Download Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman 06000 Jitra Kedah...
Description
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH
JURNAL PRAKTIKUM Nama Pelajar : Wan Nur Aziemah Izyan binti Wan Hashim Kursus & Ambilan : PISMP Ambilan Januari 2011 Tempoh Praktikum : 14 Julai – 19 September 2013 Pengkhususan : Pendidikan Pemulihan Nama Guru Pembimbing : Puan Che Nazrah Abdullah & Puan Rahimah Abdul
Rahman Nama Pensyarah Pembimbing : En Zainal Abidin Nasir & En Mohd Yazi Kerya Catatan Minggu ke : Pertama Tarikh : 14 JULAI hingga 18 JULAI 2013 Tajuk Jurnal : Masalah pelaksanaan Ujian Diagnostik Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan
Pada minggu pertama ini saya telah mentadbir Ujian Diagnostik kepada muridmurid pemulihan Tahun 2 dan Tahun 3. Memandangkan jadual waktu agak lambat diterima, saya terpaksa mencari masa yang sesuai untuk mentadbir ujian tersebut. Antaranya termasuklah ‘meminjam’ mereka sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi mata pelajaran lain yang sedang berlangsung. Semasa pentadbiran ujian tersebut dijalankan, saya dapat memerhatikan gelagat dan tingkah laku murid-murid tersebut. Terdapat segelintir murid yang tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Terdapat juga murid yang suka mengacau rakan mereka yang lain sewaktu ujian tersebut dijalankan. Sebagai seorang guru, saya menyifatkan keadaan ini perlu diberi perhatian yang serius supaya perkara yang sama tidak akan berulang. Murid-murid sepatutnya berkelakuan baik sewaktu interaksi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Murid-murid seharusnya memberikan
kerjasama terhadap apa jua akitiviti yang dijalankan. Oleh yang demikian, masalah ini mesti diambil tindakan dan perlu diselesaikan secepat mungkin.
Analisis masalah/Isu/peristiwa
Ujian Diagnostik merupakan salah satu perkara yang perlu dilaksanakan sebelum mengenalpasti daerah kelemahan murid-murid yang telah terpilih dalam program pemulihan. Oleh yang demikian, pentadbiran Ujian Diagnostik perlu dilaksanakan dengan lancar bagi memastikan murid-murid menjawab ujian tersebut dengan baik. Kemudian, barulah guru boleh mengenalpasti kelemahan mereka dan merancang satu pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian. Menurut Zulkifli Hamid (2006), Ujian Diagnostik merupakan ujian yang dilaksanakan untuk mengenalpasti masalah-masalah khusus atau tertentu yang besar kemungkinan bakal dihadapi oleh murid-murid yang dikategorikan sebagai murid kumpulan pemulihan. Setelah mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi murid, tindakan susulan seperti kelas pemulihan boleh dilaksanakan. Ujian yang berterusan akan terus diberi sepanjang kelas pemulihan dilaksanakan untuk mengenal pasti perubahan dan pencapaian murid-murid yang sedang menjalani pendidikan pemulihan. Untuk ujian diagnostik tiada skor atau gred diberikan kepada murid-murid.
Cadangan Penyelesaian
Terdapat beberapa langkah proaktif untuk memastikan ujian diagnostik ini dapat dilaksanakan dengan penuh teliti. Untuk memastikan tidak berlaku kesilapan dalam pelaksanaan ujian ini, saya telah mengariskan beberapa cara yang dapat digunakan untuk membantu murid-murid yang kurang berminat dan tidak dapat menjawab UD dengan baik mengikut arahan yang diberikan: 1. Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa sedang diperhati dan tidak lalai atau terpesong daripada tugasan yang diberikan.
2. Guru juga perlu mempelbagaikan bentuk ujian supaya murid akan berasa gembira dan dapat memberikan tumpuan terhadap ujian yang diberikan. 3. Guru sentiasa memuji murid dan memberikan mereka ganjaran seperti token sebagai motivasi supaya mereka rasa dihargai dan bersemangat untuk belajar. 4. Menjarakkan dan memisahkan tempat duduk murid yang bermasalah serta meniru di dalam kelas. Hal ini demikian dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya peniruan. 5. Arahan soalan perlulah diberikan dengan lebih jelas dan padat supaya murid dapat memahaminya dengan mudah dan tidak terkeliru.Guru boleh menjelaskan arahan bagi setiap unit soalan dengan jelas dihadapan kelas berserta contoh menjawab.
Tempoh penyelesaian
Saya telah mengambil langkah serta merta bagi mengatasi masalah yang dihadapi ini. Dalam tempoh masa cuti hujung minggu, saya telah menganalisi UD yang dilaksanakan supaya dapat melihat dan menilai kemahiran sedia ada murid. Oleh itu, saya
akan
dapat
memberikan
tumpuan
kepada
kelemahan
atau
kelemahan
penguasaan sesuatu kemahiran murid.
Tindakan susulan
Murid-murid harus diberi nasihat yang berterusan. Guru-guru bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tingkah laku dikawal dan diubah perlahan-perlahan. Pendekatan dan strategi yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan bahawa sesuatu aktiviti yang dijalankan berjalan lancar. Kesimpulan
Guru perlu pandai menarik perhatiab murid untuk melaksanakan arahan guru. Selain itu, arahan guru perlulah jelas dan perlu bersesuaian dengan keadaan dan persekitaran murid.
Pandangan / komen guru pembimbing .................................................................................................................................................. ......................................................................................................................................... ........ ................................................................................................................................................. Tarikh : ............................................. Tandatangan : ............................................. Nama : .........................................................
Pandangan / komen pensyarah pembimbing .................................................................................................................................................. .................................................................................................................................................. ................................................................................................................................................... Tarikh : .............................................. Tandatangan : .............................................. Nama : ........................................................
Thank you for interesting in our services. We are a non-profit group that run this website to share documents. We need your help to maintenance this website.