Kaedah Video Dan Demonstrasi

August 2, 2018 | Author: Siti Fatimah Mohd Yassin | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Kajian tindakan ini dilakukan oleh Mohd Arshad Bin Yahya & Mohd Hafidz Bin Md. Fazil - Guru Pelatih Diploma Pendidik...

Description

KAEDAH VIDEO DAN DEMONSTRASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID MASALAH PEMBELAJARAN

Mohd Arshad Bin Yahya & Mohd Hafidz Bin Md. Fazil  Guru Pelatih Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM 

Abstrak Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan masa kini terutamanya pengajaran-  pembelajaran amat menakjubkan hasil daripada penyelidikan dan kemajuan dalam  teknologi pendidikan. Guru harus peka terhadap perubahan-perubahan tersebut dan  sentiasa mencari alternatif baru untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Oleh itu, kajian  ini dijalankan bagi menarik minat pelajar serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar  dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan penggunaan kaedah  tayangan video dan demonstras demonstrasii dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pengurusan  Diri dan Geografi. Reka bentuk kajian tindakan adalah menggunakan Model Lingkaran  Kemmis dan McTaggart. Sampel kajian ini melibatkan seramai 16 orang pelajar di  sebuah sekolah menengah di Melaka. Pemerhatian awal dilakukan sebelum  penggunaan kaedah tayangan video dan demonstrasi dijalankan mendapati pelajar  kurang melibatkan diri dalam proses P&P disebabkan kaedah kuliah yang digunakan  oleh guru tidak menarik minat pelajar. Tahap pencapaian pelajar juga adalah sederhana. Oleh itu, penggunaan kaedah tayangan video dan demonstrasi dilaksanakan untuk  menarik minat pelajar melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas sekaligus meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek yang  dipelajari. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kedua-dua kaedah  tersebut dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk bersama melibatkan diri dalam  aktiviti pembelajaran di dalam kelas serta meningkatkan penguasaan pelajar terhadap  subjek yang diajar 

PENGENALAN Dunia kini semakin pesat membangun dengan kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat. Bagi tujuan ini, proses pembelajaran kini boleh dilakukan tanpa pengajaran secara formal iaitu tanpa penuntut tersebut hadir ke sekolah. Atas dasar ini, kerajaan menerusi Akta Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi 1998 dan Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 telah menyatakan bahawa tiada sekatan terhadap penyebaran maklumat. Di samping itu, maklumat-maklumat yang diterima hanya boleh diperolehi dengan mudah menerusi laman sesawang iaitu suatu cabang daripada teknologi dan komunikasi maklumat (TKM). Semestinya TKM ini memberi kesan yang hebat terhadap perkembangan tamadun manusia seterusnya terhadap proses percambahan ilmu di serata dunia. Seiring dengan perkembangan tersebut, bidang pendidikan turut mengalami evolusi dalam usaha untuk memberikan pendidikan yang berkualiti terhadap kehidupan manusia sejagat. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan masa kini

1

khususnya P&P amat menakjubkan hasil daripada penyelidikan dan kemajuan dalam teknologi pendidikan. Sebagai guru, golongan ini seharusnya peka terhadap perubahanperubahan tersebut supaya sentiasa proaktif dan mengikuti arus perkembangan semasa dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme mereka untuk mencapai kecemerlangan sahsiah dan akademik. Maka, guru seharusnya memainkan peranan yang utama bagi menentukan penggunaan kaedah atau aktiviti P&P yang berkesan dan bahan-bahan P&P yang bersesuaian untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa yang tertentu. Sebagai guru, mereka seharusnya sedar bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Maka, tiada suatu kaedah mengajar yang terbaik bagi semua pelajar. Keadaan ini jelas dapat dilihat melalui bidang pendidikan khas iaitu terdapat pelbagai spektrum atau tahap bagi setiap individu berkeperluan khas. Contoh yang paling mudah ialah kelompok pelajar yang cerdas dan lemah. Cerdas dan lemah ini merujuk kepada konteks pendidikan khas. Jadi, guru harus menggunakan berbagaibagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran. Salah satunya ialah dengan menggunakan kelebihan TKM. Bagi pelajar berkeperluan khas, penggunaan teknologi amat penting. Menurut Manisah Mohd. Ali (2010), penggunaan teknologi bantuan membantu meningkatkan kebolehan seseorang dalam menjalani kehidupan hariannya. Hal ini membantu juga mereka dalam menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin melalui pembentukan dan kemahiran yang dipelajari dengan baik. Dalam hal ini, terserah kepada kebijaksanaan pendidik dalam menentukan tahap dan jenis bantuan teknologi yang akan digunakan terhadap pelajar tersebut. Dengan kata lain, proses P&P yang menggunakan teknologi membantu meningkatkan rasa keyakinan diri pelajar tersebut seterusnya membantu untuk berdikari kelak . Pengkaji mendapati bahawa amalan pengajaran guru sedia ada bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Pengurusan Diri dan Geografi masih bersifat konvensional. Kaedah konvensional lebih berorientasikan “one way flow of information ” dan berbentuk tradisional (chalk ( chalk and talk ) di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ia lebih menekankan kepada guru telah menyebabkan pelajar menerima sahaja tanpa memberi respon memahami atau tidak topik yang diajar. Hal ini mengakibatkan pelajar mengamalkan kaedah pembelajaran berasaskan ingatan ( memorization ) dan bukannya berdasarkan kefahaman terhadap konsep yang diajar. Lazimnya, pelajar hanya menghafal fakta dan huraian daripada buku-buku rujukan sahaja untuk menjawab soalan peperiksaan. Namun begitu, sekiranya mereka berhadapan dengan soalan proses aplikasi, mereka gagal menjawab dengan baik dan seterusnya gagal mendapat markah yang cemerlang (Mahaliza & Mat Rahim, 2001). Strategi ini lebih kepada teknik hafalan daripada membuat interpretasi. Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan pelajar dari segi kebolehan dan minat yang wujud. Kesannya, pelajar yang dihasilkan tidak kreatif dan tidak mempunyai inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru. Hasilnya pelajar didapati akan kurang berminat terhadap mata pelajaran yang diajarkan oleh guru tersebut. Malah, sekaligus menyebabkan pelajar itu akhirnya tidak meminati untuk belajar mata pelajaran tersebut. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji penggunaan kaedah video dan demontrasi bagi menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pengurusan Diri dan Geografi.

2

Persoalan Kajian Terdapat beberapa bentuk persoalan kajian yang akan dikaji iaitu: 1. Bagaimana penggunaan video dan demonstrasi dapat meningkatkan minat dan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran? 2. Bagaimana kaedah video dan demonstrasi dapat meningkatkan kefahaman pelajar untuk menguasai tajuk pengajaran guru berdasarkan objektif dan isi pengajaran yang disampaikan oleh guru berbanding kaedah kuliah?

KAJIAN KEPUSTAKAAN Pengajaran masa kini perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang bersesuaian agar dapat menarik perhatian pelajar. Penggunaan video dan demontrasi dalam pengajaran merupakan salah satu teknik alternatif yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran. Video bukan sahaja digunakan sebagai alat bantu yang amat berkesan bagi membantu guru menjelaskan konsep tetapi dapat juga digunakan bagi merakamkan peristiwa untuk dijadikan bahan pemerhatian atau objek bagi mempelajari sesuatu konsep. Sejurus pelajar tersebut melihat tayangan video yang dipaparkan, pelajar boleh mengaplikasikan hasil pembelajaran secara praktikal melalui kaedah demonstrasi yang akan dibimbing oleh guru.Penggunaan unsur gerak bunyi, warna dan cahaya pada video secara langsung dapat menarik minat perhatian pelajar. Unsur ini penting dalam proses P&P kerana hal ini dapat meningkatkan kefahaman dan menggelakkan salah tanggapan dan tafsiran. Menurut Fontana (1988) televisyen dan video perlu dilihat sebagai media yang dinamik yang dapat merangsang tindakbalas luaran atau dalaman yang kadang-kadang mempengaruhi psikologi seseorang. Sebagai media pengajaran yang menghampiri konkrit (Dale, 1985), video yang digunakan secara sistematik dapat merangsang daya imaginasi dan perbincangan. Keadaan ini dapat menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kaedah demonstrasi atau tunjuk cara pula melibatkan guru melakukan sesuatu aktiviti atau perlakuan di hadapan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru akan menerangkan bagaimana cara melaksanakannya langkah demi langkah. Aktiviti murid hanya mendengar, melihat dan diberi peluang membuat percubaan (Ting Len Siong & Muhamad Sidek Said, 2007). Demonstrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Hal ini melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Demonstrasi juga adalah cara penyajian pelajaran dengan memperagakan atau mempertunjukkan kepada pelajar tentang suatu proses, situasi atau benda tertentu yang sedang dipelajari baik dalam bentuk sebenarnya mahupun dalam bentuk tiruan yang dipertunjukkan oleh guru (Mulyani Sumantri, dalam Roetiyah 2001 : 82 ). Gabungan antara penggunaan video dan demontrasi dalam proses P&P di dalam kelas merupakan satu kaedah yang difikirkan dapat membantu dalam penguasaan dan pemahaman mata pelajaran yang diajar dalam kelas iaitu membabitkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Geografi dan Pengurusan Diri. Pelajar akan memain peranan yang aktif dalam pembelajaran dan bukan lagi semata-mata sebagai penerima maklumat yang pasif seperti yang terdapat dalam suasana kelas yang tradisional (Qasem, 1992). Cross (1987) menyatakan bahawa apabila pelajar terlibat

3

secara aktif dalam pembelajaran, pelajar akan lebih banyak belajar jika dibandingkan dengan keadaan apabila pelajar semata-mata menerima arahan dan maklumat daripada guru secara pasif. Maka, pelajar didapati lebih banyak belajar perkara-perkara yang mereka lakukan (demontrasi). Penggunaan video dan demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Daripada dapatan psikologi kognitif, seseorang pelajar akan ingat 10% daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri (Rief, 1993). Dapatan tersebut memberi implikasi bahawa pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti. Selain daripada itu, pelajar juga perlu berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Selain itu, Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir (2004) menjelaskan bahawa pelbagai kelebihan TKM dalam pendidikan. Antara kelebihan yang dinyatakan termasuklah penggunaan TKM tersebut menggalakkan konstruktif di kalangan pelajar selain menggalakkan penerokaan oleh para pelajar terhadap topik yang dipelajari. Dengan kata lain, pelajar dapat belajar melampaui apa yang disediakan di dalam kelas. Pelajar juga berpeluang untuk berdikari dengan asas ilmu yang diberikan menerusi penggunaan aplikasi TKM sebagai contohnya menerusi penggunaan video. Kajian lain mengenai penggunaan video dalam pendidikan ialah oleh Nikopoulosn, Canavan dan Nikopoulou-Smyrni (2009) menyatakan bahawa kaedah video merupakan antara kaedah yang terbaik bagi mengubah tingkahlaku penghidap autisme. Melalui video, mereka boleh belajar mengenai tingkahlaku yang sepatutnya mereka pamerkan sekiranya berhadapan dengan sesuatu situasi. Hal ini bertepatan dengan matlamat utama pendidikan iaitu perubahan tingkahlaku. Melalui video ini, rawatan akan dijalankan dalam bentuk pembelajaran dalam usaha mengurangkan gelaja autisme. Seterusnya Lents dan Cifuentes (2009) menjalankan kajian ke atas kaedah syarahan biasa antara bersemuka dengan pensyarah berbanding kaedah syarahan menerusi laman sesawang. Kajian in telah mendapati pelajar yang mempelajari menerusi video lebih berkesan kerana mereka dapat melihat sendiri proses-proses yang terkandung dalam subjek Biologi dengan lebih jelas. Hal ini memberi idea kepada pelajar agar lebih konstruk dan menjadi pelajar yang secara kognitifnya aktif dalam melakukan proses pembelajaran. Imaginasi pelajar menjadi semakin kreatif selain mampu berdikari dengan lebih berkesan untuk memperolehi ilmu tambahan selain daripada apa yang patut dipelajari.

4

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian tindakan adalah menggunakan Model Lingkaran Kemmis dan McTaggart (1988). Empat elemen yang terdapat dalam model Lingkaran Kemmis dan McTaggart ini ialah perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

Pengalaman Pela ar

Bertindak

Merancang

Memerhati

Refleksi Rajah 1.0 : Reka bentuk kajian

Pemindahan isi pembelajaran oleh pelajar terhadap kehidupan mereka. Proses model kajian tindakan ini adalah berasaskan pengalaman yang ada pada pelajar itu sendiri sebagai asas untuk melihat tahap atau kebolehan pelajar dalam menerokai sesuatu bidang kemahiran. Seterusnya, hasil daripada pengalaman tersebut, pengkaji melakukan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak diperbaharui. Setelah itu, pengkaji menyediakan satu pelan atau satu perancangan yang bersesuaian bagi mengatasi isu yang dihadapinya. Pengkaji berikutnya melaksanakan strategi yang diatur. Pada masa yang sama, pengkaji melakukan pemerhatian ke atas tingkah laku, sikap dan prestasi pelajar untuk memastikan objektif dan matlamat yang dibina boleh dicapai. Sekiranya hasil yang diperoleh tidak mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan, pengkaji boleh membuat kitaran kedua dengan melakukan refleksi semula untuk melihat ancaman-ancaman kelemahan dan membuat perancangan semula terhadap isu yang dihadapi. Kesan daripada kajian ini seterusnya akan diaplikasikan sebaik mungkin bersama pengkaji-pengkaji lain atas tujuan perkongsian maklumat bagi menambah-baik amalan pengajaran.

5

Sampel Dan Setting Kajian Sampel kajian merupakan pelajar Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) di sebuah sekolah di Melaka. Tempoh kajian ini dijalankan ialah selama tujuh minggu iaitu dari 1 Mac 2010 hingga 16 April 2010. Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian ini ialah terdiri daripada 8 orang bagi subjek Geografi dan 5 orang bagi subjek Bahasa Melayu kelas Peralihan dan 5 orang pelajar di dalam kelas Pengurusan Diri. Pengkaji sebagai guru pelatih adalah peserta aktif kajian ini. Bahan Kajian Bahan yang digunakan di dalam kajian ini adalah video audiovisual, gambar digital, kad gambar, kad imbasan perkataan dan pulpa surat khabar. Instrumen Kajian Bagi pengumpulan data, kajian ini dijalankan secara kualitatif. Bagi tujuan kesahan data, instrumen yang digunakan meliputi pemerhatian dan temu bua serta refleksi pengkaji. Pengkaji memilih temubual secara tidak berstruktur untuk kajian ini. Rasional pemilihan temubual ini adalah bagi menggelakkan pelajar terasa terikat dengan soalan-soalan yang dikemukakan selain bagi pelajar itu sendiri mempunyai pelbagai ragam dan tahap kefahaman. Pengkaji lebih mementingkan penerokaan idea berbanding mendapatkan fakta. Ujian pra dan post turut dijalankan sebelum dan selepas kajian tindakan dijalankan. Lembaran kerja pula diberi semasa kajian dijalankan. Hal ini penting untuk mendapatkan suatu kefahaman yang setara di kalangan pelajar. Selain pelajar, temu bual turut dijalankan ke atas beberapa orang guru yang terlibat secara langsung dalam proses P&P pelajar tersebut di dalam bilik darjah bagi mendapat maklum balas sebelum dan selepas kajian dijalankan. Temubual meliputi pendapat guru mengenai inovasi yang dilakukan dalam P&P. Lembaran kerja pula diberi kepada pelajar semasa kajian dilaksanakan dalam melihat dan menguji tahap kefahaman pelajar terhadap sesi pengajaran pada hari kajian dijalankan. Prosedur Kajian Kitaran 1 Langkah 1: Pengajaran secara ‟talk & chalk‟ Bagi tujuan mengenal pasti masalah, kaedah konvesional ‟talk & chalk‟ telah dilakukan oleh guru terhadap semua pelajar yang terlibat. Pemerhatian dan temubual dijalankan terhadap guru dan pelajar sebelum dan selepas proses P&P dijalankan. Dalam hal ini, pengkaji akan mengajar dengan menggunakan papan putih dan pen penanda sematamata. Demonstrasi juga dilakukan secara ‟talk & chalk‟. Langkah 2 : Refleksi ke atas isu P&P yang hendak ditangani. Kajian ini dilaksanakan secara kolaboratif iaitu melibatkan dua orang pengkaji terhadap 18 orang pelajar. Data dikumpul dan dianalisis melalui refleksi pengkaji, pemerhatian dan temubual tidak berstruktur. Temubual dijalankan secara rawak terhadap pelajar. Sepanjang pemerhatian yang telah dilakukan, pengkaji akan mengenalpasti masalah semasa proses P&P dijalankan. Pemerhatian dijalankan terhadap tiga aspek iaitu pelajar, suasana kelas dan guru itu sendiri.

6

Kitaran 2 Langkah 1 : Refleksi. Melalui proses ini, pengkaji cuba mengenal pasti masalah yang timbul dalam proses P&P dan mula mencari intervensi atau kaedah mengatasi isu yang timbul. Langkah 2 : Merancang Tindakan Bagi tujuan pembaharuan dan perubahan dalam proses P&P, pengkaji akan cuba merancang kaedah yang ingin digunakan. Bagi kajian ini, kaedah tayangan video dan demonstrasi akan dijalankan. Video akan digunakan dalam set induksi dan demonstrasi akan dijalankan sewaktu langkah pengajaran. Demonstrasi yang dijalankan sama ada oleh guru atau pelajar. Proses ini menggalakkan pembelajaran secara aktif oleh pelajar. Langkah 3 : Menjalankan Tindakan Bagi tujuan perubahan sebenar, tindakan yang dirancang akan dijalankan dalam proses P&P. Dalam hal ini, proses pemerhatian akan dijalankan oleh pengkaji. Langkah 4 : Membuat pemerhatian ke atas setiap perubahan yang berlaku. Dalam hal ini, pengkaji akan mengenal pasti sebarang perubahan yang berlaku terhadap proses P&P yang telah dilakukan perubahan atau intervensi. Langkah 5 : Pemindahan isi pembelajaran oleh pelajar terhadap kehidupan mereka. Kesan daripada kajian ini seterusnya akan diimplikasikan oleh pelajar dan juga guru. Bagi guru, mereka boleh berkongsi pengalaman mengenai perubahan proses P&P yang dijalankan. Atas dasar perkongsian maklumat, guru juga boleh meningkatkan profesionalisme mereka melalui pembentangan kajian yang dilakukan agar sektor pendidikan bertambah maju dan lebih berkualiti. Dari aspek pelajar, pembentukan sahsiah dan nilai merupakan perkara yang amat diharapkan daripada guru. Oleh itu, intervensi atau perubahan yang dilakukan dalam proses P&P bukan sahaja untuk digunakan dalam pencapaian akademik mereka semata-mata bahkan digunakan dalam kehidupan mereka.

7

Rajah 2.0 : Perancangan Mingguan Bagi Proses P&P Mata Pelajaran Bahasa Melayu,Geografi dan Pengurusan Diri.

Minggu

Minggu 1

Subjek Bahasa Melayu (Tema)

Subjek Geografi

Subjek Pengurusan Diri

Pengajaran secara „talk & chalk‟

Minggu 2

Ujian Pra/ Pemerhatian

Minggu 3

Minggu 4

Minggu 5

Bentuk muka bumi: Kawasan tanah tinggi

Urus diri

Pengurusan tempat tinggal

Kata ganti nama

Kawasan tanah pamah Kawasan pinggir laut

Kata nama am

Kawasan saliran

Kata nama khas

Ulangkaji

Buah-buahan & sayur sayuran

Perkhemahan

Minggu 6

Minggu 7

Catatan

Penggunaan tandas dan bilik air. Pengurusan dalam dan luar bilik darjah Kebersihan dan kesihatan

Minggu 8

Ujian Post/ Pemerhatian

Penilaian dan pengujian tahap penguasaan para pelajar terhadap subjek masingmasing. Pemerhatian/  Pemerhatian/  Temubual tidak berstruktur dijalankan -sama-

-sama-

-sama-

-samaMenguji dan menilai tahap penguasaan pelajar selepas pengajaran guru terhadap subjek yang dipilih.

8

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dalam kajian ini data dianalisis secara kualitatif iaitu data yang diperolehi melalui refleksi pengkaji, pemerhatian, hasil temu bual dan ujian pra dan pos. Setelah analisis, penggunaan video dan teknik demonstrasi dapat membantu mengubah gaya pengajaran dan pembelajaran pelajar ke arah yang lebih baik dan positif. Berdasarkan pemerhatian pengkaji di dalam kajian ini didapati sebelum kajian dilaksanakan iaitu semasa langkah refleksi berpandu, dapatan kajian menunjukkan pelajar bersikap pasif dan lebih banyak mendiamkan diri semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, misalnya apabila guru mengajukan soalan, pelajar hanya menundukkan kepala sahaja. Mereka hanya menerima sahaja segala penyampaian pengajaran dilakukan oleh guru dan hasilnya gagal menjawab soalan pada lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Lantas, memberi impak negatif kepada guru apabila objektif pengajaran tidak tercapai seperti yang dirancang. Hambatan daripada itu, pengkaji telah mengunakan video dan demontrasi dalam pengajaran dan pembelajaran telah menunjukkan nafas baru pada pengajaran dan pembelajaran kelas tersebut. Pelajar mula memberikan riaksi yang memberangsangkan ketika pengajaran dijalankan. Penglibatan pelajar di dalam kelas memang memberansangkan dan telah membantu dalam pemahaman pelajar dalam tajuk atau subjek yang diajar oleh guru. Pengunaan video yang berkaitan dengan isi pengajaran amat membantu dalam pemahaman pelajar dibantu dengan teknik tunjuk cara atau demontrasi dapat mengukuhkan lagi penguasaan dan pemahaman pelajar tersebut.

Dalam menilai dan mengenal pasti perubahan potensi pelajar terhadap kajian yang dijalankan, pengkaji telah melakukan dua bentuk ujian kepada pelajar iaitu ujian pra dilaksanakan pada minggu pertama kajian manakala ujian pos dijalankan pada minggu terakhir kajian. Hasil ujian jelas memperlihatkan perubahan potensi pelajar dari tahap lemah kepada tahap yang lebih baik. Keadaan ini memberi tindak balas positif ke atas strategi tindakan yang dijalankan dalam kelas-kelas kelas Bahasa Melayu, Pengurusan Diri dan Geografi.

Selain daripada pemerhatian serta ujian pra dan pos, pengkaji menemu bual secara tidak berstruktur pelajar yang menjadi peserta kajian. Didapati pelajar sangat berminat dengan kaedah video dan demonstrasi yang dijalankan. Menurut mereka kaedah ini memberi kelainan dan menarik minat mereka dalam sesi pembelajaran. Keadaan ini kerana mereka sudah bosan dengan kaedah tradisional yang sering digunakan oleh guru lain. Selain itu, kaedah video juga dapat memberikan gambaran kepada mereka tentang apa yang akan diajar oleh guru. Mereka lebih faham dan dapat mengingati pembelajaran degan lebih mudah. Bagi kaedah domenstrasi pula, pelajar berpendapat kaedah ini amat membantu mereka untuk lebih memahami tentang pembelajaran. Hal ini kerana mereka dapat melakukan demonstrasi di hadapan kelas dan guru secara tidak langsung dapat membetulkan kesalahan mereka pada masa yang sama. Dapatan kajian juga diperoleh daripada hasil lembaran kerja pelajar melalui bagaimana pelajar mengolah isi pengajaran melalui penggunaan laman sesawang sebagai sumber pembelajaran. Daripada lembaran kerja tersebut, didapati pelajar telah mula menguasai

9

sekitar 70% isi pengajaran pada sesi kajian dijalankan. Pelajar dapat menjawab soalan pada lembaran kerja yang disediakan oleh guru berdasarkan isi pengajaran pada setiap sesi kajian tersebut. Semasa pelajar menyiapkan lembaran kerja yang diberikan, guru bertindak memerhati gaya pelajar menjawab untuk melihat kepekaan dan kefahaman sebenar pelajar terhadap pengajaran yang diberikan. Guru akan membantu pelajar sekiranya soalan yang diberikan sukar untuk difahami oleh pelajar namun bukan untuk membantu menjawab solan tersebut Secara keseluruhannya kajian ini menunjukkan bahawa pengajaran guru dan pembelajaran pelajar saling berkaitan antara satu sama lain . Pada masa yang sama, faktor persekitaran seperti kawalan kelas turut memainkan peranan dalam usaha untuk mencapai objektif P&P. Seiring dengan perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat, guru selaku agen perubahan perlu peka terhadap perubahan sekeliling sama ada kelas mahupun pelajar itu sendiri. Penggunaan bahan bantu mengajar yang bersifat interaktif merupakan alternatif kepada kaedah „chalk and talk‟. Penggunaan kaedah video dan permainan merupakan kaedah interaktif yang mampu menjana idea, menggalakkan pembelajaran aktif, mendorong pemikiran kritikal dan mampu menjadikan proses pembelajaran menyeronokkan. Selain itu, kaedah ini mampu meningkatkan pengetahuan, mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan proses P&P serta menggalakkan pembelajaran berasaskan masalah. Hal ini mampu diaplikasikan dalam situasi sebenar kehidupan pelajar.

IMPLIKASI KAJIAN Kajian yang dijalankan mendapati bahawa penggunaan kaedah tayangan video dan demonstrasi telah mencapai objektif iaitu mengubah amalan pengajaran guru daripada bentuk „chalk and talk‟ kepada penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai iaitu menggunakan medium TKM. Selain itu, kaedah ini dapat menilai pencapaian pelajar dalam P&P selepas kaedah penggunaan tayangan video dan demonstrasi dijalankan dan pada masa yang sama dapat meneroka bagaimana penggunaan tayangan video dan demonstrasi dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap P&P. Pada masa hadapan, diharapkan kajian yang seterusnya lebih berkembang kepada semua mata pelajaran dengan menggunakan kaedah tayangan video dan demonstrasi. Selain itu, pengkaji mengesyorkan bahawa tempoh kajian perlu lebih panjang bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan data yang lebih mantap. Cadangan lain ialah penggunaan perisian multimedia untuk penghasilan video perlu lebih terkini mengikut perkembangan semasa. Manakala, demonstrasi perlu lebih kreatif dan interaktif dalam usaha untuk meningkatkan minat pelajar semasa proses P&P dijalankan. Selain itu, video yang digunakan pula lebih bersifat tempatan iaitu tidak berfokus kepada bahasa dan budaya asing misalnya bagi mata pelajaran Geografi dan Pengurusan Pengurusan Diri. Sebagai kesimpulan, hasil kajian yang dijalankan boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada guru-guru novis ketika dalam proses P&P. Selain itu, guru juga perlu mempelbagaikan bahan bantu mengajar demi menarik perhatian pelajar khususnya. Secara kesimpulannya, kaedah video dan permainan perlulah lebih interaktif dan dirancang dengan tersusun bagi memastikan objektif pengajaran oleh guru tercapai.

10

Kesimpulan Sebagai kesimpulan, kaedah ‟chalk & talk‟ bukanlah merupakan kaedah yang perlu diketepikan langsung dalam proses P&P. Dalam hal ini, para pendidik seharusnya berpandangan lebih jauh dan terbuka dalam menggunakan teknologi sebagai salah satu cara medium bagi proses pengajaran mereka. Hal ini bukan sahaja dapat menggelakkan masalah keciciran dikalangan pelajar bahkan membantu meningkatkan tahap profesion mereka sebagai warga pendidik. Teknologi yang ada seharusnya digunakan sebaik mungkin dengan syarat teknologi tersebut tidak menyalahi etika dan undang-undang yang telah ditetapkan. Bagi aspek pelajar, nilai yang diajar kepada mereka adalah lebih bermakna untuk digunakan dalam kehidupan mereka sejurus mereka tamat sesi persekolahan kelak.

RUJUKAN

Alis Bin Puteh (2008). Kajian tindakan di sekolah: definisi, proses dan cabaran. Penerbitan Seri Kota Kota : Selangor. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Asas multimedia multimedi a dan aplikasinya dalam pendidikan. PTS Publication : Bentong. Lents. H. N. & Cifuentes. E. O. (2009). Web-based learning enhancements: videolecterus through voice-over powerpoint in a majors-level biology course. Journal of College Science Teaching. pp 38-46. Lim. J., Pellet. H. H., Pellet. T. (2009). Integrating digital video technology in the classroom. Journal of Physical Education, Recreation & Dance. 80(6). pp 40-47 Manisah Mohd. Ali (2010). Teknologi Bantuan untuk Pelajar Berkeperluan Khas: Pengenalan dan Kriteria Pemilihan Bahan. Buku Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Kas: Konsep & Amalan (4). m/s 96-109. Nikopoulus. K. C., Canavan C., Nikopoulou-Smyrni. P. (2009). Generalized effects of video modeling on establishing instructional stimulus control in children with Autism. Journal of Positive Behaviour Interventions. 11(4). pp 198-207. Roses. A. M. & Newton. E. S. (2007). How gaming is used as an innovative strategy for nursing education. Journal of Proquest Health and Medical Complete. 28(5). pp 263-268.

11

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF