Kajian Hawthorne

January 7, 2017 | Author: Aye Nadiah | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Kajian Hawthorne...

Description

KAJIAN HAWTHORNE DAN KAITANNYA DENGAN PENGURUSAN DI SEKOLAH PJM 3112

• • • • •

Disediakan oleh, Nor Syuhada binti Suhaime Fatin ‘Izzati binti Hussin Pakri Faten Nadiah binti Mohd Fauzi Wan Nor Amira Fateen binti Wan Ahmad Fu-ad

TEORI HUBUNGAN MANUSIA • Fokus utama pendekatan ini ialah mengkaji bagaimana tingkahlaku pengurus dapat mendorong dan memotivasi pekerja bagi membolehkan mereka bekerja dengan cekap untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. •Pendekatan ini memberi tumpuan terhadap peningkatan kejayaan organisasi melalui penumpuan ke atas sumber manusia dalam organisasi. •Pendekatan hubungan manusia berorientasikan manusia dalam pengurusan.

• Objektif utama pendekatan ini ialah untuk memperkukuhkan kejayaan organisasi melalui pembentukan hubungan yang bersesuaian dengan manusia. • Oleh itu, beberapa orang penyelidik telah membuat perbincangan dan kajian mengenai pendekatan ini.

• Antara penyelidik yang telah membuat kajian adalah:- Mary Parker Follet (membincangkan bagaimana pengurus seharusnya melayan pekerja dengan menggunakan konsep ‘empowerment’) - Hugo Munsterberg (menekankan penggunaan psikologi kepada industri dan pengurusan) - Elton Mayo (kajian Hawthorne)

KAJIAN HAWTHORNE • Sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard, yang diketuai oleh Elton Mayo telah menjalankan kajian tentang perlakuan manusia. • Kajian ini telah dilakukan di kilang Hawthorne Works of the Western Electric Company dari tahun 1927-1932. • Sejak itu penyelidikan ini dipanggil kajian Hawthorne.

TUJUAN KAJIAN • Kajian ini telah dilakukan untuk menentukan perhubungan di antara persekitaran kerja dan produktiviti. • Untuk menyelidik bagaimana cahaya dan situasi kerja mempengaruhi prestasi kerja. • Kajian ini dilaksanakan dalam 2 fasa.

FASA 1 • Bertujuan untuk meneliti antara keadaan fizikal dengan daya pengeluaran. • Tumpuan untuk menentukan hubungan antara cahaya lampu dengan kecekapan dua kumpulan kerja yang diukur melalui output yang dikeluarkan. • Di dalam ujian pertama, dua kumpulan pekerja, iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan terkawal telah dibentuk. • Intensiti cahaya lampu dibeza-bezakan bagi kumpulan eksperimen manakala kumpulan terkawal bekerja di bawah cahaya lampu yang sama.

HASIL KAJIAN • Satu keputusan didapati bahawa kumpulan eksperimen telah meningkat produktivitinya sama ada intensiti cahaya lampu itu diubah atau tidak. • Di dalam kumpulan terkawal, produktiviti didapati meningkat walaupun tidak ada perubahan dalam tingkat cahaya lampu.

Intensiti cahaya lampu ditukar, produktiviti kerja meningkat. Intensiti cahaya lampu sama, produktiviti kerja juga meningkat.

HASIL KAJIAN • Ini mengambarkan bahawa pekerja lebih bertindakbalas terhadap kewujudan cahaya lampu berbanding dengan peningkatan atau penurunan cahaya lampu.

• Fenomena ini dikenali sebagai kesan

Hawthorne. • Keseluruhannya, hasil kajian membuktikan bahawa tidak terdapat hubungan yang konsisten di antara produktiviti dengan keadaan fizikal.

FASA 2 • Kajian ini bertujuan untuk meneliti dan menganalisis hubungan sosial dalam kumpulan kerja. • Melibatkan enam orang wanita yang dipilih untuk bekerja di bahagian pemasangan telefon di sebuah bilik. • Kumpulan kerja ini diperhatikan bagi suatu tempoh jangkamasa yang lama. • Di samping itu terdapat dua belas perubahan dalam persekitaran kerja yang telah dilakukan. Antaranya termasuklah perubahan tempoh masa rehat, cara pembayaran upah, ganjaran dan sebagainya.

HASIL KAJIAN • Sistem ini menyatakan bahawa lebih gigih kumpulan bekerja, lebih output yang akan dihasilkan. • Penyelidik percaya bahawa hasil kajian menunjukkan ahli kumpulan kerja akan memberi tekanan sesama mereka untuk bekerja dengan gigih dan mendapat upah yang lebih. • Kesimpulan daripada kajian tersebut memperlihatkan kepada kita bahawa perubahan dan peningkatan dalam produktiviti tidak begitu dipengaruhi oleh perubahan yang diwujudkan dalam persekitaran kerja tetapi dipengaruhi oleh hubungan dan sikap individu dalam kumpulan tersebut.

• Ahli kumpulan didapati lebih berminat untuk mengekalkan perpaduan kumpulan kerja daripada memperolehi lebih banyak ganjaran kewangan. • Ini memperlihatkan bahawa keakraban dan persahabatan di kalangan ahli kumpulan merupakan faktor yang signifikan terhadap peningkatan dalam produktiviti.

HASIL KAJIAN HAWTHORNE • Kajian Hawthorne menunjukkan kepada kita bahawa secara keseluruhannya peningkatan dalam daya pengeluaran adalah disebabkan oleh faktor sosial seperti semangat bekerja, perasaan kepunyaan, gaya pengurusan pengurus dan saling berhubung antara anggota kumpulan kerja melalui pengurusan yang berkesan. • Sebagai kesimpulan, kajian ini mendapati bahawa pekerja lebih dimotivasikan oleh hubungan antara individu berbanding dengan faktor ekonomi.

HUBUNGKAIT KAJIAN HAWTHORNE DAN PENGURUSAN DI SEKOLAH

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi. Menurut James R Houghton, Pengerusi Coning, mengatakan bahawa zaman hirarki di dalam pentadbiran organisasi sudah berlalu (Steward, 1996). Umumnya, melibatkan diri dalam amalan pengupayaan bukanlah bermaksud tiada kawalan atau seseorang itu bebas melakukan apa sahaja yang mereka suka, tetapi masih tertakluk kepada peraturan dan prosedur kerja yang telah ditetapkan. Malangnya konsep kuasa yang diberi melalui amalan pengupayaan sering disalah tanggap. Ini bermaksud, melalui pengupayaan akan menyebabkan hilang kuasa untuk mengawal (empowerment means no control,- control means no empowerment). * Sepatutnya, kuasa dan pengupayaan disatukan menjadi

Dalam konteks pendidikan pula, pengupayaan guru bererti penglibatan mereka dalam membuat keputusan dalam aktiviti organisasi (Keith & Girling, 1991). Pada asasnya, pengupayaan dirumuskan sebagai proses sekolah memberi ruang untuk membangunkan kecekapan guru untuk bertanggungjawab terhadap kemajuan diri dan menyelesaikan masalah mereka sendiri. Dengan ini, guru kanan yang diupayakan itu memperolehi kemahiran dan ilmu pengetahuan serta mampu bertindak berdasarkan situasi untuk melakukan proses penambahbaikan. Faktor ini menyumbang ke arah pembentukan Menurut Short & Greer (1997 ), Rinehart menggariskan enam peluang guru untuk memperlihatkan kecekapannya ( Short, dimensi yang terkandung di dalam pengupayaan guru: 1994). i. Membuat keputusan ii. Pengembangan Profesioanal iii. Status iv. Kecekapan peribadi v. Autonomi vi. Impak

Ken Blanchard et al (1996 ) pula menerangkan pelaksanaan pengupayaan merupakan proses yang berterusan dan melibatkan tiga kunci utama iaitu perkongsian maklumat dengan kakitangan, mencipta autonomi dalam sempadan dan menggantikan sistem hirarki tradisional kepada pasukan terarah sendiri.

1

2 Dengan adanya perkongsian maklumat ini akan muncul perasaan saling percaya mempercayai antara satu sama lain.

3

Menurut pemikiran hirarki tradisional, guru besar yang menetapkan matlamat organisasi dan kemudian diturunkan ke peringkat bawahan.

Perkongsian maklumat bermakna pemimpin memberi kefahaman kepada kakitangan mengenai keadaan semasa organisasi dengan jelas dan mantap.

4 Guru tidak mempunyai komitmen kerana mereka tidak terlibat langsung dalam proses membina matlamat itu.

5 Sebaliknya di dalam organisasi yang melaksanakan pengupayaan, matlamatnya ditetapkan secara bersama dan mampu membangkitkan rasa tanggungjawab dan bersifat kepunyaan di kalangan mereka.

1

2 Kadangkala, batasan ini tidak dapat ditentukan sejauhmana ianya diberi oleh guru besar, mahupun guru itu sendiri tidak jelas akan sempadannya.

Untuk menjalankan tugas dengan baik, seorang guru memerlukan sempadan autonomi yang jelas.

3

Sempadan yang hendak diberi berbeza-beza mengikut kategori pengurusan sekolah seperti kurikulum, kokurikulum, kewangan, staf dan sebagainya.

4 Ini termasuklah proses membuat keputusan dan akauntabiliti.

5 Keadaan ini menyebabkan berlakunya pencapahan tugas serta kekeliruan dikalangan pengurus pertengahan.

1

2 Apabila pengupayaan dapat dijalankan dengan sempurna, corak pasukan terarah kendiri dapat dijalankan untuk mencapai sesuatu matlamat.

3

Namun setakat manakah guru besar dapat mengamalkan corak kepimpinan ini agar guru dapat membina keyakinan dan keupayaan diri untuk menjalankan tugas yang diupayakan.

Guru besar akan bertindak sebagai fasilitator.

4 Guru (pengurus pertengahan) sepatutnya memperolehi pemindahan pengalaman dan pengetahuan dari pihak atas dan begitu juga sebaliknya.

Perubahan dalam gaya penyeliaan ini perlu berlaku

dalam proses penambahbaikan pentadbiran pendidikan dewasa ini Menurut Teori Pengurusan Hawthorne, perubahan gaya penyeliaan, iaitu daripada gaya mengarah kepada gaya kefahaman terhadap kerja boleh menyebabkan berlaku peningkatan

prestasi kerja kumpulan.

Ia menuntut kepada konsep kemanusiaan dalam

pengupayaan, iaitu perasaan

a) Guru besar selaku pengurus atasan di sekolah perlu mempertimbangkan konsep amalan pengupayaan secara bijaksana kepada pengurus pertengahan sebagai salah satu cara untuk menggunakan sumber yang ada di dalam organisasi sekolah. b) Pengurus atasan juga perlu mengenalpasti bahagian dalam aspek tanggungjawab, membuat keputusan, penetapan matlamat dan penyelesaian masalah yang memerlukan penglibatan pengurus pertengahan dalam melaksanakan amalan pengupayaan. c) Memberi peluang kepada pengurus pertengahan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kepakaran untuk melibatkan diri serta mengubah sikap dalam pengurusan sekolah melalui amalan pengupayaan. d) Pengurus atasan hendaklah menyokong dan bertindak sebagai fasilitator kepada pengurus pertengahan dalam melaksanakan tanggungawab. e) Pengurus atasan sentiasa memberi galakan dan motivasi dari bawah agar mereka rasa dihargai dan dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Bibliografi http://nuralamlanafie.wordpress.com/2011/11/07/hubungan-manusiakonsep-dan-penerapannya/ http://id.wikipedia.org/wiki/Kajian_Hawthorne http://file.upi.edu/Direktori/FIP/JUR._PEND._LUAR_SEKOLAH/197012101998 022-IIP_SARIPAH/serba-serbi_Manajemenx.pdf http://achmadrozzieroy.wordpress.com/tugas-kuliah/tugas-teori-organisasi/ http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Amerika_Syarikat http://eng.upm.edu.my/~zleman/kmp3903ch1.html http://azamri.tripod.com/zt2223/sejarah.htm http://peace-love-hope-trustbelieve.blogspot.com/2011/12/sejarahpengurusan.html http://www.scribd.com/doc/19627301/KESAN-HAWTHONE http://noraros.tripod.com/nota.htm

Sekian . . . .

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF