Karangan Catatan

September 10, 2017 | Author: azharomar | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Bahasa Melayu...

Description

KARANGAN CATATAN 1.

2. 3. 4. 5.

Karangan catatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu : a. catatan sehari b. catatan beberapa hari Jika catatan sehari, nyatakan hari, tarikh dan tahun. kemudian, diikuti waktu/masa berlakunya sesuatu kejadian itu. Jika catatan beberapa hari, nyatakan hari, tarikh dan tahun. Waktu berlakunya sesuatu kejadian itu dinyatakan jika perlu sahaja. Peristiwa yang dicatatkan mesti penting dan berkaitan dengan tajuk. Urutan peristiwa mestilah menarik dan menimbulkan keinginan pembaca untuk mengetahui peritiwa selanjutnya. Kali terakhir karangan ini diuji dalam UPSR ialah pada tahun 2005.

SOALAN PERBINCANGAN Arahan : Tulis karangan berdasarkan soalan di bawah. Panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Soalan : Sekolah kamu telah mengadakan kejohanan merentas desa baru-baru ini. Tuliskan catatan pengalamn kamu menyertai kejohanan tersebut.

Peta minda

Isi 4 berlari merentas kampung mengikut jalan yang ditetapkan kuatkan semangat walaupun penat

Isi 3 guru besar sampaikan ucapan perasmian murid-murid memulakan larian

Penutup berasa bangga rumah sukan menjadi johan

KEJOHANAN MERENTAS DESA

Pengenalan: - tarikh, hari tempat diadakan tujuan kejohanan

Isi 1 berkumpul di padang mengikut rumah sukan

- guru agihkan nombornombor peserta

Isi 2 melakukan aktiviti regangan ditunjukkan oleh guru badan mula berpeluh

JAWAPAN CONTOH Sabtu, 22 Januari 2012 Hari ini sekolah aku telah mengadakan kejohanan merentas desa. Kejohanan yang melibatkan empat buah rumah sukan itu bertujuan untuk memilih wakil sekolah ke pertandingan peringkat daerah di samping dapat meningkatkan tahap kecergasan murid-murid melalui aktiviti fizikal. 7.00 pagi Aku dan rakan-rakan mula memenuhi kawasan sekolah. Cikgu Izwan mengarahkan kami berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing iaitu Tuah, Jebat, Lekir dan Kasturi. Sementara itu, guru-guru rumah sukan mengagihkan nombor-nombor peserta kepada muridmurid. 7.30 pagi Cikgu Nazri telah mengarahkan murid-murid melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan. Aku dan rakan-rakan melakukan aktiviti regangan satu persatu seperti yang ditunjukkan oleh cikgu. Tubuh badanku mula terasa berpeluh selepas melakukan aktiviti tersebut. 8.00 pagi Puan Guru Besar telah menyampaikan ucapan perasmian sempena kejohanan merentas desa. Selesai ucapan tersebut, kami telah diarah bergerak ke garisan permulaan iaitu di hadapan pintu pagar sekolah. Kemudian, guru besar telah membunyikan siren menandakan para peserta boleh memulakan larian. 8.30 pagi Aku dan rakan-rakan melakukan larian merentasi jalan-jalan kampung yang telah ditetapkan. Ada antara rakan-rakanku telah mula ketinggalan jauh di belakang kerana kepenatan. Namun, aku menguatkan semangat untuk meneruskan larian walaupun terasa penat dan juga dahaga. 9.30 pagi Setelah berhempas pulas, akhirnya aku dan rakan-rakan berjaya sampai ke garisan penamat. Aku segera mencapai botol air untuk diminum bagi menghilangkan dahaga. Walaupun aku tidak berjaya mendapat tempat pertama namun aku tetap berbangga kerana rumah sukanku iaitu Jebat telah berjaya muncul sebagai johan dalam kejohanan merentas desa untuk tahun ini.

LATIHAN BERPANDU Arahan : Tulis karangan berdasarkan soalan di bawah. Panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Soalan : Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu dan keluarga kamu telah pulang ke kampung. Tulis catatan pengalaman kamu sepanjang berada di kampung.

Penutup pulang ke rumah Pengenalan: - cuti persekolahan bermula pulang ke kampung semasa cuti

Isi 4 menghadiri majlis perkahwinan berjumpa saudara-mara

PENGALAMAN DI KAMPUNG Isi 3 pergi ke dusun mengait buah-buahan puas makan pelbagai jenis buah

Isi 1 - bersalam dengan gembira - memberi buah tangan kepada datuk dan nenek Isi 2 mandi di sungai berkelah

SOALAN LATIHAN Tulis karangan berdasarkan soalan di bawah. Panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. 1.

2.

Baru-baru ini kelas kamu telah mengadakan jamuan akhir tahun. Berbagai-bagai persiapan dan aktiviti telah dijalankan. Tuliskan catatan pengalaman kamu tentang jamuan tersebut. Baru-baru ini kamu telah mengadakan majlis sambutan hari jadi di rumah kamu. Pelbagai persiapan dan aktiviti telah dijalankan. Tulis sebuah catatan tentang pengalaman kamu itu.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF