Karangan Cara Menghargai Jasa Guru
September 14, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Short Description
Download Karangan Cara Menghargai Jasa Guru...
Description
SOALAN 1: DIMENSI DIRI Pengorbanan guru amat berharga dalam kehidupan seseorang pelajar. Jelaskan cara-cara anda menghargai jasa guru. Tugasan
:
Cara-cara saya menghargai jasa guru
Tema Isu
: :
Kata kunci Isi
: :
guru pengorbanan pengorbana n guru amat berharga dalam kehidupan seseorang seseora ng pelajar cara-cara 1. berbudi bahasa serta beradab sopan 2. berdisiplin dan mematuhi mematuhi peraturan sekolah 3. prihatin dan sayang kepada guru 4. memziarahi guru 5. mendoakan kesejahteraan kesejahteraan guru
Panduan: 1.
Pastikan perenggan pendahuluan LEBIH PENDEK daripada mana-mana perenggan isi.
2.
Pastikan perenggan isi ditulis secara seimbang dan mengandungi ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas.
3.
Pastikan calon menulis sekurang-kurang sekurang-kurang 5 perenggan isi (lebih daripada 100 patah perkataan dalam setiap isi) sebagai prasyarat untuk mendapat cemerlang.
4.
Tatkala menulis ayat topik, pastikan calon merujuk kepada kata kunci soalan dalam memaparkan isi. Contohnya, Jelaskan cara-cara anda menghargai jasa guru (Kata kunci soalan ialah cara anda. Tukarkan kepada cara saya) Isi 1
:
berbudi bahasa serta beradab sopan
Ayat topik: Cara saya menghargai jasa guru ialah saya akan mengamalkan budi bahasa dan adab sopan apabila sopan apabila berinteraksi dengan mereka.
PENDAHULUAN Guru ialah insan mulia yang mengajar dan mendidik kita tanpa Guru mengira masa , tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar. Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai
Senarai Semak Tema Isu Justifikasi Tugasan
kejayaan yang cemerlang. Apa yang pasti, pengorbanan guru amat berharga dalam kehidupan seseorang pelajar . Lantaran pelajar. itu, sewajarnya kita menghargai guru jasa dan pengorbanan para guru. guru . Persoalannya, bagaimanakah bagaimanakah cara untuk saya menghargai jasa guru guru? ?
ISI PERTAMA
Senarai Semak Pada pandangan saya, cara untuk saya menghargai jasa guru ialah Ayat Topik sopan apabila Ayat Huraian saya akan mengamalkan budi bahasa dan adab sopan berinteraksi dengan mereka. Hal ini bermaksud, bermaksud, saya akan menjaga Ayat Contoh tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan guru. Saya juga akan akan Ayat Penegas sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan. Semasa di dalam kelas, saya tidak akan akan sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya. mesti memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa Saya mesti pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran. Sebagai contoh, contoh, ketika mengadakan sesi perbincangan di kelas, saya perlu menjaga tata susila, tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra. Bukankah guru merupakan lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab beradab sopan sopan merupakan merupakan cara yang terpuji bagi bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita selama ini.
ISI KEDUA sekolah juga juga cara saya Selain itu, berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah menghargai jasa guru. Hal ini dikatakan demikian demikian kerana melalui disiplin yang tinggi serta sentiasa akur dengan peraturan sekolah dapat memastikan para guru tiada masalah dan kekangan semasa
Senarai Semak Ayat Topik Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Penegas
menjalankan mereka. Lagipun, Lagipun, perhatian disiplin yang tinggi juga membolehkan tugas guru-guru menumpukan yang sepenuhnya kepada pengajaran tanpa banyak membazirkan masa menguruskan kerenah pelajar. Sebaliknya jika saya tidak berdisiplin, saya bukan sahaja akan menyusahkan para guru malahan akan mengganggu konsentrasi rakan sebaya yang lain di dalam kelas. Misalnya, Misalnya, saya akan sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Jelaslah,, salah satu cara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan Jelaslah perasaan hormat kepada guru adalah dengan disiplin yang tinggi dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah kerana hal ini mencerminkan penghormatan seseorang pelajar terhadap guru mereka.
ISI KETIGA Usaha saya untuk menghargai jasa guru yang berikutnya ialah saya akan sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. akan guru . demikian kerana amalan mengingati dan demikian Saya berpendapat menghargai jasa guru adalah amalan yang mulia. Tambahan pula para pula para guru akan merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar lagi. Sebagai tamsilan,, saya boleh menghargai jasa guru dengan meraikan tamsilan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei. Pada hari ini juga, saya boleh memberikan hadiah kepada guru yang mengajar saya sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan. Hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru. Saya optimis,, sikap sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang optimis terhadap guru merupakan salah satu usaha saya untuk menghargai jasa guru. guru.
Senarai Semak Ayat Topik Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Penegas
ISI KEEMPAT sakit juga juga Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit cara saya menghargai jasa para guru. Hal ini bermaksud, bermaksud, sebagai manusia tentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Misalnya ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi Misalnya, penyakit, guru dan mungkin sebagainya. Sebagai murid, saya perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, saya akan membawa buah tangan sebagai tanda saya bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, saya perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka. Tugas ini memang sukar dilaksanakan secara bersendirian dan saya akan berusaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan Jelaslah bahawa frasa ‘guru, jasamu daripada kawan-kawan yang lain Jelaslah dikenang, budimu disanjung’ bukanlah sekadar omongan kos ong
Senarai Semak Ayat Topik Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Penegas
kerana pengorbanan guru mestilah sentiasa dikenang oleh kita sebagai pelajar.
ISI KELIMA Seterusnya, saya juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan guru guru yang telah mengajar dan mendidik saya. Hal ini dikatakan demikian kerana kerana mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Sebagai tamsilan, saya tamsilan, saya akan selalu mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat menjalankan menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, saya akan mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa. Jelaslah Jelaslah mendoakan kesejahteraan guru untuk kehidupan mereka di dunia ataupun di akhirat merupakan tindakan mulia yang perlu saya ambil sebagai wahana untuk menzahirkan penghargaan saya atas jasa dan pengorbanan guru.
Senarai Semak Ayat Topik Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Penegas
KESIMPULAN Kesimpulannya, setiap insan yang bergelar pelajar mestilah mestilah sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan para guru agar agar segala ilmu yang
Senarai Semak Saranan Harapan
kita timba daripada akan Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mereka mengajar kitadiberkati. mengenali erti kehidupan. Justeru, bersama-sama menghargai jasa mereka selagi hayat marilah kita bersama-sama dikandung badan. Renungilah bait puisi di bawah ini.. Guru, kau ibarat dian yang membakar diri melahirkan insan yang lestari tanpa mengira waktu dan hari segala ilmu dicurah dan diberi kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.
Seruan
KARANGAN LENGKAP: Guru ialah insan mulia yang mengajar dan mendidik kita tanpa mengira masa , tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar. Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang. Apa yang pasti, pengorbanan guru amat berharga dalam kehidupan seseorang pelajar. Lantaran itu, sewajarnya kita menghargai guru jasa dan pengorbanan para guru. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk saya menghargai jasa guru?
Pada pandangan saya, cara untuk saya menghargai jasa guru ialah saya akan mengamalkan budi bahasa dan adab sopan apabila berinteraksi dengan mereka. Hal ini bermaksud, saya saya akan menjaga tutur kata kata dan adab ketika berhadapan berhadapan dengan guru. Saya juga akan sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salam ketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan. Semasa di dalam kelas, saya tidak akan sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya. Saya mesti memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran. Sebagai contoh, ketika mengadakan sesi perbincangan di kelas, saya perlu menjaga tata susila, tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra. Bukankah guru merupakan lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan cara yang terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita selama ini.
Selain itu, berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga cara saya menghargai jasa guru. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui disiplin yang tinggi serta sentiasa akur dengan peraturan sekolah dapat memastikan para guru tiada masalah dan kekangan semasa menjalankan tugas mereka. Lagipun, disiplin yang tinggi juga membolehkan guru-guru menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pengajaran tanpa banyak membazirkan masa menguruskan kerenah pelajar. Sebaliknya jika saya tidak berdisiplin, saya bukan sahaja akan menyusahkan para guru malahan akan mengganggu konsentrasi rakan sebaya yang lain di dalam kelas. Misalnya, saya akan sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Jelaslah, salah satu cara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan perasaan hormat kepada guru adalah dengan disiplin yang tinggi dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah kerana hal ini mencerminkan mencerminkan penghormatan seseorang pelajar terhadap guru mereka. Usaha saya untuk menghargai jasa guru yang berikutnya ialah saya akan sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Saya berpendapat demikian kerana amalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan yang mulia. Tambahan pula para guru akan merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak berkhidmat seorangmeraikan tenaga pengajar lagi. Sebagai tamsilan, saya boleh menghargai jasasebagai guru dengan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei. Pada hari ini juga, saya boleh memberikan hadiah kepada guru yang mengajar saya sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan. Hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru. Saya optimis, optimis, sikap sentiasa sentiasa prihatin prihatin dan menunjukka menunjukkan n kasih sayang sayang terhadap guru merupakan salah satu usaha saya untuk menghargai jasa guru. Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara saya menghargai jasa para guru. Hal ini bermaksud, sebagai manusia tentunya para guru menghadapi dalam kehidupan. Misalnya, guru mungkin ditimpa kemalangan, pelbagai bencana,masalah menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai murid, saya perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, saya akan membawa buah tangan sebagai tanda saya bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, saya perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka. Tugas ini memang sukar dilaksanakan secara bersendirian dan saya akan berusaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan daripada kawan-kawan yang lain Jelaslah bahawa frasa ‘guru, jasamu dikenang, budimu disanjung’ bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru mestilah sentiasa dikenang oleh kita sebagai pelajar.
Seterusnya, saya juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik saya. Hal ini dikatakan demikian kerana mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Sebagai tamsilan, saya akan selalu mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan meninggal dapat menjalankan tugas mendidik kita dengan sempurna. Bagi mereka yang telah dunia, saya akan mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa. Jelaslah mendoakan kesejahteraan guru untuk kehidupan mereka di dunia ataupun di akhirat merupakan tindakan mulia yang perlu saya ambil sebagai wahana untuk menzahirkan penghargaan saya atas jasa dan pengorbanan guru. Kesimpulannya, setiap insan yang bergelar pelajar mestilah sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan para guru agar segala ilmu yang kita timba daripada mereka akan diberkati. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar erti kehidupan. marilah kita menghargaikita jasa mengenali mereka selagi hayat dikandungJusteru, badan. Renungilah baitbersama-sama puisi di bawah ini.. Guru, kau ibarat dian yang membakar diri melahirkan insan yang lestari tanpa mengira waktu dan hari segala ilmu dicurah dan diberi kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.
CSL2013
View more...
Comments