Instructional

July 9, 2016 | Author: Intan Nurbaizurra Mohd Rosmi | Category: N/A
Share Embed Donate

Short Description

education...

Description

EIT311 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGIES AND RESOURCES Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

1

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

RANCANGAN MENGAJAR

2–3

PENGENALAN

4

MODEL ASSURE

5

 CIRI-CIRI MODEL ASSURE  FRAMEWORK RUMUSAN

6 – 11 12 13

RUJUKAN

14

PERJANJIAN PELAJAR

15

ECG222 CHILD GROWTH AND DEVELOPMENT

EIT311 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGIES AND RESOURCES Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

2

3

2.0 PENGENALAN 4

Penggunaan multimedia secara interaktif dalam bidang pendidikan pada masa kini telah mendapat perhatian yang meluas terutamanya para pendidik. Gabungan animasi, audio, video dan grafik yang menarik menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan sangat sesuai digunakan di dalam bilik darjah. Sungguhpun begitu, adakah bahan atau media yang dihasilkan ini sesuai dengan kehendak pelajar ataupun adakah setiap bahan yang kita hasilkan sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran kita? Kesemua persoalan ini amat berkait rapat dengan model-model “rekabentuk instruksional” yang semakin tersebar. Idea berkaitan model rekabentuk instruksional

telah

lama

wujud

sekian

lama

dahulu,

namun

begitu

penggunaannya masih relevan dan terus tersebar terutamanya di dalam bidang pendidikan. Molenda, Reigeluth & Nelson (2003) mendefinisikan rekabentuk instruksional sebagai kaedah dan strategi yang sistematik beserta teknologi yang digunakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu, terdapat beberapa model rekabentuk instruksional yang sering menjadi

tumpuan

pengkaji

dan

sangat

sesuai

dijadikan

asas

bagi

pembangunan “courseware” pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang mana di antaranya adalah model ASSURE. Model ini sangat meluas diguna oleh guru-guru untuk merancang pembangunan media instruksional secara sistematik.. Ciri-ciri dan rasional bagi model reka bentuk instruksional ini akan dibincang dengan lebih terperinci dan mendalam.

ECG222 CHILD GROWTH AND DEVELOPMENT

EIT311 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGIES AND RESOURCES Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

5

3.0 MODEL ASSURE Model ASSURE merupakan akronim

daripada beberapa perkataan iaitu Analyze

Learners (Analisa pelajar) , State Objectives (Nyatakan objektif) , Select Methods, Media and Materials (Memilih kaedah dan media), Utilize media and Materials (Menggunakan media), Require Learner and Participation (Tindak balas pelajar) dan Evaluate and Revise (Menilai dan menyemak semula bahan).

Model ASSURE dapat membantu guru memilih dan

menentukan penggunaan pelbagai media dan bahan sumber pendidikan pada tahap optima. Model berbentuk prosedural ini menyediakan panduan kepada

guru

untuk

merancang,

melaksana

dan

menilai

pengajaran

menggunakan media dan bahan sumber pendidikan. Matlamat utama Model ASSURE adalah untuk membantu guru merancang pemilihan dan penilaian penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rancangan mengajar atau persediaan mengajar didefinisikan sebagai suatu

rancangan

pelajaran

yang

mengandungi

unsur-unsur

seperti

pengetahuan sedia ada murid, objektif pelajaran, media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup untuk satu atau dua waktu pengajaran. Faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan rancangan mengajar adalah objektif atau matlamat yang mahu

dicapai dari pengajaran yang

hendak disampaikan serta impaknya terhadap penerimaan isi pelajaran dan pemahaman murid. Kemahiran dalam reka bentuk instruksional sangat perlu bagi guru dan pembina bahan instruksional. Ia membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan media beserta kaedah yang sesuai. Model Reka Bentuk Instruksional ASSURE, (Heinich, 1982) bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan

ECG222 CHILD GROWTH AND DEVELOPMENT

EIT311 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGIES AND RESOURCES Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

penggunaan media. Justeru itu penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan 6

Model Reka Bentuk tersebut bagi memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum. Model ASSURE merupakan sebuah model rancangan pengajaran yang berasaskan bilik darjah. Terdapat beberapa langkah penting dalam model reka bentuk pengajaran ASSURE yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran yang rapi dan tersusun akan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Menurut Smaldino, Russell,

Heinich dan Molenda (2005) model ini merupakan prosedur atau panduan untuk merancang dan menguruskan sesuatu courseware yang mengambil kira media dan teknologi. Ringkasnya model ini menekankan pembangunan courseware yang sesuai di bilik darjah namun begitu, apakah sebenarnya ciri-ciri model ASSURE ini. 3.1 CIRI-CIRI MODEL ASSURE MENGANALISIS PELAJAR ( ANALYZE LEARNERS ) Ciri pertama bagi model ini adalah menganalisis pelajar. Asasnya, sebelum sesuatu courseware dibina guru harus mengenalpasti pelajar sama ada dari segi umur, latar belakang sosioekonomi dan sebagainya. Sekiranya guru berdepan dengan pelajar yang pasif maka guru harus membina courseware yang bersesuaian supaya pengajaran dan pembelajaran tidak membosankan. Aras pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada juga perlu diambilkira supaya courseware yang dibangunkan mencapai sasaran guru. Contohnya di dalam rancangan mengajar yang disediakan saya telah menyelitkan sebuah video lagu kanak-kanak sebagai set induksi bagi menarik minat pelajar. Malah, dalam video berkenaan terdapat beberapa bahagian anggota badan yang telah dipelajari sebelum ini. Dengan itu, memudahkan murid untuk menyanyi bersama-sama dan mereka akan lebih terhibur kerana mereka dapat terlibat sama dalam menyanyikan lagu tersebut. Oleh sebab itulah, pentingnya seseorang guru itu memikirkan alternative dalam menglibatkan penglibatan aktif murid. Maka sudah pastilah tayangan video merupakan pilihan yang tepat untuk topik itu. Analisis pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid-murid dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada murid-murid. Oleh itu, guru perlu mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang dimiliki oleh murid-muridnya terlebih dahulu sebelum beralih kepada langkah yang seterusnya. Hal ini ECG222 CHILD GROWTH AND DEVELOPMENT

EIT311 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGIES AND RESOURCES Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

adalah bagi membantu guru menyediakan pengajaran yang berkesan dan 7

pelajar dapat membina pengetahuan secara konstruktivis selain membantu guru mengesan pengetahuan pelajar melalui soal jawab. Gaya pembelajaran murid-murid berkaitan dengan cara dan gaya individu berinteraksi dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Ianya merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu menguasai pembelajaran dan mempengaruhi cara seseorang individu memproses maklumat serta membentuk persepsi. Sesuatu perancangan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan sesuatu pembelajaran menjadi lebih berkesan. Jika kita mengkaji ciri pertama ini, proses menganalisis pelajar amat penting kerana melalui maklumat awal dan latar belakang pelajar, guru dapat menghasilkan courseware yang baik dan benar-benar sesuai dengan pelajar. Courseware yang baik mampu mendorong pelajar untuk memahami dan mengenalpasti maklumat atau isu-isu pembelajaran berkaitan topik dengan mudah. MENYATAKAN OBJEKTIF ( STATE OBJECTIVES ) Langkah

berikutnya

adalah

menentukan

objektif

ataupun

hasil

pembelajaran yang ingin dicapai. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran, menyatakan objektif merupakan sesuatu yang sangat penting supaya guru dapat

menetapkan

input

yang

seharusnya

pelajar

dapat

daripada

“courseware” yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan sesuatu courseware itu bergantung kepada input yang diperolehi oleh pelajar semasa proses pembelajaran. Objektif haruslah berdasarkan mengikut peringkat prestasi atau hasilan yang ingin di capai. Contohnya di dalam topik Parts of the body ini, guru menetapkan bahawa pelajar dapat menamakan sekurang-kurangnya 8 bahagian anggota badan daripada

13

anggota

badan

yang

dipelajari.

Maka

pembangunan

“courseware” seperti aktiviti menamakan anggota badan dengan betul membolehkan

pelajar

untuk

mengenal

pasti

anggota

badan

dengan

terperinci kerana di dalam bahan multimedia ini disertakan gambar dan penerangan yang jelas yang mana amat sesuai untuk mengukur kebolehan

ECG222 CHILD GROWTH AND DEVELOPMENT

EIT311 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGIES AND RESOURCES Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

pelajar dalam memahami tajuk yang di ajar dan secara tidak langsung 8

mencapai objektif ini. Rasionalnya,objektif pengajaran amat penting kerana ia memberi panduan kepada guru cara untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan memilih media yang paling sesuai bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Pembangunan courseware berlandaskan objektif yang jelas boleh membantu pelajar dalam merealisasikan matlamat pengajaran guru.

MEMILIH KAEDAH DAN MEDIA ( SELECT METHOD, MEDIA & MATERIALS ) Bagi langkah ketiga iaitu memilih kaedah, media dan bahan, terdapat tiga langkah proses pemilihan yang perlu dijalankan. Media atau courseware yang di pilih haruslah berdasarkan tingkat kebolehan pelajar dan objektif yang ingin dicapai. Justeru itu, langkah pertama ialah pemilihan kaedah yang paling sesuai. Sesuatu kaedah yang sesuai perlu dipilih bersesuaian dengan ciri-ciri murid-murid, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta objektif. Kedua ialah format media yang dipilih. Pemilihan media adalah mengenai bentuk format media yang akan digunakan seperti gambar, foto, slaid, audio, video serta video interaktif. Pemilihan media perlulah mengambil kira kumpulan pelajar, keupayaan, objektif serta maklum balas yang akan diberi. Ketiga ialah memilih, mengubah suai atau menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber adalah merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan ECG222 CHILD GROWTH AND DEVELOPMENT

EIT311 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGIES AND RESOURCES Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

pembelajaran. Contohnya guru ingin menyampaikan isi pelajaran berkaitan anggota badan 9

kepada pelajar. Sebelum topik ini diajar, seharusnya guru memilih dahulu kaedah dan media yang sesuai untuk memastikan objektif pembelajaran bagi topik itu tercapai. Di dalam rancangan mengajar yang disediakan, guru telah memilih kaedah penerangan dan latih tubi melalui penggunaan gambar dan bahan video nyanyian yang mana dapat menarik lagi minat murid. Walaupun pelbagai media boleh digunakan, guru harus mempertimbangkan media yang bersesuaian supaya ia lebih menarik dan mampu memberi gambaran yang jelas. Penggunaan bahan video adalah sangat relevan di gunakan kerana ia boleh memberi pengalaman baru kepada pelajar.

ECG222 CHILD GROWTH AND DEVELOPMENT

EIT311 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGIES AND RESOURCES Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

MENGGUNAKAN MEDIA ( UTILIZE MEDIA & MATERIALS ) 10

Berdasarkan ASSURE, terdapat 5 prinsip bagi menggunakan media iaitu “preview’ media, memastikan media yang akan digunakan tidak bermasalah, mengenalpasti lokasi, pelajar dan media yang akan digunakan mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar. Jika dinilai, 5 prinsip menggunakan media yang dinyatakan di atas amat penting untuk dilaksanakan oleh guru. Jika diteliti, penggunaan media yang mengambil kira 5 prinsip yang ditetapkan mampu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sungguhpun begitu, perlu diingat bahawa penggunaan media perlu mengambil kira kos dan waktu pengajaran. Media yang sesuai dengan topik pembelajaran tidak semestinya dapat disesuaikan dengan waktu pengajaran terutamanya bagi subjek yang diperuntukkan waktu yang terhad. Bagi menentukan media dan bahan sumber yang dipilih dapat diguna sebaik mungkin lima langkah yang dinyatakan perlu diberi perhatian oleh guru. Langkah pertama iaitu preview bahan sumber adalah perlu agar sesuai dengan objektif dan kumpulan sasaran serta media yang di gunakan tidak mendatangkan masalah. Semasa penyediaan bahan sumber juga, bahan yang perlu dikumpulkan, disusun sebagaimana dikehendaki atau diadakan latihan untuk menggunakannya. Guru juga perlu mengambil kira faktor penyediaan persekitaran di mana kemudahan seperti plug dan suis dan susunan

kedudukan

pengajaran

berjalan

murid dengan

juga

penting

lancar.

Untuk

dalam

memastikan

langkah

proses

seterusnya

iaitu

kesediaan murid juga perlu di ambil perhatian kerana guru perlu memberi peluang untuk murid bersedia sebelum memulakan pengajaran dengan lebih terperinci sebagai contoh dengan memberi penerangan ringkas mengenai isi pelajaran dan akhir sekali proses pengajaran itu sendiri. Tegasnya disini, bahan dan media yang baik belum menjamin menghasilkan pembelajaran yang lebih baik jika tidak digunakan dengan betul dan perancangan teliti perlu agar menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan.

ECG222 CHILD GROWTH AND DEVELOPMENT

EIT311 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGIES AND RESOURCES Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

TINDAK BALAS PELAJAR ( REQUIRE LEARNER & PARTICIPATION ) 11

Pada

peringkat

ini

penglibatan

murid

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran diberi penekanan. Penglibatan aktif murid melakukan aktiviti dan tugasan bertujuan untuk memberi latihan yang secukupnya kepada murid untuk mempelajari pengetahuan atau kemahiran baru, di samping memperoleh maklum balas daripada guru berdasarkan pencapaiannya di bilik

darjah.

Salah

satu

daripada

aliran

falsafah

pendidikan

yang

diperkenalkan oleh John Dewey pada awal era 1900 ialah pembelajaran berpusatkan pelajar. Antara aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang memerlukan tindak balas pelajar adalah seperti kuiz, latih tubi dan projek. Ringkasnya, pembelajaran berpusatkan pelajar mampu merangsang minda dan tingkah laku pelajar. Contohnya pembelajaran secara “hands-on” seperti menamakan anggota badan dan pelajar belajar cara mengendalikan aktiviti pada skrin komputer boleh mencetuskan pengalaman baru kepada pelajar. Dari situ, pelajar belajar mengenalpasti bahagian-bahagian anggota badan berbanding guru hanya menceritakan sahaja bahagian anggota badan tersebut sehingga pelajar menjadi bosan. “Courseware” yang tidak melibatkan aktiviti pelajar secara aktif sebenarnya kurang membantu pelajar dan tidak efektif. Justeru itu, pembelajaran yang efektif adalah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti dan kemahiran pelajar yang mendorong ke arah mencapai objektif pembelajaran. Pembangunan “courseware” yang kreatif dan mampu melibatkan pelajar secara aktif secara tidak langsung dapat memupuk budaya berfikir dalam kalangan pelajar. Jelaslah , “courseware” yang dibangunkan berasaskan model ASSURE yang mampu merangsang tingkah laku dan minda pelajar adalah amat diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran.

ECG222 CHILD GROWTH AND DEVELOPMENT

EIT311 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGIES AND RESOURCES Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

12

MENILAI & MENYEMAK SEMULA BAHAN ( EVALUATE & REVISE )

Bagi langkah keenam iaitu melakukan penilaian dan pengubahsuaian, sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai bagi mendapatkan maklum balas dari pelajar dan memastikan keberkesanannya. Oleh itu, sesuatu sesi refleksi guru bersama murid-murid perlu dijalankan bagi membolehkan murid-murid memberikan respon terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan secara individu. Ia adalah bertujuan bagi memastikan

dan mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam

sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran agar penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang. Aspek yang dinilai adalah berkaitan keberkesanan atau kekuatan “courseware” secara menyeluruh.

Proses

menilai ini sebenarnya berlaku sebelum, semasa dan selepas menghasilkan “courseware” dan ia tidak akan berakhir di situ sahaja. Pembaikan “courseware” akan terus dilakukan sehingga media itu benar-benar sesuai dengan pelajar dan mampu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian formatif atau penilaian sumatif. Menilai dan menyemak semula bahan amat diperlukan kerana guru bukan sahaja dapat mengenalpasti kekuatan bahan tersebut malah guru boleh memperbaiki kelemahan bahan itu sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu , jelaslah bahawa penilaian adalah langkah yang perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran sejauhmana keberkesanan media yang

ECG222 CHILD GROWTH AND DEVELOPMENT

EIT311 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGIES AND RESOURCES Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau hasil 13

pembelajaran yang dikehendaki.

3.2 FRAMEWORK Model ASSURE merupakan akronim daripada beberapa perkataan iaitu: A

Analyze Learner (Menganalisis Pelajar) Video lagu Bahagian Anggota Badan

S

State Objectives (Menyatakan Objektif) Objektif dinyatakan berdasarkan kemampuan murid

S

Select Methods, Media and Meterials (Memilih Kaedah, Media dan Bahan) Kaedah Latih Tubi dan Penerangan Bergambar

U

Utilize Media (Gunakan Media) Soal jawab melalui bahan media

R

Require Learner Participation (Menggalakkan Penglibatan Pelajar) Aktiviti menamakan anggota badan

ECG222 CHILD GROWTH AND DEVELOPMENT

EIT311 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGIES AND RESOURCES Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

E 14

Evaluate and Revise (Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian) Permainan ‘’Simon Says’’ & Pengukuhan

ECG222 CHILD GROWTH AND DEVELOPMENT

EIT311 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGIES AND RESOURCES Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

4.0 RUMUSAN 15

Kesimpulannya , Model ASSURE mempunyai asas yang sangat kukuh untuk membangunkan “courseware’ pengajaran dan pembelajaran. Model ini bukan sekadar memberi panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran malah setiap ciri yang terkandung dalam ASSURE boleh mengubah persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang selalu dianggap membosankan. Sekiranya ciri - ciri model ASSURE ini di aplikasikan sepenuhnya dalam membangunkan “courseware” pengajaran dan

pembelajaran,

pelajar

akan

sentiasa

tertunggu-tunggu

dengan

pengajaran guru. Bagi pihak guru pula, proses penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan. Jelaslah disini bahawa sekiranya model ASSURE ini digunakan sebaiknya oleh guru-guru di dalam merancang pengajaran ia mampu memberi kesan yang lebih baik kepada pencapaian murid-murid bukan sahaja model ASSURE ini mudah difahami oleh guru-guru dan mudah untuk diaplikasikan di dalam menyediakan rancangan pengajaran harian malah memberikan impak yang besar kepada murid.

ECG222 CHILD GROWTH AND DEVELOPMENT

EIT311 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGIES AND RESOURCES Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

5.0 RUJUKAN 16

1. Akbulut, Y.(2007). Implication of Two Well-Known Models For Instructional Designers in Distance Education: Dick-Carey Versus Morrison-Ross-Kemp. Diperolehi pada 27 September 2011, sumber dari http://www.eric.ed.gov/PDFS/ED496543.pdf 2. Baharuddin Aris., Maizah Hura Ahmad., Kok Boon Shiong., Mohamad Bilal Ali., Jamalludin Harun., & Zaidatun Tasir. (2006). Learning “Goal Programming” Using an Interactive multimedia Courseware: Design Factors and Students’ Preferences. Diperolehi pada 12 September 2011, sumber dari http://eprints.utm.my/ 8165/1/8165.pdf 3. Molenda, M., Reigeluth, C. M., & Nelson, L. M. (2003). Instructional Design. Diperolehi pada 2 Januari 2011, sumber dari http://mizanis.net/edu3105/artikel/ID_CogSci.pdf. 4. Smaldino, S.E., Lowther, D.L. & Russell, J.D. 2008. Instructional Technology and Media.

ECG222 CHILD GROWTH AND DEVELOPMENT

EIT311 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGIES AND RESOURCES Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

17

PERJANJIAN PELAJAR PPG/AEU PENERBITAN BAHAN MULTIMEDIA

Saya mengaku semua hasil kerja yang saya terbitkan ini adalah asli dan tidak di ciplak dari lain-lain sumber dan bahan ini hanya diterbitkan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Saya bersetuju menyerahkan bahan ini untuk menjadi hakmilik Sekolah Pengajian dan Sains Kognitif Asia eUniversity Saya bersetuju bahan yang dihasilkan ini boleh diterbitkan oleh AeU di dalam Internet tertakluk kepada

peraturan ‘Fair Use’. Saya telah membaca,

memahami dan bersetuju dengan polisi yang dinyatakan dalam AUP-AeU ( Accaeptable Use Policies dan faham kandungannya ).

Di Hadapan ………………………………….. ( Tandatangan ) Fasilitator Akademik EIT311 Asia e University ………………………..

……………………..

( Tandatangan pelajar ) Jabatan )

( Cop Rasmi

Nama Pelajar

: Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi

No. Matrik : E30103110097 No. Kad Pengenalan

: 811216-04-5320

Nama Program

: Bachelor of Education ( TESL Hons )

Sesi

: Julai 2011 Semester 2

ECG222 CHILD GROWTH AND DEVELOPMENT

EIT311 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGIES AND RESOURCES Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

Tarikh 18

: 2 Oktober 2011

ECG222 CHILD GROWTH AND DEVELOPMENT

EIT311 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGIES AND RESOURCES Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kenyataan ini turut disokong oleh Nicholson 30 di dalam artikelnya yang menyatakan bahawa penetapan objektif bagi sesuatu courseware (1996) amat perlu bagi memastikan keberkesanan “courseware” yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran. Objektif haruslah berdasarkan peringkat prestasi atau hasilan yang ingin di capai (Yusup , 2006, p. 7). Contohnya dalam topik bearing georafi tingkatan tiga, guru menetapkan pelajar akan dapat mengukur 5 bearing sudutan. Maka pembangunan “courseware” seperti “Flash Protractor” yang membolehkan pelajar mengukur bearing menggunakan jangka sudut di atas skrin komputer amat sesuai untuk mengukur kebolehan pelajar dan secara tidak langsung mencapai objektif ini. Rasionalnya,objektif pengajaran amat penting kerana ia memberi panduan kepada guru cara untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan memilih media yang paling sesuai bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Pembangunan courseware berlandaskan objektif yang jelas boleh membantu pelajar mengukur bearing dengan betul dan mampu merealisasikan matlamat pengajaran guru.

ECG222 CHILD GROWTH AND DEVELOPMENT

View more...

Comments

Copyright ©2017 KUPDF Inc.
SUPPORT KUPDF