Karangan Pertanian

October 8, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Karangan Pertanian...

Description

 

  Soalan

:

Peranan Pelbagai pihak dalam menjadikan sektor pertanian sebagai sumber bekalan makanan negara

Sektor pertanian dan sektor asas tani a amat mat penting dalam pe pembangunan mbangunan sesebuah negara. Melalui sistem pertanian yang terancang, bekalan makanan dapat disalurkan kepada setiap penduduk di negara ini. Dalam pada itu, pertambahan penduduk dan pembangunan negara yang semakin pesat menyebabkan bahan makanan semakin berkurang. Oleh hal yang demikian, kerajaan terpaksa mengimport bahan makanan daripada negara jiran dan negara luar. Menyedari hakikat bahawa Malaysia berpotensi untuk menghasilkan pelbagai sumber makanan yang tersendiri lantaran kemakmuran dan kesuburan bumi beriklim Tropika ini, maka pelbagai pihak harus memainkan peranan bagi menjamin bekalan makanan berterusan dan pembangunan negara berada pada tahap yang mapan. Persoalan yang sering menjadi percaturan minda apakah peranan pelbagai pihak dalam menjadikan sektor pertanian sebagai sumber bekalan makanan negara?

Peranan perdana untuk menjadikan sektor pertanian ini sebagai sumber makanan negara ialah, pihak ialah,  pihak kerajaan perlu membuka kawasan pertanian baru baru.. Hal ini demikian kerana pembukaan tanah pertanian baru akan dapat meningkatkan  jumlah pengeluaran hasil pertanian. Sebagai contoh, pihak kera kerajaan jaan boleh memberi tanah rizab kerajaan kepada pihak-pihak tertentu seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk membuka dan meneroka kawasan baru bagi tujuan aktiviti pertanian. Era ini, FELDA telah berjaya membuka beberapa kawasan pertanian secara komersial contohnya, di FELDA Kemahang Kelantan, FELDA Taib  Andak Johor, dan sebagainya. Kerajaan juga boleh menggalakk menggalakkan an pengusaha membuka lebih banyak kawasan penternakan haiwan seperti ayam, kambing, lembu, dan sebagainya. Bidang penternakan ini juga akan membuahkan hasil yang lumayan. Walau bagaimanapun petani jangan mudah gelap mata dengan peningkatan pendapatan tersebut kerana usaha berterusan amat perlu dan jangan hanya bersikap ‘hangat‘hangat-hangat tahi ayam’ . Oleh itu, ‘sudah terang lagi bersuluh’  bahawa pembukaan kawasan pertanian yang baru akan dapat meningkatkan kuantiti hasil pertanian dan seterusnya mampu menjamin bekalan makanan negara.

 

  Selain itu, peranan seterusnya yang boleh dilakukan untuk meningkatkan hasil pertanian negara adalah melalui  pihak bank memberi kemudahan kredit kepada para petani atau pengusaha. pengusaha . Hal ini demikian kerana faktor utama sektor ini kurang berkembang berbanding negara-negara pertanian lain seperti Thailand dan Filipina, disebabkan hampir semua petani dan pengusaha di negara ini dihambat kemiskinan dan kekurangan modal. Implikasinya, mereka tidak mampu membeli dan memiliki jentera-jentera canggih , benih-benih yang bermutu, dan memperluas tanah pertanian. Bertitik tolak daripada itu, kerajaan telah memberikan peruntukan dan amanah yang besar kepada Agro Bank dan Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) agar dapat membantu lebih ramai pengusaha dan petani memperluas aktiviti memproses hasil pertanian dan meningkatkan kegiatan pertanian mereka.Slogan Kementerian Pertanian Pert anian Malaysia “ Pertanian adalah Perniagaan”amat wajar dihayati dan diamalkan oleh para petani. Sebagai contoh, pemberian pinjaman oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab akan memberi peluang kepada petani membeli tanah untuk pertanian dan juga membeli pelbagai kemudahan asas pertanian sekali gus pertanian secara komersial dapat dijalankan lantaran pelbagai kemudahan kredit yang diberi. Oleh itu, bahan makanan dapat dikeluarkan oleh para petani dalam kuantiti yang banyak sekali gus mampu menampung permintaan yang banyak saban hari.

Di samping itu, agensi-agensi kerajaan juga turut memainkan peranan  penting dalam meningkatkan hasil pertanian negara negara.. Hal ini demikian kerana, masyarakat kita hari ini masih dangkal tentang pertanian moden. Agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN), Pihak Berkuasa Pekebun Kecil (RISDA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) merupakan penggerak kepada petani. Mereka menggalakkan masyarakat terlibat dalam bidang pertanian dengan cara menyediakan khidmat kursus dan latihan, memberi pinjaman modal, dan mempromosikan hasil pertanian. Sebagai contoh, pada Julai 2008, pihak RISDA telah mengadakan satu kursus kepada para belia bagi menggalakkan mereka terlibat secara giat dalam sektor ini. Minat para belia mesti dipupuk kerana ‘tak kenal maka tak cinta’ . Hal ini demikian kerana, sumbangan belia dalam sektor ini akan mencorakkan sektor pertanian negara. Oleh itu, ‘belum berkilat sudah

 

berkilau, bulan sangkap tiga puluh’  agensi-agensi kerajaan memainkan peranan

penting bagi meningkatkan hasil pertanian negara. Seterusnya, wahana penting negara mudah disebarkan melalui media massa. Dalam

hal

ini

media

massa

memainkan

peranan

penting

dalam

usaha

menyampaikan maklumat mutakhir tentang sebarang visi dan misi kerajaan. kerajaan . Begitu  juga peranan media massa dalam usaha meningkatkan hasil pertanian negara . Impak positifnya amat jelas kerana media massa merupakan medium penyebaran maklumat yang berkesan. Media cetak atau media elektronik mestilah memainkan peranan masing-masing dengan memberi pendedahan ilmu pertanian kepada petani dan masyarakat setempat. Media massa contohnya Radio dan Televisyen Malaysia ( RTM ) perlu mengatur dan merancang program-program yang memaparkan kepentingan sektor pertanian terhadap pembangunan negara. Pelbagai program khas

yang

memaparkan

kaedah-kaedah

pertanian

yang

efektif

hendaklah

diketengahkan bagi membantu para petani dan usahawan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian mereka. Selain itu, segmen-segmen usahawan berjaya juga perlu diterap dalam program tersebut.Matlamat utama program tersebut, diharapkan para penonton akan lebih berminat menceburkan diri dalam sektor ini kerana ‘mata pena lebih tajam daripada mata pedang’ . Sebagai contoh, program-program yang sering dipaparkan adalah seperti Agrojurnal, Agrotek, Usahawan Muda dan sebagainya. Intihanya, peranan media massa tidak kurang pentingnya dalam usaha meningkatkan hasil pertanian pert anian negara.  negara. 

 Akhir sekali, Institusi Pengajian Tinggi seperti Universiti Pertanian Malaysia sewajarnya menjalankan penyelidikan secara santifik   bagi meningkatkan hasil pertanian Negara. Penyelidikan yang tepat akan berjaya menghasilkan kualiti benih yang bermutu dan tahan penyakit. Benih yang berkualiti akan menghasilkan tanaman yang berkualiti dan seterusnya dapat dipasarkan untuk pasaran dalam dan luar negara. Penyelidikan boleh dijalankan melalui kacukan biji benih dari pokok induk yang baik bakanya seterusnya membuat pengklonisasi untuk memastikan kuantiti tanaman mencukupi dalam satu masa dan memelihara kualiti hasil tanaman. Dalam usaha merealisasikannya, pihak bertanggungjawab seperti Malaysian  Agricultural Research and Development Institute (MARDI) perlu turun padang dan

 

punggung ’  sahaja. Pihak-pihak yang  jangan hanya 'sekadar ringan mulut, berat punggung’ terlibat ini perlu sentiasa membuat penyelidikan bagi meningkatkan hasil pertanian dan mengawal kualiti sama ada tanaman atau ternakan.Tegasnya, penyelidikan adalah amat penting bagi memastikan pengeluaran biji benih yang sihat dan menjurus kepada penghasilan tanaman yang baik.

Konklusinya, sektor pertanian akan lebih berkembang pesat jika semua pihak berusaha untuk memajukan sektor ini. Penganjuran MAHA pada setiap tahun contohnya, merupakan komitmen kerajaan dan agensi swasta untuk melonjak pendapatan negara melalui sektor pertanian dan asas tani selain berobjektifkan menarik minat rakyat negara ini menceburkan diri dalam bidang ini.Oleh itu, usaha yang bersungguh-sungguh untuk maju dalam bidang ini amat perlu dalam kalangan rakyat negara ini kerana ‘kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya’.  Sesungguhnya gandingan mantap semua pihak ‘seperti aur dengan tebing’  akan dapat merealisasikan impian negara untuk meningkatkan hasil

pertanian negara dan sekali gus menjamin sumber bekalan makanan negara mencukupi.

.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF