jenis kabel

October 31, 2017 | Author: Abd Wahob Hafidz | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download jenis kabel...

Description

PENGENALAN

Kabel adalah satu media pemindahan arus dari satu tempat ke tempat yang lain di samping berfungsi sebagai tempat sambungan beban ke bekalan.Oleh sebab itu pemilihan, penyokongan dan pendawaian sesuatu kabel perlu diketahui dengan jelas. Pemilihan yang salah bukan sahaja membahayakan pendawaian itu malah mengancam keselamatan pengguna. Setiap kabel mempunyai fungsinya yang tersendiri dan tidak boleh disalahgunakan. (Jangan menganggap semuanya serupa).Kabel dikelaskan berdasarkan kemampuan voltan,keboleh lenturan,jenis penebatan,jenis sarung ,bahan pengalir dan bilangan teras yang digunakan,misalnya kabel voltan rendah jenis kaku bertebatkan pvk berpengalir kuprum.Berikut ialah sebahagian jenis kabel yang terdapat di pasaran untuk pendawaian tetap. Kabel berpengalir aluminium kurang daripada 10mm tidak boleh digunakan sebagai pendawai tetap kerana kesukaran menyambungkan dawainya.Antara kabel yang sering digunakan dalam industri dan kerja-kerja pendawaian hari ini ialah kabel kaku atau pun kabel tidak boleh lentur. Antara contoh kabel kaku adalah seperti berikut :

KABEL KAKU( tidak boleh lentur) dan pengalir untuk voltan rendah;

(A)

Berpengalir kuprum,berteras pejal atau berlembar,berpenebat pvk bersarung pvk

(B) Berpengalir kuprum,berpenebat,berlapis pvk,berperisai dawai keluli dan bersarung pvk (C)

Berpengalir kuprum,berpenebat pvk,berpengalir pelindung bumi,berpengalir neutral berpenebat pvk, bertali pvk dan bersarung keseluruhannya

(D) Berpengalir kuprum halus,berpenebat getah,berjalin kain dan sebatian (E)

Berpengalir kuprum,berpenebat bahan kuprum,bersarung keseluruhannya dengan pvk

galian,bersarung

(F) Berpengalir kuprum padu,berpenebat teras keras,berpenebat kertas secara bertali,bersarung aluminium di luar,lapisan bitumen,bersarung pvk di luar sekali

PEMILIHAN KABEL

Di samping itu,sebagai juruteknik elektrik kita juga perlu tahu apakah faktorfaktor yang mesti di ambil kira dalam pemilihan sesuatu kabel untuk pendawaian elektrik.Ini bagi memastikan tahap keselamatan sesuatu pendawaian itu betul betul mematuhi tahap piawaian yang telah ditetapkan. Antara faktor-faktor pemilihan kabel untuk sesuatu pendawaian adalah seperti berikut:

( A) Jenis Kabel merujuk kepada ketahanan kabel terhadap suhu tempat kabel itu digunakan.

-

( B) Kemampuan Membawa Arus kemampuan kabel membawa arus litar dengan selamat. Haba yang dihasilkan oleh kabel ketika membawa arus menentang rintangan pengalir hendaklah sama banyak dengan kehilangan haba yang disebabkan oleh aliran pancaran kabel itu.Dengan pemilihan begini barulah kabel itu selamat.Kemampuan membawa arus ini merujuk kepada saiz kabel.

-

(C) Kaedah Pemasangan -

sama ada pemasangan kabel itu terdedah atau tertutup. Jika kabel itu tertutup seperti pembuluh, kemampuan membawa arusnya berkurangan berbanding dengan kabel yang dipasang terdedah

( D) Faktor Kumpulan -

Kabel yang dipasang secara berkumpulan ( jambak ) sukar mengeluarkan kepanasan yang wujud berbanding dengan kabel yang dipasang berasingan. Dengan itu kadaran membawa arus kabel berkenaan akan berubah (berkurangan)

( E) Suhu ambien -

Kabel yang dipasang di tempat yang mempunyai suhu ambient yang tinggi sukar menyebarkan haba yang terhasil berbanding dengan suhu ambient yang rendah. Dengan itu keupayaan membawa arus juga berubah (berkurangan)

( F) Penebat Terma -

Kabel yang digunakan untuk tujuan pemanasan bilik dan sebagainya. Kabel ini dihalang dengan bahan penebat terma agar suhu kepanasan itu dapat disebarkan untuk memanaskan bilik. Saiznya juga lebih besar berbanding dengan kabel untuk kegunaan biasa

Beberapa Jenis - Jenis Kabel

 Kabel NYA Kabel NYA berinti tunggal, berlapis bahan isolasi PVC, untuk instalasi luar/kabel udara. Kode warna isolasi ada warna merah, kuning, biru dan hitam. Kabel tipe ini umum dipergunakan di perumahan karena harganya yang relatif murah. Lapisan isolasinya hanya 1 lapis sehingga mudah cacat, tidak tahan air (NYA adalah tipe kabel udara) dan mudah digigit tikus.

Supaya selamat memakai kabel tipe ini, kabel harus dipasang dalam pipe/conduit jenis PVC atau saluran tertutup. Sehingga tidak mudah menjadi sasaran gigitan tikus, dan apabila ada isolasi yang terkelupas tidak tersentuh langsung oleh orang.

 Kabel NYM Kabel NYM memiliki lapisan isolasi PVC (biasanya warna putih atau abuabu), ada yang berinti 2, 3 atau 4. Kabel NYM memiliki lapisan isolasi dua lapis, sehingga tingkat keamanannya lebih baik dari kabel NYA (harganya lebih mahal dari NYA). Kabel ini dapat dipergunakan dilingkungan yang kering dan basah, namun tidak boleh ditanam.

 Kabel NYAF Kabel NYAF merupakan jenis kabel fleksibel dengan penghantar tembaga serabut berisolasi PVC. Digunakan untuk instalasi panel-panel yang memerlukan fleksibelitas yang tinggi.

 Kabel NYY

Kabel NYY memiliki lapisan isolasi PVC (biasanya warna hitam), ada yang berinti 2, 3 atau 4. Kabel NYY dipergunakan untuk instalasi tertanam (kabel tanah), dan memiliki lapisan isolasi yang lebih kuat dari kabel NYM (harganya lebih mahal dari NYM). Kabel NYY memiliki isolasi yang terbuat dari bahan yang tidak disukai tikus.

 Kabbel NYFGbY Kabel NYFGbY ini digunakan untuk instalasi bawah tanah, di dalam ruangan di dalam saluran-saluran dan pada tempat-tempat yang terbuka dimana perlindungan terhadap gangguan mekanis dibutuhkan, atau untuk tekanan rentangan yang tinggi selama dipasang dan dioperasikan.

 Kabel ACSR Kabel ACSR merupakan kawat penghantar yang terdiri dari aluminium berinti kawat baja.Kabel ini digunakan untuk saluran-saluran transmisi tegangan tinggi, dimana jarak antara menara/tiang berjauhan, mencapai ratusan meter, maka dibutuhkan kuat tarik yang lebih tinggi, untuk itu digunakan kawat penghantar ACSR.

 Kabel AAAC Kabel ini terbuat dari aluminium-magnesium-silicon campuran logam, keterhantaran elektris tinggi yang berisi magnesium silicide, untuk memberi sifat yang lebih baik. Kabel ini biasanya dibuat dari paduan aluminium 6201. AAAC mempunyai suatu anti karat dan kekuatan yang baik, sehingga daya hantarnya lebih baik.

 Kabel ACAR Kabel ACAR yaitu kawat penghantar aluminium yang diperkuat dengan logam campuran, sehingga kabel ini lebih kuat daripada kabel ACSR.

KESIMPULAN

Elektrik ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik. Bersama-sama dengan kemagnetan, ia membentuk saling tindak asas yang dikenali sebagai keelektromagnetan. Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilat, medan elektrik dan arus elektrik. Elektrik juga digunakan dalam bidang perindustrian seperti elektronik dan kuasa elektrik. Sistem pendawaian juga perlu di titik beratkan.Pendawaian elektrik boleh dilakukan sama ada secara terdedah ataupun tersembunyi. Pendawaian secara tersembunyi lazimnya dilakukan semasa pembinaan bangunan dengan membuat alur untuk dawai elektrik pada dinding bangunan. Namun demikian, kelemahan utama kaedah ini ialah pengguna mungkin menghadapi risiko kejutan elektrik sekiranya pengguna memaku atau memasang skru pada dinding, misalnya untuk memasang rak buku ataupun penyangkut baju. Dahulunya, kabel elektrik yang digunakan disalut dengan penebat getah, tetapi kemudiannya digantikan dengan PVC kerana penebat getah tidak tahan lama serta mudah rapuh dan haus mengikut masa.Di Malaysia, kabel yang ditetapkan bagi tujuan pendawaian adalah berpenebat PVC serta berpengalir kuprum atau aluminium tetapi bagi kabel dengan luas keratan rentas pengalir kurang daripada 16 mm², hanya pengalir kuprum sahaja yang dibenarkan.oleh itu,setiap kerja pendawaian tidak boleh di pandang remeh kerana ia melibatkan nyawa.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF