IRC, PAS Dan Politik Malaysia
September 28, 2017 | Author: cheguridhwan | Category: N/A
Short Description
Selain Anwar Ibrahim, IRC antara unsur berpengaruh dalam politik Islam di malaysia dalam mencabar PAS....
Description
PAS, IRC dan Politik Malaysia Siapa Lebih Ikhwan?
Oleh Duan Lias
IKRAM, Politik Kepartian dan Pemerintahan: Dari al Jamaah Hingga Parti Amanah Nasional.
“Allah SWT tidak akan mengizinkan musuh-musuh dari luar menghancurkan Islam dan kekuatan umatnya, tetapi gerakan Islam itu akan dihancurkan sendiri oleh ancaman dari dalam diri mereka” -Fadzil Mohd Noor
Dalam tajuk ini, kita mempelajari; a) Sejarah penubuhan IKRAM b) Idealisme Politik IKRAM
Pertubuhan IKRAM Malaysia Dalam penulisan ini, kebanyakannya penulis masukkan ucapan dan penulisan tokoh-tokoh Pertubuhan IKRAM Malaysia tanpa edit atau sedikit edit. Ia penting dalam mengambarkan idea sebenar IKRAM dalam politik. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) didakwa sebagai Ikhwanul Muslimin cawangan Malaysia. IKRAM merupakan pemayungan semua organisasi yang dipengaruhi oleh Ikhwanul Muslimin dan sealiran dengannya. Pemayungan ini didakwa mempunyai visi yang jauh iaitu penerimaan IKRAM sebagai wakil atau cawangan Ikhwan secara mutlak kerana selama ini pengiktirafan hanya dikatakan diberi hanya pandangan segelintir pihak dalam Ikhwan. Pemayungan IKRAM sedikit terencat apabila dua organisasi besar yang turut mengakui wakil Ikhwan tidak menyertai IKRAM iaitu Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN Malaysia) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) tidak menyertainya.
Visi kedua ialah IKRAM ditubuhkan sebagai NGO. Menurut Badlihisham Mohd Nasir, fahaman Ikhwan terhadap dakwah adalah ingin menegakkan tuntutan Islam yang syumul khususnya dalam politik bagi merealisasikan semua objektif pelaksanaan Islam dengan lebih berkesan. Fahaman Ikhwan sendiri mempunyai hakikat politik iaitu keterlibatan dalam politik. Menariknya, ada pendapat mengatakan IKRAM barangkali mengambil masa 5 tahun atau setelah merasakan dirinya kuat dan dikehendaki, IKRAM boleh mengisytiharkan dirinya sebagai sebuah parti politik Islam yang baru (sebagaimana PKS di Indonesia, dan cukup menarik apabila kebelakangan ini, IKRAM seringkali merujuk kepada PKS) atau menjadi affiliasi politik kepada manamana parti politik yang hauskan imej dan pendekatan Islam yang berbeza dengan PAS.i Pada tahun 2015, IKRAM menyokong penubuhan Parti Amanah Nasional (PAN) sebagai parti Islam kedua. Timbalan Presiden IKRAM telah dilantik sebagai Naib Presiden PAN. Adakah tercapai hasrat IKRAM menggantikan PAS sebagai parti Islam ulung di negara ini? Sama-samalah kita lihat. Sejarah Penubuhan IKRAM Asal usul IKRAM bermula apabila pelajar Malaysia yang berada di luar negara seperti United Kingdom, Mesir, Amerika, Autralia, Kuwait, India, Maghribi, Jordan dan beberapa negara lagi telah mendapat tarbiah daripada gerakan Islam iaitu Ikhwanul Muslimin, Gerakan Nursi dan Jamaat Islami. Mereka menggunakan pendekatan tarbiah dan dakwah. Pada pertengahan 1970an, mereka pulang ke Malaysia dan menggerakkan usaha dakwah dan tarbiah terutamanya di kampus-kampus. Penglibatan mereka dalam pelbagai wadah dan saluran. Mereka lebih dikenali sebagai al Jamaah. Al Jamaah menarik kalangan pelajar universiti yang genius dan berpontensi untuk ditarbiah dan dijadikan sebagai kader dakwah. Pada peringkat permulaan kepulangan mereka, al jamaah berhimpun membina jamaah dalam kalangan umat Islam setempat bagi menyempurnakan
tanggungjawab bersama. Semasa di luar negara, pada April 1974 Islamic Representative Council (IRC) telah ditubuhkan bertujuan membina jamaah yang menyatukan pelajar dari Malaysia. Pada 27 Julai 1990, Jemaah Islah Malaysia (JIM) ditubuhkan. JIM kehilangan 15 tahun kerana tidak bergerak secara terbuka dan tokoh IRC kehilangan zaman belia mereka sebagai tokoh jemaah. IKRAM ditubuhkan pada 22 Oktober 2009. Sejak tahun 2003, perbincangan telah dilakukan untuk mengumpul ahli dan usaha dalam satu wahana, menyatukan kembali sahabat yang telah menceburi pelbagai bidang. Objektif utamanya ialah untuk menilai pencapaian dan pengalaman dan menggariskan langkah terbaik untuk dakwah di Malaysia. Syura memutuskan penubuhan sebuah NGO Islam pada bulan Mac 2006. Wadah NGO dipilih untuk membawa risalah dakwah dalam konteks Malaysia. Jawatankuasa Pusat JIM telah mencadangkan status akhir iaitu pembubaran JIM. Pada 24 Julai 2010, Perhimpunan Perwakilan Nasional Khas diadakan bersetuju untuk menyokong dan menjayakan Pertubuhan IKRAM Malaysia. Kenyataan Zaid Kamarudin, Presiden JIM selepas Perhimpunan Perwakilan Nasional Khas JIM “Kami memutuskan untuk membubarkan JIM bagi menyepadukan sumbersumber organisasi bagi membolehkan kami melaksanakan tugas yang lebih besar dalam masyarakat demi melonjakkan lagi dakwah,” Walaupun kita melihat IKRAM seakan-akan mengantikan JIM tetapi ia sebenarnya bukan mengantikan JIM. JIM dan wahana-wahana yang lain disatukan dalam sebuah pertubuhan. JIM merupakan kumpulan terbesar dan terkehadapan dalam masyarakat dalam kalangan wahana al Jamaah atau IRC. Ada dua wahana yang tidak menyertai IKRAM iaitu HALUAN Malaysia dan ISMA. IKRAM diketuai oleh Ustaz Dr Haji Mohd Parid Sheikh Ahmad daripada Alami Mesir, keturunan ulama tersohor Negeri Sembilan dan anak usrah Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Antara anak usrah yang lain ialah Ustaz Dr Mohamad Kamil (UM), Ustaz Dr Zawawi Ali (adik Dato Mustafa Ali, IRC-
JIM), Ustaz Abdul Rahim (Negeri Sembilan-PAS), Ustaz Darus Senawi (HALUAN), Dr Hatta Shaharom (IRC-JIM) dan Ustaz Alias Othman (IRC-JIM). Semasa era JIM-IRC, kelompok IRC UK yang terdiri kalangan profesional lebih ke depan dan menonjol berbanding Alami Mesir kalangan ulama. Justeru, masyarakat seringkali menganggap bahawa IRC itu hanya kelompok profesional. Menariknya, pengaruh profesional dalam JIM-IRC sangat kuat sehingga timbul istilah seperti Tanzim Abu Urwah (Ir Saari Sungip) dan JIM dipimpin oleh profesional. Pendirian Politik IKRAM Di bawah, penulis lampirkan kenyataan Sekretariat Biro Politik IKRAM tentang pendirian IKRAM dalam politik. Pendirian politik IKRAM hinggakan ada yang buat andaian kiranya IKRAM jadi parti politik di masa akan datang, akan berlaku perpecahan ummat Islam di Malaysia. Pada saya, apa yang akan berlaku di masa akan datang adalah persoalan lain. Yang penting adalah apa yang IKRAM boleh buat SEKARANG dengan senario politik tanah air yang tidak stabil. Apa pun spekulasi yang keluar, adalah sangat baik kiranya pendirian sebuah pertubuhan itu dirujuk kepada mereka yang lebih pakar. Baru-baru ini, Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM baru sahaja meluluskan pendirian politiknya supaya masyarakat jelas tentang peranan IKRAM dalam politik sekali pun sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan bukan parti politik. Satu perkara yang kita kena faham, tidak semesti parti politik sahaja yang boleh melakukan perubahan politik tanah air, tapi NGO-NGO juga boleh memainkan peranan dalam memastikan kestabilan politik negara terjamin. Setiap orang atau pertubuhan punya peranan mereka yang tersendiri dalam penjuru dan kemampuan mereka. 1.0 LATAR BELAKANG 1.1 Dasar Pertubuhan IKRAM Malaysia ialah Islam.
1.2 IKRAM adalah sebuah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Pendaftar pertubuhan Malaysia yang bersifat pertubuhan dakwah dan bukannya parti politik. 1.3 IKRAM diasaskan dengan manhaj yang menekankan tarbiyyah dan pembinaan peribadi soleh dan musleh. Walaupun IKRAM bukan sebuah parti politik, ia tetap prihatin dan mengambil berat terhadap urusan politik dan pemerintahan, serta hal ehwal umat Islam, masyarakat dan negara. 1.4 Fasal 4 Perlembagaan IKRAM menyatakan matlamat IKRAM seperti berikut(Perenggan 4.4 sehingga 4.8 berkait rapat dengan urusan politik): “IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah: 4.1 Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat; 4.2 Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia; 4.3 Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam; 4.4 Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama; 4.5 Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka; 4.6 Menegakkan syariat Islam secara praktikal; 4.7 Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam; 4.8 Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.”
1.5 IKRAM berwawasan agar Syari’ah Islam dilaksanakan di bumi Malaysia pada tahun 2020. 1.6 IKRAM berpegang dengan prinsip menyeru kepada yang baik, menyuruh kepada yang ma’aruf dan mencegah daripada yang munkar. PENDIRIAN POLITIK IKRAM Maka: 1. IKRAM ialah sebuah organisasi Islam yang bebas dan tersendiri, berdiri teguh di atas prinsip, dan tidak terikat dengan mana-mana parti atau gerakan politik, serta pertubuhan lain. 2. IKRAM akan menyokong pendirian politik yang datang daripada mana-mana pihak samada individu, parti atau pertubuhan, yang bertepatan dengan kehendak Islam dan mendatangkan manfaat kepada ummah, masyarakat dan negara. 3. IKRAM akan menentukan pendirian terhadap sebarang isu dan bebas terlibat dalam proses demokrasi dan pilihanraya berdasarkan kepada prinsip-prinsip berikut: (a) Islam (b) Maqasid Syariah (c) Kesatuan dan Perpaduan (Unity and Solidarity) (d) Secara Bebas (Independent) (e) Keadilan dan Kemuliaan Insan (Justice and Human Dignity) (f) Ketelusan dan Kebertanggungjawaban (Transparency and Accountability) (g) Mengambilkira pandangan rakyat
(h) Pendekatan Aman (Non-violence) 4. IKRAM mendokong penambahbaikan pelaksanaan sistem demokrasi di Malaysia, serta menggerakkan usaha-usaha bagi memastikan berlakunya ketelusan, kebertanggungjawaban dan urus tadbir baik (good governance) dalam sistem pemerintahan negara. Untuk itu IKRAM menyokong usaha untuk memantapkan sistem “check and balance” yang sihat melalui sistem dwiparti dalam kerangka demokrasi di Malaysia. 5. IKRAM beriltizam menerajui usaha-usaha ke arah kesatuan ummah, dan menolak segala bentuk percaturan yang memecahbelahkan masyarakat. 6. IKRAM menolak sebarang pendekatan yang berlandaskan keganasan dan tindakan tidak syar’ie. 7. IKRAM mendokong sebarang usaha yang mendatangkan manfaat secara keseluruhannya kepada ummah, masyarakat dan negara.
IKRAM dan Politik Kepartian IKRAM menafikan bahawa mereka terlibat dalam politik kepartian. Menurut Jamaluddin Abdullah (Ir), Yang Dipertua IKRAM Pulau Pinang, “Bukan pertubuhan politik, tapi sebuah NGO dakwah, tarbiyyah dan kebajikan. IKRAM ini adalah pertubuhan yang prihatin dengan kehidupan bermasyarakat, sejajar dengan cara hidup Islam, berlandaskan kepada Al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias.” Mereka hanya pertubuhan dakwah yang sudah tentu mencakupi seluruh aspek kehidupan termasuk politik. Menurut Jamaludin Abdullah lagi, IKRAM (baca termasuk al Jamaah-IRC-JIM) “dianggap sebagai pertubuhan politik mungkin kerana ada begitu ramai bekas ikon pertubuhan-pertubuhan tersebut kini aktif dalam wadah politik.” Antaranya tokoh mereka ialah YB Ir Saari Sungip (Presiden JIM, Abu Urwah), Dr Dzulkefly Ahmad(Abu Iman), Fuziah Salleh, Syed Ibrahim Syed Noh, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang), Mohd. Tuah Ismail (Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Betong) dan Mohd Bakhtiar Wan Chik (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP).
IKRAM tidak terlibat secara rasmi dalam politik kepartian tak semestinya IKRAM tidak terlibat dengan politik negara. Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden IKRAM menyatakan “Kita melibatkan diri dalam politik negara dengan tujuan membangunkan umat dan masyarakat yang celik politik, memiliki kematangan dan keberanian bertindak secara politik yang tinggi sehingga mampu menggerakkan perubahan kepemimpinan politik negara, menggerakkan agenda politik yang akan menghantar pemimpin terbaik ke mercu kekuasaan, memimpin negara dengan penuh kewibawaan, mendukung satu sistem politik yang adil dan cemerlang” Walaupun IKRAM tidak terlibat secara rasmi dalam politik kepartian, IKRAM akan menyokong calon dan parti Islam. Kenyataan Presiden IKRAM, Mohd Parid Sheikh dapat dilihat dalam kenyataan di bawah “Ikram telah membuat keputusan untuk menyokong parti dan calon yang menyokong Islam atau paling kurang, calon yang tidak menentang Islam”
Penglibatan Ahli IKRAM Dalam Politik Kepartian IKRAM membawa bagasi negatif dalam gerakan Islam kerana pendekatan penyusupan mereka yang menghasilkan masalah dalam gerakan Islam seperti fenomena jemaah dalam jemaah. Apabila al Jamaah-IRC-JIM-IKRAM melepaskan anggota mereka untuk menyertai parti politik, ia menghasilkan kewaspadaan kepada sesebuah parti. Anggota IKRAM yang dilepaskan perlu membawa budaya dan sifat yang dipelajari dalam IKRAM untuk dipraktis dalam politik kepartian dan pemerintahan negara. Ahli yang menyertai politik diminta melepaskan jawatan jemaah IKRAM. Bagi mengelakkan anggota IKRAM yang menyertai sesebuah parti terpengaruh dengan budaya baru, Presiden IKRAM, Mohd Parid Sheikh Ahmad menggariskan sembilan objektif penglibatan ahli-ahli IKRAM dalam politik, iaitu: 1.
membangunkan kecelikan politik rakyat
2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
membangunkan budaya politik yang bersih dan sihat mewujudkan perubahan lanskap politik negara ke arah peralihan kuasa secara demokratik pertukaran pemerintahan secara aman mengangkat pemimpin terbaik menerajui kepemimpian negara membentuk pemerintahan yang bertanggungjawab membangunkan sistem politik yang adil membangunkan daulah ar-risalah
Pendekatan Strategi Dua Lapis: Pengalaman JIM JIM menggunakan pendekatan dua lapis dalam menangani isu masyarakat dan bertindak sebagai sebuah gerakan masyarakat madani. Kelebihan pendekatan ini ialah JIM dapat mendalami, mempelajari dan mendekati pihak yang memperjuangkan hak asasi manusia selain berfungsi sebagai gerakan dakwah. Antara pendekatan JIM ialah a) Meletakkan kedudukan JIM dalam kalangan NGO Islam seperti ACCIN dan MAIM. b) Meletakkan kedudukan JIM dalam kalangan NGO lain dan masyarakat madani. Umpamanya dalam Gerakan Mansuh ISA dan Mafrel. c) Meletakkan kedudukan JIM dalam kalangan parti politik seperti dalam PKR dan PAS. (kini PAN) d) Membina jaringan dengan pelbagai agensi kerajaan. Contoh dalam PEMADAM. e) Pendidikan melalui institusi seperti Sekolah Rendah al Amin. f) Pengeksportan ahli ke pelbagai institusi awam, swasta dan NGO. Pendekatan ini mempunyai banyak kelemahan terutamanya bab kesatuan dan wala’. Antara kelemahan yang dikesan ialah a) Tiada wadah utama dan boleh menyebabkan perpecahan. Perlu sebumbung, satu nama, satu tanzim, satu kepimpinan dan satu tumpuan wala’. b) Tidak dapat mengamal sepenuhnya semua piawaian dalam organisasi c) Kewujudan tidak dirasai oleh masyarakat.
d) Terdapat pandangan yang insular(dalaman, eksklusif) dalam sebahagian ahli. e) Ramai kader dan pemimpin bertebaran memilih bidang penglibatan, membina nama dan institusi sendiri tanpa berpandukan perancangan tersusun. f) Tidak optimen tenaga penggerak kerana program sama pendekatan dan bentuk Permasalahan menimbulkan keperluan menyepadukan semua ahli sejak usrah bermula sampai sekarang, sumber dan pencapaian di bawah satu organisasi dan satu perancangan. Organisasi juga lebih mantap, menginstitusikan amalan tanzimi Islam, penekanan kepada tarbiah serta mengembang jaringan dan kegiatan pada peringkat antarabangsa.
Idealisme IKRAM Dalam Politik Fokus politik IKRAM untuk pembaikan adalah pengukuhan sistem dwi-parti. IKRAM mencadangkan agar diperkasakan semak imbang (check and balance ) yang berkesan menerusi sistem dua parti yang utuh. Dalam konteks Malaysia, perlu wujud dua gabungan parti yang sama kuat, sama mampu bersaing secara sihat, bersih dan adil dan saling mampu memerintah, berupaya menjadi pemerintah. Persaingan ini akan mematangkan penguasaan rakyat terhadap proses demokrasi dan menyerlahkan yang terbaik daripada sistem tersebut. Kita perlu kepada sistem dua parti yang memberi ruang kepada semua pihak untuk mencabar penyalahan guna kuasa. (Power corrupts; Absolute power corrupts absolutely ). Oleh itu, monopoli kuasa oleh mana-mana pihak perlu ditentang. Pimpinan IKRAM merasa bertanggungjawab untuk mewujudkan perubahan situasi politik negara ke arah situasi politik yang lebih baik, lebih sihat dan adil yang akan mewujudkam ruang yang luas dan berkekalan bagi pembaikan perjalanan negara menuju negara rahmah untuk manusia dan alam semesta. Untuk menjayakan hasrat tersebut pihak pimpinan akan sentiasa memantau keadaan dan perkembangan politik negara dan dunia, bertindak proaktif ke arah perkembangan-perkembangan tersebut agar umat tidak terpinggir, Islam akhirnya
dapat dimartabatkan pada kedudukan yang sewajarnya. “Memimpin manusia dan dunia”. Secara ringkas dan jelas, tanpa berselindung, kita ingin menegaskan kepada semua, kita akan mempersiapkan diri untuk menghadapi semua kemungkinan yang akan terjadi, agar umat memiliki pembela nasibnya yang tulen, pejuang citacitanya yang manusiawi dan murni. Parti terbaik menguasai majoriti kerusi parlimen serta menubuhkan kerajaan baru yang bertanggungjawab dan berwibawa. Pemegang tampuk pemerintahan adalah satu kedudukan yang paling tinggi dalam Islam, ( عامة والي ةwilayah ammah). Lantaran itu, ia sepatutnya diserahkan kepada peribadi-peribadi yang layak dan mempunyai( األم ين ال قوىkebolehan dan integriti). Parti terbaik harus meningkatkan budaya dialog dan "engagement" dengan kumpulan-kumpulan selain mereka dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan bersama dan nasional. Mereka harus bertukar-tukar buah fikiran dengan pertubuhan-pertubuhan keIslaman yang lain, ia sangat baik untuk bekerjasama membangunkan umat Islam. Tetapi mereka juga harus berdialog, berkomunikasi dan bersedia bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan di luar aliran "Islamisme", kerana akhirnya yang kita mahu ialah menyampaikan mesej Islam kepada semua pihak, bukannya Islam menjadi terpencil dan jauh daripada ruang awam atas alasan "mahu selamat". Penglibatan IRC-JIM-IKRAM dalam Politik Malaysia Penglibatan IRC dalam politik berkembang pesat setelah Anwar Ibrahim (Dato Seri) masuk ke dalam UMNO. Kemasukkan Anwar Ibrahim menyebabkan sebahagian pemimpin IRC yang memimpin ABIM mendalangi usul penolakkan keputusan Anwar Ibrahim menyertai UMNO. Anwar Ibrahim sendiri sangat rapat dengan gerakan Islam antarabangsa melalui WAMY. Menariknya pada akhir tahun 1980am, satu kertas kerja mengusulkan anggota IRC masuk UMNO tetapi usul ini ditolak serta diakhiri dengan penubuhan JIM. Walaupun ditolak unsur bersama UMNO, JIM semasa Anwar Ibrahim bersama UMNO berperanan menguatkan UMNO. Antara kader mereka yang masuk
UMNO ialah Abdul Rahim Ghouse, Wan Husni Wan Hasan dan Sahri Bahari. Berlaku pertembungan IRC-JIM dengan PAS berlaku termasuk di kampus. Pemecatan Anwar Ibrahim menyebabkan hubungan IRC-JIM dengan UMNO menjadi kendur. JIM telah bersama GERAK yang dipimpin oleh Fadzil Mohd Noor. JIM juga’ mengeksport’ pemimpin mereka ke dalam Parti Keadilan Nasional. Antaranya ialah Saari Sungip, Rodziah Ismailii, Fuziah Salleh, Sahri Bahri dan lainlain. Manakala Dr Dzulkefly Ahmad masuk PAS. Kemudianya, Ir Saari Saari menyertai PAS. Pada ketika itu, sayap wanita PKN dikuasai oleh Wanita JIM dan kelompok liberal. Antara Haniza Talha, Rodziah Ismail dan Fuziah salleh. Kemudian Saari Sungip telah menyertai PAS. IRC-JIM-IKRAM terus menghantar tokoh mereka seperti Syed Ibrahim Syed Noh ke dalam PKR sebagai Ketua Penerangan. Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga mula dibanjiri oleh pimpinan muda daripada IKRAM termasuk Ahli Parlimen Belia. Paling mengejutkan, perpecahan PAS menyebabkan sebahagian besar pimpinan PAS daripada latarbelakang IRC-JIM-IKRAM, Suara Islam dan ABIM keluar menubuhkan parti baru iaitu Parti Amanah Nasional (PAN). iii PAN didukungi sepenuhnya oleh IKRAM. Pemimpin IKRAM dihantar untuk memperkuatkan PAN. IKRAM melepaskan Timbalan Presiden IKRAM, Hasanuddin Mohd Yunus untuk bergerak aktif dalam PAN melalui jawatan Naib Presiden PAN. PAN digerakkan oleh tokoh IRC-JIM-Suara Islam seperti Ir Nizar Jamaludin (Suara Islam), Ir Izham Hashim (Suara Islam), Ir Khalid Samad (Suara Islam), Dzulkefly Ahmad (IRC), Saari Sungip (IRC-JIM), Mujahid Yusuf (Alami-JIM) dan lain-lain.
IKRAM dan Pemerintahan: Malaysia Menuju Negara Rahmah Negara Islam versi IKRAM boleh dilihat dalam Gagasan: “Malaysia Menuju Negara Rahmah”. Fasa 2 dinamakan Fasa pengukuhan tahap Idealismenya, di peringkat nasional. Antara ciri-cirinya ialah; I.
Negara yang disebut di dalam al-Quran sebagai ‘Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur.’
II.
Negara yang berdiri atas asas Hakimiah Allah SWT
III.
Negara yang pemerintahnya terdiri daripada pimpinan yang adil, tidak melakukan pelanggaran-pelanggaran hukum yang besar, mungkin pernah melakukan maksiat yang kecil sahaja, mendaulatkan syariat sepanjang pemerintahannya.
IV.
Negara yang menjunjung perintah Allah dan Rasul-Nya.
V.
Negara yang melaksanakan tuntutan syariah.
VI.
Negara yang meletakkan maqasid pemerintahan dan pentadbiran.
VII.
Negara yang menaungi semua rakyatnya atas prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaaan manusia sejagat.
VIII.
Negara yang memastikan hak-hak semua lapisan masyarakatnya tanpa mengira agama dan bangsa dipertahankan atas landasan syariat dan maqasid syariah.
IX.
Negara yang mengamalkan pemerintahan yang didasarkan atas rundingan (syura) dan kesepakatan serta memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara dan memilih kerajaan mengikut lunas-lunas perlembagaan.
X.
Negara yang memastikan risalah dan dakwah Islam ditegakkan dan menjadikannya ciri utama kepada kelangsungan pentadbirannya.
XI.
Negara yang memastikan urus tadbir yang baik serta meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai matlamat penting dalam kewujudannya.
syariah
sebagai
asas
kepada
Semua pernyataan ini bersesuaian dengan kehendak siyasah syar’iyyah yang menuntut pengurusan kehidupan rakyat dan pentadbiran negara sejajar dengan tuntutan-tuntutan syariah, unjuran-unjuran syariah bagi maksud menegakkan Islam dalam negara dan kehidupan manusia serta menertibkan perjalanan dunia berasaskan bimbingannya.
Pernyataan ini sejajar dengan peryataan-pernyataan ulama’-ulama’ ummah yang tersohor sewaktu berbicara tentang siyasah syar’iyyah atau maksud daripada penegakan pemerintahan dan negara Islam. Penyataan ulama iaitu “Siyasah syar’iyyah ialah pengurusan seorang pemimpin yang adil terhadap urusan-urusan yang dikongsi bersama oleh semua rakyat sejajar dengan kehendak-kehendak syariah.” “Penegakan agama dan pengurusan (perjalanan) negara dengan (bimbingan) agama (Islam).”iv
Muhasabah Untuk Kelompok Pendokong IKRAM Dalam Menggapai Cita-cita Politik 1. Para pendokong IKRAM dalam politik kepartian seringkali mengutarakan istilah inklusif. Malangnya pada yang sama, IKRAM sendiri adalah eksklusif. Lihat sahaja dari segi pemeringkatan jenis keahlian dalam IKRAM. 2. Sifat taqiyah dan tauriah para pendokong IKRAM dalam politik kepartian bakal mencelarukan pemikiran Islam mereka. Dalam masa jangka panjang, pihak sekular akan menganggap kelompok pendokong IKRAM akan menipu mereka. 3. Sifat menumpang parti politik seperti PAN dan PKR bakal mencetuskan gelombang perpecahan dalaman suatu hari kelak. 4. Pemikiran Islam mereka tidak jelas menyebabkan timbulnya pragmatik dalam membuat keputusan. 5. Campurgaul antara sekularisme dan Islam menyebabkan kita terfikir, apakah manfaat kelompok pendokong IKRAM bersama puak sekular kepada Islam?. Mendekatkan mereka dengan Islam atau kita lebih banyak mengikut mereka?. 6. Apabila istilah-istilah moden seringkali digunakan, hujah Islam kelihatan tempelan dan sampingan sahaja. 7. Tanpa mengutamakan akidah, perjuangan akan bersifat ‘nafas pendek’ kerana bergantung kepada umpanan duniawi.
Kesimpulan Kehadiran IKRAM melalui proksi politik menambah dinamika politik Islam di Malaysia. Ia cuba memecahkan monopoli dan dominasi PAS yang selama ini menjadi parti Islam tunggal di Malaysia. Kehadiran proksi IKRAM menyebabkan berlaku pertembungan dan persaingan politik sesama sendiri antara gerakan Islam. Ia dilihat merugikan perjuangan Islam. Oleh kerana, IKRAM bersifat eksklusif, proksi politik IKRAM kurang berkebolehan melatakan pengaruh parti dalam kalangan rakyat jelata. Mereka hanya meraikan kejayaan hasil menumpang bukannya membawa keahlian baru dalam kalangan rakyat. Kehadiran mereka memberi alternatif baru dalam politik Islam yang selama ini hanya tertumpu dengan pendekatan dan pemikiran PAS. Ia menambah kepelbagaian pemikiran dan pendekatan.
Islamic Representative Council (IRC) “Masa depan tidak bersama Islam politik, tidak bersama para Islamis, masa depan juga tidak bersama parti politik berasaskan Islam di negara-negara umat Islam. Itu hakikatnya. Masa depan adalah bersama masyarakat terbuka (open society). Islam politik mahupun Muslim demokrat tidak boleh hidup secara eksklusif,” Maszlee Malik (Dr.) Dalam bab ini, kita akan menelusuri beberapa perkara dibawah 1. Mengenali Sejarah IRC 2. Menyelusuri pendekatan yang digunakan oleh Tanzim Ikhwanul Muslimin Malaysia. Membicarakan tentang IRC, ia bagaikan membicarakan kisah dongeng dan mitos. Benar atau tidak?. Ia disebabkan pimpinan lama IRC tidak mahu menulis secara jelas tentang kewujudan mereka. Menjelang penubuhan Pertubuhan IKRAM Malaysia, pimpinan Jamaah Islah Malaysia (JIM) telah merungkaikan persoalan kewujudan jamaah yang selama ini disebut ‘IRC’ dalam Ucapan Dasar Presiden JIM dalam PPN ke 20 (2010) dan PPN ke 21 serta Ucaptama Sempena Majlis Penubuhan IKRAM. Ketiga-tiga ucapan ini menjadi penting kerana ia akuan rasmi mengesahkan kewujudan IRC yang rahsia selama ini. Bahkan akuan ini juga memungkinkan kita mengesah segala cakap orang dan kertas kerja wujudnya IRC selama ini. IRC mempunyai proses pentarbiahan dan dakwah bukan politik yang terbaik. Ini tidak dapat dinafikan. Penulisan ini cuba menyelusuri liku-liku ‘dakwah politik’ IRC. Satu Jemaah yang tidak bernama dikenali sebagai al Jemaah memuncul diri sebagai Islamic Representative (IRC) pada akhir tahun 1970an. IRC dianggap sebagai Harakah Islamiaih Syumuliah (HIS) yang bermatlamat menegakkan Islam sebagai sistem hidup. IRC mempunyai tanzim dan kepimpinan rahsia. Penulis mengunakan IRC dalam merujuk kepada Ikhwanul Muslimin Malaysia atau Ikhwan Melayu. IRC hasil gabungan Alami Mesir dan IRC UK.
Bermulanya Sebuah Tanzim Tanzim Ikhwanul Musliminv berkembang ke seluruh dunia sangat bergantung kepada pemikiran tokoh-tokoh dan cawangan Ikhwan di tempat seseorang itu belajar. Ikhwanul Muslimin (Ikhwan) Mesir ditindas oleh kerajaan Mesir. Penindasan ini menyebabkan kebangkitan radikalisme dalam Ikhwan. Radikalisme juga disebabkan oleh pemikiran Sayyid Qutb yang berlandaskan pelurusan dan kemantapan aqidah. Pemikiran Sayyid Qutbvi mendominasi pemikiran anak muda dalam Ikhwan sehingga menjadikan mereka radikal. Mursyidul Aam selepas Imam Hassan al Banna, Imam Hassan al Hudaybi, Ustaz Umar Tilmisani, Ustaz Muhammad Hamid Abu Nasr dan Ustaz Mustafa Masyhur cuba mengendurkan para pendamba pemikiran Sayyid Qutb yang keras. Walaubagaimanapun, usaha ini sukar dijalankan ekoran penindasan berterusan dan pengharaman terhadap Ikhwanul Muslimin oleh pemerintah Mesir. Pada zaman Ustaz Umar Tilmisani, beliau cuba mengurangkan ketegangan politik dan konflik dengan kerajaan. Antara usaha beliau memberi tumpuan utama kepada pengkaderan, pentarbiahan dan penguasaan organisasi melalui penyusupan kader dan kawalan entiti yang dikuasai melalui pemayungan oleh ‘kerajaan ghaib’ atau daulah terpendam. Ustaz Umar dibantu oleh pakar tarbiah seperti Ustaz Abbas as Saisi. Ikhwanul Muslimin juga berkembang di Barat apabila pemimpin Ikhwan berada dalam buangan menubuhkan Ikhwanul Muslimin Antarabangsa. Antara penggerak utama Ikhwanul Muslimin Antarabangsa ialah Ustaz Mustafa Masyhur di Jerman. Selain itu, ramai tokoh Ikhwan Iraq, Ikhwan Syria dan Ikhwan Mesir yang menjadi pelarian politik menyambung pelajaran dan mendapat PhD mengajar di Barat. Muktakhir ini, tokoh Ikhwan Tunisia, Syeikh Rashid Ghannosshi merupakan pemimpin buangan Ikhwan yang cukup berpengaruh kepada gerakan Islam pada hari ini. Ikhwanul Muslimin juga tersebar ke seluruh negara umat Islam melalui penubuhan cawangannya. Cawangan Ikhwan yang berpengaruh ialah Ikhwanul Muslimin Cawangan Syria dan Iraq. Kedua-dua cawangan ini banyak melahirkan pemikir agung Ikhwanul Muslimin. Di Syria, antara pimpinan terkenal Mustafa as Sibaie dan Said Hawwa. Manakala Ikhwan Iraq terkenal dengan Abdul Karim Zaidan dan Abdul Aziz al Badri. Di Sudan, tokoh terkenal Ikhwan di sana ialah Hassan Turabi. Pada muktakhir ini, Ikhwan Jordan dan Nahdah Tunisia banyak mempengaruhi pemikiran politik Ikhwan di seluruh dunia.
Fenomena Berbilang-bilang Jemaah: Pembentukan Tanzim dan Pengaruhnya di Malaysia Pembentukan tanzim bergantung kepada tempat kader-kader Ikhwan belajar dan siapa murabbi mereka. Dalam pemikiran politik, Ikhwan Syria dan Ikhwan Iraq lebih ke depan berbanding induk mereka Ikhwan Mesir. Ikhwan Mesir mengutama pentarbiahan dan pengkaderan. Ikhwanul Muslimin Antarabangsa juga mengutamakan pentarbiahan dan pengkajian tentang ketamadunan Barat terutamanya demokrasi dan hak asasi manusia. Kewujudan banyak Tanzim Ikhwan di sesebuah negara juga dibentuk oleh pengaruh pemikiran tokoh-tokoh Ikhwan yang mentarbiah dan mementori para kader dakwah. Sudah tentu pemikiran tokoh-tokoh Ikhwan mempunyai perbezaan terutamanya dari segi pendekatan dakwah. Penulis tertarik dengan pendapat Youssef Nada yang mengatakan ‘politik Timur Tengah penuh kerahsiaan, namun Ikhwan Muslimin ada di mana-mana di seluruh dunia. Ia bukan berasaskan sistem keahlian tetapi berdasarkan cara seseorang berfikir”. Cara seseorang berfikir melahirkan kesatuan mereka sekaligus membawa kesatuan amal yang bertujuannya kerana Allah. Walaupun ada pelbagai tanzim dan nama, mereka dapat disatukan dengan cara berfikir. Ada yang bercerita di sesetengah negara, tanzim Ikhwan ada 10 buah. Ia bukanlah satu kepelikkan kerana pemikiran tokoh dan tempat belajar yang berbeza. Di Malaysia, antara tokoh awal mempunyai pemikiran Ikhwan ialah Prof. Dr Zulkifli Mohamad. Beliau belajar di Mesir dan pernah menjawat Timbalan Yang Dipertua PAS Pusat. Kemudian kelompok Ustaz Hassan Shukri menerapkan pemikiran Ikhwan dalam PAS dan sahabat beliau, Ustaz Dahlan Mohd Zain dalam ABIM. Diikuti oleh peranan Tuan Guru Yahya Othman dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ABIM. Kemudian kelompok tua Alami Mesir-IRC UK (IRC), Suara Islam UK (masuk PAS), HALUAN Malaysia dan kelompok muda Alami Mesir (ISMA). Ikhwanul Muslimin mementingkan sofwatul mukhtarah iaitu pembinaan golongan terpilih (orang cerdik) dalam jemaah.vii Alat pentarbiahan yang sangat penting adalah usrah. Usrah yang terkenal yang dikatakan ‘usrah ibu segala murabbi’ ialah usrah yang dipimpin oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa di Mesir. Antara yang dikatakan anggota usrah itu ialah Ustaz Zawawi Ali (IRC), Ustaz Mohd Parid Sheikh Ahmad(IRC), Ustaz Mohamad Kamil Majid (UM), Ustaz Abdul Rahim (Negeri Sembilan), Ustaz Darus Senawi (HALUAN), Dr Hatta Shaharom (IRC) dan Ustaz Alias Othman. Usrah ini dikatakan diserahkan kepada Ustaz Mustafa Masyhur setelah Tuan Guru Abdul Hadi pulang ke Malaysia. Tokoh-tokoh ini menjadi murabbi jemaah Islam di Malaysia dan cukup berpengaruh dalam al jamaah-IRC-JIM-IKRAM, HALUAN, ABIM dan PAS.
Walaupun Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendapat pengaruh Ikhwan Mesir, beliau terlebih dahulu dipengaruhi oleh pemikiran tokoh Ikhwan Syria, Said Hawwa. Pemikiran politik dan tanggungjawab jemaah menyebabkan Tuan guru Abdul Hadi bergerak dalam PAS berbanding IRCviii. Tokoh unik yang mendapat celupan Ikhwanul Muslimin adalah Tuan Guru Yahya Othman (mantan ahli Majlis Syura Ulama PAS dan Majlis Syura ABIM). Beliau pernah berguru dengan pemimpin Ikhwan Syria yang terkemuka iaitu Ustaz Mustafa as Sibai. Kemudian beliau mendapat tarbiah Ikhwan Iraq seterusnya mendapat tarbiah Ikhwan Mesir. Beliau pernah berikrar bersama sahabat beliau untuk memperjuangkan Islam di Malaysia semasa beliau di Mesir. Menariknya, Tuan Guru Yahya Othman pernah bergerak cergas dalam WAMY yang digerakkan oleh Ikhwanul Muslimin Antarabangsa. Gelombang besar yang mendapat pengaruh Ikhwanul Muslimin Iraq ialah sekumpulan pelajar Malaysia yang dihantar belajar ke Iraq. Mereka adalah 1. Hassan Shukri (PAS) 2. Muhammad bin Daud (PAS) 3. Abdul Rahim bin Muhammad Zain (pensyarah UM) 4. Hasbullah Kasban (pensyarah UTM) 5. Hashim Jasin (PAS) 6. Azmi bin Ahmad (ABIM Kedah) 7. Abdul Ghani bin Kasa (guru agama) 8. Abdul Halim Yahya (pegawai agama FELDA) 9. Isamuddin bin Ahmad (ahli perniagaan) 10. Dahlan Mohd Zain (ABIM Perlis-KUSDA-HALUAN) Dalam membicarakan tentang pengaruh Ikhwanul Muslimin di Malaysia, adalah tidak adil tidak menyebut tentang peranan Dato Mohd Asri Muda. Beliau mempunyai hubungan baik dengan pimpinan gerakan Islam di dunia. Antaranya dengan Muhamad Natsir (MASYUMI) dan Kamal as Sananiri (Ikhwan Mesir, suami Hamidah Qutb). Dengan hubungan baik ini jugalah, Dato Asri mendapat tajaan daripada Kerajaan Iraq(masa itu rapat dengan Ikhwan) kepada 10 pelajar di atas dan mendapat bantuan kader untuk membantu PAS atas saranan pimpinan gerakan Islam antarabangsa. Dasar Ekonomi Baru membolehkan kelompok pelajar cemerlang kalangan bumiputera ditaja belajar ke luar negara terutamanya Britain. Kesedaran Islam semasa di sana membolehkan
mereka merapati pemimpin Ikhwanul Muslimin dalam buangan. Selain itu, mereka juga mendekati tokoh Islam daripada Jamaati Islami Pakistan dan Jamaah Nur dari Turki. Di Britain, MISG sudah ada sejak 1971 dan bergabung dengan Kesatuan Pertubuhan-pertubuhan Pelajar Islam (FOSIS). FOSIS bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar Islam. Perasaan tidak berpuas hati terhadap mula memutik apabila pelajar Malaysia tidak dapat menerima pendekatan Islam FOSIS dan penguasaan pelajar Islam daripada negara-negara Islam yang minoriti berbanding pelajar Malaysia yang majoriti dalam FOSIS. Isu-isu Malaysia kurang dicakna oleh FOSIS. Pada awal tahun 1975, Suara Islam telah ditubuhkan oleh pelajar Malaysia. Suara Islam dipengaruhi oleh pemikiran Jamaati Islami Pakistan. Mentor Suara Islam ialah Javed Ansari, seorang tokoh Jamaati Islami yang menjadi pensyarah di sana. Javed mempunyai pemikiran radikal dan kritis. Beliau memberi penerangan perbandingan Islam dengan komunisme Mao dan Stalin. Antara kepercayaan Suara Islam ialah ‘revolusi Islam perlu dipimpin oleh sebuah parti politik’. Mereka bercadang ingin menubuhkan Parti Revolusi Islam(ada pendapat Parti Negara Islam) sekembali mereka ke Malaysia.ix Kemudian muncul IRC yang menggunakan pendekatan dakwah dan tarbiah. Mereka mengunakan pendekatan Ikhwan iaitu menembusi organisasi sedia ada dan cuba melakukan perubahan daripada dalam organisasi tersebut. IRC mengunakan usrah-usrah untuk merapat hubungan sesama anggota dan mengalakkan anggota mereka dalam penyertaan dalam pembangunan masyarakat.x Perkembangan Tanzim Ikhwan Di Malaysia. Di Malaysia, Tanzim Ikhwan dikatakan terbahagi 3 iaitu Tanzim IKRAM, ISMA dan HALUAN Malaysia. Masing-masing mengaku dan menisbahkan mereka sebagai wakil sah sebagai cawangan Ikhwan di Malaysia. Persaingan sengit antara IKRAM, ISMA dan HALUAN. Dalam sejarah Tanzim Ikhwan di negara ini, kita wajar melihat siapa yang paling awal menceburi diri dalam Ikhwan. Setakat hari ini, sejarah membuktikan generasi semasa Prof Dr Zulkifli Mohamad adalah generasi awal yang mendapat pengaruh pemikiran Ikhwan. Prof Dr Zulkifli Mohamad sendiri mendapat tarbiah secara langsung melalui kuliah hari selasa yang diadakan oleh Ikhwan di Kaherah semasa beliau belajar.xi Cuma yang tidak dapat dibuktikan adalah keahlian beliau dalam Ikhwan.
Pengaruh pemikiran Ikhwan juga dikesan pada tahun 1957 apabila seorang pelarian dari Mesir, Syeikh Taqiyuddin datang mengajar pelajar sekolah agama di Kedah. Beliau mengunakan sistem usrah yang digilirkan antara rumah ahli usrah. Menariknya, antara ahli usrah ini adalah Ustaz Jais Anwar yang kelaknya menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 1968/70.xii Peringkat yang penting adalah pada tahun 1963 apabila 10 orang pelajar Malaysia dihantar ke Iraq atas saranan Dato Mohd Asri Muda dengan kerjasama Presiden Iraq pro Ikhwan, Muhamma Arif Abdul salam. Antara mereka ialah Ustaz Hassan Shukri (PAS), Ustaz Muhammad Daud al Iraqi (PAS) dan Ustaz Dahlan Muhammad Zain (ABIM Perlis-KUSDA-HALUAN Malaysia). Kelompok PAS dalam kumpulan ini menyebarkan pemikiran Ikhwan dalam PAS dalam ceramah dan penulisan mereka. Ustaz Dahlan Mohamad Zain pimpinan ABIM Perlis tidak bersetuju pendapat ABIM yang ‘melepaskan’ Anwar Ibrahim masuk UMNO. Akibatnya, beliau menubuhkan kumpulan sendiri yang dikenali Kumpulan Ustaz Dahlan atau KUSDA dan kemudiaanya menjadi HALUAN. Kelompok ketiga ialah kelompok Alami Mesir dan diikuti oleh IRC UKxiii. Sebenarnya ada satu lagi kumpulan usrah di London yang diusahakan oleh pimpinan PKPIM. Usrah ini dipimpin oleh Ustaz Razali Nawawi di London ini diadakan pada tahun 1968. Anggota lain usrah ini ialah Syed Ibrahim Abdul Rahman , Wan Ismail Wan Ibrahim dan Hishamuddin Yahya. Cuma kita kekurangan maklumat tentang hubungan Ikhwan dengan usrah ini. Adakah ia dipengaruhi setakat pertemuan dan bahan bacaan atau tidak mendapat pengaruh daripada Ikhwan. IRC bermula daripada kumpulan pelajar yang pulang daripada luar negaraxiv pada tahun 1970an. Mereka hidup dalam organisasi yang tidak berdaftar melalui usrah-usrah. Ramai kalangan mereka menyerap-masuk atau menyusup ke dalam ABIM. Pendekatan mereka adalah dakwah dan tarbiahxv. IRC (atau al jamaah atau sebuah pertubuhan tidak diberi nama) mengetepikan untuk bergerak di bawah gerakan dibina sendiri demi menjaga kesatuan ummah.xvi Pada tahun 1990, baru sebuah entiti yang dikenali JIM ditubuhkan untuk meneruskan usaha IRC dalam dakwah. Abdul Hadi Awang, Yahya Othman, PAS dan Ikhwanul Muslimin. Baru-baru ini heboh berita di Mesir yang mendakwa Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Ikhwanul Muslimin Antarabangsa. Kemudian berita ini dinafikan oleh PAS. Ada yang mendakwa Abdul Hadi menganggotai Ikhwan sejak akhir 1960an.
Abdul Hadi Awang kurang bersetuju dengan pemikiran dan pendekatan konsep Ikhwan Alami. Konsep Ikhwan Alami bukanlah fikrah Ikhwan yang asal dan tidak dipersetujui oleh seniorsenior dalam Ikhwan. Ikhwan Alami digerakkan oleh tokoh muda Ikhwan yang pernah mengerakkan Ikhwan di negara Barat. Ikhwan Alami mahu menubuhkan jemaah baru walaupun di negara tersebut sudah ada jemaah Islam yang sedia ada. Menurut Abdul Hadi Awang, asal usul Ikhwan Alami Malaysia apabila beliau memperkenalkan sekelompok pelajar Melayu lepasan Nilam Puri (kemudian menjadi tokoh Alami) kepada pihak Ikhwan. Abdul Hadi bersangka baik dengan mereka kerana mereka datang daripada Nilam Puri yang dibawah PAS.xvii Apabila mereka pulang ke Malaysia, mereka mahu menubuhkan Ikhwan di Malaysia. Abdul Hadi tidak bersetuju dengan mereka. Menurut Abdul Hadi, mereka ini tidak ihtiram (menghormati) orang yang lebih khibrah (berpengalaman) dalam memahami waqie' (realiti). Murabbi umat celupan Ikhwan Mesir, Ikhwan Syria dan Ikhwan Iraq serta Ikhwan Antarabangsa (melalui WAMY), Tuan Guru Yahya Othman juga tidak bersetuju dengan penubuhan jemaah baru. Beliau pernah dijemput untuk menjadi murabbi atau mas’ul tarbiah sebuah jemaah tetapi beliau menolak. Beliau memberitahu bahawa beliau dan sahabat beliau dinasihati oleh Ikhwanul Muslimin menyertai PAS dalam usaha memperkuatkan PAS khususnya dalam bidang tarbiah dan dakwah. Nasihat Yahya Othman, ‘PAS ini terbuka akhi, sesiapa sahaja boleh masuk PAS, tak perlu tubuh jemaah baru”. Begitu nasihat Yahya Othman kepada pemimpin sebuah jemaah.xviii Kamal Helbawy pernah menyarankan HALUAN, ISMA dan JIM memilih PAS sebagai platform perjuangan dalam memastikan suasana politik yang adil. Kumpulan-kumpulan Islam ini bergerak bersama-sama dengan PAS dalam kondisi saling memahami antara satu sama lain. Jangan bersikap melampau dan provokatif antara satu sama lain.xix Hassan al Banna sendiri mengakuri dan bersetuju pendapat Raja Saudi, al Malik Faisal tidak membenarkan Ikhwan ditubuhkan di sana kerana menganggap beliau juga sebahagian daripada Ikhwan. Abdul Hadi bersetuju dengan idea mentor beliau, Said Hawwa yang mengkritik pendekatan Ikhwan Alami yang dianggap tidak perlu. Sudah cukup dengan adanya front antarabangsa untuk menyatukan ikhwan daripada seluruh bukannya menubuhkan Ikhwan di negara yang sudah ada jemaah Islam. Kepimpinan Ikhwanul Muslimin Antarabangsa menjadi wakil jemaah seluruh dunia. Front ini berperanan membuat qarar (ketetapan) yang dipersetujui bersama. Semua jamaah di negara-
negara umat Islam tadi wajib melaksanakan qarar-qarar tersebut semampu mungkin. Namun jika bertembung dengan realiti di negara masing-masing mengekang, maka qarar itu boleh untuk tidak dilaksana.xx Dalam mengatasi permasalahan perbezaan antara jemaah Islam, pendekatan sederhana, berhikmah dan lembut wajib digunakan. Seteruk mana sekalipun mereka, mereka tetap anasiranasir Islam. Mereka sendiri bukan musuh. Dalam keluarga, setiap anggotanya ada fungsi. Ada yang berwatak emak, watak ayah dan watak anak. Ibu garang, ayah menasihati.xxi Kemunculan HALUAN, JIM, ISMA dan IKRAM Jemaah Islah Malaysia (JIM) ditubuhkan 27 Julai 1990. JIM merupakan salah satu atau sebahagian entiti Tanzim Ikhwan Malaysia. Setelah 15 tahun bergerak tanpa organisasi sendiri, satu keperluan untuk IRC bergerak dalam ruang terbuka. Visi JIM ialah membangun sebuah negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020. Motto JIM yang berbunyi "Bersama Islam Membina Masyarakat". Presiden pertama JIM ialah Ir. Saari Sungip dikatakan salah pimpinan IRC UK. Antara kejayaan penting JIM ialah 1. Kedudukannya (positioning) kalangan NGO Islam 2. Kedudukan JIM dalam kalangan NGO lain dan masyarakat Madani 3. Kedudukan dalam parti politik 4. Jaringan dengan pelbagai agensi kerajaan 5. Dikenali dengan institusi seperti sekolah al Amin. Pertubuhan IKRAM Malaysia(IKRAM) diluluskan pendaftaran pada 22 Oktober 2009. Antara tujuannya ialah menyatukan entiti IRC yang bertaburan yang menyukarkan arahan pusat. Presiden pertama ialah Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad. Cogan kata IKRAM ialah “Ukhuwah Teras Kegemilangan”. Dasar IKRAM ialah Islam, dan asas pegangannya ialah Al-Qur’an, AsSunnah, Ijma’ dan Ijtihad. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN Malaysia) mempunyai susur galur daripada ABIM Perlis atau ABIM Utara. Ada juga mengenali kelompok ini sebagai ‘Sahabat Utara’ atau Kumpulan Ustaz Dahlan (KUSDA). Pada tahun 1988, kumpulan ini menjelmakan diri sebagai HALUAN Malaysia. Haluan Malaysia lebih menumpukan kepada kebajikan dan pentarbiahan. Pusat pengajian popular mereka ialah Ma’had Attarbiyah al Islamiyyah (MATRI) diasaskan oleh Ustaz Dahlan Mohamad Zainxxii. Motto iaitu “berakhlak, mendidik dan berbakti”.
Ikatan Siswazah Muslim Malaysia (ISMA) ditubuhkan pada tahun 1997 yang menjadi sebahagian daripada Tanzim IRC. Pada tahun 2005, penjenamaan ISMA berlaku. Ia dikenali sebagai Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan menarik diri daripada pengaruh IRC. ISMA berasal usul daripada kelompok Alami Mesir kalangan anak muda. Diketuai oleh Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman. ISMA mempunyai dua motto iaitu ‘Membangun Umat Beragenda’ dan ‘Melayu Sepakat, Islam Berdaulat’. Pada pilihanraya umum 2013, ISMA telah melakukan ijtihad dengan menghantar calon-calon mereka melalui parti BERJASA. Dalam bidang bantuan kemanusiaan, agensi ISMA iaitu Aman Palestin terkenal di Malaysia. IRC-JIM-IKRAM dan Politik Malaysia Pada pertengahan 1970an, kader dakwah Alami Mesir dan IRC UK pulang ke Malaysia. Ramai kalangan mereka menjadi pensyarah universiti. Tumpuan mereka kepada pentarbiahan dan pengkaderan. Oleh kerana ABIM dan PAS sudah lama bertapak, mereka tidak menubuhkan gerakan baru tetapi diarahkan untuk memperkuatkan organisasi mata rantai gerakan Islam yang sedia ada. Pada waktu itu PAS berada dalam BN, kader dakwah ini mula menyusupi ABIM. Mereka mengunakan pendekatan rahsia dan tidak mendedahkan identiti mereka. Pendekatan kerahsiaan, pemayungan dan penyusupan dalam organisasi dilakukan semasa zaman ustaz Umar Tilmisani bagi mengelakkan Ikhwan ditindas. Anggota Ikhwan Mesir telah menyusup masuk ke dalam banyak pertubuhan profesional di Mesir. Pertubuhan-pertubuhan ini diletakkan dibawah kawalan Ikhwan dan cuba mengaburi pihak berkuasa. Ia menjadikan pertubuhan tersebut hanya proksi. Ada pihak mendakwa terdapat Konsep Harakah Islamiyyah Syumuliah (HIS) diaturkan oleh IRC (al jamaah) dimana menjadikan PUM (ulama), ABIM (NGO) dan PAS (sayap politik) sebagai proksi dimana kekuasaan sebenar terletak kepada Amir IRC bukan kepimpinan PUM, PAS dan ABIM.xxiii IRC cuba menguasai pentarbiahan ABIMxxiv tetapi kurang berkesan apabila ABIM cuba menjarakkan diri mereka daripada pemikiran Sayyid Qutbxxv. Penguasaan ini juga tidak berjaya kerana pentarbiahan ABIM didominasi oleh Anwarinas (setia dengan Anwar Ibrahim). Penguasaan IRC dalam ABIM sangat berjaya sehingga berjaya menghuni ‘Majlis Syura’ ABIM. Perkara ini jelas sesudah Anwar Ibrahim masuk UMNO dimana ada kalangan mereka mula menunjukkan imej sebenar mereka dengan meninggalkan ABIM.
Kebanyakan pemimpin IRC cuba menyusupi gerakan mahasiswa Islamxxvi dan PAS yang kesedihan kerana kemasukkan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO. Lujnah Tarbiah PAS Pusat telah menjemput dua anggota Majlis Syura IRC untuk bersama mereka pada pertengahan tahun 1980anxxvii. Peluang ini diambil oleh anggota IRC untuk memperkukuhkan kedudukan mereka ke dalam PAS. IRC bukan sahaja mentarbiahkan anggota PAS dan gerakan mahasiswa Islam tetapi telah memilih unsur terpilih dan terbaik dalam PAS untuk diserapkan ke dalam IRC secara rahsia. Gerakan jemaah dalam jemaah ini berjaya dikesan oleh Dewan Pemuda PAS dan akar umbi menolak kehadiran mereka. Dewan Pemuda PAS Pusat sendiri hampir terperangkap apabila pemimpin yang dikatakan proksi IRC Ir. Mustafa Kader antara calon yang dicadangkan sebagai Ketua DPPP. Syura DPPP telah memilih Ustaz Abdul Halim Arshad sebagai Ketua DPPP. Mereka juga cuba menguasai peringkat kawasan. Jemaah Islam Malaysia dikatakan diusahakan pada tahun 1988xxviii dan ditubuhkan pada 29 Julai 1990. Ia ditubuhkan pengislahan secara dakwah tidak berkesan dan dakwah tidak terpimpin. Justeru, IRC(al jamaah) memutuskan ‘jamaahlah HIS’ dimana sebuah jamaah yang mengambarkan identiti IRC diwujudkan. Ada berpendapat JIM bukan IRC tetapi ia sebahagian IRC. Menariknya, pada bulan Mac 1990, didakwa satu dokumen bertajuk ‘Pembentangan Usul Pendekatan Terhadap UMNO’ dibentangkan oleh wakil Majlis Syura Jemaah(MSJ).xxix Melalui usul ini, IRC mahu menghalalkan dan mewujudkan penglibatan anggota mereka ke dalam UMNO. Tetapi usul ini telah ditolak. Zaman reformasi pada tahun 1998 ekoran pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim membuka peluang JIM untuk mengunakan pendekatan politik. Presiden JIM, Ir Saari Sungip dan Sahri Bahri berserta ramai lagi pimpin JIM masuk Parti Keadilan Nasional berketuakan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Menariknya, pemimpin yang ada kaitan dengan IRC seperti Dr Dzulkefly Ahmad masuk PAS. Pendekatan politik IRC-JIM selepas tahun 1998 sangat berjaya apabila pimpinan mereka berjaya menduduki tampuk kepimpinan tertinggi dalam PAS dan PKN(PKR). Antaranya Fuziah Salleh sebagai Ketua Wanita PKN dan Ir Sahri Bahri sebagai Setiausaha Agung PKN. Dalam PAS, Dr Dzukefly Ahmad dilantik sebagai Ketua Dewan Penyelidikan PAS Pusat. Dalam pilihanraya pula, ramai daripada pemimpin yang bersusur galurkan Ikhwan di Malaysia iaitu IRC-JIM dan Suara Islam terpilih sebagai calon. Antaranya Ir Khalid Samad (SI), Ir Mohamad Nizar (SI), Saari Sungip (JIM) dan ramai lagi.
Perpecahan PAS pada tahun 2015 menyebabkan tertubuhnya Parti Amanah Nasional. Sebahagian besar kelompok IRC-SI-JIM-ABIM dalam PAS yang kecewa dan kalah dalam pemilihan bertindak menubuhkan sebuah parti Islam baru. Menariknya ada wakil IKRAM, Ustaz Hassanudin Mohd Yunus telah dilantik sebagai Naib Presiden PAN. Dalam PAN, ramai pemimpin mantan pimpinan senior IRC-JIM dan IKRAM, anak kepada pimpin IRC-JIM disamping ada yang mendapat tarbiah IRC semasa di alam kampus. Pada masa yang sama, JIM-IKRAM memperkuatkan cengkaman mereka dalam PKR dengan menghantar Syed Ibrahimxxx yang dilantik sebagai ketua Penerangan PKR dan seorang lagi dikatakan turut dikaitkan dengan IKRAM ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Selain, pimpinan muda IKRAM turut menyertai Angkatan Muda Keadilan (AMK). Antaranya ialah Wan Abdullah Mujahid Hasanuddin dan Mohd Mustaqim Abdul Jalil. Kedua-duanya mereka adalah anggota Parlimen Belia Malaysia. JIM, Demokrasi dan Hak Asasi Manusia JIM mahu berada dalam barisan hadapan dalam kalangan organisasi Islam dan dalam kalangan masyarakat madani.xxxi JIM mempunyai pendekatan yang unik dalam menangani demokrasi, hak asasi manusia, urus tadbir baik kerajaan, masyarakat madani dan penglibatan dalam NGO berasaskan sekularisme. JIM membina hubungan yang baik dengan NGO-NGO dan aktif dalam penglibatan dalam isu-isu yang diperjuangkan oleh NGO terbabit. Antara NGO terbabit ialah BERSIH, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Malaysians for Free And Fair Election (Mafrel), dan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM). Terbaru wakil JIM-IKRAM terlibat dalam Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia( Negara-ku). JIM berusaha meletakkan kedudukan mereka di kalangan NGO lain dan masyarakat madani. Walau pun pegangan JIM jelas, memperjuangkan pelaksanaan syariah, JIM tetap bersama dan diterima oleh NGO lain dalam usaha sama memperjuangkan keadilan, hak asasi manusia, good governance dan kebaikan, untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih baik. JIM-IKRAM juga mengutamakan pengunaan secara optimun sumber tenaganya dalam pelbagai NGO. Ia dapat meningkatkan lagi kerjasama dan permuafakatan dengan pelbagai NGO. dan menambah pengalaman anggota JIM-IKRAM. Persoalan yang timbul pula, ada pertubuhan atau pemimpinxxxii yang jelas menentang pelaksanaan Islam dalam pemerintahan. Adakah JIM-IKRAM bertaqiyah pendirian pelaksanaan
syariah dalam masa yang sama bergerak dalam pertubuhan pro sekularisme dan hak asasi manusia?. Peranan PAS Penyatuan Tanzim-tanzim Ikhwan di Malaysia. Tuan Guru Fadzil Noor berpendapat tidak boleh ada dua wadah politik Islam. xxxiii Kewujudan dua parti Islam boleh mengundang perpecahan masyarakat dan ia boleh melemahkan gerakan Islam itu sendiri. Dalam sejarah politik gerakan Islam, penubuhan parti baru lebih mejuruskan pertembungan sesama sendiri. Umpamanya, Parti Saadet dengan AKP di Turki dan FJP dengan Parti an Nur di Mesir. IRC-JIM-IKRAM mempunyai pengalaman tiada penyatuan dalam organisasi. Betapa pentingnya keperluan sebumbung, satu nama, satu tanzim, satu kepimpinan dan satu tumpuan wala’ dan tiada pertindihan penggunaan sumber. Setelah 15 tahun, IRC tanpa wadah, ia memberi kesan negatif. Antaranya 1. Tiada wadah utama dan tiada ‘rallying point’ untuk dakwah. 2. Tidak dapat mengamal sepenuhnya semua piawaian, best practices dan urus tadbir baik dalam organisasi. 3. Kewujudan tidak dapat dirasai oleh masyarakat umum. 4. Terbentuk pandangan yang insular (eksklusif dan dalaman) kalangan sebahagian anggota. 5. ramai memilih bertebaran dalam pelbagai organisasi tanpa perancangan. 6. Tidak optimun sumber tenaga dan program kerana berlaku pertindihan. Pengalaman ini wajar memberi pengajaran kepada IRC agar mereka meleburkan diri ke dalam PAS dan ABIM seperti yang mereka pernah lakukan dahulu. Apabila sudah ada jemaah Islam yang berpandukan al Quran dan hadith, tradisi Ikhwan ialah anggota mereka menjadi pembantu dan tentera kepada jemaah yang sedia ada. Mereka perlu membuang matlamat mahu menguasai jemaah lain, berdengki dan dendam lama dalam menyatukan gerakan Islam di Malaysia. Usaha penyatuan tanzim Ikhwan Malaysia pernah diusahakan pada tahun 1995 di Kelana Jaya. Ia dikenali sebagai peristiwa “indimaj” antara tanzim Abu Urwah dan tanzim Ustaz Dahlan tetapi gagal. Menurut THTLxxxiv, Tanzim Ikhwan Malaysia tidak berjaya disatukan disebabkan oleh 1. masing-masing kumpulan mendapat latihan dari tempat yang berbeza dan mendapat penekanan latihan dan ilmu yang diterima tidak sama
2. masing-masing kumpulan mempunyai strategi politik dan manhaj operasi dakwah dan tarbiyah yang berbeza. 3. sikap terhadap pemerintah yang tidak sama 4. taksub kepada pemimpin kumpulan masing-masing 5. Tidak ada kepercayaan antara satu sama lain. Pendekatan terbaik penyatuan tanzim ialah menyertai PAS. Sebagai gerakan Islam berasal daripada Ikhwanul Muslimin, ‘hakikat politik’ ada tersemai dalam perjuangan mereka. Justeru, mereka perlu memasuki sebuah organisasi yang kukuh, bersifat politik dan mempunyai sejarah yang cukup lama dalam politik. Tiada lain selain PAS. Apabila memasuki PAS, wajar mereka memulakan perjuangan mereka daripada bawah. Sifat perjuangan bukannya menyusup atau mewujudkan jemaah dalam jemaah tetapi bersifat pembantu. PAS era Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dekat dengan pimpinan Alami Mesir sewajarnya diambil peluang oleh IRC untuk merapatkan hubungan dan meleburkan diri mereka ke dalam PAS dengan membuang imej IRC mereka. Penyusupan dalam parti politik Islam oleh kader dakwah jemaah Islam adalah satu kaedah yang terbaik. Cuma masalah yang berlaku apabila kewujudan mereka menjuruskan kepada jemaah dalam jemaah. Sebaiknya kesetiaan dan sifat berkumpulan berdasarkan jemaah lain perlu dileburkan. Perkara ini pernah berlaku dalam Parti Keadilan Nasional(PKN) apabila ABIM dikatakan melakukan proses PengABIMAN PKN. IRC juga didakwa pernah cuba menguasai kepimpinan pemuda PAS. Menariknya, penyertaan pimpinan ABIM ke dalam PAS pada akhir 1970an dulu membuktikan keupayaan mereka meleburkan jemaah lama mereka setelah masuk ke dalam PAS. Di Indonesia terdapat pebagai parti beraspirasi Islam. Tanpa penyatuan, kepelbagaian parti itu merugikan perjuangan Islam. Kader Muhammadiyyah dan Nahdatul Ulama dihantar ke GOLKAR, Parti Amanat Nasional, Parti kebangkitan Umat dan lain-lain. Dalam konteks tersebut, sewajarnya, Muhammadiyyah dan Nahdatul Ulama berbincang dan menghasilkan sebuah parti politik Islam di Indonesia. Dua wala’ perlu diharamkan dalam gerakan Islam. Dua wala’ berlaku apabila jemaah menghantar kader mereka ke dalam jemaah islam yang lain dengan tujuan membantu dan ada bertujuan menguasai jemaah tersebut. Persoalan yang timbul, apabila berlakunya pertembungan pendapat antara jemaah asal dengan jemaah sekarang, dimanakah wala’ kader dakwah, jemaah baru atau jemaah lama?. Apa yang akan dilakukan oleh anggota PKR yang berasal daripada JIM-IKRAM jika berlaku pertembungan wala’ antara IKRAM dengan PKR?. Apa yang akan berlaku jika PAN yang mempunyai anggota IKRAM bertembung dengan PKR yang
turut disertai oleh anggota IKRAM, kepada siapakah wala’ anggota JIM-IKRAM yang berada dalam PAN dan PKR? Jemaah atau parti?. Kewujudan jemaah dan ‘front’ atau proksi bukanlah suatu yang baik dalam tempoh masa yang panjang. Ia boleh menghasilkan penentangan bahkan pertembungan antara jemaah dengan proksi. Perkara ini pernah berlaku di Sudan apabila Proksi yang dipimpin oleh Hassan Turabi menentang keputusan jemaah. IRC dan Gerakan Mahasiswa Islam Pada awal 1980an, kedua-dua kumpulan iaitu Ikhwan Alami dan IRC UK bergabung membentuk IRC. Perjuangan mereka secara rahsia dan melalui proses pentarbiahan. Pertembungan antara IRC (baca:JIM atau IKRAM) dengan PAS bermula sejak peringkat sekolah melalui proses pentarbiahan, pengkaderan dan penguasaan persatuan pelajar (BADAR). Ada pengaruh utama yang menyebabkan pertembungan ini ialah terdapat mentor dalam kalangan guru dan pentadbir sekolah, anak anggota JIM dan PAS dan penyertaan pelajar dalam pertubuhan pelapis (Kelab Remaja JIM). Antara medan utama pertembungan ini adalah di sekolah berasama penuh terutamanya sekolah agama seperti Kolej Islam Klang (KISAS). Kemudian anak-anak JIM/IKRAM/IRC melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan bergiat dalam kegiatan universiti. Pembawaan ‘ideologi’ JIM/IRC/IKRAM turut sama dibawa bersama mereka. Di universiti, selain daripada anak-anak anggota, ada juga pelajar universiti yang sememang dilatih dan diindoktrinasi di sekolah-sekolah milik JIM/IKRAM, ABIM, HALUAN dan PAS. Mereka ini turut berpengaruh dalam mengerakkan aktiviti gerakan Islam di kampus. IRC pernah memegang tampuk pentarbiahan mahasiswa terutamanya pentarbiahan mahasiswa di Universiti Malaya. Penyusupan mereka secara rahsia. Pentarbiahan mereka untuk memilih kader berkualiti untuk diserapkan dalam IRC bukannya PAS yang menguasai Jemaah Islam Kampus(JIK). Pada era tahun 1986-1988, berlaku perselisihan faham antara kelompok pro PAS dengan pro IRC. Akibatnya, IRC disingkirkan dalam PMIUM. Ekoran penyingkiran ini, IRC bertindak balas menyingkirkan kelompok pro PAS daripada Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM(PMAPIUM). Kemudian kelompok pro PAS berjaya menguasai PMAPIUM pada sesi 1988/89. Pada tahun seterusnya, IRC menghantar wakil dalam Barisan Mahasiswa Bersatu(BMB) yang pro HEP. Antara pimpinan IRC terkenal ialah Nazman Mustafa.
Di UKM, IPU pernah membentuk Majlis Syura hasil gabungan mahasiswa pro PAS dan pro IRC. Lujnah tarbiah dipegang oleh IRC manakala lujnah politik oleh IPU. Pada tahun 1987, berlaku pengeseran apabila IPU mendakwa IRC menarik ahli-ahli IPU untuk masuk dalam IRC dan melakukan program untuk kepentingan IRC tanpa pengetahuan Majlis Syura. Pada mesyuarat agung Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan Islam UKM(PMFPI) sesi 1988/89, IRC bertanding untuk melawan calon-calon IPU. Perkara ini berlanjutan dalam muktamar ISIUKM dimana calon IPU dan IRC bertarung secara terbuka sehingga terpaksa dilakukan dua kali kerana kehadiran yang luar biasa. Di UTM, IRC gagal menguasai PMUTM dan PMIUTM tetapi mereka kembali bangkit apabila Syed Mohd Famy dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor HEP. IRC cuba menguasai kolej melalui HEP. Pada sesi muktamar PMIUTM sesi 1988/89, ada juga berlaku pertembungan antara IRC dengan pro PAS. Kekalahan mereka menyebabkan mereka berundur daripada PMIUTM. Tindakan IRC menarik keanggotan PMI sehingga membentuk Jemaah dalam Jemaah adalah satu tindakan terkutuk. Ia satu penyusupan yang tidak beradab dalam berjemaah, apatah lagi mengunakan kekuatan orang lain untuk memperkuatkan diri sendiri tanpa pengetahuan pihak terbabit. Kesimpulan Tanzim Ikhwanul Muslimin Malaysia terdiri daripada IRC-JIM-IKRAM, HALUAN, Suara Islam dan ISMA. IRC terdiri Alami Mesir dan IRC UK yang didominasi oleh IRC UK dalam pentadbirannya, syuranya oleh Ikhwan Alami. Kewujudan IKRAM mengangkatkan memaparkan pemimpin Alami Mesir sebagai ketua. ISMA ialah kelompok muda Alami Mesir manakala HALUAN lebih kepada tanzim Ustaz dahlan. Tanzim Ikhwanul Muslimin Malaysia dipecahkan kepada tiga pengaruh iaitu Ikhwan Mesir, Ikhwan Iraq-Syria dan Ikhwan Antarabangsa. Pemikiran dan pendekatan mereka cukup berbeza dalam menangani permasalahan. Penulisan ini mengakui jasa dan perjuangan semua tanzim Ikhwan Malaysia. Cuma paling baik mereka bersatu dibawah satu bumbung iaitu dalam PAS atas hakikat sebenar mereka adalah politik Islam. Ibrah daripada pengkisahan ini ialah
1. Jika kita seorang Islamis, dalam politik kita perlu menjadi pembantu bukannya bercitacita tinggi mahu pemimpin atau menguasai jemaah Islam yang lain. Jika kita mengejar jawatan dalam kepimpinan, kita membuka ruang kepada permusuhan dalaman. 2. Keaktifan kita di peringkat lujnah negeri dan kawasan. Atau berjuang berdasarkan isu seperti alam sekitar, pengguna, hak pekerja dan orang asal. Jangan sangka keaktifan peringkat negeri atau kawasan itu tidak bermakna, Dato Husam Musa umpamanya, hanya tokoh Pemuda peringkat Negeri Kelantan yang akhirnya dipilih sebagai Naib Presiden PAS. 3. Tanzim Ikhwan Malaysia perlu menjadikan PAS sebagai wadah penyatuan mereka. Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan naqib usrah kepada murabbi IRC-JIM-IKRAM dan HALUAN. Kedekatan ini sewajarnya merapatkan lagi hubungan PAS dengan tanzim Ikhwan. Alternatifnya leburkan organisasi dan sertai PAS. Menjadi tentera dan pembantu bukannya menyimpan cita-cita menjadi pemimpin atau menguasai PAS. 4. Tanzim Ikhwan perlu menjadikan pengalaman dulu sebagai ibrah penting. Penyatuan dan perpaduan organisasi perlu diutamakan.
Tradisi Kepimpinan Ulama Dalam PAS
Mengenali Akar Kepimpinan Ulama Dalam PAS Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebuah organisasi politik Islam telah dilahirkan atas kesedaran para ulama yang berada dalam UMNO. Teras kekuatan PAS adalah Islam, Ulama dan Melayu. Apabila PAS muncul sebagai entiti berasingan daripada UMNO, bekas pimpinan Hizbul Muslimin mula memperkukuhkan PAS. Antaranya adalah Ustaz Khaidir Khatib, Ustaz Osman Abdullah dan Ustaz Dato Mohd Asri Haji Muda. Penubuhan PAS adalah satu proses evolusi daripada mesyuarat Jawatankuasa Agung UMNO pada 16 Julai 1949 bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Bahagian Agama yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim. Beliau dibantu oleh Sheikh Abdul Jalil Hassan, Ustaz Salleh Osman, Tuan Guru Haji Mohamad bin Haji Hitam, Tuan Guru Ahmad Mahir, Tuan Guru Abdul Rahman Merbuk, Haji Mohamad Bin Sidin dan Haji Abdul Aziz bin Abdul Salam. Pada tahun 1951, UMNO dikecohkan oleh kesanggupan Tunku Abdul Rahman menerima dana daripada hasil loteri. Cadangan penambahan sumber kewangan UMNO melalui hasil loteri disokong kuat oleh Kesatuan Melayu Kedah dan Perikatan Melayu Perak cawangan Selama. Sheikh Abdullah Fahim, Ustaz Ahmad Badawi, Haji Fathullah Suhaimi dan Tuan Guru Ahmad Fuad menentang keras penerimaan tersebut. Ketiadaan wadah Islam cukup dirasai oleh para ulama dalam UMNO. Jabatan Agama UMNO telah mencadangkan mengadakan Kongres Alim Ulama Pan Malaya pada bulan Ogos 1951. Dalam kongres, satu resolusi agar ditubuhkan sebuah organisasi ulama yang bebas daripada UMNO. Akhirnya, organisasi ulama tersebut dikenali sebagai Persatuan Ulama-ulama Se-Tanah Melayu. Antara pimpinan ulama yang terlibat ialah Tuan Guru Ahmad Fuad, Ustaz Ahmad Badawi(Naib Ketua Pemuda UMNO), Tuan Guru Tuan Husein dan Tuan Guru Ahmad Maliki. Pensejarahan di atas menunjukkan PAS berasal daripada wadah ulama dan refleksi para ulama terhadap ‘maksiat’ yang dilakukan oleh UMNO. Para ulama daripada UMNO dan Hizbul Muslimin memperkuatkan PAS pada peringkat permulaan. Naratif perubahan nama memperjelaskan bahawa PAS berasal daripada sebuah organisasi ulama. Perubahan istilah ulama kepada Islam dicadangkan oleh Ustaz Uthman Hamzah (bekas anggota Hizbul Muslimin) menunjukkan kesediaan para ulama memperluaskan keanggotaan organisasi kepada umat Islam bukan hanya kepada para ulama.
Tuan Haji Dr. Abbas Alias seorang doktor perubatan telah mengambil alih tampuk Yang Dipertua PAS setelah pengunduran Tuan Guru Ahmad Fuad. Pengunduran beliau disebabkan oleh keputusan Muktamar Khas PAS yang memutuskan PAS menyokong National Convention (bersama UMNO dan MCA) yang bertentangan dengan pendapat beliau agar PAS menyertai National Confrence yang dianjurkan oleh sahabat beliau, Dato’ Onn Jaafar daripada Parti Negara. Kemudiannya, pada muktamar ketiga PAS memutuskan agar PAS bersendirian dan keluar daripada National Convention dengan sedia bergabung dengan parti lain dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Penerimaan Dr Abbas Alias menunjukkan PAS mempunyai keterbukaan memilih pimpinan walaupun bukan kalangan ulama. Setiap perubahan memerlukan ‘ketibaan waktunya’. PAS pernah menerima Dr Burhanuddin al Helmy seorang pemimpin Islam beraliran Nasionalis Islam kekirian sebagai Yang Dipertua Agung PAS setelah 11 hari menjadi ahli PAS. Pada tahun 2001, Majlis Syura Ulama pernah memutuskan pencalonan muslimat sebagai calon pilihanraya pada tahun 2001. Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah cuba mengangkat calon muslimat, YB Dr Mariah Mahmud (MP Kota Raja) sebagai Naib Presiden PAS tetapi gagal mendapat sokongan sidang muktamar. Pengolakkan dalaman PAS sekarang juga berpunca daripada persoalan keterbukaan memilih pemimpin apabila berlaku pertentangan pendapat dalam persoalan ulama sebagai individu memimpin atau kolektif institusi ulama. Ia juga melibatkan persoalan antara tradisi atau mengikut Perlembagaan dalam soal pemilihan Presiden dan Timbalan dalam kalangan ulama atau bukan ulama. Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Fadzil Noor dan Ustaz Hassan Shukri umpamanya berpendapat ulama sebagai kolektif institusi ulama manakala sebahagian besar para ulama menganggap ulama sebagai individu memimpin. Sekali lagi, keterbukaan memilih pemimpin dalam konteks pemimpin bukan kalangan ulama berkaitan dengan ‘ketibaan waktunya’. Ia sangat menguji kesabaran. Secara futuristik, PAS sudah tentu mahu pemimpin Profesional merangkap Ulama atau Profesional-Ustaz (PROTAZ). Jika tidak, para pemimpin semasa pemurnian kepimpinan ulama sudah tentu meletakkan syarat Presiden dan Timbalan Presiden perlu seorang ulama seiring pemindaan Perlembagaan PAS yang meletakkan Majlis Syura Ulama dan jawatan Mursyidul Aam. Pengupayaan pemimpin PROTAZ seperti ini belum tiba masanya walaupun sudah ada pemimpin yang layak. Tuan Guru Fadzil Noor menukilkan “…bukanlah mustahil PAS akan dipimpin oleh mereka yang awalnya bukan mendapat pengajian agama tetapi mereka berjaya melayakkan diri memahami dan menguasai ilmu-ilmu keIslaman dan mendapat kepercayaan
sebagai pemimpin.” Ia bergantung kepada kualiti/prestasi pemimpin, kehendak muktamar dan persepsi warga PAS. Kegopohan pimpinan dalam meninggalkan PAS menjadi peristiwa duka dalam perjuangan politik Islam. Pertembungan pendapat antara Yang Dipertua PAS, Tuan Guru Ahmad Fuad dengan sidang Muktamar PAS dalam isu National Convention sangat memilukan. Pertama, Tuan Guru Ahmad Fuad setia dan mengikut sahabat beliau, Dato Onn Jaafar pemimpin utama Parti Negara. Kedua, ketidak-sabaran dan kegopohan beliau merugikan diri sendiri apabila kemudiannya sidang Muktamar PAS memilih keluar persendirian keluar daripada National Convention. ‘Baju Amanah’ perlu dipertahankan dan diserahkan kepada rakyat atau perwakilan untuk menentukan tuan punya yang baru bukannya akur atas desakan untuk meletak jawatan.
Istimewanya PAS pada Tradisi Kepimpinan Ulama Keistimewanya PAS paling besar adalah martabat ulama dalam PAS itu sendiri. Menurut Dr Hammam Said, mantan Muraqib Ikhwanul Muslimin Jordan, kekuatan PAS ialah “Kewujudan para ulama pada peringkat tertinggi adalah jaminan paling besar bagi parti ini. Kerana hubungan umat dengan para ulama adalah satu hubungan yang kuat. Apabila terdapat ulama di situ, maka kepimpinan tersebut berjalan di atas dasar al-Kitab (al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ini menjadikan orang ramai berasa tenteram dan selesa dengan kepimpinan tersebut.” “Jika kepimpinan itu hanya semata-mata bersifat politik, pragmatisme dan urusan politiknya datang dari luar (rujukan) Islam, luar dari al-Kitab dan as-Sunnah… akhirnya orang ramai tidak lagi bersatu di bawah kepimpinan sebegitu.” Kekuatan PAS yang seterusnya ialah istiqamahnya mahu menegakkan Undang-undang Islam. Menurut Imam Hassan al Banna, ubat umat ini terletaknya kepada kembalinya dia kepada hidayah Islam di dalam segala urusan dan urusan yang pertama itu ialah undang-undang. Tuan Guru Dato Harun Taib menjelaskan negara Islam dilahirkan oleh undang-undang bukan negara yang melahirkan undang-undang. Pelaksanaan ini dapat dilihat dalam tulisan Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi “Ia tidak ada pilihan dalam berkewajipan mengikuti perlembagaan ataupun undang-undang ini(hukum Allah)”
Menurut Imam Hassan al Banna lagi, orang ragu-ragu (penulis :beralasan) terhadap syariat sentiasa berkata; 1. Kedapatan unsur-unsur tidak Islam (adanya orang Bukan Islam) 2. Kebanyakan syariat dan perundangan Islam tidak praktikal 3. Kita melaksanakan syariat Islam di dalam memotong tangan pencuri, merejam orang yang berzina dan seterusnya, kita membawa umat ini kembali undur ke belakang (ke zaman tidak bertamadun) 4. Kebanyakan ahli perundangan Islam tidak pandai menyusun perundangan yang kemas dan rapi. Kekuatan PAS yang seterusnya, kewujudan masyarakat Islam dan Negara Islam. Kewujudan Negara Islam sangat ditekan oleh Dr Yusuf al Qaradhawi seperti di bawah “sesungguhnya perkara pertama yang diperlukan oleh dakwah Islam pada zaman ini ialah berdirinya Darul Islam ataupun Daulah al Islam mendokong risalah Islam...” PAS dan Pemikiran Ikhwanul Muslimin PAS bukanlah cawangan Ikhwanul Muslimin. PAS hanyalah salah satu mata rantai gerakan Islam dalam dunia. Kebersamaan PAS dengan Ikhwanul Muslimin atas dasar Islam dan pengaruh tokoh yang pernah ditarbiah dalam Ikhwanul Muslimin kemudian aktif dalam PAS. Pengaruh Ikhwanul Muslimin dapat dikesan dalam beberapa peringkat; 1. Kehadiran Prof Dr. Zulkifli Mohamad sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS. Beliau pernah mendapat pendedahan pemikiran Ikhwan semasa belajar di Mesir. 2. Antara tokoh paling awal menerima pentarbiahan Ikhwan ialah Ustaz Jais Anwarxxxv, Menurut Ustaz Jais, beliau mendapat pentarbiahan pelarian politik dari Mesir yang bernama Sheikh Taqiyuddin. Syeikh Taqiyuddin telah mentarbiah keder-kader dakwah dalam kalangan pelajar sekolah agama melalui usrah di Kedah pada tahun 1957xxxvi. 3. Tuan Guru Yusuf Rawa menyebar pemikiran Ikhwan melalui majalah al-Islam. Beliau mendapat pengaruh ikhwan melalui pembacaan buku-buku karangan tokoh Ikhwan. Penerbitan majalah al Islam oleh Tuan Guru Yusuf Rawa banyak mempengaruhi pemikiran pelajar Malaysia di Indonesia seperti Wan Mustafa Rusdi dan Ustaz Omar Muhammad. 4. Peranan Ustaz Dato Mohd Asri Muda yang mempunyai hubungan baik dengan tokoh gerakan Islam di Mesir dan Indonesia. Hubungan baik inilah yang membolehkan 10 pelajar Malaysia belajar di Iraq dan seorang tokoh Ikhwan Mesir memperkenalkan Tuan Yahya Othman kepadanya.
5. Peranan 10 orang pelajar Malaysia yang belajar di Iraq. Mereka mendapat tarbiah daripada Ikhwan Iraq. Antara mereka ialah Ustaz Hassan Shukri (PAS), Ustaz Mohamad Daud Iraqi (PAS) dan Ustaz Dahlan Muhammad Zain (ABIM Perlis-KUSDA-HALUAN Malaysia). 6. Kepulangan tokoh-tokoh pelajar Islam yang mendapat didikan daripada luar negara seperti Mesir, UK dan Amerika Syarikat. Mereka mendapat tarbiah daripada Ikhwan secara langsung (pengkaderan) atau tidak langsung termasuk melalui pembacaan. 7. Kemasukkan tokoh-tokoh ABIM yang dieksport ke dalam PAS. Tokoh ABIM mendapat pengaruh Ikhwan daripada pembacaan dan hubungan mereka dengan pertubuhan Islam antarabangsa. Lebih kurang 7 gelombang utama pemikiran Ikhwan mempengaruhi PAS. Secara realitinya PAS hampir sama daripada pemikiran dan pendekatan Ikhwan berdasarkan kesesuaian dengan situasi Malaysia. Ustaz Jais Anwar merupakan penggerak penting Dewan Pemuda PAS antara tahun 1956-1958. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada sesi 1968-1970. Dua tempoh kemuncak keaktifan Ustaz Jais Anwar dalam PAS menandakan pengaruh Ikhwan telah diterapkan dalam PAS. Ustaz Jais Anwar melancarkan 3 program yang terkenal iaitu Gerakan Insaf, Gerakan Syuhada dan Gerakan SPEM.xxxvii Gerakan Insaf bertujuan memupuk kesedaran pemuda Islam terhadap cita-cita Islam PAS manakala Gerakan SPEM bertujuan melahirkan anggota teras yang mendukung Dewan Pemuda PAS. Dalam Geraka SPEM memunculkan istilah lima perkara yang dititik beratkan oleh Ikhwan iaitu Allah Matlamat Kami, Rasulullah Pimpinan Kami, Al Quran Perlembagaan Kami, Jihad jalan kami dan mati syahid cita-cita kami. Usaha Ustaz Jais Anwar diteruskan oleh Ustaz Hassan Shukri yang mendapat pengaruh Ikhwan Iraq. Kehadiran pimpinan muda ABIM dalam PAS adalah kemuncak pengaruh Ikhwan dalam PAS. Hubungan ABIM dengan PAS Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) kesinambungan legasi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Peranan PKPIM dulunya adalah gabungan persatuan mahasiswa Islam di kampus-kampus. Peranan PKPIM telah dimansuh setelah AUKU 1975 dilaksanakan. PKPIM dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bernasib baik masih wujud sebagai sebuah organisasi bersifat kebangsaan berbanding dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPM) yang terpaksa dibubarkan. Secara realitinya, hubungan PAS dengan gerakan Islam seperti ABIM, HALUAN dan IKRAM adalah dingin ekoran bagasi sejarah yang dibawa sejak berzaman. ABIM sebagai contoh jarang
sekali mengiktiraf peranan Tuan Guru Fadzil Noor yang menjadi Timbalan Presiden ABIM agak lama iaitu daripada tahun 1974 hingga 1978. Dalam melihat hubungan ABIM dengan PAS, penyaluran pimpinan ABIM daripada tahun 1978 bukanlah proses pencurian ahli. Ia adalah keputusan jemaah dan bersifat ‘kembali aktif bersama PAS’. Kembali aktif bersama PAS bermaksud wadah asal anggota ABIM tersebut adalah PAS tetapi tidak aktif kerana aktif dalam ABIM. Sekitar tahun 1974, terdapat 8000 orang anggota PAS dalam ABIM. Tindakan pemimpin tersebut bukanlah keluar jemaah atau lompat serta mengkhianati jemaah kerana ia tindakan mengikut keputusan jemaah. Kehadiran anggota jemaah Islam lain dalam ABIM ada beberapa sebab 1. Penyertaan PAS dalam Kerajaan Campuran dan Barisan Nasional yang mendokong sekularisme dan nasionalisme menyebabkan ramai pimpinan dan ahli PAS bertawaquf dan sebahagian besar anak muda aktif dalam ABIM. 2. ABIM adalah alat penyatuan Tanzim-tanzim jemaah Islam terutamanya Tanzim Ikhwanul Muslimin. Oleh kerana tanzim Ikhwanul Muslimin di Malaysia pelbagai aliran bergantung kepada tempat mereka belajar, mereka sukar menubuhkan organisasi bahkan tidak mahu menonjolkan identiti sebenar menyebabkan mereka berkumpul dalam ABIM. Tanzim Alami Mesir, Tanzim Ikhwan Iraq antaranya. Kehadiran Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri dalam ABIM turut cuba menguasai ABIM tetapi tidak berjaya. 3. ABIM merupakan NGO Islamik yang popular 4. ABIM mendekati pemikiran jemaah Islam seperti Ikhwanul Muslimin dan Jamaah Islami. 5. Kelebihan pimpinan ABIM dan projek-projek ABIM terutamanya projek pendidikan Maahad Ikhwan, Institut SOFAR dan Yayasan ANDA Akademik. Kenapa Krisis Boleh Berlaku? Wabak krisis dalaman dalam sesebuah gerakan Islam dapat dilihat apabila ciri-ciri di bawah muncul dan membiak dalam gerakan Islam: 1. Politik bertujuan dunia bukannya akhirat. Pahala atau dosa dan syurga atau neraka bukanlah lagi pertimbangan penting kecuali kemenangan dalam pilihanraya dan memerintah. Bahkan ia bukan lagi politik untuk parti tetapi politik untuk kepentingan diri sendiri. 2. Banyak dipengaruhi oleh pemikiran dan ideologi ciptaan manusia. Hujah al Quran dan hadith semakin berkurangan. Antaranya Post Islamisme, Pragmatisme, Muslim
Demokrat, liberal dan pluralism. Ini dinamakan penularan elemen sekular dalam jamaah Islam. 3. Matlamat menghalalkan cara. 4. Tidak memberi wala’ kepada kepimpinan dan Jemaah. Melanggar arahan syura dan mengikut arahan luar. 5. Akhlak Jamaie semakin terhakis. Tidak beradab dengan pemimpin, teguran tidak melalui saluran, membuat kenyataan terbuka mengunakan bahasa yang tidak sopan. 6. Kerahsiaan mula menghilang. 7. Jihad dan Syahid bukan lagi dicita-citakan 8. Jawatan, harta dan kuasa dibangga-bangga dan menjadi rebutan 9. Perundangan Islam dan penegakkan Negara Islam bukan lagi keutamaan 10. Ulama mula dipinggir dan diperlekehkan. Tulis Tuan Guru Fadzil Noor ‘….seolah-olah ulamak tidak diberi peranan utama dalam PAS”. Wabak yang ke 10 di atas bersesuaian dengan pendapat Ibrahim Al-Hudhaibi (2009), “Ancaman terbesar yang sedang mengelilingi Ikhwan bukanlah dari pihak keselamatan (Mesir). Kerana Pihak Keselamatan Mesir tidak akan mampu mempengaruhi pemikiran dan manhajnya (Ikhwan). Akan tetapi ancaman terbesar terhadap Ikhwan ialah yang datang dari dalam, yakni saat anggota jemaah Ikhwan sudah menjadi kesetiaan kepada diri sendiri dan tidak mahu menerima pendapat para Ulama, kecuali yang sesuai dengan agendanya." “Pada akhirnya, agenda-agenda itu akan menjadi dasar sedangkan para Ulama hanya alat untuk melayani agenda-agenda itu. Saat itulah Ikhwan sebenarnya seperti yang diungkapkan musuh-musuhnya sebagai memperalat agama untuk melayani politik, bukan sebaliknya. Semoga hal itu tidak terjadi.” Antara Jemaah, Keluarga dan Sahabat Jika ketiga-tiga berkonflik, mana satu pilihan yang mahu kita bersetia?.. Keguguran dalam perjuangan adalah ketakdiran Allah. Moga kita dijauhi. Kalau kita lihat hubungan Ustaz Jais Anwar (PAS ) menantu Tan Sri Mohd Asri Muda (HAMIM), Muhammad Nasir (BERJASA) mertua kepada Ustaz Mohamed Daud al Iraqi (PAS), Sharir Samad (UMNO) abang kepada Khalid Samad (PAS kepada Amanah), Saifuddin Nasution (PKR) adik kepada Sahlan (UMNO). Hubungan ini adalah hubungan unik.
Kita wajar belajar dengan Tuan Guru Yahya Othman yang terpaksa memilih jemaah berbanding sahabat dan pemimpin yang beliau sayangi, Tan Sri Mohd Asri Muda. Satu pilihan yang pahit terpaksa dilakukan. Pemimpin seperti Ustaz Hassan Shukri, jika nak ikut kecewa beliau boleh memilih meninggalkan PAS. Tetapi beliau kekal sehingga penghujung usia. Begitu juga yang dialami oleh Tuan Guru Yahya Othman, kalau ikut dengan apa yang tidak dipersetujui, nescaya beliau keluar parti tetapi beliau kekal dalam PAS. Tuan Guru Nik Abdul Aziz kalau diikutkan tak bersetuju, beliau akan bertanding lawan Presiden setelah dicalonkan oleh perwakilan. Dalam perjuangan mesti berjiwa besar, jangan mudah kecewa dan sabar. Berjuang dengan sabar, jangan sesekali tewas dengan tidak sabar. Dalam mana-mana organisasi, sifat tidak puas hati, difitnah, dikata dan dicaci oleh sesama sendiri akan tetap berlaku. Ujian ini menguji cara kita bertindak dan berfikir. Ujian yang mencari siapa yang benar-benar beriman. Firman Allah S.W.T; “Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman," sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? “Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.” (Al-‘Ankabut: 1-3) Firman Allah S.W.T lagi “Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan ia tetap menguji kamu) sehingga ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib akan tetapi Allah memilih dari Rasul-Nya sesiapa yang dikehendaki-Nya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.” (Ali-Imran: 179) Kemasukkan anggota ABIM ke dalam PAS melahirkan tidak puas hati dalam kalangan pimpinan PAS. Pelbagai tuduhan termasuk yang mendakwa adanya proses ‘mullahkrasi’ dalam PAS. Pimpinan PAS tersebut terus mara sehingga kalangan mereka melahirkan Presiden PAS.
Dalam perjuangan, tiada sesiapa yang tidak menderita dan kecewa akibat tindakan sahabatsahabat perjuangan yang kita percayai. Tuan Guru Yusuf Rawa dan Pak Subky Latif pernah cuba meletak jawatan tetapi berjaya dihalang oleh Tuan Guru Fadzil Noor dengan alasan tiada ruang meletak jawatan dalam Islam.xxxviii Nasihat Tuan Guru Yahya Othman pada saat hadapi krisis: 1. Jangan pendek nafas dan sesak nafas dalam menghadapi fenomena ini 2. Mengetahui kewajipan bersama-sama jemaah 3. Mengetahui adab-adab berjemaah dengan akhlaknya sekali 4. Mengetahui tanggungjawab kita kepada jemaah 5. Tidak membenarkan keluar daripada jemaah Islam atas apa alasan sekalipun. Jangan hirau perangai orang lain dan jangan ikut cara mereka. Bersihkan niat, jalan terus!!. Pembersihan Dalam Gerakan Islam Gerakan Islam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Dalam perjuangan ini, ada yang terkorban menyertai pihak lawan, ada tergugur mengundur diri daripada perjuangan dan ada yang istiqamah menuju kemenangan dunia dan akhirat. Kita tidak boleh menghalau anggota gerakan Islam keluar daripada jemaah selagi mereka tidak ada kesalahan syarak dan masalah disiplin. Kita hanya mampu menasihat dan menegur serta berdoa agar perbuatan mereka berubah ke arah lebih baik. PAS tidak gentar dengan konflik dalaman kerana dasar PAS sangat kukuh, dasar PAS akan menjadi penapis memilih siapa yang lebih istiqamah dalam perjuangan Islam. Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan pernah berkata “Yang paling besar, perlembagaan parti kita sangat kukuh. Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qiyas, di mana sifat kesabaran kita dan kebijaksanaan kita dipandu oleh petunjuk Islam. Ini yang paling menyelamatkan kita. Dengan sebab itu dalam semua krisis di sepanjang zaman, PAS tetap selamat, mereka yang tidak istiqamah tidak selamat, sama ada dia dipecat dari parti atau pun dia akan terkeluar dengan sendiri, tidak mengira sama ada dia Presiden parti atau pun ahli biasa. Pernah Presiden parti keluar parti, pernah dipecat, bukan sahaja ahli biasa yang dipecat, dalam keadaan PAS terus teguh dan kuat. Yang penting mereka istiqamah dengan perjuangan. Siapa yang istiqamah, dia selamat, yang tak istiqamah walaupun siapapun dia tidak selamat.”
Sabar telah mati! Kisah orang kecewa, merajuk dan gopoh Suatu hari seorang pengikut Ikhwan bertanya kepada Ustaz Muhammad Hamed Abdul Nasir, Mursyidul Aamxxxix; ”Berikan aku nasihat ” Ustaz menjawab , “Bersabarlah dan toleransilah sesama Ikhwanmu ” Kemudian pengikut Ikhwan tersebut menyambung pertanyaan, “walaupun jika berlaku kekacauan? ” Beliau menjawab ‘ya’. Kemudian menyambung “ jikalau aku berbuat sebagaimana yang dibuat oleh sebahagian dari Ikhwan, dan aku tidak bersabar dan bertoleransi , maka aku tidak akan menyelesaikan kekusutan yang berlaku dalam dakwah ini , dan aku tidak mungkin menjadi seorang Mursyidul Aam. Kerana aku selalu mengingati firman Allah s.w.t : dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama orang orang yang menyeru tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan Nya , dan janganlah memalingkan kedua matamu dari mereka kerana mengharapkan keindahan dunia , al Kahf : 28 . Aku sentiasa meletakkan di hadapan pandanganku : dan demi tuhanmu bersabarlah , al Mudathir : 7 . Sabarlah saudaraku , dan bertolak ansurlah dengan Ikhwanmu ” Kesabaran menjadi tanda aras dalam usaha kita melawan nafsu. Jika kita hilang sabar, nafsu telah mengalahkan iman kita. Konflik dalaman memerlukan kesabaran dan toleransi(bertolak ansur) yang tinggi untuk menanganinya. Dalam sebuah organisasi, kadar ilmu dan iman itu berbeza-beza. Akibatnya ia melahirkan kehendak hati yang banyak. Kehendak hati ini melahirkan kehebatan dan keegoan diri yang mengagumi jasa dan akal sendiri. Kisah Mursyidul Aam Ikhwan di atas wajar menjadi pengajaran.
Parti Amanah Negara (PANxl) sebagai Parti Islam Kedua di Malaysia: Memenuhi Cita-cita Siapa? “bahawa tiada pimpinan PAS yang khianat, hidupnya diberkati. Dan tiada pimpinan keluar dan sertai PAS semula mendapat penghormatan yang sama”-Hassan Shukri [mantan SUA dan Timbalan Presiden PAS] Dalam pembacaan artikel di bawah, pembaca dalam mengetahui: a) Politik Gerakan Islam di Malaysia b) Permasalahan yang berlaku. c) PAN dan masa depan. Pertamanya, sukar sekali hendak menulis artikel tentang Parti Amanah Negara (PAN) kerana ia melibatkan pegangan para sahabat sendiri, PAN dalam peringkat pembinaan dan prestasi PAN belum teruji dalam pilihanraya. Para sahabat PAN, fikrah Islam mereka tak perlu dipersoalkan lagi, jasa, kegeniusan, ilmu, amal, prestasi(ketika dalam PAS), akhlak, bakti, khidmat mereka tidak mampu penulis tandingi kehebatan mereka, umpama setitis air dalam tasik untuk dibandingkan dengan mereka. Tujuan penulisan untuk meneliti dan muhasabah agar kita mengetahui sejarah dan sedikit nasihat daripada penulis yang kerdil ini. Penubuhan Parti Amanah Negara (PAN) yang mendakwa mereka sebagai parti Islam kedua selepas Parti Islam SeMalaysia (PAS) menarik perhatian para Islamis. PAN berasal daripada kelompok yang kecewa atas cara kekalahan mereka pada pemilihan PAS tahun 2015. Mereka pada mulanya dikenali G18 dan berevolusi menjadi Gerakan Harapan Baru (GHB) dan seterusnya bertapak dalam politik dengan nama Parti Amanah Negara (PAN atau AMANAH). Secara rasminya, PAN ditubuhkan pada 16 September 2015. Siapa Parti Amanah Negara (PAN)? Visi PAN : Menjadi parti Islam utama di Malaysia sehingga wujudnya sebuah negara yang adil, beramanah dan rahmah untuk semua. Misi : Menawarkan kepimpinan dan tadbir urus yang amanah, progresif dan peduli,bagi mensejahterakan seluruh rakyat dan memakmurkan negara bersendikan tuntutan maqasid syariah.
Slogan: Harapan Baru Matlamat: Parti Amanah Negara ialah sebuah parti politik yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangan dalam menggalas amanah agama, rakyat dan negara dengan matlamat berikut: 1. Memartabatkan Islam sebagai dasar perjuangan. 2. Mendirikan sebuah masyarakat dan negara madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua. 3. Melaksanakan pemerintahan yang berteraskan tadbir urus yang baik (good governance) selari dengan tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan, kompetensi dan ketelusan. 4. Mendukungi pendekatan kesederhanaan, keterbukaan, demokratik dan bergerak dalam kerangka demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan. 5. Menggembleng seluruh segmen warganegara dalam wadah perjuangan politik inklusif merentasi jurang kaum, budaya dan kepercayaan ke seluruh Persekutuan.
PAN: Penyatuan Kelompok Kecewa? Kelompok yang bermasalah dan tidak berpuas hati dalam PAS terbahagi beberapa kelompok: 1. Kelompok anak muda dan mahasiswa. Mereka mengalami trauma dan kecewa dengan sesetengah pimpinan PAS, sistem pengkaderan dan prestasi PAS. Peluang dan ruang dalam PAS dikatakan sedikit untuk mereka melonjak jauh dalam parti. Semangat perubahan dan cita-cita begitu ideal dan tinggi. 2. Kelompok yang kecewa atas kekalahan dalam pemilihan. 3. Kelompok tidak berpuas hati pemimpin tertentu. 4. Kelompok merajuk kerana idea mereka dikesamping. 5. Kelompok berbaju PAS berbadan institusi dan gerakan Islam lain. 6. Kelompok yang kecewa dengan prestasi PAS dan akhlak pemimpin PAS. Bibit Perpecahan Dalam PASxli Jika kita menelusuri ketidak-puasan hati, ia bermula sejak tahun 2008. Ada pula sesetengah pendapat, bahawa bibit perpecahan ini berlaku sejak kemasukkan beramai-ramai ahli baru pelbagai latar belakang ke dalam PAS pada tahun 1998. Ada kalangan anggota baru ini diberi kepercayaan begitu tinggi dengan meletakkan mereka pada posisi penting seperti Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Pengarah Dewan Penyelidikan PAS.
Krisis ini bermula dengan ujian kemenangan. Menurut YB Ir Khalid Samad, selepas kemenangan Pilihanraya Tahun 2008, pemimpin utama PAS tidak selesa dengan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat apabila pengaruhi majoriti Melayu Islam semakin berkurangan.xlii Kemudian berlaku pertembungan pendapat dalam persoalan pertemuan dengan pihak UMNO. Ustaz Nasharudin Mat Isa, selaku Timbalan Presiden PAS mendakwa usaha pertemuan dengan mana-mana pihak termasuk atas mandat daripada Majlis Syura Ulama pada 28 April 2008. Pihak yang bertentangan mendakwa bahawa ada pihak dalam PAS ingin bergabung dengan UMNO. Pertembungan ini bertambah sengit apabila pendapat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bertentangan dengan pendapat Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Akhirnya, keputusan penyelesaian tiba dengan perkataan Muzakarah ditukarkan kepada Muqabalah. Pertembungan sekali lagi muncul apabila timbul isu 16 September dimana sebahagian ahli Parlimen dijangka melompat menyertai Pakatan Rakyat. Pemimpin PAS menganggap cadangan ini kurang bermoral. Presiden PAS telah mengutarakan cadangan Kerajaan Perpaduan iaitu kerajaan tanpa pembangkang. Cadangan ini dikritik keras kerana dikatakan mahu bergabung dengan UMNO. Langkah Kajang dan krisis Menteri Besar Selangor membuka krisis dalaman Pakatan Rakyat dan dalaman PAS. Dalam muktamar tahun 2014, berlaku beberapa insiden yang melibatkan sekelompok perwakilan Muktamar Pemuda PAS keluar dewan semasa Ucapan Perasmian Muktamar Pemuda oleh Timbalan Presiden, Haji Muhammad Sabu. Kemudian, insiden bacaan doa ‘laknat’ yang akhirnya dikejutkan apabila diprotes dalam ‘adegan tarik mikrofon’ oleh seorang anggota perwakilan. Pada tahun 2015, diadakan pemilihan pimpinan dalam Muktamar PAS. Berlakunya pengunaan chai sehingga semua calon kelompok progresif tewas. Ia dikatakan dirancang dengan rapi oleh kelompok pro ulama. Fasa Perpecahan Dalam PAS. 1. Kelompok bermasalah bersifat individu, bergerak atas sifat pengaulan dengan kebersamaan dalam berpendapat. 2. Sebahagian kelompok bermasalah menubuhkan NGO yang tidak diletakkan dibawah parti sebagaimana PASMA. Organisasi seperti bukanlah sesuatu yang aneh kerana kelompok ulama dalam UMNO bersama kelompok ulama yang lain bersatu menubuh persatuan ulama sebelum penubuhan PAS. 3. Sebahagian kelompok bermasalah bertanding dalam pemilihan. Keputusan tidak menyebelahi mereka. Mereka keluar parti dan menubuhkan pertubuhan seperti Gerakan Harapan Baru sekaligus sebagai asas kepada parti baru. 4. Sebahagian kelompok bermasalah masih berada dalam parti atas kepentingankepentingan tertentu. Dalam sejarah politik Malaysia, keluar pada musim pilihanraya
sangat memedihkan perasaan pemimpin parti asal. Kelompok ini yang dikatakan oleh sesetengah pendapat sebagai ‘harumanis’ yang sedia untuk gugur. (hipotesis berdasarkan viral istilah ‘harumanis’) Pemikiran Baru Dalam PAS 1. Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia-Pemerintahan Islam Dalam Abad ke 21 Pada Mei 2001 dalam Muktamar PAS ke 48 di Kota Bharu, Fadzil Mohd Noor telah mengemukakan Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia-Pemerintahan Islam Dalam Abad ke 21. Memorandum ini dibincangkan diantara Disember 2001 dan Mac 2002 dan satu draf berjumlah empat halaman muka surat telah dibincangkan bersama pelbagai pihak termasuk NGO. Idea ini dikatakan digerakkan oleh kelompok reformis dalam PAS seperti Dr Dzukefly Ahmad, Kamarudin Jaafar dan Dr Hassan Ali. Idea ini kelihatan aneh kerana perbezaan dengan idea asasi Negara Islam versi PAS. Kematian Fadzil Mohd Noor menyebabkan rancangan ini terencat. Tujuh asas dikemukakan dalam Memorandum PAS Kepada Rakyat Malaysia ialah a) Masyarakat Madani b) Hak Saksama (al musawah) c) Kedaulatan Undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang lingkupnya. d) Keadilan e) Meritokrasi (as solahiyah) f) Negara Berkebajikan g) Pentadbiran dinamik dan inovatif Akhirnya, Majlis Syura Ulama (MSU) mengemukakan Dokumen Negara Islam yang jelas sekali berbeza dengan Memorandum tersebut. Asas Dokumen Negara Islam ialah a) Negara Undang-undang b) Khilaafah c) Taqwa d) Syura e) Keadilan dan Kesamarataan (Al-‘Adaalah wal Musaawaah) f) Kebebasan (al Hurriyyah) g) Hak Ketuanan Mutlak (As-Siyaadah wal Haakimiyyah) Tujuh asas ini diiringi dengan 10 Jaminan PAS kepada Rakyat Malaysia. (akan dibincang dalam artikel yang lain)
2. Strategi Dua Lapis Strategi dua lapis (atau dua aras) iaitu strategi dua dalam satu. Strategi ini bukanlah asing dalam PAS dimana PAS pernah menyertai Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang mengunakan peranan Parti Semangat 46 sebagai penyatu kepada Gagasan Rakyat yang turut disertai oleh DAP. Dua gabungan pembangkang berasingan tetapi diselaras oleh Parti Semangat 46. Dalam strategi dua lapis, ada yang berpendapat (1) ia penubuhan 2 entiti parti berasingan sebagaiman Saadet dan AKP di Turki dimana parti baru yang bergerak di sebelah pantai Barat yang lebih moderat dan PAS bergerak di Pantai Timur menggunakan isu-isu Islam. Ada sesetengah pendapat(2), PAS kekal dalam sebuah parti tetapi mengunakan pendekatan perbezaan di kawasan Pantai Timur dan kawasan Pantai Barat. Strategi dua lapis ini (pendapat 2) memberi impak besar kepada PAS kerana berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka, dan banyak kerusi di Selangor pada pilihanraya tahun 2013. Di Pantai Barat, slogan PAS Untuk Semua digerakkan manakala di Pantai Timur (dan kawasan majoriti Melayu), PAS Ganti UMNO diutarakan. Strategi dua lapis boleh membawa perpecahan dalam kepada gerakan Islam dalam persoalan ketaatan (wala’) dan penyaluran arahan kepimpinan. JIM-IKRAM juga mengamalkan strategi dua lapis melalui dua wajah. Jika melihat keaktifan JIM-IKRAM dalam pertubuhan Negara-Ku umpamanya, mereka dilihat lebih terbuka berbanding sifat eksklusif IKRAM sebagai pertubuhan dakwah. Kita wajar mengambil iktibar dalam kes Ikhwan Sudan. Tokoh muda, Hassan Turabi mendesak Ikhwan menubuhkan proksi melalui organisasi bukannya bersembunyi di sebalik tabir atau bawah tanah lagi. Penubuhan proksi tersebut akhir membawa kepada pertembungan antara jemaah dengan proksi. 3. Pasca Islamisme dan Muslim Demokrat Sesetengah pemimpin PAS terpengaruh dengan pemikiran Barat seperti konsep pasca Islamisme dan muslim demokrat. Dalam konteks ini, hujah-hujah Islam bukanlah hendak mempertahankan atau memperkuatkan Islam tetapi memperkuatkan pemikiran Barat. 4. Negara Berkebajikan Ada sesetengah pihak mengatakan, konsep Negara Berkebajikan digerakkan oleh Dr Dzulkefly Ahmad dalam mendepani rakyat. Abdul Hadi Awang mengatakan bahawa Negara Berkebajikan tidak lari daripada konsep Negara Islam kerana Negara Berkebajikan sendiri adalah ciri konsep Negara Islam.
Jika kita perhaluskan lagi elemen konsep Negara Berkebajikan, ia bagaikan pengembalian semula elemen Memorandum PAS kepada Rakyat MalaysiaPemerintahan Islam Dalam Abad ke 21 yang dikemukakan pada zaman Fadzil Mohd Noor. Antara elemen yang ada dalam konsep Negara Berkebajikan ialah a) Prinsip Adil dan Ihsan (al ‘adl wa al Ihsan) b) Memakmurkan bumi dan Menyejahterakan Rakyat c) Membina Masyarakat Madani d) Kesaksamaan e) Kedaulatan Undang-undang f) Mengutamakan keperluan dan kelayakan bagi yang berhak memperolehi (al aslahiyyah) g) Good Governance dengan prinsip kompentensi (al itiqan), pertanggungjawaban (al amanah) dan ketelusan serta keterbukaan (al shafafiyyah al hukumah) h) Menjunjung Peratutan yang Maha Pencipta i) Prinsip Demokrasi j) Mengukuhkan Hubungan Antarabangsa Konsep Negara Berkebajikan membawa impak positif dan negatif kepada PAS. PAS mendapat kerusi yang banyak pada peringkat DUN sehingga menjadi kuasa penting dan berpengaruh dalam Kerajaan Negeri Selangor. Impak negatifnya, perjuangan asasi Negara Islam mula kurang disantuni oleh kelompok Pro Pakatan. Menariknya, Ulil Abshar Abadalla, tokoh Jaringan Islam Liberal pernah menyatakan ‘meninggalkan konsep Negara Islam dan menganuti Konsep Negara Sivil’ antara sifat liberalisasi dalam kalangan Islamis dalam gerakan Islam. 5. Menuju PAS Baru Mujahid Yusuf menulis buku kontroversi yang berjudul Menuju PAS Baru. Dalam buku ini banyak perbincangan idea yang baik sama ada yang telah dilakukan oleh PAS dan yang disaran dilakukan oleh PAS. Buku ini menyebabkan sesetengah pihak menyangka kelompok progresif mahu menubuhkan parti baru. Menariknya, akhirnya sebuah parti baru juga ditubuhkan. Hubungan IKRAM Dengan PAN IRC memberi pengalaman buruk kepada PAS dan ABIM. Penyusupan IRC menyebabkan kestabilan sesebuah organisasi tergugat kerana berlakunya fenomena jemaah dalam jemaah.
Barangkali ada beranggapan remeh dalam persoalan jemaah dalam jemaah. Jemaah dalam jemaah inilah yang dikatakan menghasilkan jaringan sehingga hampir setiap peringkat dan berisiko untuk berlaku krisis. Penubuhan PAN disokong oleh IKRAM. Menurut Timbalan Presiden IKRAM, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus; “IKRAM mengalu-alukan kemunculan sebuah parti baru yang ingin memainkan peranannya yang tersendiri; demi memastikan sistem dwi-parti dapat terus diperkukuhkan.”xliii Hasanuddin Mohd Yunus menyatakan “Di atas pendirian ini, IKRAM menyatakan kesediaan untuk menjadi sebahagian dari gelombang harapan baru untuk membina Malaysia yang lebih rahmah, demokratik dan sejahtera.”xliv Hasanuddin Mohd Yunus sekali lagi menyatakan “GHB akan menjadi suara untuk rakyat, dengan membawakan idea dan pemikiran untuk kebaikan negara dan ummah.” xlv Setelah melihat tiga kenyataan Timbalan Presiden IKRAM, Hasanuddin Mohd Yunus jelas menunjukkan IKRAM menyokong penubuhan parti baru yang kemudiaannya dikenali sebagai PAN. Hasanuddin Mohd Yunus sendiri telah dilepaskanxlvi oleh IKRAM untuk menjawat Naib Presiden PAN.xlvii Penubuhan PAN yang menyertai Pakatan Harapan lebih disukai oleh IKRAM kerana pengamalan sistem politik dwiparti. Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden IKRAM menyatakan “IKRAM percaya Pakatan Harapan akan dapat mengukuhkan sistem dwiparti di Malaysia yang telah terbukti memberi banyak manfaat kepada rakyat dan negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen melalui proses semak dan imbang (check and balance) yang berkesan.”xlviii Sistem dwiparti sangat penting dalam demokrasi negara kita dan ia tidak boleh digugat. Ia dilihat menghasilkan pembangkang yang kuat boleh mengimbangi pihak kerajaan dan mewujudkan suasana 1 lawan 1 ketika pilihanraya. Kelemahan Pakatan Rakyat menyebabkan sistem dwiparti tergugat. Setiausaha Agung IKRAM, Nahar Md Nor menyatakan “Sebab itu apabila sistem dwiparti yang telah agak kukuh ini tergugat kita melahirkan kerisauan kita. Dengan sebab itu apabila terdapat usaha bagi mengukuhkan kembali sistem dwiparti ini, kita amat mengalu-alukannya. Insya-Allah, akan ada ahli-ahli kita yang berkemampuan dan punyai minat yang akan terlibat secara langsung dalam proses ini” Kenyataan IKRAM dan penglibatan tokoh yang pernah mendapat pentarbiahan mereka (al jamaah-IRC-JIM-IKRAM) menunjukkan IKRAM mampu menguasai PAN suatu masa nanti. Jika kita lihat pimpinan masa depan PAN, peluang mereka untuk menguasai PAN sangat cerah. Pada jawatan Naib Presiden PAN, Ustaz Dr Mujahid Yusuf dikatakan pernah mendapat tarbiah Alami-JIM manakala Hasanuddin Mohd Yunus adalah Timbalan Presiden IKRAM. Pemikir mereka ialah Dzulkefly Ahmad (dikenali Abu Iman) dan pakar tarbiah mereka ialah Saari Sungip (tokoh yang berpengaruh IRC sehingga nama tertempel ‘Tanzim Abu Urwah’) berada dalam Jawatankuasa Pusat PAN.
Keanehan Politik Sebelum Penubuhan PAN 1. DAP putus hubungan Presiden PAS tetapi bukan dengan PAS. Pada 24 Mac 2015, DAP mengumumkan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bekerjasama dengan UMNO untuk melanggar semangat konsensus serta Dasar Bersama Pakatan Rakyat (PR). “DAP hilang kepercayaan dan keyakinan kepada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau”xlix 2. PAS Kawasan Kota Bharu menjemput Lim Kit Siang berceramah di Kota Bharu. Lim Kit Siang mempertikaikan hudud dalam ceramah PAS.l Perkara ini menimbulkan kemarahan PAS terhadap DAP kerana tidak menghormati rakyat Kelantan. 3. DAP Menolak TGHH sebagai Presiden PAS. DAP cuba campurtangan dalam pemilihan PAS. Mujahid Yusuf memberi nasihat kepada DAP ‘Serangan Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng, tambah menyusahkan kami dan menjadikan masalah lebih rumit’.li 4. Penggunaan Cai. Kedua-dua pihak mengamalkan pengunaan chai. Permasalahan yang timbul apabila pihak yang kalah menuduh pihak yang menang mengunakan chai padahal mereka sendiri juga menggunakan chai. Pada tahun 2015, kita boleh lihat dua kelompok dalam chai iaitu tim pro ulama dengan tim pro pakatan (kelompok progresif).lii Kelompok progresif yang pro pakatan (sebenarnya Pro Anwar) telah tewas dan menubuhkan PAN. 5. Multaqa Ulama tahun 2013, resolusi memutuskan agar tahaluf siyasi dikaji semula manakala Multaqa tahun 2015 mengkritik DAP sebagai rakan tahaluf siyasi PAS 6. Muktamar sebagai medan singkirkan elemen sekular. Abdul Hadi Awang menyatakan ‘kita tak setuju untuk menjadikan PAS parti sekular, ada kalangan kita hendak buang perkataan Islam, itu kita tak boleh terima’liii 7. Usul Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat pada tahun 2015 diluluskan tanpa bahas dalam muktamar PAS ke 61 (2015). Salah Ijtihad Politik dan Kembali kepada Jemaah Dalam kehidupan, setiap insan melakukan kesilapan kerana kita makhluk yang lemah. Ummul Mukminin, Saidatina Aisyah ulama besar dan isteri Rasulullah SAW melakukan kesilapan dalam ijtihad dalam penentangan terhadap Khalifah Ali Bin Abi Talib sehingga menyebabkan Perang Jamal. Kekecewaan Saidatina Aisyah terhadap ijtihadnya menyebabkan beliau menolak untuk dikebumikan disamping Rasulullah jika beliau meninggal dunia. Beliau juga ada juga merintih
sedih dalam beberapa madah beliau. Antaranya dengan ayat ‘Aduhai seandainya aku ini tidak diciptakan!’.liv Insan seperti Saidina Aisyah melakukan kesilapan dalam ijtihad apatah kita manusia yang begitu kerdil disisi Allah, amalan dan ilmu bagaikan setitis air di lautan jika hendak dibanding dengan Saidatina Aisyah. Justeru, jika kita tersilap ijtihad dalam sesuatu perkara, bertaubatlah dan kembali ke jalan yang betul. PAN membuka ruang yang lebih luas kepada perpecahan dan perbalahan sesama umat Islam. Jika dulu umat Islam di Malaysia berpecah kepada UMNO, PAS dan PKR, kini tambah satu lagi, PAN. Alangkah baiknya jika mereka kembali bertaut dengan PAS. Penulis yakin dan berdoa agar era selepas Abdul Hadi Awang berlakunya pertautan kembali antara PAS dengan PAN. Perpecahan Umat Adalah Medan Fitnah Perpecahan PAS membuka ruang fitnah baru yang lebih besar. Jika dulu berlaku fitnah menfitnah secara dalaman, kini suasana semakin terbuka dan lebih teruk. Masyarakat umum mula memandang serong kepada gerakan Islam dan harapan mereka berkecai kerana gerakan Islam juga sama bergaduh sesama sendiri berebut kuasa. Dalam menilai fitnah menfitnah ini, penilaian kita perlu kepada individu dalam parti bukannya parti. Kritikan dan teguran terhadap PAN ini bukanlah menunjukkan PAS lebih baik daripada PAN bahkan barangkali PAN lebih baik dan benar daripada PAS. Persoalan yang paling besar, tindakan bekas anggota PAS menubuhkan parti baru adalah kesilapan besar kerana mengundang perpecahan yang membawa fitnah besar pada gerakan Islam, rakyat dan Islam. Persoalan kedua ialah mantan pemimpin PAS tidak berdisplin dalam berorganisasi seterusnya persoalan ketaatan kepada pemimpin. Sayang pertarungan dalaman diakhiri dengan penubuhan parti baru. Kita sudah melihat impak penubuhan parti baru seperti fitnah menfitnah, caci-mencaci, label melabel, berebut aset dan pelbagai fitnah lagi. Pada akhir zaman, fitnah berleluasa kerana perselisihan yang banyak, ujian tahap taqwa dan ujian ketaatan kepada pemimpin. Kita boleh melihat hadith-hadith Rasulullah SAW. “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya, sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin al mahdiyyin (khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi gerahan dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bidaah) yang diada-adakan, seseungguhnya tiap-tiap bidaah itu adalah sesat” (Abu Daud dan Tirmizi)
“kaum yahudi telah berpecah kepada 71 atau 72 puak dan kaum nasrani telah berpecah kepada 71 atau 72 puak. manakala umatku sendiri berpecah kepada 73 puak.” (Riwayat Abu Daud) “Nabi SAW memandang ke arah salah satu benteng dari benteng-benteng di Madinah, lalu baginda bersabda ‘Adakah kamu melihat apa yang aku lihat? sesungguhnya aku melihat berlakunya fitnah yang dahsyat di antara kaum umpama hujan yang turun” (Riwayat Bukhari) Fitnah politik dan perebutan kuasa ini akan membawa umat Islam ke lembah fitnah dan perpecahan umat Islam. Belum cukup lagikah peristiwa Perang Jamal dan Perang Siffin untuk kita menjadi pengajaran? Mendepani Fitnah “Kami sudah letih bersabar, baik kami keluar PAS” keluhan seorang anak muda. “Kami sudah biasa kalah, kena caci dan dah lama bersabar. Tahun ini luar biasa, kami sudah hilang sabar dengan kerenah mereka” kata seorang pemimpin dengan penuh geram. Adakah kedua-dua orang ini sudah bersabar? Kita sebagai muslim perlu terus bersabar tanpa tewas kepada nafsu. Jika kita tewas kepada nafsu, adakah kita seorang yang benar-benar bersabar?. Maqam kedua lebih tinggi daripada maqam sabar ialah redha. Redha dengan apa yang berlaku kepada kita. Malangnya ramai yang mempermainkan konsep redha sehingga menganggap redha itu sebagai simbol kelemahan. Maqam paling tinggi ialah syukur. Bersyukur dengan apa yang kita alami. Maqam ini agar sukar dilihat dalam kalangan umat Islam. FASA Fasa 3 Fasa 2 Fasa 1
MAQAM Syukur Redha Sabar
Dunia ini penuh fitnah. Politik medan fitnah yang paling besar. Justeru, seorang pemimpin perlu mempunyai daya kesabaran, keredhaan dan kesyukuran pada peringkat tertinggi. Seseorang pemimpin tidak perlu mengikut rentak fitnah-menfitnah. Jika kita berada dalam pihak yang benar, kita tidak perlu takut dan tidak perlu melayani fitnah-fitnah yang mendatangi kita. Seorang pengikut tidak wajib mentaati pemimpin mereka yang jelas kepada kekufuran dengan sengaja. Mereka tidak dianggap memberontak tetapi dianggap sebagai jihad
menegakkan agama Allah dalam menentang pemimpin yang kufur. Jika pemimpin masih berpegang kepada ajaran Islam tetapi masih melakukan kezaliman dan melampau batas-batas Islam, para ulama menyatakan dua pendapat: a) Harus menentang dan keluar daripada kesetiaan terhadapnya. (Mazhab al Sayf[pedang]) b) Tidak harus keluar menentang pemimpin yang zalim. (Mazhab al Sabr[Sabar]) Kedua-dua pendapat ini memerlukan dalil daripada al Quran dan al sunnah dalam menghadapi situasi yang berbeza atau ijtihad para alim ulama untuk memenuhi keperluan konteks semasa. Kita tertanya-tanya, apakah ulama-ulama PAS dan Abdul Hadi Awang melakukan kezaliman?. Dan apakah dalil-dalil mereka dalam menentang kepimpinan PAS?. Tak bolehkah mereka terus bersabar, redha dan bersyukur dalam menghadapi mehnah?. Jika kita menelusuri sejarah Saidina Usman Bin Affan, kehidupan beliau ketika itu dikelilingi oleh pihak penentang beliau. Adakah baginda tidak mampu mengarah penduduk Madinah menghalau dan menentang pihak penentang beliau?. Adakah Saidina Usman membela ‘fitnah’ (oleh pemberontak, para pelabel dan penfitnah)?. Apabila Saidina Ali meminta izin daripada Khalifah Usman Bin Affan untuk memerangi pemberontak, Saidina Usman berkata “Aku bersumpah demi Allah, Aku adalah seorang lelaki yang mengetahui tentang kebenaran demi kerana Allah, dan aku berikrar bahawa aku berada di pihak yang benar. Namun tidak satu titik darah orang yang menentangku atau darah kamu sekalian yang harus ditumpahkan kerana aku”. Saidina Usman mengambil langkah tidak popular yang akhirnya menyebabkan beliau terkorban. Dalam perjuangan Islam, kita memerlukan keikhlasan. Menurut Prof Dr Zulkifli Muhammad, Timbalan Presiden (YDP) PAS, “kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tak tahu apa-apa, mungkin tidak kuat tetapi kalau keikhlasan ada kepada kita, maka ada harapan cita-cita kita akan dapat dilaksanakan. Tetapi tidak ada gunanya kita cerdik, cerdas, pandai dan kuat sekiranya kita tidak ikhlas kepada Islam yang kita perjuangkan.” Keikhlasan tidak dapat dinilai kerana ia diketahui oleh empunya diri dan Allah sahaja. Cuma pengaulan dan amallah dapat menunjukkan kepada keikhlasan. Jangan sampai amalan dan pengaulan kita merugikan agama Islam. Kebanyakan orang menyangka kebebasan bersuara dan kebebasan fikir melalui dialog, debat, forum, media sosial, muktamar, seminar, sidang meja bulat dapat menyelesaikan masalah. Kita mengalakkan kebebasan bersuara dan berfikir, cuma berwaspadalah agar tidak melampaui batas dan taksub pendapat sendiri daripada hujah atau pendapat al Quran dan al Sunnah. Imam al Ghazali menyatakan “didalam bertukar-tukar fikiran ini, akan berkembanglah pertukaran fikiran itu kepada perbahasan dan perbalahan dan diketika perbahasan dan perbalahan itu berlaku maka bertenggeklah syaitan di atas bahu orang berbahas itu. Katanya (syaitan), “berbalah kamu, fa anta ‘ala haqqin...kamulah yang benar”. Ini mengingatkan
penulis kepada istilah ‘saya salah, anda betul’ dan narsisisme. Syaitan sangat suka jika kita merasakan diri kita benar. Bagaimana Kita Nak Tahu Musuh Gembira Atas Kehadiran Kita? Barat dan musuh Islam sangat gembira jika Islam dan politik berjaya dipisahkan. Barat dan musuh Islam sangat suka jika Islam tidak mentadbir dan balik bertapa di masjid. Barat dan musuh Islam sangat suka Islam tanpa syariat (Islam Amerika) atau tasawuf tanpa syariat. Musuh Islam menerima Islam kecuali tiga perkara a) Islam dan Politik b) Islam dan Pemerintahan c) Islam dan Syariat (perundangan Islam terutamanya hukum hudud) Musuh Islam terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang salah tentang Islam. Penentangan mereka kepada Islam dengan kejahilan dan tidak faham tentang Islam. Kita melihat tiga elemen di atas oleh dianggap KPI dan keaslian sesebuah gerakan Islam yang benarbenar memperjuangkan Islam yang syumul. Di Mesir, penubuhan Parti al Wasat pada tahun 1996 menjadi ‘perahu layar’ baru bagi mantan anggota Ikhwanul Muslimin. Pemimpin moderat dan progresif terutamanya kalangan anak muda menyertai Parti al Wasat. Kehadiran parti al Wasat mendapat pujian daripada Carnegie Endowment For International Peace dengan kenyataan “berusaha untuk menafsirkan prinsip-prinsip syariah Islam dengan cara yang konsisten dengan nilai-nilai sistem demokrasi liberal. Walaupun parti al Wasat pendukung sistem politik yang kuat meninggalkan hukum Islam, namun mereka juga memandang prinsip Islam fleksibel dan kompatibel sepenuhnya dengan prinsip-prinsip pluralisme dan hak-hak kewarganegaraan yang sama.” Kemudian pihak musuh yang menentang Islam [pemerintahan Islam, Syariat Islam dan Politik Islam] membantu dari segi sokongan moral, dana dan jentera kepada pihak kita. Musuh tidak mudah membantu umat Islam dan gerakan Islam jika tidak mendapat apa-apa keuntungan. Penubuhan PAN, pihak manakah yang paling gembira?. Hala Tuju Parti Amanah Negara? Masa depan PAN terletak dalam ilmu Allah. Lagi pun, PAN masih tidak menunjukkan prestasi sebenar dalam pilihanraya. Dalam politik, ia bukan sekitar idealisme dan potensi pemimpin sahaja, ia juga melibat dua elemen yang paling penting iaitu jentera (sumber manusia) dan dana (kewangan).
Secara kajian masa depan yang sudah tentu menimbulkan persepsi dan ramalan, penulis boleh mengemukakan beberapa telaah masa depan yang akan berlaku pada PAN. Antara hipotesisnya ialah 1. PAN akan bergabung dengan PKR atau DAP pada masa depan. Penulis lebih dekat dengan gabungan PKR+PAN menjadi parti baru. Perkara ini telah berlaku antara Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang bergabungan dengan Parti Keadilan Nasional (PKN) membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pengabungan ini lebih kepada persoalan pengukuhan parti. Jika dilihat, ramainya anggota IKRAM dalam PKR, ada pendapat mengatakan mereka menunggu pengabungan. 2. Jika berlaku pengabungan dengan PKR, PAN akan kekal terbiar atau dibubarkan. Jika kekal, kemungkinan akan diambil-alih oleh IKRAM sepenuhnya. 3. PAN akan menjadi parti serpihan lain seperti HAMIM dan BERJASA yang malap dan layu. 4. PAN menjadi kuasa baru politik Malaysia sebagaimana yang dialami oleh AKP di Turki. Keempat-empat ramalan tersebut sangat bergantung kepada prestasi PAN dalam pilihanraya pada masa akan datang. Jika ‘ramalan’ 1 dan 2 terjadi, kemungkinan besar PAN akan diambil alih oleh IKRAM untuk meneruskan misi PAN sebagai parti Islam kedua di Malaysia. Ada pendapat IKRAM mahu mencontohi PKS dan an Nahdah dalam pendekatan politik mereka. Mantan Presiden PKS, Muhammad Anis Matta antara yang begitu kerap dirujuk oleh IKRAM dalam mempelajari pendekatan politik. Sebagaimana PKR, PAN mempunyai ramai pemimpin muda yang berbakat. PAN mampu menjadi popular dalam kalangan masyarakat berpendidikan, bandar dan anak muda. PAN dilihat sebuah parti yang akan memainkan isu popular sebagaimana PKR. Walaubagaimanapun, isu popular ada pasang surutnya. Pemimpin boleh datang dan pergi. Unsur isu dan pemimpin bukanlah sesuatu yang mampu memberi impak jangka masa yang panjang. Paling penting dalam keutuhan sesebuah parti adalah akar umbi yang melata dalam kalangan rakyat, pengkaderan, dana, jentera dan ideologi. Kepelbagaian proksi dalam PAN boleh menyebabkan perpecahan. PAN memerlukan ikon dan ‘ideologi’ yang boleh menyatukan semua proksi dalam PAN. PKR mempunyai Anwar Ibrahim dan ‘demokrasi liberal’. Dalam persaingan dalaman parti, kita boleh mengambil iktibar daripada penyingkiran proksi ABIM daripada PKR pada awal tahun 2000an. PAN jangan sesekali meninggalkan ulama. Masyarakat Islam terutamanya orang Melayu pada peringkat orang awam masih menghormati ulama. PAS mampu bertahan kerana Islam (sebagai ideologi) dan ulama. Islam paling mudah difahami oleh pelbagai peringkat masyarakat sama ada bawahan atau atasan berbanding falsafah atau ideologi ciptaan manusia. Ulama pula mudah rapat dengan kelompok atasan dan bawahan. Walaupun PAN mengatakan mereka inklusif, pengaulan dan pemikiran mereka adalah eksklusif. Sejauh mana rakyat bawahan menerima PAN?. Kita melihat PAN lebih kepada
kelompok berpendidikan dan elitis sahaja. Kemudian, sejauh manakah buah pemikiran PAN difahami oleh rakyat bawahan?. Saranan Untuk Parti Pembangkang Malaysia. PAS dan Pakatan Harapan serta elemen lain seperti elemen dalam UMNO-BN perlu sedar bahawa misi mereka ialah menyelamatkan negara dan rakyat daripada bencana politik, bencana sosial dan bencana ekonomi yang dibuat oleh UMNO-Barisan Nasional. Untuk itu, mereka perlu bersatu menuju ke arah satu lawan satu pada setiap kerusi pilihanraya. UMNO dijangka berkonflik, PH dan PAS perlu mendapat elemen UMNO yang menentang pentadbiran Dato Seri Mohd Najib. Perikatan yang longgar di antara PAS, PH dan elemen UMNO perlu diwujudkan. Perikatan politik ini bersifat kerajaan pemulihan untuk penggal tersebut. Kerusi dibahagi sama banyak antara pihak PAS, PAN, DAP, PKR dan elemen UMNO di peringkat negeri dan nasional. Pada peringkat pusat, kabinet boleh terdiri seperti di bawah Perdana Menteri : Dato Seri Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri 1: Tan Sri Muyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri 2: Dato Seri Shafie Afdal Timbalan Perdana Menteri 3: Lim Kit Siang Atau Perdana Menteri : Tan Sri Muyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri 1: Datin Seri Wan Azizah Timbalan Perdana Menteri 2: Dato Seri Shafie Afdal Timbalan Perdana Menteri 3: Lim Kit Siang Dimana kedudukan PAS?. Sebagai timbal balik, PAS diberi kelebihan di peringkat negeri. Di Terengganu, Kelantan, Pahang, Kedah dan Perlis, Menteri Besarnya dalam kalangan PAS. Pulau Pinang di bawah DAP. PKR di Sarawak, Sabah, Selangor dan Johor manakala PAN di Negeri Sembilan, Perak dan Melaka. Elemen UMNO-BN diberi kelebihan sebagai majoriti dalam kabinet menteri. Elemen UMNO-BN, PAS dan Pakatan Harapan tak ada cara lain untuk mengalahkan UMNO-BN melainkan bersatu untuk mencapai hasrat 1 lawan 1 pada setiap kerusi. Selepas kerajaan pemulihan ditubuh dan dilaksanakan selama 5 tahun. Pilihanraya ke 15, perikatan parti itu boleh diteruskan atau memilih hasrat untuk bertanding secara bebas. Maka bermula era baru demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara disertai dengan keredhaan Allah.
Kita meraikan kedatangan PAN atas semangat demokrasi. Sesiapa sahaja boleh menubuhkan parti di Malaysia. Dalam politik, pemimpin datang dan pergi. Mereka bebas untuk istiqamah atau keluar parti. Tiada paksaan untuk kekal bersama parti. Walau bagaimanapun dalam konteks jemaah Islam dan masyarakat, penubuhan parti baru membuka ruang kepada perpecahan dan fitnah yang baru. Pendokong gerakan Islam tidak perlu melayani fitnah, label dan pelbagai lagi cabaran yang berlaku ke atas mereka. Pendokong gerakan Islam memerlukan keikhlasan dan kesabaran yang lebih tinggi. Walaupun difitnah, pendokong gerakan Islam wajar kekal istiqamah dalam jemaah Islam. Pertembungan dalam jemaah Islam perlu diselesaikan melalui perundingan dan pemilihan dalam muktamar.Tindakan Tuan Guru Ahmad Awang bertanding dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah tindakan yang positif dalam merancakkan demokrasi dalam parti dan sekaligus menjadi gelanggang yang halal untuk menukar kepimpinan baru. Di Malaysia, realiti politik pilihanraya bergantung kepada kerusi yang dipecahkan berdasarkan kaum Melayu (dan bumiputera), Bukan Melayu dan Campuran manakala di Sabah ada pembahagian kerusi Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam dan Bukan Islam. Semua ini berlaku demi menjaga kestabilan politik berdasarkan penduduk majoriti di Malaysia. PAS adalah lawan utama UMNO dalam teras politik Melayu. Jika tradisi berdasarkan teras kaum ini diganggu, dijangka kestabilan politik boleh terjejas. Jangan terlalu suka dengan perpecahan dan teruja dengan parti baru, dibimbangi disangka ubat itu adalah racun. Harapan penulis agar PAN menjadi parti yang progresif, terus memperjuangkan agenda rakyat, bawa Islam dalam konteks masyarakat dan jangan mengamalkan budaya-budaya yang dikatakan fitnah, melabel dan cantas mencantas sebagaimana banyak dalam PAS seperti dakwaan mereka. Politik baru dan politik ilmu diharapkan tidak menjadi manisan mulut sahaja. WaLlahu ‘Alam
i
Badlihisham Mohd Nasir, IKRAM gerakan dakwah baru yang macam mana?, Harakahdaily, Julai 2010. Ketua Wanita, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Petaling Selangor 1996-1998, Ahli Exco Wanita JIM 19982000 dan Exco Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia, 1983-86. Beliau juga mendapat bimbingan dari Mengikuti Kursus Antarabangsa oleh Fredick Newman Foundation (German).. iii Fathi Aris Omar mendedahkan satu berita yang menarik. Lihat Fathi Aris Omar, Parti baru gasak PAS, PKR juga tersepit, Malaysiakini, 14 Jul 2015. Dalam masa yang sama tahun lalu (2014), di belakang tabir politik yang tidak disedari ramai, beberapa elemen yang dikaitkan dengan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) ingin membentuk parti Islam baru. ii
Beberapa elemen yang dikaitkan dengan Ikram itu, atau selalunya disebut Islamic Representative Council (IRC), sering pula dituduh menyusup dalam PAS dan ingin mengambil alih parti itu dari dalam. Akibatnya, sejak di muktamar 1986 di Rusila, PAS menyingkirkan mereka yang digelar "orang IRC".
Di muktamar (2015) yang menyingkirkan G18 baru-baru ini, sebuah buku yang mendedahkan permainan licik IRC dalam parti Islam itu dipromosikan dan mendapat sambutan hangat. Tidak pasti Ikram sebagai sebuah pertubuhan Islam terlibat secara rasmi atau tidak. Kemungkinan besar mereka berbelah bahagi sebab beberapa tokoh atasan Ikram menemui PAS tahun lepas memberi amaran tentang projek parti baru ini. PAS kemudian meminta pemimpin atasan Ikram agar menenangkan elemen-elemen itu dan tidak cuba memecahbelahkan gerakan Islam dengan mendirikan sebuah lagi parti Islam. Namun seorang pemimpin Ikram baru-baru ini menyatakan sokongan kepada "harapan baru" G18, yang kebetulan ada hubungan rapat selama beberapa dekad dengan NGO tersebut. iv Mohd Parid Sheikh Ahmad, Ucapan Dasar Presiden IKRAM - "Malaysia Menuju Negara Rahmah" , 25.10.2014 v Pembacaan awal boleh merujuk, Riduan Mohamad Nor, Sejarah&Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden, KL:MHI, 2007. vi Pemikiran Sayyid Qutb bersifat revolusioner dimana ia sangat mementingkan pemantapan dan kelurusan aqidah tanpa kompromi. Pemikiran ini bertunjang La ilaha illallah. Ia menolak secara tuntas menolak dan menentang terhadap toghut dan jahilillah moden. Pemikiran ini tidak memberikan pilihan lain kepada orang beriman dan bukan Islam dalam konsep kemasyarakatan dapat dilihat pembahagian konsep masyarakat iaitu masyarakat Islam atau tidak. vii Mohd Nazeli Ahmad Arifin, Ustaz Yahya Othman, PJ: ILHAM, 2014. viii Adakah TGHH juga antara pimpinan IRC?. Kenapa TGHH membenarkan secara mudah tokoh-tokoh IRC berada dalm Lujnah Tarbiah PAS?. Seorang tokoh dakwah memberitahu bahawa TGHH cuba menguasai pentarbiahan ABIM tetapi gagal. ix setelah mereka pulang ke Malaysia, mereka mengerakkan penubuhan Parti Negara Islam tetapi gagal. Mereka berkeputusan bergerak dalam PAS. x Zainah Anwar, Kebangkitan Islam Di Kalangan Pelajar, PJ: IBS, 1990. xi Kisah ini pernah dinukilkan oleh Maulana Abu Hassan an Nadwi semasa menziarahi Mesir. xii Riduan Mohd Nor, Pengaruh Ikhwanul Muslimin Terhadap PAS, Tanpa Penerbit, 2004. xiii Ditubuhkan dalam bulan April 1974. Lihat Ucapan Dasar Presiden JIM, ke 21. xiv Dari United Kingdom, Mesir, Amerika Syarikat, Autralia, Kuwait, India, Maghribi, Jordan dan beberapa negara lain. Lihat Ucapan Dasar Presiden JIM dalam PPN ke 20 (2010). xv Mereka ditarbiah oleh gerakan Islam Antarabangsa iaitu Ikhwanul Muslimin, Jemaat Islami dan Jemaah Nursi. Lihat Ucapan Dasar Presiden JIM ke 20. xvi Ucapan Dasar Presiden JIM ke 20. xvii Catatan Hazmi Dibok xviii Mohd Nazeli Ahmad Arifin, Ustaz Yahya Othman. xix Majalah Tarbawi edidi 4. xx Catatan Hazmi Dibok. xxi Ibid. xxii Hilal Asyraf, Menegang Murabbi Ustaz Dahlan Mohd Zain, Batu Caves: Langitman, 2013. xxiii Rduan Mohamad Nor, Menerjang Badai, KL: Jundi, 2011. xxiv Ada pendapat bahawa pentarbiahan ABIM juga dikuasai oleh Abdul Hadi Awang. xxv Pada akhir 1970an, ABIM mendekati diri dengan pemikiran Pak Natsir dan fikrah asal Ikhwan iaitu pemikiran al banna. xxvi Antara yang seringkali memberi kuliah dalam program PMIUM dan PMAPIUM ialah Ustaz Darus Senawi (HALUAN) dan Ustaz Alias Othman (JIM-IKRAM). xxvii Ada pendapat bahawa tindakan Lujnah Tarbiah PAS Pusat tersebut setelah dinasihati oleh Abdul Hadi Awang. Persoalan yang timbul, adakah Abdul Hadi Awang juga seorang anggota IRC atau Alami Mesir?.
xxviii
Pada tahun 1988 juga, HALUAN ditubuhkan. Mohd Fuad Mohd Salleh, Liku-liku Gerakan Islam di Malaysia, Shah Alam: IMAP, 2015. xxx Syed Ibrahim pemimpin utama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang berjuang memansuhkan ISA dan membantu mangsa-mangsa ISA. Menariknya, antara pemimpin muda GMI adalah Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias mantan Presiden PMIUM yang kemudiannya masuk PAS. Terkini Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias telah menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH). xxxi Ucapan Dasar Presiden JIM, PPN ke 21. xxxii Majlis Peguam Malaysia antara pertubuhan yang banyak menentang pelaksanaan Islam. Selepas PRU ke 12, Majlis Peguam mengadakan satu majlis makan malam. Tun Abdul Hamid, mantan Ketua Hakim Negara mencatatkan “Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguampeguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan. Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai “Our heroes”. Tokoh Majlis Peguam yang aktif dalam BERSIH dan Negara-Ku ialah Dato Ambiga. Lihat Tun Abdul Hamid Mohamad, “PEMBANGKANG, MAJLIS PEGUAM DAN COMANGO “MERAMPAS” MKPN (NUCC”). xxxiii https://www.youtube.com/watch?v=mYvrcKDPF3o durasi 0.53 saat dan 1.43 minit. xxxiv Pengasas laman web ah Ahkam dan Forumthtl. Beliau merupakan mantan anggota Majlis Syura HALUAN. xxxv Beliau kemudian menjadi menantu Tan Sri Mohd Asri Muda dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. xxxvi Ikhwan seakan-akan menghantar tokoh mereka sebagai pemantau dan murabbi. Syeikh Muhammad Ahmad Ar Rosyid, murabbi tarbiah Ikhwan pernah tinggal di Malaysia. xxxvii Riduan Mohamad Nor, Sejarah Emas Perjuangan Islam di Malaysia, KL: Jundi, 2011. xxxviii Subky Latif, ‘Silap Tinggal Jemaah’ dlm Harakah, 22-25 Jun 2015. xxxix Rujuk blog Ziatulalam xl Ini adalah artikel lama sebelum kontroversi nama singkatan sama ada AMANAH atau PAN. Penulis memilih untuk kekal seperti tulisan asal. Sekarang Parti Amanah Negara dikenali sebagai AMANAH. xli Untuk penjelasan lanjut, boleh baca di laman http://amanah.org.my/berkenaan-amanah/sejarah/. xlii Khalid Samad, Sejarah Parti Amanah Negara, 1.8.2015 xliii Hasanuddin Mohd Yunus, Ikram sokong kemunculan parti baru xliv Hasanuddin Mohd Yunus, IKRAM ILTIZAM CAKNA PERKEMBANGAN POLITIK SEMASA, 30 Jun 2015. xlv Hasanuddin Mohd Yunus, http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/07/16/ikram-sokong-penubuhanghb/#ixzz3pipvQMPW xlvi dilepas atau melepaskan satu istilah bagaimana Anwar Ibrahim masuk UMNO xlvii Mohd Parid Sheikh Ahmad, “Penglibatan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus Dalam Parti Amanah Negara (AMANAH)”, Kenyataan Media IKRAM, 12.9.2015 xlviii Mohd Parid Sheikh Ahmad, “Pakatan Harapan Perkukuh Sistem Dwiparti”, Kenyataan Media IKRAM, 23.9.2015 xlix Roketkini, 24.5.2015 l Berita Harian, 14.5.2015 li Malaysia Insider, 26.5.2015 lii Senarai chai mengikut tim xxix
Ketua Pemuda 1. Suhaizan Kaiat (penyandang Ketua Pemuda, masuk PAN) 2. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (pro ulama) Timbalan Ketua Pemuda 1. Muhammad Khalil Abdul Hadi (penyandang/pro ulama) 2. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob (kem Suhaizan) Ahli Jawatankuasa Kerja *12 Ahli Jawatankuasa yang perlu dipilih Team Suhaizan 1. Abang Ahmad Kerdee (PAN)
2. Lahirul Latigu 3. Mohamad Arifiriazul Paijo 4. Mohd Fakhrurazi Mohd Mokhtar (PAN) 5. Mohd Hakim Mohd Nor 6. Mohd Hasbie Muda (PAN) 7. Mohd Nasaie Ismail 8. Mohd Nasir Zakaria 9. Mohd Sany Hamzan (PAN) 10. Muhammad Faiz Fadzil (PAN) 11. Muhammad Hafiz Musa 12. Muhd Ramadhan Fitri Elias (PAN) Team Nik Abduh 1. Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden 2. Ustaz Ahmad Fadhli Shaari 3. YB Hishamudin Abdul Karim 4. Izwan Abdul Halim 5. YB Mohd Azam Abd Samat 6. Ustaz Mohd Hafez Sabri 7. YB Mohd Zawawi Abu Hassan 8. Ir Haji Muhtar Suhaili 9. Nurul Islam Mohamed Yusoff 10. Syahir Che Sulaiman 11. Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim 12. Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofree liii liv
Utusan Malaysia, 20.5.15 Sulaiman al Nadwi, Biografi Sayyidah Aisyah.
View more...
Comments