Jabatan Pendidikan Teknikal - Module 3

April 27, 2018 | Author: Norashikin Daud | Category: N/A
Share Embed Donate


Short Description

Download Jabatan Pendidikan Teknikal - Module 3...

Description

Sistem Rawatan Kumbahan.

Modul 3: Tangki Septik dan Sistem Mendapan lain.

SISTEM TANGKI SEPTIK INDIVIDU

Tandas

Dapur

Ruang Pemeriksaan Enapcemar

Tangki Septik

Lapisan Turas Longkang

Tangki septik individu (IST) Sistem paling µringkas¶ dan mula dibangunkan di Perancis pada tahun 1860. Rekabentuk yang diluluskan bagi tangki septik adalah menepati MS 1228, 1991 ± Kod Amali bagi Rekabentuk dan Pemasangan Sistem Pembetungan. Mempunyai dua ruang yang bersambung secara bersiri. Ruang pertama - pepejal akan mendap dan membentuk ³enapcemar´ manakala gris dan minyak akan terapung di permukaan dan membentuk lapisan µskum¶. Ruang ke dua - Efluen yang mengalir ke ini akan terus mendap dan efluen akan dilepaskan ke longkang atau dibenarkan untuk menyerap ke dalam tanah.

Proses pencernaan anaerobik berlaku dan kumbahan ditukarkan kepada sebatian organik yang lebih stabil dan gas-gas seperti karbon dioksida (CO2), metana (CH4) and hidrogen sulfida (H2S). Selalunya, IST direkabentuk untuk Tempoh Penahanan 24 jam. Muatan simpanan yang cukup disediakan supaya skum dan enapcemar najis boleh disimpan di dalam tangki selama 2 tahun yang mana selepas itu ia perlu dikosongkan untuk tangki itu beroperasi dengan baik. Sesuai untuk kediaman atau bangunan individu dengan penduduk setara (PE) sehingga 150 orang yang tidak mempunyai sistem pembetungan terpusat dan pengaliran efluennya tidak akan memberikan kesan buruk kepada persekitaran. IST hanya merawat enapcemar secara separa dan tumpuan dari kumpulan tangkitangki ini akan membebankan kapasiti penerimaan alam sekeliling mengakibatkan masalah-masalah kesihatan dan bau.

Sebuah rumah dengan 5 orang penghuni memerlukan sebuah tangki septik dengan kapasiti 2000 liter atau 2 meter padu. Setiap orang dianggarkan akan menghasilkan 0.2 meter padu enapcemar  setahun. Dengan lima orang, enapcemar yang dihasilkan akan berjumlah 2 meter padu dalam tempoh 2 tahun. Sekiranya tangki tidak dikosongkan, tempoh penahanan 24 jam tidak akan tercapai dan pencernaan serta rawatan tidak akan berlaku. Air kumbahan yang keluar akan mencemar Alam Sekitar 

Sistem Tangki Imhoff.

Loji

rawatan kumbahan yang paling ringkas dan memerlukan kemahiran pengendali yang sedikit. Tiada perkakasan mekanikal untuk diselenggarakan dan operasi meliputi penyingkiran skum, penukaran arah aliran untuk penyebaran enapcemar  yang sama rata dan juga penyingkiran enapcemar. Ia menyediakan rawatan kumbahan yang terhad dan tidak sesuai untuk jangka masa panjang. Efluen daripada tangki Imhoff boleh menjadi semakin teruk dengan pantas jika tangki-tangki tersebut tidak diselenggarakan dengan betul. Sebuah IT mempunyai 2 ruang diletakkan di atas satu sama lain. Di ruang atas, pemendapan berlaku dengan pepejal melalui pembukaan ke ruang yang di bawah. Pepejal termendap akan membentuk enapcemar di ruang di bawah dan akan melalui pencernaan anarobik. Gas-gas daripada tangki-tangki dibawah akan dilepaskan ke udara. Skum pula dikumpul di bahagian atas tangki.

Efluen cecair daripada tangki pemendapan akan menitis menerusi tapak penuras batu-batan. Tangki pemendapan ini perlu dikosongkan selalu. Organisma-organisma yang tinggal di dalam penuras batu-batan itu akan memakan kumbahan dan merawatnya pada masa yang sama. Efluen terawat akan diambil dan dilepaskan ke saliran. Selalunya, proses pemendapan di ruang atas akan disusuli dengan efluen penelusan ke atas media batu kasar  sebelum dilepaskan ke perairan. IT selalunya digunakan untuk komuniti-komuniti kecil sehingga kesetaraan penduduk (PE) 1,000. Tangki ini murah untuk dipasang, dikendalikan dan diselenggarakan. Walau bagaimanapun, IT juga seperti IST. Ia hanya merawat kumbahan secara separa. Efluen daripada tangki-tangki ini tidak akan memenuhi syarat-syarat persekitaran yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Kaedah yang popular masa kini untuk mem berikan perkhidmatan kepada komuniti yang kecil adalah dengan menggunakan loji-loji rawatan pakej kecil

SISTEM KOLAM PENGOKSIDAAN (OXIDATION POND).

Kumbahan dari Premis Domestik

Kumbahan dari Premis Komersil

Stesen Pam Paip Pembetung Awam

efluen

Kolam Oksidasi / Loji Rawatan

Tindakbalas Biologi Asas di dalam Kolam Pengoksidaan.

Tindakbalas Biologi Asas di dalam Kolam Pengoksidaan. Tindakbalas Fakultatif ± aerobik di bahagian atas dan anaerobik di bahagian dasar.  Alga menggunakan CO2 yang terhasil dari proses anaerobik di bahagian dasar dan mengeluarkan O2 (fotosintesis) yang akan diguna pula oleh bakteria aerobik yang mencerna kumbahan di bahagian atas. Pada hari yang cerah dan baik, sebanyak 1.6 kg O2 boleh dihasilkan oleh 1 kg Alga.  Alga menggunakan O2 di waktu malam dan menghasilkan variasi diurnal pada pH kumbahan. (Siang pH naik dan kurang waktu malam). Bakteria Pengeluar Asid mencerna bahan organik menjadi asid organik, CO2 dan N2. Bakteria Pengeluar Gas pula akan meguraikan asid organik kepada metana, CO2 dan air. Proses pencernaan ini akan mengurangkan kandungan pepejal organik dalam kolam.

Kedalaman

=

1.5 hingga 2 meter.

Tempoh Tahanan

=

14 hari.

Enapcemar dikeluarkan setiap 10 tahun.

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF