuruh berdiri dan seterusnya melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari, melompat dan menendang. Ulang aktiviti jika cedera masih tidak dikenal pasti.
Rawatan Kecederaan Ringan. Cryotherapy – RICE. Tindakan awal ke atas kecederaan tisu lembut. R (Rest)
- Merehatkan bahagian yang cedera. Atlit tidak dibenarkan meneruskan aktiviti fizikalnya.
I (Ice)
- Menggunakan ais ada bahagian yang cedera. Aplikasikan ais selama 5 – 10 minit dan ulang setiap 3 jam atau
4
kali
sehari,
jika
boleh
berbuat
demikian.
Penggunaan ais perlu diadakan dalam 24 jam pertama untuk mengelakkan bengkak kerana pengumpulan cecair di tempat yang cedera. Penggunaan
ais boleh diteruskan
sehingga 72 jam.
C (Compression)
- Tekanan dikenakan pada bahagian yang cedera
dengan dua cara : Cara
tidak
langsung
dengan
membalut
bahagian cedera menggunakan bandej atau pita pelekat kain. Secara langsung iaitu dengan tekanan tangan. E (Elevation)
- Menaikkan bahagian yang cedera ke paras lebih tinggi dari paras jantung. Ini boleh dilakukan dengan mengangkat kaki atlit ke atas bangku sambil baring
Ubat anti-inflammatory - penggunaan ubat ini hendaklah ditentukan oleh pegawai perubatan. Rawatan fisioterapi
- perlu diberi secepat mungkin iaitu selepas kecederaan.
Bantu diri, pergerakan bebas dan latihan pemulihan – senaman secara bebas. Corticosteroid
- ditentukan oleh pegawai perubatan. Dilakukan sekiranya rawatan-rawatan lain tidak berjaya.
Rawatan Untuk Kecederaan Tidak Dijangka 1. Terseliuh Terseliuh adalah satu kecederaan pada persendian di mana ligamen dan tisu-tisunya terpusing. Biasanya berlaku pada pergelangan tangan dan kaki. Tanda - Bengkak, lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang cedera, menjadi biru kehitaman. Simptom
- Rasa kesakitan pada sendi itu.
Rawatan
-
a. Letakkan ais pada sendi yang cedera untuk mengurangkan bengkak dan melegakan kesakitan. b. Jika pergelangan kaki terseliuh, buka kasutnya dengan segera. c. Tinggikan bahagian yang cedera dan letakkan sendi dalam keadaan paling selesa. Jika pergelangan tangan, siku atau bahu terseliuh, ampu tangan sebelah bahagian tercedera dengan anduh besar. d. Lekapkan kapas yang tebal pada sendi yang cedera dan balutnya dengan pembalut krep mengikut angka lapan.
Bawa mangsa ke hospital.
Terkehel Terkehel adalah satu keadaan di mana tulang terkeluar dari sendi dan kedudukannya berubah. Tanda
- Berubah kedudukan sendi, berubah rupa, bengkak, lebam.
Simptom
- Rasa amat sakit pada sendi.
Rawatan
-
a. Jangan cuba membetulkan tulang yang terkehel. b. Jangan gerakkan anggota yang cedera dan biarkan dalam kedudukan paling selesa. c. Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera.
Urat Daging Terkoyak Otot-otot boleh menjadi lebih tegang atau koyak disebabkan oleh pengecutan otot-otot secara tiba-tiba seperti ketika mengangkat benda berat atau bermain. Tanda
- Bengkak, perubahan warna di bawah kulit atau lebam di bahagian cedera.
Simptom
- Rasa kesakitan ketika bergerak, mungkin menjadi kaku.
Rawatan
-
a. Letakkan bahagian yang cedera dalam keadaan yang paling selesa. b. Letakkan kompres sejuk untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan dalam tempoh 24 jam. c. Ampu bahagian yang cedera dengan anduh segitiga. d. Bawa mangsa ke hospital.
Kejang Otot Kejang adalah satu keadaan yang berlaku secara tiba-tiba dan sakit kerana otot-otot tertarik dan tersimpul. Ia disebabkan oleh kehilangan air akibat perpeluhan yang berlebihan dan pengaliran darah ke otot yang kurang. Biasanya berlaku di depan peha (quadriceps), belakang peha (hamstring) atau betis Calves). Tanda - Kejang otot. Simptom
- Letih, rasa sakit otot yang teruk.
Rawatan
-
a. Rehatkan pelajar / atlit. b. Memanjangkan otot yang mengejang. Luruskan bahagian otot (tangan, kaki atau peha) dan regang secara perlahan. c. Beri minuman air sejuk.
Pedih Perut Ketika bermain, berlari atau melakukan aktiviti senaman, terutama bagi yang tidak biasa berlatih, sering terjadi kekejangan pada otot abdomen dan akan terasa sakit atau pedih pada abdomennya. Rawatan
-
a. Rehatkan atlit secara baring terlentang. b. Beri minuman air panas. c. Gosokkan pada bahagian abdomen yang sakit itu.
Pencegahan Kecederaan. Pencegahan harus menjadi keutamaan dalam sukan sama ada oleh guru, jurulatih, atlit atau pentadbir sukan. Pencegahan bergantung kepada faktor-faktor berikut:
Memanaskan Badan Dan Aktiviti Pemulihan Memanaskan badan perlu untuk meregang otot tendon dan ligamen yang akan digunakan selepas sesi itu. Bagi meningkatkan suhu badan, atlit perlu bersedia secara mental dan fizikal untuk aktiviti yang diceburinya. Sesi pemulihan juga penting kerana selepas melakukan aktiviti fizikal, tubuh badan perlu dipulihkan beransur-ansur bagi mengelakkan pengumpulan darah di otot-otot tertentu yang akan menyebabkan rasa sakit, tegang dan kejang otot dalam kes-kes tertentu
Pencegahan Melalui Kecergasan Sukan Daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular yang tinggi atau tahap stamina yang tinggi mengurangkan kemungkinan berlakunya kecederaan. Ini disebabkan otot-otot, tendon dan sendi dikuatkan. Di samping itu peningkatan stamina membolehkan atlit melibatkan diri dalam aktiviti tanpa merasa letih. Keletihan merupakan salah satu punca kecederaan dalam sukan.
Pencegahan Melalui Kemahiran Kemahiran bukan sahaja melibatkan aspek fizikal tetapi juga aspek mental yang membolehkan atlit/pelajar menganalisa suasana permainan dan mengenal simptom yang akan menyebabkan kecederaan.
Pencegahan Melalui Persekitaran 1. Tempat bermain Pencahayaan, keadaan dan bahan padang/gelanggang, kawasan bebas padang/gelanggang. 2. Pakaian dan peralatan Alat pelindung badan seperti ‘shinguard’ untup menutup tulang betis, penutup muka untuk bola lisut, penahan gigi untuk tinju. Kasut – mengikut acara sukan dan memenuhi kriteria keseimbangan, kelembutan, berat dan tapak. Pakaian – bahan, keselesaan dan kesesuaian dengan cuaca.
Pencegahan Melalui Prosedur-Prosedur Terkawal Kecederaan mungkin berlaku sekiranya salah satu yang berikut diabaikan: Kawalan diri oleh pelajar/atlit. Kawalan oleh pengadil. Kawalan latihan/program pertandingan oleh jurulatih.
Prinsip asas pertolongan cemas 1. Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan-keadaan yang boleh mengancam nyawa seperti gangguan saluran pernafasan
(air-ways obstruction), gangguan bernafas (breathing difficulties) dan gangguan sirkulasi (circulatory difficulties) 2. Mengurangkan kesemua pergerakan mangsa dan bahagian yang tercedera 3. Menghalang
pergerakan
bahagian
yang
tercedera
menggunakan belat (splin), anduh dan pembebat 4. Mencegah kontaminasi luka pada bahagian yang tercedera 5. Mencegah keadaan bengkak menjadi lebih serius 6. Merawat renjatan sekiranya berlaku
dengan
Penutup
Sebarang tindakan pertolongan cemas untuk merawat pesakit mestilah berasaskan kepada prinsip-prinsip tertentu, jika sekiranya melakukan sesuatu tindakan yang melampau kemampuan kemahiran seseorang penolong cemas, sungguhpun bertujuan murni, boleh menjejaskan rawatan doktor. Kecederaan seperti patah tulang atau pendarahan jika tidak diberi pertolongan cemas akan menjadi lebih teruk. Patah tulang belakang boleh mencederakan korda spina (saraf dalam tulang belakang) dan mengakibatkan kelumpuhan. Pendarahan jika berterusan akan mengakibatkan kehilangan darah yang banyak. Begitu juga sebarang luka yang dibalut dengan sempurna boleh dicegah daripada serangan kuman, lukanya senang diberi rawatan selanjutnya dan akan lekas sembuh. Apabila tulang yang patah dibalut dan dibelat, maka rasa kesakitan pun berkurangan. Tindakan yang tenang dan cekap itu dengan sendirinya memberi harapan kepada pesakit. Kata-kata nasihat juga boleh mententeramkan jiwa yang resah. Kepada ahli-ahli sukan, sebelum melakukan latihan sukan, mereka perlulah mempastikan kesihatan dan kemampuan diri sendiri terlebih dahulu. Kemudian, memulakan latihan dengan mengadakan sesi ‘warming up’ atau panaskan badan. Begitu juga apabila selesai sesuatu latihan, membuat sesi ‘cooling down’ atau menyejukkan badan adalah mustahak bagi mengelak terjadinya kesakitan atau kecederaan pada anggota badan selepas latihan.
Memakai peralatan sukan yang sesuai dan selamat serta tidak melebihi kemampuan sendiri juga adalah penting bagi mengelak berlakunya kecederaan sukan. Begitu juga kepada orang yang memberikan pertolongan cemas; memberi pertolongan hendaklah berfikir dan jangan panik. Justeru itu, langkahlangkah pencegahan amatlah wajar difahami serta diamali supaya kecederaan serius tidak berlaku. Kesan daripada kecederaan boleh mengakibatkan masalah psikologi
yang sementara atau kekal seperti tekanan perasaan (stress),
gangguan emosi dan mental. Oleh itu berhati-hati, beringat-ingat dan berwaspadalah selalu untuk mengelakkan dari berlakunya kecederaan dan berfikir sebelum mengambil satu-satu tindakan pertolongan kepada mangsa yang mengalami kecederaan
KECEDERAAN TISU LEMBUT
Pendahuluan Kemalangan dan kecederaan kerap berlaku apabila aspek-aspek keselamatan tidak diutamakan. Kebanyakan kes yang berlaku adalah berpunca daripada kecuaian, kelalaian, kekurangan keupayaan membuat keputusan yang sesuai dan keadaan yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Setiap orang guru atau jurulatih haruslah mengetahui tahap kesihatan dan tahap kecergasan para pelajar atau atlit di bawah jagaannya.
Klasifikasi Kecederaan Semua kecederaan sukan boleh dikategorikan mengikut tempoh masa ia wujud. Terdapat dua jenis kecederaan berasaskan masa iaitu : a. Tenat (Acute)
- kecederaan yang berlaku secara tiba-tiba seperti luka dan lebam.
b. Kronik (Chronic)- kecederaan yang wujud berpanjangan seperti siku tenis (tennis elbow).
Kecederaan tisu lembut melibatkan bahagian otot, ligamen, tendon dan rawan. Ia boleh berlaku di bahagian tengah otot, antara otot dengan tendon, tendon, di tempat melekat tendon (origin dan insertion) atau di tulang sendiri.
Jenis Kecederaan Tisu Lembut Kecederaan tisu lembut dibahagikan kepada dua jenis kecederaan iaitu : Kecederaan Tisu Lembut Tenat. 1.
Luka kulit dalam (punctures). Berlaku apabila kulit luar berpecah seperti terkena paku kasut (spike) atau kuku tajam.
2.
Lecur/Mengelupas. Berlaku apabila kulit terkoyak kerana benda tajam seperti cincin atau jam tangan.
3.
Lebam/Kontusi. Berlaku hasil daripada pukulan langsung. Tisu dan rerambut darah tercedera menyebabkan kehilangan cecair dan darah. Rasa sakit, bengkak dan kawasan tercedera berubah warna.
4.
Seliuh (sprains). Berlaku apabila ligamen diregang atau dikoyak. Disebabkan oleh pukulan terus atau terpulas.
5.
Rawan terkoyak. Berlaku apabila tulang di sendi terpulas dan tertekan. Biasanya berlaku di lutut.
6.
Tergeliat(strains). Berlaku apabila otot atau tendon dipendekkan atau diregang dengan kuat.
7.
Dislokasi (dislocation). Berlaku apabila tulang terkeluar dari kedudukan biasa.
Kecederaan Tisu Lembut Kronik 1.
Tergeliat kronik otot. Berlaku apabila otot dikerjakan berlebihan dan diregang berlebihan. Wujud hasil daripada kecederaan berlarutan beberapa minggu atau bulan.
2.
Tendinitis. Berlaku apabila tendon diregang berlebihan atau digunakan berlebihan. Kecederaan ini biasanya berlaku pada tendon lutut (patela), tumit (achilles) apabila melakukan aktiviti melompat atau berlari yang berlebihan. Kecederaan biceps dan rotator cuff (bahu) pula adalah kerana individu membuat aktiviti balingan bahu yang lemah dan tidak fleksibel.
3.
Bursitis. Rongga sendi yang kecil dan penuh cecair yang terletak di antara tulang, otot, tendon dan tisu-tisu lain. Berlaku apabila bahagian tertentu diasak. Sering berlaku di siku dan lutut.
Pengelasan Kecederaan / Darjah Kecederaan 1.
Sakit sedikit semasa cedera atau dalam tempoh 24 jam selepas kecederaan, sakit setempat, atlit masih boleh meneruskan permainan.
2.
Sakit sederhana. Sakit semasa melakukan pergerakan, atlit tidak dapat meneruskan permainan.
3.
Atlit mendengar bunyi putus ‘pop’, bengkak, sakit sangat, kejang otot, berdarah, bentuk bahagian yang cedera berubah – cacat.
Penilaian Terhadap Kecederaan Apabila berlaku kecederaan, prosedur berikut boleh kita gunakan : TOTAPS. T (Talk)
-
Bercakap dengan atlit yang cedera. Bertanya – bagaimana ia belaku? Di mana sakitnya? Adakah ia bertambah, berkurang atau tidak berubah?
O (Observe)
-
Memerhati keadaan orang yang cedera. Memerhati tempat yang cedera, lebam, bengkak dan lain-lain tanda
T (Touch)
-
Menyentuh tempat ang cedera.
A (Active Move)
-
Pergerakan aktif. Menyuruh atlit bergerak tanpa memberi bantuan kepadanya. Pergerakan terhad dan rasa
sakit
yang
amat
sangat
menggambarkan
keperluan rawatan perubatan. P (Passive Move)
-
Pergerakan pasif. Jika kecederaan kurang jelas,
aplikasikan regangan otot secara perlahan. Jika masih rasa sakit, atlit perlu direhatkan dan dapatkan rawatan. S (Stand)
-
Berdiri. Atlit yang cedera disuruh berdiri dan Seterusnya melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari, melompat dan menendang. Ulang aktiviti jika cedera masih tidak dikenal pasti.
Rawatan Kecederaan Ringan Cryotherapy – RICE. Tindakan awal ke atas kecederaan tisu lembut. R (Rest)
-
Merehatkan bahagian yang cedera. Atlit tidak dibenarkan meneruskan aktiviti fizikalnya.
I (Ice)
-
Menggunakan ais ada bahagian yang cedera. Aplikasikan ais selama 5 – 10 minit dan ulang setiap 3 jam atau 4 kali sehari, jika boleh berbuat demikian. Penggunaan ais perlu diadakan dalam 24 jam pertama
untuk
pengumpulan
mengelakkan
cecair
di
bengkak
tempat
yang
kerana cedera.
Penggunaan ais boleh diteruskan sehingga 72 jam. C (Compression)
-
Tekanan dikenakan pada bahagian yang cedera dengan dua cara :
Cara tidak langsung dengan membalut bahagian cedera menggunakan bandej atau pita pelekat kain. Secara langsung iaitu dengan tekanan tangan. E (Elevation)
- Menaikkan bahagian yang cedera ke paras lebih tinggi dari
paras jantung. Ini boleh dilakukan dengan mengangkat kaki atlit ke atas bangku sambil baring Ubat anti-inflammatory - penggunaan ubat ini hendaklah ditentukan oleh pegawai perubatan. Rawatan fisioterapi - perlu diberi secepat mungkin iaitu selepas kecederaan. 4.
Bantu diri, pergerakan bebas dan latihan pemulihan – senaman secara
bebas. 5.
Corticosteroid - ditentukan oleh pegawai perubatan. Dilakukan sekiranya
rawatan-rawatan lain tidak berjaya.
Rawatan Untuk Kecederaan Tidak Dijangka Terseliuh. Terseliuh adalah satu kecederaan pada persendian di mana ligamen dan tisu-tisunya terpusing. Biasanya berlaku pada pergelangan tangan dan kaki.
Tanda - Bengkak, lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang cedera, menjadi biru kehitaman. Simptom
- Rasa kesakitan pada sendi itu.
Rawatan
- a. Letakkan ais pada sendi yang cedera untuk mengiurangkan
bengkak dan melegakan kesakitan. b. Jika pergelangan kaki terseliuh, buka kasutnya dengan segera. c. Tinggikan bahagian yang cedera dan letakkan sendi dalam keadaan paling selesa. Jika pergelangan tangan, siku atau bahu terseliuh, ampu tangan sebelah bahagian tercedera dengan anduh besar. d. Lekapkan kapas yang tebal pada sendi yang cedera dan balutnya dengan
pembalut krep mengikut angka lapan.
Bawa mangsa ke hospital. Terkehel. Terkehel adalah satu keadaan di mana tulang terkeluar dari sendi dan kedudukannya berubah. Tanda - Berubah kedudukan sendi, berubah rupa, bengkak, lebam. Simptom
- Rasa amat sakit pada sendi.
Rawatan
- a. Jangan cuba membetulkan tulang yang terkehel.
b. Jangan gerakkan anggota yang cedera dan biarkan dalam kedudukan paling selesa. c. Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera. Urat Daging Terkoyak.
Otot-otot boleh menjadi lebih tegang atau koyak disebabkan oleh pengecutan otot-otot secara tiba-tiba seperti ketika mengangkat benda berat atau bermain. Tanda - Bengkak, perubahan warna di bawah kulit atau lebam di bahagian cedera. Simptom
- Rasa kesakitan ketika bergerak, mungkin menjadi kaku.
Rawatan
- a. Letakkan bahagian yang cedera dalam keadaan yang paling
selesa. b. Letakkan kompres sejuk untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan dalam tempoh 24 jam. c. Ampu bahagian yang cedera dengan anduh segitiga. d. Bawa mangsa ke hospital. Kejang Otot. Kejang adalah satu keadaan yang berlaku secara tiba-tiba dan sakit kerana otot-otot tertarik dan tersimpul. Ia disebabkan oleh kehilangan air akibat perpeluhan yang berlebihan dan pengaliran darah ke otot yang kurang. Biasanya berlaku di depan peha (quadriceps), belakang peha (hamstring) atau betis Calves). Tanda - Kejang otot. Simptom
- Letih, rasa sakit otot yang teruk.
Rawatan
- a. Rehatkan pelajar / atlit.
b. Memanjangkan otot yang mengejang. Luruskan bahagian otot (tangan, kaki atau peha) dan regang secara perlahan. c. Beri minuman air sejuk. Pedih Perut. Ketika bermain, berlari atau melakukan aktiviti senaman, terutama bagi yang tidak biasa berlatih, sering terjadi kekejangan pada otot abdomen dan akan terasa sakit atau pedih pada abdomennya. Rawatan
- a. Rehatkan atlit secara baring terlentang.
b. Beri minuman air panas. c. Gosokkan pada bahagian abdomen yang sakit itu.
Pencegahan Kecederaan. Pencegahan harus menjadi keutamaan dalam sukan sama ada oleh guru, jurulatih, atlit atau pentadbir sukan. Pencegahan bergantung kepada faktor-faktor berikut:
Memanaskan Badan Dan Aktiviti Pemulihan. Memanaskan badan perlu untuk meregang otot tendon dan ligamen yang akan digunakan selepas sesi itu. Bagi meningkatkan suhu badan, atlit perlu bersedia secara mental dan fizikal untuk aktiviti yang diceburinya. Sesi pemulihan juga penting kerana selepas melakukan aktiviti fizikal, tubuh badan perlu dipulihkan beransur-ansur bagi mengelakkan pengumpulan
darah di otot-otot tertentu yang akan menyebabkan rasa sakit, tegang dan kejang otot dalam kes-kes tertentu
Pencegahan Melalui Kecergasan Sukan. Daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular yang tinggi atau tahap stamina yang tinggi mengurangkan kemungkinan berlakunya kecederaan. Ini disebabkan otot-otot, tendon dan sendi dikuatkan. Di samping itu peningkatan stamina membolehkan atlit melibatkan diri dalam aktiviti tanpa merasa letih. Keletihan merupakan salah satu punca kecederaan dalam sukan.
Pencegahan Melalui Kemahiran. Kemahiran bukan sahaja melibatkan aspek fizikal tetapi juga aspek mental yang membolehkan atlit/pelajar menganalisa suasana permainan dan mengenal simptom yang akan menyebabkan kecederaan.
Pencegahan Melalui Persekitaran. Tempat bermain. Pencahayaan, keadaan dan bahan padang/gelanggang, kawasan bebas padang/gelanggang. Pakaian dan peralatan.
Alat pelindung badan seperti ‘shinguard’ untup menutup tulang betis, penutup muka untuk bola lisut, penahan gigi untuk tinju. Kasut – mengikut acara sukan dan memenuhi kriteria keseimbangan, kelembutan, berat dan tapak. Pakaian – bahan, keselesaan dan kesesuaian dengan cuaca.
Pencegahan Melalui Prosedur-Prosedur Terkawal. Kecederaan mungkin berlaku sekiranya salah satu yang berikut diabaikan: Kawalan diri oleh pelajar/atlit. Kawalan oleh pengadil. Kawalan latihan/program pertandingan oleh jurulatih.
View more...
Comments