KAIN ANDUH

April 18, 2017 | Author: Zara Aziz | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download KAIN ANDUH...

Description

KAIN ANDUH

Anduh Terdapat 5 jenis balutan anduh: -Anduh lengan -Anduh kepala -Anduh lutut/siku -Anduh pergelangan tangan -Anduh tapak kaki kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku sila :

ANDUH LENGAN. -Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera . -Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. -Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.

ANDUH LUTUT. -Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di atas lutut yang tercedera . -Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah) . -Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas .

ANDUH KEPALA. -Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala . -Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila . -Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas .

ANDUH PERGELANGAN TANGAN/TAPAK KAKI. -Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di bawah. 1 .) -Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di bawah) -Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah. -Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti di balut .

KAIN PEMBALUT KASA

 Bebat (Dressing) •

Adalah kain kasa berlapis digunakan untuk menutup luka

 Jenis •

Hospital dressing/gauze



Wound dressing/pressure bandage



Field dressing

 Kegunaan •

Menutup luka



Pembersih luka



Meletakkan ubat



Mengawal pendarahan

 Pembalut (bandage) •

Kain kasa bergulung dibuat sebagai pengikat

 Jenis •

Roller bandage (pembalut gulung)



Crepe bandage (pembalut kenyal)



Triangular bandage (pembalut tiga segi)

 Kegunaan •

Mengikat bebat di tempat luka



Mengikat tuap (splint) di tempat patah



Mengampu dan menyokong



 Luka-luka tidak wajar didedahkan kerana bahaya dihinggapi kuman-kuman dan dicemari oleh kekotoran atau racun.



Dengan itu, luka akan bernanah dan menjadi lebih besar dan akan menimbulkan banyak masalah

 FUNGSI BEBAT DAN BALUTAN •

Mengawal pendarahan



Menggalakkan pembekuan



Menghindarkan jangkitan kuman



Menyerap discaj seperti darah, nanah dan serum



Melindungi luka daripada kecederaan lain

 Tatacara Am Membebat Luka •

Tangan penolong kecemasan perlu bersih sebelum melakukan pembebatan luka. Gunakan sarung tangan.



Tentukan saiz bebat yang sesuai bagi menutup luka (saiz mesti lebih besar sedikit daripada luka)



 Bersihkan luka di kawasan sekeliling sebelum melakukan pembebatan.



Menetapkan serta mengemaskan bebat di bahagian luka.



PASTIKAN BEBAT YANG DIGUNAKAN ADALAH SUCI HAMA

 PEMBALUT TIGA SEGI •

Sebarang kain yang digunakan bagi menutup, mengampu, menghentikan pergerakan serta meningkatkan tekanan pada anggota yang cedera

 Fungsi •

Menentapkan bebat dan tuap.



Memberi tekanan secara langsung ke atas bebat bagi mengawal pendarahan.



Mengampu anggota yang cedera serta menghindar pergerakan.



Mengawal bengkak.



Digunakan sebagai pelapik.

 Kain Anduh Tiga Segi •

Sesuai dibuat dari kain jenis belacu.



Berukuran 90cm x 90cm x 130cm



Direka pada tahun 1831 oleh Dr. John Meyer

LARUTAN ANTISPETIK

KAPAS

KRIM ANTISPETIK

PENAMPAL LUKA

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF