kajian etnografi makanan segera.docx

August 7, 2018 | Author: fizul | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download kajian etnografi makanan segera.docx...

Description

TAJUK KAJIAN: BUDAYA PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA DALAM KALANGAN PELAJAR IPGKTHO

BAB 1 : PENGENALAN

1.1

Latar Belakang Kajian

Makanan yang kita makan selalu diubah untuk menghasilkan tenaga dan digunakan oleh seluruh sistem tisu badan untuk memenuhi beberapa fungsi. Kegunaan tenaga ini, bukanlah sahaja untuk menjalankan aktiviti fizikal,seperti fizikal,seperti berjalan atau berlari tetapi t etapi sama juga kepentingannya iaitu untuk meneruskan proses pertumbuhan, perkembangan dan juga pembaikan semula segala tisu yang mengalami kerosakan biasa. Di sepanjang kehidupan kita, tisu badan sentiasa terurai dan digantikan dengan sel-sel baru untuk mengekalkan kesihatan dan meneruskan proses kehidupan. Kita patut menerima secukupnya bekalan makanan untuk memenuhi keperluan tenga tubuh kita. Sebaliknya kalau kita makan terlalu banyak makanan, bahan yang berlebihan ini akan disimpan di dalam beberapa bahagian badan kita seperti punggung, muka, kulit di hadapan perut, lengan dan kaki. Hal ini akan menambahkan berat badan kita. Terdapat banyak jenis makanan dan salah satu makanan yang menjadi pilihan ramai masyarakat pada masa kini ialah makanan segera. Makanan segera adalah istilah yang diberikan kepada makanan yang boleh disediakan dan disajikan dengan cepat. Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la mungkin makanan dalam tin, dalam bungkusan, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya. Biasanya istilah makanan segera ini merujuk kepada makanan yang dijual di restoran atau di kedai di mana bahan makanan tersebut dipanaskan atau dimasak semula untuk dihidangkan kepada pelanggan. Istilah makanan segera ini telah dijumpai di dalam kamus oleh Merriam-Webster pada tahun 1991. Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi pun makanan segera begini cukup mudah untuk diperolehi . Kunjungi sahaja mana-mana restoran 'fast food', pesan makanan yang digemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai terus ke meja. Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam masa tidak sampai dua minit, makanan boleh terus dijamah.

1

TAJUK KAJIAN: BUDAYA PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA DALAM KALANGAN PELAJAR IPGKTHO

Pengambilan makanan segera dalam kalangan pelajar IPGKTHO sudah tidak asing. Hal ini kerana, pelajar IPGKTHO tidak dibenarkan untuk memasak di asrama kerana tidak mempunyai ruangan khas yang disediakan untuk memasak. Tambahan pula pelajar dilarang untuk membawa alatan memasak ke asrama dan boleh dikenakan tindakan Akta 174 sekiranya ditangkap membawa peralatan memasak ke asrama. Oleh itu, pilihan makanan yang paling cepat dan mudah untuk didapatkan adalam makanan segera. Hal ini kerana kedudukan IPGKTHO yang berdekatan dengan pusat bandar Batu Pahat memudahkan lagi pelajar membeli makanan segera di mana-mana kedai Fast-food.

1.2

Pernyataan Masalah Pemakanan merupakan satu faktor yang penting dalam kehidupan seharian setiap

manusia. Keperluan pemakanan di kalangan pelajar IPGKTHO adalah penting untuk membantu mendapatkan nutrisi yang diperlukan seharian. Corak diet dan keperluan pemakanan setiap individu akan mempengaruhi fungsi badan dan tubuh seseorang. Pelajar pada masa kini gemar mengambil makanan segera secara kerap. Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Oleh itu, pengkaji ingin melihat budaya pengambilan makanan segera dalam kalangan pelajar IPGKTHO dan melihat kesedaran pelajar terhadap keburukan megambil makanan segera. Pengkaji berharap kajian ini dapat disempurnakan dengan lancar dan berjaya mencapai onjektif yang telah ditetapkan.

1.3 Tujuan kajian, objektif dan soalan kajian

1.3.1 Tujuan kajian Kajian budaya pengambilan makanan segera dalam kalangan pelajar IPGKTHO ini dijalankan untuk mengkaji budaya pengambilan makanan segera dalam kalangan pelajar IPGKTHO.

2

TAJUK KAJIAN: BUDAYA PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA DALAM KALANGAN PELAJAR IPGKTHO

1.3.2

Objektif

1) Mengetahui kekerapan pelajar pelajar IPGKTHO mengambil mengambil makanan makanan segera setiap setiap bulan, 2) Mengetahui faktor-faktor faktor-fakt or pengambilan makanan segera di kalangan pelajar iptho 3) Mengetahui tahap pengetahuan dan kesedaran tentang pengambilan makanan segera dalam kalangan pelajar IPGKTHO.

1.3.3

soalan kajian

1) Berapakah kekerapan pelajar pelajar yang mengambil makanan segera di sepanjang tempoh kajian? 2) Apakah faktor-faktor yang menyebabkanpelajar IPGKTHO gemar mengambil makanan segera? 3) Adakah pelajar IPGKTHO mempunyai kesedaran tentang pengambilan pengambilan makanan segera?

1.4

Skop Kajian dan Batasan Kajian

Skop kajian Isu -

Budaya pengambilan makanan segera dalam kalangan pelajar IPGKTHO

Peserta -

Pelajar Ipgktho berumur 21-22 tahun

Lokasi -

Institut Pendidikan Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn(IPGKTHO) Batu Pahat, Johor

Jangkamasa -

Kajian dilakukan selama 1 tahun iaitu bermula dari bulan Jun 2018 sehingga bulan Mei 2019

3

TAJUK KAJIAN: BUDAYA PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA DALAM KALANGAN PELAJAR IPGKTHO

Batasan kajian Kajian dijalankan kepada pelajar IPGKTHO semester dua tahun tiga (S2T3) sahaja. Bilangan peserta untuk kajian ini adalah seramai 130 orang dan meliputi kedua-dua jantina lelaki dan perempuan. Kajian tidak dijalankan ke atas pelajar bukan pemakan daging(mengambil makanan dari sumber sayuran dan buah-buahan) kerana kurangnya makanan segera yang menggunakan sumber berasaskan sayuran. Kajian hanya dijalankan ke atas pelajar yang mengambil kesemua jenis makanan.

1.5 Kepentingan kajian Kajian ini dijalankan bagi melihat budaya pengambilan makanan segera dalam kalangan pelajar IPGKTHO. Kajian ini akan memberikan gambaran menyeluruh tentang corak pemakanan pelajar dan secara tidak langsung akan memberikan gambaran tentang pengambilan nutrisi yang betul dalam kalangan pelajar ini. Selain itu, kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmanakah pelajar di IPGKTHO ini sedar akan keperluan nutrisi seharian dan juga keburukan pengambilan makanan segera secara berlebihan di samping melihat punca yang menyebabkan pelajar ini mengambil makanan segera.

1.6

Definisi Operasional

Makanan -

Sebarang benda pejal atau cecair yang dioksidakan dan memberikan tenaga haba kepada tubuh untuk bergerak, membuat kerja-kerja, juga untuk aktivitiaktiviti yang lain seperti tumbesaran, membaiki tisu-tisu bdan dan mengatur proses-proses yang terlibat dalam tumbesaran dan pembaikan. Makanan juga menolong membina ketahanan tubuh terhadap penyakit dan jangkitan. Pemakanan

-

Kajian tentang semua proses proses tumbesaran, tumbesaran, pemeliharaan pemeliharaan dan dan membaiki kehidupan bahan yang bergantung kepada pengambilan makanan.

4

TAJUK KAJIAN: BUDAYA PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA DALAM KALANGAN PELAJAR IPGKTHO

Amalan Pemakanan -

Kebiasaan yang selalu dilakukan oleh seseorang individu terhadap pemilihan dan

penggunaan

suatu

jenis

bahan

makanan

menurut

kebudayaan

masyarakatnya.

Pengetahuan Pemakanan -

Pengetahuan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pemakanan dari segi zat makanan, fungsi dan kepentingannya. Sumber zat makanan dan keperluan zat-zat makanan oleh individu, konsep makanan seimbang dan penyakit akibat kekurangan zat makanan tertentu.

5

TAJUK KAJIAN: BUDAYA PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA DALAM KALANGAN PELAJAR IPGKTHO

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan Konteks Kajian Pengambilan makanan segera dalam kalangan pelajar IPGKTHO sudah tidak

asing. Hal ini kerana, pelajar IPGKTHO tidak dibenarkan untuk memasak di asrama kerana tidak mempunyai ruangan khas yang disediakan untuk memasak. Oleh itu, pilihan makanan yang paling cepat dan mudah untuk didapatkan adalam makanan segera. Hal ini kerana kedudukan IPGKTHO yang berdekatan dengan pusat bandar Batu Pahat memudahkan lagi pelajar membeli makanan segera di mana-mana kedai

Fast-food .

Makanan segera merupakan salah satu perkataan yang lazimnya diguna oleh makanan yang cepat disediakan yang terdapat di restoran yang tidak t erlalu mahal. Contohnya seperti Pizza, Ayam Goreng, Hamburger, Hot Dogs. (Kenneth & Lors, 1993). Makanan segera  juga merujuk kepada makanan yang sedia untuk dimakan dengan tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan. Makanan segera ini boleh didapati di restoran-restoran makanan segera yang menyediakan perkhidmatan makan di restoran, pandu lalu dan khidmat penghantaran. Selain itu, makanan segera juga sering kali dikatakan sebagai makanan remeh. Memandangkan Memandangkan hakikat inilah syarikat-syarikat makanan membelanjakan berjuta-juta ringgit ke atas iklan, penajaan dan promosi untuk menyakinkan orang ramai perkara sebaiknya. Tempat-tempat perniagaan iaitu restoran makanan segera dikatakan menjadi tempat hiburan untuk kanak-kanak dan keluarga, mengikut aliran semasa dan kita diberitahu makanan itu selamat dimakan dan berkhasiat walhal sebaliknya. Oleh itu, pengkaji ingin melihat budaya pengambilan makanan segera dalam kalangan pelajar IPGKTHO dan melihat kesedaran pelajar terhadap keburukan megambil makanan segera di sekitar bandar Batu Pahat.

2.2

Teori-Teori Kajian Menurut seorang pakar pemakanan, Mary Easaw John, secara keseluruhannya

makanan segera memang boleh dikatakan sihat kerana ia membekalkan pelbagai nutrient yang diperlukan jika pengguna bijak dalam hal memilih makanan segera tersebut. Namun begitu kandungan lemak tepu, natrium dan kalori dalam makanan segera yang menjadi kegemaran ramai seperti burger, kentang goring, ayam goring, dan pai adalah tinggi, manakala kandungan vitamin A dan C juga kalsium pula adalah rendah.

6

TAJUK KAJIAN: BUDAYA PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA DALAM KALANGAN PELAJAR IPGKTHO

Makanan segera juga merupakan makanan yang mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika makanan segera ini dijadikan sebagai hidangan yang dinikmati sekalisekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetepi jika terlalu kerap dimakan, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan. Tanpa disedari, ia akan mendedahkan penggunan kepada pelbagai penyakit akibat terlalu memakan makanan segera. Ini kerana makanan segera merupakan makanan yang hanya mengandungi sebilangan khasiat pemakanan dan juga boleh mengandungi lebih nutrient yang tertentu yang boleh menyebabkan penyakit (Kesan Pengambilan Makanan Segera,1999) 2.3

Dapatan Kajian Lalu Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi iaitu

ianya perlulah bermula daripada awal kehidupan setiap kanak-kanak. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak eratur akan memburukkan lagi keadaan kesihatan tubuh badan kita. Pemakanan yang berkhasiat bermaksud pemakanan yang betul yang mana dietnya mencukupi dan dapat membantu tubuh badan menjadi sihat dan kuat, minda yang sihat, dapat mengelakkan diri daripada jamgkitan penyakit dan akhir sekali hidup yang berpanjangan. Ini kerana punca utama para pengguna mendapat serangan penyakit-penyakit penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana pengguna kini kurang memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat. Makanan seimbang tediri daripada karbohidrat, protein, vitamin, garam, mineral, lemak, serat, dan air. Keperluan nutrisi yang baik merupakan salah satu factor penting dalam menjamin kesihatan yang baik. Pemakanan yang berkhasiat juga bermaksud mengamal cara makan yang sihat iaitu makanan yang dimakan mempunyai segala keperluan yang diperlukan oleh tubuh badan termasuklah tenaga. Pemakanan yang berkhasiat juga memberi makna mengambil makanan untuk tumbesaran. Nutrisi yang tidak baik pula bermaksud tabiat pemakanan yang salah dimana diet tidak mencukupi, dan ini boleh menyebabkan badan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit. Seorang Pakar Pemakanan dan Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranyan mempunyai diet tidak menyihatkan, Dalam bukunya

  beliau Diet for a Small Planet  beliau

berkata penduduk negara itu memakan terlalu

banyak daging, lemak, gula, alcohol, bahan penambah tatpi kurang memakan makanan berserat. Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses dan makanan segera (Kepentingan Pengambilan Makanan Berkhasiat, 1997) 2.4

Fokus Kajian Makanan segera merupakan makanan yang mengandungi hanya sedikit khasiat

pemakanan. Jika makanan segera ini dijadikan sebagai hidangan yang dinikmati sekali7

TAJUK KAJIAN: BUDAYA PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA DALAM KALANGAN PELAJAR IPGKTHO

sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetepi jika terlalu kerap dimakan, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan. Tanpa disedari, ia akan mendedahkan penggunan kepada pelbagai penyakit akibat terlalu memakan makanan segera. Disebabkan faktor kekangan masa untuk melakukan pekerjaan lain tidak kira warga dewasa yang berkerjaya mahupun pelajar yang sedang menuntut pengajian di institusi pengajian tinggi mengambil makanan segera sebagai sebahagian makanan harian mereka tanpa mengira kesan terhadap pengambilan makanan segera tersebut secara berlebihan. Perubahan pantas dalam tabiat makan dan makanan, pilihan yang semakin banyak, serta kepelbagaian jenis makanan menyebabkan kebingungan dan kekeliruan di kalangan pengguna rakyat Malaysia khasnya pelajar pengajian tinggi. Pendek kata, pilihan makanan yang begitu banyak sebenarnya bukan saja menambah nikmat, tetapi juga turut meningkatkan tekanan terhadap kehidupan seharian.

8

TAJUK KAJIAN: BUDAYA PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA DALAM KALANGAN PELAJAR IPGKTHO

Bab 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1

REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian yang telah digunakan pengkaji adalah penyelidikan berbentuk kualitatif. Kaedah yang digunakan sepanjang kajian adalah melalui kaedah pemerhatian dan temu bual sebagai instrumen pengumpulan data. Penggunaan kaedah pemerhatian dan temu bual membolehkan kita mendapat maklumat yang tepat dan terperinci namun masa yang digunakan agak lama. Kepentingan kaedah yang digunakan adalah untuk menentukan kesahihan dan kebolehpercayaan sesuatu kajian.

Kaedah pemerhatian dijalankan dengan cara pengkaji menetap selama setahun di IPG Kampus Tun Hussein Onn untuk menjalani kehidupan harian sebagai pelajar di institute tersebut. . 3.2

PESERTA DAN LOKASI KAJIAN Kajian ini difokuskan terhadap pelajar semester 1 tahun 4 IPG Kampus Tun Hussein

Onn, Batu Pahat. Peserta kajian ini meliputi kesemua pelajar semester 1 tahun 4 ialah seramai 143 orang. Peserta kajian dipilih berdasarkan jumlah pelajar yang paling ramai di dalam institute tersebut. Lokasi kajian yang dipilih adalah IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Lokasi ini dipilih adalah kerana ianya merupakan kawasan bandar yang terdapat penduduk dan mempunyai kemudahan yang pelbagai.

3.3

INSTRUMEN KAJIAN Penggunaan kaedah temubual dan pemerhatian digunakan sebagai instrumen untuk

menjalankan kajian ini. Dengan menggunakan kaedah temubual aspek yang menjadi perhatian pengkaji sudah jelas dan akan dirumuskan dengan tepat. Kaedah pemerhatian pula didunakan kerana pemerhatian memungkinkan pengkaji untuk melihat, merasakan, dan memaknai dunia beserta ragam peristiwa dan gejala sosial dalamnya, sebagaimana subjek pengkajian

melihat,

merasakan

dan

memaknainya.

9

Pemerhatian

memungkinkan

TAJUK KAJIAN: BUDAYA PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA DALAM KALANGAN PELAJAR IPGKTHO

pembentukan pengetahuan secara bersama-sama antara pengkaji dan subjek pengkajiannya (intersubjektiviti).

3.4

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Data diperoleh dengan cara pemerhatian dan temubual. Pengkaji memerhati dengan

cara menetap bersama dengan peserta kajian selama tempoh satu tahun untuk melihat dan mengkaji sendiri dengan lebih dekat tabiat pemakanan pelajar di IPGKTHO. Kaedah temubual pula dijalankan dengan cara temubual mendalam bersama peserta. Temubual secara berkumpulan dijalankan dimana pengkaji bertanya berkenaan dengan tabiat memakan makanan segera di dalam IPGKTHO.

3.5

PROSEDUR PENGANALISISAN DATA Data yang diperoleh daripada pemerhatian dan temubual akan direkodkan didalam

 jurnal ataupun diari. Data akan dikumpulkan didalam satu bahagian sebelum di laporkan didalam datu laporan yang lengkap. Data-data penting akan direkodkan didalam jurnal ini seperti tarikh, isi perbincangan, dapatan temubual Jurnal juga digunakan untuk merekod sendiri pengalaman pengkaji sepanjang keberadaannya di lokasi kajian.

10

TAJUK KAJIAN: BUDAYA PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA DALAM KALANGAN PELAJAR IPGKTHO

11

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF