Jawapan Tugasan Induksi Dan Deduksi
July 22, 2017 | Author: David Kent | Category: N/A
Short Description
Maths...
Description
Pengenalan Pembelajaran adalah suatu aktiviti yang dapat mengembangkan potensi-potensi yang ada pada setiap individu. Komponen-komponen yang ada dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah guru dan pelajar. Guru adalah seseorang yang mempunyai pengetahuan, keterampilan dan bersikap professional dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajarnya. Perkembangan pengetahuan pada masa kini sangat pesat dan mempunyai hubungan yang erat dengan kemajuan teknologi. Oleh yang demikian, seorang guru dituntut untuk sentiasa meningkatkan kualiti kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajarnya. Terdapat banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru haruslah menggunakan sesuatu kaedah yang sesuai berdasarkan pertimbangan perbezaan individu pelajar. Dalam tugasan ini akan membincangkan secara terperinci bagaimana kaedah pengajaran dengan menggunakan pendekatan induksi dan deduksi dalam pengajaran matapelajaran matematik. Sebelum perbincangan lebih lanjut, terlebih dahulu kita pelu mengetahui maksud dan konsep bagi induksi dan deduksi secara ringkas. Induksi bermaksud penggunaan kuasa minda dengan memerhati peristiwa tertentu bagi menghasilkan sesuatu kesimpulan. Pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju kearah sesuatu generalisasi ((J.M Kierzek dan W.Gibson, 1960). Ini melibatkan satu proses pertimbangan yang tinggi kerana melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, generalisasi dan kesimpulan (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004). Konsep induksi lebih kepada mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum. Ia juga melibatkan proses produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum dan boleh disimpulkan sebagai membuat satu penghuraian daripada khusus kepada umum Deduksi pula bermaksud sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contocontoh yang dikhususkan. Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui. Kaedah 1
deduksi merupakan kaedah mengajar yang kompleks. Dalam konsep pengajaran deduksi, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. Pelajar harus dibimbing mengingati kembali generalisasi, prinsip atau teori yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang didedahkan. Pendekatan deduksi dapat disimpulkan sebagai satu proses pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik.
1. Dua Artikel Yang Menggunakan Pendekatan Induksi Dan Deduksi Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
1.1 Artikel 1: ‘Detailed Lesson Plan Of Similar Triangle’- Menggunakan Pendekatan Induksi Rujukan:http://www.slideshare.net/jesnienadatel/detailed-lesson-plan-of-similar-triangle Dalam artikel ini, guru menggunakan kaedah pendekatan induksi untuk mengajar subtopik “Similar Triangle”. Objektif Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, i)
Pelajar dapat menyelidik ciri-ciri bagi segitiga sama dengan menggunakan
ii)
pengetahuan sedia ada pelajar mengenai konsep nisbah dan kadar Pelajar dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan pasangan segitiga
iii)
menggunakan konsep nisbah dan kadar Pelajar dapat mengaplikasi konsep segitiga sama dalam mengira jarak antara atau tinggi bagi objek-objek di sekeliling seperti tiang bendera, pokok, bangunan dan sebagainya
Prosedur Dan Pendekatan i)
Guru memulakan pengajaran dengan bertanyakan pelajar objek yang mereka boleh lihat di sekeliling. Para pelajar akan menyebut apa sahaja objek yang mereka boleh
ii)
lihat seperti tiang bendera, pokok, bangunan dan sebagainya. Guru seterusnya mengutarakan soalan bagaimana menyukat tinggi pokok tanpa memanjatnya. Guru menunggu respon ingin tahu pelajar. 2
iii)
Guru menayangkan satu video pendek yang berkaitan seterusnya bertanya kepada pelajar bagaimana seseorang menentukan ukuran tinggi pokok tanpa memanjat pokok itu. Kebanyakan pelajar memberi bermacam-macam jawapan yang berdasarkan apa yang mereka lihat sahaja. Guru mendengar semua jawapan pelajar dan menunggu sehingga jawapan perkaitan konsep yang sesuai digunakan itu disebut oleh pelajar. Setelah seorang pelajar menyebut konsep nisbah dan kadar, guru memuji pelajar itu dan membimbing pelajar membuat kesimpulan iaitu tayangan video yang dilihat itu
iv)
merupakan aplikasi bagi konsep nisbah dan kadar. Dalam sesi perkembangan, guru akan memberi contoh dua segitiga dan meminta pelajar membuat pemerhatian. Dalam sesi ini guru ingin pelajar dapat melihat hubungan antara dua segitiga itu dan dapat memerhati bahawa sisi bagi segitiga yang
v)
besar adalah adalah dua kali sisi yang sepadan bagi segitiga yang kecil. Seterusnya guru bersama-sama pelajar berbincang dalam menyelesaikan dua soalan yang berkaitan dengan pengaplikasian pengetahuan konsep yang dijana oleh pelajar sebentar tadi. Soalan kedua lebih kepada pengaplikasian konsep pada susunan objek
vi)
yang berbentuk segitiga. Guru akhirnya memberi beberapa soalan kepada pelajar untuk menguji kefahaman konsep.
1.2 Artikel 2: ‘Product Rule for Exponent-Like Terms with Exponent”- Menggunakan Pendekatan Deduksi Rujukan: www.slideshare.net/jesnienadatel/detailed-lesson-plan-40148767?related=1 Dalam artikel ini, guru menggunakan kaedah pendekatan deduksi untuk mengajar subtopik “Product Rule for Exponent-Like Terms with Exponent”.
Objektif Pembelajaran : Di akhir pembelajaran,
3
i)
Pelajar dapat mengenalpasti hukum pendaraban bagi kuasa yang mempunyai sebutan
ii) iii)
yang sama Pelajar dapat memudahkan kuasa yang mempunyai asas dan sebutan yang sama Pelajar dapat mengaplikasi konsep hukum kuasa untuk kuasa integer
Prosedur Dan Pendekatan i)
Guru memulakan pengajaran dengan meminta pelajar untuk membentuk kumpulan yang mempunyai lima orang ahli dan dalam kumpulan pelajar diminta membuat
ii)
bulatan Guru seterusnya memberi arahan bagi aktiviti yang akan dijalankan dan setiap kumpulan diminta untuk mengambil bahan bantu mengajar iaitu cip dari guru. Cipcip itu mempunyai dua warna iaitu kuning dan hijau. Dalam arahan itu, apabila guru memberi dua nombor contohnya nombor 4 dan 5, pelajar diminta untuk menyusun cip kepada 4 baris dan 5 kumpulan. Ini bermaksud nombor yang pertama merujuk kepada bilangan baris manakala nombor yang kedua merujuk kepada bilangan kumpulan. Cip yang berwarna kuning mewakili nombor genap manakala cip berwarna hijau mewakili nombor ganjil. Sekiranya hasil tambah kedua-dua nombor yang diberi adalah nombor genap, maka pelajar diminta memilih cip yang berwarna kuning dan apabila hasil tambah kedua-dua nombor adalah nombor ganjil maka pelajar diminta untuk memilih warna hijau. Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan konsep
iii)
nombor asas dan kuasa. Aktiviti yang dijalankan itu mengambil masa selama 10 minit. Selepas selesai menjalankan aktiviti, guru mengucapkan terima kasih kepada pelajar kerana
iv)
melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti tadi. Dalam sesi seterusnya, guru meminta pelajar untuk memberitahu konsep yang dipelajari dalam kelas sebelum ini dan pelajar menjawab bahawa konsep pelajaran sebelum ini berkaitan dengan asas dan kuasa. Kemudian guru memberi soalan-soalan spontan yang mudah berkaitan dangan asas dan kuasa dan dijawab secara spontan oleh pelajar. Tujuan guru bertanya mengenai konsep pelajaran sebelum ini adalah untuk dikaitkan dengan pelajaran hari ini mengenai hukum pendaraban bagi kuasa
v)
yang mempunyai sebutan yang sama. Guru memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan pelajaran hari ini seterusnya membuat kesimpulan konsep iaitu hasil darab bagi hukum kuasa adalah apabila 4
mendarab dua nombor kuasa yang mempunyai asas yang sama, kuasnya mestilah ditambah. Guru akhirnya memberi beberapa soalan kepada pelajar untuk mengukuhkan
vi)
kefahaman konsep.
1.3 Perbandingan Pendekatan Kaedah Pengajaran Induksi dan Deduksi Serta Implikasi Pendekatan terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Menengah Atas
Berikut adalah beberapa perbezaan pendekatan yang dapat dilihat selepas meneliti artikelartikel yang dipilih. a) i)
Dalam Artikel 1 mengaplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran secara
induksi. Kaedah ini akan memberi pengetahuan baru kepada pelajar. Guru memberikan beberapa contoh ataupun situasi dan pelajar berusaha untuk mendapatkan kesimpulan atau prinsip. Contohnya, pelajar dapat membuat kesimpulan iaitu meneliti contoh-contoh ataupun situasi yang diberikan oleh guru dan menjana konsep akan dipelajari (Nisbah dan Kadar). Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik menengah atas adalah dapat melatih pelajar supaya berfikiran secara kritis agar lebih memahami konsep daripada menghafal rumus ii)
Dalam Artikel 2, mengaplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran secara
deduksi. Dalam kaedah ini, pelajar tidak memperolehi pengetahuan yang baru. Guru menerangkan konsep secara terus dan pelajar cuma menggunakan konsep yang diberi. Contohnya, guru menerangkan bahawa hukum pendaraban nombor kuasa adalah “ sekiranya asas bagi dua nombor yang didarab itu sama, maka kuasa kedua-dua nombor itu boleh ditambah”. Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik menengah atas adalah pelajar tidak dapat dilatih untuk berfikir secara kritis dan lebih cenderung kepada menghafal rumus daripada memahami konsep. b) i) Dalam Artikel 1, guru bertindak menjana pemikiran melalui contoh-contoh dan teknik soalan yang berkesan kepada pelajar ke arah pembinaan konsep pelajaran. Pelajar 5
terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Sebagai contoh, semua pelajar berpeluang untuk memberikan idea dan jawapan kepada pertanyaan dari guru. Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik menengah atas adalah dapat meningkatkan minat dan penglibatan semua pelajar dalam aktiviti PdP. Pembelajaran dengan kaedah ini tidak membosankan pelajar. Pelajar lebih yakin daripada konsep yang mereka bina sendiri. ii)
Dalam Artikel 2, guru bertindak memberi penerangan konsep dan pelajar
memberi perhatian bagaimana pengaplikasian konsep yang diberikan. Dalam kaedah ini, aktiviti pembelajaran lebih berpusatkan guru dan pelajar tidak terlibat secara aktif. Sebagai contoh, pelajar hanya melihat dan cuba memahami bagaimana penyelesaian bagi contoh-contoh soalan yang diberikan menggunakan konsep yang diterangkan oleh guru. Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik menengah atas adalah pelajar tidak dapat melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran dan pelajar cenderung untuk merasa bosan untuk belajar. Kebanyakan pelajar tidak berminat untuk menghafal rumus yang terlalu banyak. c) i)
Dalam Artikel 1, aktiviti PdP mengambil masa yang lama di mana objektif
pembelajaran tidak akan tercapai selagi mana pelajar gagal membentuk konsep daripada contoh-contoh yang diberikan oleh guru. Sebagai contoh, sekiranya pelajar tidak dapat mengaitkan contoh-contoh yang diberikan oleh guru dengan konsep Nisbah dan Kadar, guru perlu memikirkan beberapa lagi contoh berturutan yang bersesuaian sehingga pelajar dapat membuat generalisasi konsep. Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik menengah atas adalah masalah menghabiskan silibus. Apabila aktiviti PdP mengambil masa yang lama, kemungkinan besar guru dan pelajar sukar menghabiskan silibus yang telah ditetapkan. Guru dan pelajar juga mungkin tidak berpeluang untuk mengulangkaji semua konsep yang telah dipelajari kerana kekangan masa. ii)
Dalam Artikel 2, aktiviti PdP boleh dilakukan dengan cepat kerana kurang
aktiviti yang dilakukan untuk mencapai objektif. Guru memberi penerangan konsep secara terus disertai oleh beberapa contoh dan pelajar akan mengaplikasi konsep tadi dalam menjawab soalan atau latihan-latihan pengukuhan yang akan diberikan oleh guru kelak. Sebagai contoh, selepas guru menerangkan konsep pendaraban nombor kuasa yang 6
mempunyai asas yang sama berserta dengan beberapa contoh, pelajar hanya menggunakan konsep yang diberikan itu untuk menjawab soalan-soalan latihan kemudiannya. Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik menengah atas adalah menjadi mudah bagi guru dan pelajar untuk menghabiskan silibus atau sukatan pelajaran yang ditetapkan. Ini akan memberi peluang kepada guru dan pelajar untuk mengulangkaji keseluruhan konsep yang dipelajari untuk mengukuhkan lagi pemahaman pelajar. d) i)
Dalam Artikel 1, aktiviti PdP memerlukan bahan bantu mengajar yang pelbagai.
Proses PdP akan menjadi lebih berkesan dengan penggunaan alat bahan bantu yang pelbagai dalam menjana pelajar berfikir, membuat pemerhatian seterusnya membina konsep. Proses menjana kemahiran berfikir pelajar secara kritis dapat dipermudahkan dengan penggunaan contoh-contoh dan bahan bantu mengajar yang sesuai dan pelbagai. Sebagai contoh, penggunaan ICT melalui tayangan video sangat membantu pelajar dalam membuat pemerhatian, mengumpul maklumat dari apa yang mereka lihat seterusnya membuat generalisasi. Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik menengah atas dapat meningkatkan kebolehan pelajar membuat pemerhatian, mentafsir maklumat dan membuat analisis. Melalui pendekatan ini juga secara tidak langsung dapat menjana keupayaan berfikir aras tinggi di kalangan pelajar. ii)
Dalam Artikel 2, aktiviti PdP tidak memerlukan bahan bantu mengajar yang
pelbagai. Ini kerana penerangan konsep secara terus lebih kepada arahan-arahan ataupun hanya menunjukkan langkah-langkah bagaimana sesuatu konsep digunakan untuk menyelesaikan masalah, Tugas pelajar hanya memahami penggunaan konsep. Sebagai contoh, guru pada kebiasaannya menunjukkan contoh-contoh penyelesaian bagi soalan pada papan putih. Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik menengah atas adalah tidak dapat mengembangkan keupayaan pelajar untuk membuat pemerhatian, mentafsir maklumat dan seterusnya membuat analisis. Keseronokan suasana PdP juga dikaitkan dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar yang digunakan. Pelajar
7
cenderung untuk lebih seronok dan berminat untuk belajar apabila guru menggunakan alat bahan bantu mengajar yang pelbagai. Berikut pula adalah beberapa persamaan bagi kedua-dua pendekatan selepas meneliti artikel-artikel yang dipilih. a) Kedua-dua kaedah pendekatan memerlukan guru yang aktif, kreatif dan berkebolehan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan b) Kedua-dua kaedah akhirnya menjurus kepada pengaplikasian konsep yang diberi atau diperolehi untuk menjawab soalan
1.4 Kebaikan dan Keburukan Melaksanakan Pendekatan Induksi dan Deduksi Di Sekolah a) Pendekatan Induksi i) Kebaikan Dapat mengasah kemahiran berfikir di kalangan murid kerana murid sendiri membina konsep pelajar hasil daripada penelitian, pengamatan dan pentafsiran
contoh yang diberikan oleh guru Dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran kerana interaksi dua hala antara pelajar dan guru mampu menghidupkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan Meningkatkan kemahiran lisan pelajar kerana pendekatan induksi ini memerlukan
perbincangan yang banyak dalam bilik darjah Pelajar tidak dibebani dengan banyak rumus pada peringkat awal pembelajaran. Ini mengurangkan kebosanan pelajar
ii) Kelemahan Pendekatan PdP memerlukan masa yang panjang untuk membimbing pelajar
sehingga menemui konsep Dalam sebuah kelas yang mempunyai ramai pelajar, penjurusan fikiran ke satu arah sukar dibuat kerana tingkat fikaran dan pemahaman yang berbeza-beza di kalangan pelajar
a) Pendekatan Deduksi i) Kebaikan
8
Memudahkan tugas guru kerana guru menerangkan konsep asas manakala pelajar
hanya menggunakan konsep yang diberikan itu Murud tidak perlu menghafal rumus atau konsep sebab akan diberikan terus oleh
guru PdP tidak memerlukan masa yang panjang untuk dijalankan Pembelajaran dapat meninggalkan kesan yang memuaskan di kalangan pelajar kerana tidak berhadapan dengan risiko mendapat hasil yang salah atau tidak sempurna
ii) Kelemahan Pendekatan PdP mungkin membosankan kerana pelajar perlu menghafal rumus
rumus yang diberi Tidak dapat menjana kemahiran berfikir kritis pelajar tidak dibebankan untuk
membina konsep atau pengetahuan baru Penglibatan pelajar kurang aktif kerana guru lebih banyak memainkan peranan
dalam PdP Tidak menjamin ingatan kekal pelajar terhadap rumus-rumus yang diberikan kerana pelajar hanya menghafal rumor-rumus itu.
2. Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Subtopk Tajuk Penaakulan Matematik/ Logik Tingkatan
:
4 Sains
Bilangan Pelajar
:
25 orang
Tarikh
:
15 September 2015
Hari
:
Selasa
Masa
:
10.10 pagi – 11.10 pagi (1 jam)
Mata pelajaran
:
Matematik
Tajuk
:
Bab 4 : Penaakulan Mantik
Objektif Pembelajaran : Pelajar akan diajar; 4.1 Memahami konsep pernyataan
9
Hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar boleh; 1) Menentukan sama ada sesuatu ayat itu pernyataan atau bukan pernyataan 2) Menentukan sama ada sesuatu pernyataan yang diberi itu benar atau palsu Pengetahuan Sedia Ada: Pelajar telah mempelajari tentang: 1) Ayat Tanya, Ayat Seruan Dan Ayat Arahan KBKK: Refleksi, komunikasi, menjana idea, membuat kesimpulan, aplikasi Nilai-Nilai Murni: Kerjasama, Yakin, Berani Bertanya, Berani Memberi Pendapat Bahan Bantu Mengajar: Komputer, Internet, Slaid video, perisian power point, Papan putih, pen, pensel, pen marker, kertas mahjong dan lembaran kerja Set Induksi : Tayangan Video (5 Minit) Bahan Bantu Mengajar: Komputer, Capaian Internet, Slaid video, Skrin Putih 1. Guru menayang kan video dari youtube kepada para pelajar
2. Pelajar diminta untuk menumpukan perhatian kepada isi kandungan video itu 3. Setelah selesai tayangan itu, seorang pelajar dipilih secara rawak untuk menjelaskan apa yang berlaku Pelajar akan menjawab “Itu merupakan video mengenai jenis-jenis kata” 4. Guru mengiakan dan menjelaskan bahawa video itu mempunyai kaitan dengan konsep pelajaran hari ini Langkah 1 : Konsep Ayat Pernyataan atau Bukan Pernyataan (15 minit) – Pendekatan Deduksi 10
Bahan Bantu Mengajar : Perisian Powerpoint, Papan Putih Dan Pen Marker 1. Guru memulakan pengajaran dengan menunjukkan kepada pelajar beberapa jenis ayat: i) Siapa nama awak? ii) Sila siapkan kerja rumah awak iii) Kucing itu kepunyaan saya 2. Seterusnya guru memberitahu bahawa paparan itu menunjukkan jenis-jenis ayat yang biasa didengar dalam kehidupan seharian. Guru menerangkan setipa jenis ayat tersebut kepada pelajar Ayat i) merupakan ayat pertanyaan, ayat ii) merupakan ayat seruan dan ayat iii) merupakan ayat pernyataan 3. Guru memberi penekanan dalam memberi penerangan bagi ayat iii) iaitu ayat pernyataan yang menjadi konsep yang perlu difahami oleh pelajar dalam pelajaran ini 4. Guru menerangkan kepada pelajar bahawa ayat pernyataan merupakan sesuatu ayat yang menyatakan sesuatu 5. Seterusnya guru menunjukkan beberapa contoh ayat yang lain dan meminta pelajar untuk memberitahu jenis-jenis ayat itu.
Langkah 2 : Pembinaan Konsep Pernyataan Benar Dan Pernyataan Palsu (20 minit) – Pendekatan Induksi Bahan Bantu Mengajar : Perisian Powerpoint, pen Marker, Papan Putih 1. Guru memaparkan dua jenis ayat dan meminta pelajar memberitahu apa yang dapat mereka perhatikan. i) “Sebuah segitiga mempunyai 3 sisi” ii) “Hasil tambah dua nombor genap adalah nombor ganjil” 2. Pelajar akan menjawab ayat-ayat itu adalah ayat prrnyataan 3. Guru mengiakan dan mengucapkan terima kasih kepada pelajar. Seterusnya guru bertanya lebih spesifik apa yang dapat pelajar bandingkan dantara kedua-dua ayat tersebut. 4. Pelajar akan memberi bermacam-macam pendapat, contohnya: i) Satu ayat pernyataan panjang dan satu lagi ayat pernyataan pendek ii) Satu pernyataan mengenai objek iaitu segitiga dan satu lagi pernyataan mengenai nombor 5. Guru menerima semua pendapat pelajar dan membuat pertanyaan seterusnya sehingga pelajar dapat menyebut perkaitan dengan konsep yang dipelajari. Guru meminta pelajar untuk menganalisis lebih terperinci. 11
6. Pelajar akan menyebut “ pernyataan benar dan satu lagi pernyataan salah” 7. Guru memberi pujian kepada pelajar dan membetulkan konsep yang disebut oleh pelajar iaitu satu “Pernyataan Benar” dan “Pernyataan Palsu” 8. Selepas pelajar memperolehi konsep itu, guru akan memberi beberapa contoh dan mengajak pelajar berbincang bersama untuk menentukan sama ada Pernyataan Benar atau Palsu
Langkah 3: Aktiviti Kumpulan ( 15 minit) Bahan Bantu Mengajar: Perisian ‘power point’, kertas mahjung, pen marker. 1. Pelajar akan dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu 5 orang ahli untuk setiap kumpulan 2. Guru memaparkan slaid yang mengandungi soalan Konsep pernyataan dan meminta pelajar membincangkan jawapan dalam kumpulan 1. Kenalpasti adakah ayat-ayat di bawah adalah suatu Pernyataan atau Bukan
Pernyataan? i) 2+5 ii) Seekor ayam mempunyai 4 kaki iii) Siapa nama ibu awak? iv) Dilarang merokok di kawasan sekolah v) Ayah saya seorang Doktor 2. Tentukan sama ada pernyataan di bawah adalah BENAR atau PALSU i) 5>2 ii) Pentagon mempunyai 6 sisi iii) Sifar adalah nombor Perdana iv) Hasil tambah sudut pedalaman bagi sesuatu polygon ialah 360o v) 5.3 adalah nombor pecahan
3. Setiap kumpulan di bekalkan dengan kertas mahjung dan pen ‘marker’.Pelajar diminta untuk menyelesaikannya secara perbincangan dan menulis penyelesaiannya pada kertas mahjung tersebut 12
4. Setelah siap, setiap kumpulan diminta untuk menampal hasil kerja masing-masing di hadapan. Setiap kumpulan membandingkan jawapan masing-masing. 5. Guru memaparkan jawapan penyelesaian yang sebenar. Kumpulan yang mempunyai jawapan yang semuanya betul akan diberikan hadiah Penyelesaian yang dipaparkan pada slaid:
1. i)
ii) iii) iv) v)
2. i) ii) iii) 3. iv) v)
Bukan Pernyataan Pernyataan Bukan Pernyataan Bukan Pernyataan Pernyataan Pernyataan BENAR Pernyataan PALSU Pernyataan PALSU Pernyataan BENAR Pernyataan PALSU
Penutup: (5 minit) Bahan Bantu Mengajar: Lembaran kerja. Pengedaran Lembaran kerja dan membuat kesimpulan tentang konsep yang dipelajari. 1. Pelajar diedarkan dengan lembaran kerja dan diminta untuk menyelesaikannya di rumah. 2. Pelajar diminta mengimbas kembali apa yang telah dipelajari pada hari itu. 3. Guru meminta agar pelajar membuat ulang kaji yang lebih lagi di rumah.
3. Kesilapan Yang Lazim Dilakukan Oleh Pelajar Dalam Menjana Kesimpulan Induksi dan Deduksi Serta Cara Mengatasi Masalah i) Contoh Soalan 1.Lengkapkan premis dalam hujah berikut : Premis 1 :
Semua heksagon mempunyai enam sisi. 13
Premis 2 : ……………………………………………………………………… ………………… Kesimpulan : PQRSTU mempunyai enam sisi
Kesilapan Lazim Pelajar tidak tahu makna istilah. Contohnya Heksagon Oleh itu pelajar tidak akan mengetahui ciri-ciri heksagon
Cara Mengatasi Masalah Guru perlu memberi penekanan kepada maksud istilah yang selalu digunakan
dalam matematik Guru perlu mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar yang berkaitan dan sentiasa peka kepada mana-mana bahagian yang mungkin pelajar masih lemah
ii) Contoh Soalan 2. Berdasarkan maklumat di bawah, buat satu kesimpulan secara deduksi bagi isipadu suatu kubus dengan sisi 2 cm. Isipadu suatu kubus dengan sisi x cm ialah x3 cm3 .
Kesilapan Lazim Pelajar keliru konsep deduksi iaitu mengaplikasikan rumus yang diberikan
Cara Mengatasi Masalah Guru perlu memberi penekanan konsep kesimpulan deduksi adalah konsep yang mudah iaitu pelajar hanya memasukkan nilai yang beri ke dalam rumus
yang diberi Pelajar mestilah tahu membezakan antara konsep kesimpulan induksi dan konsep kesimpulan deduksi
14
3183 patah perkataan
Reference [1] Ayalon, M. & Even, R.: 2006, 'Deductive reasoning: Different conceptions and approaches', In J. Novotn?, H. Moraov?, M. Kr?tk?, and N. Stehilkov? (Eds.), Proceedings 30th Conference of the International Group for the Psychology of Mathematics Education, Vol. 2 (pp. 89-96). Prague:PME. [2] Clements, D. H., and Battista, M. T.: 1992, 'Geometry and spatial reasoning', in D A. Grouws (Ed.), Handbook of research on mathematics teaching and learning (pp. 420-464). New York: Macmillan.
15
[3] Johnson-Laird, P. N. and Byrne, R. M. J.: 1991, Deduction. Hillsdale, NJ: Erlbaum.Krummheuer, G.: 1995, 'The ethnography of argumentation', in P. Cobb, & H. Bauersfeld (Eds.), The emergence of mathematical meaning: Interaction in classroom cultures (pp. 229-269). Hillsdale, NJ: Erlbaum.
16
View more...
Comments