KAEDAH MEMBAIKPULIH MOTOR 3 FASA
October 6, 2017 | Author: Ahlami Xvii | Category: N/A
Short Description
lol...
Description
Jenis-jenis Kerosakan Yang Berlaku Pada Motor Elektrik Tiga Fasa 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Motor tidak dapat dihidupkan. Motor bising dan gegeran yang kuat. Motor menjadi panas bila beroperasi dan mungkin berasap. Pemutus litar akan terpelantik atau fius terputus sebaik sahaja ia dihidupkan. Motor tidak mencapai kepada kelajuan yang dikadarkan. Bagi motor AT, terdapat arka-arka diberus-berus karbon.
Kaedah membaikpulih Kerosakan Motor Elektrik Tiga Fasa Motor Aruhan -
Motor jenis sangkar tupai tidak dapat dihidupkan. Sebab-sebab CB terpelantik @ fius terputus disebabakan lebihan beban.
-
Tindakan Rujuk carta tindakan mekanikal tertentu untuk kesan punca lebihan beban. Kurangkan beban kepada peringkat yang boleh dikawal.
Motor tidak dapat dihidupkan. Sebab-sebab Voltan rendah
Tindakan Periksa nilai voltan pada belitan nama. Naikkan voltan kepada peringkat yang diperlukan dengan beberapa cara.
Litar terbuka @ litar pintas dililitan motor
Jika ini disahkan dengan beberapa ujian, lilitan baru pada motor hendaklah dilakukan.
Grease didalam alas menjadi kejal
Sistem pelinciran dibersihkan dan grease baru dimasukkan ke dalam alas.
Sambungan tidak kemas dipunca sambungan
Periksa dipunca sambungan serta ketatkan sambungan yang tidak kemas.
-
Rotor dan stator bersentuhan
Perbetulkan kelawasan antara rotor dan stator mengikut nilai tersebut.
Kerosakan pada alas
Pastikan alas digandingkan dengan yang baru.
Motor mengeluarkan bunyi yang kuat Sebab-sebab Motor beroperasi dalam satu fasa
Tindakan Matikan motor, jika ia beroperasi dalam satu fasa, ia tidak dapat dihidupkan semula. Periksa jika ada litar terbuka.
Aci tidak berputar dengan betul di alas (sleeve bearing) gegaran disebabkan oleh rotor tidak seimbang atau gegaran berpunca dari mesin yang dipandu.
Periksa pelurusan (aligment) aci,
Kelawasan tidak sama disekeliling antara rotor dan stator.
Motor memandu mesin melalui coupling yang tidak kemas.
Kemasukan benda asing.
Kerosakan pada alas.
Asingkan motor dari mesin yang dipandu. Jika ia masih lagi bunyi bising atau lagi bising atau bergeegaran ketika bersendirian, rotor hendaklah diseimbangkan semula. Periksa bar-bar yang longgar, patah. Perhatikan rotor jika ia terletak betulbetul dipusatnya. Gantikan alas baru, jika perlu, untuk mendapatkan pemusatan yang betul. Periksa pelarasan coupling dengan menggunakan tolok perasa (feeler gauge) Ketatkan coupling jika perlu. Keluarkan benda asing dari motor dan pastikan sesekat berkeadaan baik. Pastikan punca kerosakan pada alas seterusnya digantikan dengan yang baru.
-
Motor panas dan kadangkala berasap Sebab-sebab Tindakan Motor beroperasi dalam lebihan beban Rujuk kepada bahagian mekanikal yang yang berat mempunyai keterangan mengenai lebihan beban. Kurangkan beban jika terdapat lebihan beban yang berat. Motor beroperasi didalam satu fasa
Periksa semua litar tersebut. Bagi mengetahui samada motor beroperasi dalam 1 fasa ialah ketika motor tidak dapat dihidupkan semula setelah ia dimatikan.
Kedudukan motor tidak sesuai; peredaran udara tersekat atau ruang udara melalui motor tersumbat.
Baiki kawasan sekeliling motor supaya peredaran udara lebih baik serta bersihkan ruang udara motor.
Motor beroperasi didalam voltan dan ulangan yang tidak sesuai.
Perbetulkan voltan dan ulangan seperti tercatat pada pelit nama motor.
Alas terlalu ketat.
Catat suhu alas. Periksa geseran ketika rotor diputar dengan tangan serta diperbetulkannya. Sahkan jenis pelincir pada alas.
Jika motor memandu melalui tali (belt), Periksa ketegangan tali. Longgarkan jika mungkin tali terlalu ketat. ia terlalu ketat. Grease berlaian dari yang disyorkan oleh pembuat motor.
Bersihkan sistem pelinciran dan grease semula dengna bahan yang ditentukan.
Grease berlebihan dialas.
Keluarkan grease lama dan gantikan grease baru sebanyak ½ hingga ¼ isipadu ruang.
Kelunturan sifat pelincir.
Kelunturan disebabkan oleh suhu alas yang tinggi, bendasing dalam grease dan grase tidak ditukar mengikut jadual. Gantikan grease baru.
-
Coupling yang tidak kemas.
Pastikan coupling dijajar dan diikat dnegan kemas.
Daya tujah dari mesin yang dipandu.
Pastikan aci mempunyai kelawasan untuk bergerak sepanjang paksinya.
Motor rotor berlilit beroperasi kurang dari kelajuan ditetapkan walaupun tanpa beban. Sebab-sebab Terdapat litar buka di lilitan rotor, termasuk kabel ke panel kawalan.
-
-
Tindakan Periksa setiap litar. Perbaiki litar setelah mengesan kerosakan tersebut.
Getaran kuat Sebab-sebab Coupling yang tidak kemas.
Tindakan Penjajaran coupling dibetulkan dan diikat kemas.
Rotor tidak seimbang.
Periksa punca masalah ini dan rotor dikeluarkan untuk di imbang semula.
Alas tidak dipasang dengan betul.
Periksa nombor alas dan betulkan kedudukannya.
Voltan bekalan tidak seimbang.
Mungkin disebabkan ketidakseimbangan beban. Pastikan sambungan adalah kemas dan voltan bekalan seimbang.
Kenaikan suhu yang tinggi didalam gelung stator dan badan motor. Sebab-sebab Lebihan beban.
Tindakan Uji geganti lebihan beban dan laraskan semula jika perlu. Kurangkan beban mekanikal mengikut keupayaan motor.
-
Kenaikan arus disebabkan oleh voltan rendah.
Periksa punca bekalan dan naikkan voltan mengikut kadaran.
Voltan bekalan tidak seimbang.
Pastikan punca sambungan adalah kemas dan voltan bekalan di imbang semula.
Kendalian dalam satu fasa.
Periksa litar jika ada litar terbuka.
Suhu sekeliling yang tinggi.
Pastikan peredaran udara disekitar motor beredar dengan baik dan pastikan sesekat tidak tersumbat.
Peredaran udara sejuk tersekat oleh selaput habuk.
Cuci bersih saluran penyejuk dan pastikan ia tidak tersumbat.
Motor segerak tidak dapat dihidupkan Sebab-sebab litar terbuka disatu fasa
Tindakan Uji tiap-tiap fasa untuk mengesan kerosakan serta baikinya.
Motor yang tidak dapat mengatasi Periksa geseran alas dimotor serta geseran yang terlalu kuat ketika ia mula pelinciran alas (bearing lubrication). dihidupkan. Periksa pelurusan couling antara motor dengan mesin. Voltan rendah.
Periksa voltan yang tercatit di pelit nama dengan voltan bekalan. Jika ada perbezaan , voltan bekalan hendaklah diubahkan supaya sama dengan voltan di motor.
-
-
Pemutus litar terpelantik sebaik sahaja dihidupkan. Sebab-sbeab Voltan penguja rendah.
Tindakan Tinggikan nilai pengujaannya.
Litar terbuka atau litar pintas didalam medam motor.
Uji untuk mengesan litar pintas terbuka @ litar pintas dan perbetulkannya. Gunakan penunjuk kutub (polarity indicator) untuk mengesan litar pintas.
Perubahan beban terlalu ketara.
Rujuk kepada bahagian mekanikal bagi mengawal beban.
Motor panas dibahagian-bahagian tertentu. Sebab-sebab Panas dictator yang mungkin disebabkan oleh rotor yang terkeluar dari titik pusatnya (off-centre)
Tindakan Periksa kedudukan motor. Alas ditukar , jika perlu, bagi membetulkan titik pusatnya.
Litar terbuka disatu fasa.
Periksa difasa yang rosak dan perbetulkan.
Panas tertumpu kepada satu @ lebih gelung motor.
Ini berpunca dari litar pintas. Gelung yang rosak boleh dikeluarkan dari litar sebagai langkah pembetulan sementara.
Panas tertumpu digelung medan.
Tukar @ perbetulkan gelung tersebut oleh kerana ia berpunca dari litar pintas digelung. Juga kepanasan tersebut boleh berpunca dari arus medan yang mempunyai nilai yang tinggi. Perbetulan ini dengan mengurangkan arus kepada nilai yg tercatat dipelit nama.
-
-
Motor panas disemua bahagian. Sebab-sebab Tindakan Beroperasi didalam lebihan beban yang Rujuk kepada bahagian mekanikal tinggi untuk mengawal beban. Jika beban tidak boleh dikurangkan, motor hendaklah ditukarkan kepada yang lebih besar. Nilaikan tahap geseran dialas serta keupayaan pelinciran. Pengujaan tidak mengikut seperti dipelit nama @ tidak ada pengujaan langsung. Suhu disekitar motor adalah tinggi dari nilai suhu yang boleh diterima oleh motor mengikut rekaannya.
Laraskan pengujaan mengikut nilai dipelit nama.
Ruang udara dimotor tersumbat dengn habuk @ lain-lain bahan.
Bersihkan motor dibahagian ruang motor tersebut.
Adakan kawasan dimana ia dapat member suhu yang berpatutan kepada motor.
Motor arus terus tidak dapat dihidupkan. Sebab-sebab Litar terbuka disistem kawalan
Tindakan Periksa perintang penghidup, dan perhatikan jika ada suis terbuka @ fius terputus.
Voltan dipunca rendah.
Bandingkan voltan bekalan dengan voltan dipelit nama dan ubah jika perlu.
Lebihan beban dimotor.
Bandingkan beban yang dikadarkan dengan beban yang sebenar, keatas mesin ayng dipandu (pam, pemampat, dsb). Kurangkan beban. Jika ini tidak boleh dilakukan, gantikan dengan motor yang lebih besar.
Terdapat geseran dalam yang amat ketara dimotor.
Sahkan ini dengan mengasingkan motor dari mesin yang dipandu. Catatkan rintangan kepada putaran
rotor dan kenaikan suhu. Periksa pelinciran di alas @ sesuatu gegas yang terlalu ketat. Baiki apa yang perlu. Jika terdapat juga geseran, buka motor dan periksa kelawasannya dan gegas bagi tiap-tiap bahagian. Jika ia berpunca dari aci yang bengkok, perbetukan @ tukarkan kepada yang baharu. -
-
Motor hidup tetapi geganti beban lampau terpelantik dengan serta merta dna motor berhenti. Sebab-sebab Medan electromagnet digelung lemah atau tiada.
Tindakan Bagi motor yang mempunyai kawalan kelajuan periksa perintang jika terdapat setting yang tidak betul atau ada kerosakan. Periksa gelung medan untuk mengesan liatr terbuka serta sambungan dawai yang longgar atau putus.
Beban melebihi daya kilas mula motor
Gantikan dengan suatu motor yang boleh menanggung mula dan ketika kendalian.
Motor tidak mencapai kepada kelajuan yang dikadarkan ketika ada beban. Sebab-sebab Motor didalam keadaan lebihan beban.
Tindakan Bandingkan beban yang dikadarkan dengan beban yang sebenar. Kurangkan beban atau gantikan dengan motor yang lebih besar.
Voltan rendah.
Periksa voltan bekalan dan voltan yang
terdapat dipelit nama. Jika ia terlalu rendah, periksa rintangan dibahagianbahagian yang susutan voltan tersebut. Berus karbon tidak berada dineutralkan yang tepat, terutama bagi agak lama tidak diseraggarakan dimana ia akan mendahului neutral. -
Perbetulkan berus karbon kepada kedudukan neutral.
Motor beroperasi pada kadar kelajuan yang tinggi ketika beban penuh. Sebab-sebab Tindakan Berus karbon tidak berada dikedudukan Perbetulkan berus karbon kepada neutral tetapi dibelakang neutral. kedudukan neutral. Voltan lebih tinggi dari yang dikadarkan.
Periksa voltan dipunca dan bandingkan dengan pelit nama. Periksa punca negatif yang dibumikan.
Medan gelombang motor lemah.
-
Motor membuat arka-arka yang besar diberus karbon. Sebab-sebab
Tindakan
Permukaan komutator tidak berada didalam keadaan baik.
Bersihkan dan canaikan komutator dan berus karbon. Tentu letakkan berus karbon betul. Jangan gunakan kain emery. Habuknya berlogam dan akan menyebabkan pintasan (short).
Angker tidak seimbang.
Ini akan membentuk geseran yang kuat. Asingkan motor dengan mesin dan pastikan gegaran itu berpunca dari motor dan bukan dari mesin. Angker hendaklah diseimbangkan semula.
Litar pintas dimotor.
Uji untuk pintasan (short) diangker. Bersihkan dari cebis-cebis bahan logam yang bebas dimana mungkin telah terkumpul dicelah-celah.
Berus kardon tidak diletakkan dengan betul.
Bersihkan berus serta pemegangnya dan letakkannya dengan betul.
Cat atau bahan kimia mendak diatas komutator.
Bersihkan dengan sempurna. Anggap motor digantikan dengan motor yang direka untuk dikendalikan terhindar dari pencemaran udara.
View more...
Comments