Jenis-jenis Pembelajaran

June 17, 2016 | Author: Shu Han | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

123...

Description

Goh Shu Han & Chia Kai Li PISMP-PSV ambilan Jan 2012





Gagne (1970) dalam buku ‘The Condition of Learning’ mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan disebabkan oleh proses pertumbuhan. Morgan dan King (1975), dalam buku ‘Introduction to Psycology’ mentafsirkan pembelajaran sebagai sebarang tingkah laku yang kekal akibat dari pengalaman yang diperolehi atau latihan yang telah dijalani.





E.R. Hilgard, R.C. Atkinson dan R.L. Atkinson (1975), dalam buku ‘Psycology: An Introduction to a Behavioral Science’ berpendapat pembelajaran melambangkan sesuatu konsep yang digunakan untuk menerangkan perubahan tingkah laku seseorang yang dapat diperhatikan. Morris L. Bigge (1982), mengikut buku ‘Theories of Teachers’, merujuk pembelajaran kepada beberapa situasi perubahan tingkah laku atau penyusunannya berdasarkan hasil pengalaman dalam sesuatu situasi yang tertentu.



Kelvin Seifert (1983), dalam bukunya Educational Psycology’ menghuraikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang agak kekal selepas mengalami pengalaman tertentu atau ulangan pengalaman.

 

 



Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atas kemahiran. Pembelajaran, melalui stimuli-tindak balas, menghasilkan perubahan tingkah laku seseorang yang berkenaan. Perubahan tingkah laku agak kekal dan stabil. Pembelajaran tingkah laku dihasilkan daripada pengalaman atau latihan dan bukan disebabkan oleh proses pertumbuhan semula jadi atau disebabkan oleh pengaruh dadah atau penyakitnya. Pembelajaran yang bermakna merangkumi proses kognitif yang mementingkan pengalaman sedia ada, kefahaman, motif dan inisiatif.

Model Ewell Model Gagne





Ewell (1997) Membentuk satu model yang menggambarkan prinsip-prinsip pembelajaran dan ini mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasikan dalam bilik darjah Gagne (1985) Gagne mendefinisikan pembelajaran sebagai “a change in human deposition or capability, which persist over period of time and which is not simply ascribe to processes of growth.





Prinsip Pertama : Penglibatan aktif merupakan keadaan di mana murid berinteraksi secara aktif dengan bahan pembelajaran serta mengingat kembali maklumat dengan berkesan. Prinsip Kedua : Perkaitan dan corak merujuk kepada adaptasi terhadap konteks pembelajaran baharu dan tugasan dengan mengait, mengorganisasi dan menggunakan pengetahuan serta kemahiran yang telah dipelajari ke dalam struktur-struktur baharu.





Prinsip Ketiga : Pembelajaran informal iaitu pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah ataupun dalam waktu pengajaran. Prinsip Keempat : Pengalaman langsung iaitu pembelajaran langsung yang bergantung kepada proses murid membina makna berdasarkan pengalamannya sendiri.





Prinsip Kelima: Situasi mendesak merupakan situasi kompleks dan mendesak dapat memotivasikan murid untuk mencari penyelesaian. Prinsip Keenam: Maklum balas berterusan adalah maklum balas dalam proses pembelajaran yang berperanan bukan semata-mata pemprosesan maklumat tetapi seharusnya mempengaruhi proses afektif dan motivasi murid.





Prinsip ketujuh : Suasana yang menyeronokkan ialah suasana pembelajaran yang ceria dan murid belajar dengan seronok. Persekitaran emosi bilik darjah dipengaruhi oleh suara, gaya kepimpinan guru, sikap, kemesraan, kawalan kelas dan penggunaan ganjaran di dalam bilik darjah. Prinsip kelapan: Refleksi merupakan proses memikirkan atau merenung kembali pengalaman dan implikasinya terhadap diri. Ia dapat merangsang kemahiran penilaian kendiri yang memberikan hala tuju tentang apa yang telah dicapai dan apa yang perlu ditambah baik.

Jenis-jenis pembelajaran boleh ditinjau dan dihuraikan dari segi bentuk, bidang, kaedah dan peringkat.

  

1. Pembelajaran Formal 2. Pembelajaran Bukan Formal (NonFormal) 3. Pembelajaran Tidak Formal (Informal)

 



pendidikan yang diterima di institusi-institusi seperti sekolah, maktab dan universiti. Suatu sistem pendidikan formal yang biasanya dikelolakan oleh pendidik-pendidik yang terlatih, di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran. Sistem pendidikan ini dilembagakan dan disusun secara berperingkat mengikut umur murid, mulai dari peringkat sekolah rendah, kemudian peringkat sekolah menengah, hingga ke peringkat universiti.

 





tambahan kepada pembelajaran formal. Aktiviti pembelajaran bukan formal dirancang secara sistematik serta dikelolakan oleh pakar pendidik di bawah sebuah institusi tertentu. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi daripada ceramah, seminar, bengkel dan forum serta kursus pendek kelab, persatuan atau institusi tertentu. Tempoh masa biasanya pendek iaitu antara beberapa jam hingga beberapa hari sahaja.

  

pembelajaran yang berlaku dalam keadaan tidak sedar. Melalui pendedahan pengalaman di persekitarannya. Kanak-kanak mencontohi sikap dan tingkah laku ibu bapa di rumah, atau sebagai penonton dan memperolehi maklumat am daripada siaran program televisyen dan sebagainya.

  

1. Bidang Kognitif 2. Bidang Psikomotor 3. Bidang Afektif

merangkumi segala ilmu pengetahuan yang dipelajari di sekolah.  Pembelajaran kognitif melibatkan penggunaan mental manusia untuk memperolehi ilmu dan potensi pelajar dari segi intelek dapat diperkembangkan.  Berjamin S. Bloom membahagikan bidang kognitif kepada 6 peringkat. 

6. Penilaian

5. Sintesis 4. Analisis

3. Aplikasi 2. Kefahaman 1.Pengetahuan

Aras kemahiran bidang kognitif

kemahiran atau kebolehan melaksanakan sesuatu pergerakan.  Pembelajaran psikomotor mengutamakan aspek fizikal manusia dan melibatkan penguasaan kemahiran melalui latihan dalam PJ dan KH. 

7. Keaslian (Mencipta) 6. Penyenaraian (Pemindahan) 5. Tindak Balas Kompleks (Mahir dan Tepat) 4. Mekanisme (Ketekalan) 3. Tindak Balas Terbimbing (Meniru/Mencuba) 2. Set (Kesediaan) 1. Pengamatan (Perhatian)

Aras kemahiran bidang psikomotor

  



mengutamakan sikap positif dan nilai murni. Nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran serta dalam aktiviti kokurikulum. Proses pembelajaran afektif melibatkan penggunaan aspek rohani, emosi dan sosial muird untuk memperkembangkan potensi murid dari segi rohani,emosi dan sosial. David R. Krathwohl membahagikan bidang afektif kepada 5 peringkat. 5. Perwatakan (Tekal dan Berdisiplin) 4. Organisasi (Membentuk Sistem Nilai) 3. Menilai (Memilih dan Melibatkan Diri) 2. Tindak Balas (Mengikut)

1. Penerimaan (Kesedaran)

Aras kemahiran bidang afektif

1. Pembelajaran melalui cara meniru dan bermain –

memperolehi ilmu pengetahuan alam sekitar serta membentuk kemahiran-kemahiran mental, fizikal, emosi dan sosial. 2. Pembelajaran melalui cara pragmatis – murid guna organ deria dan bahan-bahan alam sekitar untuk mencapai tujuannya. 3. Pembelajaran melalui cara akademik – kaedah induktif dan deduktif.

4. Pembelajaran melalui cara pengalaman (persepsi, tanggapan atau konsep) – murid guna persepsinya untuk membentuk baru.

5. Pembelajaran melalui cara perhubungan – murid guna

pengalaman lama untuk mengaitkan pengalaman baru supaya membentuk baru atau menyelesaikan masalah yang dihadapinya. 6. Pembelajaran melalui cara praktis – melibatkan aktiviti pembelajaran sendiri dengan secara fizikal serta mental.

Mengikut Gagne, terdapat 5 jenis pembelajaran yang berbeza: 1. Kemahiran intelek 2. Maklumat verbal 3. Strategi kognitif 4. Kemahiran psikomotor 5. Sikap 

 

Kemahiran intelek – pengetahuan procedural atau ‘tahu bagaimana’. Setiap individu berinteraksi dengan persekitaran dengan menggunakan simbol seperti membaca, menulis dan menggunakan nombor.



1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

8.

Berdasarkan buku Robert M. Gagne Essentials of Learning for Instruction, kemahiran intelek boleh diklasifikasikan kepada 8 peringkat: Pembelajaran melalui isyarat (signal learning) Pembelajaran stimuli-tindak balas (stimulus-response learning) Pembelajaran melalui rantaian (chaining) Pembelajaran melalui asosiasi verbal (verbal association) Pembelajaran melalui pelbagai perbezaan (multiple discrimination) Pembelajaran konsep (concept learning) Pembelajaran prinsip (principle learning) Pembelajaran penyelesaian masalah (problem solving)

1. 2.

3.

4.

Pembelajaran melalui isyarat – bentuk pembelajaran yang paling primitif. Pembelajaran stimuli-tindak balas – menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsangkan dengan tindak balas individu, demi menghasilkan perubahan tingkah lakunya. Pembelajaran melalui rantaian – pelbagai hubungkait daripada pembelajaran stimulitindak balas selepasnya, demi berlakunya pembelajaran dalam peringkat yang lebih tinggi. Pembelajaran melalui asosiasi verbal – bentuk asas pembelajaran bahasa.

5. Pembelajaran melalui pelbagai perbezaan – pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai rangsangan. 6. Pembelajaran konsep – pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan simbol berdasarkan ciri-ciri yang sama. 7. Pembelajaran prinsip – pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari. 8. Pembelajaran penyelesaian masalah – pembelajaran melalui proses berfikir, iaitu memikir cara penyelesaian masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.





Kemahiran verbal – kebolehan individu menyatakan sesuatu fakta atau satu set peristiwa secara lisan atau bertulis. Gagne mendefinisi maklumat verbal sebagai mengetahui sesuatu atau declarative knowledge.





Mengikut Gagne, kemahiran-kemahiran di mana pelajar dapat mengawal dengan sendiri proses-proses dalaman, iaitu memberikan perhatian, belajar, mengingat dan memikir sesuatu. Kemahiran-kemahiran ini diberikan nama yang berlainan sepertimana Bruner menamakannya sebagai strategi kognitif manakala Skinner merujuk kemahiran sebagai tingkah laku pengurusan kendiri.







Kemahiran psikomotor merupakan kebolehan sesuatu perlakuan dengan menggunakan otot-otot manusia. Jenis pembelajaran ini berkehendakkan individu berkebolehan melakukan perlakuan atau aktiviti secara tepat dan betul dengan pergerakan otot. Contoh: kanak-kanak menulis huruf dengan pensel dan kertas, bermain pelbagai permainan, melompat atau berlari.





Gagne menyatakan sikap merujuk kepada keadaan dalaman yang mempengaruhi pemilihan tindakan peribadi terhadap objek, orang perseorangan atau peristiwa. Tindakan setiap individu amat dipengaruhi oleh sikap.





jenis-jenis pembelajaran yang diklasifikasikan mengikut bentuk, bidang, kaedah dan peringkat saling melengkapi dan berkait rapat antara sama lain. Misalnya, pembelajaran formal merangkumi aspek perkembangan bidang kognitif, psikomotor dan afektif murid-murid di sekolah, lapan jenis pembelajaran yang disarankan R.M. Gagne berkait rapat dengan keenam-enam cara belajar yang disarankan oleh W.W. Ryburn dan K.B. Forge kerana pembelajaran mengikut peraturan yang dikemukakan Gagne adalah pembelajaran melalui cara akademik yang diutarakan oleh Ryburn dan Forge.



   

Choong Lean Keow PhD. Murid dan Alam Belajar Edisi ke-2 untuk program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian. ruby.fgcu.edu/courses/ehyun/…/culture_and_de velopment_in.htm www.parenthood.com/articletopics/partens_play _stages.html Mok Soon Sang. 2010. Murid dan Alam Belajar. Puchong: Multimedia-ES Resources Sdn.Bhd. Noriati A. Rashid. 2009. Murid dan Alam Belajar. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF