ISU KEGURUAN Beban Tugas Guru
October 22, 2017 | Author: fatin | Category: N/A
Short Description
isu guru...
Description
ISU KEGURUAN - ISU BEBAN TUGAS GURU
Oleh : Nur Yusrina Bt Mohd Roodzi
1.0 PENGENALAN ISU Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia adalah selaras dan selari dengan perkembangan dasar negara. Setiap dasar yang dilaksanakan oleh negara akan diikuti oleh perubahan sistem pendidikan bagi memenuhi dasar negara tersebut. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) menekankan “Pendidikan sebagai usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insane seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta negara.”
. Dalam usaha untuk merealisasikan falsafah pendidikan itu, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan pada tahun 1982 manakala Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan pada tahun 1988. Kini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan bagi menggantikan KBSR. Pelaksanaan KBSR, KBSM dan kini, KSSR menuntut para guru untuk bekerja keras bagi merealisasikannya.
Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah menyebabkan guru memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru perlu membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-alat mengajar, meneyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan, menghadiri mesyuarat serta kursus. Selain itu, guru menjalankan tugas-tugas perkeranian seperti urusan buku teks, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan dan kelas, kegiatan sukan dan kokurikulum. Beban tugas yang banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan dan mengalami tekanan emosi. Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan membawa kesan kepada mutu dan kualiti pengajaran guru.
Merujuk kepada keratan akhbar, Utusan Malaysia 23 Januari 2008, mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan bahawa beban kerja guru pada masa kini adalah terlalu berat. Artikel ini menjelaskan bahawa guru terpaksa menanggung bebanan yang berada di luar bidang tugas. Tugas guru bukan sekadar mengajar malahan turut memainkan peranan dalam pembangunan sekolah, menjaga disiplin dan mengurus pentadbiran. Menurut
beliau, pengharapan untuk menaikkan tahap akademik pelajar dan sekolah telah meningkatkan beban kerja guru selain tanggungjawab remeh temeh yang terpaksa digalas mereka.
Beban tugas didefinisikan sebagai tanggungjawab yang mesti dipikul dan dilakukan oleh para guru sama ada tanggungjawab di dalam bilik darjah ataupun diluar bilik darjah untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. beban tugas ini boleh diukur dengan melihat jumlah masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya.
Pada pandangan saya, isu ini tidak akan pernah selesai kerana walaupun isu ini telah lama dibangkitkan, namun sehingga kini isu ini masih diperkatakan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa usaha-usaha yang telah dilakukan masih tidak mampu untuk menyelasaikan masalah ini. Isu ini juga tidak akan selesai kerana sistem pendidikan yang sentiasa berubah serta keperluan pendidikan yang semakin meningkat dan harus dipenuhi.
2.0 BEBAN TUGAS GURU Selain tugas guru untuk mendidik, guru juga perlu mengurus kebajikan serta kesihatan pelajar seperti pengurusan Skim Bantuan Tuisyen, Kumpulan Wang Amanah Plejar Miskin (KWAPM), Skim Pinjaman Buku Teks dan biasiswa. Guru juga menguruskan penyelengaraan bangunan, perabot, sistem siaraya, keceriaan sekolah, kawalan penggunaan kemudahan sekolah, pengurusan stor dan perolehan.
Di samping itu, guru juga perlu menjalankan dan menjayakan pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Program Hari Anugerah Kecemerlangan, Program 3K, Program Sekolah Penyayang dan Program Kecemerlangan Sukan. Selain program-program sekolah, guru turut terlibat dengan program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), kementerian lain, agensi bukan kerajaan dan pihak swasta. Antara program itu ialah Sambutan Hari Kebangsaan, Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, Sambutan Hari Keputeraan Sultan serta majlis-majlsi rasmi kerajaan negeri.
Menurut Roslan Madon (2010), Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), walaupun sudah ada garis panduan menegnai tugas yang perlu dilaksanakan, kadangkala guru perlu juga melaksanakan kerja lain yang diluar bidang mereka seperti membuat pemeriksaan kesihatan dan mata murid. Katanya, tugas ini sepatutnya dilakukan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Malaysia dan bukannya guru. beliau menegaskan lagi bahawa sekolah tidak sepatutnya dibebankan dengan aktiviti anjuran agensi lain dan boleh menolak kerjasama dengan agensi luar melainkan kerjasama tersebut member keutamaan kepada keperluan murid dan tidak membebankan guru.
Guru juga terbabit dalam pengurusan asset sekolah dan inventori sedangkan ini bukanlah tugas utama guru, sebaliknya ini adalah bidang tugas pejabat. Walaubagaimanapun, guru perlu memikul tanggungjawab berkenaan kerana pembantu stor yang pernah diwujudkan pada suatu ketika dahulu telah dimansuhkan.
Tambahan lagi, guru turut melakukan tugas memasukkan data berkaitan maklumat guru dan murid ke dalam Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang memerlukan guru mengisi maklumat profil pelajar serta maklumat keputusan peperiksaan pelajar bagi membolehkan ibu bapa melihat prestasi anak-anak mereka.
Antara beban tugas guru yang lain ialah, mengutip yuran tambahan, menyediakan laporan kantin, laporan aktiviti surau, mengurus Rancangan Makanan Tambahan serta mengurus Rancangan Susu Tambahan. Kesemua senarai tugas yang diluar daripada bidang pengajaran jelas menunjukkan guruguru pada masa kini terbeban dengan tugas-tugas lain yang melabihi tugas utama iaitu mendidik pelajar.
3.0 PUNCA BEBAN TUGAS GURU Menurut Datuk Azam Mohd Atan (2010), Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia (PKPSM), berikutan jumlah kerani yang tidak mencukupi di sekolah, guru terpaksa mengurus dan memasukkan data pelbagai jenis borang seperti Borang Pnjaman Buku Teks, Borang Biasiswa serta profil murid. Sebagai contoh,Sekolah Menengah Sains Rembau mempunyai empat kerani berbanding 480 orang pelajar. Bilangan ini tidak mencukupi dan perlu ditambah sekurang-kurangnya dua orang lagi bagi membolehkan semua kerja perkeranian dapat dilakukan oleh kakitangan pejabat sekolah.
Masalah beban guru juga berpunca daripada kecelaruan dan kelemahan di dalam pentadbiran dan penyelarasan pada semua peringkat pentadbiran sekolah akibat ledakan maklumat. Ramai guru di sekolah yang sama menghadiri kursus secara serentak di luar kawasan akibat pengurusan masa kursus yang tidak dijalankan dengan tersusun. Keadaan ini menyebabkan tugas yang ditinggalkan terpaksa dipikul oleh guru lain yang masih berada di sekolah sedangkan mereka sudah mempunyai kerja yang perlu disiapkan.
Masalah ini juga berpunca apabila ramai guru yang bercuti atas sebab-sebab tertentu seperti, bersalin, menunaikan umrah, menjalani pembedahan serta cuti sakit. Tugas-tugas guru-guru yang bercuti akan diberikan kepada guru-guru yang masih ada di sekolah. Maka, guru-guru ini perlu melaksanakan tugas berganda walaupun mereka sendiri telah mempunyai pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan.
Perubahan dasar kerajaan juga turut meningkatkan tugas guru. Hal ini kerana guru merupakan badan pelaksana dasar kerajaan. Perubahan kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menyebabkan guru-guru perlu menghadiri kursus-kursus yang
dianjurkan oleh pihak kementerian Pelajaran bagi merealisasikan hasrat kerajaan. Setiap kali kurikulum dan sistem berubah, guru-guru perlu mengikut dan memastikannya berjaya.
Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan. Contohnya apabila ada pegawai baru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri atau di peringkatkementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang harus dipikul oleh guru. Perubahan kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menyebabkan guru-guru perlu menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak kementerian Pelajaran bagi merealisasikan hasrat kerajaan. Setiap kali kurikulum dan sistem berubah, guruguru perlu mengikut dan memastikannya berjaya.Bebanan ini bertambah dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid´ (Harian Metro, 2005).
Para guru masa kini terpaksa menghadapi masalah dalam menguruskan aktivitiaktiviti kokurikulum di sekolah yang semakin hari semakin bertambah. Guru-guru dikehendaki menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah tanpa mengikut ketetapan masa tidak kira pada waktu persekolahan mahupun di luar waktu persekolahan. Akibatnya, guru-guru terpaksa meninggalkan tugas utama mereka iaitu mengajar di bilik darjah. Mengikut kajian yang dilakukan pleh Shahbudin (1986), didapati masa sebenar guru bekerja adalah44.28 jam seminggu manakala masa rasmi di sekolah ialah 28.35 jam sahaja seminggu(jumlah masa kerja rasmi bagi 1 hari adalah 5.67 jam.) Justeru itu, guru-guru masihmemerlukan sebanyak 15.93 jam lagi bagi menyempurnakan kerja-kerja mereka seperti mengajar dan menyemak latihan buku pelajar
Selain itu, tidak menguasai kemahiran di dalam tugas yang diberikan. Secara purata, guru-guru mengambil masa 38 hari setahun untuk menghadiri kursus dan latihan. Ia adalah keperluan dan peluang memperbaiki kemahiran di dalam tugas yang diberikan. Namun, ada sesetengah guru tidak mengambil inisiatif untukmemperkembangkan kemahiran. Apabila cabaran baru datang, guru ini tidak mengikuti perkembangan semasa dan terpaksa mengambil masa yang lebih lama untuk memperbaiki diri. Sebagai contoh, kini semua maklumat murid perlu diisi secara aplikasi dalam talian, maka guru-guru perlu mempunyai kemahiran untuk menggunakan komputer dan internet bagi menyempurnakan tugas ini. 4.0 CADANGAN MENGATASI
Masalah beban tugas guru ini sukar untuk diselesaikan secara sepenuhnya tetapi beberapa tindakan boleh diambil bagi mengurangkan beban tugas guru antaranya ialah penglibatan ibu bapa dalam aspek pendidikan. Ibu bapa perlu terlibat sama dalam program-program sekolah bukan sebagai peserta sahaja malahan turut menjadi pengelola program. Sebagai contoh, semasa hari sukan tahunan, ibu bapa juga perlu melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa yang menguruskan sukan tahunan sekolah. ibu bapa boleh membantu dalam bahagian pengurusan peserta, pelepasan peserta serta ahli jawatankuasa keselamatan. Hubungan yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa memudahkan pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas itu dengan terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdul Shukur Abdullah, 1991). Guru Besar dan pentadbir perlu berbincang dalam pembahagian tugas kepada guru-guru agar pembahagian kerja tersebut adil dan mengikut kemampuan guru tersebut.
Semua program yang dianjurkan oleh organisasi luar perlu diuruskan sendiri oleh mereka serta aktiviti tersebut dijalankan di luar kawasan sekolah. Guru-guru dan pelajar pula hanya perlu menghadiri program tersebut sebagai peserta atau jemputan sahaja. Menurut Datuk Azam Mohd Atan (2010), Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia (PKPSM), apabila sekolah menjadi tuan rumah dan pengurus acara, sekolah ingin buat yang terbaik sedangkan persiapannya mengambl masa yang lama. Maka, lebih baik program yang dianjurkan oleh pihak luar diadakan diluar kawasan sekolah dan diuruskan oleh mereka sendiri. Hal ini akan meringankan beban guru kerana guru tidak perlu bersusah payah membuat persiapan untuk sesuatu program luar.
Yang Dipertua Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS), Ahmad Malie (2010) mencadangkan format untuk sistem data murid diselaraskan. Dengan itu, semua jabatan dan bahagian sama ada kementerian, jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah boleh mengakses kepada maklumat berkenaan dan mengambil maklumat yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Sistem teknologi perlu berubah agar mampu memenuhi keperluan semasa.
Penggunaan ICT dapat meringankan beban guru di sekolah. ICT digunakan bagi memudahkan urusan pentadbiran, memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta menyelaras aktiviti dan program. Semua maklumat lengkap berkaitan pelajar boleh disimpan menggunakan perisian Microsoft Access dan
Microsoft Excel. Selain itu, ICT juga digunakan untuk mewujudkan pengkalan data soalan, kandungan pengajaran dan pembelajaran, persediaan pengajaran dan kandungan pengajaran. Hal ini dapat mempercepatkan masa dan meringankan beban guru. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia mencadangkan agar pihak pentadbir sekolah mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar. Pada masa ini terdapat sekolah yang mempunyai hamper 40 jawatankuasa dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid serta kebersihan, kecriaan dan keselamatan murid yang memerlukan curahan masa dan tenaga guru yang bukan sedikit. Pengurangan jawatankuasa boleh dilakukan dengan penggabungan dan pemansuhan jawatankuasa. Walaupun begitu, pembahagian tugas di sekolah perlu dilakukan secara adil untuk mengelakkan bebanantugas tertumpu kepada guru tertentu sahaja.
Selain itu, pihak kementerian perlu mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian pada peringkat sekolah kerana terdapat sekolah yang mempunyai hampir 20 peperiksaan dalaman tidak termasuk peperiksaan awam. Pengurangan peperiksaan dalaman dapat mengurangkan beban guru untuk membina soalan dan menyemak skrip jawapan murid. Secara tidak langsung, pengurangan bilangan peperiksaan dapat mengelakkan negara daripada menjadi terlalu berorientasikan peperiksaan. Murid perlu belajar untuk mendapatkan ilmu dan bukannya belajar untuk menjawab peperiksaan sahaja.
Menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah dapat meringankan beban guru di sekolah. Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju gutu tidak perlu dibebankan dengan tugas perkeranian yang terlalu banyak sehingga mengganggu tugas utama guru sebagai pendidik anak bangsa. Dalam usaha untuk melonjakkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu diberikan banyak masa untuk merancang pengajaran yang lebih berkesan serta membuat persiapan mengajar. Maka, Jawatankuasa Bebanan Tugas Guru akan menyediakan garis panduan tugas utama guru dan tugas yang tidak boleh dilakukan oleh guru.
Kementerian Pelajaran disaran supaya mengambil kira faktor nisbah purata antara guru dan pelajar dalam kelas sebagai satu langkah mengenal pasti formula terbaik bagi mengurangkan beban kerja guru. Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia(GMGBM) Awang Mohamad berkata cadangan itu dilihat boleh membantu kementerian dalam mencari formula untuk mengatasi masalah bebanan tugas guru yang telah dibangkitkan selama ini. Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah dengan menambah bilangan guru, ertinya kalau sekarang satu bilik darjah 1.5 guru, sekarang satu bilik darjah 2.0
(ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru). Langkah tersebut bertujuan membolehkan guru mempunyai masa yang cukup bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas teras, iaitu mengajar. Cadangan mengkaji purata guru dengan pelajar itu juga relevan dengan saranan beberapa pihak lain yang mahukan jawatan guru pembantu bagi mengatasi masalah yang sama. Selain dapat membantu meringankan beban tugas yang ditanggung guru, jawatan berkenaan boleh menyelesaikan masalah ketiadaan guru yang bergantung kepada guru sandaran tidak terlatih.
Guru perlu menguruskan masa dengan baik. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam sehari. Oleh yang demikian sepatutnya tidak ada diantar guru yang mengeluh tidak dapat menyiapkan tugasan dengan alasan tiada masa. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka yang pandai menguruskan masa. Pengurusan masa yang baik dapat meringankan tugas yang ada.
5.0
PENUTUP
Menjadi guru berkesan, melahirkan sekolah yang berkesan dan mencapai pendidikan yang cemerlag bukan sesuatu yang mustahil. Apa yang penting ialah kesediaan dan kesanggupan guru sendiri mengubah paradigm, stail pemikiran dan bertindak secara professional serta yang paling penting menjadi guru yang tidak mudah patah semangat. Walaupun dibebani dengna tugas yang banyak, guru tetap tidak boleh patah semangat dan berputus asa. Guru perlu sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dengan meningkatkan kemahiran diri agar dapat menyempurnakan tugas-tugas yang diberi.
Seseorang guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekutan ilmu dan mengamalkan tingkah laku yang penuh dengan keluhuran etika kerja serta mempunyai kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk menyempurnakan tugasnya pada setiap waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah patah semangat dengan cabaran kerjanya. Guru hendaklah bersikap optimistik, tidak mudah merungut dengan beban tugas yang dipikul.
BIBLIOGRAFI
KAMUS DEWAN EDISI BAHARU (1989), KUALA LUMPUR:DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.
Muhammad Fuad Razali (2010), Beban Tugas Guru Cahaya Menanti di Hujung Terowong, Pendidik Jun 2010.
Muhammad Fuad Razali (2010), Tugas Rencam Bebankan Guru, Pendidik Jun 2010.
Muhammad Fuad Razali (2010), Kemahiran Pengurusan Maklmat Bantu Kurang Beban Guru, Pendidik Jun 2010.
Muhammad Fuad Razali (2010), Susun Semula Tugas Perkeranian, Pendidik Jun 2010. MOK SOON SANG (1996), PENDIDIKAN DI MALAYSIA, KUALA LUMPUR: KUMPULAN BUDIMAN.
SYED ISMAIL SYED MUSTAPA, AHMAD SUBKI BIN MISKON (2012), ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME, SELANGOR: PENERBITAN MULTIMEDIA SDN. BHD.
Utusan Malaysia (2008), Beban Kerja Guru Kini Semakin Berat, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2008&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_09.htm
Utusan Malaysia (2012), 14 Isu Beban Guru Ditangani, http://www.utusan.com.my/info.asp? y=2012&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm U: BEBAN TUGAS GURU
Isu Bebanan Tugas Seorang Guru
1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, FPK (1989), di Malaysia menekankan “ pendidikan sebagai usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan social berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta Negara.” FPK ini jika dihayati sepenuhnya menunjukkan guru telah diamanahkan memikul tanggungjawab yang berat. Mereka perlu berwibawa, peka kepada perubahan dan bijak menangani masalah terutama disiplin pelajar. Secara amnya, guru dianggap sebagai ‘ pakar ’ dalam segala bidang (Shamsudin Haron et al.2002).
Dalam konteks pendidikan moden hari ini, guru adalah golongan professional yang melaksanakan tugas kea rah mencapai matlamat pendidikan untuk merealisasikan dan mengembangkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dan masyarakat bagi membina negara yang bertamadun tinggi. Dalam usaha untuk merealisasikan sistem pendidikan itu, beban tugas dan tanggungjawab guruguru perlu diambil kira.
Perkembangan dalam bidang pendidikan banyak bergantung kepada pengalaman yang dicurahkan oleh guru. Walau bagaimanapun beban tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan atau tidak banyak bergantung kepada individu guru itu sendiri, selaras dengan perkembangan sistem pendidikan sekarang ini seperti persediaan pengajaran pembelajaran, kegiatan kokurikulum, dan juga tugas-tugas berkaitan perkeranian. Guru juga perlu memastikan kelicinan program sekolah yang telah dirancang sama ada pada peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Begitu juga setiap kali perubahan kurikulum berlaku maka setiap kali itulah juga kewibawaan guru tercabar. Dengan keadaan ini akan menyebabkan ramai guru menghadapi tekanan emosi akibat daripada perubahan tersebut. Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan membawa kesan kepada mutu dan kualiti pengajaran guru ( Abd.Rahim, 1997).
Pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan dan pengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk
melaksananakan tugas itu dengan terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdullah Shukur Abdullah,1991).
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlaku beban tugas dalam kalangan guru yang digariskan oleh Daeng Ramli Akil (1993). Di antaranya ialah : a) Pengagihan tugas yang tidak seimbang antara guru-guru dalam setahun. b) Sikap pentadbir yang suka pilih kasih dan bersikap tidak adil terhadap guruguru tertentu. c) Tugas sampingan yang dibebankan dibahu guru-guru oleh pihak atasan. d) Tugas sampingan yang diberikan secara mendadak kepada guru.
Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujud beban yang keterlaluan. Contohnya, apabila ada pegawai baru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri atau peringkat kementerian, banyaklah idea atau tugasan baru yang harus dipilul oleh guru. “Bebanan ini bertambah dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid”.
Laporan awal Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru telah mendapati guruguru di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur sebagai ‘guru terbeban’ memandangkan mereka terpaksa mengambil masa 74 jam seminggu untuk menjalankan tugas keguruan seperti 50.4 jam atau 68 peratus berkaitan kurikulum. Dapatan dari laporan awal itu juga didapati 12.7 peratus masa guru di negara ini dihabiskan untuk aktiviti kokurikulum, 8.9 peratus untuk hal ehwal murid dan 1.2 peratus untuk pengurusan asrama. Jawatankuasa itu turut mendapati 4.3 peratus daripada masa guru digunakan untuk pengurusan, 2.4 peratus kewangan, 1.1 peratus masing-masing untuk latihan dan hubungan komuniti manakala 0.1 peratus untuk pembangunan fizikal sekolah. Resolusi yang dipersetujui oleh Persidangan Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO),1930 telah mengkelaskan guru-guru yang bertugas melebihi 48 jam seminggu termasuk dalam tugas perancangan, persediaan, penilaian, penyediaan kurikulum dan perhubungan dikategorikan sebagai terbeban ( Utusan Malaysia, 6 Julai 2005 ).
Ekoran dari bebanan tugas berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru telah menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya ditegur atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami “stress”. Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan sesorang guru itu kurang bersemangat dan
tidak bermotivasi dalam menjalankan tugasnya ( Abdul Malik, 2000 ). Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman ( 1999 ) yang mendapati bahawa bebanan waktu mengajar, jumlah mata pelajaran dan bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan emosi guru.
1.2 Huraian dan Analisis Artikel
Isu beban tugas guru bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan di Malaysia, namun ia kembali diperkatakan sejak kebelakangan ini berikutan bebanan tugas yang berlebihan sehingga bukan sahaja mengganggu tugas hakiki guru, malah menyebabkan sesetengah guru hidup dalam tekanan kerja. Selain terlibat dengan kegiatan kokurikulum serta mengikuti pelbagai jenis kursus, guru juga terpaksa melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian. Implikasinya, golongan pendidik ini tidak dapat memberikan sepenuh komitmen kepada kualiti dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menyedari hakikat itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran mengarahkan agar satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKMIBTG) ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan.
Tetapi jika pandangan itu dari luar, maka ia pandangan dari luar ke dalam. Ia lebih bersifat memantau kelebihan dan kekurangan profesion keguruan. Justeru, kekadang apa yang diutarakan tidak menggambarkan hal sebenar yang dialami oleh warga pendidik. Jika soal kerja separuh hari, banyak cuti, sebenarnya ia bukan dirasai oleh semua guru. Malah ada yang terpaksa menjaga peperiksaan atau menanda kertas peperiksaan sewaktu cuti sekolah. Walaupun ada yang kata, tugas-tugas tersebut dibayar, tetapi nilai bayaran dengan tugas dan tanggungjawab yang dilakukan sebenarnya tidaklah banyak sehingga menjadi suatu buruan kepada semua guru. Buktinya, tiada siapa yang ingin mengawas peperiksaan jika elemen paksa rela dilaksanakan oleh pengetua atau guru besar.
Walaupun cikgu hanya bertugas separuh hari, bukan semua kerja sekolah boleh disudahkan di sekolah. Akhirnya, mereka terpaksa juga membawa semua kerja yang tidak siap ke rumah untuk disudahkan. Keadaan ini tentunya amat berbeza dengan tugas seorang pegawai di pejabat. Semua urusan, jika mahu boleh dibereskan sewaktu dipejabat.
Persoalannya di sini, bukankah semua tugas itu sewajarnya dilakukan oleh mereka yang lebih pakar dalam tugas merekod data atau maklumat. Bukankah
kerja membabitkan kewangan perlu dilaksanakan oleh kerani kewangan dan perihal data pula diuruskan oleh pegawai data? Memang ada guru data di sekolah, tetapi mereka sebenarnya bukan fokus dalam hal data semata-mata kerana perlu juga mengajar di kelas, malah ada yang perlu mengajar subjek kritikal. Guru IT pula hanya layak mengajar asas computer seperti menggunakan perisian Microsoft Word, Powerpoint atau Excel tanpa ada skil membuat sistem data yang lebih memudahkan guru memasukkan maklumat secara pantas dan pengiraan markah peperiksaan dibuat secara berkomputer, malah guru IT juga guru biasa yang perlu mengajar.
Walaupun kajian dan penyelidikan tentang hal yang sama telah banyak dilakukan oleh profesor pendidikan, pelajar ijazah tinggi dan pasukan penyelidik di universiti tempatan, kajian berskala besar yang bakal dilaksanakan sendiri oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tentulah memiliki signifikan yang tersendiri. Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Dasar Pendidikan (EPRD), organ penting kementerian, dijangka menggalas tugas penting itu. Warga guru pasti mengharapkan kajian berkenaan segera akan disusuli dengan daya usaha penambahbaikan supaya apabila tumpuan pekerjaan guru terhadap tugas asasi pengajaran dan pembelajaran dikembalikan, manfaatnya akan dipulangkan kepada murid dalam bentuk akses pengalaman pembelajaran yang bermutu dan terbaik.
Memang saya tidak nafikan pelbagai rungutan dan sungutan tentang beban tugas yang melampaui spesifikasi kerja bukanlah bermakna kaum guru yang bilangannya sudah mencecah 400 ribu orang di Malaysia sebagai golongan yang berkira dan enggan berkorban. Isu sebenar ialah keberkesanan dan kecekapan dalam menggembleng segala sumber yang ada untuk memupuk potensi pembelajaran dalam kalangan murid. Profesionalisme keguruan hanya akan tercapai secara tuntas jika guru mempunyai kawalan terhadap kemajuan ikhtisasnya sendiri.
Sebagai perbandingan, ahli ikhtisas lain seperti arkitek, doktor, jurutera, juruukur bahan, pegawai tadbir dan diplomatik, dan peguam mereka tidak berpengalaman melakukan sendiri kerja perkeranian dan teknikal sebagaimana yang dialami oleh guru sepanjang masa. Guru di sekolah walaupun berada pada gred perjawatan DG 52 masih perlu mengusung amplifier, mikrofon dan peralatan siar raya yang lain. Tugas guru kelas sudah diperluaskan apabila perlu mengisi lebih banyak data yang dikehendaki oleh pelbagai peringkat organisasi.
Bacaan meter tekanan yang dialami oleh guru sesebuah sekolah akan melonjak tinggi apabila kepimpinan sekolah terlalu obses untuk meraih anugerah atau perhatian pihak tertentu. Macam-macam idea dan projek yang muncul. Mula-
mula datang dalam bentuk rayuan supaya memberi sokongan, lama-kelamaan bertukar kepada desakan yang merimaskan.
Tanpa prasangka jantina, terdapat persepsi mengatakan bahawa sekolah yang diterajui oleh kepimpinan wanita, dan tidak berkahwin pula, membawa keadaan yang bertambah sukar. Pemimpin sedemikian mempunyai banyak masa untuk berfikir dan menelek-nelek, serta kurang bersimpati dengan kehidupan peribadi guru yang sudah bekeluarga. Mereka juga begitu cepat melupakan pengalaman diri sendiri semasa masih bergelar guru biasa.
Jika kaum guru hendak diangkat martabatnya ke arah profesional tulen, banyak perkara perlu diberi perhatian. Sekurang-kurangnya 90 peratus bidang tugas guru mestilah menjurus kepada pemupukan pembelajaran murid, sama ada di dalam bilik darjah, mahupun di luar bilik darjah. Guru juga patut diberi kesempatan mengadakan perbincangan profesional tentang saranan kajian terkini daripada jurnal pendidikan dalam bidang opsyen masing-masing.
Kajian tindakan yang dibuat secara individu perlu digantikan dengan kajian tindakan berkumpulan. Sesudah pengagihan tugas diserahkan, kerja berkumpulan diteruskan, iaitu duduk bersama-sama melengkapkan refleksi, bidang keprihatinan, tinjauan bacaan, kaedah, instrumentasi, analisis dapatan dan saranan penambahbaikan. Jumlah masa yang digunakan dalam kajian tindakan diberi pengiktirafan dalam jam kerja P&P.
Kepimpinan sekolah juga mesti menghormati kelayakan akademik dan kewibawaan guru dalam bidang masing-masing. Tiada sesiapa pun di sekolah yang patut berlagak serba tahu. Hubungan yang harmonis, tanpa membiarkan sesiapa mengambil kesempatan, akan meletakkan kedudukan guru lebih selesa dan suci hati dalam melaksanakan amanah keguruan mereka. Pelaburan awam dalam mewujudkan jawatan pembantu guru mungkin merupakan pilihan yang berbaloi kerana tumpuan guru terhadap pembelajaran murid ialah insurans ketenteraman sosial dan keselamatan negara dalam jangka masa panjang.
1.3 Implikasi
Untuk pembangunan sesebuah negara, pendidikan merupakan aset yang sangat penting kepada semua individu. Pembangunan modal insan menjadi tonggak
kepada kejayaan sebuah negara. Namun persoalannya, siapakah yang yang menjadi agen penggerak kepada perubahan pembangunan modal insan ini? Dalam sektor pendidikan negara, guru adalah golongan yang paling bertanggungajawab untuk menggalas amanah negara ini. Modal insane yang perlu dibangunkan perlu seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Justeru itu, keupayaan guru menguruskan segala tugasan dan tanggungjawab tanpa sebarang tekanan merupakan asas kepada pembangunan murid. Hal ini kerana, tanggungjawab guru yang kian mencabar bukan sahaja dari dunia pendidikan bahkan dari masyarakat yang meletakkan tanggungjawab yang tiggi kepada pihak sekolah. Faktor-faktor ini semua sudah tentu memerlukan ketahanan emosi untuk mengelak tekanan bebanan kerja guru. Justeru itu, cadangan NUTP ini sekurang-kurangnya menunjukkan rintahan golongan guru untuk menjaga hak kebajikan mereka masih didengari oleh pihak kementerian.
Kajian yang dilakukan pihak kementerian perlu menyeluruh dan mengambil kira implikasi positif kepada golongan guru, murid, sekolah seterusnya misi negara. Pengwujudan perjawatan guru pembantu ini sudah tentu dapat menjimatkan masa guru untuk diberi fokus kepada tugas hakiki mereka daripada melakukan kerja sampingan sehinggakan menjejaskan kualiti proses penganjaran dan pembelajaran. Masa berkualiti antara guru dan pelajar tentunya dapat dipertingkatkan bertepatan dengan usaha memperkasakan perkhidmatan pelajaran serta memartabatkan profesion keguruan. Dengan adanya pembantu ini, guru akan dapat memberikan lebih tumpuan kepada aktiviti pembelajaran pelajar dan perkembangan pedagogi mereka. Menurut Hashim Adnan, presiden NUTP dalam laporan akhbar Berita Harian 29 Jun 2009, ketika ini, 380,000 guru dikatakan tidak mampu fokus kepada pengajaran di kelas disebabkan terpaksa menjalankan kerja luar tugasan yang dianggap beban tambahan. Guru tidak lagi perlu memikirkan soal 'kerja sosial' dan boleh fokus kepada pengajaran di dalam kelas dan tidak perlu habiskan banyak masa jalankan tugas di luar bidang kerja.
Implikasi positif ini bukan sekadar tertumpu kepada golongan guru sahaja, semua pihak sewajarnya menyedari hakikat dengan adanya perjawatan sokongan ini akan membantu prestasi akademi murid-murid serta dapat memastikan hak kebajikan murid terjaga. Hal ini merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Peng, dalam laporan Berita Harian 14 Disember 2010 yang mengatakan bahawa guru pembantu boleh berperanan membantu murid yang menghadapi masalah seperti sakit atau demam ketika berada dalam kelas. Menuruf Prof Ferrel pula dalam laporan laman rasmi UKM 13 Oktober 2011 menyatakan bahawa, “Akan ramai lagi murid yang ketinggalan dan mereka memerlukan bantuan pembantu guru’. Oleh itu, dengan adanya bantuan, prestasi setiap murid akan lebih dapat diberi tumpuan.
Dalam menuju misi taraf pendidikan bertaraf dunia, semua pihak tidak seharusnya berpeluk tubuh dan lebih teruk saling menunding jari apabila timbulnya isu bebanan tugas guru ini. Pendidikan negara tidak akan mendapat sebarang keuntungan malahan semakin terkebelakang daripada beberapa negara lain yang lebih sensitif dengan perubahan taraf pendidikan negara mereka. Sistem pendidikan negara yang baik perlu menyediakan pendidikan berkualiti. Pendidikan yang berkualiti bermula daripada corak perkhidmatan guru-guru. Corak perkhidmatan yang baik dan tersusun sudah tentu dapat mengelakkkan keciciran prestasi sekolah seterusnya taraf pendidikan negara. Oleh itu, peranan guru pembantu ini sudah tentu memainkan peranan penting untuk membantu sekolah khususnya guru-guru yang terkekang dengan bebanan tugasan berlebihan sehingga membantutkan usaha mereka kearah inspirasi negara.
1.4 Rumusan dan Cadangan
Berdasarkan perbincangan isu ini, saya amat tertarik tentang cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berkenaan pengambilan guru pembantu atau disebut guru kedua yang akan ditempatkan di dalam kelas melebihi 35 orang murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah. Antara rasional yang dikemukakan ialah, ia mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Pada pandangan saya dengan merujuk kepada pembacaan pada laman-laman web dan blog rasmi mahupun tidak rasmi serta pemerhatian dan pengamatan semasa proses praktikum di beberapa buah sekolah termasuk kategori luar bandar dan bandar di kawasan setempat, saya berpendapat bahawa cadangan ini memang bertepatan dengan keperluan pendidikan masa kini. Guru kini dilihat bukan sekadar pengajar, malah semakin kurang dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran, walaupun semua pihak menekankan kewajipan itu sebagai skop tugas utama guru di sekolah. Apa tidaknya, jengoklah ke mana-mana sekolah, atau tanyalah kepada mana-mana guru sekalipun, pasti keluhan dan rungutan yang akan kedengaran mengenai tumpuan tugas mereka yang semakin hari semakin membebankan.
Itulah gambaran yang sewajarnya dilihat bagi menceritakan betapa guru kini tidak seperti guru pada suatu zaman sebelum ini yang dihormati atas kredibiliti sebagai guru yang tegas dalam menyampaikan pengajaran serta cukup disegani atas kedudukan sebagai gedung ilmu. Banyak pihak yang mungkin mencebik
atau menjuih bibir apabila guru merungut mengenai beban yang mereka hadapi. Tak kurang juga yang mengatakan guru ketika ini manja dan banyak 'songeh'. Ironinya, sejauh mana mereka meletakkan situasi sebenar bebanan dunia keguruan di atas bahu mereka sehingga cuba menafikan atau ‘berpaling muka’ terhadap keluhan guru ini untuk mendapatkan khidmat sokongan guru pembantu?
Realitinya, saya tidak bermaksud untuk menafikan pandangan-pandangan berlawanan dengan pandangan di atas, antaranya segelintir individu mungkin beranggapan tugas guru akan bertambah mudah apabila adanya khidmat guru kedua. Ada juga melontarkan keluhan bahawa guru hanya perlu bekerja setengah hari dan mendapat kemudahan cuti yang lebih banyak berbanding kakitangan awam lain di negara ini. Wujudnya khidmat guru kedua ini juga akan menggalakkan guru-guru biasa untuk meninggalkan kelas dengan pelbagai alasan. Pada peringkat kementerian pula, kita boleh dengar kenyataan penolakan secara halus dengan alasan “kajian mendalam perlu dilakukan dengan teliti dan tentu mengambil masa yang lama untuk diputuskan” atau “peruntukan kerajaan tidak mencukupi untuk membayar emolumen kakitangan baru”.
Kesimpulannya, seandainya cadangan ini disambut baik oleh pihak kerajaan Malaysia melalui perlaksanaanya, saya harap setiap guru dapat memberi komitmen serta tumpuan sepenuhnya terhadap tugas mengajar di dalam kelas bagi meningkatkan prestasi pelajar memandangkan berkurangnya beban kerja. Kita tidak mahu ada lagi segelintir guru mengambil kesempatan menjadikan alasan bebanan tugas untuk tidak melaksanakan tugas hakiki mereka dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Guru adalah kerjaya yang sentiasa mendapat perhatian utama kerajaan kerana peranannya cukup penting dalam mendidik rakyat agar menjadi modal insan cemerlang untuk membangunkan negara.
Di sebabkan itulah kerajaan tidak pernah mengabai kebajikan guru dan setiap masalah yang timbul sentiasa mendapat perhatian untuk ditangani segera. Oleh itu, dalam keadaan tertentu, guru juga perlu membuktikan keikhlasan serta sikap sedia berkorban tanpa mengharapkan imbuhan semata-mata. Saya percaya sebahagian besar guru di negara ini komited dengan tugas mereka dan sanggup mengharungi cabaran bagi memastikan pelajar mendapat pendidikan sempurna dan cemerlang dalam pelajaran.
Akhbar berkaitan...
Cabaran Masa Kini Tugas Dan Tanggungjawab Seorang Guru Published on Apr 14, 2016 in Slider/Terkini 2Shares KUALA LUMPUR – Ramai beranggapan, tugas sebagai guru tidak memerlukan seseorang itu bekerja untuk tempoh yang lama dan tanggungjawab mereka hanyalah untuk mendidik anak bangsa di sekolah.
Hakikatnya kerjaya sebagai guru kini semakin mencabar, dengan tugas mereka bukan lagi sekadar mengajar.
Antara isu yang dikatakan membelenggu guru hari ini adalah beban tugas pentadbiran, terpaksa menjalankan tugas “ibu bapa” selain tanggungjawab hakiki sebagai pendidik, malah terpaksa menggunakan wang sendiri untuk
aktiviti pelajar di luar sekolah seperti menyertai pertandingan bagi mewakili sekolah.
Semakin banyak persatuan guru dan guru yang meluahkan mengenai bebanan dan cabaran guru masa kini yang ternyata berbeza dengan persepsi sebahagian besar masyarakat bahawa guru tidak berhadapan dengan beban kerja yang banyak.
Bagi golongan guru, mereka merasakan beban tugas yang bertambah terutama berkaitan kerja pentadbiran memberi tekanan kepada mereka.
Isu ini turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pada 12 Mac lepas, Ahmad Zahid menegaskan guru-guru di negara ini tidak seharusnya dibebankan dengan kerja pentadbiran, sebaliknya menumpukan usaha ke arah akademik dan kerohanian.
TERBEBAN
Kerjaya guru dikatakan tidak sesibuk kerjaya lain dengan guru pulang ke rumah seawal pukul 2 petang, namun hakikatnya tugas guru sekarang bukanlah seperti yang disangka.
Beban tugas guru sekarang terutama yang berkait dengan pentadbiran bukan hanya mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas malah menyebabkan persediaan sebelum mengajar tertangguh.
Seorang guru sekolah menengah di Ipoh Perak, Helmi Fazlin Baharim, 40, berkata apabila tugas pentadbiran lebih banyak berbanding tugas hakiki, ia boleh memberi kesan kepada kualiti pembelajaran dalam kelas.
“Ramai beranggapan tugas guru mudah tetapi hanya mereka bergelar ‘guru’ sahaja memahami beban tugas dialami oleh guru. Lebih kecewa apabila sistem baharu secara dalam talian dilaksanakan, contohnya data pelajar, dua tiga proses perlu dimasukkan sedangkan maklumat itu adalah sama.
“Sepatutnya sistem yang dibuat perlu diselaraskan. Kadang-kadang bila ada perubahan dalam sistem pendidikan, contohnya PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) (yang diperkenalkan di sekolah rendah pada 2011), banyak benda guru kena lihat balik jadi macam sia-sia kerja sebelum ini,” katanya sambil menambah mahu atau tidak itulah cabaran yang perlu disahut sebagai guru.
Sependapat dengan Helmi, Raudhah Sharan, 30, berkata guru-guru terpaksa menggunakan masa terluang di sekolah untuk membuat kerja pentadbiran yang sama dan berulang kali, sehingga kadang-kadang mereka tidak sempat hendak membuat persiapan mengajar.
“Itu yang bila balik ke rumah kena buat persiapan mengajar sampaikan tiada masa untuk keluarga dan diri sendiri. Bukan merungut tetapi guru juga manusia biasa,” katanya yang sudah lima tahun berkhidmat sebagai guru.
Guru ekonomi di sekolah menengah di Klang, Selangor itu berkata apa yang diluahkan oleh para guru bukan bermaksud mempertikaikan tanggungjawab yang diberikan tetapi mengharapkan penyelesaian terhadap isu itu.
ISU LAMA
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan berkata isu guru dibebankan dengan kerja pentadbiran bukan perkara baharu malah ia sering menjadi ‘keluhan’ dalam kalangan warga pendidik ini.
Walaupun pelbagai kajian dan perbincangan telah dibuat namun beliau berkata masalah tersebut masih berlaku dan paling dikesalkan ia seolah-olah tiada jalan penyelesaian.
“Isu ini sudah banyak kali dibangkitkan akan tetapi tiada tindakan dibuat. Apabila tiada tindakan dibuat ini akan melemahkan semangat guru-guru untuk lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas hakiki mereka sebagai guru.
“Apabila gaji guru dinaikkan tidak bermakna mereka harus melakukan kerja-kerja pentadbiran yang boleh membebankan guru secara mental dan fizikal,” katanya.
Dalam pada itu, Hashim turut menyentuh mengenai sikap segelintir ibu bapa yang meletakkan ‘tanggungjawab’ ibu bapa sepenuhnya kepada guru-guru malah ada mempertikaikan kemampuan guru dalam mendidik anak mereka jika anak mereka gagal.
“Guru kini sudah tidak mempunyai kuasa (penuh) untuk mendidik anak-anak mereka kerana jika ‘tersentuh’ sedikit sudah pasti ibu bapa akan melenting dan memarahi guru,” katanya
Sehubungan itu, beliau berkata adalah lebih baik jika semua pihak terutama ibu bapa dapat memahami tugas guru untuk mengajar dan membimbing anak-anak mereka ke arah menjadi bangsa yang maju serta berdaya saing.
BUDAYA KOLABORATIF
Bagi Prof Madya Muhammad Faizal A.Ghani dari Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), beban tugas yang tinggi boleh menyebabkan golongan guru kurang bermotivasi untuk mencapai prestasi cemerlang.
Katanya beban tugas guru boleh mengganggu komitmen mereka untuk mengajar tetapi dalam hal ini guru juga harus tahu cara untuk menangani tekanan dan beban tugas itu.
” Melalui kajian yang dibuat mendapati hal tersebut boleh mengganggu tahap kompetensi dan kehidupan berkeluarga guru. Misalnya program perkembangan profesionalisme guru (latihan profesional), kebanyakkan program diadakan pada hujung minggu dan ini menyebabkan guru tiada masa bersama keluarga,” katanya.
Muhammad Faizal berkata dalam usaha meningkatkan lagi mutu pendidikan, budaya kolaboratif melibatkan kerjasama pelbagai pihak sangat penting.
Katanya ini bagi memastikan proses P&P di peringkat sekolah berjalan dengan lancar sekaligus dapat memantapkan profesionalisme guru di negara ini.
“Kerjasama itu melibatkan pihak berkepentingan dalam pendidikan seperti kerajaan, sekolah dan guru selain sokongan ibu bapa,” katanya.
Beliau berkata pengetua dan guru besar memainkan peranan penting untuk memastikan persekitaran sekolah lebih kondusif termasuk kerjasama yang baik antara pengetua atau guru besar dengan guru.
“Amat penting bagi pengetua untuk memahami dan mengambil berat masalah yang dihadapi oleh guru-guru.
“Masyarakat juga boleh memainkan peranan membantu pihak sekolah untuk meningkatkan pembelajaran murid-murid. Misalnya, ibu bapa berkepakaran dalam sesuatu bidang memberikan sokongan moral dalam aspek kepakaran dan tenaga. Dengan ada kerjasama tersebut sistem pendidikan negara akan lebih berkualiti,” katanya.
PERLUASKAN PEMBANTU GURU
Ditanya mengenai inisiatif penempatan pembantu guru bagi meringankan beban guru yang kini pada peringkat rintis, Muhammad Faizal berkata sewajarnya program ini perlu diperluaskan di seluruh negara untuk membentuk pendidikan berkualiti yang menjadi agenda penting negara maju.
Beliau berkata negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat sentiasa mengutamakan kebajikan dan memberi sokongan kepada guru kerana bidang pendidikan adalah penyumbang kepada pembangunan insan dan negara.
“Jika di Amerika Syarikat tugas guru hanya mengajar…kerja-kerja pentadbiran dilakukan oleh pembantu guru misalnya mengambil rekod kedatangan pelajar, mengutip bayaran yuran sekolah dan mencatat minit mesyuarat,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata langkah menempatkan pembantu guru yang dilaksanakan di bawah Program Rintis Pemantapan Profesion Guru (PPG), dilihat sangat membantu dalam meringankan beban guru secara komprehensif.
Di bawah inisiatif itu, pembantu guru yang terdiri daripada Pembantu Tadbir (Pentadbiran/Operasi) Gred N17 (PT N17) dan Juruteknik Komputer Gred FT17 (JK FT17) ditempatkan di sekolah untuk mengurangkan beban tugas operasi dan pentadbiran serta teknikal ICT Guru Tugas Khas iaitu Guru Data (GD), Guru Perpustakaan dan Media (GPM) serta Guru Penyelaras Bestari (GPB).
Setakat ini, hanya Melaka dan Kedah terlibat dengan projek rintis itu. – BERNAMA http://www.mynewshub.cc/2016/04/14/cabaran-masa-kini-tugas-dantanggungjawab-seorang-guru/
Monday, 16 March 2015 TEKANAN KERANA BEBAN TUGAS GURU
Satu kajian telah dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pada tahun 2005 mengenai stres di kalangan 9000 orang kakitangan perguruan di seluruh Negara mendapati 70 peratus responden bersetuju bahawa mereka tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan karenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar. (Kosmo Malaysia, 29 Mac 2006). Maka, sewajarnya pihak-pihak tertentu peka dengan permasalahan stres guru.
Beban tugas berat menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbingan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, dalam artikel tersebut terdapat seorang guru bernama Noreha yang berusia 46 tahun merupakan seorang guru yang berminat mengajar dan beliau mendapat kepuasan apabila murid-muridnya Berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperikasaan. Tetapi, beliau berasa tertekan kerana beban tugas semakin berat di sekolah dan juga diganggu oleh masalah peribadi sehingga ingin mengambil cuti untuk berjumpa pakar psikiatri. Noreha mengatakan bahawa secara fizikalnya memang sihat tetapi dalaman berkecamuk. Noreha juga tidak ingin masuk ke hospital dan meninggalkan keluarga dan kerjayanya. Seorang guru yang terlalu tertekan sememangnya menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.
Kes yang seterusnya adalah berkaitan dengan seorang guru yang bernama Zaimah Mishan, berusia 42 tahun yang pernah mengalami sakit jiwa. Zaimah Mishan merupakan seorang guru JQAF. Beliau pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar dan beliau terpaksa menerima rawatan selama enam bulan. Beliau mengatakan bahawa beban kerja sangat berat sehingga bekerja tujuh hari seminggu dari pagi hingga petang sampaikan tiada masa untuk keluarganya. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam tetapi juga terpaksa membawa pulang buku latihan murid-murid untuk menyemak dan ini tidak termasuklah khusus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja.
Jelaslah ditunjukkan bahawa guru pada masa kini memanglah memikul beban tugas kerja yang semakin berat dan guru yang mengalami tekanan sudah pastilah tidak mampu untuk memberi tumpuan sepenuhya terhadap tugasnya. Kegagalan untuk mengajar dengan berkesan akan mengakibatkan pelajar juga gagal untuk memahami perkara-perkara yang telah diajar. Perkara sebegini boleh membebankan pelajar yang sememangnya mahu mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Di samping itu, tekanan yang dihadapi oleh guru boleh menyebabkan tahap mental dan fizikal guru menjadi rendah dan seterusnya terdedah kepada perlakuan-perlakuan yang negatif sebagai satu bentuk tindak balas ke atas tekanan yang dihadapi. Guru yang mengalami tekanan juga berkemungkinan besar akan bertindak dengan cara yang tidak dapat diterima akal seperti memukul dan menengking pelajar. Tindakan seperti ini boleh menjejaskan profesionalisme mereka sebagai seorang pendidik. Guru seharusnya perlu mengetahui cara terbaik untuk menguruskan tekanan yang dihadapi terutamanya pada zaman yang mencabar ini.
Tambahan pula, kurangnya keyakinan dan kepercayaan ibu bapa pelajar terhadap guru, harapan yang tinggi daripada ibu bapa pelajar dan berurusan dengan ibu bapa pelajar merupakan satu cabaran yang harus ditempuh oleh guru. Ibu bapa pelajar sememangnya meletakkan harapan yang tinggi pada guru-guru bagi memastikan kecemerlangan akademik anak-anak mereka. Namun, adakalanya harapan ibu bapa terhadap pelajar adalah tidak realistik sehingga menyebabkan guru-guru berada dalam keadaan stres. Guru selalu dipersalahkan jika berlaku salah laku atau pencapaian akademik yang rendah. Selain itu, Ibu bapa masa kini terlalu memanjakan anak-anak sehingga menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap perilaku mereka. Adakalanya, ibu bapa cepat mempertikainya tindakan guru terutamanya sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang kurang disenangi di sekolah yang melibatkan anak mereka. Terdapat juga ibu bapa yang tidak mahu berkompromi atau bertolak ansur dengan guru untuk membincangkan masalah anak-anak mereka. Lebih memburukkan lagi keadaan, terdapat juga ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru untuk menjaga anak-anak mereka walaupun selepas tamat sesi persekolahan.
Selain itu, jumlah murid yang semakin bertambah pada setiap tahun juga merupakan satu beban yang harus ditanggung oleh guru-guru di sekolah. Setiap tahun, jumlah pengambilan murid baru semakin bertambah dan secara tidak langsung mewujudkan suasana bilik darjah yang melebihi kapasiti yang telah ditetapkan. Bilangan guru yang tidak mencukupi dalam sesebuah sekolah juga menyumbang kepada peningkatan tahap beban guru-guru yang sedia ada di sekolah tersebut. Guru terpaksa mengawal bilangan murid yang terlalu ramai dan perkara ini bakal menjejaskan prestasi seseorang guru dan guru tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya ketika waktu pengajaran dan pembelajaran. Akibat terlalu penat dengan urusan dalam bilik darjah, guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan ABM bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
Secara amnya, setiap guru terpaksa mengajar lima hingga enam kelas setiap hari. Mereka juga terpaksa membuat persediaan mengajar, menyemak buku latihan dan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Selain kerja rutin, guru juga diwajibkan menjalankan kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip surat, menyediakan minit mesyuarat serta menjadi penasihat-penasihat persatuan, permainan, kelab, dan sukan. Menghadiri kursus, mesyuarat, bengkel, dan perjumpaan yang terlalu kerap ini juga amat membebankan guru. Beban tugas ini menjadi semakin berat dan terpaksa dipikul oleh guru sehingga menyebabkan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas mengajar dan seterusnya akan mendatangkan tekanan kepada para guru. Sebagai contoh, kesibukan guru yang terpaksa menghadiri pelbagai kursus dan perjumpaan di luar sekolah semasa sesi persekolahan menyebabkan masa dan kelas guru tersebut diganti dan
diambil alih oleh guru yang lain. Seterusnya menjadikan jumlah waktu mengajar dan tekanan masa yang terhad dalam tugas guru terbabit. Inilah adalah sama dengan kes Zaimah Mishan yang bekerja tujuh hari seminggu dan hendaklah menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF. Pada hari Sabtu ada aktiviti kokurikulum yang mana semua guru dikehendaki terlibat dan hari Ahad pula Zaimah Mishan sebagai seorang guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat. Kerja yang beban ini telah menyebabkan Zaimah Mishan tiada mempunyai masa yang lebih untuk keluarganya sehingga suaminya berkahwin lain. Situasi ini telah menyebabkan Zaimah Mishan berasa tertekan sehingga mengalami sakit jiwa dan ini juga menjejaskan hubungan dengan anak-anaknya.
Para guru masa kini juga terpaksa menghadapi masalah dalam menguruskan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah yang semakin hari semakin bertambah. Guru-guru dikehendaki menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah tanpa mengikut ketetapan masa tidak kira pada waktu persekolahan mahupun di luar waktu persekolahan. Akibatnya, guru-guru terpaksa meninggalkan tugas utama mereka iaitu mengajar di bilik darjah.
Guru Besar yang tidak cekap dalam memimpin guru-guru di sekolah juga merupakan salah satu penyebab yang membawa masalah beban tugas kerja guru semakin berat. Contohnya, rungutan bahawa guru kini dibebani tugas perkeranian dan pelbagai lagi tugas pendokumentasian. Dalam hal ini, Guru Besar haruslah dipersalahkan kerana mereka tidak bijak menghalakan tugastugas seperti perkeranian, pungutan data dan pendokumentasian sesuatu dokumen. Malahan ditambah pula sikap sesetengah Pengetua dan Guru Besar yang meletakkan keutamaan cita-cita peribadi mengatasi kemampuan dan kesediaan organisasi itu sendiri. Maka akan terjadilah guru terpaksa bertugas pada hari Sabtu tanpa cuti.
Punca tekanan kerja di kalangan guru adalah bergantung kepada sejauh mana penafsiran guru terhadap ancaman yang berlaku ke atas mereka. Oleh yang demikian, guru-guru perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan dan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek bagi menangani masalah yang dihadapi.
Tekanan utama yang dialami oleh guru-guru adalah dari pihak kementerian, jabatan dan pentadbir sekolah. Maka dicadangkan pihak-pihak berkenaan mengambil perhatian serius terhadap perkara ini. Sebarang pelaksanaan program pendidikan bagi memenuhi tuntutan pendidikan masa kini yang diperturunkan oleh pihak kementerian kepada jabatan pendidikan dan seterusnya pihak sekolah perlu mengambil kira beban tugas guru yang berat dan juga pelbagai. Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas
guru berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara. Jawatankuasa tersebut ditugaskan mengenalpasti bagaimana masalah bebanan tugas guru itu boleh berlaku dan mencari penanda aras yang boleh guna pakai, sama ada dengan mengambil contoh piawaian antarabangsa atau dari Negara jiran yang tahap pendidikannya lebih tinggi daripada negara kita untuk dicontohi.
Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan keanggotaannya yang turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP dan diberi masa selama dua bulan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan. NUTP turut membuat aduan dimana guru terpaksa bekerja pada setiap hari Sabtu, sedangkan pekeliling dikeluarkan guru boleh bercuti pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan. Oleh itu, masalah ini haruslah diteliti bagi memastikan tugas utama guru iaitu mendidik pelajar dengan tumpuan sepenuhnya terhadap kelas tidak terganggu disebabkan bebanan tugas lain yang terpaksa dipikul. Selain itu, Kementerian juga akan memastikan penekanan terhadap kokurikulum tidak akan sesekali membebankan guru.
Di samping itu, Kementerian Pelajaran disaran supaya mengambil kira faktor nisbah purata antara guru dan pelajar dalam kelas sebagai satu langkah mengenal pasti formula terbaik bagi mengurangkan beban kerja guru.Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia(GMGBM) Awang Mohamad berkata cadangan itu dilihat boleh membantu kementerian dalam mencari formula untuk mengatasi masalah bebanan tugas guru yang telah dibangkitkan selama ini. Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah dengan menambah bilangan guru. Ini bermaksud satu bilik darjah 1.5 guru, sekarang satu bilik darjah 2.0 (ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru). Ini bertujuan membolehkan guru mempunyai masa yang cukup bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas teras, iaitu mengajar.
Cadangan mengkaji purata guru dengan pelajar itu juga relevan dengan saranan beberapa pihak lain yang mahukan jawatan guru pembantu bagi mengatasi masalah yang sama. Selain dapat membantu meringankan beban tugas yang ditanggung oleh guru, jawatan berkenaan boleh menyelesaikan masalah ketiadaan guru yang bergantung kepada guru sandaran yang tidak terlatih. Guru pembantu bukan hanya membantu dari segi kerja perkeranian, malah dalam bidang pengajaran termasuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar lemah. Ini bukan sahaja meringankan tugas guru malah pada masa yang sama membantu murid yang ketinggalan untuk maju standing dengan rakan yang lain. Di Negara maju, ramai sukarelawan yang dibenarkan menjalankan tugas membantu guru dalam sekolah. Anggota polis, bomba dan lain-lain jawatan dibenarkan masuk ke sekolah dan memberikan khidmat mereka mana yang sesuai dan sekali gus
dapat membantu meringankan beban tugas guru. Ibu bapa juga digalakkan masuk ke sekolah bagi membantu guru seperti membantu dalam pusat sumber dan sebagainya. Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengambil langkah proaktif dalam memperkenalkan kaedah ini.
Tokoh akademik dan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Abdul RahmanArshad, menyarankan empat langkah khusus untuk mengurangkan beban tugas guru di sekolah melalui konsep µmemasyarakatkan pendidikan yang tidak mencetuskan kos tambahan kepada kerajaan. Empat langkah berkenaan ialah memanfaatkan sepenuhnya peranan ibu bapa untuk menjayakan aktiviti di sekolah, mengoptimumkan pembabitan sektor swasta dalam pembangunan bidang pendidikan, mempergiatkan sumbangan bekas pelajar, serta mewujudkan persatuan pesara guru.
Menggembleng sepenuhnya kerjasama serta peranan ibu bapa dalam pelaksanaan aktiviti di sekolah, terutama bidang kokurikulum, secara langsung akan membantu guru memfokus kepada tugas pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, ibu bapa diberi ruang dan kepercayaan untuk mengatur serta mengendalikan penganjuran Hari Sukan di sekolah yang membabitkan banyak kerja di luar bilik darjah dan memakan masa guruselama ini. Akhbar baru-baru ini melaporkan sebanyak 40 cadangan mengatasi beban tugas guru dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan termasuk mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah. Abdul Rahman berkata, Kementerian Pelajaran juga harus mempergiat usaha mengoptimumkan pembabitan sektor swastadalam pembangunan bidang pendidikan di sekolah sebagai tanggungjawab sosial.
Dalam konteks ini, sektor swasta mampu berperanan merapatkan jurang prestasi pencapaian serta infrastruktur antara sekolah di bandar dan pedalaman. Matlamat ini boleh dicapai melalui program seperti anak angkat oleh syarikat swasta, tidak kira yang besar mahu pun kecil. Ketika ini, program sedemikian masih kurang dan kebanyakannya hanya terhad kepada sekolah yang majikan syarikat itu adalah alumni. Satu lagi langkah berkesan ialah menggerakkan secara aktif sumbangan murid tua atau bekas pelajar di sesebuah sekolah untuk membantu guru menjayakan program penting seperti bimbingan kerjaya dan ceramah menghadapi peperiksaan utama. Beliau juga mencadangkan supaya persatuan pesara guru diwujudkan bagi membolehkan golongan yang kaya dengan pengalaman itu menyalurkan idea untuk membantu Kementerian Pelajaran menangani pelbagai isu berkaitan, termasuk dalam usaha mempertingkat profesionalisme guru.
Secara kesimpulannya, profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha pengorbanan yang tinggi. Tekanan-tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang remeh kerana ianya boleh membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan Negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya mereka bakal menjadi pemimpin pada masa depan. Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya. Walaubagaimanapun, guru juga haruslah sentiasa bersifat positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan mereka terus berada dalam keadaan stress dan menjejaskan pekerjaan mereka sebagai seorang guru. Selain itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban tekanan yang dihadapi oleh guru ini.
Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatang kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga imej organisasi. Akhir kata, jangan biarkan pepatah menyebut “seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul” mencemari profesion keguruan.
View more...
Comments