Jenis Terapi
September 4, 2022 | Author: Anonymous | Category: N/A
Short Description
Download Jenis Terapi...
Description
1.0
PENGENALAN
Secara umumnya, kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas ini selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa. Mereka memerlukan pendidikan yang khas atau dengan kata lain memerlukan satu perkhidmatan pendidikan yang berbentuk khas untuk memenuhi
keperluan
mereka.
Sebagai
pendidik,
para
guru
seharusnya
melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan berfikiran kreatif dalam proses pengajaran untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas ini menjalani kehidupan secara optimum. Salah satu cara yang boleh dijalankan oleh guru ialah melalui terapi. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), terapi didefinisikan sebagai rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan. Terapi juga merupakan aktiviti fizikal atau mental yang dilakukan untuk membantu merawat, memulihkan atau mengatasi masalah-masalah fizikal, emosi atau sosial yang dihadapi oleh seseorang. Dalam konteks Pendidikan Khas pula, terapi merupakan kaedah untuk membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor bagi mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran yang dilakukan.
“Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan menyebabkan kefungsian badan
secara normal” (Kamus Perubatan Mosley, 2001) Oleh itu, terapi di dalam Pendidikan Khas dapat dikonklusikan sebagai rawatan pemulihan atau perkhidmatan yang diberikan untuk mengembalikan kefungsian badan secara normal.
1
Di dalam Pendidikan Khas, terdapat pelbagai jenis terapi ter api yang dapat diaplikasi dan digunakan oleh para pendidik untuk membantu murid-murid pendidikan khas di dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya ialah :
Terapi fisio / fizikal
Terapi cara kerja
Terapi main
Terapi pertuturan
Terapi seni
Terapi muzik Setiap terapi yang digunakan membawa kepada faedah dan kepentingannya
yang tersendiri kepada setiap murid. Secara umumnya, terapi dapat meningkatkan daya pengamatan murid-murid, meransang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mereka. Terapi juga dapat melatih murid-murid untuk menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian murid serta mewujudkan pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan. Justeru itu, pengaplikasian pelbagai jenis terapi kepada murid-murid Pendidikan Khas yang direka khusus mengikut masalah-masalah yang dialami oleh mereka dapat membawa kepada proses pemulihan yang lebih baik. Penglibatan murid di dalam sesi terapi adalah diharuskan kerana membawa banyak manfaat dan kelebihan positif kepada mereka.
2
2.0
JENIS-JENIS TERAPI
2.1
TERAPI FISIO / FIZIKAL
Definisi : Kepentingan : Faedah :
3
2.2
TERAPI CARA KERJA
Definisi : Kesihatan dan cara kerja adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Apabila kesihatan seseorang itu terjejas, kebolehan seseorang itu untuk melakukan sesuatu kerja dan menjalankan aktiviti harian akan turut terjejas. terje jas.
Menurut Turner, Foster dan Johnson (2002), beliau mendefinisikan terapi
cara
kerja
ialah
latihan
aktiviti-aktiviti
yang
bermakna
untuk
meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur. Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) pula mendefinisikan terapi cara kerja sebagai aktiviti pemulihan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian, produktiviti dan pelbagai aktiviti riadah. Menurut NASAM, terapi cara kerja merupakan sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. ia tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiiti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah. Pada
kebiasaannya,
aktiviti
yang
dilakukan
berfokus
kepada
kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya seseorang. Guru Pendidikan Khas harus menerapkan terapi cara kerja kepada murid Pendidikan Khas dengan proses P&P yang dijalankan di sekolah. Sebagai contoh, terapi ini boleh diterapkan dalam mata pelajaran Pengurusan Diri atau Kemahiran Hidup
4
Kepentingan :
Dilakukan untuk membantu murid menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik Meningkatkan kemampuan murid untuk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil yang ada Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan ke
atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur Meningkatkan tahap keyakinan diri murid
Faedah :
Meningkatkan kemahiran motor halus dan kemahiran murid mur id
Melatih murid bersabar dan bijak mengawal emosi semasa melakukan sesuatu pekerjaan
Membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas seperti menyapu, m enyapu, mengatur, memotong dan sebagainya.
5
2.3
TERAPI MAIN
Definisi : Kraus (1990) menyatakan bermain merupakan aktiviti yang boleh memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil kepada aktiviti itu. Carr (2004) dalam teorinya pula mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing. Hurlock (1978) pula mendefinisikan bermain sebagai satu aktiviti yang dilakukan secara suka rela, dan tidak ada paksaan atau tekanan dari luar atau kewajiban. Umumnya, terapi bermain adalah suatu proses interaksi sosial yang menyediakan kesempatan untuk murid-murid belajar tentang ketrampilan sosial-emosi serta cara untuk meningkatkan ketahanan emosi. Melalui aktiviti belajar sambil bermain kanak-kanak berpeluang untuk meneroka identiti dan personaliti masing-masing serta lebih mengenali dunia luar. Mengikut aspek psikologi, terapi main memberi peluang kepada kanakkanak untuk meluahkan perasaan dan mengawal keadaan diri dengan lebih baik. Hal ini dapat membantu kanak-kanak untuk berhadapan dengan realiti kehidupan sebenar yang lebih banyak cabarannya. Kanak-kanak dapat belajar untuk memberikan komitmen dan fokus terhadap sebarang aktiviti yang dilakukan. Contoh aktiviti terapi main ialah lakonan, simulasi, penerokaan dan penggunaan alatan atau tanpa alatan.
6
Kepentingan :
Mengurangkan masalah tingkah laku
Meningkatkan komunikasi kanak-kanak, kefahaman dan ekspresi verbal
Kanak-kanak mampu untuk menilai keupayaan dan kebolehan diri sendiri
Meningkatkan keupayaan untuk mempercayai seseorang
Merawat gangguan perkembangan normal
Faedah :
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri
Membolehkan kanak-kanak untuk meluahkan masalah yang membelenggu
Menyediakan tempat yang bagi meluahkan perasaan
7
2.4
TERAPI PERTUTURAN
Definisi : Kepentingan : Faedah :
2.5
TERAPI SENI
Definisi : Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Terapi seni sebenarnya merupakan satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Terapi ini juga merupakan satu proses seni yang dapat membantu membaiki fizikal, mental dan emosi kanak-kanak. Menurut ‘American Art Therapy Association’ terapi seni adalah satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur. Terapi seni boleh diertikan sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media warna, kapur, pensil dan marker yang diintegrasikan dengan terapi psikoterapiutik serta teknik proses kreatif. “ Teori mengenai mengapa kanak -kanak -kanak suka bermain adalah serupa seperti
mengapa mereka melukis di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat mengawal keadaan sekeliling. Di dalam keadaan ini, melukis memberikan kanak-kanak keupayaan untuk menguasai penuh terhadap media, objek dan situasi yang mewakili mereka di dalam gambar.” ( Silk & Thomas, 1990 ) Contoh aktiviti terapi seni ialah melukis, mewarna, membuat kolaj dan menganyam tikar.
8
Kepentingan :
Menambahbaik dan mengekalkan kesihatan mental individu
Membantu kanak-kanak mengenalpasti fikiran dan perasaan melalui seni
Meningkatkan ekspresi kendiri dan daya imaginatif
Menyumbang kepada perkembangan personaliti kanak-kanak
Menggalakkan perkembangan perkembangan fizikal, mental dan estatik kanak-kanak
Faedah :
Menyelesaikan konflik emosi
Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri
Membina kesedaran sosial
Mengubah tingkah laku
Membina strategi penyelesaian masalah
Meningkatkan kemahiran penguasaan hidup
9
2.6
TERAPI MUZIK
Definisi : Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional
yang
menggunakan
muzik
bertujuan
untuk
pemulihan,
pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal yang dijalankan oleh pakar berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian. Muzik merupakan satu getaran tenaga bunyi di mana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda manusia. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
Menurut Peters, dalam The American Music Theraphy Association (2000), terapi muzik bermaksud ”a planned, goal-directed process of
ineraction and intervention, bassed on assessment evaluation of individual clients specific needs, strengths, and weakness, in which music or music based experiences examples: (singing, playing music instruments, moving or listening music) are specifically prescribed to be used by specially trained personnel to influence positive changes in an individual’s condition, skills,
thoughts, feelings or behaviours ””. .
Muzik juga boleh didefinisikan sebagai kumpulan nada yang dihasilkan oleh
gabungan
bunyi-bunyian
daripada
alat-alat
yang
disusun
serta
mengandungi irama dan harmoni. Muzik sebagai satu wahana komunikasi mampu merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya serta dapat mengumpulkan pendengar daripada pelbagai bangsa, budaya, agama dan negara. Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu ia mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis, bermotivasi atau ke tahap yang tidak boleh dikawal akhlaknya. Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa seseorang insan.
Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan 10
keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu pesakit yang mempunyai mempunyai masalah berka berkaitan itan emosi untuk meneroka s serta erta menyelami perasaan mereka sendiri. Dengan cara ini mereka dapat melakukan perubahan perubahan yang po positif sitif mempraktikkan
penyelesaian
terhadap tingka tingkah h laku serta dap dapat at
masalah
yang
secara
tidak
langsung
merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.
Kepentingan :
Memperbaiki kesihatan mental kanak-kanak
Meningkatkan keyakinan diri, luahan emosi diri dan interaksi.
Meningkatkan ekspresi kendiri dan daya imaginatif
Menyumbang kepada perkembangan personaliti kanak-kanak
Menggalakkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak
Meningkatkan kemahiran pernafasan
Meningkatkan
kemahiran
artikulasi,
kelancaran
pertuturan
dan
pembetulan suara.
Faedah :
Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri
Mengubah tingkah laku
Merangsang kognitif kanak-kanak
Memperkukuh kemahiran berkomunikasi
Melegakan kemurungan, keresahan dan meringankan tekanan (stress)
11
3.0
AKTIVITI TERAPI
3.1
TERAPI FISIO / FIZIKAL
Aktiviti
:
Sasaran
:
Objektif
: a) … b) …
Masa
:
Cara melaksanakan aktiviti : a)
…
b)
…
12
3.2
TERAPI CARA KERJA
Aktiviti
: Membuat ais krim milo
Sasaran
: Murid pendidikan khas
Objektif
: a) Meningkatkan kemahiran motor halus murid b) Memberi kepuasan dan keseronokan ketika melakukan kerja c) Melatih murid bersabar dan bijak mengaw mengawal al emosi semasa melakukan kerja
Masa
: 30 minit
Cara melaksanakan aktiviti : a) Guru menyediak menyediakan an dan mengedar bah bahan an kepada murid b) Guru menunjukkan cara membuat ais krim milo kepada murid iaitu : -
Ambil sebuah bekas air
-
Bancuh milo di dalam bekas tersebut
-
Masukkan air milo ke dalam plastik ais krim
-
Simpan a ais is krim di da dalam lam tem tempat pat sejuk beku yang terdapat dal dalam am peti ais
c) Murid mengiku mengikutt apa yang ditunjuk ditunjukkan kan oleh guru. d) Hasil yang diperoleh d dapat apat dijadikan sebag sebagai ai makanan ringan dan dijual kepada murid lain untuk mengumpul dana bagi menjalankan aktiviti pendidikan khas.
Ais krim milo yang telah siap diproses
13
3.3
TERAPI MAIN
Aktiviti
: ‘ Siapa Cepat Dia Dapat ’ ’
Sasaran
: Murid Pendidikan Khas
Objektif
: a) Meningkatkan interaksi sosial murid b) Memberikan keseronokan kepada murid c) Meningkatkan tahap keyakinan diri murid
Masa
: 30 minit
Cara melaksanakan aktiviti : a)
Beberapa buah kerusi disusun membentuk sebuah bulatan.
b)
Muzik akan dimainkan sepnjang permainan dan akan ditamatkan berperingkat-peringkat.
c)
Murid akan bergerak mengelilingi kerusi apabila muzik dimainkan.
d)
Apabila muzik dihentikan, murid akan segera merebut kerusi untuk duduk.
e)
Murid yang tidak berjaya memperoleh kerusi akan dikira mati dan diberikan denda oleh guru.
f)
Guru akan menunjukkan satu gaya dan murid akan meniru gaya yang ditunjukkan oleh guru sebagai denda.
g)
Permainan diteruskan sehingga tinggal satu kerusi untuk direbut.
14
3.4
TERAPI PERTUTURAN
Aktiviti
:
Sasaran
:
Objektif
: a) … b) …
Masa
:
Cara melaksanakan aktiviti : a)
…
b)
…
15
3.5
TERAPI SENI
Aktiviti
: Origami ( Ikan )
Sasaran
: Murid Pendidikan Khas
Objektif
: a) Melatih kordinasi tangan dan mata murid b) Memberi keseronokan dan kepuasan kepada murid c) Meningkatkan daya kreatif dan imaginasi murid
Masa
: 30 minit
Cara melaksanakan aktiviti : a)
Guru mengedarkan bahan-bahan yang disediakan kepada murid.
b)
Guru menunjukkan cara membuat origami ikan kepada murid iaitu : - Lipat kertas ke atas secara diagonal sehingga membentuk segi tiga. -
Buka lipatan segi tiga sehingga terlihat garis bekas lipatan.
-
Lipat sedikit hujung kiri ke dalam dan lipat kembali ke atas.
-
Ambil hujung atas dan lipat ke bawah tepat hingg hingga a bawah kertas.
-
Lalu lipat hujung kanan ke atas sehingga membentuk ekor.
c)
Murid mengikut apa yang ditunjukkan oleh guru.
d)
Hasil yang diperoleh dapat dijadikan hiasan di dalam kelas untuk mendapatkan suasana kelas yang lebih ceria.
16
3.6
TERAPI MUZIK
Aktiviti
: Membina marakas daripada bahan terbuang
Sasaran
: Murid pendidikan khas
Objektif
: a) Merangsang kognitif murid b) Meningkatkan kemahiran motor halus murid c) Memberi keseron keseronokan okan dan kepuasan k kepada epada murid
Masa
: 20 minit
Cara melaksanakan aktiviti : e) Guru menyediak menyediakan an dan mengedar bah bahan an kepada murid f) Guru menunjukkan cara membuat marakas daripada bahan
-
terbuang kepada murid iaitu : Ambil sebiji botol plastik yang kering dan bersih
-
Masukkan kacang hijau di dalam botol pla plastik stik terse tersebut but s sehingga ehingga separuh botol plastik
-
Tutup botol plastik dengan penutup botol sehingga rapat
g) Murid mengikut ap apa a yang ditunjukkan oleh guru. h) Hasil yang diperoleh dapat dijadikan sebagai alat muzik semasa menyanyi lagu di dalam kelas.
Botol plastik
Kacang hijau
17
4.0
REFLEKSI
18
5.0
PENUTUP
Perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas sangat bergantung kepada usaha yang dijalankan oleh pihak guru, ibu bapa, ahli terapi dan diri mereka sendiri. Ransangan dan motivasi bukan sa sahaja haja kepada murid tetapi perlu juga kepada g guru uru dan ibu bapa. Ahli terapi memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan keupayaan perkembangan kognitif, emosi dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu kesedaran awam mengenai terapi adalah perlu dan pada skala yang lebih luas supaya perkembangan dan pemulihan individu dapat ditingkatkan. Sebagai kesimpulan, terapi dalam pendidikan khas merupakan aktiviti yang saling berkait dalam pembentukan insan yang bersepadu dan seimbang dari aspek jasmani, rohani ,emosi, intelek dan sosial. Proses menjalani kehidupan yang bermakna menjadi pemangkin kepada mereka sebagai satu titik tolak ke arah kecemerlangan insan kelainan upaya. Semua pihak perlu memberi mereka ruang dan masa yang secukupnya supaya mereka dapat membuktikan bahawa mereka juga boleh menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Khas dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK).
19
6.0
RUJUKAN
Jamila K.A. Mohamed. (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Pahang : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Membuat Origami Ikan. Diakses pada 10.03.2013 dari http://bermaindanbelajar.com/membuat-origami-ikan.html http://bermaindanbelajar.com/membuat-origami-ikan.html
Kendra Cherry. What is Art Therapy? Diakses pada 10.03.2013 dari http://psychology.about.com/od/psychotherapy/f/art-therapy.htm http://psychology.about.com/od/psychotherapy/f/art-therapy.htm
20
View more...
Comments