Kajian Geografi Tempatan (Pusat Bandar Puchong) 2009

May 20, 2018 | Author: CPS | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Form 1 Folio Geografi for SMK PBP (1), if u need it u can download and copy it, thank you!...

Description

K AJIAN AJIAN GEOGRAFI TEMPATAN (C)

Nama Calon :

Tingkatan : 1 Azam No. Kad Pengenalan (KP) : Nama dan Alamat Sekolah : SMK Pusat Bandar Puchong (1) Jalan Wawasan Wawasan 2/23, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor.

Tajuk  Kajian : Bentuk Muka Bumi Pusat Bandar Puchong dan perbandingan dengan Pulau Jawa Nama Guru : Tandatangan Guru : 。 。 。 。 。 。

。。 。 。 。 。 。 。 。 。 。 。 。 。 。 。 。 。 。 。 。 。 。 。 。 。 。 。



Markah :

/ 50%

BENTUK MUKA BUMI PUSAT BANDAR PUCHONG

dan PERBANDINGAN DENGAN PULAU JAWA

Senarai Kandungan

Bil

Aspek  

Muka Surat

1

Tajuk Kajian Kaj ian

2

Senarai Kandungan

3

Penghargaan

4

Pendahuluan

5

Objektif Kajian

6

Kawasan Kajian

7

Kaedah Kajian

8

Dapatan Kajian

9

Rumusan

10

Lampiran

11

Rujukan

1 2 3 4 5 6 7 8 - 18 19 22 23 23

Jumlah Muka Surat :

............................................................................................................................................... .

Penghargaan

Dalam usaha menyediakan Kajian Geografi Tempatan ini, setinggitingginya penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ahli keluarga terutamanya ibu bapa saya atas segala sokongan (terutamanya kewangan dan  bahan keperluan) dan tunjuk ajar, ajar, saya berasa sungguh gembira kerana mendapat sokongan kamu.

Selain itu, saya juga hendak berterima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1), Puan Siti Rogayah bt Yahya kerana memberikan saya peluang untuk menjalankan Kajian Geografi Tempatan ini, saya berasa Kajian Geografi Tempatan Tempatan ini sungguh bermakna dan mencabar  untuk seorang pelajar Tingkatan 1.

Saya juga hendak merakamkan terima kasih kepada guru Geografi saya, Pn Ramlah bt Duad atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan untuk  Kajian Geografi Tempatan Tempatan ini, selain itu terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengguna teori-teori yang saya belajar di kelas ke dunia realiti.

Saya ingin memberitahu beberapa orang kawan yang membantu saya dalam pelaksanaan Kajian Geografi Tempatan ini, terutamanya Christina Lee Shuet Zhen dan Loo Yen Yen Chi, terima kasih! Saya berasa sungguh gembira kerana  bantuan kamu memang menolong saya dalam folio Geografi ini.

Akhir kata, saya hendak berterima kasih kepada 20 orang responden kepada Kajian Geografi Tempatan Tempatan ini, saya bersyukur kerana maklumat, sokongan dan kerjasama kamu menolong saya senang untuk menyiapkan folio Geografi saya ini.Terima kasih!

Pendahuluan

Saya seorang pelajar perempuan dari tingkatan 1Azam Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong (1), nama saya Chua Pei Shan. Tajuk saya untuk Kajian Geografi Tempatan ini ialah Perbandingan Bentuk Muka Bumi Pusat Bandar Puchong, Malaysia dengan Pulau Jawa, Indonesia.

Saya memilih Pusat Bandar Puchong untuk menjadikan tempat kajian saya kerananya merupakan tempat tinggal saya, ini memudahkan saya untuk  menjalankan soal selidik untuk kajian ini. Pulau Jawa di Indonesia pula saya pilih untuk menjadi perbandingan dengan Pusat Bandar Puchong kerana ciri-ciri fizikal dan budaya di Kepulauan Indonesia kurang sama dengan kawasan kajian yang saya pilih – Pusat Bandar Puchong.

Saya menjalankan kajian ini sebelum waktu persekolahan saya agar ia tidak  menganggu dan menbebankan saya dalam kerja sekolah. Kajian Geografi Tempatan ini dijalankan secara Individu berdasarkan data, maklumat yang dikumpulkan saya dan juga respond untuk soal selidik yang dibuat saya. Laporan Kajian ini hanya memerlukan saya masa seminggu untuk menamatkan  pelaksanaan, ini dihantar sebelum tarikh yang ditentu cikgu Geografi saya.

Objektif Kajian Objektif khusus Kajian Geografi Tempatan Tempatan ini dijalankan mempunyai beberapa faedahnya, antaranya adalah untuk mengenal pasti :



Bentuk Muka Bumi dan Ciri-cirinya Cir i-cirinya



Potensi Bentuk Muka Bumi



Halangan Bentuk Muka Bumi



Langkah-langkah mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar 



Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam Alam Sekitar 



Penerapan Nilai dan Unsur Patriotisme terhadap Kawasan Kajian

Kawasan Kajian

Pusat Bandar Puchong terletak di Daerah Mukim Kinrara, Selangor . Selangor . Kedudukan Pusat Bandar Puchong berhampiran dengan Bandar Puteri dan Puchong Jaya. Jaya . Bandar terdekat dengan Pusat Bandar Puchong ialah Shah Alam dan jaraknya ialah sejauh 18km.

Pada masa dulu, Pusat Bandar Puchong hanya ialah kawasan estet getah(Castefield Estet). Estet) . Tempat Tempat ini dimajukan oleh SP Setia, Syarikat Wawasan Inder Sdn. Bhd. Castefield Estet dibersihkan tapak pada 1993.

Pusat Bandar Puchong ialah seluas 580 hektar . Seramai 15000 penduduk di Pusat Bandar Puchong. Namun, sebanyak 90% daripada penduduk ialah dari luar dan kebanyakannya bekerja sabagai pekerja swasta. Pusat Bandar Puchong dibahagi kepada beberapa kawasan iaitu kawasan 1, 2, 3 dan 4. Terdapat beberapa jenis rumah di situ. Sebanyak 2353 rumah teres, kedai dan rumah pangsa.

Pusat Bandar Puchong dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur. Antaranya yang terkenal ialah “Lake Garden” Garden ” yang merupakan taman permainan. Ia dilengkapi dengan alatan senaman, gelanggang bola sepak dan bola keranjang, tasik buatan manusia yang seluas 25 hektar.

Seterusnya, Pualu Jawa ialah sebuah  pulau di Indonesia dan Jakarta merupakan ibu negara. negara . Pulau Jawa terletak di antara pulau Sumatera dan Bali. Ia ialah pulau ke-13 terbesar di dunia dan pulau ke-5 terbesar di Indonesia . Terdapat lebih kurang 38 gunung di Pulau Jawa yang merupakan “tulang  belakang” dari barat ke timur  dan antaranya meruoakan gunung berapi hidup. hidup . Gunung tertinggi ialah Gunung Seramu(3,676 m) dan gunung berapi yang sering berletup ialah Gunung Merapi(2,968 m).

Dulu, Pulau Jawa ialah pualu yang berkuasa beragama Hindu dan sultan-sultan Muslim. Sekarang, sebanyak 160 juta orang penduduk tinggal di

pulau Jawa. Terdapat 3 bahasa terpenting di pulau Jawa dan Bahasa Jawa merupakan bahasa terpenting manakala sebabkan kebanyakan penduduk di situ merupakan ‘bilingual’, Bahasa Indonesia ialah bahasa yang kedua terpenting di Pualu Jawa. Kebanyakan penduduk di Pulau Jawa beragama Muslim.

Kaedah Kajian Pelaksanaan Kajian Geografi Tempatan ini saya telah menggunakan 4 jenis kaedah untuk membantu saya, antaranya ialah : a. Pemerhatian Saya mengaji kawasan Pusat Bandar Puchong dan Bentuk Muka Buminya.

b. Catatan Semasa saya mengaji kawasan kajian, saya juga mencatat tentang Bentuk Muka Bumi sana. Saya juga mencatat nota-nota yang diberi guru Geografi saya – Pn. Ramlah bt Duad untuk kajian ini. c. Rujukan Saya juga pergi ke perpustakaan (RedSpot) dan membuat rujukan melalui majalah National Geografi. Saya juga telah merujuk buku teks Geografi Tingkatan Satu(KBSM) yang dikarang oleh Chong Yoon Choi, diterbit oleh Puntia Suppiah dan dicetak oleh Ulyimate Print Sdn. Bhd., buku Ulang Kaji MyResos (Tingkatan 1) Geografi yang diarang oleh S.L.Kang dan dicetak oleh PEP PUBLICATIONS SDN BHD. d. Soal Selidik Saya telah mengemukaan soal selidik yang dibuat saya kepada 20 orang responden yang berada di Pusat Bandar Puchong untuk mengisikannya

Dapatan Kajian – Peta Malaysia berbanding dengan Pulau Jawa

Dapatan Kajian – Peta Pusat Bandar Puchong

Dapatan Kajian – Bentuk Muka Bumi dan Ciri-cirinya

Bentuk Muka Bumi - Pusat Bandar Puchong

1. Tanah Tinggi Sebahagian daripada Pusat Bandar Puchong ialah Tanah Tinggi. Kebanyakan Tanah Tinggi ini berada di Timur Laut Pusat Bandar Puchong. Unsur ini menyebabkan Timur Timur Laut di Pusat Bandar Puchong berbukit-bukau dan ia hanya mempunyai potensi Perumahan. 2. Tanah Pamah Melebihi sesetengah tanah di Pusat Bandar Puchong dikira Tanah Pamah. Tanah Pamah di Pusat Bandar Puchong mempunyai sifat yang beralun dan bersalin baik. Kawasan-kawasan Kawasan-kawasan ini telah dimajukan terhadap potensi Perumahan. 3. Tasik-tasik Bekas Lombong Pusat Bandar Puchong mempunyai tasik-tasik bekas lombong yang berada di Timur Laut. Tasik-tasik ini telah dijadikan Taman Rekreasi di kawasan perumahan Lake View.

Bentuk Muka Bumi – Pulau Jawa 1. Tanah Tinggi Sebahagian daripada Pulau Jawa ialah Tanah Tinggi, banyak gunung / bukit di sana. Puncahnya tinggi sehingga 2.5km. Cerun-cerun bukit di sana mempunyai kepengtingan dalam pembangunan ekonomi.Tempat yang beralun dan berbukit di Pulau Jawa dijadikan tempat penanaman padi, kopi, gula dan sebagainya. Inilah kerana aktiviti gunung berapi telah membentukan dataran lava bes yang subur dan menyebabkan tanah-tanih sesuai untuk penanaman padi. Selain itu, dataran tanah pamah di Pulau Jawa terhad dan penduduknya padat, oleh itu kawasan yang berbukit dan beralun digunakan untuk penanaman padi berteres. 2. Tanah Tanah Pamah dan Dataran

Di Pualu Jawa, kegunaan tanah pamah sama dengan kegunaan tanah tinggi. Tanah pamah digunak digunakan an untuk penanaman penana man padi dan pusat pelancongan. pelancongan . Tanah Tanah Pamah dan Dataran di Pulau Jawa ialah terhad, akibatnya penduduk padat.

Dapatan Kajian – Potensi Bentuk Muka Bumi

Potensi Bentuk Muka Bumi Puchong :

Tanah Tinggi : tanaman hawa

Tanah Pamah : petempatan, perkilangan, perindustrian, perkhidmatan

Tasik-Tasik asik-Tasik Bekas Beka s Lombong : pelancongan pelanc ongan

(Sumber-sumber di atas berdasarkan borang soal selidik yang disediakan saya, Potensi yang sesuai untuk Pusat Bandar Puchong yang dipilih penduduk.)

Potensi Bentuk Muka Bumi Pulau Jawa :

Tanah Tinggi : penanaman, pertanian, pelancongan pelanco ngan

Tanah Pamah dan Dataran : penanaman pertanian, petempatan, pelancongan

Dapatan Kajian – Halangan Bentuk Muka Bumi

Halangan Bentuk Muka Bumi Pusat Bandar Puchong

1. Tanah Tinggi Gunung merupakan halangan yang besar semasa pembinaan. Kerajaan perlu mengunakan tenaga,wang dan masa yang banyak untuk mememastikan kawasan itu sesuai dan bersedia untuk pembinaan. Keadaan ini juga menyebabkan perubahan landskap, tanah runtuh, gelongsoran dan banjir. Selain itu, keadaan ini juga akan menyebabkan kepupusan flora dan fauna. 2. Cerun Curam Pembinaan yang dibina di atas cerun yang curam akan membahayakan bangunan yang dibina. Keadaan ini juga akan mengancam keselamatan penduduk-penduduk yang tinggal di situ. Selain itu, tanah runtuh atau gelongsoran juga akan berlaku. 3. Tasik Bekas Lombong Pembinaan juga tidak boleh dijalankan akibat tasik bekas lombong. Seperti di kawasan Pusat Bandar Puchong, projek pembinaan mengubah suai dan membersarkan lagi IOI Mall. Oleh sebab terdapat tasik bekas lombong di situ, pihak IOI perlu membelanjakan masa, wang dan tenaga untuk menkukuhkan kawasan itu untuk meneruskan pembinaan.

PULAU JAWA , INDONESIA Halangan bentuk muka bumi kawasan ini ialah penduduk di sini mengalami masalah untuk membina sisitem pengairan untuk tanaman mereka. Tambahan lagi, penduduk di sini mengalami masalah kesesakkan petempatan. Perkara ini diakibatkan oleh kekurangan tanah pamah untuk membuat kawasan petempatan. Penduduk di kawasan ini tidak dapat membuat penanaman padi secara besar   – besaran atau komersial kerana kawasan tanah yang terhad.

Alam Dapatan Kajian – Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar  1. Tanah Runtuh Disebabkan manusia semakin lama, semakin maju, banyak kawasan dibuka untuk dimajukan. Contohnya, kawasan Pusat Bandar Puchong, bukit dibuka untuk perumahan. Keadaan ini akan menyebabkan tanah runtuh dan membahayakan penduduk yang tinggal di situ. Selain itu, perbuatan ini juga memusnahkan habitat semula jadi flora dan fauna. 2. Pencemaran Air  Selepas pokok-pokok ditebang, tanih mudah dihakis oleh air hujan tanpa akar  pokok dan air larian permukaan mengangkut tanih yang dihakis ke dalam sungai. tanih yng dimendapkan ke dasar sungai akan menyebabkan sungai yang menjadi cetak dan banjir mudah berlaku. Pengguna baja kimia dan racun serangga secara meluas dalam pertanian akan diserap ke dalam tanah dan mengalir ke dalam sungai. Air sungai yang mengandungi racun akan mengancam kesihatan manusia dan binatang serta hidupan air. Dalam perindustrian, kilang yang membuang sisa bahan mentah dan sisa toksik ke dalam sungai boleh mencermakan kualiti air dan mengancam hidupan air. 3. Pencemaran Udara Penggunaan bahan kloroflurokarbon(CFC) dalam industri pembuatan peti sejuk, penyembur serangga dan alat penyemaran udara telah meningkatkan suhu bumi dan menipiskan lapisan ozon. Kilang industri memproses yang membebaskan debu, asap dan habuk ke udara boleh mencermakan udara di sekitarnya.

PULAU JAWA, INDONESIA 1. Pencemaran Udara Di Pulau Jawa, petani-petani menebang dan membakar pokok-pokok di kawasan hutan yang dipilih untuk menanam padi untuk menyara diri dan keluarga. Asapasap yang dihasilkan semasa membakar akan mengancam kesihatan manusia dan kesemibangan alam sekitar serta menyebabkan kepupusan flora dan fauna.

2. HAKISAN TANAH Di kawasan lereng bukit di mana berlakunya kegiatan penanaman padi , hakisan tanah akan berlaku kerana struktur tanah tidak kuat atau stabil dan boleh menyebabkan berlakunya keadaan tanah runtuh yang boleh memusnahkan tanaman serta menyebabkan penduduk setempat kehilangan sumber  pendapatan serta sumber makanan. 3. PERUBAHAN PANDANG DARAT Perubahan pandang darat juga diakibatkan oleh pertanian di lereng bukit. Ini dapat dilihat apabila kawasan yang dahulunya bukit bukau yang dipenuhi dengan pokok- pokok yang telah ditebang untuk kegiatan pertanian.

Dapatan Kajian – Langkah-langkah mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar  1. Tanah Runtuh Rancangan penghutanan semula ialah satu salah langkah dan paling berkesan untuk mengurangkan tanh runtuh. Rancangan ini juga dapat menjamin bekalan kayu pada masa depan dan melindungi pelbagi jenis flora dan fauna. Selain itu, tanman tutup bumi atau pokok-pokok menjakar yang ditanam di ladang getah dan cerun bukit yang diteres untuk menutup permukaan bumi dan mengurangkan risko tanah runtuh.

2. Pencemaran Air  Kita boleh menguatkuasakan undang-undang untuk mengurangkan orangorang mencermakan air. Selain itu, kita juga boleh mengadakan gotong-royong untuk membersihkan sungai kita. Kita juga boleh mengadakan kempen “Sayangi Sungai Kita” dan mempromosi kempen ini di sekolah dan kepada budak-budak kecil. Selain itu, pembinaan parit juga boleh mengurangkan banjir. Keadaan ini juga boleh lebih menjamin keselamatan penduduk yang tinggal di kawasan yang lebih tinggi. 3. Pencemaran Udara Bagi menangani masalah pencemaran udara, saya mencadangkan penggunaan ‘catalic converter’ yang mesra alam. Tambahan lagi, penggunaan kenderaan bermotor yang menggunakan minyak bukan diesel adalah digalakkan kerana asap yang dikeluarkan kurang memberi kesan kepada alam sekitar.

PULAU JA J AWA , INDONESIA Cara – cara untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia kepada alam sekitar  di Pulau Jawa ialah dengan cara menereskan lereng bukit. Dengan cara ini , hakisan akan kurang berlaku dan ia akan mengurang peratusan untuk berlakunya tanah runtuh . Kita boleh melakukan penanaman semula pokok – poko yang ditebang kerana pokok – pokok ini yang memberi kita oksigen dan banyak lagi manafaat.

Dapatan Kajian – Perasaan tinggal di Pusat Bandar Puchong

Suka / Tidak Suka semasa tinggal di Pusat Bandar Puchong [ ] Suka : % [ ] Tidak Suka :

%

Perasaan semasa tinggal di Pusat Bandar Puchong [ ] Bahagia : % [ ] Kecewa : % [ ] Lain-lain : %

Tarikan Pusat Bandar Puchong [ [ [ [ [

] Pemandangan Indah : % ] Berkembang Maju : % ] Kemudahan Baik : % ] Kawasan Nyaman : % ] Lain-lain : %

Nama

Umur

Jantina

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Dapatan Kajian – Responden

Pekerjaan

Pendapat tentang kesan kegiatan manusia terhadp alam sekitar 

Dapatan Kajian – Peta Petaling, Selangor 

Rumusan Kawasan kajian saya, Pusat Bandar Puchong, mempunyai bentuk muka bumi tanah pamah, tasik bekas lombong dan tanah tinggi manakala negara yang dibandingkan, Pulau Jawa , Indonesia , mempunyai bentuk muka bumi tanah tinggi dan tanah pamah. Kawasan Pusat Bandar Puchong berpotensi tinggi untuk dibangunkan sebagai kawasan petempatan dan kawasan Pulau Jawa di negara Indonesia pula berpotensi dibangunkan untuk pertanian dan pelancongan. Walau bagaimanapun, bentuk muka bumi tanah pamah dan tasik bekas lombong juga mempunyai halangan dari segi ketidaksesuaian tanah untuk pertanian dan tasik bekas lombong yang tidak sesuai untuk apabila ingin memajukan sesuatu tempat. Begitu juga dengan bentuk muka bumi tanah tinggi dan tanah pamah di Pulau Jawa yang menyebabkan kurang tanah untuk pertanian dan kesesakkan petempatan . Kesan dari kegiatan manusia di Pusat Bandar Puchong ialah berlakunya tanah runtuh, pencemaran udara dan pencemaran air. Masalah ini boleh diselesaikan dengan cara penggunaan ‘catalic converter’ dan membersihkan sungai yang tercemar dengan sampah sarap serta mengadakan kempen untuk mengingatkan penduduk tentang kepentingan sungai. Kesan kegiatan manusia di Pulau Jawa , Indonesia ialah berlakunya hakisan tanah dan perubahan pandang darat. Kesan kegiatan ini boleh diselesaikan dengan cara peneresan lereng bukit dan penanaman semula pokok – pokok yang ditebang. Kesimpulannya , saya berasa bangga kerana mempunyai tempat tinggal yang ada bentuk muka bumi seimbang dan sesuai untuk didiami. Walaupun mempunyai keburukan selain dari kelebihan , sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.

Lampiran

Borang Soal Selidik  Tajuk Kajian : Bentuk Muka Bumi di Pusat Bandar Puchong, Malaysia dan Perbandingan dengan Pulau Jawa, Indonesia Soalan  Nama : 1. Jantina : [ ] Perempuan 2. Kaum : [ ] Melayu

[ ] Lelaki

[ ] Cina

[ ] India

[ ] India

3. Kemudahan di Pusat Bandar Puchong : [ ] Baik

[ ] Tidak Baik 

4. Perasaan tinggal di Pusat Bandar Puchong : [ ] Bahagia

[ ] Kecewa

5. Kesukaan terhadap Pusat Bandar Puchong : [ ] Suka

[ ] Tidak Suka

6.Tarikan 6.Tarikan Pusat Bandar Puchong : [ ] Pemandangan Indah [ ] Ekonomi berkembang Maju [ ] Kawasan Nyaman [ ] Lain-lain 7. Potensi Bentuk Muka Bumi : [ ] Perumahan [ ] Perkilangan [ ] Perlombongan [ ] Perikanan [ ] Perlancongan [ ] Perniagaan

[ ] Kemudahan Baik 

[ ] Pertanian

8. Kesan Kegiatan Bentuk Muka Muka Bumi di Pusat Pusat Bandar Puchong : [ ] Tanah Runtuh[ ] Pencemaran Air[ ] Pencemaran Udara[ ] Hakisan Tanah 9. Langkah-langkah untuk mengatasinya : [ ] penanaman semula [ ] penghutanan semula [ ] penanaman tutup bumi [ ] kaedah biologi [ ] menguatkuasakan undang-undang

[ ] penerasan terhadap cerun-curam [ ] berkongsi kereta / bas bas / teksi

Borang Soal Selidik  Tajuk Kajian : Bentuk Muka Bumi di Pusat Bandar Puchong, Malaysia dan Perbandingan dengan Pulau Jawa, Indonesia Soalan  Nama : 1. Jantina : [ ] Perempuan 2. Kaum : [ ] Melayu

[ ] Lelaki

[ ] Cina

[ ] India

[ ] India

3. Kemudahan di Pusat Bandar Puchong : [ ] Baik

[ ] Tidak Baik 

4. Perasaan tinggal di Pusat Bandar Puchong : [ ] Bahagia

[ ] Kecewa

5. Kesukaan terhadap Pusat Bandar Puchong : [ ] Suka

[ ] Tidak Suka

6.Tarikan 6.Tarikan Pusat Bandar Puchong : [ ] Pemandangan Indah [ ] Ekonomi berkembang Maju [ ] Kawasan Nyaman [ ] Lain-lain 7. Potensi Bentuk Muka Bumi : [ ] Perumahan [ ] Perkilangan [ ] Perlombongan [ ] Perikanan [ ] Perlancongan [ ] Perniagaan

[ ] Kemudahan Baik 

[ ] Pertanian

8. Kesan Kegiatan Bentuk Muka Muka Bumi di Pusat Pusat Bandar Puchong : [ ] Tanah Runtuh[ ] Pencemaran Air[ ] Pencemaran Udara[ ] Hakisan Tanah 9. Langkah-langkah untuk mengatasinya : [ ] penanaman semula [ ] penghutanan semula [ ] penanaman tutup bumi [ ] kaedah biologi [ ] menguatkuasakan undang-undang [ ] penerasan terhadap cerun-curam [ ] berkongsi kereta / bas bas / teksi

Rujukan

1.

2.

3.

4.

5.

Penilaian Umum

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF