kaligrafi cina

November 1, 2017 | Author: Nur Zahirah Abdul Razak | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

kajian mengenai minat pelajar terhadap kaligrafi cina...

Description

KANDUNGAN ABSTRAK ……………………………………………………………… KATA KUNCI ……………………………………………………………….. 1. PENDAHULUAN 2.

……………………………………………………… PENGENALAN KEADAAN DI MALAYSIA BERKAITAN DENGAN TULISAN CINA DAN SENI KALIGRAFI CINA

3.

………………………………………………………………… PENGENALAN SOAL SELIDIK …………………………………… (3.1)TUJUAN SOAL SELIDIK ………………………………… (3.2)RESPONDEN

……………………………………………… (3.3) KANDUNGAN SOAL SELIDIK ……………………… 4. HASIL SOAL SELIDIK DAN ANALISIS ………………………….. (4.1) KEADAAN PELAJAR MEMPELAJARI KALIGRAFI CINA SECARA MENYELURUH ………………………………… (4.2) KEPENTINGAN MEMPELAJARI KALIGRAFI CINA KEPADA SUBJEK MENULIS KARAKTER CINA ……….. 5.

2 2 3

3 6 6 6 6 6 6 1 0

BAGAIMANA DIDIKAN KALIGRAFI CINA MEMAINKAN PERANAN DALAM PEMBELAJARAN KARAKTER CINA ……. (5.1) MEMPERKASAKAN TEKNIK MENULIS MELALUI DIDIKAN KALIGRAFI CINA……………………… (5.2) MEMPERBETULKAN CARA MEMEGANG PENSIL DAN

1 4 1 4

POSISI DUDUK KETIKA MENULIS MELALUI DIDIKAN KALIGRAFI CINA …………………………………………….. 1 6.

CADANGAN …………………………………………………………

7 2 1

KESIMPULAN ………………………………………………………………

2 2

1

KEPENTINGAN KALIGRAFI CINA DALAM MENGUASAI CARA MENULIS KARAKTER CINA DI MALAYSIA NAMA : NUR ZAHIRAH BINTI ABDUL RAZAK

NO.PELAJAR : 1191416

BIDANG : BAHASA MANDARIN UNTUK PERGURUAN

FASILITATOR : PROF. HONG TONG HUAI

ABSTRAK Kaligrafi Cina adalah merupakan budaya tradisi masyarakat Cina, tetapi kaligrafi cina bukan sahaja satu budaya , bahkan satu cara yang efektif untuk menguasai tulisan cina. Pembelajaran Bahasa Mandarin di sekolah kebangsaan di Malaysia adalah merupakan satu kelas yang baru diperkenalkan, iaitu bermula dari tahun 2005. Oleh kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan ekonomi negara China berkembang pesat, kerajaan Malaysia mula menggalakkan pelajarpelajar sekolah untuk mula menguasai Bahasa Mandarin. Hasil dapatan kajian ini diperoleh melalui analisa kepentingan kaligrafi cina dalam menguasai cara menulis karakter cina di Malaysia dan juga melalui borang kaji selidik yang diedarkan kepada guru Bahasa Mandarin dan pelajar di Malaysia. Borang kaji selidik tersebut dibuat bertujuan untuk menilai tahap penguasaan Bahasa Mandarin pelajar dan guru di Malaysia. Selain itu ia bertujuan untuk mengetahui pandangan mereka terhadap kepentingan kaligrafi cina dalam menguasai tulisan karakter cina. Hasil kajian ini juga telah mengeluarkan beberapa cadangan kepada pihak kerajaan dan guru yang boleh diambil bagi memperkasakan lagi penguasaan pelajar dalam pembelajaran Bahasa Mandarin. Di samping itu, hasil kajian ini juga telah dapat menyelesaikan masalah bagaimana untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam kelas Bahasa Mandarin. Bagi menyelesaikan masalah ini, kajian mendapati perlunya untuk menggabungkan kaligrafi cina dan kelas tulisan karakter cina, supaya dapat menggunakan teknik kaligrafi cina untuk mendidik pelajar menulis tulisan cina dengan lebih baik dan mengikut cara yang betul. 2

KATA KUNCI : Sekolah kebangsaan di Malaysia; pendidikan sekolah rendah; soal selidik; analisis; kepentingan

1. PENDAHULUAN Seni kaligrafi cina adalah merupakan budaya masyarakat Cina yang sangat bernilai kerana terkandung sejarahnya yang panjang dan penuh dengan unsur-unsur budaya didalamnya. Tulisan terawal di China dikenali sebagai Jiaguwen ( 甲 骨 文 ). Oleh kerana orang-orang terdahulu mahu mencatat segala sejarah dan peristiwa yang berlaku pada masa itu, orang Cina pada awalnya menggunakan batu pisau dan mengukir tulisan di atas batu dan menyimpannya sebagai khazanah hingga ke hari ini. Susulan daripada itu, tulisan tersebut mengalami perubahan dari masa ke masa dan

melalui

perkembangan

sejarah

yang

cukup

panjang

hingga

terhasilnya tulisan moden yang lebih ringkas dan mudah difahami. Bahkan perkembangan ini telah melahirkan pelbagai jenis tulisan yang direka oleh penulis seni kreatif kaligrafi Cina. Tulisan-tulisan ini seolaholah melambangkan nilai kreatif dalam diri mereka. Seni kaligrafi cina bukan sahaja disanjung di negaranya sendiri, bahkan juga dijulang di seluruh dunia, kerana sangat ramai yang meminati seni ini dan belajar menguasainya. Sepanjang lebih empat tahun menuntut dalam jurusan Bahasa Mandarin di Universiti Bahasa dan Budaya Beijing, saya menyedari betapa pentingnya menguasai seni kaligrafi cina ini dan memahami sebab rakyat negara China sangat memelihara budaya ini. Di Malaysia, ramai yang mempelajari Bahasa Mandarin, tetapi tahap tulisan mereka masih banyak yang

perlu

diperbaiki.

Berdasarkan

pengalaman,

saya

mendapati

mempelajari seni kaligrafi cina bukan sahaja dapat membantu pelajar di Malaysia untuk meningkatkan penguasaan dalam cara menulis karakter cina, bahkan dapat menjadikan kelas lebih menarik. Melalui soal selidik dan analisa, saya berharap agar dapat meyakinkan rakyat Malaysia 3

tentang kepentingan dan kegunaan mempelajari seni kaligrafi cina, serta berharap mereka bukan sahaja menjadikan seni ini sebagai satu minat tetapi juga sebagai alat atau cara untuk menguasai cara menulis karakter.

2. PENGENALAN KEADAAN DI MALAYSIA BERKAITAN DENGAN TULISAN CINA DAN SENI KALIGRAFI CINA

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, etnik dan budaya. Masyarakat Cina merupakan kaum kedua terbesar di Malaysia dengan populasi 26.4%. Keadaan ini telah menjadikan budaya mereka sudah sebati dalam masyarakat Malaysia. Seni kaligrafi cina merupakan simbolik masyarakat Cina di Malaysia, mewakili budaya kaum mereka dan mempromosikan kepentingan budaya ini kepada mereka. Di Malaysia, aktiviti berkaitan dengan seni kaligrafi cina ini ada dijalankan tetapi hanya disebarkan melalui media-media masyarakat Cina seperti Sin Chew Daily dan Nanyang Siang Pau. Walaupun sejak kebelakangan ini seni kaligrafi cina mendapat sambutan di Malaysia, dan perkembangannya sangat memberangsangkan, bahkan kaum yang bukan berbangsa Cina juga berusaha untuk mempelajari seni ini, tetapi penulis kaligrafi ternama masih lagi terdiri daripada masyarakat Cina. Walaupun seni kaligrafi cina di Malaysia mendapat sokongan daripada pihak kerajaan, tetapi kebanyakan aktiviti dianjur dan ditaja oleh badan bukan kerajaan (NGO). Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai sedikit perbezaan dengan negara-negara lain. Oleh kerana populasi yang berbilang kaum, Malaysia mempunyai 3 jenis sekolah : Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Perkembangan seni kaligrafi cina dan pendidikan bahasa Mandarin bergerak seiring. Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia menyokong perkembangan seni kaligrafi cina, tetapi Sekolah Kebangsaan Cina tidak mendapat perhatian dan bantuan penuh daripada Kementerian Pelajaran 4

Malaysia. Dek kerana itu, perkembangan seni kaligrafi cina di Malaysia masih bergantung sepenuhnya kepada usaha Organisasi Seni Kaligrafi Cina dan organisasi masyarakat. Sekolah bangsa Cina di Malaysia mewajibkan pelajar untuk mengambil kelas seni kaligrafi cina, tetapi mereka hanya mula belajar ketika di Tahun 3, tetapi ketika di Tahun 6, murid-murid tidak diwajibkan untuk belajar kelas ini kerana perlu memberi tumpuan kepada peperiksaan UPSR. Kepadatan kelas membuatkan sekolah

tidak

dapat

mencuri

masa

untuk

membenarkan

pelajar

mempelajari kelas lain selain kelas yang berkait dengan peperiksaan UPSR tersebut. Selain itu, kekurangan guru yang boleh mengajar subjek seni kaligrafi cina ini juga menidakkan lagi kemampuan sesebuah sekolah untuk meneruskan kelas ini. Hubungan kerjasama Malaysia-China dan penggunaan Bahasa Mandarin secara meluas di seluruh dunia telah menggerakkan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak untuk mengeluarkan pekeliling baru pada tahun 2007 iaitu sebanyak 150 buah Sekolah Kebangsaan akan dibuka kelas Bahasa Mandarin, dan sebanyak 50 buah sekolah dipilih untuk membuka kelas Bahasa Tamil sebagai bahasa kedua. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjemput khas dari negara luar beberapa orang guru Bahasa Mandarin untuk berkhidmat di sekolah-sekolah tersebut. Silibus yang digunakan untuk murid-murid sekolah kebangsaan adalah lebih mudah dan ringkas dibandingkan dengan silibus di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Hal ini demikian kerana, tahap murid-murid tersebut adalah kosong, memandangkan bahasa pertuturan mereka bukanlah Bahasa Mandarin. Mereka bermula daripada awal, mempelajari asas-asas Bahasa Mandarin. Kelas ini diadakan selama satu jam setengah setiap minggu, sangat singkat masa yang diberi untuk mempelajari bahasa kedua ini. Disebabkan keadaan ini, guru terpaksa memanfaatkan setiap masa yang ada untuk mengajar murid-murid semua asas Bahasa Mandarin termasuklah menulis, membaca, mendengar dan bercakap.

Walaupun

mereka

menunjukkan

peningkatan

dalam

pembelajaran tetapi tahap penulisan mereka masih rendah.

5

Kaligrafi cina yang merupakan satu warisan budaya masyarakat Cina mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan penulisan karakter cina. Di Malaysia sudah mula dibuka bidang professional seni kaligrafi cina iaitu di Institut Seni Malaysia, Institut Seni Pulau Pinang, Akademi Seni Halus China dan lain-lain. Institut-institut ini mula membuka bidang ini kerana semakin ramai rakyat Malaysia yang menyedari kepentingan mempelajari seni kaligrafi cina, bahkan menyedari mempelajarinya bukan sahaja

untuk

memelihara

warisan,

tetapi

juga

berguna

dalam

memperkasakan tulisan karakter cina. Hal ini demikian kerana, seni kaligrafi cina bukan sahaja memberi kita peluang menyelami dasar warisan

rakyat

China

terdahulu,

malah

dapat

mempertingkatkan

penguasaan kita dalam menulis karakter cina. Beberapa tahun ini, kerajaan Malaysia telah merangka program 1 Malaysia, kerajaan menggalakkan orang Melayu dan kaum-kaum lain untuk merantau ke bumi Tembok Besar iaitu Beijing bagi mempelajari Bahasa Mandarin yang tulen. Kerajaan juga telah menghantar ramai pelajar-pelajar lepasan SPM untuk belajar di BLCU dan BFSU. Setelah mereka menamatkan pengajian di sana, mereka akan berkhidmat di tanah air sebagai guru Bahasa Mandarin.

3. PENGENALAN SOAL SELIDIK 6

3.1

TUJUAN SOAL SELIDIK Soal selidik ini dibuat bertujuan untuk mengetahui keadaan

pembelajaran kaligrafi cina dalam kalangan guru dan pelajar, serta mengkaji kepentingan kaligrafi cina terhadap pembelajaran karakter cina. Selain itu, ia bertujuan untuk mengetahui pandangan mereka jika dibuka kelas kaligrafi cina, dan menganalisa prestasi Bahasa Mandarin pelajar. 3.2

RESPONDEN Soal selidik dibuat kepada 3 buah sekolah, dan diedar kepada 76

pelajar dan 15 orang guru. Borang soal selidik terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian pengetahuan am, bahagian guru dan bahagian pelajar 3.3

KANDUNGAN SOAL SELIDIK

Kandungan borang soal selidik adalah berkenaan dengan minat responden terhadap kaligrafi cina, tahap pemahaman mereka; tahap menulis karakter cina setiap responden; pandangan mereka terhadap kelas karakter cina, sama ada menarik atau tidak; responden menyokong kelas kaligrafi atau tidak.

4.HASIL SOAL SELIDIK DAN ANALISIS 4.1

KEADAAN

PELAJAR

MEMPELAJARI

KALIGRAFI

CINA

SECARA

MENYELURUH 4.1.1

PENGETAHUAN

RAKYAT

MALAYSIA

TERHADAP

SENI

KALIGRAFI CINA Kepelbagaian kaum di Malaysia menjadikan budaya masyarakat Cina tidak lagi asing dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Hasil

daripada

soal

selidik

jelas

menunjukkan

orang

Malaysia

menganggap prospek seni kaligrafi cina di Malaysia sangat meyakinkan iaitu

sebanyak

25.3%,

manakala

seramai

49.5%

memilih

agak

meyakinkan. 12.1% merasakan prospek seni ini tidak meyakinkan. Jumlah ini memberi gambaran bahawa seni kaligrafi cina bakal mempunyai masa 7

depan yang cerah di Malaysia, bahkan boleh berkembang dengan lebih agresif. Seni ini juga boleh menarik minat lebih ramai pencinta seni kaligrafi cina. Walaupun seni kaligrafi cina ini adalah budaya warisan kaum tertentu tetapi bukan sahaja kaum itu sendiri yang mempunyai pandangan positif terhadap seni ini, malahan kaum lain juga mempunyai pendapat yang sama positifnya. Pengetahuan rakyat Malaysia terhadap seni kaligrafi cina boleh dikatakan sangat banyak. Daripada 91keping borang soal selidik yang diedarkan, sebanyak 65.9% responden tahu tentang alat-alat kaligrafi (berus, dakwat, kertas, batu dakwat); 36.3% tahu serba sedikit mengenai jenis-jenis kaligrafi, contohnya: kaishu, lishu, zhuanshu, jiaguwen dan sebagainya; 31.9% responden tahu serba sedikit sejarah awal dan perkembangan seni ini. Hanya 14.3% yang memilih tidak ada sebarang pengetahuan. Bilangan ini menggambarkan taraf seni kaligrafi ini di hati orang Malaysia tidak rendah. Mereka boleh dikatakan mempunyai sedikit pengetahuan mengenai seni kaligrafi.

图 1 马来西亚人对书法前景的看法情况

8

图 2 马来西亚人对书法的了解情况

4.1.2

TAHAP MINAT PELAJAR TERHADAP SENI KALIGRAFI CINA

Walaupun

bahasa

kebangsaan

di

Malaysia

bukanlah

Bahasa

Mandarin, dan tidak berkait secara langsung dengan budaya masyarakat Cina, tetapi hasil analisis soal selidik menyatakan bahawa purata orang Malaysia yang meminati seni kaligrafi dianggap tinggi. Sebanyak 48.4% responden memilih “sangat suka seni kaligrafi”, sebanyak 47.3% memilih “suka

seni

kaligrafi”.

Bilangan

ini

sangat

memberansangkan.

Ini

menunjukkan seni kaligrafi sangat diterima di Malaysia, malahan mempunyai

potensi

untuk

terus

berkembang.

Bilangan

ini

juga

menunjukkan, sekiranya pada masa hadapan dibuka kelas seni kaligrafi cina, mereka akan berminat untuk menyertainya. Walaubagaimanapun, masih ada segelintir yang tidak berminat dengan seni ini iaitu sebanyak 4.3%, tetapi bilangan ini masih dianggap minoriti. Pada pendapat saya sendiri, golongan minoriti ini masih belum mengenali seni ini, kerana itulah mereka tidak berminat. Di

Malaysia,

ramai

yang

mempelajari

seni

kaligrafi

cina.

Berdasarkan kepada hasil soal selidik, seramai 67.1% pernah belajar asas-asas seni kaligrafi, hanya 32.9% yang tidak pernah mempelajarinya. Satu lagi soalan soal selidik yang dapat meyakinkan bahawa rakyat Malaysia berminat dengan seni kaligrafi cina iaitu “Adakah mempelajari seni kaligrafi cina ini penting?” dan hasilnya, seramai 14.3% menjawab

9

“Tidak penting”, manakala 67% memilih “Penting”, dan 18.7% memilih “Sangat penting”.

4.1.3

PRESTASI

PELAJAR

DI

MALAYSIA

DALAM

MENULIS

KARAKTER CINA Bagi mengetahui keadaan pelajar dalam kelas menulis karakter cina, dan melihat samaada kelas menulis dan kaligrafi cina boleh disatukan atau tidak, saya telah merangka beberapa soalan untuk menyelesaikan persoalan ini. Pelajar Bahasa Mandarin di Malaysia merasakan tulisan mereka agak memuaskan. Hal ini kerana, hasil kajian memperlihatkan sebanyak 54.9% pelajar menjawab tulisan mereka memuaskan, tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki; 23.1% pula menjawab tulisan mereka tidak cantik. Hanya 22% menganggap tulisan mereka sangat memuaskan. Saya juga telah membuat soal selidik pandangan mereka terhadap kelas karakter cina sekarang. Hasilnya dapat kita lihat, 56.6% pelajar berpendapat kelas mereka tidak terlalu menarik. Hal ini demikian kerana, kelas mereka sekarang hanya belajar menulis dan tidak banyak aktiviti di dalam kelas. Bagi menyokong pandangan bahawa kelas karakter cina sekarang kurang membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi mereka dalam menulis, satu soalan telah dirangka dan diajukan kepada para guru. “Adakah pelajar menunjukkan minat dalam kelas kaligrafi cina?” dan sebanyak 63.6% guru menjawab “Berminat tetapi mereka sukar untuk memahaminya”;

sebanyak

27.3%

menjawab

“Sangat

berminat”; 10

selebihnya menjawab “Tidak berminat”. Terdapat satu lagi soalan yang menunjukkan prestasi kelas karakter cina pelajar tidak meyakinkan. Soalannya

adalah

“Bagaimanakah

tahap

ingatan

pelajar

terhadap

karakter cina?”. Guru-guru yang menjawab “Biasa-biasa” dan “Susah ingat” masing-masing dengan peratus 54.5% dan “31.8%”; hanya 13.6% menjawab “Mudah ingat”. Melalui kajian ini, kita dapat mengetahui masalah yang dihadapi pelajar

Sekolah

Kebangsaan

dalam

aspek

penulisan.

Guru-guru

berpendapat pelajar mempunyai masalah dalam aspek strok tulisan yang tidak kemas kerana 72.2% guru bersetuju dengan pandangan ini. Guru juga berpendapat pelajar mempunyai masalah dalam aspek cara duduk dan cara memegang pensil, serta masalah struktur karakter, dengan peratus masing-masing 61.1%; hanya 38.9% berpandangan pelajar tidak mempunyai masalah dalam aspek-aspek tersebut. Bilangan di atas dapat dianalisa bahawa pelajar sekolah kebangsaan berminat dengan kelas karakter cina tetapi sukar untuk menguasainya. Mereka sedar prestasi mereka masih ada ruang untuk diperbaiki, di samping perlu lebih latihan dan pengajaran. Disebabkan masa untuk kelas Bahasa

Mandarin

memberangsangkan.

sangat

singkat,

Guru-guru

banyak

prestasi

pelajar

menggunakan

kad

tidak untuk

mengajar, dan aktiviti kelas juga sedikit. Hal ini memberi kesan kepada minat pelajar. Guru mendapati tulisan pelajar tidak kemas dan tidak tepat. Jadi

saya

berpendapat,

latihan

dalam

seni

kaligrafi

cina

dapat

memperbaiki kebolehan mereka dalam teknik menulis, di samping menarik minat mereka untuk belajar.

4.2

KEPENTINGAN

MEMPELAJARI

KALIGRAFI

CINA

KEPADA

SUBJEK

MENULIS KARAKTER CINA 4.2.1

PELBAGAI KEPENTINGAN MEMPELAJARI KALIGRAFI CINA

Mempelajari seni kaligrafi cina bukan sahaja untuk memahami budaya tetapi untuk membantu dalam memperkasakan penguasaan 11

dalam menulis karakter cina. Melalui soal selidik, responden yang telah mempelajar

kaligrafi

cina

mendapati

kemampuan

mereka

menulis

semakin baik dan mempunyai kemajuan yang besar. Sebanyak 37.9% mempunyai kemajuan yang besar, manakala 50% mempunyai kemajuan tetapi

tidak

terlalu

banyak.

Bilangan

ini

memperlihatkan

mereka

merasakan mempelajari kaligrafi cina dapat meningkatkan kebolehan menulis mereka, dan nyata seni kaligrafi cina dan belajar menulis mempunyai kaitan yang dekat. Hal ini disokong oleh kata-kata Zhan Qi Xian “Kaligrafi cina terhasil disebabkan oleh wujudnya karakter cina. Kaligrafi cina adalah seni yang terhasil utamanya daripada karakter cina, bukan sahaja sejarahnya yang panjang, tetapi kesan yang mendalam. Menyedari lahirnya karakter cina, seni kaligrafi cina juga bercambah.” Di

bawah

dinyatakan

kepentingan

mempelajari

kaligrafi

cina

mengikut analisa boring soal selidik :

4.2.1.1URUTAN STROK KARAKTER CINA SEMAKIN BAIK Sebanyak 74.6% pelajar berpendapat belajar kaligrafi cina memberi kesan positif kepada tulisan mereka. Sebanyak 77.8% guru mempunyai pendapat yang sama. Ini menunjukkan setelah menguasai kaligrafi cina, pelajar akan dapat memahami dan memperbaiki urutan strok karakter cina mereka, kerana dalam seni kaligrafi cina, urutan strok sangat memainkan peranan penting, lebih-lebih lagi kaishu. Urutan strok kaishu dan karakter cina moden tidak mempunyai perbezaan yang ketara. 4.2.1.2STROK KARAKTER CINA SEMAKIN JELAS 54.2% pelajar berpandangan bahawa

setelah

mereka

menguasai kaligrafi cina, ia dapat membantu mereka untuk memahami strok karakter dan dapat menulisnya dengan lebih jelas

dan

kemas.

44.1%

pelajar

bersetuju

kaligrafi

cina

membantu mereka memahami radikal sesuatu karakter cina. Guru-guru juga menyokong pendapat ini kerana 66.7% guru

12

memilih jawapan yang sama. Ketika menulis karakter cina menggunakan pensil, pelajar tidak dapat melihat dengan jelas strok karakter, tetapi apabila di dalam kelas kaligrafi cina, strok karakter sangat penting, kerana kita perlu menulis dengan besar dan jelas. 4.2.1.3TULISAN SEMAKIN KEMAS Kelebihan lain yang akan

diperoleh

setelah

menguasai

kaligrafi cina adalah tulisan akan semakin kemas. 52.5% pelajar memilih jawapan ini. Selepas mempelajari kaligrafi cina, pelajar akan memahami urutan strok dan perincian strok karakter, hal ini menjadikan pelajar secara automatik dapat menulis dengan kemas jika dipraktikkan. Hal ini demikian kerana, kekemasan menulis karakter cina bergantung kepada bentuk strok yang terhasil. 4.2.1.4CARA PEGANG PENSIL LEBIH BAIK Seramai 44.1% pelajar berpendapat mempelajari kaligrafi cina dapat membantu mereka menguasai cara memegang pensil dengan betul. Hal ini demikian kerana, orang Malaysia tidak mementingkan cara pegangan pensil, asalkan dapat menulis dengan

baik,

itu

sudah

memadai.

Orang

Cina

sangat

mementingkan aspek ini sejak kecil, kerana cara memegang pensil akan memberi kesan kepada bentuk tulisan karakter cina yang terhasil. Guru di Malaysia juga bersetuju dengan pendapat ini. 4.2.1.5MEMAHAMI SEJARAH AWAL KARAKTER CINA Walaupun hanya segelintir iaitu 18.6%

pelajar

memilih

jawapan ini, tetapi 61.1% guru menyatakan pendapat mereka sedemikian. Hal ini dapat kita tafsirkan bahawa pembelajaran kaligrafi cina dapat menambah pengetahuan pelajar mengenai sejarah awal tulisan tersebut, di samping lebih mudah untuk mengingati strok tulisannya jika tahu sejarah awal bagaimana ia terhasil.

13

图 4 学生学习书法的进步 。

图 5 老师对学习书法作用的看法

4.2.2

MENYOKONG PELAJAR MEMPELAJARI KALIGRAFI CINA

Tesis ini dibuat adalah untuk mengkaji sama ada kaligrafi cina dapat membantu pelajar di Malaysia meningkatkan kebolehan menulis karakter cina mereka. Pada masa yang sama, mahu mengetahui sama ada guru dan pelajar di Malaysia menyokong pelajar sekolah kebangsaan untuk mempelajari kaligrafi cina. Melalui soal selidik yang dijalankan, saya mendapati sekiranya sekolah kebangsaan membuka kelas kaligrafi cina, 72.4% pelajar berminat untuk menyertainya, hanya 2.6% memilih untuk tidak mahu menyertai, dan selebihnya tidak pasti. Kebanyakan guru dan 14

pelajar berpendapat kelas karakter cina akan lebih menarik sekiranya diselitkan dengan aktiviti mempelajari kaligrafi cina, di samping dapat membantu

pelajar

menguasai

karakter

cina.

Hal

ini

dipastikan

berdasarkan hasil soal selidik yang mendapati 93.4% pelajar berpendapat kaligrafi cina boleh membuatkan kelas lebih menarik, manakala 94.7% guru berpendapat sedemikian. Satu lagi soalan yang dapat kita lihat mereka menyokong pelajar lain mempelajari kaligrafi cina iaitu “Adakah anda menggalakkan pelajar sekolah kebangsaan dari kecil mempelajari kaligrafi cina?”, dan majoritinya menggalakkan mereka mempelajarinya.

图 6 师生支持学习书法的情况

图 7 学生参加书法课的数据

15

5. BAGAIMANA DIDIKAN KALIGRAFI CINA MEMAINKAN PERANAN DALAM PEMBELAJARAN KARAKTER CINA 5.1

MEMPERKASAKAN TEKNIK MENULIS MELALUI DIDIKAN KALIGRAFI

CINA 5.1.1 DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENGUASAI URUTAN STROK DAN TEKNIK STROK KARAKTER CINA Pada masa sekarang, pelajar Malaysia tidak mementingkan urutan strok ketika menulis, bahkan tidak memahami peraturan strok sesuatu karakter cina. Mereka menulis mengikut keselesaan mereka, bahkan guru juga tidak mementingkan aspek ini. Hakikatnya, urutan strok sangat penting ketika menulis, lebih-lebih lagi ketika menulis kaligrafi. Urutan yang betul akan menghasilkan tulisan yang lebih cantik dan kemas. Urutan yang betul juga dapat membantu pelajar untuk menulis dengan lebih cepat, malahan tulisan yang terhasil akan lebih menepati tulisan orang cina. Bukan itu sahaja, urutan strok yang tepat akan membantu pelajar mencari perkataan dalam kamus elektronik. Oleh yang demikian, untuk

membantu

pelajar

lebih-lebih

lagi

yang

belajar

di

sekolah

kebangsaan yang mana bahasa pertuturannya adalah Bahasa Melayu, saya merasakan didikan kaligrafi cina merupakan satu langkah yang berkesan. Urutan strok menulis karakter cina berkait rapat dengan urutan ketika menulis kaligrafi. Urutan strok merujuk kepada langkah-langkah menulis satu karakter cina, radikal mana yang perlu ditulis dahulu dan seterusnya. Kaligrafi cina terdapat beberapa jenis yang utama iaitu kaishu, xingshu, caoshu, lishu, zhuanshu. Setiap jenis mempunyai urutan yang berbeza. Oleh sebab itu, kebiasaannya guru akan mengajar kaishu kerana urutannya sama dengan tulisan harian. Menulis memerlukan kita untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan iaitu, utamanya ialah : dimulakan dengan radikal mendatar, diikuti melintang; 撇 kemudian 捺 ; dari atas ke bawah; dari kiri ke kanan; dari luar ke dalam; dari tengah ke bahagian dua tepi, dan seterusnya. Mengikut pengalaman sendiri, kita 16

perlu memahami urutan ini sebelum menulis kaligrafi cina. Namun begitu, ada sesetengah pakar kaligrafi cina yang terkenal tidak mengikut urutan, kerana pemahaman masing-masing berbeza, latihan juga berbeza, tetapi walaupun berbeza, guru-guru masih menekankan urutan yang betul ketika mengajar kaligrafi. Menulis biasa dengan menulis kaligrafi secara amnya adalah sama, kerana kedua-duanya menggunakan peraturan urutan karakter yang digunapakai secara formal. Contohnya “ 为 ” , urutannya mudah salah kerana ramai yang akan mula menulis “ 力 ” diikuti dua titik. Jika pelajar dapat menguasai caoshu dan kaishu, masalah ini dapat diselesaikan. Gambar di bawah menunjukkan urutan menulis karakter tersebut dengan lebih jelas menurut peraturan yang tertulis pada 《笔顺规范》.

图 6 草书写得笔顺

图 7 楷书写得笔顺

Contoh lain ialah urutan “ 情 ” , radikal bahagian kiri mudah timbul kesilapan. Pelajar kebiasaannya akan mula menulis titik pertama, diikuti garis melintang, kemudian titik kedua. Jika pelajar menguasai caoshu, urutan ini lebih mudah diingati. 字例 :



17

Walaupun

urutan

menulis

biasa

dengan

kaligrafi

cina

kebanyakannya adalah sama, tetapi ada juga yang tidak sama. Contohnya “ 耳 ” , mengikut 《 笔 顺 规 范 》 ialah garis mendatar atas, melintang kiri kemudian kanan, dua garis mendatar pendek, akhir sekali garis mendatar bawah. Tetapi urutan penulis kaligrafi ialah garis mendatar atas, garis melintang kiri, dua garis mendatar pendek, garis mendatar bawah, akhir sekali barulah garis melintang kanan. Ketika menulis kaishu dan xingshu menggunakan urutan kebanyakan penulis kaligrafi. Walaubagaimanapun, perbezaan itu tidak terlalu banyak. Guru haruslah menekankan urutan yang betul bagi mengelakkan percanggahan ilmu yang disampaikan. Melalui kaligrafi, sedikit demi sedikit pelajar dapat mencambahkan minat pada menulis karakter cina. Hal ini kerana, kaligrafi cina dapat menunjukkan kepada pelajar dengan lebih jelas setiap struktur sesuatu karakter cina itu, kerana perlu ditulis dengan besar menggunakan berus dan dakwat. 5.1.2

DAPAT MEMBANTU PELAJAR MEMAHAMI SEJARAH KARAKTER CINA

Kelebihan mempelajari kaligrafi cina yang lain adalah dapat membantu pelajar mengenali dan memahami asal usul terciptanya sesuatu karakter itu. Setiap karakter itu mempunyai maksud tersendiri. Bagaimana karakter cina itu terhasil, dapat dipelajari apabila kita mempelajari seni kaligrafi cina zhuanshu dan jiaguwen. Pelajar akan dapat mengetahui kenapa karakter itu ditulis sedemikian dan kaitannya dengan maksud perkataan itu. Dalam rajah ditunjukkan persamaan antara tulisan zhuanshu, jiaguwen dan objek sebenar. Mengenal karakter cina merupakan tugas penting guru dalam mengajar pelajar sekolah rendah, tetapi disebabkan bilangan karakter cina sangat banyak, struktur yang sangat rumit, ditambah dengan umur 18

pelajar yang masih kecil, pengetahuan yang masih rendah dan ingatan yang

masih

tidak

kuat,

jadi

guru

perlu

memikirkan

cara

untuk

membimbing pelajar menguasai sesuatu ilmu. Kajian mendapati, pada waktu kanak-kanak, ingatan mereka lebih kepada visual. Sekiranya digabungkan bayangan visual kanak-kanak dan pengajaran kaligrafi jiaguwen dan zhuanshu, pastinya dapat merangsang kanak-kanak untuk lebih berminat mengenal karakter cina. Di samping itu, guru boleh menggunakan Jiaguwen

ialah

gambar tulisan

untuk

membantu

pelajar

lebih

yang

berbentuk

gambar,

jadi

memahami. guru

boleh

menjelaskan kepada pelajar tentang karakter tersebut berdasarkan gambar

dan

menunjukkan

karakter

modennya.

Hal

ini

untuk

membolehkan pelajar membayangkan perkataan tersebut seolah-olah hidup dan kemudian dapat mengingatnya. Cara ini bukan sahaja membantu mereka memahami, bahkan dapat menarik minat mereka. Di Malaysia, pelajar sekolah rendah di tahun 1, 2, dan 3 perlu belajar berkaitan dengan kata nama, objek dan sebagainya. Guru boleh menggunakan cara di atas untuk mengajar mereka dengan menunjukkan gambar sebenar, kemudian menunjukkan karakter dalam jiaguwen dan pada akhirnya mengajar mereka tulisan moden. (Lihat rajah di bawah). 甲骨文

篆书

图片

19

Karakter cina berbentuk ideografik, setiap karakter mempunyai persamaan dengan maksudnya yang tersendiri. Oleh itu, setiap radikal mengikut

pecahan

maksud.

Pelajar

sekolah

rendah

tidak

dapat

membezakan setiap sususan radikal dengan jelas dan sering tersilap ketika menulis. Sekiranya guru dapat mengajar pelajar untuk memahami jiaguwen,

guru

dapat

membantu

pelajar

untuk

memahami

dan

meningkatkan tahap ingatan pelajar terhadap sesuatu karakter cina.

5.2

MEMPERBETULKAN CARA MEMEGANG PENSIL DAN POSISI DUDUK KETIKA MENULIS MELALUI DIDIKAN KALIGRAFI CINA

5.2.1

CARA MEMEGANG PENSIL

Orang Malaysia tidak terbiasa dengan penulisan karakter cina, jadi cara mereka memegang pensil juga tidak sama sepenuhnya dengan orang Cina. Berdasarkan kajian orang tempatan gambar 9 menunjukkan cara memegang pensil yang betul. Tetapi kebanyakan kanak-kanak di Malaysia susah untuk menggunakan cara yang betul untuk memegang pensil (rujuk gambar 10). Mengikut kajian Prof. Alias, kebanyakan kanakkanak di Malaysia pada usia 8-9tahun baru boleh memegang pensil dengan betul. Hasil kajiannya mendapati kebanyakan daripada mereka tidak mendapat didikan formal mengenai cara memegang pensil sejak kecil, kerana guru tidak memberi perhatian kepada aspek ini. Disebabkan keadaan ini, akan membantutkan kemampuan mereka mempelajari isi

20

kandungan di dalam kelas, seterusnya tidak dapat memahami apa yang diajar oleh guru. Walaupun cara memegang pensil dan cara memegang berus kaligrafi tidak sama, tetapi saya yakin sekiranya pelajar dapat menguasai cara

memegang

berus,

secara

tidak

langsung

mereka

dapat

menghasilkan tulisan yang mempunyai ciri-ciri yang indah. Menguasai berus kaligrafi tidak mudah, jadi sekiranya pelajar dapat mempelajari sesuatu yang sukar, pasti perkara yang lebih mudah dapat dipelajari dengan lebih baik. Bagi menggunakan berus kaligrafi, seseorang itu perlu ada kesabaran yang tinggi, di samping fokus yang baik barulah dapat belajar kaligrafi. Cara ini dapat membantu pelajar menguasai cara memegang pensil dengan betul. Hal ini kerana, orang Malaysia tidak mementingkan cara memegang pensil. Cukup sekadar mereka dapat menulis.

21

图八 :正确的执笔方法

图九 :马来西亚小学生不正确的执笔

方法

图十:孩子早期阶段的执笔法

22

5.2.2

POSISI DUDUK

图 11 :马来西亚学生坐姿写字的习惯

Kebanyakan pelajar Malaysia mempunyai satu tabiat posisi duduk yang sama iaitu mata sangat dekat dengan buku, ketika menulis buku akan diserongkan sedikit, dan kepala sangat rendah. Kebiasaan ini mendorong kepada terjejasnya kesihatan fizikal seseorang. Pertama, membahayakan tulang pada seluruh badan. Oleh itu, kanak-kanak perlu ditekankan tentang posisi duduk yang betul, sementara tulang mereka masih belum matang. Kesalahan dalam posisi duduk akan merubah bentuk tulang mereka, dan memberi kesan kekal yang jangka panjang. Kedua, membahayakan tahap penglihatan. Ai Qiu dalam artikelnya 《写字 时正确的握笔方法及其重要性》, sekumpulan pengkaji telah membuat kajian ke atas kanak-kanak di Universiti Beijing dan mendapati kesalahan pada posisi duduk ketika menulis, boleh menjejaskan penglihatan mereka, menyebabkan mereka silau dan rabun. Mereka mempunyai tabiat melihat dengan dekat, dan membongkokkan kepala serta menggunakan mata terlalu lama kerana mereka tidak dididik oleh ibu bapa dan guru tentang hal ini. Sedangkan orang Cina mementingkan posisi duduk, lebih-lebih lagi ketika menulis kaligrafi. Jadi melalui tesis ini, kita dapat lihat kepentingan posisi duduk kepada kesihatan fizikal jangka panjang. Posisi duduk yang betul dapat membantu pelajar menulis karakter cina dengan lebih baik.

23

6. CADANGAN 6.1

KERAJAAN MALAYSIA PERLU MERANGKA SILIBUS KELAS YANG BERSESUAIAN Bahasa kebangsaan di Malaysia bukanlah Bahasa Mandarin, tetapi

kerajaan sangat menggalakkan pelajar mempelajari Bahasa Mandarin. 24

Oleh itu, kerajaan perlu memikirkan cara untuk mempertingkatkan pendidikan Bahasa Mandarin dan mewujudkan suasana yang sesuai untuk belajar bahasa kedua ini. Kebanyakan pelajar sekolah rendah mempunyai masalah yang agak ketara dalam kelas karakter cina. Melalui kajian ini, kita dapati mempelajari kaligrafi cina dapat membantu mempertingkatkan prestasi menulis karakter cina. Bilangan yang berminat dengan kaligrafi cina sangat ramai, jadi kerajaan perlu mempertimbangkan untuk memperbanyakkan aktiviti kaligrafi cina di sekolah-sekolah kebangsaan, bagi memberi peluang kepada pelajar mempelajarinya. Pada masa kini, kebanyakan aktiviti kaligrafi cina diuruskan oleh badan bukan kerajaan atau individu, jadi selepas ini kerajaan perlu lebih banyak membantu dari segi kewangan bagi menyebarkan lagi seni ini di Malaysia. Kerajaan juga perlu terus menghantar pelajar-pelajar cemerlang ke China untuk mempelajari Bahasa Mandarin baku yang diguna pakai seluruh dunia. Mereka bukan sahaja berpeluang mempelajari bahasa, bahkan dapat merasai kehidupan sebenar orang cina dan mempelajari budayanya yang tulen. Kerajaan juga boleh menggalakkan guru-guru menguasai kaligrafi cina kerana ia dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi Bahasa Mandarin. Di sekolah boleh diadakan pertandingan dan aktiviti berkaitan dengannya.

6.2

GURU BAHASA MANDARIN PERLU MEMPERBAIKI TEKNIK MENGAJAR

Dalam mempertingkatkan prestasi pelajar, guru Bahasa Mandarin perlu memikirkan cara untuk memperbaiki teknik mengajar, contohnya seperti cara di bawah. 1) Minat pelajar terhadap kelas karakter cina adalah sederhana. Prestasi mereka juga tidak terlampau baik, jadi guru boleh memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari seni kaligrafi cina. Hal ini kerana, berdasarkan soal selidik rata-rata yakin kaligrafi cina dapat membantu pelajar memahami karakter cina, dan seterusnya 25

menguasainya. Mereka juga menyokong kelas kaligrafi cina, dan bersetuju untuk melibatkan diri dalam aktiviti kaligrafi cina. Guru boleh pada awalnya untuk menjadikan ia aktiviti di dalam kelas, dan sekiranya masa yang suntuk, boleh dijadikan aktiviti persatuan. Mempelajari kaligrafi cina dapat menarik minat pelajat di samping membaiki teknik memegang pensil dan posisi duduk. 2) Daya ingatan pelajar terhadap karakter cina tidak terlalu baik. Guruguru boleh memperkenalkan kepada pelajar tentang jiaguwen, di samping dapat memberi kepada mereka pengetahuan tentang sejarah asal usulnya. Dengan cara ini mereka dapat mengingat dengan

lebih

baik

kerana

kemahiran

fikiran

mereka

akan

terangsang dengan lukisan atau visual.

KESIMPULAN Dalam aspek penulisan karakter cina, orang Malaysia mempunyai tahap kebolehan yang agak rendah, kerana mereka bukanlah penutur jati Bahasa Mandarin. Tetapi melalui latihan dan mempelajari kaligrafi cina, mereka dapat mempertingkatkan prestasi mereka. Di samping itu dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang sejarah sesuatu karakter cina. Melalui kajian ini, kami mendapati kaligrafi cina bukan sahaja satu warisan

budaya,

tetapi

juga

satu

alat

untuk

mempertingkatkan

kemampuan pelajar dalam menguasai Bahasa Mandarin. Walaupun kaligrafi cina dan menulis karakter cina merupakan dua perkara yang berbeza tetapi mereka saling melengkapi. Walau apa cara digunakan untuk meningkatkan tahap penguasaan karakter cina, pelajar tetap perlu memperbanyakkan latihan dan memahami setiap teknik. Dengan cara itu, barulah pelajar dapat menjadi penutur Bahasa Mandarin yang cemerlang dengan lebih cepat.

26

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF