Pada minggu ketiga, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa pada hari selasa (5 Feb 2013). Terdapat langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. Hala ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif. 2. Analisis
Masalah ini timbul kerana loceng terlambat bunyi dan murid yang perlu dijemput untuk menghadiri kelas kerana mereka masih belum mengingati jadual.
3.
Cadangan Tindakan Susulan
a) Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dengan lebih sempurna agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna. b) Bagi pembahagian masa pula, saya akan sentiasa mengunci jam tangan bagi menyelesaikan masalah ini. c) Saya akan mendapat bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah di samping berbincang dengan rakan-rakan.
4.
Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan datang kerana pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya, masalah in tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancang tidak tercapai sepenuhnya.
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.