Karangan - Kepentingan Aktiviti Riadah

March 28, 2018 | Author: Happy Li | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

KARANGAN SPM...

Description

BAHAGIAN A Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada aktiviti riadah yang boleh dilakukan. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah aktiviti riadah. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Aktiviti riadah merupakan aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat pada waktu senggang mereka(ayat tema/pembuka bicara tetapi berkaitan dengan isu dalam soalan). Terdapat pelbagai aktiviti riadah yang sering dilakukan. Antaranya termasuklah bersukan, bergotong-royong, dan banyak lagi. Namun, jika dilihat pada era globalisasi ini, aktiviti riadah semakin terhapus dalam kalangan anggota masyarakat(ayat isu/maklumat/situasi semasa yang berkaitan dengan tema utama soalan). Hal ini demikian kerana masing-masing terlalu sibuk dengan urusan seharian mereka(ayat huraian berkaitan dengn isu). Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana aktiviti riadah sebenarnya mendatangkan banyak faedah kepada kita(ayat huraian secara umum). Sekiranya aktiviti ini tidak dilaksanakan kita tidak akan dapat memanfaatkan faedah yang diperoleh itu dalam kehidupan seharian kita(ayat fokus). - (ayat tema, ayat isu, ayat fokus) Kepentingan aktiviti riadah termasuklah dapat menyihatkan tubuh badan(ayat isi/judul/tajuk bagi perenggan berkenaan). Sebagai contohnya, apabila bersukan tubuh badan kita akan berpeluh dan perkara ini secara tidak langsung dapat menyingkirkan garam mineral yang tidak diperlukan oleh badan kita(ayat contoh). Apabila garam mineral tersebut disingkirkan, penyakit-penyakit berbahaya seperti lemah jantung dan sebagainya tidak dapat menyerang kita(ayat contoh). Hal ini akan menjadikan kita seorang yang sihat dan aktiviti-aktiviti seharian yang lain dapat dijalankan dengan sempurna tanpa diganggu gugat oleh masalah kesihatan yang dihadapi(ayat huraian). Jadi, jelaslah di sini bahawa akvititi riadah dapat menyihatkan tubuh badan seseorang sekali gus memastikan aktiviti seharian mereka berjalan dengan lancar(ayat penegasan). – ayat isi/judul/tajuk/isi utama dalam perenggan, ayat huraian, ayat contoh, ayat penegasan/pendirian calon. Selain itu(penanda wacana/alat menyambung ayat, perenggan), hubungan silaturahim dapat dieratkan menerusi aktiviti riadah(ayat judul/tajuk bagi perenggan). Hal ini demikian kerana apabila aktiviti ini dilakukan, sebilangan besar komuniti

masyarakat akan berkumpul pada satu tempat dan proses perkenalan antara masyarakat/komuniti

akan

berlaku(ayat

hurian/perkara

belum

dibuktikan

kebenarannya). Sebagai misalnya, melalui aktiviti gotong royong, anggota masyarakat akan bekerjasama menggembleng tenaga bagi membersihkan sesuatu kawasan di sekitar taman perumahan seperti kata pepatah Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (ayat contoh/ayat pengukuhan bagi ayat huraian). Mereka akan samasama membersihkan kawasan itu tanpa mengira umur, bangsa, atau negara. Perkara ini secara tidak langsung akan melahirkan bibit-bibit perkenalan antara mereka, sekali gus

suasana

masyarakat(ayat

yang

harmoni

huraian).

dapat

Tegasnya,

diwujudkan hubungan

dalam

kalangan

anggota

silaturahim

antara

komuniti

masyarakat dapat dieratkan melalui aktiviti riadah.(ayat penegasan/pendirian calon) Di samping itu, aktiviti riadah juga dapat melahirkan sebuah institusi keluarga yang bahagia(ayat isi/judul/tema perenggan). Hal ini demikian kerana dengan adanya aktiviti

seperti

berkelah,

anggota

keluarga

akan

berkumpul

bersama-sama

terutamanya pada hujung minggu memandangkan ada dalam kalangan mereka yang sibuk bekerja pada hari-hari biasa(ayat huraian). Apabila semua anggota berkumpul, segala masalah yang meyelubungi ahli keluarga akan dapat dibincangkan, sekali gus masalah tersebut dapat dikurangkan(ayat contoh). Jadi, jelaslah di sini bahawa sesebuah institusi kekeluargaan yang bahagia akan dapat diwujudkan melalui aktiviti riadah(ayat penegasan). Kesimpulannya, aktiviti riadah mendatangkan pelbagai kemaslahatan kepada kita(ayat kesimpulan umum daripada tema utama dalam soalan). Oleh hal demikian, aktiviti ini wajar diteruskan agar setiap anggota masyarakat dapat merasai kenikmatannya(ayat cadangan). Tanpa aktiviti riadah seperti bersukan, bergotongroyong, dan berkelah, hubungan dalam kalangan anggota masyarakat akan menjadi renggang(ayat contoh berdasarkan ayat cadangan). Perkara ini harus digalakkan agar negara yang aman dan makmur dapat diwujudkan(ayat harapan). Akhir kalam, aktiviti riadah seharusnya dipratikkan oleh segenap lapisan masyarakat agar “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.”(ayat harapan dan cadangan)- penyudah/penamat sesuatu esei yang telah ditulis.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF